Rabu, 28 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jangan Risau, Anwar Tak Mungkin Lari Ke Luar Negara!!

Posted: 28 Jan 2015 03:21 AM PST

shahbudindotcom


Menjelang tarikh penghakiman  kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada 10 Februari depan, sudah mulai kedengaran cakap-cakap mengenai kemungkinan beliau turut melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang tiba-tiba menghilangkan diri ke Australia.

Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti dan satu-satunya cara untuk mengelak daripada dipenjarakan ialah dengan melarikan diri ke luar negara.

Kata mereka yang arif lagi bijaksana itu, dalam usianya sekarang, Anwar tidak sanggup menghuni penjara sekali lagi dan melarikan diri ke luar negara adalah pilihan terbaik baginya.

Lagi pula, tambah mereka, banyak negara sedia menerima dan memberi perlindungan politik kepadanya.

Di luar negara nanti, kata mereka, Anwar secara perlahan-lahan akan memohon perlindungan politik serta terus melakukan serangan politiknya daripada jauh.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal mengelakkan ianya berlaku, adalah dijangka beberapa NGO pro UMNO akan tampil bersuara dalam beberapa hari ini untuk mendesak polis dan Imigresen melakukan pemantauan yang lebih ketat terhadap Anwar.

Desakan yang sama juga dijangka akan dilakukan keatas Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi agar melakukan sesuatu yang lebih proaktif bagi memastikan Anwar tidak meninggalkan negara sebelum 10 Februari dan seterusnya berada di mahkamah pada tarikh tersebut.

Soalnya, benarkah Anwar akan melarikan diri sebagaimana Sirul?

Mengikuti perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang,  beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara kerana  ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.

Beliau juga pernah diaibkan dengan pelbagai dakwaan yang kemudian tidak dapat disahkan, menjalani proses mahkamah yang panjang lagi memalukan, tetapi semangat "lawan tetap lawan" kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.

Jika ingin melarikan diri dan meninggalkan perjuangannya, Anwar sebenarnya lebih berpeluang melakukannya sebelum ini lagi tetapi tidak tercuit sedikit pun untuk melakukannya kerana ia bukanlah darah sejatinya sebagai pemimpin dan ahli politik.

Anwar bukan saja mempamerkan jiwa berani dan cekalnya selama ini, bahkan dalam ucapannya juga kerapkali mengingatkan bahawa menjadi pemimpin mestilah disertai dengan keberanian.

Lebih dari itu, dalam kes liwat ini pula, selain dibarisi peguam-peguam yang handal, Anwar juga tidak pernah luntur dengan keyakinah bahawa beliau akan dibebaskan pada 10 Februari nanti.

Dengan keyakinan tersebut, tentulah tidak mungkin beliau melarikan diri semata-mata untuk mengelak daripada hukuman penjara terhadapnya. Kebimbangan bahawa Anwar akan melarikan diri sebenarnya hanyalah igauan semata-mata jika dilihat berdasarkan sejarah panjang perjuangannya selama ini.

Anwar akan terus melawan, sama ada dibebas atau dipenjarakan. Jika dibebaskan, beliau akan melawan sebagai pemimpin yang bebas dan merdeka dan jika dipenjarakan pula, beliau tetap ada cara meneruskan perjuangannya dari celah-celah tiang besi yang memenjarakannya.

Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat!

Posted: 28 Jan 2015 03:10 AM PST


S


1MDB



Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat! : Berita Semasa sudah pun semak belum ada perkembangan berita berkenaan pinjaman hutang 1MDB Malaysia ini di mana-mana akhbar arus perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro "lebih seronok cerita dalam kelambu" apatah lagi Utusan Malaysia jauh sekali, kerana tarikh 30 januari 2015 semakin hampir. Sudah jelaskan belum hutang?

Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini Bloomberg Business berkaitan perkembangan 1MDB mengatakan :

 

Laporan Berita Terkini Bloomberg Business : Status Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion?

Sepatutnya, 1MDb mesti bayar selewat-lewatnya hujung bulan januari ini. Tetapi sebaliknya telah berlaku di mana sekarang ini 1MDB sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi lanjutan pembayaran pinjaman iaitu sebulan lagi ke atas pinjaman hutang 1MDB bernilai RM2 bilion supaya 1MDB mempunyai cukup masa dan tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka pada ketika ini.

1MDB 2015


Jikalau diluluskan, ini bermakna 1MDB diberikan peluang dan lanjutan yang ketiga bagi pinjaman yang dibuat 1MDB melalui Malayan Banking Bhd dan RHB serta 3 peminjam yang lain.

 

Punca Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion Tidak Dijelaskan?

1MDB mencanang kepada seantero Malaysia bahawa anda, anda semua jangan risau, 1MDB tiada masalah untuk bayar pinjaman. Kata meraka aset yang dimiliki oleh 1MDB lebih daripada liabiliti mereka. Ok baik, anda berkemampuan, bayarlah. Tunggu apa lagi 1MDB? Mengapa masih terkial-kial bayar pinjaman hutang Maybank, RHB dan lain-lain?

Rakyat Malaysia tidak lupa apa yang terjadi kepada Renong / UEM / Timedotcom / Tri Resources semua "backed by assets" masa di puncak gawat 1998? Di mana mereka hari ini?

Tanyalah sesiapa kalangan yang berniaga waima apek di penjual ikan di Pasar Besar Selayang sekalipun, faktor paling penting untuk terus bertahan dalam perniagaan dan bisnes adalah…..

"Pengurusan modal kerja"

Nah….sekarang 1MDB sedang terpaksa mengemis tadah tangan minta tolong kepada taikun telekomunikasi negara, Tan Sri Ananda Krishnan. Apa sudah jadi 1MDB? Akhirnya yang untung siapa Ananda juga…..Selayaknyalah

BACA SINI : Jutawan Kaya, Taikun & VVIP di Malaysia Menikmati 51% Kekayaan Negara. 
Rakyat Miskin 20% Perlu Rebut Baki 5% Kekayaan Malaysia!

P/S : Minggu depan ini adalah minggu penting bagi ringgit Malaysia, sebab tempoh 1MDB bayar hutang pada 30 Januari 2015, jikalau tidak bayar juga, kemungkinan besar ringgit pun kena tempias.

PP/S : Ringgit Malaysia semakin sekarang sudah mula perlahan-lahan mendaki untuk menuju ke paras RM3.62 untuk setiap Dolar Amerika.

Kes Anwar: Anak muda diseru turun Putrajaya, 10 Februari

Posted: 28 Jan 2015 02:58 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR - Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Anwar Ibrahim merupakan detik penting bagi sistem kehakiman dan halatuju politik di negara ini.

Justeru itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa anggotanya dan seluruh anak muda untuk  hadir  di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, 10 Februari ini.

mata lebam10 Febuari ini tarikh penting, ia adalah hari yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia.

"Anak muda mengidamkan sistem keadilan yang adil dan telus di negara ini terus dipertahankan,"

"Kehadiran anak muda adalah sebagai simbol kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi politik pihak tertentu," tegas Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Pengarah Strategik AMK, Akmal Nasir ketika dihubungi berkata, meskipun yakin Anwar akan dibebaskan, namun beliau meminta anggota KEADILAN tidak mengambil mudah perkara itu.

"Berdasarkan bukti dan hujah yang dike
mukakan oleh peguam pada perbicaraan lalu, kita sangat yakin bahawa ketua Umum akan dibebaskan.

"Tetapi kita tidak harus ambil mudah, kita tahu tuduhan tersebut bermotifkan politik dan perlu terima hakikat apa sahaja akan berlaku.

"10 Febuari adalah hari terakhir anak muda harus hadir bagi menyatakan sokongan kepada Anwar," katanya.

Anwar kini berdepan risiko dipenjarakan sekali lagi selepas dibebaskan oleh mahkamah pada 2004 atas tuduhan yang hampir sama.

Kes Fitnah II ini dilihat satu lagi konspirasi politik dalam usaha menghancurkan karier politiknya, selepas kejayaan Pakatan Rakyat mengenepikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada 2008.

Bekas Menteri dapat kontrak pengambilan pekerja asing, minta Zahid jawab

Posted: 28 Jan 2015 02:54 AM PST

KEADILAN DAILY


KEADILAN ingin mengimbas kembali bahawa mulai 15 Januari 2015, semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing di negara sumber dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) tidak boleh diuruskan di kaunter Jabatan Imigresen, sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

Sudah 4 hari kami menunggu maklum balas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja enggan mengulas isu MyEG, tetapi juga membisu atas sistem FWCMS yang diusahakan oleh Bestinet Sdn Bhd (BESTINET).

IMG_0580Maka kami perlu mendedahkan identiti BESTINET dan siapakah yang di belakang semua proses penswastaan proses pengambilan/pembaharuan pekerja-pekerja asing untuk kepentingan orang awam dan tindakan pihak berkenaan.

Merujuk kepada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), BESTINET merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan pada 17 November 2008. Ciri-ciri syarikat BESTINET adalah seperti berikut:

1. Merupakan sebuah Syarikat RM2 sehingga tahun 2013;

2. Tidak menghantar Laporan Akaun sejak tahun 2010 selama 4 tahun (yang pastinya telah melanggar Akta Syarikat 1965);

3. Diklasifikasikan sebagai syarikat 'Dormant'

Antara pengarah penting Bestinet Sdn Bhd adalah Tan Sri Azmi Khalid. Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan pernah menyandang jawatan berikut:

1. Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999)
2. Menteri Pembangunan Luar Bandar (1999-2004)
3. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (2004-2006)
4. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2006-2008).
5. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Malaysia sehingga tahun 2013.

Kami terkilan dengan penglibatan bekas Menteri KDN Umno/BN dalam syarikat BESTINET yang membangunkan sistem FWCMS untuk kementerian yang sama. Ini memberikan gambaran wujudnya percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan seolah-olah projek ini dianugerahkan atas hubungan dan rundingan dalaman.

Kami juga berasa dukacita dengan siri penswastaan dan kontrak monopoli yang berlaku ke atas peranan dan fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN), bermula dengan MyEG, dan sekarang BESTINET.

Memang ada barangan dan perkhidmatan kerajaan yang boleh disumberluarkan kepada pihak swasta, tetapi pastinya bukan hal ehwal berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control), imigresen dan keselamatan negara.

Kami menetapkan pendirian KEADILAN bahawa maklumat yang diuruskan oleh sistem tersebut melibatkan maklumat sensitif yang bakal membawa risiko kepada keselamatan dan kedaulatan negara dan TIDAK HARUS disumberluarkan kepada syarikat swasta.

Akhir kata, kami menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi:

1. Mengapakah menganugerahkan projek tersebut kepada BestiNet Sdn Bhd yang sebelum ini merupakan Syarikat RM2 dan tidak mempunyai apa-apa track record pembangunan sistem atas talian?

2. Adakah kontrak tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka, dan apakah peranan Tan Sri Azmi dalam urusniaga tersebut?

3. Apakah nilai kontrak tersebut serta apakah kaedah pembayaran dan siapa yang akan membayar kepada perkhidmatan BESTINET?

4. Mengapakah tugasan sepenting ini boleh disumberluarkan kepada sebuah syarikat swasta?

YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Pengarah Strategi KEADILAN
Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
Bendahari Agung KEADILAN

YB Lee Chean Chung
Adun Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat

KEADILAN dedah Pengarah Bestinet warga Bangladesh

Posted: 28 Jan 2015 02:39 AM PST

Oleh: Lyn Nasir


PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan seorang lagi Pengarah projek Bestinet Sdn Bhd merupakan warga Bangladesh dan hanya mendapat status penduduk tetap di negara ini.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, Aminul Islam Abdul Nor yang juga Pengarah Syarikat JR Joint Resources Sdn Bhd adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.

Beliau mempersoalkan mengapa projek bimoterik yang berkait rapat dengan soal keselamatan negara diberikan kepada syarikat berkenaan.

"Mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada syarikat swasta yang diuruskan oleh warga asing?," soalnya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Jelas Lee, Aminul memegang kad pengenalan berkod 79 yang menunjukkan beliau berasal dari Bangladesh, dan memegang seratus peratus kepentingan dalam projek berkenaan.

"Hampir seratus peratus Aminul merupakan pemegang saham projek tersebut dan ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan kerana maklumat-maklumat yang terangkum dalam sistem tersebut merupakan informasi berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control) dan imigresen.

"Maklumat bio-metric dan pekerja-pekerja asing merupakan maklumat sensitif yang bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara," katanya di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Pendedahan tersebut berikutan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid enggan memberi penjelasan mengenai peranan mereka dalam syarikat berkenaan.

KEADILAN semalam mendedahkan salah seorang pengarah Bestinet, ialah bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja ‎Datuk Tengku Omar Tengku Bot selain Azmi Khalid.

Tengku Omar dan Azmi juga didakwa mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain, "Raffles Care."

The Star hari ini melaporkan kenaikan bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia menimbulkan kemarahan pengusaha agensi pekerjaan itu yang memberi amaran untuk menghentikan penghantaran tenaga kerja.

Jadual jelajah Anwar ‘Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Feb’

Posted: 28 Jan 2015 02:36 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim akan memulakan 'Siri Jelajah Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari' bermula Ahad ini, 1 Februari (Feb).

Hakim NNegara

Jelajah kali ini adalah menuju keputusan perbicaraan kes Fitnah II ke atasnya yang akan diketahui pada 10 Februari ini di Istana Kehakiman Putrajaya.

Berikut adalah jadual penuh siri jelajah tersebut:

1. Negeri Sembilan (1 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Pasti Al-Falah, Padang Awam Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban
PIC Pusat – Saifullah
PIC Negeri – YB Amin

2. Kedah (2 Feb, Isnin, 8.30 malam)
Taman Kuchai, Lunas
PIC Pusat – YB Datuk Johari Abdul
PIC Negeri – Dr Azman

3. Terengganu (3 Feb, Selasa, 8.30 malam)
Perkarangan Pejabat
Keadilan Kemaman, Jalan Jakar, Chukai
PIC Pusat – YB Rafizi Ramli
PIC Negeri – YB Azan Ismail

4. Selangor (4 Feb, Rabu, 7 malam)
Tazkirah/ Solat Hajat
Masjid Abu Bakar Ali Bashah,
Apt Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung
PIC Pusat – YB Amiruddin Shari
PIC Negeri – Hj Borhan/Nazar Yakin

5. Perak (4 Feb, Rabu, 9 malam)
Dataran Berop, Tanjung Malim
PIC Pusat – Saifullah
PIC Negeri – Dr Manuty

6. Pulau Pinang (7 Feb, Sabtu, 4.00 petang)
(Hi-Tea) 4 Petang – Bayan Baru
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Dr Mansor/YB Malek

7. Penang (7 Feb, Sabtu, 7 malam)
Tazkirah/ Solat Hajat – Masjid Jamek Seberang Jaya
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Afif

8. Penang (7 Feb, Sabtu, 8.30 malam)
Tapak Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Dr Mansor/YB Afif

9. Johor (8 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat Muar,
Pt Tarom, Jalan Temenggong Ahmad
PIC Pusat –Abd Rahman Yusof
PIC Negeri – Hizwan

10. Melaka (8 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Perkarangan Pejabat MPN Melaka,
Jalan BPM1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu, Melaka
PIC Pusat – Abd Rahman Yusof
PIC Negeri – YB Shamsul Iskandar/ Wahab

11. Solat Hajat Perdana/Tazkirah (9 Feb, Isnin, 6.00 petang)
Stadium Tertutup Malawati Shah Alam
PIC Pusat – Rafizi/Fariz Musa/Hq
PIC Negeri – Prof Din/Yahya Sahri/Bahrin

12. Grand Finale (9 Feb, Isnin, 9.00 malam)
Stadium Tertutup Malawati Shah Alam
PIC Pusat – Rafizi/Fariz Musa/ Hq
PIC Negeri – YB Amir/YB Zuraida/Hj Borhan/Yahya Sahri/YB Dr Xavier/ YB Eli/YB Nik

[BERGAMBAR] Tadika PASTI Diceroboh Penjenayah, Guru & Murid Trauma -UPDATED

Posted: 28 Jan 2015 02:31 AM PST

KELAB GREENBOC

Lakonan semula bagaimana penjenayah terbabit bertindak mengacukan parang kepada salah seorang penjaga yang datang untuk mengambil anaknya.

 
 
Seremban – Guru dan murid-murid tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, berhadapan detik cemas apabila tadika terbabit dimasuki penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kesemua murid-murid dikatakan sedang menunggu kedatangan ibu-bapa untuk mengambil mereka selepas selesai sesi persekolahan.

Pengarah Pasti negeri, Syazwan Zulkafli berkata, secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan bersenjatakan parang dan memakai topi keledar penutup penuh.

"Kedua-dua lelaki itu terus memegang salah seorang penjaga yang datang mengambil anak mereka di tadika. Salah seorang daripadanya mengacukan parang di bahagian leher mangsa.

"Guru yang melihat kejadian itu segera membawa masuk murid-murid ke dalam tadika dan terus mengunci pintu," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, menyedari tindakan guru itu, suspek bertindak menendang pintu dan berjaya memasuki tadika.

"Empat guru wanita bersama beberapa murid berada dalam ketakutan apabila suspek mengugut akan mencederakan jika melawan.

"Suspek meminta wang tetapi guru memberitahu tadika tidak menyimpan wang tunai. Suspek kemudian meminta barang berharga milik guru-guru," katanya.

Syazwan berkata, bimbang dicederakan suspek, kesemua guru menyerahkan barangan peribadi mereka termasuk beg tangan dan beg yang berisi alat bantuan mengajar.

"Selepas mendapat barang berharga, suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan tadika.


"Syukur Alhamdulillah kerana guru-guru, murid-murid dan penjaga selamat dan tidak dicederakan suspek ketika kejadian," katanya.

Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan guru-guru dan murid-murid mengalami trauma.

"Ini merupakan kejadian kali pertama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sikamat sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan. -SH
'Kami menggigil ketakutan'

SEREMBAN – "Saya menggigil bila parang panjang diacukan pada leher. Anak murid saya pula terkencing dalam seluar tengok saya diperlaku sebegitu," kata Fauziah Mohd Arifin, 30, guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mawaddah, Taman Warisan Puteri, Sikamat, di sini, semalam.

Dia berkata demikian ketika menceritakan kepada Sinar Harian bagaimana situasi cemas ketika pusat asuhan berkenaan diceroboh dua penjenayah bersenjata parang dan memakai topi keledar penutup penuh, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di dapur dan segera ke bahagian tengah rumah apabila mendengar seorang lagi guru, Saridah Rahmat, 42, menjerit meminta tolong.

"Saya lihat Cikgu Saridah berlari bawa anak murid masuk ke dalam dan terus mengunci pintu sambil menjerit meminta tolong.

"Ketika itu juga saya lihat ada seorang lelaki memakai topi keledar memegang penjaga di luar rumah dengan meletakkan parang di lehernya," katanya.

Fauziah berkata, dia sempat menelefon suaminya memaklumkan pusat asuhannya dimasuki penjenayah.

"Saya meminta suami datang segera ke sini dan belum sempat saya hubungi polis, lelaki itu dapat masuk dengan menendang pintu.

"Lelaki itu datang ke arah saya dan acu parang panjang di leher sambil berkata 'aku nak duit, kalau tak da duit aku bunuh semua'.

"Salah seorang anak murid melihat saya dalam keadaan begitu terus menangis ketakutan sehingga terkencing dalam seluar," katanya ketika ditemui di pusat asuhan berkenaan, semalam.

Fauziah berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu turut menyelak tudung dan lengan bajunya untuk meragut emas.

"Melihat saya tidak memakai barang kemas, dia menolak saya sehingga terjatuh sebelum ke dapur untuk menggeledah laci pula.

"Selepas gagal mencari duit, dia terus merampas beg tangan saya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan pusat asuhan ini," katanya.

Menurut Fauziah, sejurus dua lelaki itu melarikan diri, dia bersama guru-guru yang lain segera memeluk anak murid yang menangis ketakutan.

"Kami semua memeluk anak murid bagi menenangkan mereka. Mujur ramai anak murid yang tidak melihat kejadian itu kerana berada di tingkat atas.

"Syukur Alhamdulillah, kami tidak dicederakan. Saya tidak risaukan keselamatan saya tetapi lebih risaukan keselamatan anak murid," katanya.

Katanya, dia kerugian hampir RM500 apabila beg tangan mengandungi duit dan barang kemas dilarikan penyamun itu.

"Ibu murid yang menjadi mangsa juga mengalami kerugian apabila rantai, gelang dan cincin emas serta telefon bimbit dilarikan suspek," katanya yang tetap gagahkan diri untuk bekerja semalam, walaupun masih trauma.

Difahamkan, seramai 54 murid berusia empat hingga enam tahun mengikuti kelas di Pasti itu, namun ketika kejadian hanya 30 murid berada di situ, manakala selebihnya sudah pulang ke rumah.
-SH


 
ULASAN GB

Nampaknya sudah sampai masanya aspek tahap keselamatan diberikan perhatian oleh pihak pengurusan PASTI semua peringkat di seluruh negara.

Misalnya mencari dana untuk memagar kawasan PASTI agar tidak memudahkan jalan untuk sebarang penceroboh masuk. Kedua, walaupun belum berapa perlu tetapi usaha mempertingkatkan sistem kawalan seperti meletakkan "pengawal keselamatan" yang terdiri dari golongan sukarelawan mukmin dan ketiga memperkenalkan sistem ALERT melalui alat penggera di bangunan PASTI atau sistem SMS ke jawatankuasa Kawasan, Unit Amal dan/atau balai polis yang berhampiran. Seterusnya kursus diadakan untuk guru-guru PASTI tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi mencemaskan seperti di atas.

PAS Kawasan juga perlu memikirkan pewujudan Unit Kaunseling Syariah bagi membantu mereka yang trauma agar sistem dan sessi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.

Kalau terasa sila kemukakan saman sivil – Zunar

Posted: 28 Jan 2015 02:26 AM PST

 
Tidak mempunyai masalah jika pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sekiranya karya kartun beliau dianggap fitnah.


Zulkifli Anwar Al-Haque_300


PETALING JAYA: Kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque ‎atau lebih dikenali sebagai Zunar mempersilakan pihak yang 'terasa' dengan karyanya untuk kemukakan saman sivil terhadapnya.

Menulis di Twitter miliknya, beliau menyatakan tidak mempunyai masalah jika pihak-pihak tertentu mengambil tindakan terhadapnya sekiranya karya kartun beliau dianggap sebagai satu fitnah.

"Namun, saya bantah menggunakan undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan 1948," tulisnya lagi.

Zunar selanjutnya menyatakan bahawa jumlah buku yang dirampas adalah sebanyak 149 naskhah, terdiri daripada buku Pirates of Carry BN, Conspiracy to Imprison Anwar dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, Zunar turut memberitahu kira-kira pada jam 6 petang nanti beliau akan diwawancara oleh stesen televisyen di London.

Rampasan berkenaan dipercayai berhubung dengan siasatan polis terhadap Zunar mengikut Akta Hasutan 1948. Ketika serbuan dibuat, Zunar berada di Cambridge, United Kingdom.

Kenyataan Puad menggelikan hati – Khairuddin

Posted: 28 Jan 2015 02:24 AM PST

 
Media arus perdana bagi platform kepada tokoh pemimpin pembangkang bercakap untuk hentam mantan tokoh-tokoh pemimpin Umno itu tidak salah.


puad zakarshi khairuddin abu hassan2


PETALING JAYA: "Saya amat geli hati dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi," kata Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Puad supaya "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat pihak di belakang portal Free Malaysia Today (FMT), The Malaysia Insider (TMI) dan Malaysia Kini."

Sehubungan itu Khairuddin mempersoalkan sikap Puad yang disifatkan sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri.

Beliau berkata, tidak ada siapa yang boleh memecahbelahkan UMNO sekiranya parti itu mempunyai mutu kepimpinan terutama dalam membela rakyat di tanah air sendiri.

"Saya akui hanya UMNO yang benar-benar terbaik dalam membela rakyat daripada pelbagai kaum di tanah air kita. Tetapi dalam masa yang sama kadangkala kita turut mempunyai pelbagai kelemahan serta kesilapan dalam kepimpinan parti mahupun negara," katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Khairuddin juga berkata, kini generasi 'Y' lebih suka dan yakin dengan media sosial kerana banyak kalangan mereka berani memuatkan berita-berita yang hakikat serta ada asas kebenaran.

Khairuddin mengakui terdapat segelintir saluran media sosial ada yang emosional dan tidak rasional, namun ia adalah lumrah dalam bidang kewartawanan.

"Apa yang lucu bila kita bercakap melalui media sosial segelintir daripada pemimpin UMNO mengatakan kononnya nak rosakkan parti.

"Tetapi kalau saluran media arus perdana bagi platform kepada tokoh pemimpin pembangkang bercakap untuk hentam mantan tokoh-tokoh pemimpin Umno itu tidak salah," tambahnya.

Katanya, inilah sikap paranoid segelintir daripada pemimpin Umno yang tidak disenangi oleh rakyat khususnya generasi 'Y'.

Beliau menegaskan, pemimpin paranoid yang takut pada bayang sendiri seperti Puad Zarkashi sudah tidak relevan lagi dan tambahnya, "pemimpin yang macam inilah yang membuatkan UMNO tidak popular."

Sehubungan itu Khairuddin menasihatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak perlu berasa risau dan takut pada bayangan sendiri.

"Seandainya kepimpinan kita berteraskan pada perjuangan yang ikhlas untuk memelihara kesejahteraan rakyat secara telus mahu menyeluruh maka tiada siapa yang dapat mengganggu gugat UMNO. UMNO akan terus kuat serta relevan," ujarnya.

ROS, bubarkan sahaja MIC

Posted: 28 Jan 2015 02:21 AM PST

Oleh Edwin Michael

Palanivel akan dikenang sebagai seorang yang gagal mentransformasikan MIC dan juga kredibilitinya sebagai Ahli Parlimen dan Menteri hancur menjadi berdebu


ROS-MIC-Logo2 




Hari ini pergolakan dalam parti yang mewakili kaum India terbesar di negara ini dan juga salah sebuah parti komponen Barisan Nasional sampai kepada kemuncaknya apabila sekumpulan samseng liar bertindak menghalang Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Presiden MIC daripada memasuki ibu pejabat parti MIC dan yang lebih menarik adalah apabila beliau menerima ugutan bunuh.

Sudah tiada apa lagi untuk diulas mengenai MIC ini memandangkan para pemerhati dan penganalisis politik sedar akan tindakan kurang bijak Presiden MIC dan juga Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang melantik Setiausaha Agung MIC yang baru iaitu Datuk G. Kumar Amaan yang tidak diiktiraf oleh Perdaftaran Pertubuhan (ROS).

ROS sebelum itu telah mengisytiharkan pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC semasa perhimpunan agung MIC di Melaka pada November tahun lalu sebagai tidak sah dan telah menasihati MIC agar tidak mengadakan perhimpunan agung tahunannya sehingga isu ini diselesaikan.

Soalnya, mengapa seorang Presiden sebuah parti ini bertindak dengan sedemikian sebaliknya tidak berminat untuk selesaikan permasalahan yang membelenggu parti ini?

Ada Apa Dengan Palanivel?

Sesungguhnya rakyat Malaysia sedar akan bahawa reputasi dan kredibiliti Datuk G. Palanivel ini musnah apabila tidak mempamerkan sifat tanggungjawab dalam soal bencana banjir lumpur yang terjadi di Cameron Highland pada tahun 2013 dan 2014. Tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highland turut dipersoalkan malah mendapat kritikan serius daripada Sultan Pahang sendiri.

Dalam soal hal ehwal negara, hingga kini selepas berlakunya tragedi banjir lumpur di Cameron Highland dan juga di Kelantan baru-baru ini, kementeriannya masih gagal dilihat bertindak secara proaktif dalam mengusulkan polisi mahupun cadangan dalam menangani bencana banjir lumpur ini.

Adalah tidak adil untuk mempersoalkan tanggungjawabnya kepada negara namun adalah harus untuk dipersoalkan apakah yang telah beliau lakukan sebagai seorang Ahli Parlimen, Presiden Parti serta Menteri? Bukankah jelas bahawa individu ini kini menjadi beban kepada Barisan Nasional kerana mencetuskan sengketa politik murahan dalam partinya sendiri?

PM Terlampau Manjakan Palanivel?

Perdana Menteri dilihat mengambil sikap lebih berhati-hati dengan pendekatan tunggu dan lihat sedangkan dengan melihat kepada situasi hari ini adalah harus untuk dirumuskan bahawa MIC bakal mengundang malapetaka buat Barisan Nasional. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional adalah harus
Perdana Menteri mengambil satu keputusan yang tegas dan muktamad dengan mengarahkan Presiden MIC agar membuat pemilihan yang baru dan seterusnya mengatur strategi dalam mendapatkan kembali kepercayaan rakyat. Malah jika mengambil kira sentimen ahli MIC masa sekarang, pemilihan baru jawatan-jawatan tertentu belum tentu akan meredakan keadaan sebaliknya jelas bahawa mereka mahukan Presiden MIC berundur dan berikan laluan kepada penggantinya. Ini akan membawa kepada rombakan kabinet yang akan memberikan peluang kepada Perdana Menteri untuk singkirkan mana-mana anggota kabinet negara yang dilihat pasif dan tidak banyak membantu mengembalikan keyakinan rakyat.

Rindu Pada Samy Vellu

Walalupun suatu ketika dahulu Datuk Seri S. Samy Vellu dikritik hebat kononnya beliau sebagai Presiden MIC ketika itu gagal menjaga kepentingan dan kebajikan komuniti India di negara ini namun harus diakui bahawa tiada ruang langsung untuk tercetusnya konflik dalaman yang teruk seperti sekarang dibawah pimpinan Datuk Seri G. Palanivel.

Samy Vellu walaupun ada cacat celanya dalam menjadi ahli politik namun berjaya mengemudi parti MIC selama 31 tahun. Apa yang Samy Vellu buktikan adalah untuk mengemudi sesebuah parti anda tidak memerlukan penyokong yang ramai sebaliknya harus memiliki kredibiliti yang kukuh dan kental dalam berdepan musuh dan sentiasa memastikan disiplin ahli terkawal.

Sebagai Presiden adalah harus untuk membuat keputusan mutlak tanpa membiarkan mana-mana individu mempengaruhi keputusan anda. Namun penyesalan tidak boleh dinafikan dipihak Samy Vellu kerana pernah menyokong Datuk Seri G. Palanivel sebagai Presiden MIC suatu ketika dahulu tetapi kini parti ini menuju kepada kehancuran. Malah ada suara-suara nakal yang meminta agar ROS membubarkan sahaja MIC ini sementara ahlinya menyertai parti Indian Progressive Front (IPF) yang sering menjadi mangsa buli MIC.

Apapun selepas ini, Datuk Seri G. Palanivel akan dikenang sebagai seorang yang bukan sahaja gagal mentransformasikan MIC tetapi juga kredibilitinya sebagai Ahli Parlimen dan Menteri hancur menjadi berdebu.

Nasi sudah menjadi bubur.

(*)  Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

1MDB minta tangguh bayar hutang lagi, DAP desak Najib arahkan audit khas

Posted: 27 Jan 2015 09:23 PM PST

tony pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengarahkan audit khas dijalankan terhadap 1MDB bagi membongkar penipuan kewangan mereka, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

"Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalik retorik bahawa syarikat itu kukuh dari segi kewangan apabila ia buat kali ketiga terpaksa meminta pembayaran balik hutang lebih RM2 bilion dijadualkan semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bloomberg semalam yang melaporkan bahawa '1MDB merancang mendapatkan lanjutan sebulan lagi' ke atas pinjaman RM2 bilion untuk memberikan lebih banyak masa menjual pegangan dalam unit tenaga.

"Laporan tersebut amat mengejutkan kerana 1MDB sebelum ini telah terlepas dua tarikh akhir pembayaran balik RM2 bilion pada November dan Disember tahun lalu.

"RM2 bilion ini sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada hutang yang dijadual dan disusun semula yang tidak mampu mereka bayar pada November 2013," ujarnya.

Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan, permohonan lanjutan terbabit kini menimbulkan persoalan lebih besar terhadap dana berjumlah RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman yang didakwa telah 'ditebus' oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy.

"Kenapa 1MDB tidak boleh membayar balik pinjaman RM2 bilion dengan hasil penebusan untuk meringankan tekanan ke atas mereka?

"Krisis hutang dan ketidakupayaan 1MDB untuk menyelesaikan jumlah yang tidak seberapa berbanding hutang RM42 bilion memperlihatkan bahawa syarikat itu mempunyai masalah kewangan serius.

"Aset mereka kini terlebih leveraj (over-leveraged) dan tidak mudah ditukar kepada tunai (illiquid) dalam semua kebarangkalian, 1MDB juga tidak dapat keluar dari pelaburannya tanpa menghadapi sebarang kerugian besar," ujar Tony.

Menurut Tony, Edge Financial Daily sebelum ini melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memanggil eksekutif 1MDB berhubung pembayaran balik pinjaman dan memberi amaran tentang risiko bakal dihadapi jika gagal memenuhi tarikh akhir pembayaran bulan ini.

"Permohonan lanjutan pembayaran yang hanya sebahagian kecil dari hutang RM42 bilion ini jelas adalah satu penghinaan kepada BNM.

"1MDB juga memegang bank (pembiaya) iaitu Maybank Bhd dan RHB Bank, jadi sudah tentu bank-bank ini tidak mempunyai pilihan tetapi membenarkan lanjutan dibuat.

"Perbuatan membuli pembiaya ini sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggunjawab. Kelakuan jahat 1MDB turut mengancam kepercayaan kredit (credit-worthiness) kerajaan dan kestabilan sistem perbankan negara," tegas beliau. -Roketkini.com

Pelancaran Impian Kelantan di Kota Bharu Sabtu ini, semua dijemput hadir

Posted: 27 Jan 2015 09:19 PM PST

5202636355_7778f0daca_z

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan akan melancarkan inisiatif Impian Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina Kota Bharu pada Sabtu 31 Januari jam 9 malam.

Usaha itu adalah sebagai meneruskan semangat sukarelawan rakyat pelbagai kaum dan agama yang telah menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.

DAP melalui inisiatif Impian Malaysia telah berbincang dengan rangkaian NGO di Kelantan yang bersetuju untuk menubuhkan gabungan Impian Kelantan.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke yang menjadi konvener kepada gabungan tersebut, Impian Kelantan diwujudkan untuk membantu membina semula kehidupan rakyat negeri itu yang telah musnah akibat banjir.

Katanya, inisiatif itu adalah kerjasama DAP dengan badan-badan amal Kelantan seperti Yayasan Darul Hijrah, Cakna UT, Royalti Kelantan (R), KB Care, Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) dan Unit Amal Kelantan.

"Sukarelawan pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara turut serta dalam Impian Kelantan untuk memulihkan semula keadaan dan juga mengembalikan semangat, kekuatan serta keyakinan rakyat Kelantan yang telah menjadi mangsa bencana alam," ujar beliau kepada Roketkini.com.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, Fasa Pertama Impian Kelantan telah pun dilaksanakan melalui usaha menghantar bantuan makanan dan minuman serta keperluan asas yang lain sejak Disember lalu hingga ke saat ini.

Menurutnya, ribuan rakyat Kelantan, termasuk golongan Orang Asli yang menjadi mangsa, telah dapat dibantu melalui usaha murni ini.

Ujar beliau, Fasa Kedua yang sedang diusahakan dan akan dilancarkan di Kota Bharu pada Sabtu 31 Januari ini adalah usaha membaiki dan membina semula rumah yang telah musnak dek banjir.

Sebagai permulaan, katanya, sekitar 80 rumah di daerah Gua Musang telah dikenal pasti sebagai projek asas untuk pemulihan semula ini. Sebuah lagi kampung di daerah yang sama juga sedang dikenal pasti.

"Orang ramai khususnya warga Kelantan dijemput datang beramai-ramai ke majlis ini," tambah beliau.

Impian Kelantan mengambil semangat Impian Malaysia yang mahu berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui kegiatan membantu rakyat miskin, menolong mangsa bencana, membina projek prasarana di pedalaman, menyertai program pendidikan dan mengambil bahagian dalam inisiatif mengupayakan anak muda.

Program-program Impian Malaysia yang bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak telah banyak mencatatkan kejayaan dan berkembang hingga ke Sabah dan kawasan Orang Asli di Semenanjung. – Roketkini.com

Visa: Agensi Indonesia Berang Caj Naik Mendadak, Ugut Henti Hantar Pekerja

Posted: 27 Jan 2015 09:17 PM PST

Oleh: P. ARUNA
 
 
 Gambar hiasan
 
 
 
PETALING JAYA: Bayaran pemprosesan visa untuk pekerja Indonesia telah dinaikkan dari RM15 kepada RM250 sejak bulan lepas dan pengusaha agensi pekerjaan di negara itu yang marah telah mengancam untuk menghentikan penghantaran warga mereka ke sini.

Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati), yang mewakili lebih 500 agensi, telah menulis kepada Parlimen Indonesia dan Kementerian Luar dan Sumber Manusia di negara itu, meminta supaya penghantaran pekerja ke Malaysia dihentikan serta-merta.
 
Kenaikan ketara harga yuran pemprosesan visa dikenakan sejak bulan lepas.

"Kami dengan tegas menolak kenaikan yuran. Ia merupakan satu eksploitasi terhadap rakyat kita. Peningkatan seperti itu mesti dilakukan melalui persetujuan di antara kedua-dua kerajaan.

"Malaysia harus berunding dengan kerajaan kita terlebih dahulu. Tetapi tiada rundingan dilakukan," kata Presiden Apjati, Ayub Basalamah, pada Selasa.

Apjati adalah persatuan yang terbesar ditubuhkan oleh agensi pengambilan swasta di Indonesia.

Beliau berkata, kos tambahan bagi memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) adalah satu beban yang besar kepada rakyat Indonesia yang mahu bekerja atau belajar di Malaysia.

VDR diperlukan untuk mereka yang ingin mendapatkan permit kerja, permit belajar atau pas profesional di Malaysia.

Bayaran ditanggung oleh pekerja dan bukannya majikan di Malaysia, kecuali dalam kes pembantu rumah di mana ia akan dibayar oleh majikan pembantu rumah.

Dengan kenaikan itu, seorang pekerja Indonesia kini perlu membayar kira-kira RM230 hanya untuk yuran visa bagi memasuki Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Indonesia bulan lalu mengeluarkan kenyataan kepada agensi pekerjaan di sana untuk mengumumkan struktur yuran baharu.

Ia berkata ini adalah sejajar dengan penubuhan cawangan Pusat Sehenti di Jakarta, Medan, Pekan
Baru dan Pontianak untuk memproses permohonan visa.

Sebuah syarikat swasta dilantik oleh Malaysia bagi menjalankan operasi Pusat Sehenti ini.
 
"Apa yang lebih buruk, selain membayar yuran pemprosesan RM250 kita perlu memberikan butir-butir pekerja kami kepada sebuah syarikat swasta dan bukannya Kedutaan Malaysia," katanya.

Ketika dihubungi, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kedutaan itu telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Pusat Sehenti pemprosesan visa.

Beliau berkata, terdapat bantahan dan aduan mengenai kenaikan yuran secara bertulis sejak ia dilaksanakan pada Disember.

"Aduan bukan sahaja daripada kumpulan pekerja tetapi juga daripada ejen penghantaran pelajar ke Malaysia," katanya.

Walau bagaimanapun, Zahrain berkata beliau merasakan yuran tersebut adalah adil kerana syarikat itu mempunyai kos sendiri untuk ditampung.

"Syarikat itu menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap mereka yang memohon visa dan menghantar maklumat tersebut kepada Jabatan Imigresen yang kemudiannya meluluskan visa.

"Sebelum ini, kita mempunyai masalah dengan dokumen palsu yang dikemukakan, dan syarikat ini kini 'menjaga' masalah ini," katanya.

Beliau menambah negara-negara lain seperti Amerika Syarikat juga telah menaikkan caj visa.

Polis serbu pejabat kartunis Zunar

Posted: 27 Jan 2015 09:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan enam orang polis dari ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur menyerbu pejabat Zunar pagi ini untuk merampas beberapa komik karya kartunis popular itu.

Seorang kakitangan pejabat Zunar yang dihubungi Malaysiakini berkata, kumpulan polis itu memberitahu operasi ke pejabat di Pudu, Kuala Lumpur itu dibuat mengikut Akta Hasutan.

Kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu bagaimanapun tidak membawa waran untuk menggeledah.

Katanya, pasukan berkenaan tiba sejak kira-kira jam 11 pagi tadi menunggu kehadiran pengurus pejabat untuk membuka pintu bilik yang menempatkan komik berkenaan.

Tambahnya, beliau tidak tahu judul khusus yang ingin dirampas oleh pasukan berkenaan.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di Cambridge, United Kingdom atas urusan kerja.

Mustafa Ali sedia jawab 'mulut celupar' Guan Eng

Posted: 27 Jan 2015 09:11 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai enakmen bagi melaksana pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

Cabarannya itu timbul susulan kenyataan Lim yang disifatkannya sebagai "bermulut celupar" kerana menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak jujur.

"Tak kisahlah anda tulis macam mana tapi saya mahu bersemuka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mustafa berkata, dakwaan bahawa beliau "tidak jujur" itu tidak tepat kerana mereka tidak pernah bertemu untuk membincangkan mengenai

"Dia kata saya tak jujur. Saya nak jelaskan di sini, perkataan yang digunakan Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat, tak betul tetapi menggambarkan dia seorang yang mulut celupar,

"Saya tak pernah berbincang atau dihubungi Guan Eng berkaitan dengan isu enakmen pilihan raya PBT ini sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sebelum ini tak ada.

"Tetapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Ketia ditanya, Mustafa berkata beliau juga sedia berdebat dengan Guang Eng berhubung enakmen tersebut.

Ia bagi menjawab kenyataan Lim yang mendakwa DAP telahpun membuat rundingan dengan PAS sebelum ini berhubung enakmen bagi mengadakan pilihan raya tersebut.

Lim menyifatkan Mustafa dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak jujur" kerana mendakwa sebaliknya.

Transgender: Hentikan Perjuangan Sia-Sia Dan Bertaubat - Bekas Mak Nyah

Posted: 27 Jan 2015 09:05 PM PST

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN


Beberapa wakil daripada NGO yang memperjuangkan hak 'transgender' dilihat hadir bagi mengikuti permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengekalkan hukuman pada tiga lelaki berpakaian wanita ke Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Selasa.
 
 
 
PETALING JAYA: Golongan transgender yang menuntut agar hak mereka dilindungi seharusnya bertaubat dan berhenti memperjuangkan perkara yang  sia-sia kerana ia tidak akan membantu mereka untuk keluar daripada dunia fantasi itu.

Nasihat itu dilontarkan oleh bekas mak nyah yang kini bergelar penceramah motivasi dan guru, Mohd Khariri Mohamad Ramli kepada golongan transgender menuntut agar hak mereka untuk berpakaian seperti wanita di tempat awam dibenarkan mengikut undang-undang.

"Hentikanlah perjuangan yang sia-sia ini, bagi saya tiada gunanya jika mereka mengheret kes ini ke mahkamah, kerana ia tidak mampu menjernihkan keadaan sebaliknya ibarat mimpi ngeri kepada semua golongan mak nyah di Malaysia.

"Malaysia sebuah negara Islam, masyarakat memang akan menentang golongan transgender dan ini hanya akan menjejaskan reputasi dan nama baik negara ini," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Mohd Khariri Mohamad Ramli atau Cikgu Erin menasihati golongan transgender agar kembali ke pangkal jalan. 
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan kerajaan Negeri Sembilan terhadap kebenaran kumpulan transgender lelaki Islam mengenakan pakaian perempuan di tempat awam.

Mengulas lanjut, Mohd Khariri yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Erin mendakwa dia mengenali beberapa individu yang mencabar keputusan mahkamah tersebut dan yakin ada di antara mereka enggan membayar denda hanya kerana dendam lama dan rasa amarah akibat ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ini.

"Sepatutnya ketika hukuman dijatuhkan, mereka perlu membayar denda. Tetapi mereka sengaja 'bermain api' dan ingin mencabar keputusan mahkamah.

"Bagi saya kes ini telah dimanipulasikan oleh mereka yang pernah ditahan akibat dendam lama. Tiada gunanya jika mereka masih lagi berkeras sebab ia tidak ke mana, lebih baik mereka bayar sahaja kompaun supaya kes ini tidak berlarutan," katanya.

Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan


Sementara itu, Juara Imam Muda Muhammad musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata gologan transgender berkenaan sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan hak pemerintah yang ingin melindungi hak masyarakat awam secara keseluruhannya.

"Mereka (golongan transgender) seharusnya mempunyai toleransi dan menghormati hak pemerintah (kerajaan), ini kerana kerajaan juga mempunyai hak untuk melindungi masyarakat awam daripada terpengaruh dengan budaya tidak sihat apabila golongan lelaki berpakaian seperti wanita di tempat awam.

"Masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak akan keliru. Menuntut hak asasi tidak boleh dijadikan alasan, kerana dalam Islam juga jelas mengenai etika berpakaian lelaki dan wanita," katanya.

Justeru, Muhammad Asyraf yang juga penceramah motivasi berkata golongan transgender tersebut tidak wajar menjadikan alasan 'naluri kewanitaan mereka terperangkap dalam tubuh badan lelaki' kerana hukum Islam mengenai lelaki dan wanita sangat jelas.

"Hukum Islam mengenai lelaki dan wanita sangat jelas, dalam seperti dalam solat dan soal pembahagian harta. Sebab itu Islam melarang lelaki berpakaian seperti wanita, jika dia khunsa (dua alat kelamin) sekalipun seseorang itu perlu melihat kecondongannya ke arah mana.

"Saya berharap golongan ini kembali pangkal jalan dan mempunyai sifat toleransi... tidak menuntut hak yang sememangnya tidak boleh diberikan kepada mereka," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa membenarkan permohonan rayuan kerajaan Negeri Sembilan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kebenaran transgender lelaki Islam mengenakan pakaian perempuan.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif ketika membuat keputusan membenarkan pihak perayu mengemukakan hanya satu persoalan undang-undang dalam rayuan kes berkenaan.

Persoalan yang perlu dihujah ialah sama ada Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bertentangan dengan  Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 66 memperuntukkan kesalahan seorang lelaki Islam berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat awam mengikut undang-undang Islam.

Sementara itu peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai ketua peguam mewakili Kerajaan Negeri Sembilan ketika ditemui di luar mahkmah berkata pihaknya diberi tempoh selama sebulan bagi tujuan pengurusan kes sebelum rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

AirAsia QZ8501: Punca Nahas Mungkin Disebabkan Masalah Komputer - Pakar

Posted: 27 Jan 2015 09:00 PM PST



 
 
 
SINGAPURA/PARIS: Dua pakar penerbangan berkata siasatan mengenai punca nahas melibatkan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 kini tertumpu kepada rekod penyelenggaraan bahagian utama sistem kawalan automatik, dan bagaimana juruterbang mengendalikan pesawat sekiranya ia gagal berfungsi.

Kebocoran sistem komputer berkembar pesawat (Flight Augmentation Computers (FAC) bukanlah punca utama yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas 28 Disember tahun lalu, kata pakar tersebut.

Bagaimanapun tanpa sistem berkenaan juruterbang terpaksa bergantung kepada kemahiran penerbangan secara manual yang selalulnya meregang ketika berlakunya kecemasan di udara secara tiba-tiba.

"Nampak seperti wujudnya masalah dengan FAC," kata seorang yang mahir dalam siasatan penerbangan.

Beliau berkata lebih banyak maklumat diperlukan daripada syarikat penerbangan dan syarikat pengeluar pesawat.

Indonesia sebelum ini dilaporkan berkata pesawat Airbus A-320 naik pada ketinggian lebih tinggi dengan kelajuan sederhana, sebelum enjin pesawat tiba-tiba mati hingga menyebabkan pesawat hilang kawalan dan terhempas ke Lautan Jawa menyebabkan semua 162 orang yang berada dalam pesawat terbunuh.

Seorang lagi pakar penyiasat berkata pihkanya kini sedang melihat bagaimana juruterbang berhadapan dengan perubahan kritikal yang berlaku hingga menyebabkan pesawat terhempas.

Tiada seorang pun pakar penyiasat yang mahu nama mereka didedahkan, hal ini kerana butiran mengenai siasatan merupakan maklumat sulit yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Tiada ulasan: