Kelab Greenboc |
Halau PASMA, Ramai Ahli PAS Bidas Haji Hadi Posted: 27 Jan 2015 12:46 AM PST Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP. "Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. "Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. "PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. "Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.
ULASAN GB GB tak mahu ulas panjang-panjang, tetapi yang jelas dan nyata suara siapa sebenarnya yang kini mirip kepada perjuangan UMNO? PasMA atau Hj Hadi sendiri? Tengok saja isu PBT. Haji Hadi dan kumpulannya mendapat sokongan dan dokongan penuh dan menteri dan media UMNO.... tak begitu? Kedua pasal "tebuk kapal". Gelihati pula dengan analogi sedemikian digunakan oleh Presiden. Maaf cakap, cukup rendah IQ dan cukup memalukan. Kita tanya semula, siapa yang tebuk kapal Pakatan Rakyat kalau bukan Presiden PAS sendiri yang tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan yang sering membuat U-turn semasa membuat keputusan? Siapa yang kena heret ke kandang orang bersalah kerana mengeluarkan perkataan berunsur fitnah tentang pil kuda? Siapa yang mengaibkan presiden parti PKR? Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata : Itu taraf Presiden PAS yang ada kini. Mahkamah memutuskan Presiden PAS memang memfitnah! Cukup memalukan.... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan...... Beginilah... kalau dah suka parti-parti PKR dan DAP silalah bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. GB rasa PKR dan DAP tidak kisah jika kumpulan Haji Hadi keluar PR kerana bukan semua ahli PAS bersetuju dengan Presiden PAS itu. Malah tidak keterlalauan GB katakan lebih dari separuh ahli parti mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan kerana semua tahu bahawa yang akan melawan UMNO BN bukan PAS secara sendirian tetapi Pakatan Rakyat. Malah Haji Hadi sendiri di dalam ucapan penutup Muktamar yang lepas turut menyatakan mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. Kalau tak suka kenapa sibuk suruh perkukuhkan PR? Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Kita sama-sama nantikan siapa sebenarnya yang akan terhalau dan tercampak keluar dari PAS nanti.... PasMAkah atau Hj Hadi bersama UGkah... |
Doktor Yang Rawat TGNA Kata Memang Ada Keajaiban... Posted: 26 Jan 2015 08:00 PM PST Ada keajaiban, kata doktor rawat Nik Aziz Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menceritakan terdapat beberapa keajaiban berlaku semasa proses rawatan. "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah," kata anak Nik Aziz, Nik Abduh. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu. Dalam tulisannya di Facebook hari ini, Nik Abduh berkata beliau gembira hari ini kerana ayahnya lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, bekas menteri besar Kelantan itu juga mampu duduk walaupun agak bersusah payah, katanya lagi. "Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya," katanya. Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir PAS juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ahli politik veteran itu. "Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini," katanya lagi. Nik Aziz, 84, dimasukkan ke hospital di Kota Bharu minggu lepas kerana kesihatannya merosot. Beliau juga menghidap kanser prostat. -mk
ULASAN GB Semalam tatkala GB menyiarkan satu tulisan bertajuk [VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU yang kemudiannya tersebar luas setelah dimuatkan di dalam harakahdaily, ada juga samdol-samdol yang meperolok-olokkannya menyatakan bahawa tulisan itu berlebih-lebihan sehingga ke tahap mengkeramatkan TGNA. Sekarang ternyata benar apa yang ditulis semalam. Doktor menegesahkan memang berlaku keajaiban itu, menurut anak TGNA Nik Abduh. Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Keajaiban boleh berlaku bila-bila masa dengan kehendakNya dan ke atas sesiapa yang pilihNya. Keajaiban juga boleh berlaku ke atas pelaku maksiat dan orang yang jahat-jahat. Itu namanya "istidraj". Jika keajaiban itu berlaku ke atas seseorang yang soleh maka itu dinamakan "karamah". Karamah (apabila dimelayukan jadi "keramat") terbit hasil dari "istiqomah"nya seseorang di atas jalanNya. Tidak perlu dipertikai dan diperdebatkan hal itu. Kita bukan pentaksub individu. Tetapi kita hanya mengkisahkan KEBENARAN yang berlaku. Hati yang suci dan bersih akan mengakuinya dan akur dengan kehebatan kekuasaan Allah sedangkan hati yang perpenyakit akan membuat tuduhan liar untuk tidak memperakui keajaiban itu. Kebenaran itu tetap MENANG mengatasi kebatilan. Wallahu 'alam. klik untuk baca Sini ada jawapannya: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan