Rabu, 14 Januari 2015

dollah yankee

dollah yankee


Bila boleh tengok muka dia?

Posted: 14 Jan 2015 06:43 AM PST




Lagi 10 minit pukul 9, iaitu pada jam 8.50 pagi seorang lelaki yang mengenakan sut hitam yang baik buatan nya yang dipadankan dengan tali leher warna biru yang berkilat telah masuk melalui pintu keluar sebelah tepi dalam banggunan mahkamah persekutuan.

Dia menyusup masuk melalui pintu itu yang hanya digunakan untuk membawa masuk dan keluar pesalah-pesalah atau orang-orang yang didakwa yang tak boleh dijamin dimahkamah itu.

Kalau lah lelaki ini masuk melalui pintu utama, ini bermakna pada jam 8.55 pagi kelmarin kita semua sudah tentu dapat melihat wajahnya dalam internet.

Tiada siapa pun yang perasan lelaki berkulit gelap itu adalah Chief Inspector Azilah Hadri yang telah didakwa membunuh Altantunya Sharibu pada tahun 2006 dulu (kes ini adalah kes yang paling berprofil tinggi).

Dia telah berjaya menyembunyikan wajah nya yang sebenar daripada orang ramai setiap kali dia dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Sekali lagi pagi kelmarin selepas hukuman dijatuhkan kira-kira 30 jurugambar akhbar-akhbar dan juru-juru video telah gagal dan terlepas peluang untuk merakam gambar Azilah Hadri apabila wartawan-wartawan ini yang semasa sibuk mengerumuni peguam-peguam dan pendakwa-pendakwa keluar dari bilik mahkamah untuk mendapatkan berita, dan ketika itu lah beberapa anggota polis diam-diam telah berjaya membawa keluar keluar Azilah melalui pintu disebelah tepi tadi.

Kali ini dia keluar dari pintu itu sebagai seorang pesalah. Sekali lagi dia berjaya tanpa dapat dirakam wajahnya.

dollah yankee -
Nama pun 'komando' ...

Tiada ulasan: