Kelab Greenboc |
- "Ubat Batuk" Sebabkan Juruterbang Air Asia Dikesan Positif Dadah
- [VIDEO] Terkini QZ8501: 9 Mangsa Sudah Ditemui, Masih Ramai Di Dalam Laut
- [BERGAMBAR] Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah
- [VIDEO] Terkini QZ8501: Identiti 2 Mangsa Berjaya Dikenalpasti, Khairunnisa & Hayati
"Ubat Batuk" Sebabkan Juruterbang Air Asia Dikesan Positif Dadah Posted: 01 Jan 2015 01:10 AM PST Pilot Pakai Narkoba, Bos Air Asia: Itu Obat Batuk Presiden Direktur Indonesia Air Asia Sunu Widyatmoko mengesahkan berita bahawa salah seorang juruterbangnya dikesan positif menggunakan dadah jenis morfin. "Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotik Nasional," kata Sunu dalam satu sidang konferens di Ibu Pejabat Polis Daerah Jawa Timur, Khamis, 1 Januari 2014, lapor tempoh.co. Menurut Sunu, juruterbang tersebut baru saja keluar dari hospital. FI, seorang juruterbang yang sudah bekerja di Air Asia selama sembilan tahun, baru saja sembuh dari sakit "tifus". Dia dirawat pada 26-29 Disember 2014. Sehingga saat ini, juruterbang itu masih mengambil ubat-ubatan untuk pemulihannya. Selain itu, menurut Sunu, FI sempat mengambil sejumlah ubat batuk. "Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, ia boleh hilang," ujarnya. Kerana itu, kata Sunu, ujian lanjutan bagi juruterbang ini perlu dilakukan. Dia berharap juruterbangnya tidak terbukti menggunakan dadah. "Apalagi selama bekerja dia tak mempunyai track record yang buruk." Sebelum itu, pegawai Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, menyatakan seorang juruterbang Air Asia dengan initial nama FI diketahui positif menggunakan dadah jenis morfin ketika menjalani ujian air kencing di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali. Juruterbang ini menerbangkan pesawat bernombor penerbangan QZ7510 dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta ke Bali. Ketika ini FI sedang menjalani pemeriksaan lanjutan di Balai Kesehatan Penerbangan Kementerian Perhubungan di Jakarta.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[VIDEO] Terkini QZ8501: 9 Mangsa Sudah Ditemui, Masih Ramai Di Dalam Laut Posted: 01 Jan 2015 12:15 AM PST Evakuasi Air Asia, Ditemukan Dua Jasad Baru Jakarta - Tim Pencari dan Penyelamat Gabungan berhasil mengeluarkan dua lagi jenazah mangsa AirAsia QZ 8501 di Perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Khamis 1 Januari 2015, demikian lapor media Indonesia, Tempo.co. Menurut Timbalan Operasi Badan SAR Nasional, Major Jenderal Tatang Zainudin, dua jenazah itu dibawa pada pukul 08.42 WIB. "Dibawa dengan helikopter Bell ke Pangkalan Bun," kata Tatang dalam sidang akhbar di pejabatnya. Dengan penemuan dua jasad ini, jumlah 9 korban AirAsia yang sudah ditemukan. Dua jenazah sudah diterbangkan ke Surabaya, dua jenazah berada di Rumah Sakit Umum Daerah Sultan Imanuddin Pangkalan Bun, dan selebihnya masih berada di atas kapal. Ditemui secara berasingan, Ketua Polis Daerah Kalimantan Tengah, Brigadir Jenderal Hermanu, menyatakan dua jenazah yang berada di hospital segera diterbangkan ke Surabaya. Namun penerbangannya masih menunggu pengambilan jenazah lain yang masih berada di atas kapal. Pengarah Eksekutif Pengenalan Mangsa Bencana Ibu Pejabat Polis, Komisaris Besar Anton Castilani, menyatakan keadaan jenazah cukup baik dan utuh. "Hanya sudah mengembung kerana sudah beberapa hari di laut," katanya. Anton juga menyatakan tiada ditemukan kesan luka terbakar. Sebelum ini Basarnas telah mengesahkan berjaya mengambil tujuh mayat dari kawasan nahas, demikian disiarkan di dalam laporan lansung oleh malaysiakini jam 10:36 pagi ini. Kesemuanya dibawa ke pengkalan tentera di Pangkalan Bun Dua daripadanya selepas itu dibawa ke Hospital Bayangkara di Surabaya untuk pengecaman. Sebelumnya, portal berkenaan m elaporkan pada jam 7:55 malam tadi, pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan yang ditemui sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu. Laporan Bernama memetik kenyataan Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berhubung siasatan ke atas mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh. Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, kira-kira 40 kilometer dari Surabaya untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.
|
[BERGAMBAR] Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah Posted: 31 Dec 2014 05:01 PM PST Penduduk gempar lihat helikopter terhempas Penduduk Kampung Rambai gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu. Beberapa saksi yang ditemui Bernama berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat. Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan. "Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya. "Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu. Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening. "Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya. Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah. "Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar. Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri. "Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya. Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu. "Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat. "Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama |
[VIDEO] Terkini QZ8501: Identiti 2 Mangsa Berjaya Dikenalpasti, Khairunnisa & Hayati Posted: 31 Dec 2014 04:31 AM PST Jenazah Pramugari Khairunnisa Berhasil Diidentifikasi Dua jenazah penumpang/kru korban pesawat AirAsia QZ8501 sudah berhasil identifikasi oleh Basarnas dan tim gabungan. Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan menyebutkan, keduanya atas nama Hayati Lutfiah dan Kevin Alexandaer. Dalam daftar penumpang, tertulis Soetjipto, Kevin Alexander, dan Hamid, Hayati Lutfiah (nama belakang ditulis di depan). Sedang satu lagi yang sudah teridentifikasi jasad pramugari, Khairunnisa Haidar Fauzi. Kolonel Yayan menjelaskan, identifikasi berhasil dilakukan berdasar identitas yang ditemukan di tubuh korban. "Kami temukan identitas yang menempel di tubuh korban," ujar Kolonel Yayan disiar dari JPNN, Rabu (31/12). Untuk Hayati, jasad dikenali lantaran ada kartu nama yang ditemukan di tubuhnya. "Ada kartu nama Hayati Lutfiah, alamat Tegalsari, Surabaya," tandas Yayan. Sejauh ini, baru tujuh penumpang/kru korban pesawat AirAsia QZ8501 sudah berhasil dievakuasi. -rmol.co
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan