Isnin, 19 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO] Selepas P.Pinang, Selangor Pula Pertimbang Tawar Pekerjaan Untuk Mejar Zaidi

Posted: 19 Jan 2015 06:16 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Azmin: Selangor Sedia tawar pekerjaan Mejar Zaidi

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata demikian bagi mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menawarkan pekerjaan kepada Zaidi.

"Kita boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau," katanya dalam sidang media di SUK, hari ini.

Sementara itu bagi mengulas tindakan Mejar Zaidi yang berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin berkata beliau mengalu-alukan penyertaan Zaidi.

Katanya, adalah hak individu dalam sistem demokrasi untuk menyertai mana-mana parti.

"Saya percaya beliau mempunyai peranan untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

Mejar Zaidi sebelum ini diberhentikan kerja ekoran mempersoalkan keberkesanan sistem dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Beliau didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran. -selangorku


Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.

Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.

"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.

"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.

"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
-SH

Zaidi Pilih Pakatan Rakyat Jika Ceburi Bidang Politik

Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.

"Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat tetapi parti mana....biarlah menjadi rahsia," jelasnya kepada The Star melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Menjawab kepada laporan mengenai kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, Zaidi berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut.

"Saya akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu.

"Jika tawaran sesuai, saya akan menerimanya," kata Zaidi.

Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Buat masa sekarang saya mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku.

"Buku saya seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan saya ," jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji.

Pada Isnin lalu, Zaidi dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara.

Zaidi didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013.

Dan turut didakwa menyiarkan maklumat rasmi surat pemindahan tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.
-mstar

LIHAT VIDEO DI SINI
 

ULASAN GB

Demikianlah rahmat dan rezeki yang dilmpahkan olehNya kepada orang yang tetap berdiri di atas KEBENARAN.

Rezeki itu di tangan Allah s.w.t. bukan di tangan manusia, jauh sekali di tangan UMNO/BN.

Mereka yang ada kuasa kini boleh menggunakan kuasa mereka membuang kerja Mejar Zaidi, tetapi mereka itu sendiri tidak tahu bahawa Allah berhak pada satu hari nanti mencabut dan menarik rezeki daripada mereka yang zalim dan kejam itu.

Kita doakan agar Allah mempermudahkan kehidupan Mejar Zaidi dan keluarganya...

Mahkamah Persekutuan Putuskan Mahfuz Menang Saman Ke Atas NSTP

Posted: 19 Jan 2015 06:06 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Mahfuz menang saman akhbar RM150K

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Jumlah ganti rugi itu tidak termasuk faedah.

Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya.

Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah.

Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana ‎Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram. -mk


LAPORAN SEBELUM INI

Mahkamah Rayuan kekalkan ganti rugi RM150,000 kepada Mahfuz

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pembayaran ganti rugi RM150,000 kepada ketua penerangan PAS pusat Datuk Mahfuz Omar bersabit dengan artikel bersifat fitnah yang diterbitkan akhbar Berita Harian pada tahun 2000.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan artikel itu sebagai fitnah.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Hishamudin memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh New Straits Times selaku penerbit Berita Harian dan Ahmad tidak mempunyai merit.

Beliau juga mengarahkan mereka membayar kos guaman RM40,000 kepada Mahfuz.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Mahfuz memfailkan saman sivil terhadap NST dan Ahmad Rejal pada tahun 2002 berhubung artikel bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk" yang disiarkan di muka depan akhbar berkenaan pada 9 Nov, 2000.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena mendakwa bahawa artikel itu bersifat fitnah dan telah mencemarkan reputasinya.

Pada 19 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan saman sivil Mahfuz dan mengarahkan NST dan Ahmad Rejal membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mahfuz.

Mahfuz diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga anggota Parlimen Sepang sementara pihak perayu diwakili peguam Nad Segaram.
-BERNAMA May 21, 2014

Serangan Kepada Daim Lebih Merugikan Najib

Posted: 19 Jan 2015 06:03 AM PST

shahbudindotcom


Media arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya lebih menarik untuk dibaca.

Jika sebelum ini serangan terhadap Daim hanyalah mainan parti-parti pembangkang, kini media di bawah kawalan Najib serta beberapa pemimpin UMNO turut tumpang semangkuk dengannya.

Tidak cukup dengan ruang masa di saluran arus perdana, blog dan media sosial melakukannya , sebuah video klip berkaitan seks yang turut dikaitkan dengan Daim juga tersebar meluas sekarang ini.

Seorang pemimpin Selangor iaitu Ketua UMNO Bahagian Subang, Zein Isma Ismail berkata, jika Daim boleh menyerang Najib, maka bekas Menteri Kewangan itu haruslah juga bersedia menghadapi serangan balas daripada penyokong Perdana Menteri pula.

Inilah politik, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Barangkali media arus perdana dan blogger berbayar  juga mempunyai pemikiran yang sama iaitu jika Daim sudah menyerang, bersedialah pula untuk diserang.

Tentunya juga, niat dan firasat mereka ini, apabila serangan balas dilakukan secara meluas dan berterusan, ia akan menyebabkan Daim terdiam dan berhenti daripada menegur atau mengkritik Najib.

Soalnya, adakah Daim akan diam?

Sementara sudah memberi perakuan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kekayaan yang dimilikinya, mereka yang menyerang Daim seharusnya sedar bahawa teguran Daim ialah untuk kebaikan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Daim secara umumnya menegur kelemahan Najib dan kerajaan yang ada sekarang sehingga menyebabkan imejnya di mata rakyat makin merudum dan bukannya menegur perangai atau tindak-tanduk peribadi anak sulung Tun Razak itu.

Malangnya, pengagum dan pembodek Najib ini tidak sepatah pun menjawah teguran dan kritikan Daim itu, sebaliknya melancarkan serangan balas  dengan menggunakan isu yang sudah dimainkan pembangkang serta yang bersifat peribadi terhadapnya.

Serangan itu tidak lain hanyalah bertujuan mendiamkan Daim sambil berharap dapat menggembirakan Najib yang berjiwa bangsawan dan bukannya untuk memulihkan keyakinan rakyat. 

Tetapi bolehkah sokongan bertambah dengan menyerang Daim dan setelah Najib digembirakan? Bolehkah juga kemenangan diraih di Selangor apabila pemimpin negeri itu turut sama menembak Daim?

Yang bakal berhadapan dengan rakyat ialah Najib. Daim mengkritik dan menegur hanya bertujuan membetulkannya. Namun dengan teguran tidak dipeduli dan kesilapan tidak diperbaiki, malah menyerang balas pula terhadap Daim, yang lebih rugi ialah Najib sendiri.

Daim tetap Daim sebagaimana kehidupannya sekarang. Mungkin pengampu dan pembodek Najib gembira jika berjaya membuatkan SPRM menyiasat dan menyelongkar pejabat bekas Menteri Kewangan itu tetapi yang perlu disedari ialah Daim sudah pun terlebih kaya ketika dijemput menyertai kabinet pada 1984 dahulu. Beliau bukannya tiba-tiba kaya setelah ada jawatan dalam kerajaan sepertimana kebanyakan pemimpin UMNO sekarang.

Disiasat atau tidak oleh SPRM, Daim tiada perhitungan lagi dengan rakyat kerana beliau hanyalah orang pencen saja. Yang bakal dihitung oleh rakyat ialah Najib. Berbanding dengan Najib yang sedang tinggal di rumah kaca, lebih ramai akan tampil membaling batu kepadanya akibat tindakan pengampu dan pembodek ini.

Dinding kaca dan rumah Najib lebih mungkin rosak teruk di sebalik percubaan menyerang Daim itu.

Pakatan Rakyat yang mempunyai peluang terbaik dalam pilihanraya akan datang berikutan kepimpinan Najib yang terlalu lemah sudah tentu lebih gembira kerana peluru yang ditembak kepada Daim sejak sekian lama bukan saja membuatkan Najib tercedera sama, tetapi turut menjadikan rumahnya tidak lagi sekukuh mana untuk dipertahankan. 

Pakatan Rakyat menyerang Daim bukanlah sangat untuk menghantarnya ke penjara tetapi sebahagian daripada percubaan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Apabila pengampu dan pembodek Najib juga sudah berbuat perkara yang sama, yang berganda untungnya ialah PR. 

Dalam masa yang sama, yang rugi berganda juga ialah Najib

Kronologi Penjawat Awam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya Cedera Parah Dihentak Spanar!

Posted: 19 Jan 2015 05:54 AM PST




penjawat awam putrajaya



Kronologi Penjawat Awam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya Cedera Parah Dihentak Spanar! 

Nampaknya manusia semakin hilang kewarasan hari ini, sehinggakan akal diberikan tidak mampu menyambung sel-sel otak untuk sentiasa berhubung ketika melakukan sebarang tindakan sehingga akhirnya hilang pertimbangan. Inilah yang berlaku kepada salah seorang penjawat awam di Putrajaya dalam cubaan kena cabul oleh seorang juruterknik yang bertugas di bangunan Putrajaya.

Berita Semasa difahamkan penjawat awam wanita ini acapkali bekerja lebih masa (overtime) di pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya. tetapi tidak disangka terdapat kalangan yang menunggu masa dan ketika untuk melakukan jenayah terhadapnya.

KLIK SINI : Kes Khalwat "Peringkat Tertinggi" Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Berikan Mereka Peluang Kedua!!

 

Kronologi Penjawat Awam di Putrajaya Hampir Kena Rogol & Dicederakan?

  1. Juruteknik kontraktor di jabatan Putrajaya (suspek)
  2. Penjawat Awam wanita berumur 30 tahun (mangsa)
  • 7 malam : Pejabat penjawat awam wanita itu (mangsa) telah dipadamkan seperti biasa
  • Penjawat Awam wanita ini mula menghubungi bilik kawalan bangunan supaya lampu di arasnya dibuka semula bagi meneruskan kerja yang ingin disiapkan
  • Suspek jawab and beritahu kepada mangsa lampu hanya boleh di'on'kan secara manual di pejabat mangsa dan apabila sampai di tingkat 24 tempat di mana mangsa bekerja, suspek minta bukakan pintu dek kerana kad milik suspek tidak boleh akses ke pejabat mangsa
  • Dalam gelap-gelap suspek telah serang mangsa untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa
  • Penjawat awam tersebut melawan suspek sehingga suspek bertindak nekad untuk memukul bahagian kepala dan muka suspek dengan menggunakan sebatang spanar
  • Penjawat awam wanita yang berumur sekitar 20 tahun ini cedera parah di bahagian hidung, kepala dan muka
  • Kemudian, dalam keadaan panik suspek turun menggunakan tangga dan lari ke kafe untuk menenangkan dirinya
  • Penjawat awam wanita yang cedera parah itu terus berlari turun menggunakan lif ke kafe Putrajaya untuk memohon bantuan
  • Suspek sempat bertindak untuk menahan lif mangsa di tingkat 21 tetapi tidak berjaya apabila lif mangsa terus laju untuk turun ke bawah
  • Apabila mangsa sampai di kafe, suspek didakwa "pura-pura terkejut" dengan keadaan yang dialami mangsa dengan mengeluarkan perkataan "kenapa ni?"
  • Tetapi mangsa tetap mengenali dan dapat mengecam suara suspek yang merupakan seorang juruteknik kontraktor di sebuah Jabatan di Purajaya berumur sekitar 30 tahun
  • Ditambah pula, masih ada lagi bukti percikan darah mangsa di baju dan cermin matanya lagi
P/S : "Men are afraid that women will laugh at them".Women are afraid that men will kill them"

PP/S : Kepada wanita di luar sana, berhati-hati. Jikalau boleh jauhkan diri anda daripada sebarang potensi dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah terhadap anda. Insyaallah.

Umno giat daftar pengundi

Posted: 19 Jan 2015 05:47 AM PST

SINAR HARIAN

Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian
 
 
SHAH ALAM - Umno kini giat menjalankan proses mendaftar mereka yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 
 
Beliau berkata semua peringkat pimpinan perlu menggembleng tenaga menambah jumlah pengundi sedia ada bagi meningkatkan kekuatan parti itu.
 
"Kami sedang memperkasa parti dengan mendaftar anggota Umno sebagai pengundi mengikut peraturan sedia ada. Kami tak mahu (adanya tohmahan) pengundi hantu dan sebagainya nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen daftar pemilih dan keanggotaan Umno peringkat Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.
 
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Umno kini juga dalam proses 'memutihkan' sebanyak 200,000 anggota Umno yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
 
Pemutihan itu adalah berikutan anggota Umno yang berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain, katanya. - Bernama

Kes Daim: SPRM Jumpa Anwar

Posted: 19 Jan 2015 05:22 AM PST


Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


Daim Zainuddin
 
 
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Malah, SPRM juga akan membuka kertas siasatan mengenai dakwaan penyalagunaan kuasa oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu sudah merakamkan keterangan Daim berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut.

Malah, SPRM akan meminta Anwar untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Kami akan bertemu (Anwar) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

"Kami juga menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk tampil," kata Mohd Shukri dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kenyataan yang diberikan oleh Daim, Anwar dan mana-mana individu lain akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan seterusnya kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

"Semua siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

Mohd Shukri menjelaskan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat Daim pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kes berkenaan pada masa itu membuat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Sabitan buka seribu persoalan, kata peguam Sirul

Posted: 19 Jan 2015 03:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sabitan kesalahan terhadap bekas polis elit  Sirul Azhar Umar "membuka seribu persoalan" berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

Walaupun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, Kamarul membangkitkan masalah berhubung motif pembunuhan itu.

"Motifnya tidak dikenal pasti terhadap anak guam sama (sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan," katanya ketika ditemui hari ini.

Perkara itu, katanya antara perkara yang dibahaskan orang ramai.

Kamarul (kiri), salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis politik Abdul Razak Bagind, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah Hadri.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" untuk "melindungi rancangan mereka".

Kamarul kemudian mencadangkan bahawa anak guamnya diperangkap dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia itu.

PKR ingatkan hutang negara sudah RM569 bilion

Posted: 19 Jan 2015 03:55 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak terus meminjam untuk menangani kurangan besar dalam Belanjawan 2015 kerana ia akan membebankan negara.

Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kurangan yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak dunia, masalah ringgit melemah dan perbelanjaan menangani banjir, boleh mencecah sehingga RM25 bilion (9.2 peratus) daripada keseluruhan belanjawan.

"Kami gesa perdana menteri untuk berterus terang berhubung jumlah kurangan belanjawan dalam taklimat khas esok.

"Bawah keadaan ekonomi menekan, kerajaan mempunyai dua kaedah untuk menyelesaikan masalah belanjawan: potong perbelanjaan atau mengambil pinjaman tambahan.

"PKR ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengambil pinjaman tambahan," kata Sim yang juga pengarah strategi PKR.

Sim mengingatkan bahawa pentadbiran Najib sudah menyaksikan hutang tertinggi sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Jika mengambil kira liabiliti luar jangka, ia sudah mencecah 70 peratus daripada KDNK," kata Sim.

Karangkraf sasar 500 rumah ngaji di Kelantan

Posted: 19 Jan 2015 03:26 AM PST


Hussamuddin (kanan) ketika menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian hari ini. FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH Hussamuddin (kanan) ketika menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian hari ini. FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
KOTA BHARU - Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) sasar untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.

"Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Kita percaya matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian, hari ini.

Beliau turut menggesa agar fahaman politik diketepikan dalam kempen ini bagi melancarkan usaha murni ini.

"Ketepikan fahaman politik dalam kempen ini sebab kita nak bantu orang Islam pandai mengaji dan dapat mengaplikasikan apa yang dibaca dalam Al-Quran dalam kehidupan,"katanya.

Pengimport tarik balik epal Granny Smith, Gala

Posted: 19 Jan 2015 03:24 AM PST

SINAR HARIAN

Granny Smith Granny Smith
 
 
KOTA BHARU - Pengimport epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat sedang menarik balik kesemua buah-buahan itu daripada pasaran tempatan. 
   
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, rakyat tidak perlu bimbang membeli epal jenis lain yang dijual di pasaran negara ini, selepas dakwaan terdapat bakteria jenis 'Listeria Monocytegenes' pada kedua-dua jenis epal tersebut.
 
"Syarikat berkenaan sedang menguruskan proses mengambil semula kedua-dua jenis epal itu di seluruh negara dan jika terdapat peniaga masih menjualnya, (orang ramai) boleh membuat laporan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah dan Organ Perdana Pasca Banjir di Politeknik Kota Bharu, hari ini.
    
Beliau berkata Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang giat menjalankan operasi pemantauan di seluruh negara berhubung perkara berkenaan.
    
Semalam, Kementerian Kesihatan menyita 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith yang diimport dari Amerika Syarikat bernilai RM82,000 dalam pemeriksaan di Kuching dan Sibu, Sarawak selepas dikhuatiri dicemari bakteria yang boleh menyebabkan kematian.    
 
Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam serta kekejangan pada leher dan orang ramai dinasihatkan tidak panik kerana hanya dua jenis epal tersebut disahkan tercemar manakala epal lain masih selamat dimakan.
 
Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata, kesedaran rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penderma organ masih rendah berbanding keperluan semasa yang jauh lebih tinggi.
    
"Sejak diperkenalkan pada 1975, kita hanya mampu mengumpulkan sejumlah 500 penderma sedangkan terdapat 18,322 penerima organ yang sedang dalam senarai menunggu," katanya.
    
Beliau berkata, kesedaran yang masih rendah itu disebabkan persepsi dan pandangan orang ramai yang belum jelas berhubung pendermaan organ.
    
Sementara itu, beliau berkata, sehingga 11 Januari lepas, Pusat Darah Negara menghantar 430 unit darah merah dan lapan platelet 'apheresis' ke Kelantan, 250 unit darah merah dan 60 platelet jenis sama ke Terengganu, manakala 200 unit darah merah ke Pahang.
 
"Kita memerlukan antara 1,800 dan 2,000 penderma darah sehari bagi memenuhi keperluan pesakit seluruh negara," katanya.
    
Program yang diadakan selama tiga hari di Politeknik Kota Bharu itu dijangka mengumpul kira-kira 1,500 unit darah dengan pembabitan penuntut institusi berkenaan selain beberapa kolej komuniti lain di Kelantan. - Bernama

Banjir di Sarawak bertambah buruk

Posted: 19 Jan 2015 03:22 AM PST

SINAR HARIAN

Orang ramai berebut mengambil makanan yang disediakan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan St Peter berhampiran Kampung Simpok, Padawan kira-kira 30 kilometer dari Kuching, hari ini. - Foto Bernama Orang ramai berebut mengambil makanan yang disediakan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan St Peter berhampiran Kampung Simpok, Padawan kira-kira 30 kilometer 


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Sarawak bertambah buruk pada petang ini apabila jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 3,892 orang berbanding 3,458 orang tengah hari tadi.
  
Bagaimanapun mangsa banjir di Kelantan dan Perak masing-masing kekal dengan 354 orang daripada 74 keluarga dan 80 orang daripada 21 keluarga.

Di SARAWAK, dua lagi pusat pemindahan dibuka pada petang ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 26 pusat pemindahan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata mangsa yang berada di pusat pemindahan di daerah bahagian Kuching kini berjumlah 2,119 orang, Samarahan (717), Mukah (519) dan Limbang (537) setakat 6 petang.

Katanya jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.
  
Sementara itu, di KELANTAN, sehingga kini kesemua 354 mangsa masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Kuala Krai berikutan rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir berlaku Disember lepas.

Di PERAK, jurucakap MKN Perak pula berkata jumlah mangsa di Perak Tengah ada sebanyak 46 orang daripada 11 keluarga manakala di Hulu Perak sebanyak 34 mangsa daripada 10 keluarga. - Bernama

Tiada ulasan: