Kelab Greenboc |
- [VIDEO] QZ8501: Memilukan - 5 Mayat Terikat Di Kerusi
- UMNO Masih Enggan Terima Fakta Mereka Tewas Undi Popular PRU13 - Sakmongkol
- PMO Bertanggungjawab Jika Nanti Betul-betul Jet Ada Isu Teknikal & Najib Kena E-Coli
[VIDEO] QZ8501: Memilukan - 5 Mayat Terikat Di Kerusi Posted: 06 Jan 2015 12:30 AM PST Semarang: Sayu dan sedih. Itu gambaran diberikan anggota pasukan Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bung Tomo ketika melakukan pemeriksaan ke atas lima mayat masih terikat di kerusi penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, kelmarin. Keinginan untuk membantu menyebabkan pasukan berkenaan sanggup berhadapan cabaran ombak besar dan angin kencang semata-mata untuk mengangkat mayat berkenaan ke atas kapal. Dua baris kerusi penumpang iaitu masing-masing tiga kerusi bergabung kini berada di geladak KRI Bung Tomo. Masih terdapat genangan air laut pada kerusi beberapa bahagian kerusi penumpang itu. Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan berkata, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan, keadaan ombak bergelora disertai angin kencang namun atas semangat mahu membantu, mereka tetap mahu mengambil kerusi yang masih terikat tiga mayat dan terumbang ambing dibawa arus. "Dipercayai tiga mayat itu membabitkan ibu bapa dan anak serta masing-masing masih berada di atas kerusi sambil memakai tali pinggang keledar. Hati kami cukup sayu.
|
UMNO Masih Enggan Terima Fakta Mereka Tewas Undi Popular PRU13 - Sakmongkol Posted: 05 Jan 2015 09:30 PM PST Anggota PERKASA watak kartun – Ariff Sabri PERKASA tidak layak membela institusi raja kerana dianggotai oleh watak-watak kartun. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul AzizPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, Raja-raja Melayu tidak memerlukan pembelaan mana-mana pihak untuk mengekalkan kedudukan, termasuk oleh PERKASA. Beliau secara sinis menyatakan, PERKASA tidak layak membela institusi raja kerana dianggotai oleh watak-watak kartun kerana "Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan pembelaaan dari kumpulan-kumpulan seperti ini." Menulis di dalam entri terbarunya di blog sakmongkol.blogspot.com, beliau mendakwa, UMNO sebenarnya sedang terdesak untuk mengekalkan kuasa politiknya termasuk menggunakan institusi raja yang akan terhapus sekiranya pembangkang berkuasa di Malaysia. Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan itu mendakwa, sesiapa pun yang menguasai kerajaan tidak memberikan kesan atau menggugat kedudukan Raja-raja Melayu. Sehubungan itu katanya, rakyat tidak boleh membiarkan diri terus diperbodohkan oleh UMNO yang didakwanya sebagai sebuah parti politik feudal. "Orang Melayu itu majoriti bukan? Selagi mereka majoriti dan berkehendakkan Raja-raja mereka, maka Raja Melayu tetap wujud. Maka Raja yang patut ambil hati rakyat. Kecintaan dan perasaan mahabbah terhadap Raja bukan boleh dipaksa-paksa. Tak perlulah UMNO menakutkan orang Melayu. UMNO sudah menakutkan orang Melayu sejak 1946 lagi," ujar Mohd Arif. Kata Mohd Ariff, UMNO enggan menerima fakta parti itu telah tewas dalam undi popular pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang menunjukkan mereka tidak ada legitimasi moral serta tidak layak memperkatakan kerajaan campuran atau perpaduan. Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa perlu bercakap mengenai perpaduan nasional dan perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO. "Kenapa kita tidak bercakap mengenai perpaduan nasional?" soal bekas ADUN Pulau Manis itu dan menambah: "Apa yang besar dan keramat sangat kita mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO?" "Idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO sedikit sangat melibatkan agama, bangsa dan Raja Melayu. Perkara sebenarnya ialah UMNO sedang terdesak untuk kekalkan kuasa dan sekarang benar-benar menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan," tulisnya. -FMT
|
PMO Bertanggungjawab Jika Nanti Betul-betul Jet Ada Isu Teknikal & Najib Kena E-Coli Posted: 05 Jan 2015 04:15 PM PST Jet PM ada isu teknikal, tak diguna keluarga' Jet kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu selepas mengalami isu teknikal. Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini. "Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM. "Ia juga tidak berada di Indianapolis," menurut reaksi pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin. Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu menyiarkannya di ruangan komen pada blog seorang lagi pemimpin media eranya Tan Sri Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf' Najib. Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera udara dan dibawa terus ke Kota Bharu. Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri. 'Seperti misteri MH370' Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir. "Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii? "Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?" soalnya, Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti "misteri MH370" yang hilang sebelum ini. "Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat," tulis Kadir lagi.
ULASAN GB Di kedua dua kes hanya alasan-alasan diberikan TANPA sebarang BUKTI. Di dalam kes pertama bab jet 1Malaysia yang dikatakan mengalami masalah teknikal dan ditinggalkan di Amerika betul-betul memperbodohkan rakyat. Ini kerana laman sesawang Flight Radar 24 mempunyai data "kedudukan" jet berkenaan. Semasa Najib balik pun tidak ada cerita tentang "masalah teknikal" jet berkenaan. Alasan yang diberikan PMO hanya itu muncul apabila terdapat kritikan hebat kenapa Najib balik tetapi jet masih berlegar ke sana ke mari dan anehnya Rosmah juga tidak kelihatan semasa Najib balik ke Malaysia. Oleh itu tidak boleh dipersalahkan rakyat jika ada spekulasi bahawa jet itu sebenarnya menerbangkan Rosmah di beberapa lokasi untuk bershopping kerana Rosmah sudah pun dikenali sebagai wanita yang kuat bershopping. Sungguh berani PMO memberikan "alasan" jet menghadapi masalah teknikal untuk "cover line" Rosmah Mansor. Nanti betul-betul jet berkenaan menghadapi masalah teknikal disaat Najib dan Rosmah ada di dalamnya barulah tahu penting rupanya untuk bercakap benar! Kes kedua Najib kena e-coli. GB tak sanggup nak printscreen ulasan dan komen orangramai terhadap tweet dari PMO berkenaan. Hakikatnya ramai yang tidak yakin dengan perkara tersebut. Kalau penat nak layan rakyat dan nak berehat bersama isteri kerana baru balik dari Bangkok nyatalah terus-terang, tak perlu PMO nak buat cerita terkena wabak e-coli ker ebola ker. Sikit punya gempak alasan berkenaan kerana e-coli bukan sebarang wabak - ia wabak maut. Kalau betul kena wabak e-coli kita doakan segera sembuh. Tetapi jika itu alasan yang direka-reka kita khuatir nanti ia betul-betul jadi kenyataan. Sebab apa-apa perkara baik dan buruk yang jika disebut-sebut ia bakal menjadi nyata. Jadi dua perkara yang PMO ternyata membuat pembelaan tanpa mengetahui ia boleh menjadi kenyataan. Pertama jet yang bawa Najib dan Rosmah menghadapi masalah teknikal, bererti boleh juga terhempas. Kedua Najib boleh terkena wabak e-coli yang boleh segera mematikannya. Jika berlaku salah satunya atau kedua-duanya sekali salah siapa? PMO yang memintanya! Kalau Najib dan Rosmah tak kena, Kita khuatir pegawai-pegawai PMO itulah yang kena... kapalterbang dinaiki meletup sebab masalah teknikal, atau masing-masng tersadai kena e-coli sebab mereka yg beri alasaalasan itu. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan... Jangan main-main. kami hanya memberi peringatan... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan