Ahad, 11 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop

Posted: 11 Jan 2015 02:33 AM PST

KELAB GREENBOC





Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let's Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.

Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.

Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia?

Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula kata ngo-ngo Islam seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka?



LIHAT VIDEO DI SINI

Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral

Posted: 11 Jan 2015 02:18 AM PST


Video gadis Melayu 'dipeluk' Kpop jadi viral Video gadis Melayu 'dipeluk' Kpop jadi viral
 
 
KEDATANGAN kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di Kuala Lumpur semalam ternyata 'mengejutkan' banyak pihak.

Apa tidaknya video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis Kpop berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut ternyata mengundang kritikikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan 'adegan' tersebut.

Kumpulan Kpop tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur semalam, konsert tersebut dianjurkan oleh Acer.

Kamal Adli: Jangan kaitkan saya lagi!

Posted: 11 Jan 2015 02:13 AM PST


Kamal Adli Kamal Adli


SEJAK minggu lalu, berita mengenai perpisahan pasangan selebriti, Zizan Razak dan Emma Maembong, mula diperkatakan sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Walaupun masing-masing tidak memberitahu bahawa puncanya adalah 'orang ketiga', namun pelakon drama aksi, Antidot, Kamal Adli, turut diheret sama dalam konflik ini.

Malah, ada yang memperkatakan, Kamal adalah punca keretakan hubungan pasangan berkenaan apatah lagi gosip mengenai Kamal dan Emma mula tersebar sejak penghujung tahun lalu.

"Kenapa nak kaitkan saya dalam hal ini? Saya langsung tidak terlibat dalam perpisahan mereka! Saya sendiri tak faham kenapa saya yang dikaitkan dengan mereka. Padahal saya tak pernah pula keluar bersama Emma berdua-duaan sebelum ini.

"Pada tahun lalu, saya dikatakan telah mengambil Emma di lapangan terbang ketika dia pulang daripada Bangkok. Mana ada! Kalau ada bukti, sila kemukakan atau boleh sahaja periksa di Rakaman Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

"Saya tak pernah cuba nak dekati Emma kerana Zizan pun kawan saya juga," katanya yang agak tertekan dengan tuduhan sedemikian.

Tambah Kamal, dia meminta agar masyarakat jangan cepat melatah dengan penyebaran gosip seperti ini yang boleh menjejaskan namanya.

"Selepas saya putus cinta, saya tak ada pula dekati mana-mana perempuan. Saya masih solo sehingga kini dan malas nak fikir pasal pasangan lagi buat masa ini.

"Bila dikaitkan dalam kontroversi ini, orang akan nampak saya yang jahat. Memang saya tertekan namun, Emma awal-awal lagi hubungi saya menerusi aplikasi, WhatsApp, dan memohon maaf," katanya yang sebelum ini digandingkan bersama dengan Emma menerusi
drama, Syurga Tanpa Cinta.

Walaupun pernah bergandingan bersama Emma menerusi drama itu, namun Kamal memberitahu, hubungan mereka hanya ketika berada di set sahaja.

"Dalam drama itu, Emma adalah isteri saya. Namun, di luar set, kami tidak pernah pula menghubungi antara satu sama lain. Tak pernah pula terfikir nak bawa Emma keluar tanpa pengetahuan Zizan," tegasnya.

Banjir: Isyarat daripada ALLAH SWT

Posted: 11 Jan 2015 02:10 AM PST


Wan Azhar  
Wan Azhar


KUALA TERENGGANU – Fenomena banjir yang berlaku sejak lima tahun belakangan ini dianggap luar biasa dan isyarat tertentu daripada ALLAH SWT kepada manusia.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, walaupun musibah besar berlaku baru-baru ini, namun ada dalam kalangan kita tidak mengambil perhatian serius.

Menurutnya, masih ada yang tidak mengambil pengajaran terhadap musibah yang berlaku dan masih lagi leka.

"Ada seorang yang berumur 100 tahun lebih ketika ditanya mengenai banjir terburuk yang melanda Kelantan baru-baru ini memberitahu tidak pernah dalam hidupnya berjumpa dengan banjir sebesar itu.

"Jadi, kalau difikirkan, apakah yang hendak diberikan ALLAH?" katanya.

Bagaimanapun, Wan Azhar memuji kesedaran masyarakat untuk bersama menangani isu banjir dengan membantu meringankan beban mangsa tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Beliau merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Besut berkata, keadaan positif itu mampu mewujudkan suasana lebih harmoni kerana bantuan diberi tanpa mengambil kira aspek tersebut yang boleh mewujudkan jurang antara satu sama lain.

Dalam perkembangan lain, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Terengganu berhubung dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesusahan yang melanda mangsa banjir.

Jelasnya, sikap tidak bertanggungjawab itu memperlihatkan bagaimana pihak terbabit mengumpul dana tetapi tidak mengagihkan sumbangan kepada mereka dengan sepatutnya.

"Sepatutnya kita meletakkan perkara itu kepada diri kita sendiri. Apakah kita sanggup orang lain melakukan perkara sama jika kita ditimpa kesusahan seperti itu," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu pihaknya di peringkat Pas Kawasan Besut tidak putus-putus memberikan bantuan kepada mangsa banjir terutama di sekitar Hulu Besut, Kuala Besut dan Jertih.

Pihaknya juga baru sahaja selesai menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 200 pelajar yang merupakan mangsa banjir melalui program Back to School yang diadakan semalam.

"Di peringkat kawasan, kita jaga keperluan mangsa banjir. Untuk Kelantan, jentera kita turun hampir setiap hari dan membantu 500 keluarga di Dabong serta menghantar bantuan makanan selain barang lain.

"Bagi mereka yang terdesak untuk memiliki rumah misalnya kes di Kampung Harapan apabila rumah dihanyutkan air, kita sedang tengok mekanisme untuk meringankan beban mereka," katanya.

Agensi perisikan AS dalang serangan?

Posted: 11 Jan 2015 02:08 AM PST

SINAR HARIAN

Charlie Hebdo
 
 
MOSCOW - RUSIA. Seorang penganalisis politik mendakwa serangan Charlie Hebdo sebenarnya didalangi agensi perisikan Amerika Syarikat (AS)menerusi satu segmen khas disiarkan saluran berita televisyen Rusia.

Alexei Martynov memaklumkan risikan AS melancarkan serangan itu bagi mensabotaj usaha global untuk menentang keganasan Islam, selain memberi tekanan kepada Presiden Perancis, Francois Hollande dalam mengekalkan sekatan ekonomi terhadap Rusia.

"AS berusaha meningkatkan kebimbangan Eropah terhadap keganasan supaya pemimpin rantau itu sentiasa meletakkan kebergantungan mereka kepada AS, sekali gus mengukuhkan penguasaan Washington di Barat.

"Tindakan itu jelas ditujukan kepada Rusia dan ia bertujuan menghalang negara Eropah daripada menolak pengaruh AS dan menjadi sekutu Rusia," katanya.

Kebelakangan ini, media Rusia sering menulis tentang teori konspirasi AS dan menuduh negara itu merancang untuk merampas Siberia dari Rusia serta sengaja menembak jatuh pesawat MAS, MH17 dengan tujuan memalukan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Teori tersebut cenderung menekankan kebenaran dari Rusia manakala AS pula sengaja  memburukkan imej negara Barat.

Apa yang dilakukan AS dilihat mungkin sengaja ingin meningkatkan Islamophobia di negara Barat dan memecahbelahkan penduduk dunia. - VOX

Tuduhan Jakim Promosi Ekstremisme Tak Bertanggungjawab - Jamil Khir

Posted: 11 Jan 2015 01:59 AM PST

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Jamil Khir Baharom.
 
 
PETALING JAYA: Dakwaan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ektremisme pada setiap Jumaat disifatkan sebagai pelakuan tidak bertanggungjawab yang serius, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menerusi kenyataanya pada Sabtu, beliau berkata, tuduhan berkenaan bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini.

Jelasnya, kenyataan itu boleh ditafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat.
"Saya ingin menjelaskan bahawa Islam menjadikan khutbah Jumaat sebagai rukun dalam solat Jumaat. Ia tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam apa jua bentuk.

"Sebaliknya, ia menyeru, mengajak serta menasihatkan orang ramai ke arah kebaikan serta mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

"Khutbah Jumaat juga termasuk dalam aktiviti dakwah secara lisan yang berunsur pendidikan dengan maksud memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan serta diambil kesempatan juga bagi menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa hanya sesama orang Islam.

"Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan sebagai ekstrem?," jelaskan bagi menepis dakwaan itu.

Eric menerusi catatannya di laman sosial Twitter berkata: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia."

Jamil Khir berkata, bagi mengelak matlamat itu tersasar daripada objektif khutbah Jumaat yang sebenar, maka ia telah diseragamkan dengan penerbitan teks.

Tambahnya, Jakim berperanan untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain yang juga mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri.

"Oleh kerana kenyataan beliau ini boleh dianggap sebagai dakwaan yang sengaja mencetuskan sensitiviti umat Islam tanpa sebarang asas, saya telah meminta Jakim membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Saya mahu mengingatkan orang ramai supaya berhenti daripada mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat," katanya.

Pasangan Penjenayah Paris Tak Pernah Ke Malaysia - KPN

Posted: 11 Jan 2015 01:57 AM PST

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Khalid Abu Bakar.
 
 
 
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan penjenayah yang melakukan serangan di Paris, Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Boumeddiene tidak pernah berkunjung ke Malaysia.

"Semakan @PDRMsia (akaun twitter Polis Diraja Malaysia), Amedy Coulibaly dan isterinya Hayat Baumeddiene tidak dikesan pernah masuk ke Malaysia," katanya di Twitter.

Beberapa minit selepas itu, Khalid sekali lagi menulis di Twitternya: "Serangan Paris – Pemeriksaan oleh @PDRMsia memutuskan Amedy dan isterinya Hayat tidak pernah memasuki Malaysia."

Media asing menyiarkan laporan mendakwa pasangan itu pernah berkunjung ke Malaysia.




Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh kunjungan mereka, tetapi memetik sumber yang memaklumkan kedua-duanya pernah bercuti di negara ini.

Coulibaly ditembak mati selepas menyerang pasar raya di timur laut Paris pada Jumaat.

Penjenayah itu mendesak pembebasan dua bersaudara, Cheris, 32 dan Said Kouachi, 34 yang terbabit menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo dan membunuh 12 orang pada Rabu. Bagaimanapun, kedua-duanya ditembak mati di Dammartin-en-Goele.

Setakat ini, Boumeddiene dipercayai masih bebas selepas melarikan diri dari pasar raya dan kini menjadi penjenayah wanita paling dikehendaki di Perancis kerana bersenjata dan berbahaya.

Kedai Jual Cenderamata Militan IS Ditutup Untuk 'Ubah Suai'

Posted: 11 Jan 2015 01:45 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Papan tanda kedai telah tersebut ditanggalkan.
 
 
 
PETALING JAYA: Sebuah kedai di Bandar Baru Bangi yang menjadi perhatian apabila menjual barangan cendermata'pengganas' kini ditutup untuk pengubahsuaian.

Tinjauan The Star mendapat papan kedai tersebut turut ditanggalkan.

Penemuan sebuah kedai yang dipenuhi barangan militan seperti bendera, kemeja-t dan topi selain pakaian yang bercetak perkataan seperti 'Mujahideen Cyberspace' dan simbol kumpulan militan khususnya Negara Islam (IS) dan Taliban menggemparkan negara pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pemeriksaan latar belakang secara intensif terhadap akan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pemilik dan keluarganya yang berasal dari Paparanau di Sabah ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas termasuk Darul Islam Sabah.

Perniagaan yang diusaha bersama keluarga itu yang beroperasi sejak tiga bulan lalu dipercayai dikendalikan oleh seorang lelaki dengan singkatan nama MH.

"Walaupun keluarga tersebut tidak membiayai mana-mana kumpulan pengganas, menjual barangan tersebut boleh mewujudkan penyokong kumpulan itu di Malaysia dan itu sebenarnya yang kami tidak inginkan berlaku.  

"Kami sedang melakukan sesuatu mengenainya. Namun, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana takut menjejaskan siasatan kami," katanya ketika dihubungi.

Antara barangan militan IS yang dijual di kedai tersebut.


Menerusi pemeriksaan di media sosial, laman Facebook kedai tersebut turut mendapat kira-kira 1,500 'likes'.

Ia kali terakhir dikemaskini pada pukul 9.49 malam Jumaat dengan entri terdapat stok baharu selendang dan pakaian muslimah di kedai tersebut.

Noor Rashid menyifatkan kes tersebut sebagai amat serius sambil menegaskan polis akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelesaikannya.

Beliau turut menfaikan cakap-cakap bahawa polis terlambat dalam mengambil tindakan terhadap kes itu.

"Kami faham orang ramai mahu tindakan segera diambil tetapi kita tidak boleh bertindak terburu-buru dan membuat kesilapan semasa menjalankan tugas kita.

"Kita tidak boleh hanya serbu masuk, rampas barangan tersebut dan menahan pemiliknya. Kita perlu memastikan sama ada ia perniagaan yang sah atau mereka membiayai mana-mana kumpulan militan.

"Buat masa ini, tolong jangan buat spekulasi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Tiada Kotak Hitam Di Dalam Ekor Pesawat QZ8501

Posted: 11 Jan 2015 01:36 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditarik oleh kapal Crest Onyx.
 
 
 
JAKARTA: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa berjaya dibawa naik ke permukaan laut dengan menggunakan beg pelampung tetapi malangnya tiada kotak hitam ditemui didalamnya, kata pihak berkuasa Indonesia.

Pesawat Airbus yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terhempas berikutan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura pada 28 Disember lalu.

Kesemua penumpang dilaporkan maut.

Bahagian ekor pesawat, lokasi penyimpanan kotak hitam pesawat itu ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Ia berjaya dibawa naik ke permukaan laut menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung dan ditarik oleh kapal Crest Onyx.

Keadaan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang berjaya dibawa naik ke atas kapal. 

"Kami berjaya membawa naik ekor pesawat itu ke atas kapal. Ia berwarna merah dan putih dan sebahagian besar logo AirAsia jelas kelihatan," kata seorang jurucakap Tentera Laut Indonesia, Manahan Simorangkir.

Ekor pesawat itu adalah serpihan besar pesawat yang ditemui dan dipercayai boleh merungkai misteri kemalangan pesawat tersebut.

Namun, menurut Pengarah Operasi Basarnas, Marsma SB Supriyadi, kotak hitam, yang merakamkan segala perbualan juruterbang di dalam kokpit mungkin tertanggal daripada ekor pesawat tersebut.

Isyarat ping yang dipercayai dihantar oleh kotak hitam pesawat tersebut pada Jumaat menguatkan lagi harapan ia akan ditemui bersama ekor pesawat tersebut.

Namun, misi pencarian agak mengecewakan apabila pihak berkuasa menyedari isyarat ping itu datang dari arah lain dan bukannya di dalam ekor pesawat tersebut.

Kotak hitam itu dipercayai terbenam jauh di dasar laut yang berselut.

Hishammuddin tidak harus cetus prasangka

Posted: 11 Jan 2015 01:32 AM PST

Apakah kemungkinan serangan yang sama berlaku di Malaysia disebabkan hubungan rapat Putrajaya dengan Washington.


datuk-seri-hishamuddin


PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dibidas berikutan kenyataan yang menyamakan keadaan di Perancis sama dengan situasi di Malaysia yang didakwa berdepan serangan golongan pelampau berkaitan dengan Islam.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan sebagai seorang yang berhemah Menteri Pertahanan itu tidak akan mendakwa serangan ke atas Charlie Hebdo akan berlaku di Malaysia kerana kenyataannya menimbulkan pertanyaan di kalangan orang Islam "apakah di Malaysia juga ada akhbar yang memprovokasikan orang Islam dengan siaran gambar kartun Nabi Muhammad."

Entri terbaru dalam blog beliau, zamkata.blogspot.com yang ditulis oleh Tan Melaka menimbulkan persoalan, apakah kemungkinan serangan yang sama berlaku di Malaysia disebabkan hubungan rapat Putrajaya dengan Washington yang menyebabkan Malaysia dilihat rakan sekongkol kepada Amerika Syarikat.

"Saya rasa kenyataan Hishammuddin itu tidak kena masanya. Kita tidak harus menimbulkan prasangka bahawa kita berada dalam keadaan yang semasa dengan France yang medianya bersikap Islamic phobia, biadap dan sering memprovokasi orang Islam dengan pelbagai penghinaan dan sindiran sejak sekian lama," jelas Tan Melaka dalam entri berjudul Kenyataan Menteri Pertahanan yang tidak berhemah.

Tan Melaka juga mengaitkan situasi semasa negara bahawa serangan serupa boleh berlaku dengan menyoal: "Adakah kita juga merasa terancam oleh pelampau Islam kerana telah mempunyai kumpulan orang Islam yang memprovokasikan orang Islam sendiri untuk meluaskan amalan demokrasi Barat, kebebasan dan liberalisme dengan menentang martabat dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negara?"

Penulis tersebut juga melontarkan pertanyaan apakah serangan serupa dibimbangi berlaku kerana ada hubung kaitnya dengan perbuatan kumpulan 25 Melayu yang terus dibiarkan walaupun mencabar undang-undang Islam.

Sehubungan itu, tegasnya, "Ini semua mesti dijawab oleh Hishammuddin yang membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu di kalangan rakyat negara ini."

Terdahulu Hishammuddin dilaporkan berkata, serangan pengganas di Paris yang mengorbankan 12 orang mungkin juga boleh berlaku di Malaysia.

"Saya pulang dari Paris dan London bulan lalu, dan saya telah mengadakan perbincangan dengan agensi perisikan mereka, (dan) apa yang berlaku bukan sesuatu yang tidak dijangka.

"Jangan pandang ringan bahawa apa yang berlaku di negara itu (Paris) tidak mustahil boleh berlaku dekat kita di sini," katanya.

Hadi Awang akan ganti Nik Aziz?

Posted: 11 Jan 2015 01:30 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY
 
Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia.


nik aziz hadi awang


ALOR SETAR: Bekas Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang uzur sebagai Mursyidul Am PAS.

Katanya, Abdul Hadi tidak sepatutnya menyandang jawatan Presiden PAS yang lebih rendah berbanding keanggotaannya dalam Majlis Syura Ulama, iaitu badan tertinggi parti dan mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini.

"Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur. Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas," katanya, lapor Sinar Harian.

Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.

Selain Abdul Hadi, nama lain yang dicadangkan untuk tidak dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut disenaraikan.

Zulhazmi berkata, kesemua yang disenaraikan itu memegang jawatan dalam institusi paling tinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan mereka tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan lain di peringkat lebih rendah.

"Majlis Syura adalah institusi tertinggi berperanan memantau Pas supaya tidak tergelincir dari landasan perjuangan serta dasar parti iaitu Islam. Ia juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib ahli parti," katanya.

Dr Halim Shafie kembali terajui SKMM

Posted: 11 Jan 2015 01:27 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY
 
Pelantikan ini menutup prejudis pihak tertentu yang mendakwa boneka UMNO akan dilantik.


Datuk Halim Shafie Chairman T.M


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir enam tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.

Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama enam tahun.

"Saya dengan penuh gembira mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Halim Shafie telah bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery kepada Bernama.

"Tempoh khidmat beliau adalah selama dua tahun dengan saya telah memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi."

"Dr Halim, antara lain, akan memberi tumpuan terhadap usaha bagi memisahkan antara peranan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi SKMM. Saya rasa ini penting bagi SKMM untuk memastikan wujudnya kesinambungan serta keseimbangan kuasa dalam organisasi itu," kata beliau.

Ahmad Shabery berkata Dr Halim dijangka melakukan semakan semula terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mewujudkan ruang siber yang sihat.

"Apa yang berlaku semasa banjir di Pantai Timur tahun lepas perlu dicegah daripada berulang. Walaupun undang-undang tidak mungkin dapat mencegahnya seratus peratus, tetapi kami berharap orang ramai akan berfikir dengan teliti sebelum berkongsi sesuatu maklumat yang belum disahkan," katanya.

Dalam keadaan krisis, tingkah laku tidak bertanggungjawab seperti itu mungkin boleh mencetuskan keadaan kelam kabut dan menyebabkan kerja memberi bantuan menjadi bertambah sukar, katanya.

Dr Halim, yang juga Pengerusi Universiti Multimedia, mempunyai kedudukan yang amat baik bagi membantu Ahmad Shabery merealisasikan agendanya untuk negara.

Ahmad Shabery berkata: "Tahun ini, fokus akan diberi terhadap semua aspek pendigitalan negara ini.
Saya amat berminat untuk melaksanakan suatu inisiatif digital, yang akan meliputi infrastruktur perkakasan dan perisian."

11 sempadan baru boleh digunakan pada PRN

Posted: 11 Jan 2015 01:24 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Laporan akhir bagi syor kajian semula persempadanan di Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof


KUALA LUMPUR: Sebelas bahagian baharu yang diwujudkan dalam persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka dapat digunakan pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, laporan akhir bagi syor kajian semula persempadanan itu dijangka dapat disiapkan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini jika pihaknya tidak menerima sebarang bantahan.

"Setakat ini SPR belum menerima sebarang bantahan atau cadangan daripada mana-mana pihak yang layak membuat bantahan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya, lapor Bernama.

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Jan lepas hingga 4 Feb ini di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, DUN Sarawak yang kini hanya 71 kerusi akan bertambah menjadi 82.

Sebelas bahagian baharu pilihan raya negeri yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Pada satu sesi khas bersama media Jun lepas sempena 100 hari pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal atau menunggu sehingga mandat DUN berakhir pada Jun 2016.

Abdul Aziz berkata jika terdapat bantahan, SPR akan menyemak semua bantahan yang diterima daripada pihak-pihak yang dibenarkan sahaja.

Selepas selesai semua proses semakan bantahan, syor itu akan dipamerkan sekali lagi, katanya sambil menyuarakan keyakinan bahawa persempadanan semula itu dapat digunakan untuk pilihan raya negeri Sarawak.

Pihak-pihak yang dibenarkan membuat bantahan ialah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu, dan sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.

Menyentuh pewartaan Notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN Sabah dan Semenanjung Malaysia, Abdul Aziz berkata ia masih belum ditetapkan.

"Kita masih menunggu keadaan banjir pulih sepenuhnya kerana keadaan sekarang masih belum sesuai," katanya.

Pewartaan tersebut yang pada awalnya dirancang untuk diwartakan Disember lepas terpaksa ditunda berikutan banjir yang melanda beberapa negeri.

Kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003.

Melaka bakal jadi negeri pengeluar kapal terbang laut

Posted: 10 Jan 2015 04:10 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Sebuah kapal terbang laut jenis Grumman. Ketua Menteri Melaka berkata negeri itu bakal menjadi pengeluar kenderaan itu. – Gambar ihsan Wikipedia.Sebuah kapal terbang laut jenis Grumman. Ketua Menteri Melaka berkata negeri itu bakal menjadi pengeluar kenderaan itu. – Gambar ihsan Wikipedia. 


Melaka bakal menjadi negeri pengeluar kapal terbang laut pelbagai guna menjelang 2017, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pembinaan kapal terbang laut itu dengan teknologi Korea Selatan akan menjadi antara industri pilihan bukan sahaja di peringkat serantau tetapi di seluruh dunia yang dapat menarik lebih banyak pelabur.

"Pesawat ini sesuai digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat di air dan kegunaan pasukan keselamatan.

"Selain itu, kita lihat ia juga sesuai digunakan untuk tujuan pelancongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Unit Percubaan Kapal Terbang Laut Jebat M727 di Marina Awam di Taman Kota Laksamana, Melaka hari ini. Beliau berkata kapal terbang laut yang dikeluarkan oleh syarikat Aron Rinani Sdn Bhd mampu berada di udara sehingga pada paras ketinggian 150m dan terbang sejauh 800km dengan tangki penuh.

Presiden Aron Rinani, Noor Azerai Ahmad berkata setakat ini, lebih 100 unit kapal terbang laut ditempah oleh beberapa negara luar dan tempahan pertama pesawat itu dengan kos US$1 juta (RM3.55 juta) sebuah, dijangka siap Jun ini.

Bagaimanapun, katanya kapasiti kilangnya di Masjid Tanah, Alor Gajah hanya dapat membina tujuh unit pesawat setahun.

"Kilang baharu akan dibina di Teluk Gong, Alor Gajah pada Februari ini dan selepas siap kelak, ia mampu mengeluarkan 50 unit kapal terbang laut setahun," katanya. – Bernama, -

Bukan Beraja Dihati Bersultan Di Mata

Posted: 10 Jan 2015 03:58 PM PST




Oleh Abu Hassan Adam


Melihatkan beberapa perkembangan yang berlaku di Malaysia kini menampakkan seolah-olah terdapat pihak-pihak tertentu yang seolah-olah tidak mempedulikan kewujudan Perlembagaan Malaysia yang merupakan dokumen penting yang sepatutnya menjadi garis panduan kepada rakyat Malaysia, samada kepimpinan atau rakyat jelata.

Yang menyedihkan ialah perlembagaan semacam diketepi dan tidak dipedulikan. melanggar peraturan di negara ini seolah-olah sudah merupakan satu kebanggan bagi setengah rakyat Malaysia. Dalam hal mematuhi peraturan jalan raya pun rakyat Malaysia 'berlumba-lumba' untuk menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Dalam hal sekecil mematuhi lampu isyarat jalan raya pun, ramai yang cuba untuk tidak mematuhinya. Dan bagi yang mematuhinya pula ramai yang merasakan bahawa mereka terpaksa patuh disebabkan oleh takut kepada diambil tindakan oleh Polis.
Yang menghairankan aku ialah mengapa di negara-negara maju seperti USA, United Kingdom atau di negara-negara Eropah lain mematuhi undang-undang yang ditetapkan? Sehingga kini disetengah tempat di Palo Alto, California (Stanford University) masih lagi tidak menggunakan lampu isyarat di jalan raya mereka. Mereka masih menggunakan tangan dan 'perasaan'.Tangan digunakan oleh mereka untuk memberi isyarat memberikan laluan. Di England pula misalnya, walaupun terdapat kesesakan jalan raya, tidak pula terdapat kenderaan yang memotong 'Q' dan mencelah kenderaan yang beratur seperti yang diamalkan di Malaysia. Cuma yang dapat 'mengalahkan' kita (perangai rakyat Malaysia) dalam hal sebegini ialah pemandu kereta di Istanbul, Turkey. Mereka lebih 'hebat' daripada pemandu di Malaysia.
Aku masih menyoal diri ku. Mengapa setengah rakyat Malaysia tidak mahu mematuhi peraturan yang ditetapkan?
Aku terfikir pula peribahasa Melayu lama. Bagaimanalah ketam untuk menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dia sendiri berjalan senget. Bagaimanalah rakyat biasa disuruh mematuhi peraturan dan undang-undang sedangkan para pemiminnya juga tidak mematuhi peraturan dan tidak mengikuti perlembagaan.
Terlalu banyak contoh yang boleh diberikan untuk meunjukkan yang para pemimpin kita tidak mematuhi peraturan yang mereka sendiri tetapkan. Mereka tahu yang setengah tindakan mereka itu menyalahi peraturan, tetapi disebabkan keangkuhan yang merasakan diri mereka berkuasa dalam segala-galanya, mereka tetap 'memijak' undang-undang yang mengawal tindakan mereka itu.
Kerajaan memberikan berbagai kemudahan kepada para pemimpin dan pentadbir negara untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Pegawai tinggi kerajaan disediakan kenderaan kerajaan untuk memudahkan mereka. Tetapi terdapat pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang menggunakan kemudahan itu seperti memiliki harta peribadi sendiri. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka lupa bahawa kenderaan kerajaan adalah untuk kemudahan menjalankan tugas negara dan bukan untuk kepentingan bercuti bersama keluarga. Ini yang dikatakan menyalahgunakan harta kerajaan.
Teringat pula aku tentang kisah zaman pentadbiran Khalifah Saidina Omar pada zaman Khalifah al-Rasyidin di mana dikisahkan tentang Saidina Omar tidak sekali-kali menggunakan harta kerajaan demi untuk kepentingan peribadinya sehinggakan kepada perkara sekecil-kecil seperti penggunaan lampu minyak sekali pun. Beliau tidak sekali-kali akan menggunakan harta milik kerajaan.
Hampir setiap tahun Ketua Audit Negara akan mengemukakan laporannya tentang perbelanjaan yang dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia. Dan setiap kali dibentangkan akan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh jabatan-jabatan. Yang anihnya juga akan berlaku keadaan yang sama hampir setiap tahun. Diberikan jaminan bahawa akan dibaiki dari masa kesemasa. Namun masih berada ditakuk lama juga.
Perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit NegaraKetua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.
Persoalan yang berada di hadapan kita ialah apakah para pemimpin di negara ini tidak langsung mahu merujuk tindakan mereka kepada perlembagaan negara atau apakah disebabkan sikap yang terlalu angkuh telah menyebabkan mereka 'beraja di hati dan bersultan di mata'. Mungkin disebabkan merasakan terlalu berkuasa telah menyebabkan golongan sebegini merasakan bahawa tidak ada siapa yang boleh menegur dan melarang mereka. Mereka tahu bahawa semua jentera kerajaan adalah di bawah kwalan mereka. Lantas boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menutup segala 'keburukan' dan 'kecurangan' yang dilakukan.
Golongan yang masih mahu mematuhi peraturan dan perlembagaan negara dalam melaksanakan tugas mereka masih ada. Tetapi malangnya tidak ramai bilangannya.
Rakyat hanya mampu berdoa dan sekadar boleh membuat perubahan setiap lima tahun.-http://abuhassanadam.blogspot.com/

Yuran sekolah percuma, mohon budi bicara kerajaan

Posted: 10 Jan 2015 03:55 PM PST



   

DETIK DAILY


WALAUPUN sesi persekolahan tahun 2015 ditunda kepada 11 dan 12 Januari , masalah untuk meneruskan alam persekolah amat sukar bagi mangsa-mangsa banjir. Kita sedia maklum, sekiranya tidak berlaku banjir sekalipun, terdapat ramai ibu bapa yang berdepan dengan masalah besar dalam menyediakan barangan keperluan sekolah anak-anak di samping yuran-yuran yang sangat membebankan mereka.

Kenaikan caj perkhidmatan bas sekolah, kenaikan pelbagai harga barangan peralatan sekolah dan sebagainya menyebabkan ada ibu bapa yang terpaksa meminjam, melakukan dua tiga kerja dalam sehari semata-mata untuk menyediakan keperluan sekolah anak.
Akhirnya terdapat masalah lain yang menimpa mereka, termasuk masalah kesihatan kerana melakukan kerja tidak henti-henti dan masalah sosial anak-anak yang terbiar kerana kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak. Apatah lagi kini berlaku banjir besar, maka beban berganda tersandar di bahu mereka. Menyelami masalah tersebut Presiden NGO Pendidik, Normala Sudirman yang diwawancara Wartawan Harakah, ROY RASUL berkata bagi meringankan beban mangsa banjir tidak ada salahnya jika keperluan untuk yuran ataupun peralatan sekolah dan sebagainya diberi percuma. Ikuti wawancara bersama beliau

WARTAWAN: Mala petaka banjir yang berlaku di negara ini khususnya di Kelantan sangat dahsyat. Dalam keadaan itu semestinya ibu bapa yang mempunyai anakanak bersekolah akan bertambah sengsara untuk meneruskan hidup. Sebagai Presiden NGO Pendidik, apa pandangan saudari? 

NORMALA: Kita mengharapkan mudahmudahan mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur tabah menempuh dugaan dan sabar dengan ujian yang menimpa itu.

Insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran pahala sabar kepada mereka dalam ujian yang hebat itu.
Kita juga mengharap tanggungjawab kerajaan pusat agar prihatin terhadap mangsa banjir itu bukan sahaja daripada aspek persediaan awal tahun anak-anak untuk ke sekolah tetapi prasarana seperti buku-buku ataupun pakaian dan sebagainya.

Namun, bagaimana pula dengan ibu bapa yang terpaksa membayar yuran dan lain-lain.

Jadi kita mengharapkan ada budi bicara untuk penangguhan sekiranya kewangan tidak mencukupi untuk mangsa banjir membayar yuran menyediakan barangan persekolahan anak-anak ataupun buku, alat tulis dan sebagainya. Ini kerana mereka hadapi trauma yang hebat bukan sahaja dari segi emosi tetapi kehilangan keseluruhan termasuk ada rumah yang hanyut.

Sudah pasti ini memerlukan keprihatin daripada kerajaan pusat, Kementerian Pelajaran dan juga di samping kerajaan negeri berusaha membantu memulih kesemuanya dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu budi bicara terletak di tangan pihak sekolah atau kementerian.

Sekiranya ini ruang untuk meringankan beban mangsa banjir tidak ada salahnya jika keperluan untuk yuran ataupun alat tulis, buku sekolah, buku kerja dan sebagainya diberikan percuma. Ini yang dikatakan matlamat pendidikan percuma kepada rakyat. Maknanya ia bermula di sini dan ini akan dilihat lebih menjiwai denyut nadi rakyat. Ini kerana Malaysia boleh belanja wang berjuta untuk dua ekor panda kenapa tidak kepada mangsa banjir seperti.

Kerajaan ada umumkan akan memberi bantuan kepada mangsa banjir contohnya akan percepatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Pada pandangan saudari bantuan seperti ini memadai atau tidak dengan musibah yang menimpa mereka?
 
Secara rasional atau logiknya ia tidak mencukup hanya dengan bantuan BR1M. Sebabnya dengan bantuan 'one off' secara terus begitu tidak mencukupi. Sebenarnya rakyat mengharapkan lebih daripada itu terutama ibu bapa atau rakyat yang susah mengharapkan bantuan yang lebih daripada itu.

Bukan sahaja BR1M tetapi prasarana yang lain perlu diambil kira tentang keprihatinan kerajaan.

Maknanya slogan rakyat didahulukan bukan retorik semata-mata tetapi perlu direalisasikan serta membuat tindakan untuk membantu.Satu lagi yang perlu diberi keprihatinan daripada Kementerian Pelajaran ialah warga pendidik yang menanda kertas soalan kerana mereka juga terlibat dengan mangsa banjir.

Keprihatinan pentadbir sekolah dan Kementerian Pelajaran sangat penting dan perlu mengambil kira kebajikan bukan sahaja kepada anak-anak sekolah tetapi juga warga pendidik.

Ini kerana sebahagian sekolah masih menjadi pusat pemindahan banjir.Prasarana itu juga perlu diambil kira oleh kementerian dan kerajaan pusat untuk meringankan beban rakyat tidak kira golongan sama ada pendidik, pelajar dan ibu bapa. Mereka ini penting dalan sisem pendidikan negara.
 
Baru-baru ini kerajaan umum akan siapkan sekolah-sekolah yang rosak dalam banjir tempoh hari dengan cepat.Jadi apabila dipercepatkan ia dibimbangi akan berlaku perkara yang tidak diingini sebagaimana terjadi dalam projek makmal sekolah yang banyak runtuh. Jadi pemantauan perlu dibuat kerajaan, apa pandangan saudari?

Saya bersetuju bahawa kerajaan perlu pantau persediaan prasarana yang akan dibina semula. Ini kerana kita mahu audit dibuat dengan telus dan kita tidak mahu projek yang dilakukan itu ada agenda di sebalik itu seperti diberi kepada kroni umpamanya.Kita mahu saluran itu betul-betul diberi kepada rakyat.

Ia juga perlu ada ketelusan, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dari semua pihak termasuk kementerian dan kerajaan pusat melihat perkaraperkara seperti itu. Selain itu kita juga minta saluran sama ada dalam bentuk kewangan atau bentuk barang keperluan kepada rakyat khususnya di Pantai Timur yang ditimba bencana banjir itu jangan ada karenah teknikal biro karenah birokrasi yang ada sentimen politik kepartian yang dicampur-aduk dalam sistem pendidikan antarabangsa.

Contohnya perlunya ditampal logo dan sebagainya kerana proses tersebut akan melambatkan usaha untuk memulihkan emosi, prasarana yang dibuat dan sebagainya.Maknanya karenah birokrasi campur tangan politik kepartian kita tidak mahu diangkat sangat dalam keadaan sangat memerlukan perhatian daripada kerajaan pusat khasnya.
 
Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan apa bantuan yang saudari lihat perlu diberikan oleh kerajaan kepada murid-murid dan para guru ketika mereka menghadapi musibah seperti itu?

Kami dari NGO Pendidik melihat murid-murid bukan sahaja memerlukan bantuan perbelanjaan persekolahan dalam keadaan ibu bapa tidak dapat bekerja malah mereka memerlukan khidmat kaunseling.Ini kerana mereka mengalami trauma yang maha hebat dan mungkin anak-anak ini akan terganggu dari segi persediaan mereka hendak belajar kerana bersedih dan sebagainya.
 
Apa tindakan daripada NGO Pendidik dalam membantu mangsa banjir khususnya para pelajar?

NGO Pendidik meluluskan beberapa peruntukkan dalam waktu terdekat dalam satu misi kemanusiaan ke Pantai Timur berupa barangbarang keperluan, pakaian dan wang tunai.Kita juga akan menziarah seorang guru yang terkorban dalam banjir di Terengganu barubaru ini semata-mata mahu menyelamat kertas soalan peperiksaan. Kami akan menyantuni anak-anaknya yang seramai enam orang itu.

Paling meninggal kesan kepada kami, pengorbanan seorang warga pendidik, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia dalam tragedi banjir itu. Kita akan turun bersama dengan peruntukan yang besar daripada NGO Pendidik untuk menyantuni mangsa banjir iaitu anak-anak yang bersekolah dan warga pendidik yang diuji dengan ujian hebat itu.

Harapan NGO Pendidik terhadap masyarakat dalam membantu mangsa banjir khususnya warga pendidik dan murid untuk menghadapi alam persekolahan tahun 2015 ini.

Saya mengharapkan supaya warga pendidik, ibu bapa dan juga anakanak yang bersekolah tabah menempuh ujian dan dugaan oleh Allah SWT. Banyakkan berdoa dan mudah-mudahan Allah akan mengganti dengan yang lebih baik pada masa akan datang.

Kami juga akan terus menghantar bantuan dari masa ke semasa melalui akaun pengurusan NGO Pendidikan yang diwujudkan beberapa ketika yang lalu. Melalui tabung kewangan ini kita akan terus menyantuni warga pendidik dan juga anak-anak yang bersekolah.

Sekiranya para dermawan ingin menyumbang kita sangat mengalu-alukan di atas keprihatinan mereka dan sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Pendidik Managemant: 562834629323 (Maybank Islamic)

Penduduk hargai usaha baiki masjid

Posted: 10 Jan 2015 03:47 PM PST


(Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH (Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
TUMPAT - Lebih 2,000 penduduk Kampung Laut di sini, menghargai usaha dan inisiatif program #KitakanIslam.

Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mat Zin Mat Yusoff berkata, sukarelawan yang menyumbangkan tenaga  membersihkan kesan banjir di masjid berkenaan, sememangnya jelas menunjukkan sokongan dan semangat yang tinggi.

Menurutnya, bencana banjir terburuk di negeri ini menyebabkan masjid yang berusia 67 tahun itu, dinaiki air sehingga paras pinggang, sekali gus banyak kerosakan berlaku.

"Musibah melanda, membuatkan ramai pihak prihatin dan memberi kerjasama secara spontan.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami terutama selepas banjir kerana keadaannya amat teruk.

Masjid (Dari kanan) Wan Mat Zin bersama Hussamuddin dan Muhammad Nasir di Masjid Kampung Laut, Kelantan, semalam dipenuhi lumpur dan memerlukan pembersihan secara besar-besaran," katanya, hari ini.

Katanya, keprihatinan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) memberi inspirasi pada pihak lain dalam usaha membantu masjid-masjid terjejas banjir.

"Semoga usaha murni ini men- dapat keberkatan dan pihak yang membantu dipermudahkan urusan mereka," katanya.

#KitakanIslam melibatkan 200 sukarelawan turun ke Kampung Laut dan memilih masjid di sini sebagai sasaran pembersihan.

Turut serta, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi, Muhammad Nasir Hamzah.

Pas akan bina rumah percuma

Posted: 10 Jan 2015 03:45 PM PST


Jarah Awang Ahmad, 68, yang tinggal di dalam khemah sedang membersih perkakas dapur setelah rumahnya musnah akibat banjir di Kampung Manek Urai Baru, Kelantan Jarah Awang Ahmad, 68, yang tinggal di dalam khemah sedang membersih perkakas dapur setelah rumahnya musnah akibat banjir di Kampung Manek Urai Baru, Kelantan
 
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas akan membina rumah bernilai RM37,000 percuma buat mangsa banjir di Kelantan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, program dinamakan Projek Perumahan Rakyat Budiman itu bertujuan membantu mangsa berkelayakan yang hilang tempat tinggal selepas bencana buruk itu.

"Syaratnya ialah mereka perlulah warganegara Malaysia, memiliki tanah sendiri, rumah yang sudah tidak boleh dibaik pulih dan isi rumah berpendapatan RM1,000 sebulan dan ke bawah.

"Rumah ini mempunyai tiga bilik tidur, dapur, ruang tamu dan satu bilik air. Ia mempunyai konsep sama seperti rumah dhuafa yang dibina oleh Kerajaan Kelantan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

'Keputusan Liwat II tak lama lagi'

Posted: 10 Jan 2015 03:38 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui "tidak lama lagi", kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada kes itu akan turut mematuhi pekeliling kepada hakim yang menetapkan agar keputusan sesuatu kes ditentukan atau dibuat secara bertulis dalam masa tiga bulan.

Menjawab soalan itu, Ariffin berkata kes tersebut didengar dua bulan dahulu dan ia masih dalam jangka masa yang dibenarkan.

"(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang," kata Ariffin.

Satu laporan Bernama sebelum ini memetik Ariffin sebagai berkata yang semua kes perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan.

Ariffin menjelaskan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika ia melibatkan kes yang rumit.

'Jangan mudah kait serangan dengan Islam'

Posted: 10 Jan 2015 03:36 PM PST

MALAYSIAKINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan semua pihak agar tidak cepat membuat kesimpulan mengenai serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris.

Beliau berkata serangan tiga lelaki bertopeng dan bersenjata yang telah menyebabkan 12 orang terbunuh itu tidak seharusnya dikaitkan dengan Islam sehingga ia dibuktikan pihak yang melakukannya.

"Menuduh hal (serangan) ini dilakukan Islam tidak patut. Jangan buat kesimpulan kerana masih banyak perkara belum dipastikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Konvensyen Antarabangsa: Kebijaksanaan Mengharmonikan Dunia' anjuran Universiti Islam Malaysia, di Cyberjaya, hari ini.

Jamil Khir menegaskan serangan di Paris tidak patut berlaku kerana semua pegangan agama mengharamkan pembunuhan.

"Semua pegangan agama mengajar kita sentiasa berkelakuan baik dan tidak menyebabkan kerosakan dan kekacauan. Dalam ajaran Islam juga menekankan bahawa pembunuhan merupakan satu kesilapan dan dosa besar," katanya.

Dalam kejadian Rabu lepas, tiga lelaki dikenal pasti sebagai suspek yang melakukan serangan berkenaan dan pihak berkuasa mendakwa suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan militan IS dan al-Qaeda. - Bernama

Tiada ulasan: