WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Utusan Malaysia Tolong Presiden PAS Lawan PASMA
- Akaun Facebook ‘Suara Keadilan’ palsu – Pengarang
- Pilihanraya PBT : SAMM Cabar Hadi Sepentas Berdiskusi
Utusan Malaysia Tolong Presiden PAS Lawan PASMA Posted: 30 Jan 2015 02:53 AM PST |
Akaun Facebook ‘Suara Keadilan’ palsu – Pengarang Posted: 30 Jan 2015 01:46 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Januari: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama 'Suara Keadilan'. (www.facebook.com/suara.keadilan) Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut. Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar. Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah. Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri. "Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan," jelasnya lagi. Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com. |
Pilihanraya PBT : SAMM Cabar Hadi Sepentas Berdiskusi Posted: 29 Jan 2015 10:46 PM PST Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei? Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini? Persoalan beginilah yang sepatutnya diutarakan oleh seorang Presiden Parti Politik, yang akan mengangkat martabat fikrah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bukannya terus terheret dalam analogi sempit berasaskan kaum dan agama ciptaan UMNO-Barisan Nasional lantas meninggalkan seruan Keadilan Untuk Semua yang dianjurkan Islam. Kita juga tidak boleh menolak faktor pergeseran dalam UMNO itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, terutamanya Mahathir ketika itu sebagai antara pemain utama dan Tun Abdul Razak sebagai pengganti Perdana Menteri telah turut mencetuskan tragedi 13 Mei. Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersemuka di atas satu pentas bagi membicarakan polemik Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah ditimbulkan oleh beliau. Hadi tidak boleh sekadar mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberikan penjelasan lengkap berkait tanggapan beliau itu. SAMM terbuka untuk pihak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan tarikh, masa dan tempat. Sampai bila kita harus tunggu Malaysia dibuai mimpi indah di mana penbangunan hanya dirasai oleh segelintir rakyat tanpa urustadbir dan tatakelola yang baik dapat diterapkan di dalam setiap lapisan jentera pentadbiran Kerajaan. Muhammad Akram Bin Ahmad Penyelaras Bersama |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan