Jumaat, 30 Januari 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Kotak Hitam Dedahkan Bukan Ariyanto, Tapi Remi Plesel Yang Pandu QZ8501

Posted: 30 Jan 2015 01:05 AM PST


pembantu juruterbang didakwa mengambil alih kawalan pesawat QZ8501 sebelum ia terhempas ke dalam Laut Jawa pada bulan lalu, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), semalam.

Laporan NTSC menyebut Remi-Emmanuel Plesel cuba untuk mengelakkan cuaca buruk dan tindakannya itu turut dipantau oleh Kapten Iriyanto.

Ketua penyiasat agensi itu, Mardjono Siswosuwarno berkata, pesawat terbabit mengambil masa selama kira-kira tiga minit sebelum ia terjunam ke dalam laut.

"Perakam data penerbangan memberi gambaran yang cukup jelas mengenai apa yang berlaku terhadap QZ8501 pada saat-saat akhir sebelum nahas itu berlaku.

"Pesawat yang membawa 162 penumpang itu disahkan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Singapura pada 28 Disember lalu," jelasnya.

Menurutnya lagi, pesawat terbabit juga terbang pada ketinggian yang stabil dan had berat dibenarkan, namun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai punca nahas tersebut menurut laporan AFP.


French co-pilot flying AirAsia jet before crash: Investigators

JAKARTA: The French co-pilot was at the controls of an AirAsia plane when it crashed into the sea last month after flying through an area of towering clouds, killing all 162 people on board, investigators said Thursday.

The announcement came as fishermen found two more bodies from the crash in waters off Sulawesi island in central Indonesia, around 1,000 kilometres (600 miles) from where the plane crashed, a search and rescue official said.

Flight QZ8501 went down in stormy weather on December 28 in the Java Sea during what was supposed to be a short trip from the Indonesian city of Surabaya to Singapore. Only 72 bodies have so far been recovered.

On Thursday, Indonesia's National Transportation Safety Committee, which has been analysing the plane's black boxes, said that prior to the crash, the aircraft had climbed fast in an area packed with cumulonimbus — huge clouds that pilots try to avoid.

They also revealed that the Airbus A320-200′s less experienced French co-pilot, Remi Plesel, was flying the plane when it went down, rather than Captain Iriyanto, a former fighter pilot who had around 20,000 hours of flying time.

"The second-in-command was the pilot flying,"
chief investigator Mardjono Siswosuwarno told reporters in Jakarta, disclosing details from a preliminary report into the crash.

He said the captain sat on the left and acted as "the monitoring pilot".

Gerry Soejatman, a Jakarta-based independent aviation analyst, said that while there was nothing unusual about the co-pilot being at the controls, the question was whether the captain took the right decision when the plane got into trouble.

"The captain has a choice whether to let the co-pilot continue flying and he does the trouble-shooting, or he takes control of the aircraft and allows the co-pilot to do the trouble-shooting," he told AFP.

He said it would not be clear whether the pilot made the right choice until more analysis of the plane's black boxes — the flight data recorder and the cockpit voice recorder — had been conducted and made public.

Sharp climbInvestigators' comments that the plane climbed sharply before crashing echoed those made by Transport Minister Ignasius Jonan last week.

In 30 seconds, it rose from 32,000 feet to 37,400 feet, then dipped to 32,000 feet, before descending for around three minutes when the black boxes stopped, said investigator Ertata Lananggalih.

They also said the plane's stall alarms were going off for four minutes before the crash.

Siswosuwarno said that the plane was in good condition, and that its crew all held the correct, up-to-date licences.


The committee revealed new details of their investigation after completing the preliminary report. They have handed the report The transport commmitee also said the cumulonimbus clouds in the area reached heights of up to 44,000 feet at the time of the crash, although they declined to say whether the plane had flown directly into them.to the UN's International Civil Aviation Organization, but the whole report was not made public.

However, investigators said they hope to complete a final report in seven to eight months, which will be released.

The military, which has provided most personnel and equipment for the hunt, withdrew from the search this week, saying that it could find no more bodies in the jet's main section. The navy had also repeatedly failed to lift the badly damaged fuselage.

Indonesia's civilian search and rescue agency is continuing the hunt for victims, but on a smaller scale.
-AFP






Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[PENDEDAHAN MENGEJUTKAN]: Harakah & Parti Dalam Bahaya

Posted: 29 Jan 2015 08:05 PM PST


Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

"Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar," tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

"Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,"
katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

"Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?"
ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

"Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

"Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah," ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

"Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

"Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya," ujar beliau lagi. Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,"
tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

"Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, "
tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

"Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan," tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

"Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini," ujarnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. -FMT


Masalah dalaman PAS punca (Jualan) Harakah jatuh

Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.

"Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya," katanya pada program 'Harakah dalam bahaya' dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.

Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan "adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam."

Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.

"Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.

"Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ," katanya.


Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.

"Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.

"Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,"
ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.

Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR.
-FMT




ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalanlah... terdedah segala pekung yang tersimpan...

Pom pang pom pang nak debat isu LBT, serang rakan-rakan dalam Pakatan ... kini Allah dedahkan rupadirinya yang sebenar.

GB dah lama tahu tapi tak berapa berani nak mendedahkan. Almaklum GB ni ahli kerdil. Tak mampu nak lakukan macam Cikgu ishak Surin dan Dato Tarmizi Mohd Jam lakukan semalam.

GB pernah menulis untuk Harakah sewaktu Harakah berpejabat di Jalan Pahang lagi. Semasa itu belum wujud Harakahdaily. Sebagai seorang ahli PAS yang komited yang mahu berita-berita PAS tersebar luas ke seluruh negara, GB menulis berita-berita untuk membuat liputan aktiiti-aktiviti PAS di negeri yang GB tinggal. Ada juga berita-berita yang jadi Headline mukadepan Harakah waktu itu. Semasa itu GB menggunakan mesintaip buruk yang dibeli sendiri... hantar berita dan tulisan ke Harakah, walaupun lansung tidak dibayar sesen. Ketika itu GB hanya berbekalkan keyakinan Allah membantu GB. GB mencari duit dengan cara menjual Harakah dan kaset-kaset ceramah. Semuanya itu sudah menjadi sejarah.

Apabila dunia berubah dengan kehadiran internet GB beralih menjadi penulis maya... GB memulakan dengan nama pena "Mahazalim". Masa itu belum ada haraakahdaily, malaysiakini, Malaysian Insider, FMT dan sebagainya. Setelah setahun, tiba-tiba GB diuji Allah dengan sakit tenat yang menyebabkan Laman Reformasi kendalian Mahazalim ketika itu terpaksa diserahkan kepada orang lain. Pengendali mahazalim selepas GB berjaya menjadi seorang YB!

Ketua Pengarang harakah Sdra Ahmad Lutfi Othman, ketika itu Ketua Pengarang DETIK ada mewawancara GB melalui email. Boleh baca: Nostalgia : Wawancara DETIK Bersama "mahazalim"

Setelah pulih dari sakit tenat, rahmat Allah s.w.t. luas dan GB dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dan alhamdulillah kini GB berblog di sini...

Berbalik kepada cerita Harakah. Jualannya merudum. Malah ranking Harakahdaily juga turut merudum. Disebarkan kempen "Satu keluarga Satu Harakah"...namun bagi GB kempen itu akan menjadi sia-sia jika tidak ada perubahan bkan saja dalam pengurusan Harakah, malah di dalam parti sendiri. Seperti kata Cikgu ishak, "bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS lebih dalam bahaya".

Mengurus & memimpin adalah tugas dan kerja orang profesyenal. Bila tak dipimpin dan tak diurus oleh mereka yang profesyenal, jadilah sepert Harakah, jadilah seperti kerajaan PAS di Terengganu dan Kedah yang sempat diperintah cuma sepenggal... Berbeza dengan kerajaan Kelantan dibawah TGNA, berkeupayaan untuk bertahan berpenggal-penggal, sekalipun TGNA bukan dari kalangan profesyenal tetapi TGNA sentiasa meyakini dan bekerjasama dengan golongan profesyenal, tidak angkuh dan sombong seperti yang ada sekarang. Renung-renungkanlah!

GB ada hujjah yang banyak untuk menyatakan begitu, akan bersambung di kesempatan yang lain.

Tentang Mustapha Ali ni, dah lama GB suruh tukarkan iaitu sejak tahun 2011 lag. Boleh baca ulasan GB di : Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti

Tiada ulasan: