Kelab Greenboc |
| [VIDEO] Tahniah BASARNAS: Kotak Hitam Berjaya Ditemui & Diangkat Posted: 12 Jan 2015 12:25 AM PST Perakam data penerbangan QZ8501 diangkat JAKARTA: Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diangkat keluar dari dasar Laut Jawa pagi ini sambil penyelam Tentera Laut Indonesia meneruskan pencarian terhadap perakam suara kokpit. "Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7.11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini. Sehubungan itu, katanya, usaha untuk mencari perakam suara kokpit masih diteruskan. Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar ketika berada di ruang udara di utara Laut Jawa pada 28 Disember lalu. Kapal terbang itu berada pada kedudukan kurang daripada separuh jarak penerbangan selama dua jam dari Surabaya menuju Singapura. – kompas
|
| Sudahlah Khairy, Bukankah Dulu Kamu Yang Membela & Galakkan K-Pop? Posted: 11 Jan 2015 10:00 PM PST Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'. Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan. Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan. Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan. B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment. Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K". Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan. Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, keezm yang mengakui berada di lokasi memberitahu, apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri. Ujarnya, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis Kpop berkenaan. Astro AWANI sedang cuba menghubungi penganjur berkenaan menerusi e-mel namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan balas. -astroawani
ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kini mkenteri-menteri UMNO BN termasuk Khairy Jamaluddin perlu menelan semula perkatan-perkataanya dahlu... kononnya penganjuran K-Pop yang melibatkan wang rakyat jutaan ringgit itu membawa bencana untuk akhlak dan aqidah remaja Melayu/Islam. Kononnya untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.. menarik mereka untuk apa? Untuk sokong UMNO BN yang lebih nyata mengamalkan konasep "liberalisme" sehingga maruah, akhlak dan akidah gadis-gadis Melayu/Islam menjadi rosak? Go ahead, dan anda akan melihat sendiri kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh perbuatan kamu sendiri... LAPORAN SEBELUM INI: [VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop ,BR> |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan