Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


1MDB pinjam RM4 bilion untuk pelaburan ‘tak wujud’ di Mongolia, kata PKR

Posted: 13 Jan 2015 01:44 AM PST


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan wang RM4 bilion yang dipinjam 1MDB daripada KWAP untuk satu pelaburan di Mongolia, yang selepas disiasat, tidak wujud. – Gambar fail  The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015. 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan wang RM4 bilion yang dipinjam 1MDB daripada KWAP untuk satu pelaburan di Mongolia, yang selepas disiasat, tidak wujud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.

 Persoalan berhubung 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan apabila PKR mendedahkan anak syarikat kepada syarikat pelaburan strategik negara itu meminjam RM4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk melakukan pelaburan yang "tidak wujud" di Mongolia.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, anak syarikat 1MDB tersebut adalah SRC International Sdn Bhd yang meminjam dana KWAP ‎pada 2011, tetapi hasil siasatannya mendapati  pelaburan itu langsung tidak wujud dan menimbulkan persoalan ke manakah RM4 bilion itu dibelanjakan.

"Pada awalnya ia bertujuan membeli syarikat perlombongan bernama Gobi Coal &Energy untuk melabur di Mongolia sepertimana dilaporkan akhbar The Business Times," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Rafizi berkata, sepertimana ‎1MDB, dana yang diambil SRC itu juga turut dijamin Putrajaya. "Pelaburan itu tidak berlaku sehingga serangan dan tidak diketahui bagi tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan," katanya.

Rafizi mendesak Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) 1MDB yang baru, Arul Kanda untuk menjelaskan isu pinjaman tersebut.

"Ini ujian awal kepada kepimpinan Arul Kanda di 1MDB untuk menilai apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soalan penting rakyat terhadap 1MDB.

"Jika beliau bersifat telus, beliau boleh menjelaskan bagaimanakah pinjaman RM4 bilion itu dibelanjakan setakat ini dan hasilnya kepada negara memandangkan ia wang rakyat.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, sekiranya tidak ada penjelasan memuaskan daripada ‎CEO 1MDB itu, beliau tidak-agak untuk mengambil tindakan perundangan.

"Saya akan mengatur supaya wakil pesara yang pencen mereka dicarum di dalam KWAP mengambil tindakan mahkamah terhadap badan itu, 1MDB dan menteri kewangan kerana sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen rakyat bagi pelaburan yang diragui," katanya.

Rafizi turut membidas kenyataan Arul yang mengatakan pengkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui fakta sebenarnya.

"Kenyataan Arul Kanda itu adalah bongkak dan mengetepikan kebimbangan rakyat termasuk dari kalangan pimpinan dan penyokong BN yang ingin mendapat penjelasan munasabah mengenai 1MDB," katanya. – 13 Januari, 2015.



Bagaimana Sirul boleh lepas ke luar negara?

Posted: 13 Jan 2015 01:42 AM PST

(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan kehilangan tertuduh kedua kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar apabila tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar keputusan rayuan kes itu.

Tian berkata, ia menunjukkan tidak ada pemantauan ketat dilakukan terhadap tertuduh oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.

"Semasa mereka membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan itu, tidak ada penguatkuasaan supaya mereka dipantau. Sepatutnya mereka perlu dipantau kerana kes ini belum lagi selesai," katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Namun Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di.

Pada  April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya namun kedua-dua orang tertuduh telah membuat rayuan sabitan kesalahan ke atas mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada bulan Ogos 2013.
Selain itu, menurut satu sumber yang dipetik Bernama, Sirul kini berada di Australia sejak dua bulan lalu dan tidak dapat pulang untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Tian mempersoalkan bagaimana orang yang dituduh membunuh boleh keluar negara dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangkap dan membawa beliau pulang ke Malaysia.

"Macam mana dia boleh ke luar negara? Sedangkan orang yang tidak membayar PTPTN tidak boleh keluar negara apatah lagi kes bunuh yang sepatutnya tidak boleh untuk keluar negara. Siapa yang suruh? Menteri kena jawab persoalan ini.

"Menteri Dalam Negeri kena ambil tindakan untuk tangkap dia di sana atau hantar surat kepada kerajaan Australia untuk hantar tertuduh itu balik ke sini," katanya.

Tian juga menyifatkan kes ini hanya wayang sahaja kerana sejak sembilan tahun lalu tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran sebenar mengenai kes kontroversi ini.

"Boleh dikatakan begitu sebab dari awal lagi tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran mengenai pembunuhan ini. Bagi saya dua orang tertuduh ini hanyalah kambing hitam," katanya


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT