Selasa, 20 Januari 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ZAM TUTUP BLOG BELIAU KERANA SERANGAN TERHADAP DAIM DAN MAHATHIR?

Posted: 20 Jan 2015 06:19 AM PST

Carian Zamkata.Com sudah hilang.Kenapa Tiba tiba??? Sedangkan beliau ada pendedahan tentang kes DSAI yang sedang menunggu keputusannya.

Sudah semestinya untuk menjadi berani anda perlu bersih.

zaid ibrahim zainuddin maidin2 

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin jangan mengalah daripada terus menulis mengenai politik semasa negara dalam blog beliau, zamkata.blogspot.com.

Dalam Twitter beliau menulis: "Jangan mengalah jika anda percaya pada sebab?" supaya terus bertahan daripada tekanan, ugutan dan rasa penghinaan yang dialami sebagai penulis.

Zainuddin atau lebih mesra dipanggil Zam dalam blognya sebelum ini menulis, beliau mengambil keputusan berhenti menulis politik semasa negara kerana tidak mahu dilabelkan sebagai penulis upahan dan berkonspirasi.

"Saya merasa cukup terhina," tegas bekas Menteri Penerangan itu semasa mengulas keputusannya berhenti menulis berkenaan politik semasa negara berikutan berdepan ugutan, tekanan dan pencemaran nama yang teruk sehingga dituduh sebagai penulis upahan dan berkonspirasi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Menurut Zaid sebagai penulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu "Sudah semestinya untuk menjadi berani anda perlu bersih."

Menurut beliau, khidmat wartawan veteran dan berpengalaman itu diperlukan tatkala negara menuju kejatuhan.

Sementara itu dalam tweet keduanya, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa prihatin dan menjaga Zainuddin.

"Awak bukan seorang Editor, Menteri dan seorang Tan Sri jika bukan kerana Tun (Dr Mahathir Mohamad)," tulis Zaid dalam Twitternya. Tambahnya: "Sekurang-kurangnya apa yang boleh awak buat ialah menyokongnya."


video :PKR cadang Najib jual jet sebagai langkah jimat-cermat

Posted: 20 Jan 2015 06:18 AM PST


SIAPA DAIM YANG DIAM ????

Posted: 20 Jan 2015 01:25 AM PST



Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara daripada dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dengan Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &dan  alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati.

 Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kepada Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.

Pada tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim.

 Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan.

Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA.

 Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi daripada buli pasaran matawang?Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda daripada Daim yang sebahagian dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak,
 

Mukhriz..laa pon Tokey besar macam macam perniagaan beliau , Kapal, melabur dalam syarikat berkaitan Arak??  dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa-apa. Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua-dua Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yang Merompak melampaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?


 DARI WEB

Harakah perlu tarik minat pembaca - Pemuda PAS

Posted: 19 Jan 2015 09:27 PM PST

oleh: webmaster

Kita sebagai ahli PAS sewajibnya menyokong sepenuhnya akhbar keluaran rasmi parti iaitu Harakah selagi pimpinan tiada pengarahan untuk memboikot atau tidak menggalakkan untuk membelinya.

Harakah adalah pelopor kepada perjuangan PAS sejak puluhan tahun penerbitannya dan sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa akhbar tersebut telah mendekatkan PAS di mata masyarakat.

Dengan pelbagai ruangan termasuklah politik, agama, sastera dan sebagainya, Harakah telah menarik minat masyarakat untuk membelinya tidak kira lapisan, ianya bukan hanya terhad dalam kalangan ahli semata-mata.

Harakah ternyata berjaya memberikan penerangan kepada masyarakat terhadap isu-isu semasa dalam negara disamping memberikan kefahaman tentang prinsip serta perjuangan PAS itu sendiri.


Dakwaan meleset


Dakwaan Harakah melebihkan berita pimpinan lain ternyata meleset kerana setiap keluaran lebih 80 peratus beritanya adalah berkaitan PAS.

Pimpinan PAS yang bersifat pelbagai dari segi kemahiran, kemampuan, kelulusan serta profesion telah diberikan ruang untuk berbicara dan menjawab segala isu mengikut kemampuan masing-masing.

Tidak ada lagi berlaku, ada pimpinan yang digam atau disekat untuk keluar di dalam Harakah walaupun pimpinan itu sendiri secara umum mengkritik serta menggambarkan ketidakpuashatiannya kepada akhbar tersebut.

Sememangnya ada laporan berita daripada pimpinan parti lain namun tidaklah hingga menenggelamkan pimpinan kita sendiri dan ianya tidak pernah berlaku sejak daripada penerbitan pertama akhbar tersebut.

Ada kalanya berita daripada pimpinan daripada luar parti telah dijadikan 'headline', ianya dipilih bukan suka-suka sebaliknya dibawa mesyuarat dalam usaha 'attrack' minat pembaca untuk melanggan.

Ya, Harakah adalah akhbar rasmi parti, tetapi pembacanya adalah bersifat rencam daripada pelbagai lapisan termasuklah golongan atas pagar dan ahli BN itu sendiri.

Sesiapa yang melanggan setiap keluaran kita akan mengetahui strategi 'approach' Harakah dalam memacu akhbar dan parti dalam mengharungi iklim politik negara.

Akhbar ini dipimpin oleh pimpinan kita sendiri, ahli lembaga pengarahnya adalah pimpinan kita sendiri, Jawatankuasa PAS Pusat sentiasa menilai dan mengambil tahu akan pergerakan Harakah.

Tekanan perit
Saya yakin, Harakah matang untuk mendengar kritikan, matang untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak dengan cara yang lunak serta bertamadun. Tidak perlu untuk berkempen untuk memboikot sebaliknya membantu untuk memperkasakan akhbar rasmi parti itu.

Tekanan ini dirasai dengan sangat perit oleh seluruh staf khususnya wartawan melebihi apa yang dirasai oleh pimpinan dan ahli lembaga pengarah itu sendiri sedangkan mereka hanya melakukan tugas yang diamanahkan, kasihanilah mereka yang banyak berkorban kepada parti daripada memikirkan kesenangan mereka.

Teringat kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Perak, beliau berkata, "Pembelian akhbar Harakah adalah infaq (sumbangan) kita kepada parti, belilah Harakah dengan niat nak tolong parti.

"Walaupun kita tidak sempat baca atau sudah membaca daripada sumber-sumber lain, belilah untuk tolong parti"

Harakah sememangnya bukan sumber dana rasmi parti, tetapi adalah penyumbang utama kepada parti dalam menggerakkan parti yang kita cintai ini.

Setiap keluaran jika tidak ada aral melintang, saya akan membeli dua naskah. Setiap naskah akan ditinggalkan di mana-mana lokasi yang saya berhenti, itu cara saya dan pelbagai cara kita boleh aplikasikan dalam memasyarakatkan Harakah dan dalam masa yang sama melebarkan dakwah PAS di dalam kelompok masyarakat.

Belilah walaupun tidak sempat untuk membaca atau sudah bermaklumat daripada sumber lain. Aplikasikan 3B: Beli, Baca dan Beri!


Sirul diminta gunakan kebebasan di Australia dedahkan siapa arah bunuh Altantuya

Posted: 19 Jan 2015 09:25 PM PST

Oleh: webmaster

PAS menggesa Koperal Sirul Azhar mendedahkan perkara sebenar berhubung skandal pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada media Australia selepas negara itu enggan memenuhi permohonan Malaysia mendapatkan perintah ekstradisi terhadapnya yang dikenakan hukuman mati.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, Sirul perlu menjelaskan hal sebenar bagi menjawab semua persoalan yang sudah berlarutan sejak 2006.

"Kalau boleh di Australia itu Sirul ceritakan keseluruhan kepada akhbar di Australia kenapa dia bunuh Altantuya. Kes ini dah berlarutan lama dan akan terus jadi isu sehingga semua persoalan itu terjawab," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul, 43, kerana membunuh penterjemah itu 9 tahun lalu.

Bagaimanapun Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana mereka merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Khalid berkata, Sirul sepatutnya menggunakan peluang "perlindungan" dari Australia dengan mendedahkan motif sebenar beliau dan rakannya, Azilah membunuh Altantuya.

Khalid turut mempersoalkan bagaimana Sirul boleh "terlepas" daripada tali gantung dan dibenarkan ke luar negara sementara menunggu hukuman dijatuhkan.

"Sedangkan orang yang tidak bayar pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) pun boleh dirampas pasport, dan dihalang ke luar negara. Tetapi orang seperti Sirul boleh bebas keluar pergi ke Australia," katanya.

Gesaan sama turut dibuat Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen dalam Twitter supaya Sirul mendedahkan perkara sebenar.

"Sirul, pelindung anda sudah abaikan anda. Tiba masa untuk beritahu semuanya?" katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh mengesahkan Sirul ke Australia sejak Oktober tahun lalu, selepas menyemak rekod Jabatan Imigresen Malaysia.

Disebabkan itu, Malaysia mungkin membawa kes Sirul ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul akan dihantar pulang atau sebaliknya.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh ketua polis negara dan peguam negara sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Pada masa ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya.



Tiada ulasan: