Rabu, 7 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Shafee: Laporan isu raja judi 'silap'

Posted: 07 Jan 2015 03:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menangkis dakwaan bahawa laporan oleh pihak polis berhubung anak guamnya, raja judi warga Malaysia, Paul Phua, merupakan laporan yang tepat.

"Saya tidak percaya begitu, saya berpegang pada apa yang dikatakan oleh ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar).

"Kenapa berpegang pada laporan pegawai polis rendah lain?," katanya sebelum berlalu.

Khalid sebelum ini tidak mengesahkan dakwaan Shafee bahawa terdapat kesilapan di pihaknya.

Kenyataannya berhubung isu tersebut juga dianggap sebagai "penolakan secara lembut" ke atas kenyataan peguam yang dikaitkan dengan Umno itu.

Shafee mendakwa, Phua yang kini menghadapi perbicaraan di Amerima Syarikat, dinamakan secara salah sebagai anggota kongsi gelap 14K dan juga mendakwa organisasi jenayah itu tidak wujud di Malaysia.

Mengulas perkara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa rakyat Malaysia diketahui sebagai anggota pertubuhan tersebut, walau ia tidak beroperasi di negara ini.

Shafee, ketika ditemui selepas satu perbicaraan mahkamah petang ini juga enggan menjawab soalan mengenai perkara itu.

Beliau mendakwa, media membuat tafsiran salah ke atas kenyataannya dalam sidang media hari Sabtu lalu.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak merujuk kepada polis sebelum mengutus surat yang mempertahankan Phua kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Sumber polis juga mempertahankan bahawa laporan mereka tepat dalam isu tersebut.

Khalid bagaimanapun enggan menjawab dakwaan tersebut dan meminta soalan berkenaan diajukan kepada menteri terbabit.

Zahid pula tetap mengunci mulut dalam isu berkaitan surat berkenaan.

Shafee memberitahu media bahawa Zahid mengutus surat tersebut untuk membetulkan keadaan disebabkan laporan yang salah oleh polis.

Surat itu juga mendakwa Phua membantu kerajaan Malaysia dalam soal keselamatan negara.

Zahid didakwa 'langgar konvensyen', akan lapor polis

Posted: 07 Jan 2015 03:05 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PKR menuduh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar konvensyen diplomatik kerana tidak melalui Kementerian Luar apabila menghantar surat membela Paul Puah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa satu laporan polis juga akan dibuat terhadap menteri dalam negeri itu dan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Rafizi mendakwa tindakan Zahid itu meningkatkan kecurigaan terhadap surat yang dihantar kepada Biro Siasatan Persekutuan itu.

Katanya, sekiranya tulen, ia sepatutnya dilakukan oleh pihak polis dan disampaikan melalui saluran diplomatik Wisma Putra.

Hakikatnya, kata Rafizi, Zahid telah melanggar kedua-dua konvensyen itu dan ini mewajarkan siasatan dimulakan terhadapnya.

Khususnya, tegas Rafizi, adalah penting untuk menentukan berapa banyak surat yang telah dikeluarkan setakat ini.

Tinjauan Malaysiakini dengan mereka yang biasa dengan prosedur itu juga mendedahkan bahawa dalam kes-kes seumpama itu, saluran yang betul adalah Kementerian Luar.

Mengenai laporan polis pula, Rafizi berkata,  ia juga akan menjadi satu ujian bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Ini untuk melihat sama ada IGP akan bertindak secara bebas untuk menyiasat menteri dalam negeri (yang menyelia pasukan polis) dan seorang peguam Umno apabila ia begitu jelas bahawa salah laku oleh menteri mungkin telah berlaku," katanya.

Sementara itu, Rafizi juga melahirkan kebimbangan berhubung laporan Malaysiakini semalam bahawa Zahid tidak berunding dengan polis sebelum menghantar surat itu.

Beliau berkata menteri sepatutnya melibatkan polis kerana mereka lebih mengetahui mengenai kes tersebut.

Ketika dihubungi kemudian, Khalid berkata sekiranya PKR membuat laporan itu, ia pasti akan disiasat.

"Kami menyiasat semua laporan, tidak kira laporan terhadap siapa," kata ketua polis kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Shafee, yang mewakili Phua di Malaysia, kata Zahid telah menulis surat itu untuk membetulkan kesilapan mengenai anak guamnya, yang menghadapi prosiding mahkamah di Amerika Syarikat.

Shafee berkata Phua bukan ahli kogsi gelap 14K, seperti yang didakwa, dan menambah bahawa kumpulan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Bagaimanapun, IGP kemudiannya berkata walaupun 14K tidak wujud di Malaysia, tetapi ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui menjadi ahli kongsi gelap.

Hari ini, Shafee tetap bertegas bahawa terdapat kesilapan dan menyangkal laporan Malaysiakini, menyatakan bahawa pihak polis mempertahankan penemuan mereka mengenai Phua.

Media Thai: Najib membeli-belah, main golf

Posted: 07 Jan 2015 03:02 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah "lawatan peribadi" untuk berehat dan beriadah.

Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.

Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor "pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di Hotel Shangri-La" semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Najib bagaimanapun membuat "perbincangan tidak rasmi" dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

"Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.

"Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya. Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini," kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Kehadirannya di Thailand bagi tujuan tersebut, dan juga kemunculan Rosmah di negara berkenaan menimbulkan persoalan mengenai penggunaan jet Malaysia - pesawat Airbus A319 dengan tanda panggilan 9M-NAA.

Najib dan anggota keluarganya berlepas ke Hawaii dengan pesawat tersebut pada 20 Disember.

Beliau seterusnya bergegas pulang ke Malaysia apabila timbul kritikan meluas mengenai percutian dan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika tanah air dilanda bencana banjir buruk.

Najib dilaporkan menaiki pesawat komersial dari AS ke Hong Kong dan kemudiannya dijemput dengan sebuah lagi pesawat kerajaan – dan seterusnya mendarat di Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir pada 27 Disember.

Sementara itu, pesawat Airbus A319 yang digunakannya ke AS itu dikesan membuat persinggahan di beberapa lapangan terbang di Los Angeles, Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok.

Pesawat itu mendarat di Bangkok pada hari Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat tersebut tidak digunakan oleh keluarga Najib tetapi mengalami masalah teknikal.

PMO bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai persinggahan di bandar-bandar utama tersebut, sehingga tiba di KLIA dari Bangkok.



 

Terengganu dokumentasi pengurusan banjir

Posted: 07 Jan 2015 02:58 AM PST

SINAR HARIAN


Ahmad Razif Abd Rahman Ahmad Razif Abd Rahman
 
 
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan laporan dokumentasi mengenai pengurusan banjir daerah Kemaman yang mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri mendapat mandat daripada perdana menteri untuk menyediakan dokumentasi itu bagi dijadikan model ikutan kepada negeri-negeri terlibat banjir pada masa akan datang.

"Insya-ALLAH, sebaik sahaja mendapat laporan penuh dan membuat post mortem pada awal Februari, kami akan mula menyediakan dokumentasi itu.

"Tumpuan kerajaan negeri pada tahun lalu ialah di daerah Kemaman dan penghargaan yang diberikan perdana menteri itu akan menjadikan kita lebih bersedia untuk membuat persiapan menghadapi banjir seawal April depan dan kali ini persediaan dibuat di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita sempena majlis angkat sumpah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Dalam lawatan perdana menteri ke Kemaman baru-baru ini, beliau memuji pengurusan banjir di Kemaman yang disifatkan berada pada tahap terbaik merangkumi pelbagai aspek bantuan terutama dari segi prosedur operasi standard yang diselaraskan dengan baik.

Antara penambahbaikan yang dibuat di Kemaman ialah memulakan mesyuarat pengurusan bencana daerah seawal April serta simulasi banjir pada bulan November, pembinaan tiga tempat pendaratan helikopter di kawasan yang terputus hubungan darat dan persediaan penduduk Kemaman sendiri yang tahu mengenai tindakan yang perlu dilakukan sebaik daerah itu dilanda banjir.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk meneruskan projek tebatan banjir dan pada masa sama menambah baik pelan pengurusan banjir di Kemaman dalam dokumentasi itu nanti.

"Kami mahukan pengurusan banjir sentiasa berada pada tahap terbaik, malah turut bersedia dengan apa juga bencana termasuk melatih sukarelawan khas yang akan didaftarkan dengan peruntukan khas untuk mereka," katanya. - Bernama

Altantuya: Keputusan rayuan pendakwa minggu depan

Posted: 07 Jan 2015 02:51 AM PST

SINAR HARIAN

Altantuya Shaariibuu Altantuya Shaariibuu
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
  
Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Januari.
  
Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.
  
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
  
Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.
  
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.
  
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya. - Bernama

Rafizi: Arul tiada kebebasan dalam 1MDB

Posted: 07 Jan 2015 02:49 AM PST


 Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang baharu, Arul Karan Kandasamy didakwa tidak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju syarikat pelaburan nasional itu meskipun keupayaannya tidak diragui.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa pengurus bank dari Malaysia yang berpengkalan di Abu Dhabi itu masih terikat kerana pembuat keputusan itu hanya dimiliki oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan pemimpin kerajaan Persekutuan.

"Saya kenal dia dari sekolah lagi, saya tidak ragu keupayaannya tetapi saya tidak yakin bahawa dia ada kebebasan untuk membuat keputusan (pelaburan dan penggunaan dana)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat pKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Arul, 38, sebagai CEO 1MDB baharu selepas penyandangnya, Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan pada Isnin lalu.

Pada masa ini, Arul sebagai Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat, bagi Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Investment Bank Bhd Malaysia dari Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, dan dalam tempoh masa sama, sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Capital Bhd, selain sebagai pengarah RHB Islamic Bank Bhd.

Sementara itu, Hazem menyertai 1MDB, syarikat pelaburan strategik negara itu, sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Ogos 2012.

1MDB dilanda kontroversi berhubung portfolio hutangnya dan kerana menyimpan sejumlah RM7.18 bilion di Kepulauan Cayman.

Posted: 07 Jan 2015 02:44 AM PST

'Boleh asing, tapi saf tak boleh putus'
Laporan Sinar Harian, semalam. Laporan Sinar Harian, semalam.
 
 
SHAH ALAM - Makmum mesti sentiasa berada pada kedudukan di belakang imam dalam solat berjemaah, meskipun berada di luar kawasan masjid kecuali di Masjidil Haram.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin, Mohd Shahrizal Nasir berkata, solat berjemaah merupakan antara tanda-tanda kesatuan umat Islam yang menunaikan perintah ALLAH SWT secara bersama.

Bagi menunjukkan kesatuan katanya, jemaah solat Jumaat yang bersolat di luar masjid kerana tidak mencukupi ruang tidak boleh putus saf meskipun secara berkelompok.

"Sekiranya terdapat banyak kelompok berasingan dalam satu kawasan masjid, maka ia boleh menggambarkan situasi perpecahan dalam kalangan umat.
"Kedudukan makmum hendaklah pada tempat yang memungkinkan dia mengikut imam, selagi mereka dapat mengikut imam atau pergerakan makmum lain, maka solat jemaah sah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Solat Jumaat 'depan' imam]

Dalam pada itu katanya, perbuatan makmum mendahului imam dalam pergerakan solat digambarkan sebagai satu perbuatan yang buruk.

"Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: "Apakah salah seorang daripada kalian tidak takut, jika dia mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya, lalu dijadikan kepalanya itu kepala keldai, atau bentuknya seperti keldai?," katanya memetik Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Mengulas lanjut, Mohd Shahrizal berkata, solat mestilah ditunaikan menghadap kiblat melainkan pada keadaan-keadaan darurat dan perkara itu tidak boleh diambil mudah.

Katanya, dalam isu ruang masjid yang tidak dapat menampung jemaah, pihak berwajib perlu beri perhatian serius bagi menjamin keselesaan kerana masjid merupakan institusi penyatuan ummah.

Cinta Emma Maembong, Zizan Razak putus di tengah jalan

Posted: 07 Jan 2015 02:34 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM : Selepas bertebaran desas-desus bahawa pasangan ini putus cinta, akhirnya pada hari ini Emma Maembong mengesahkan hubungannya bersama pelawak terkenal Zizan Razak telah berakhir.

"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham," demikian menurut Emma kepada Harian Metro.
 
Kedua-dua artis ini pernah memberitahu kepada peminat mereka akan mengakhiri zaman bujang sekitar tahun ini.
 
Apatah lagi Emma dan Zizan sering memuat-naik gambar bersama di laman sosial mereka seperti di Facebook dan Instagram.
 
Namun, nampaknya perancangan kedua-dua artis yang berasal dari Terengganu ini tidak kesampaian dan sedikit sebanyak mengecewakan peminat-peminat mereka yang mahu melihat mereka terus bersama.
 
Zizan sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan dalam isu putus cintanya.

Terengganu agih RM7.4j bonus kepada penjawat awam pada 15 Januari

Posted: 07 Jan 2015 02:32 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM7.4 juta untuk pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 6,635 penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia akan dibayar pada 15 Jan.

"Diharap pembayaran bonus ini akan dapat meringankan beban kewangan penjawat awam, terutama bagi mereka yang turut terjejas banjir baru-baru ini," katanya.

Ahmad Razif bercakap kepada pemberita dalam sidang media sempena majlis angkat sumpah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Pampasan mesti setimpal dengan perkhidmatan, kata bekas MB

Posted: 07 Jan 2015 02:31 AM PST

Oleh Nurshakira Buang
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Setiap pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun badan korporat berhak menerima pampasan atau gratuiti.
 
Namun, tegas bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar jumlah pampasan yang diberi haruslah setimpal dengan tempoh masa perkhidmatan pegawai terbabit.
 
"Tiap-tiap mereka yang berkhidmat dengan kerajaan atau pun mana-mana badan sama ada badan bukan kerajaan atau pun badan-badan korporat berhak untuk mendapatkan ganjaran atau gratuiti setelah berkhidmat sekian lama.
 
"Apa juga yang dibayar mestilah... yang menerima itu berhak menerima dan yang memberi sepatutnya diberi berdasarkan kepada khidmat seseorang pegawai berkenaan," katanya ketika diminta mengulas isu pampasan RM 2.6 juta kepada lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata jumlah pampasan itu juga haruslah termaktub dalam skim perkhidmatan.
 
"Ini termaktub dalam skim perkhidmatan. Jadi, apa juga bayaran yang dibuat mesti berdasarkan kepada skim perkhidmatan, banyak atau kurang itu terpulang kepada skim perkhidmatan.
 
"Kalau misalnya tidak dilaksanakan mengikut skim perkhidmatan maknanya tak betullah," jelasnya.
 
Baru-baru ini Antarapos melaporkan, lapan bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu diarahkan mengembalikan kesemua nilai pampasan itu dalam masa 14 hari.
 
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam dan kesemua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya.
 
Bagaimanapun, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin semalam berkata beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Azmin .
 
Khalid sebelum ini mendakwa pampasan yang diberikan kepada Faekah dan tujuh lagi kakitangan di pejabat beliau adalah mengikut undang-undang dan tidak keterlaluan.
 
Pembayaran itu dibuat kononnya sebagai ganjaran kerana lapan pembantunya memilih untuk meletakkan jawatan secara sukarela menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS), akibat peralihan pucuk pimpinan.
 
Antara yang menerima pampasan tersebut adalah bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara Setiausaha Akhbar beliau, Arfa'eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.

Rosmah perlu tampil jika benar guna jet rasmi

Posted: 06 Jan 2015 10:18 PM PST

Oleh: Rusnizam Mahat



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor perlu tampil menjelaskan kepada rakyat sekiranya benar beliau menggunakan jet rasmi kerajaan atas kapasiti peribadi ketika bercuti di luar negara.

Ini berikutan terdapat spekulasi mengatakan isteri Perdana Menteri itu menggunakan pesawat rasmi selepas Datuk Seri Najib Razak pulang dari bercuti di Hawaii.

Rozan"Rosmah atau Najib sendiri perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Ini kerana isu yang digembar-gemburkan dan dipertikaikan itu jika benar adalah melibatkan wang rakyat.

"Najib dan Rosmah tidak boleh berdiam diri dan membenarkan spekulasi ini berterusan. Jika betul, mereka perlu memohon maaf," kata ahli dan aktivis KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasep.

Media melaporkan pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Percutian itu dipendekkan apabila Najib pulang ke Malaysia pada 27 Disember, namun didakwa menaiki jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01.

Sejak 26 Disember, pesawat rasmi jenis Airbus A319CJ itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok.

Laluan pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu turut dikesan menerusi sistem pengesan penerbangan, Flightradar24.

Mengulas lanjut, Rozan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sama ada Rosmah bahkan Najib sendiri tidak berhak menggunakan kemudahan kerajaan atas kapasiti peribadi.

"Sebagai ahli politik yang mempunyai pengalaman hampir 40 tahun, Najib sepatutnya tahu ia salah dari segi etika. Ia mengejutkan rakyat Malaysia dan tidak sepatutnya berlaku.

"Jangan marah jika ada  yang meminta Perdana Menteri dan isterinya membayar semula kos penerbangan pesawat berkenaan," tegasnya.

Najib dan Rosmah membeli belah, main golf di Thailand

Posted: 06 Jan 2015 10:03 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR :  Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri membeli belah dan bermain golf ketika lawatan peribadi ke negara jiran itu minggu lalu.

Laporan tersebut memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib di Thailand, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.

Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor "pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di hotel Shangri-La" semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Malaysiakini yang turut memetik akhbar itu melaporkan, Najib bagaimanapun membuat "perbincangan tidak rasmi" dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

"Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.

"Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya.

"Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini," kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Aneh, Menteri Dalam Negeri tulis surat pada FBI pertahan ‘raja judi’

Posted: 06 Jan 2015 09:29 PM PST

Oleh LIM KIT SIANG



Zahid_Hamidi

Rokerkini.com


Kisah aneh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada FBI mempertahankan integriti individu yang disyaki seorang 'raja judi' nampaknya semakin menarik.

Pertamanya, adalah ganjil dan barangkali pertama kali seorang Menteri Dalam Negeri mana-mana negara menulis kepada FBI untuk memberi jaminan mengenai integriti seseorang yang ditahan oleh FBI kerana disyaki seorang ketua sindiket perjudian.

Kedua, aneh sekali apabila Menteri Dalam Negeri menulis surat untuk membetulkan kesilapan dalam laporan oleh pihak polis kepada FBI mengenai Paul Phua. Jika ada kesilapan sedemikian, kenapa tidak pihak polis sendiri menulis kepada FBI untuk membetulkan kesilapan tersebut?

Keanehan yang ketiga dan keempat pula adalah sama ada pihak polis bersetuju bahawa ia telah berbuat kesilapan dalam laporannya kepada FBI mengenai Paul Phua dan sama ada pihak polis tahu dan bersetuju supaya Menteri Dalam Negeri sendiri menulis surat kepada FBI mengenai hal tersebut.

Hal aneh kelima dan keenam adalah aspek keadaan hal-hal keselamatan dalam negeri di mana kerajaan Malaysia telah mendapatkan bantuan Phua sebelum ini dan sama ada pihak polis tahu tentang maklumat ini.

Hal aneh ketujuh ialah sama ada Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara bersendirian dan secara sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan kerelaan, atau bertentangan dengan nasihat pihak polis apabila menulis surat menjamin integriti seorang yang disyaki sebagai 'raja judi' seperti yang dapat dilihat daripada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengelak daripada membuat sebarang komen terhadap kebenaran surat Menteri Dalam Negeri.

Aspek aneh kelapan ialah perkembangan terbaru di Mahkamah Daerah Nevada di Las Vegas di mana surat Menteri Dalam Negeri kepada FBI telah ditarik balik apabila Putrajaya membantahnya daripada digunakan sebagai keterangan pembelaan bagi orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian itu.

Surat Menteri Dalam Negeri kepada FBI bertarikh 8 Disember 2014 adalah jelas bertujuan mempertahankan Phua, namun perkembangan terbaru di perbicaraan kes judi di Las Vegas menunjukkan pula bahawa surat Menteri Dalam Negeri tidak patut digunakan di mahkamah terbuka sebagai pembelaan Phua.

Siapa yang membantah? Adakah Zahid, pihak polis, Jabatan Peguam Negara atau Kementerian Luar?

Aspek ganjil kesembilan ialah sama ada pihak polis, seperti yang disebut Zahid dalam suratnya kepada FBI; begitu teruja untuk melihat Phua pulang ke Malaysia bagi membantu kerajaan dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara?

Jelas sekali bahawa reputasi dan kredibiliti negara, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri telah rosak dan ternoda dalam kes melibatkan 'raja judi' ini.

Menteri Dalam Negeri tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian-kejadian aneh ini yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada reputasi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

CEO letak jawatan, bukti 1MDB makin tenat

Posted: 06 Jan 2015 09:23 PM PST

Tony Pua

  Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan mengejut Mohd Hazem Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pelantikan serta merta Arul Kandasamy menggantikannya bukti ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat milik kerajaan itu

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, berdasarkan kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin baru-baru ini, Hazem sebenarnya dipecat dan dijadikan penyebab hutang syarikat itu mencecah RM42 bilion.

"Jika tidak kerana prestasi buruk, mengapa ada pengakuan bahawa syarikat itu akan melakukan 'semakan semula strategik' dan mencari 'alternatif kewangan' lain?

"Lebih membimbangkan, Hazem hanya bekerja kurang daripada dua tahun dan CEO sebelum ini Datuk Shahrol Helmi juga telah 'dipecat' pada 22 Mac 2013.

"Dua perubahan CEO dalam 24 bulan membuktikan prestasi lemah dan perniagaan mencurigakan untuk syarikat yang dibebani hutang itu," kata Tony dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pemecatan Hazem dibuat selepas 1MDB dilaporkan gagal membayar semula hutang RM2 bilion yang dijadualkan November tahun lalu.

"Hutang RM2 bilion ini sebenarnya merupakan sebahagian dari RM.5 bilion yang telah distruktur dan dijadualkan semula sejak November 2013," ujarnya.

Lodin dalam kenyataannya semalam menyatakan 1MDB akan melaksanakan 'semakan semula strategik' bagi meneroka dan menentukan langkah seterusnya yang membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menegaskan, beliau percaya pemecatan Hazem merupakan permulaan akibat tekanan ke atas 1MDB khususnya pelbagai laporan dari pemimpin UMNO sendiri terhadap salah urus dan amalan rasuah.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak polis untuk mempercepatkan siasatan terhadap 1MDB sebelum semua rekod dimusnahkan.

"Kami juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju agar syarikat tersebut diaudit dan memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi memastikan ketelusan serta tanggungjawab dalam pentadbirannya," tegasnya. – Roketkini.com

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Mungkin Telah Dapat Dikesan - Kapten Tentera Laut

Posted: 06 Jan 2015 09:21 PM PST

Oleh: REUTERS 
 
 
Petugas memasang pelampung suar yang akan diletakkan di kawasan yang dipercayai pegawai sebagai kawasan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 terhempas, berhampiran pelabuhan Kumai di Pangkalan Bun. -foto REUTERS
 
 
 
PANGKALAN BUN: Sebuah kapal peronda tentera laut Indonesia menemui apa yang kapten kapal tersebut percaya ia merupakan bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia yang hilang, bahagian penting di mana letaknya kotak hitam perakam data penerbangan.

"Kami menemui bahagian yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi bahawa ia adalah ekor pesawat," kata kapten kapal peronda, Yayan Sofyan, kepada pemberita, Selasa.

Walau bagaimanapun, agensi mencari dan menyelamat Indonesia masih belum mengesahkan penemuan itu.

Beberapa buah kapal dan pesawat mencari serpihan dan mayat mangsa dari pesawat Airbus A320-200, meluaskan kawasan carian mereka pada Isnin.

Agensi meteorologi Indonesia berkata ribut tropika bermusim mungkin menyumbang kepada nahas pada 28 Disember dan cuaca buruk yang berterusan telah menghalang usaha untuk mencari mayat dan mencari perakam suara dan data penerbangan yang dapat menjelaskan mengapa pesawat itu terhempas ke dalam laut.

Hujan Monsun Dijangka Bermula Rabu Hingga Jumaat Ini

Posted: 06 Jan 2015 09:19 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Satu lagi episod hujan monsun yang akan menyaksikan hujan beserta angin kencang dijangka berlaku bermula Rabu hingga Jumaat di beberapa negeri yang dilanda banjir sebelum ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Selasa berkata negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan beberapa bahagian di Sabah iaitu di Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut jabatan itu.

Justeru MetMalaysia mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini.

Amaran angin kencang dan laut bergelora iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang dikeluarkan 4 Januari lepas juga akan berterusan sehingga Jumaat ini.

Dalam tempoh itu juga orang ramai diinasihatkan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini cuaca melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638, laman web www.met.gov.my atau laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

500,000 Pelajar & 5,000 Pengusaha Jadi 'Mangsa' Penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah

Posted: 06 Jan 2015 09:14 PM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Belum pun selesai kemelut kadar tambang bas sekolah, kini timbul pula isu berhubung penamatan Skim Penggantian Bas Sekolah oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Skim tersebut diperkenalkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013 bagi meringankan beban pengusaha bas sekolah untuk menggantikan bas lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baharu. Ia bagi menjamin keselamatan pelajar dan pengguna jalan raya.

Berikutan penamatan skim itu, dikhuatiri 500,000 pelajar di seluruh negara yang menggunakan kira-kira 5,000 perkhidmatan bas sekolah yang berusia lebih 25 tahun akan berhadapan masalah untuk pergi dan balik dari sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, jika tiada sistem baharu menggantikan skim pinjaman tersebut, kira-kira 500,000 pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut akan terjejas.

Malah, katanya, seramai 5,000 pengusaha bas sekolah yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan ini akan hilang punca pendapatan.

"Mereka yang sempat memohon skim tersebut sebelum tarikh akhir mungkin terselamat. Tapi bagi mereka yang belum membuat permohonan, mereka akan 'mati katak' kerana hilang punca pendapatan," katanya kepada mStar Online.

Amali Munif berkata, tindakan tersebut dilihat akan mendorong pengusaha bas sekolah beroperasi secara haram memandangkan kira-kira 5,000 bas sekolah sedia ada menghampiri usia 30 tahun.

"Mereka (SPAD) mahu sekat pengusaha bas sekolah haram tapi penamatan skim tersebut akan menjejaskan kira-kira 5,000 pengusaha bas sekolah yang memiliki bas sekolah menghampiri usia 30 tahun.

"Sudah tentu mereka akan beroperasi secara haram untuk terus mencari rezeki kerana skim untuk menggantikan bas lama kepada bas baharu sudah ditamatkan," katanya.

Menurutnya, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penamatan skim tersebut menerusi surat daripada SPAD dalam tempoh kurang dua minggu lalu.

"Kenapa maklumkan mengenai penamatan skim ini diberi dalam masa yang singkat? Apa yang kita boleh buat dalam tempoh itu?," katanya.

Bagaimanapun, kata Amali Munif, SPAD memaklumkan skim tersebut akan digantikan dengan sistem pinjaman baharu yang lebih komprehensif dan ia akan dicadangkan kepada kerajaan terlebih dahulu.

"Buat masa ini, saya boleh katakan tiada penambah baikan daripada SPAD terhadap perkhidmatan ini. Mereka bukan menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan," katanya.

Jelas beliau lagi, PPBSM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu penamatan skim tersebut dalam masa terdekat.

"Perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan sekarang. Jadi kita akan duduk membincangkan susulan penamatan skim ini. Jika tiada jalan penyelesaian, kira-kira 5,000 pengusaha bas ini akan terkapai-kapai. Mereka dalam dilema sama ada mahu meneruskan perkhidmatan atau tidak," katanya.

Menerusi tinjauan mStar Online di laman web badan itu, maklumat mengenai skim tersebut memaklumkan tempoh permohonan berkuat kuasa selama dua tahun bermula April 2013 dan akan berterusan sehingga April 2015.

Skim tersebut diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan pemberian rebat sebanyak RM10,000 dan bayaran kadar faedah tetap dua peratus ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baharu.

Che Ta Bengang Foto Anak Dijadikan Cerita Bayi Dibuang

Posted: 06 Jan 2015 09:07 PM PST

FERIDE HIKMET ATAK
 
 
Rozita Che Wan
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan individu yang menggunakan wajah bayi perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan meletakkan status seolah-olah bayi itu telah dibuang ibu-bapa adalah perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut apatah lagi individu berkenaan dikatakan merupakan rakyat Indonesia.

"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.

"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.


Aaisyah menjadi mangsa berita palsu pengguna Twitter.

Baru-baru ini salah seorang individu yang difahamkan dari negara seberang telah meletakkan status di Twitter mengatakan seorang bayi ditinggalkan ibu-bapanya dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Indonesia dengan meletakkan wajah anak aktres itu.

Status tersebut telah mengundang rasa prihatin masyarakat di negara itu di mana 'kisah sedih' berkenaan telah disebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut.

Sementara itu, Rozita berkata, berita palsu itu membuatkan dia berasa sedih apalagi anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.

Kata Rozita, isu-isu yang timbul seperti itu membuatkan dia dan suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.

"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.

"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," ujarnya.

QZ8501: Penyelam Redah Arus Hampiri Dua Objek Besar

Posted: 06 Jan 2015 09:04 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PANGKALAN BUN: Dua penyelam pada Rabu bertindak nekad meredah arus bergelora di Selat Karimata di sini bagi mendapatkan dua objek besar dipercayai badan pesawat milik AirAsia Indonesia yang terhempas sejak lebih seminggu lalu.

Kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Forth Worth pada Selasa berjaya mengesan dua objek besar yang berada di kedalaman 28 meter selat berkenaan dan iadipercayai bangkai pesawat QZ8501.

"Kami akan mula mengenalpasti objek tersebut yang kelihatan seperti bangkai pesawat secepat mungkin," kata Timbalan Ketua Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Tatang Zainuddin.



Tambahnya, pasukan penyelam turut dilengkapi kenderaan kawalan jauh yang mampu merakam gambar objek dikesan ketika turun ke dasar laut.

Setakat ini, sebanyak tujuh objek besar di dasar laut telah dikesan oleh sonar, tetapi arus deras dan penglihatan yang terhad menghalang usaha penyelam untuk mendekatinya.

Zainuddin memberitahu, walaupun operasi diteruskan setiap hari, namun keadaan cuaca mengecewakan penyelam untuk turun ke dasar laut.

Pada Selasa, pihak penyelamat berjaya menemui sebanyak dua mayat, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditemui ialah sebanyak 39 mangsa.

Penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura hilang dari radar pada Ahad lalu sebelum disahkan terhempas di lautan Jawa pada hari ketiga pencarian.

Ketika kejadian pesawat milik AirAsia Indonesia itu membawa seramai 162 penumpang dan anak kapal.

“Kalau Najib pun kena e-coli, begitu juga mangsa banjir”

Posted: 06 Jan 2015 09:01 PM PST

Dyana_banjir

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sekiranya bakteria E coli boleh menjangkiti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu melawat kawasan banjir, sudah tentu risiko sama dihadapi mangsa banjir.

Setiausaha Politik Ketua Ahli Parlimen DAP Dyana Sofya berkata, ia menunjukkan bahawa kawasan yang dilanda banjir berisiko dengan penyebaran penyakit merbahaya.

"Perdana Menteri yang sekejap sahaja di sana pun boleh dijangkiti, mangsa banjir pastilah lebih berisiko tinggi.

"Mereka kurang air bersih dan ubatan pun sangat terhad, tambahan pula kebersihan tidak terurus lagi.

"Seharusnya tidak ada alasan lagi kepada kita untuk mengatakan tidak mampu menguruskan situasi pasca banjir ini," kata Dyana dalam satu kenyataan.

Semalam Pejabat Perdana Menteri dalam satu pemakluman memberitahu Najib terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.

E coli yang tersebar dalam keadaan seperti banjir boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Penyebaran bakteria dari air dan makanan yang terdedah boleh menyebabkan jangkitan dan keracunan makanan.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi jangkitan bakteria termasuk suntikan vaksin kepada pengendali penghantaran makanan di pusat penempatan sementara.

Justeru itu tegas Dyana, kerajaan perlu segera mengurus kawasan yang terdedah dengan serangan bakteria itu.

"Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri perlu berperanan dan menyediakan pelan yang telus dan inklusif.

"Pelan tindakan awam sangat-sangat diperlukan agar bencana kemanusiaan dapat dielakkan dari berlarutan," ujar Dyana. – Roketkini.com

Jenayah libat warga asing mendadak naik, polis hilang taring?

Posted: 06 Jan 2015 08:59 PM PST

Teo-Nie-Ching

Roketkini.com

 
KULAI: Peningkatan indeks jenayah bunuh dan rompak melibatkan warga asing asing di Malaysia semakin membimbangkan, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Dalam kenyataannya hari ini, Nie Ching melahirkan kebimbangan terhadap situasi jenayah, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti 'harimau hilang taring' dalam menangani kes-kes jenayah melibatkan warga asing.

"Indeks peratusan jenayah warga asing yang semakin tinggi ini membimbangkan.

"Mengikut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk 2012 sahaja, dari 602 kes bunuh, 66 daripadanya dilakukan warga asing, bersamaan 11 peratus dari keseluruhan kes.

"Manakala diantara Januari hingga Ogos 2014 sahaja, daripada 338 kes bunuh, 167 daripadanya dilakukan warga asing bersamaan 49.4 peratus," kata Nie Ching.

Ujarnya, sekiranya kes bunuh bagi 2014 sahaja menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus penglibatan warga asing, kes rompakan bersenjata melibatkan turut meningkat kepada 71.4 peratus berbanding 29.4 peratus pada 2012.

Justeru itu, Nie Ching menekankan peri pentingnya peranan polis menangani jenayah melibatkan warga asing, dalam masa sama tidak menafikan hak mereka yang mencari rezeki di Malaysia secara halal.

"Pada masa sama, polis mesti menggunakan kuasanya bertindak keatas pendatang tanpa izin di Malaysia agar situasi buruk dapat dicegah," ujarnya.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga turut menggesa polis melakukan analisa penuh berhubung kenaikan mendadak jenayah warga asing ini.

"Atau apakah polis kita sudah jadi seperti harimau tak bertaring?" soal Nie Ching. – Roketkini.com

Sekolah Demokrasi sesi pertama 2015, daftar segera!

Posted: 06 Jan 2015 08:56 PM PST

Sekdem
SekDemJan2015 
Roketkini.com

 

KUALA LUMPUR: Roketkini.com kini membuka pendaftaran baru 'Sekolah Demokrasi: Tingkatan 1' untuk sesi tahun 2015.

Selepas empat tahun dilancarkan, siri Sekolah Demokrasi kini telah menghimpunkan tujuh generasi yang kebanyakan pesertanya terdiri dari anak muda dan mahasiswa.

Menerusi Sekolah Demokrasi, peserta dilibatkan dalam modul teori dan latihan berasaskan idea sosial demokrasi, selain dilatih memahami dan menyelesaikan masalah politik semasa.

Kepada yang berminat untuk menyertai Sekolah Demokrasi, butirannya adalah seperti berikut:

Sekolah Demokrasi Tingkatan Satu
Tarikh & Masa: 23 Januari 2015 (7mlm) – 25 Januari (jam 1.00 petang)
Tempat: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut

Untuk pendaftaran, sila layari:
http://tinyurl.com/sekdem-jan15

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Demokrasi layari laman web Sekolah Demokrasi di : www.roketkini.com/sekdem/

Surat Nikah Awie Palsu?

Posted: 06 Jan 2015 04:17 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 

PETALING JAYA  - Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.

Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie,  Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Tipu Peniaga : Pegawai DBKL Dihukum Penjara

Posted: 06 Jan 2015 04:15 PM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipenjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang peniaga, tujuh tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap P.Sugumaran, 44, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zamzani berkata pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Sugumaran dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan Sugumaran menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam S.Ramesh yang mewakili tertuduh untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sugumaran didakwa memperdaya M.Sathivelu untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM600 dan RM1,200 melalui dua transaksi ke akaun AmBank (M) Berhad miliknya bagi mendapatkan kelulusan enam tapak pasar malam di Lorong Tunku Abdul Rahman Masjid India masing-masing pada 11.34 pagi 7 Mei 2008 dan 1.42 pagi 29 Mei 2008 di AmBank Cawangan Jalan Pudu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Kasim, memanggil empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan.

Ramanan dakwa terima arahan dari isteri Palanivel

Posted: 06 Jan 2015 04:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengkritik kepada Datuk Seri G Palanivel terus mengheret isteri presiden MIC itu ke dalam kemelut yang berlaku terhadap parti itu.

Menolak kenyataan Palanivel sebelum ini yang mengatakan bahawa isterinya R Kanagam tidak mencampuri urusan pentadbiran parti, bekas sekutu yang kini menjadi musuhnya Datuk R Ramanan mendakwa sebaliknya.

Ramanan mendakwa beliau sebelum ini mendapat arahan daripada isteri presiden parti itu berkaitan tugasannya memegang jawatan bendahari agung dan jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Ramanan, yang mengakui sebelum ini menyokong Palanivel secara "membabi buta" sebelum beralih mengkritik keras, berkata beliau pernah mendapat arahan daripada Palanivel dan Kanagam.

Malah, Ramanan berkata sebelum ini beliau juga pernah menggelar Kanagam sebagai "presiden yang sebenar" kepada parti.

"Saya setia membabi buta. Apa sahaja arahan ketua saya yang diberikan kepada saya, saya ikut.

"Dan saya menerima arahan daripada dua orang - 'presiden' dan 'suaminya'," kata Ramanan secara menyindir.

Ramanan turut mendakwa kehadiran Kanagam semasa pemilihan MIC tahun lalu juga mengganggu keseluruhan proses pemilihan itu

Tiada ulasan: