Roslan SMS Corner |
Aduhai celuparnya Lim Guan Eng bukan sekali (30/1/15) Posted: 29 Jan 2015 08:03 PM PST Ada orang berkata Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memiliki sikap "Mr Arrogant". Sebagai pemimpin nombor satu DAP sudah pastilah sebarang sikap dan pendirian parti berkenaan berkait-rapat dengan tingkah-laku dan kehendaknya. Bila kita belek-belek dan menyingkap situasi dan isu-isu yang berlaku dan tercetus sebelum ini yang melibatkan beliau ternyata gelaran "Mr Arrogant" itu sesungguhnya tidak lari dari beliau. Dan kelmarin gelaran "mulut celupar" turut diberikan kepada beliau.Semasa krisis MB Selangor, Lim ke hadapan dalam menyerang dan menyelar sikap dan pendirian PAS secara terbuka. PAS sebagai parti komponan dalam PR sepatutnya punya hak bersuara dan memberi pandangan, tetapi tidak bagi Lim, semua parti mesti akur dan setuju. Apabila PAS punya sikap berbeza terus Lim mendakwa bahawa PAS cenderung pada Umno dan malah semasa krisis itu hangat terbakar Lim mencemuh sikap EXCO-EXCO PAS yang kekal dalam kabinet Tan Sri Khalid sehingga ada pimpinan bawah dagunya yang mendesak pimpinan PAS itu dipecat.Semasa krisis MB Selangor juga ketika AJK PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasaruddin Hassan membuat perbandingan antara projek yang dilulus di Selangir dan di Pulau Pinang, Lim melenting, bukannya mengambil masa memberikan penjelasan, sebaliknya bertindak menyaman ahli parlimen berkenaan. Dalam peringkat pimpinan tertinggi pun Lim tidak henti-henti memburukkan Presiden PAS kerana kononnya enggan menghadiri Mesyuarat tertinggi pimpinan PR dan sekadar hantar wakil.Dalam isu Hudud di Kelantan Lim lah antara yang paling vokal menentang dan mengancam PAS. Dan dalam kes Pilihanraya PBT di Pulau Pinang tanpa berfikir panjang Lim melompat mendakwa bahwa Presiden dan Setiausaha Agung PAS sebagai "dishonest" atau tidak jujur. Terbaru adalah laporan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari 2015 ini. Lim dipetik sebagai berkata (terjemahan):Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan. "Mr Arrogant" tanpa segan-silu menuduh kerajaan PAS Kelantan pimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai sebuah kerajaan yang "tidak boleh buat kerja". Tidakkah biadab bunyi kenyataan ini?Dalam rakyat Kelantan bangkit membina semula negeri berkenaan setelah ditimpa bencana, seorang pemimpin negeri lain senang-senang menghina dan merendahkan sebuah kerajaan negeri yang lain dengan mendakwa ia tidak tahu bekerja. Apa masalah Lim sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian?Adakah begini cara kita melayan rakan kita tambah-tambah apabila ditimpa musibah seumpama ini? Saya percaya rakyat Kelantan yang lebih mengenali MB dan kerajaan negeri mereka akan kecewa dan kesal dengan kenyataan biadap dan "celupar" Lim Guan Eng itu. Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dalam mengulas kenyataan Lim itu menyebut:Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini berlaku di luar jangka. Saya tidak menyatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci dari kelemahan namun menyebut "macam tiada kerajaan" ialah satu tuduhan yang sangat melampau. Ia adalah satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat. Saya kira Yang Amat Berhormat bolehlah menarik balik kenyataan tersebut jika ia benar sebagaimana yang dilaporkan. Degilnya Yang Amat Berhormat atas kenyataan ini, demikianlah akan tebalnya ingatan kami terhadap kecaman Yang Amat Berhormat.Oleh itu saya sedikit pun tidak terkejut apabila Setiausaha Agung PAS Dato Mustafa Ali melabel Lim sebagai "celupar mulut" dan memang layaklah gelaran "Mr Arrogant" itu lekat pada namanya. Jika beginilah sikap pemimpin tertinggi DAP terhadap PAS, tidak mustahil ahli-ahli PAS nanti akan memberi rekasi negatif dan layanan hambar kepada beliau dan parti beliau.Kerana mulut badan binasa! |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan