Kelab Greenboc |
- [VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop
- Isk.. Isk... Bila Sang Katak Dah Masuk Bakul....
- Samseng Pemuda UMNO Belasah Wira PERKASA Sampai Berdarah
[VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop Posted: 11 Jan 2015 12:05 AM PST Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let's Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop. Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut. Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia? Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula katango-ngo Islam seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka? |
Isk.. Isk... Bila Sang Katak Dah Masuk Bakul.... Posted: 10 Jan 2015 10:07 PM PST Kenapa saya tidak digelar "Jaguh Melayu?" Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta supaya pihak media dalam negara ini menggelarnya sebagai jaguh bagi bangsa Melayu. Jelasnya, sebelum ini pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya, antaranya 'gedebe', katak dan kini beliau telah digelar sebagai ekstremis oleh sesetengah pihak yang didakwanya 'cemburu' kepada kejayaan PERKASA hari ini. "Media-media sering menulis bahawa Ibrahim Ali sebagai katak, tetapi kenapa tidak tulis bahawa Ibrahim Ali sebagai jaguh Melayu?" soalnya. Berikutan pelbagai gelaran yang diberikan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa beliau bukannya sesiapa,lalu bertanya, "Mengapakah saya sering dijadikan bahan dan 'punching bag'?" "Saya sering dijadikan sebagai 'punching bag'. Sehinggakan jika parti GERAKAN kalah sewaktu pilihan raya, semuanya disebabkan PERKASA," ujarnya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, Ahad. Bukan itu sahaja, Ibrahim turut bertanyakan mengapa ISMA dan PEKIDA tidak digelar sebagai ekstremis? "Walaupun PERKASA lantang bersuara, tetapi PERKASA tidak pernah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. "Mengapa pihak BERSIH dan Tian Chua yang mengigit telinga tidak digelar sebagai ekstremis?" soalnya lagi. Selain itu, Ibrahim turut mengulas mengenai kejadian tembakan terhadap kartunis dan wartawan sebuah syarikat Charlie Hebdo yang berlaku di Perancis. "Inilah yang akan terjadi sekiranya ada pihak-pihak yang menyinggung perasaan orang Islam. Orang Islam di Perancis rasa terhina dan sudah lama bersabar," katanya. Bercakap mengenai konteks negara ini, Ibrahim berpendapat jika mahu membendung perkara tersebut daripada berlaku di Malaysia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Hasutan 1948 amat diperlukan. " Jika akta ini dihapuskan, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di negara ini," ujarnya lagi. -FMT
ULASAN GB Sorilah Pak Him sebab guna tajuk yang agak sensasi... dan menggunakan ungkapan "katak". GB hanya mengulangkan ungkapan yang diungkapkan oleh Pak Him sendiri: "Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya," Yang nyata dari perkataan Pak Him itu juga ialah pengakuan bahawa beliau memang seorang "ekstremis" apabila meminta beliau digelar "jaguh Melayu". Apa ertinya jaguh Melayu? Bukankah itu juga bernada ekstemis? Bila masuk bakul dah kena batang hidung sendiri. Marah kerana PERKASA dituduh ektremis tetapi PEKIDA & ISMA tidak. Sebenarnya baik PERKASA, PEKIDA atau ISMA memang sebakul dengan UMNO - bukankah perjuangan anda semua berlandaskan "bangsa"? Kenapa marah apabila disebut ekstremis? Bukankah anda sepatutnya berbangga kerana "ektremis Melayu" itulah ertinya anda telah menjadi jaguh Melayu? Jadi dimana salahnya orang lain menuduh anda ektremis? |
Samseng Pemuda UMNO Belasah Wira PERKASA Sampai Berdarah Posted: 10 Jan 2015 05:14 PM PST Ahli PERKASA dakwa cedera ditumbuk Ketua Pemuda UMNO Lenggong KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli, ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang semalam. Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang Khamis, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu. Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO. Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding. Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan. Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong. The Rakyat Post yang menghubungi Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya akan berjumpa Saad, esok untuk mengetahui punca sebenar kejadian. "Saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya dimaklumkan pergaduhan ini berlaku semalam. "Apapun, kita harap pihak polis membuat siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat ahli PERKASA ini (Saad)," kata Irwan. Manakala cubaan menghubungi Iruan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihaknya menemui jalan buntu, kerana sehingga berita ini diterbitkan, telefon bimbit beliau dimatikan. – The Rakyat Post
ULASAN GB Ketara sangat penyampaian bantuan banjir anjuran UMNO sebagai medan untuk mencari populariti sehingga berlaku pergaduhan. Ertinya tiada keikhlasna untuk membantu di kalangan mereka... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan