Isnin, 26 Januari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ADA TAIK DALAM TANGAN

Posted: 26 Jan 2015 06:48 PM PST







KOMENTAR
rumah dan tanah orang miskin
memang banyak diambil oleh cukong
chu badak
kampong railway
padang balang
sekarang ada rancangan 
untuk rembat
kampong banda dalam

kes tanah datum ini menarik
ini projek PKNS
pkns dibawah kerajaan selangor
selangor dibawah pakatan rakyat
mb selangor dari PKR

lalu persoalan timbul
ketika kampong chu badak diroboh
ketika kampong railway diroboh
kenapa anak anak muda ini tak datang?

nampak jelas
ada tangan tersorok 
dibelakang bantahan ini
nampak jelas ada niat 
untuk kacau kerajaan selangor
nampak jelas  gerombolan 
ketuanan melayu ini
bukan berjuang untuk melayu
tapi nak kacau kerajaan selangor

HEBAT NAMPAK?

MB: Yang demo itu penduduk tempatan ke?


Menteri Besar Selangor Azmin Ali mempersoal sama ada peserta demonstrasi projek Datum Jelatek di Taman Keramat benar-benar penduduk tempatan.

Beliau menjawab soalan pemberita yang mahu mendapat maklum balas beliau berhubung bantahan dalam demonstrasi projek itu semalam.



KETIKA 
KAMPONG CHU BADAK
 DIROBIOHKAN
MANA KETUANAN MELAYU



---------------

LAWAK BERDIRI DI BUKIT BINTANG

Posted: 26 Jan 2015 06:15 PM PST




KAH KAH KAH

sex drugs politik & rock n roll
mari ketawa sebelum
ketawa kena gst






-----------

CINA BELI TANAH

Posted: 26 Jan 2015 05:58 PM PST






RUMAH MELAYU DIRUNTUHKAN
TANAH DIJUAK PADA
ORANG CHINA



FACE BOOK



Syarikat hartanah besar dari China membeli tanah bernilai berbilion dari Iskandar, milik kerajaan Malaysia. Kalau yang beli ini rakyat Malaysia berbangsa Cina, akan jadi isu besar. Tapi bila kerajaan jual tanah kepada pelabur asing dari China seperti ini, apa kataNajib Razak 
?



KAH KAH KAH

woit
mana puurkasa
mana puurkida
mana puurki pm
mana puurkisma
mana beras jati
mana jaringan melaytu
mana mat bisul
kah kah kah
apa sudah jadi
pada
parti ketuanan melayu

APA PUNYA TIPU



-----------------

TUKAR TIUB TEPAT

Posted: 26 Jan 2015 05:29 PM PST




KOMENTAR

apa yang saya ramalkan tahun lalu
kini telah berlaku
satu demi satu negara eropah
akan memperkenalkan undang undang baru
inilah peranan ISIS

kini malaysia pula
akan mengembalikan ISA


TULISAN TAHUN LALU
.Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:

Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.






---------------

PERANG DITERUSKAN

Posted: 26 Jan 2015 05:18 PM PST







WAR ROOM MADEY


KUALA LUMPUR - Bukan sesuatu yang baharu atau mengejutkan jika  Mahathir Mohamad mengkritik cara pentadbiran  Najib Razak.

Namun ini mungkin kali pertama beberapa pemimpin tertinggi Umno dilihat secara terbuka tidak menafikan wujud pergeseran antara kem kedua-dua pemimpin berpengaruh itu dalam Umno.

Apa yang penting, mesej mereka adalah sama, iaitu kedua-dua tokoh Umno itu perlu duduk semeja dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat yang timbul.




KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
hang ingat
bila mat mongol
nampak muka madey

apa dalam kepala
apa doa mat mongol
kah kah kahg

APA PUNYA DOA



--------------

KANTOI - ADA GAMBAR

Posted: 26 Jan 2015 10:16 AM PST






FACE BOOK


Kalau rajin sikit pls check n inbox apa sebenarnya yang berlaku - dalam isu ini
http://www.justice.gov/opa/blog/attorney-general-eric-holder-visits-malaysia


  1. Saya tidak pernah tulis surat kepada FBI, kata Syed Hamid ...

    www.themalaysianinsider.com/.../saya-tidak-pernah-tu...
    Translate this page
    3 days ago - Itu hak beliau sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya lagi, merujuk kepada isu Menteri Dalam Negeri ...
  2. Hishammuddin nafi pernah
  3. hantar surat pada FBI
  4. Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. -
  5.  See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-nafi-pernah-hantar-surat-kepada-pihak-fbi#sthash.74pWIcol.dpuf
  6. KAH KAH KAH
  7. woit
    kah kah kah
    ini gambar sapa?
    kah kah kah
    kantoi mantoi

    APA PUNYA TIPU

-----------------

JENG JENG JENG

Posted: 26 Jan 2015 05:44 AM PST




Nasib Anwar dalam rayuan kes liwat 

diketahui 10 Februari -

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar yakin bebas dalam kes rayuan liwat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yakin beliau akan dibebaskan apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan ke atas kes liwatnya 10 Februari ini. 

KAH KAH KAH

ciiiiis...
kecewa... gagal
tak dapat menghasut
ciiis kalau tidak
ramai turun demo
kah kah kah
bukan sokong anwar
tapi nak tibai najib

KAH KAH KAH 


----------

APA DOANYA?

Posted: 26 Jan 2015 05:00 AM PST








KOMENTAR
lagi lama sakit gigi ini
lagi baik untuk pakatan
sakit gigi yang berterusan
adalah strateji politik yang tepat

KJ  KETIKA
SEKOLAH RENDAH

Hentikan perang saraf Najib- Mahathir, 

hanya lemahkan Umno, kata Khairy

Perang saraf di antara kumpulan  Najib Razak dan  Mahathir Mohamad perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan melemahkan Umno, kata Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjelang beberapa tahun lagi, maka pihak yang berkenaan digesa menghentikan polemik yang boleh melemahkan parti Melayu itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-perang-saraf-najib-dr-mahathir-hanya-lemahkan-umno-kata-khairy#sthash.6i0AoBZq.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
hang ingat
apa dalam kepala
malaon ini bila lihat
muka madey
kah kah kah

APA PUNYA DOA


----------------

BILA NAJIB AKAN BERUNDUR

Posted: 26 Jan 2015 03:30 AM PST





TANDA BILA
satu malaysia telah bersedia
dengan perdana menteri baru
tapi
bila ini akan berlaku? 

tanda yang paling saheh
ialah
apabila rosmah mengadakan
 kenduri kahwin anaknya

apabila kenduri perkahwinan
 ini berlangsung
ertinya 
najib telah bersedia 
untuk berundur

ingat kes kenduri kahwin
 anak mat said
 menteri besar terangganu
mat said 
mahu kenduri dibuat
sebelum mat said  digugurkan
dari kerusi mb

najib pun dalam keadaan sama

rosmah mansor mahu 
berkenduri perkahwiann anak
ketika najib masih jadi pm

rosmah pasti mahu
kenduri kahwin yang maha hebat
lebih hebat dari kenduri agong
lebih hebat dari kenduri
anak marcos
lebih hebat dari kenduri 
anak suharto
lebih hebat dari kenduri
anak mubarak
lebih hebar dari kenduri
anak maharaja
lebih hebat dari kenduri
anak emperor 

kenduri kahwin ini
akan menjadi terhebat di malaysia
terhebat di asean
terhebat di asia
terhebat di dunia
inilah kenduri
lebih hebat dari kenduri
emperor rome

agong raja sultan 
putera puteri sheikh
presiden perdana menteri
 menteri taikon towkay
bintang filem
penyanyi

semua yang ternama
akan di jemput
ini kenduri anak rosmah

senarai jemputan ini
adalah
senarai
siapa dan siapa
dalam dunia glamor


tak caya tunggu
dan
lihat nanti

NOTA
tukar tiub 
tidak akan dijemput

-------------

HADI DI TIBAI LAGI

Posted: 26 Jan 2015 12:09 AM PST





Pilihanraya Kerajaan Tempatan : SAMM Cabar Hadi Awang Sepentas Berdiskusi

Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.

Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Persoalan beginilah yang sepatutnya diutarakan oleh seorang Presiden Parti Politik, yang akan mengangkat martabat fikrah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bukannya terus terheret dalam analogi sempit berasaskan kaum dan agama ciptaan UMNO-Barisan Nasional lantas meninggalkan seruan Keadilan Untuk Semua yang dianjurkan Islam.

Kita juga tidak boleh menolak faktor pergeseran dalam UMNO itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, terutamanya Mahathir ketika itu sebagai antara pemain utama dan Tun Abdul Razak sebagai pengganti Perdana Menteri telah turut mencetuskan tragedi 13 Mei.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersemuka di atas satu pentas bagi membicarakan polemik Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah ditimbulkan oleh beliau. Hadi tidak boleh sekadar mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberikan penjelasan lengkap berkait tanggapan beliau itu. 

SAMM terbuka untuk pihak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan tarikh, masa dan tempat. 

Sampai bila kita harus tunggu Malaysia dibuai mimpi indah di mana penbangunan hanya dirasai oleh segelintir rakyat tanpa urustadbir dan tatakelola yang baik dapat diterapkan di dalam setiap lapisan jentera pentadbiran Kerajaan.

Muhammad Akram Bin Ahmad
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka


-----------

NASI PANGUNG KELMARIN

Posted: 25 Jan 2015 10:04 PM PST




NASI PANGGUNG
Menunggu janji menteri
Menunggu kata penguasa
Jangankan rumah berlindung
Janji meeting townhall pun belum terlaksana!

Menu & kontributor Jln Panggung minggu ini:-

MINAH CUN PERTAMA

Tim Dapur Jalanan - Bubur pulut hitam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Usrah cecawi & buharat - Nasi Arab kabsah
Tim girls only - cup cakes
Qish Awek Cun - Kueh Donut / Keropok Lekor

MAKANAN

Anak Semua Bangsa; bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Husin, Aisyah, Ajimonn, quratul, padel, intan, bebe and ili
Awatif & Tim Recycle, Dr Maszlee Sekeluarga
Afiq, Roy, Sake, Akim, Hijrah, Azen, Paan & Tim BangsarBoys
Azreen & Suriani, Intan & Sarah, Fazzy,
& semua yg hadir, berkongsi kasih, bersetiakawan di Jln Panggung!

YANG MAKAN


Terima Kasih semua!!!
++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

YANG DATANG

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 
 Hadi Khalid 0126648873

MINAH CUN KEDUA
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
25 Januari 2015




--------------

SALAH GUNA KUASA

Posted: 25 Jan 2015 07:56 PM PST





ADAKAH KONTRAK BAS PLKN BERNILAI RM 165 JUTA KEPADA GUNUNG CAPITAL DITERUSKAN WALAUPUN PLKN 2015 DITANGGUHKAN?
Pengumuman Bursa Malaysia yang bertarikh 29 Disember 2014 (rujuk lampiran A) mendedahkan bahawa syarikat Gunung Capital Berhad melalui anak syarikat milik sepenuhnya iaitu GPB Corporation Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 164, 951, 885.70 oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi menyediakan perkhidmatan bas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kontrak tersebut merangkumi penyediaan sebanyak 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN untuk tempoh selama 3 tahun bermula 26 Disember 2014 sehingga 25 Disember 2017. Namun pengumuman tersebut tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana proses pemberian kontrak dibuat dan samada nilai kontrak tersebut setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini menimbulkan persoalan kerana maklumat syarikat menunjukkan Gunung Capital diketuai oleh pimpinan UMNO iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal selaku Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Beliau merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang bergiat aktif di Perak.
Saya juga telah mendedahkan pada minggu lepas bahawa terdapat jurang perbezaan sebanyak RM 212 juta antara penjimatan melalui penangguhan PLKN tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri iaitu sebanyak RM 400 juta sedangkan anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2015 adalah RM 612 juta.
Adakah ini bermakna kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM 212 juta kerana masih terpaksa membayar syarikat-syarikat kontraktor seperti Gunung Capital yang telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 165 juta walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
Adakah keengganan kerajaan untuk memansuhkan terus PLKN adalah kerana syarikat tertentu yang mempunyai kaitan dengan pimpinan UMNO telah dijanjikan kontrak bernilai ratusan juta ringgit bagi tempoh jangka panjang atau kontrak lebih dari setahun?
Penangguhan PLKN tahun 2015 adalah tindakan yang wajar bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Namun, Y.A.B. Perdana Menteri wajib menjelaskan mengapa penangguhan PLKN tahun 2015 hanya mampu jimatkan 65% daripada anggaran sebenar perbelanjaan PLKN, adakah kerajaan akan membayar syarikat kontraktor seperti Gunung Capital RM 165 juta walaupun tiada perkhidmatan bas yang diberikan bagi tahun 2015 dan kemanakah perginya RM 212 juta iaitu wang lebihan daripada anggaran perbelanjaan RM612 juta berbanding RM 400 juta penjimatan yang diumumkan? 
AKMAL NASIR
Pengarah Strateji
Angkatan Muda Keadilan

---------------

Tiada ulasan: