Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Najib Sepatutnya Jual Jet Bukan Sekadar Tangguh PLKN
- [VIDEO] TERBAIK: Taat Kepada Negara Bukan Taat Kepada UMNO -Mejar Zaidi
- Mahkamah Persekutuan Putuskan Mahfuz Menang Saman Ke Atas NSTP
| [VIDEO] Najib Sepatutnya Jual Jet Bukan Sekadar Tangguh PLKN Posted: 20 Jan 2015 01:37 AM PST PKR saran PM jual jet demi berjimat Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, langkah penjimatan yang diumumkan kerajaan tidak menangani isu pokok untuk menghadapi kemerosotan pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dunia. Rafizi antara lainnya membangkitkan mengenai pengumuman Najib mengenai penangguhan Program Latihan Khidmat Negara tahun ini bagi menjimatkan RM400 juta. "Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesan. "RM400 juta itu cuma (harga) dua biji jet sahaja. Baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta," kata Rafizi dalam satu sidang media hari ini. Katanya, beliau akan membuat ulasan lanjut mengenai pengumuman kerajaan berhubung kemerosotan pendapatan dan kejatuhan nilai ringgit itu dalam kenyataannya. -mk |
| [VIDEO] TERBAIK: Taat Kepada Negara Bukan Taat Kepada UMNO -Mejar Zaidi Posted: 19 Jan 2015 09:55 PM PST Mejar Zaidi: Indoktrinasi pesong konsep 'taat' Ramai anggota keselamatan hari ini keliru di antara konsep taat kepada negara dan taat kepada parti yang memerintah, kata bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad. Kekeliruan itu, katanya, berlaku akibat proses indoktrinasi yang berterusan sejak lama menerusi ceramah dari pegawai atasan dan media. Zaidi yang aktif menyuarakan pandangan politiknya menerusi laman Facebook "Sokong Mejar Zaidi TUDM" berkata terdapat di kalangan anggota keselamatan menegur tindakannya itu. "Kebanyakan sama ada mereka didoktrinkan melalui pelbagai talk (ceramah) atau pelbagai media bahawa ketaatan kepada negara itu adalah ketaatan kepada parti yang memerintah. "Itu adalah satu konsep yang salah. "Hari ini pun, kalau buka FB ada yang kata, saya ini tidak taat kepada negara, tidak mengikuti sumpah seorang tentera. "Jadi mereka tak faham konsep itu. Kita berikrar taat kepada negara, kita bukan taat kepada Umno. "Jadi itu perkara yang berbeza," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini. Ditanya untuk memperincikan kaedah indoktrinasikan itu, Zaidi berkata pada masa dahulu mereka kebiasannya dimomokkan dengan konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki". "Leadership (kepimpinan) di airforce (tentera udara) ini dia akan keliling pengkalan dan antara isu yang dia akan cakap adalah jangan lupa tangan yang menyuap rezeki ke mulut. 'Itu konsep salah' "Jadi kita kena faham dari perkataan itu. "Harap-harap ini tak berlaku lagi. Itu konsep salah," katanya. Kesedaran terhadap perkara itu mendorong Zaidi untuk menggunakan masanya selepas dipecat daripada perkhidmatan, untuk mengelilingi negara membetulkan perkara itu termasuk dakwaan menipu dalam pilihan raya. "Jadi kita kena cakap yang ini tidak betul dan kita kena beritahulah faktanya. "Jadi ramai yang tak faham konsep mentaati ini. Kalau parti yang memerintah itu menipu, awak pun kena ikut menipu, itu tak betullah. "Sebab itu fokus saya sekarang hendak pergi roadshow (jelajah) atas apa-apa platform sama ada parti politik atau bukan parti politik," katanya lagi. Zaidi dipecat mahkamah tentera selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera. Beliau juga diputuskan bersalah menyiarkan surat pertukarannya kepada media tanpa kebenaran. Keputusan itu dijatuhkan sewaktu Zaidi memfailkan semakan kehakiman kesnya itu di Mahkamah Tinggi. Ia juga dibuat sewaktu peguam Zaidi memboikot kes itu kerana salah seorang ahli mahkamah didakwa meninggalkan komen pada berita kes itu di laman Facebook. -mk
|
| Mahkamah Persekutuan Putuskan Mahfuz Menang Saman Ke Atas NSTP Posted: 19 Jan 2015 04:10 PM PST Mahfuz menang saman akhbar RM150K Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee. Jumlah ganti rugi itu tidak termasuk faedah. Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk". Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya. Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah. Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram. -mk
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan