Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] KISAH MASYARAKAT: Penebar Roti Minah Saleh Jadi Viral

Posted: 18 Jan 2015 12:40 AM PST


Gadis Itali si penebar roti canai

KEMUNCULAN gadis jelita penebar roti canai di Jalan Teknik, dekat sini, pada awalnya tidak begitu disedari, sehinggalah gambarnya menjadi viral di laman sosial.

Maka, Gerai Din Roti Canai yang sudah memang terkenal dengan keenakan roti celaru dan roti gebu kini makin rancak dikerumuni pelanggan yang ingin merasa air tangan gadis berkenaan.

Pelajar sekolah sains, Liceo Sciemtifico Statale Democrito di Rome, Itali, Chantal Viola, 17, yang manis bertudung menebar roti canai merupakan salah seorang pelajar pertukaran sejak Julai lalu.

Kini, dia yang belajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar tinggal bersama keluarga angkatnya, Ishak Mad Shah, 59, yang juga guru sekolah terbabit hingga Jun tahun ini.

Makin mahir berbahasa Melayu

Chantal berkata, dia akan membantu di gerai bapa rakan sekelasnya, Nur Sahira Md Sallehuddin, 17, ketika hujung minggu sejak enam bulan lepas.

"Pada mulanya, saya tidak mahir dan kurang faham percakapan pelanggan. Malah, saya pernah disangka dari Bosnia.

"Namun, kini saya sudah boleh mengambil tempahan pelanggan selain turut menebar roti canai," katanya.

Chantal berkata, dia sudah boleh bercakap bahasa Melayu sedikit demi sedikit hasil pengalaman diperoleh dari gerai dan kediaman keluarga angkatnya.

Menurutnya, dia dapat menimba banyak pengalaman ketika membantu di gerai terbabit khasnya dalam meningkatkan kemahiran komunikasinya.

Katanya, selain itu, dia juga turut bergaul dengan masyarakat setempat dan mempelajari budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

"Biarpun, menghadapi kesukaran dalam berbahasa pada awalnya, namun saya berusaha sehingga mahir," katanya.

Terkejut gambar jadi viral

Mohd Sallehuddin Shaari, 46, berkata, dia sememangnya terkejut gambar Chantal menjadi viral di laman sosial, sedangkan sudah lama gadis terbabit membantu di gerainya.

Katanya, gerai roti canai yang beroperasi sejak 14 tahun berkenaan sememangnya kerap dikunjungi pelanggan, namun disebabkan berita itu tersebar di laman sosial, ia kian menjadi tumpuan umum.

"Pelanggan lagi ramai dari biasa selepas gambar Chantal tersebar. Awalnya dia agak kekok, namun kini ada beberapa perkara dipelajarinya seperti cara menebar roti canai," katanya.

Menurutnya, mereka semua berkomunikasi dengan Chantal dalam bahasa Melayu bagi membantu gadis berkenaan meningkatkan kemahiran komunikasinya.

Pernah pengsan pakai hijab

Sementara itu, Ishak berkata, beliau yang memberi cadangan kepada Chantal membantu jiran di gerai terbabit supaya dapat mendalami bahasa Melayu lebih baik.

"Berkenaan tudung, itu adalah permintaan pertama dia kepada saya untuk memakai hijab, walau beberapa kali pengsan, namun, dia tekad untuk terus memakainya.

"Saya akur permintaan Chantal atas kehendak dirinya sendiri kerana dia memaklumkan amat menghormati keluarga dan budaya kita.

Presiden Kedah Chapter Yayasan Antarabudaya Malaysia (AFS), Rohaya Md Yusoff pula berkata, gadis Itali berkenaan merupakan antara lima orang yang terbabit dalam program pertukaran pelajar sejak Julai lepas bagi memberi peluang mereka mengenali budaya kita.

"Pihak kami dapati Chantal dapat mendalami bahasa Melayu dan bergaul baik dengan masyarakat, bahkan mampu membantu menebar roti canai di gerai terbabit," katanya. -SH




[BERGAMBAR] Bertungkus-lumus Bantu Mangsa Banjir, Husam Digelar "MB Swasta"..

Posted: 17 Jan 2015 06:55 PM PST


Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan

Kemunculan sebuah yayasan dengan secara tiba-tiba dalam memberikan bantuan kepada mangsa ketika Kelantan dilanda banjir paling buruk dalam sejarah mewarnai politik negeri dipimpin PAS itu.

Khemah, pusat perlindungan sementara, pam air, pasukan pembersihan, dapur, tong gas dan terkini van klinik bergerak yang menjadi keperluan kepada mangsa banjir menjadi sumbangan utama Yayasan Darul Hijrah dipimpin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa.

Sikap proaktif naib presiden PAS itu dan yayasannya dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir menyebabkan beliau dilabelkan dengan gelaran sindiran "MB swasta."

"Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri," tulis pemerhati politik Kelantan Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

"Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi sesetengah pihak di Kelantan.

"Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri PAS yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan".


Yayasan Darul Hijrah yang ditubuhkan pada 2014 kini menjadi koordinator semua badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memberikan bantuan di samping merangka pelan pemulihan banjir di Kelantan.

Yayasan ini mendapat sokongan kewangan dari negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor dan Pulau Pinang.

"Yayasan ini seolah-olah mengambil peranan yang sepatutnya dibuat kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengkoordinasi bantuan ini," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Center Hisomudin Bakar yang membuat kajian di Kelantan.


Hisomudin berkata, PAS sebagai sebuah parti utama di Kelantan gagal menggerakkan jentera dalam memberikan bantuan semasa dan selepas banjir.

Katanya, kenyataan pimpinan kerajaan negeri khasnya Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, banjir ini tidak seteruk 1967 dicemuh mangsa yang hampir menemui ajal ketika menghadapi banjir besar ini.

Husam menggerakkan yayasan itu di Precint 11, Putrajaya manakala di Kelantan pula operasinya seolah-olah berpusat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Di HUSM perbincangan awal dengan semua NGO dibuat bagi mengkoordinasi semua bantuan di samping bantuan pasca banjir dirancang.

Kini pelbagai idea dan rancangan dijalankan bagi membantu mangsa banjir ini. Terkini mereka menubuhkan Pusat Perlindungan Sementara di Kemubu, Kelantan.

Bagi menjayakan operasinya juga, Husam menggerakkan mahasiswa dari seluruh negara membantu menjayakan gerakan bantuan ini dan menjelang hujung minggu ini hampir 300 mahasiswa menyertai operasi beliau.

"Tim Perkampungan Harapan Mahasiswa baru bertolak dari KL khusus untuk bantu operasi pembersihan rumah orang kampung dan menyantuni suka duka rakyat sekali gus menjadi pendengar setia mangsa banjir,"
tulis Husam di Facebook.

"Mereka akan ditempatkan di empat kampung di Kuala Krai yang mendapat musibah banjir paling besar baru-baru ini iaitu di Kampung Karangan, Manjor, Laloh dan Pemberian.

"Menjelang hujung minggu ini Tim ini mencecah 300 mahasiswa. Yayasan Darul Hijrah menampung kewangan sebahagian besar operasi ini. Moga kehadiran mahasiswa ini memberi kekuatan kepada makcik dan pakcik kita," tulis Husam.

Dengan 27 daripada 43 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan terkesan akibat banjir ini, Husam bimbang kerusi PAS hanyut bersama "arus deras" yang datang bersama banjir itu.

Katanya, meskipun mereka tidak mempunyai keupayaan seperti kerajaan pusat daripada segi kewangan dan kepakaran, PAS perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat rakyat.

"Ada 27 DUN terlibat banjir (di Kelantan), kalau kita tidak jaga ini, semua hanyut sekali. Saya tidak mahu tengok DUN kita hanyut," kata Husam dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, awal bulan ini.

Hisomudin berkata, PAS dan kerajaan negeri Kelantan gagal memainkan peranan ketika dan selepas banjir di Kelantan kali ini.

Katanya, kemuncak kemarahan mangsa banjir ketika mereka dan keluarga bergadai nyawa antara hidup dan mati untuk menyelamatkan diri ketika air naik tanpa ada siapa datang membantu walaupun sudah beberapa hari terperangkap di atas bumbung dan bukit.

"Bukan kerajaan negeri saja, bahkan kerajaan pusat juga dibenci mereka," katanya.

Hisomudin berkata, sepatutnya jentera PAS Kelantan adalah antara yang terbaik di negara tetapi ia gagal berfungsi kali ini.

"Jentera parti sepatutnya dapat digerakkan secara sistematik. Sekarang orang Kelantan sebut kepada PAS 'ewek' atau lemahlah.

"Dulu kalau kita pergi mahu membantu pilihan raya misalnya, jentera (PAS) Kelantan akan berkata, terima kasihlah, duduk rumah saja sudah tetapi bila mari banjir ni mereka gagal. Begitu juga kerajaan negeri," katanya.

Selepas pucuk kepimpinan kerajaan negeri Kelantan bertukar tangan daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Datuk Ahmad Yakub, Husam disingkirkan sebagai anggota exco.

Sejak itu, kerajaan negeri dan PAS di Kelantan tidak stabil dan Husam didakwa sebagai antara puncanya ekoran kenyataan dan kritikan beliau terhadap kerajaan negeri.

Apabila banjir melanda, Husam dan Yayasan Darul Hijrah yang mengkoordinasi NGO untuk membantu mangsa banjir, menyebabkan mereka diagungkan penduduk Kelantan.

Idea dan gerakan mereka dalam membantu mangsa banjir mendapat sanjungan masyarakat sehingga kain rentang yang bertulis "Terima Kasih NGO" dinaikkan di kampung mereka.

Ia dibuat melalui semburan pada belakang kain rentang yang digunakan dan dinaikkan di tepi-tepi jalan kampung mereka. -TMI


Nota Pembetulan Untuk Artikel TheMalaysian Insider

Ketika saya berterima kasih terhadap beberapa pujian diberikan oleh Saudara Zul Sulong dalam rencana TheMalaysian Insider bertajuk "Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan"

Saya juga perlu membetulkan satu dua perkara dalam rencana itu :

PERTAMA, penyumbang terbesar dana Yayasan Darul Hijrah datang dari derma online orang ramai yang terpanggil dengan mega banjir Kelantan kali ini.

Sumbangan dua Kerajaan Negeri Pakatan datang kemudian selepas gerak kerja Yayasan Darul Hijrah telah berjalan dan jauh lebih kecil dari jumlah yang disumbangkan secara langsung kepada kerajaan negeri.

Sehingga ini, orang ramai yang prihatin masih menjadi 'PEMEGANG SAHAM' terbesar kami.

KEDUA, penyelarasan gerak kerja majoriti NGO pembantu berpusat di HUSM tidak digerakkan oleh saya.

Apa yg saya lakukan hanya menjenguk operasi mereka untuk memberi suntikan solidariti, memanfaatkan bekalan yang mereka kumpulkan dan memaklumkan keperluan sebenar di lapangan sekali sekala.

KETIGA, keaktifan kami lebih didorong oleh situasi cemas bermula tanggal 25 hb Disember iaitu dua hari selepas puncak curahan hujan luar biasa yang diukur di Gunung Gagau.

Memang saya ada membuat panggilan SOS pelbagai cara kerana dalam hitungan saya situasi semasa memerlukan perhatian segera dan luar biasa juga.

Tidak ada niat kami untuk bersaing dengan mana mana pihak bahkan lebih kepada menyuntik rasa kesegeraan/sense of urgency dan tindakan kecemasan semata mata.

Kini, situasi di bawah belum menerima layanan yang sewajarnya dalam keadaan dharurat luar biasa ini dan kerana itu kami dan kita semua masih berperanan.

Salam Hormat
HUSAM MUSA
3:49pm
17/01/2015

-FB Dato Husam




Sebelum dan dan selepas; Pasar Kuala Krai.

Setelah hampir 9 jam operasi mencuci dengan kekuatan 400 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, peniaga dan sukarelawan NGO.

Moga Kuala Krai "bernafas" kembali.




Tim Perkampungan Harapan Mahasiswa baharu bertolak dari KL khusus untuk bantu operasi pembersihan rumah orang kampung dan menyantuni suka duka rakyat sekaligus menjadi pendengar setia mangsa banjir. Tim ini akan ditempatkan di :
1. Kg Karangan
2. Kg Manjor
3. Kg Laloh
4. Kg Pemberian

-Menjelang hujung minggu ini Tim ini mencecah 300 mahasiswa. Yayasan Darul Hijrah menampung kewangan sebahagian besar operasi ini. Moga kehadiran mahasiswa ini memberi kekuatan kepada makcik dan pakcik kita.




Relawan Yayasan Darul Hijrah mengirim Pam air, permintaan teman-teman di Dabong. Jika kita masuk ke kawasan banjir, banyak kereta tersadai di tepi jalan yang sekaligus merencat usaha mencari rezki.YDH merencana Tim Formen untuk operasi Hidup Dan Cuci Kereta di Manik Urai.

Teman-teman yang mahu ikut menyumbang boleh salurkan sumbangan ke

Yayasan Darul Hijrah,
akaun Maybank 5660 1060 9934
dan email maklumat sumbangan ke darulhijrahmalaysia@gmail.com sms/WhatsApp ke 019-9432023.

Moga Jumaat yang tiba ini, beri kekuatan kepada teman-teman kita yang terkesan dek banjir. Bagi anak perantauan, pulanglah bertanya khabar keluarga di kampung.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT