Khamis, 15 Januari 2015

ILHAM NAJMI

ILHAM NAJMI


KEMBARA ACHEH 2014 SIRI 3 - Masjid Rahmatullah

Posted: 15 Jan 2015 12:23 AM PST

Lawak Bodoh

Posted: 09 Jul 2012 04:28 AM PDT



Berita Harian memaparkan  lawak bodoh, kartun Ultraman lari akibat Tsunami, mendapat kecaman yang hebat sehingga akhirnya mereka minta maaf

Kini, Harian Metro pula memaparkan lawak yang terlebih bodoh selepas kemenangan Dr Morshi.

Kronologi bergambar isu hudud di Johor

Posted: 03 Jul 2012 09:32 PM PDT

Mula Mula ..


Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh


Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek


Namun, DiBack Up Mufti Pahang




Malangnya Ditepis Exco Agama Johor



Sebabnya Bos Dah Bagi Tau Awal Awal



Maka ..akhirannya .....

Dokumentari Bersih 3.0 : Semangat Bersih, Harapan Negara

Posted: 09 Jun 2012 04:34 AM PDT

KISAH 3 ABDUL DAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING BERHAD

Posted: 27 May 2012 08:20 PM PDT

Banyak yang P. Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi kenyataan dalam alaf ini. Inilah kehebatan Seniman P. Ramlee. Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman. Demikianlah 3 Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P. Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman.  

Kisah Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu oleh tuan 'penasihat 20 persen' Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi dan  S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian yang berat sebelah.

Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon. Dari situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq Sigaraga.  Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat.

"jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya" Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan.  Tapi sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang ditanggung oleh Tuan Sadiq.  Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu pihak.

Atas keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, Dokumen perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta dirampas.

Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yg tamak.  Isa Samad bagaikan "penasihat 20 persen" dan mangsa mereka adalah peneroka.

Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup. Majoriti peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta  pergi pejabat Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib.

Dalam surat tanggung rugi tertera klausa 
 
"Saya pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya ……(seterusnya)"

Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam saham felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung semua risikonya.

Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri.

Dalam usia menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank 'masih sudi' untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka 40an ada peneroka yang naik turun tangga bank  untuk mohon pinjaman biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama  Felda. Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda.

Mereka hanya perlukan sekitar RM 10,000 hinggaRM 15,000 Tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman. Peneroka terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang.

Tapi kini 7 bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan dibiayai. Tidak ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka tanggung.
Cuma yang jelasnya dlm perjanjian dengan Maybank sebagai contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat  klausa :-

Apabila dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta tidak alih milik mereka… (seterusnya).

Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah?

Lebih malang lagi anak anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut, Dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya).

Inilah perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani dokumen pinjaman saham ini 'diharam jadahkan' oleh perdana menteri baru baru ini.

Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini. Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh 2 abangnya.

Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia.

Cara mudah untuk faham isu Logi Lynas

Posted: 16 May 2012 09:53 PM PDT

Bank tawar saham FGVH, peneroka jangan tertipu

Posted: 26 Apr 2012 09:42 PM PDT

Tanah Peneroka Bakal tergadai
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menasihatkan para peneroka di seluruh negara tidak tertipu dengan 'durian runtuh' melalui borang tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang sedang diagihkan.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, borang tersebut sedang diagihkan di seluruh tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya lagi, borang tawaran saham itu dikeluarkan oleh institusi perbankan dengan menawarkan kononya saham durian runtuh dari RM50,000 hingga RM300,000.

"Borang tersebut lebih daripada 60 muka surat dan dalam bahasa Inggeris, kononnya mereka dapat saham padahal ianya adalah pinjaman dan resikonya sangat tinggi.

"Malangnya peneroka dipaksa menandatangan tanpa diberi taklimat dan kefahaman tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya penyenaraian mengalami kegagalan," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Borang-borang terebut juga ujar Mazlan, diagihkan di balai-balai raya dan pejabat Felda di mana peneroka tidak dibenar membawa pulang borang tersebut dan perlu menandatanganinya disitu serta merta walaupun tidak faham apa resiko perjanjian.

Malah ujarnya ada berlaku kes di mana anak kepada peneroka pun tidak dibenar mengambil borang tersebut malah ada yang dihalau.

Beliau difahamkan, sekiranya penyenaraian gagal, peneroka akan menanggung hutang dengan bank dan pihak bank pula berhak dengan apa cara sekalipun berhak mendapatkan gantirugi.

Malah apa yang paling dikhuatirinya, ianya bakal mengulangi apa yang berlaku kepada Amanah Saham Johor satu masa dahulu.

Pada awalnya dijual dengan harga RM1 seunit kemudian turun sehingga 11 sen seunit sehingga ramai pemilik saham itu di Johor ini kini diisytihar muflis.

"Secara logiknya, bank tidak akan bagi pinjaman kalau tidak ada benda bernilai dari peneroka yang boleh dicagarkan kepada mereka. Apa lagi yang paling bernilai pada peneroka selain 10 ekar tanah mereka?

"Pada saya, ini satu penipuan terang-terangan dilakukan dengan memperalatkan institusi perbankan untuk menipu peneroka bagi dapatkan dana pilihan raya," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau turut menasihatkan para peneroka memahami kandungan perjanjian tersebut sebelum menandatangan.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan membuat permohonan di mahkamah untuk menghentikan tindakan ini, dan kita juga akan buat laporan polis," katanya.

Tsunami Rakyat 2012

Posted: 14 Apr 2012 06:44 PM PDT

Malaysia Waves: Najib Tun Razak dan PTPTN

Posted: 14 Apr 2012 09:44 AM PDT

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:
1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.
3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

UMNO Dan SYRIA

Posted: 20 Mar 2012 08:47 PM PDT

Menyayat hati. Hampir keseluruhan mulut budak ini hancur. Budak ini adalah mangsa bom kerajaan Syria ke atas rakyatnya. Budak ini meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian.




Pada saat ulama dunia sepakat mengecam dan menolak kazaliman ini. Ulama ulama ini berfatwa rakyat Syria wajib menggulingkan karajaan Basyar Assad manakala negara-negara umat Islam wajib memutuskan hubungan diplomatik dan memberi tekanan kerajaan Syria sehingga Syria kembali ke landasan keadilan. Namun sikap UMNO mendukacitakan kita.

Sebarkan... Cetak dan edar... Siri 5

Posted: 07 Mar 2012 07:47 PM PST

Hudud Tiada Dalam Al-Quran dan Tidak Adil - Tun Mahathir.

Posted: 28 Feb 2012 06:44 PM PST

Tiada ulasan: