Sabtu, 10 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Aktivis 'Occupy' menang saman ke atas k'jaan

Posted: 10 Jan 2015 06:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintahkan membayar gantirugi kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza kerana ditahan secara tidak sah pada tahun 2012.

"Kita menang. Akhirnya kita menang," tulis Fahmi di akaun Facebook miliknya.

Fahmi turut menyiarkan sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Nordin yang memaklumkan bahawa pihak DBKL dan polis dikehendaki membayar pampasan melebihi RM30,000 kepada Fahmi.

Fahmi ditahan pada 22 April 2012 sewaktu pihak DBKL cuba mengosongkan Dataran Merdeka daripada aktivis Occupy Dataran yang berkampung di situ.

Mereka berkampung di situ susulan daripada demonstrasi pada 14 April 2012 bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pendidikan percuma.

'Sah, MH17 ditembak jatuh tentera Rusia'

Posted: 10 Jan 2015 06:32 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu organisasi kewartawanan penyiasatan beribu pejabat di Jerman membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 jatuh ditembak oleh Briged Pertahanan Udara ke-53 Rusia menggunakan peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari darat.

Correct!v dalam laporan yang dikeluarkan semalam berkata briged yang bertanggungjawab melindungi unit kereta kebal Rusia itu beroperasi di wilayah Ukraine pertengahan Julai lalu tanpa mempamerkan jata negara Russia.

Menurut Correct!v, penyiasat Bellingcat membuat kesimpulan bahawa gambar sebuah pelancar roket BUK dengan nombor pengenalan 3*2 dirakam sewaktu berlepas bersama satu konvoi meninggalkan kawasan barat kota Kursk dan menuju ke sempadan Ukraine.

Pada 17 Julai 2014, pelancar yang sama tetapi dengan nombor pengenalannya yang dipadamkan, dirakam oleh jurugambar majalah Paris Match di timur Ukraine.

Ivan Krasnoproshin, seorang sarjan dengan briged ke-53 itu didapati memuatkan beberapa gambar unitnya ke laman vkontakte.com – satu laman sosial seperti Facebook yang popular di Rusia.

Gambar tersebut antara lainnya menunjukkan dokumen penamatan tugasnya daripada angkatan tentera Russia dalam pertengahan Jun.

Terdapat laporan bahawa ramai tentera dikehendaki menandatangani surat penamatan tugas sebelum dihantar untuk berperang di Ukraine.

"Tidak syak lagi bahawa Briged Pertahanan Udara ke-53 Russia berada di Snizhne di timur Ukraine pada petang yang malang itu," lapor Correct!v.

Memetik laporan pakar tempur udara, Correct!v berkata hanya pakar sahaja yang boleh mengendalikan peralatan itu.

IGP: Tiada rekod penembak Paris masuk M'sia

Posted: 10 Jan 2015 06:30 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan yang menyebut penembak Paris, Amedy Coulibaly dan teman wanita lelaki tersebut pernah bercuti di Malaysia.

Khalid yang menamakan wanita tersebut sebagai "isteri" Amedy mengumumkan perkara itu di Twitter.

"Semakan PDRM mendapati Amedy Coulibaly dan isterinya Hayat Baumeddienne tidak pernah dikesan masuk ke Malaysia," kata Khalid.

Bercakap kepada Malaysiakini, Khalid menegaskan yang Malaysia adalah tumpuan pelancongan yang popular.

Justeru, mengaitkan mana-mana individu yang mengunjungi Malaysia dengan aktiviti keganasan adalah tidak bertanggungjawab.

"Kita minta agar negara-negara lain yang dikunjunginya (Amedy) turut didedahkan berdasarkan pasportnya.

"Biar saya tegaskan bahawa Malaysia adalah selamat dan kita sentiasa dan akan terus memastikan sebarang ancaman ke atas negara kita terkawal dan dikekang," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Tabloid UK, The Daily Mail memetik seorang jiran Amedy yang mendakwa Amedy dan Baumeddienne pernah berkunjung ke Malaysia.

Namun, tarikh sebenar kunjungan yang didakwa itu tidak dapat dipastikan.

Amedy ditembak mati di sebuah pasar raya di Vincennes semalam selepas menahan seorang tebusan.

Dia disyaki bersubahat dengan dua orang suspek tembakan di pejabat mingguan satira Charlie Hebdo di Paris, Rabu lalu yang mengorbankan 12 orang.

Hayat Baumeddienne pula dilaporkan dalam buruan dan sedang melarikan diri.

Lapor polis isu gambar PM di kampit beras

Posted: 10 Jan 2015 06:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu NGO bawah pemuda Umno, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis ke atas Malaysiakini dan penulis blog Syed Akbar Ali ekoran penyiaran gambar menunjukkan kampit beras dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NGO tersebut, Briged Kesatria Muda Malaysia mendakwa gambar tersebut "dimanipulasi" untuk menunjukkan wajah Najib dan seorang lagi anggota kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri dilekatkan di kampit beras tersebut.

Gambar berkenaan pada mulanya disiarkan oleh blogger pro-Umno, Syed Akbar dalam blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.

"Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yg tidak benar dan bohong hingga meyebabkannya tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah dalam masyarakat.

"Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal kenyataan yang dibuat Syed Akhbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.

"Laporan ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," laporan itu dipetik.

Syed Akbar menyiarkan gambar itu dalam tulisannya yang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani banjir.

Malaysiakini menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan pengesahan bahawa kementeriannya menggunakan gambar beliau dan juga gambar PM pada bantuan berkenaan, dan mendapatkan komen beliau ke atas kritikan yang timbul dalam isu tersebut.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Ismail Sabri berkata: "Tak apalah mereka hendak kecam.

"Yang penting barang-barang daripada MOA (kementerian pertanian) itu sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka," katanya melalui SMS.

Menteri tersebut tidak menafikan mengenai gambar tersebut, yang turut dihantar kepadanya melalui aplikasi Whatsapp.

Rumah suami Umie Aida dilelong RM2.1 juta

Posted: 10 Jan 2015 06:17 AM PST


Khairuddin Abu Hassan Khairuddin Abu Hassan
 
 
SHAH ALAM - Rumah Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang terletak di Mont Kiara, dilelong dengan harga RM2.1 juta dalam satu acara lelongan di Hotel Istana hari ini.

Memetik laporan berita tempatan, rumah tersebut dilelong selepas Khairuddin yang juga merupakan suami pelakon popular, Umie Aida itu diisytiharkan muflis dan kediamannya dibeli seorang wanita yang berasal dari Damansara tanpa ada lain-lain bidaan.

Sebelum ini, Pemuda Umno Batu Kawan menyerahkan memorandum serta beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi meminta siasatan dijalankan terhadap status Khairuddin yang didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lalu.

Selain itu, Khairuddin juga pernah menimbulkan kontroversi dengan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mendakwa pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu kerugian berbilion ringgit.

Notis keputusan kes liwat Anwar akan dikeluarkan

Posted: 10 Jan 2015 06:12 AM PST

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan notis kepada pihak pendakwaan dan pembelaan tidak lama lagi berhubung tarikh keputusan mahkamah tertinggi itu berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Katanya beliau tidak dapat menyatakan bila notis itu akan dikeluarkan tetapi menyatakan ia (notis) akan dikeluarkan dua minggu sebelum tarikh penghakiman.

"Kami akan mengeluarkan notis dua minggu sebelumnya dan bukannya dua minggu dari hari ini. Inilah sahaja yang dapat saya beritahu anda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tahun Undang-Undang 2015 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada notis itu akan dikeluarkan sebelum Tahun Baharu Cina, beliau enggan mengulas dan hanya berkata mahkamah masih berada dalam tempoh tiga bulan iaitu amalan standard yang ditetapkan untuk menyiapkan penghakiman itu.

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Penasihat PKR itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang berlangsung selama seminggu pada November tahun lepas.

Arifin mempengerusikan panel lima hakim bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md  Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali mendengar rayuan itu.

Pihak pendakwaan turut mengemukakan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar. Bagaimanapun perkara itu hanya akan didengar sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak mempunyai keyakinan 100 peratus terhadap integriti sampel yang diambil daripada mangsa untuk ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diusik sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan dalam mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan liwat itu, memutuskan hakim telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua pakar yang merupakan saksi pihak pembelaan. - Bernama

Insiden tumbuk : Khairy serah kepada polis

Posted: 10 Jan 2015 06:01 AM PST


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas mengenai insiden pergaduhan di antara pegawai khasnya dengan seorang pemimpin Perkasa Perak baru-baru ini.

"Saya belum sempat berhubung dengan pegawai berkenaan, tapi oleh kerana hal ini sudah dilaporkan (kepada polis), saya serahkan kepada polis.

"..Kena tanya polislah..Mana saya tahu," katanya selepas berlangsungnya sidang akhbar Parlimen Belia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah majlis di Lenggong, Perak mula tersebar secara meluas menerusi media massa.

Pegawai khas Khairy didakwa menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir.

Insiden tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

10 Januari hari lahir Nik Aziz, Khairy

Posted: 10 Jan 2015 05:59 AM PST


10 Januari hari lahir Nik Aziz, Khairy
 
 
SHAH ALAM - Tarikh 10 Januari adalah satu tarikh yang istimewa bagi kedua pemimpin tanah air walaupun berbeza ideologi politik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

Khairy melalui laman Twitternya mengucapkan terima kasih atas ucapan hari lahir yang diterimanya.

"Terima kasih atas semua ucapan. Tahun terakhir saya dalam 30-an dan sebagai belia. Masa berlalu,"  tulisnya.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno itu menyambut hari lahirnya yang ke-39 manakala Nik Aziz yang ke-84.

Melalui laman Facebook Nik Aziz, satu status dimuatnaik mengenai umur berdasarkan kuliah yang dikendalikan oleh bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Umur ialah anugerah ALLAH SWT kepada kita. Ia merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.

"Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

"Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa," bunyi petikan kuliah tersebut.

Bahagian ekor bangkai QZ8501 telah dibawa naik

Posted: 10 Jan 2015 05:54 AM PST

SINAR HARIAN


Sebahagian ekor pesawat QZ8501 yang berjaya dinaikkan. - Foto AFP Sebahagian ekor pesawat QZ8501 yang berjaya dinaikkan. - Foto AFP
 
 
JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya membawa naik ke permukaan air bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 setelah ia dikesan terbenam di dasar laut berhampiran Pangkalan Bun di Kalimatan Tengah.

Bahagian pesawat itu kini berada atas kapal pengangkut Crest Onyx yang sedang menuju ke Pangkalan Bun untuk tindakan seterusnya mencari kotak hitam pesawat.

Kerja-kerja membawa naik bahagian ekor pesawat itu mengambil masa lebih 7 jam dan ia menggunakan kaedah diapungkan dengan enam belon pelampung (floating beg).

Stesyen MetroTV menyiarkan secara langsung berita mengenai perkembangan membawa naik bahagian ekor bangkai pesawat itu pada pukul 3.40 petang tadi bagaimanapun keadaannya didapati dalam keadaan yang tidak baik.

Bahagian ekor pesawat itu dikesan tiga hari lepas dan ia didapati dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut yang berselut.

Laporan itu juga menyebut pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada kotak hitam berada dalam bahagian ekor tersebut.

Operasi SAR yang dikendalikan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) dan dibantu oleh beberapa negara lain termasuk pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu memasuki hari ke-14 hari ini dan setakat ini 48 mayat telah ditemui.

Identiti 29 dari mereka telah dikenalpasti.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).

Ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara indonesia sejurus berlepas.

Pesawat kemudian dilaporkan terhempas di Laut Jawa.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (tiga) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Kru terdiri daripada enam Indonesia dan satu Perancis.  - Bernama

PBT dijangka ambil masa sebulan bersihkan Kelantan

Posted: 10 Jan 2015 05:52 AM PST


PASCA BANJIR
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan negeri Kelantan menjangkakan mampu membersihkan sampah sarap akibat banjir yang melanda negeri itu dalam tempoh sebulan sebelum memberi ruang untuk rakyatnya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, selepas fasa pembersihan itu selesai, pihaknya berharap aktiviti perniagaan di negeri itu dapat diteruskan.

 "Fasa pertama dalam masa sebulan ini kita buat pembersihan sampah sarap. Kita tak mahu dalam tempoh sasaran kita untuk bersihkan sampah sarap selepas banjir ini, hujung bulan nanti ada sampah lagi.

"Kita perlukan sedikit masa untuk membersihkannya kerana sampah terlalu banyak. Banjir yang kita hadapi ini terlalu besar. Saya letakkan sasaran sebulan ini untuk pembersihan itu, saya rasa ia realistik,"katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak memainkan peranan membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tugas itu berjalan lancar.

"Di Kelantan ini adalah budaya perniagaan jadi kita harap dalam masa sebulan ini kita dapat mulakan kembali kehidupan seperti biasa.

"Saya minta masyarakat membantu untuk mengeluarkan sampah-sampah dari rumah atau premis masing-masing letak di luar supaya dapat diambil dan diurus dengan baik," katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya telah diarahkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob agar membantu peniaga-peniaga kecil menapak kembali selepas kerugian teruk dalam banjir tersebut.

"Fasa kedua nanti kita terus nak membangunkan Kelantan. Kita akan kenal pasti sama ada menyediakan tapak-tapak baru atau memperkemaskan tapak sedia ada untuk memastikan mereka dapat balik semula mencari rezeki

"Insya-ALLAH kita akan berusaha bersungguh untuk memastikan peniaga-peniaga kecil ini khususnya mendapat pembelaan dalam masa-masa yang mencabar ini," katanya.

Malah katanya, kehadiran masyarakat luar ke Kelantan untuk membantu membangunkan semula Kelantan sangat dialu-alukan.

"Saya melihat sekarang ini kehadiran ramai orang luar ke Kelantan untuk membantu di samping turut datang dengan sokongan ekonomi.

"Saya seru individu, masyarakat, agensi swasta dan kerajaan dari seluruh negara supaya datang membuat tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan membantu membangunkan Kelantan ini secara tersusun dengan buat rujukan kepada ketua jajahan,"katanya.

Banjir : Ramai Sukarelawan Mula Demam

Posted: 10 Jan 2015 01:16 AM PST

RAKYATNEWS


alt



SEREMBAN  - Ramai sukarelawan dan Pemuda Umno yang berada di lokasi banjir seluruh negara sudah mula demam berikutan keadaan cuaca dan faktor pemakanan tidak menentu, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno itu menasihatkan sukarelawan yang terlibat dengan kerja pasca banjir mengambil langkah berjaga-jaga mengelakkan dari terkena penyakit.

"Nasihat saya kepada semua sukarelawan, walaupun kita diperlukan turun padang membantu kerja pembersihan, tetapi perlu juga berwaspada daripada segi penyakit. Ambil langkah berjaga-jaga.

"Kita tidak mahu sukarelawan yang pergi ke sana untuk membantu tetapi disebabkan tidak sihat, kerja tidak dapat dibuat dan orang di sana pula yang kena tolong dia," katanya di Seremban seperti dilaporkan Sinar Harian.

Akhbar itu melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lebih 300 sukarelawan termasuk kakitangan kerajaan negeri, Umno dan anggota Rejimen 508 Askar Wataniah terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, keadaan lokasi banjir di Kelantan khususnya, masih tidak menentu daripada aspek kesihatan dan kebersihan.

Katanya, kerja-kerja pembersihan banyak yang terbantut kerana masih banyak tempat tiada bekalan air dan elektrik.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan dilaporkan Bernama menempatkan 11 khemah sementara di negeri itu bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan dan desa yang terjejas banjir dapat diteruskan.

Sambil menggalakkan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membantu mangsa banjir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, mereka dianjurkan mendaftar sebagai sukarelawan dengan kementerian.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan banjir mencuci tangan menggunakan 'sanitizer' memandangkan bekalan air bersih terhad pada masa ini.

Kes Tumbuk : KJ Belum Jumpa Iruan Dapatkan Penjelasan

Posted: 10 Jan 2015 01:13 AM PST

RAKYATNEWS


alt



SUBANG JAYA  - Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu, beliau belum lagi bertemu dengan Pegawai Khasnya, Mohamad Iruan Zulkefli bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden `tumbuk' yang berlaku di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, Khamis lepas.

Menurutnya, beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Lenggong itu dan akan berbuat demikian dalam tempoh segera.

"Saya difahamkan, ada laporan polis dibuat mengenainya (Iruan), jadi saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk buat sebarang siasatan terhadap kes itu.

"Sekiranya ada apa-apa yang perlu dijawab saya yakin saudara Iruan akan dapat memberi keterangan kepada polis.

"Saya juga berharap agar beliau dapat memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung perkara itu," katanya ketika ditanya pada sidang akhbar di Universiti Sunway pada Sabtu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau hanya mengetahui berkenaan apa yang telah berlaku mengaitkan pegawai khasnya itu menerusi aplikasi WhatsApp yang diterima serta beberapa saluran lain.

"Saya tak  pasti, sampai hari ini, Lillahi Taala, saya tak sempat untuk bincang dengannya," ujar beliau.

Terdahulu, sebelum itu, Khairy  memberikan ucapan serta merasmikan Persidangan Kepimpinan Asia 2015.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Iruan yang merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian sama ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Insiden dikatakan tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA jangan menganggu urusan Pemuda UMNO.

Malaysia kurang senang kapal nelayan dibom

Posted: 10 Jan 2015 12:58 AM PST

 
Kementerian Luar berharap pihak berkuasa Indonesia akan bertindak dengan hati yang tulus ikhlas. 


bot nelayan


KUALA LUMPUR: Indonesia diharap akan bertindak dengan hati yang tulius terhadap kapal-kapal nelayan asing, khususnya Malaysia yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

Kementerian Luar Malaysia mengakui Indonesia melakukan tindakan terhadap kapal-kapal nelayan mengikuti undang-undangnya, tetapi ia perlu memastikan kesejahteraan nelayan terbabit semasa menangani kejadian yang serupa pada masa yang sama.

Sehubungan itu Wisma Putra bersedia untuk berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung laporan kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia yang dibom di Belawan, Medan di Sumatera Utara.

Kapal nelayan yang empat awak-awaknya warga Myanmar didakwa melakukan aktiviti menangkap ikan di dalam perairan Indonesia pada 8 Disember lalu. 1.5 tan hasil tangkapan dan diesel juga dirampas.

"Walaupun mengakui tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa republik itu adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Indonesia, Kementerian Luar Malaysia berharap pihak berkuasa Indonesia akan bertindak dengan hati yang tulus ikhlas di samping memastikan kesejahteraan nelayan dalam menangani kejadian seperti ini pada masa akan datang," jelas Wisma Putra dalam kenyataan media.

Bernama melaporkan. Kementerian Luar Malaysia juga menegaskan bahawa pihak berkuasa yang berkaitan sentiasa mengingatkan masyarakat nelayan untuk memastikan aktiviti menangkap ikan dijalankan di perairan Malaysia dan mengikut undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia dilapor ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia semalam selepas didapati bersalah oleh Pengadilan Negeri Medan kerana menjalankan aktiviti penangka

SOP hadapi banjir besar enam bulan lagi

Posted: 10 Jan 2015 12:48 AM PST

 
Ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.


najib-banjir1


PEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir besar akan dirangka sebagai garis panduan dan dijangka dibentangkan pada
Kabinet dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri memberitahu, SOP itu akan mencakupi pelbagai aspek termasuk penambahan aset, arahan dan kawalan, peralatan komunikasi, latihan simulasi, kaji cuaca dan bekalan elektrik.

Menurut beliau, SOP sedia ada hanyalah untuk menghadapi banjir biasa yang memerlukan SOP baharu dirangka bagi membolehkan kerajaan lebih bersedia daripada semua aspek termasuk alat bersesuaian untuk menghadapi banjir besar.

"Jika dalam soal ini ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menjadi agensi utama maka ia akan dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian untuk hadapi bencana ini dan dalam masa yang sama aspek ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.

"Apabila tahu awal, kami juga boleh menempatkan anggota seperti tentera, bomba dan agensi lain lebih awal supaya apabila air naik kami mempunyai kemampuan yang lebih besar," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Banjir Parlimen Pekan di Baitul Rahah di sini.

RM70.5 juta bagi kerja tambak, benteng pantai UMT

Posted: 10 Jan 2015 12:46 AM PST



Hakisan kawasan pantai menyebabkan beberapa bangunan Universiti Malaysia Terengganu mengalami kerosakan teruk


umt


PETALING JAYA:- Peruntukan kira-kira RM70.5 juta telah disediakan bagi kerja-kerja menambak dan membenteng sepanjang kawasan pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terhakis akibat ombak besar dan banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata akibat daripada hakisan kawasan pantai itu, beberapa bangunan UMT mengalami kerosakan teruk melibatkan kerugian kira-kira RM20 juta, lapor BERNAMA.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memang telah pun menawarkan kontrak bagi kerja-kerja membenteng serta menambak batu dan pasir di pantai UMT sejak April tahun lepas.

"Kerja itu sebenarnya masih berterusan. Apabila kita dapat siapkan benteng pemecah ombak itu, maka insya-ALLAH ia dapat menyelamatkan UMT daripada hakisan teruk," katanya kepada pemberita ketika melawat hakisan pantai UMT di sini dengan ditemani Naib Canselor UMT Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Pengarah JPS Terengganu Ir C. Poobalan.

Kawasan pantai UMT sepanjang 3.2 kilometer dengan lebar kira-kira 100 meter telah 'ditelan laut' akibat hakisan sejak dua tahun kebelakangan ini sehingga memusnahkan beberapa kepentingan UMT seperti pusat penyelidikan, sebuah bangunan pam air masin dan beberapa kemudahan lain.

Ketika ombak besar dan banjir melanda UMT baru-baru ini, pihak pengurusan tidak sempat memindahkan beberapa peralatan kerana ia berlaku terlalu pantas terutama di bahagian bangunan berhampiran pantai.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata tidak ada lagi sekolah-sekolah yang ditangguh pembukaannya kerana semua sesi persekolahan di Terengganu, Kelantan, Kedah, Johor perlu dibuka esok manakala selebihnya akan dibuka pada Isnin.

"Insya-ALLAH esok saya akan melawat beberapa buah sekolah yang teruk dilanda banjir terutama di Tumpat, Kuala Krai dan juga Pasir Mas di Kelantan bagi melihat sendiri persediaan mereka.

"Kita dapati empat sekolah di negeri itu tidak dapat dibuka, tetapi itu tidak banyak sebenarnya berbanding sekolah yang tidak dapat dibuka di Pahang dan Perak sebab banjir yang melanda kawasan di sana berlaku agak lewat," katanya.

Idris berkata, kementerian akan sentiasa meneliti dan memaklumkan kepada sekolah supaya sentiasa berwaspada kerana banjir belum pulih sepenuhnya.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan sesi persekolahan 2015 bagi 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak, ditangguhkan seminggu lagi berikutan masih terbabit dengan banjir.

Berikutan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan di sekolah terbabit ialah Ahad, 18 Januari bagi sekolah di Kelantan dan Isnin, 19 Januari bagi sekolah di Perak dan Pahang.

Ladang haram PATI akan dimusnahkan

Posted: 10 Jan 2015 12:44 AM PST

Pihak berkuasa akan menjalankan operasi menggempur tanah pertanian haram secara besar-besaran di Cameron Highlands.


Palanivel_cameron tanah haram_300


PETALING JAYA: Pertanian yang diusahakan secara haram di Cameron Highlands akan dibanteras secara habis-habisan meskipun terdapat usaha oleh pendatang tanpa izin (PATI) meneruskan aktiviti itu dengan membuka ladang baharu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Beliau berkata ladang golongan terbabit akan dimusnah oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi menggempur tanah pertanian haram secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi itu.

"Kita tidak mempunyai masalah dengan ladang yang dibuka secara sah…apa yang kita tidak mahu ialah ladang haram yang masih berleluasa di sini. Ini menjadi satu masalah besar walaupun pihak berkuasa menjalankan operasi tetapi mereka masih tidak takut," katanya, lapor BERNAMA.

Palanivel berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 80 mangsa banjir lumpur membabitkan peruntukan sebanyak RM129,000 di Dewan Orang Ramai Ringlet, Cameron Highlands, Ahad.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa terdapat usaha oleh PATI yang tidak takut dengan operasi besar-besaran pihak berkuasa apabila mereka meneruskan aktiviti penerokaan tanah secara haram dengan membuka ladang baharu di kawasan tanah tinggi itu.

Taktik terbaharu penerokaan itu terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung hasil maklumat masyarakat tempatan yang dianggar berkeluasan 500 hektar di lereng bukit dengan menggunakan kaedah penanaman 'barn' atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Palanivel akan berbincang secara terperinci dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai dan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah bencana itu yang berlaku di beberapa negeri.

"Kita akan usaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk melaksanakan projek tersebut. Ia bertujuan memastikan kedua-dua projek berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata perbincangan lanjut berhubung peruntukan terbabit akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tags: Bahasa, Palanivel, PATI, Cameron Highlands, Jabatan Pangairan dan Saliran, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ringlet, ladang haram

Moderat lawan ekstremis, cereka penagih kuasa

Posted: 10 Jan 2015 12:38 AM PST

Mahathir_Najib

Ahmad Anwar Asyraf 



Kebelakangan kita dengar kemunculan kumpulan Melayu 25, kini bertambah dengan 11 orang yang membicarakan topik kesederhanaan menentang ekstremism. Mengapa tiba-tiba kumpulan Melayu 25+11 ini bangkit bercakap soal sederhana? Dimana mereka sebelum ini? Siapa sebenarnya yang mereka wakili?
 
Tanpa kita sedari, sebenarnya suara-suara ini hanyalah mewakili puing-puing dalam UMNO. Paluan gendang perang sudah dimulakan. Ya, ia adalah pertembungan kumpulan Najib menentang kumpulan Dr Mahathir.

Dr Mahathir tanpa sembunyi telah memulakan zaman perang dingin terhadap Najib.

Kumpulan-kumpulan ini seperti ketika Tamrin Ghafar, Muhammad Mat Taib dan beberapa lagi personaliti politik Melayu yang cuba mengambil insurans hayat politik dengan menyertai PR sebelum pilihanraya lepas. Kumpulan-kumpulan ini sedang mencari insurans perlindungan dengan berpaut di lengan Najib. Kumpulan-kumpulan ini sebenarnya sedang bergabung untuk mendiamkan Dr Mahathir.

Begitu juga dengan Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah yang turut bersuara menolak ekstremisme ini. Siapa tidak kenal dengan dua tokoh ini. Semua tahu perseteruan mereka dengan Dr Mahathir. Mereka adalah mangsa kerakusan politik Dr Mahathir. Jauh lebih awal daripada zaman Anwar Ibrahim. Dan ini juga petanda, kedua-dua sosok ini sudah amat meluat dengan sikap Dr Mahathir.

Mengapa Dr Mahathir melancarkan perang, sedangkan beliau yang menaikkan Najib?

Jika kita tidak memahami asbab perkara ini, kita sebenarnya masih tidak memahami percaturan politik negara pasca Mahathirism. Dr Mahathir bukan sosok yang mudah melepaskan kuasa. Kuasa ibarat kokain dalam kehidupan Dr Mahathir. Tanpanya Dr Mahathir menjadi lemah dan tidak tentu arah.

Dr Mahathir melepaskan kuasa sebagai Perdana Menteri akibat terpaksa. Setelah beliau gagal memahat minda Melayu dengan kisah fitnah terhadap Anwar Ibrahim, maka beliau terpaksa berundur. Kerana itulah Dr Mahathir kekal menyibuk dalam arena politik nasional. Walhal, beliau sepatutnya bersara sebagai Negarawan Terhormat.

Oleh kerana penangan kuasa di dalam UMNO, Dr Mahathir sering menyangka setiap orang umpama lembu yang dicucuk hidungnya. Semua orang mahu dijadikan pak turut.

Pak Lah menjadi mangsa pertama. Saya masih ingat lagi ketika hadir roadshow Dr Mahathir ke Johor Bahru. Berbagai kecaman dilontar terhadap pentadbiran Abdullah Badawi.

Dan kini setelah melihat Najib bukan lagi bidak caturnya, maka Dr Mahathir mula merangka strategi perang dingin sekali lagi. Motifnya adalah menjatuhkan Najib. Modus operandi serupa digunapakai, tetapi kali ini Dr Mahathir tidak mempunyai kuda tunggangan yang cukup kuat dalam kabinet dan UMNO.

Maka, jalan terakhirnya adalah menggunakan kumpulan ekstremis yang seringkali melontarkan sentimen Melayu dan Islam. Najib dipaparkan sebagai sosok yang tidak bermaya, lemah memayungi 'Melayu dan Islam'.

Tidak mahu mengalah, Najib mula merangka strategi balas. Digerakkan pula idea kesederhanaan. Bermula dengan penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global. Diikuti kemunculan kumpulan 25 Melayu Bekas Penjawat Awam Kanan. Kini semakin membesar dengan pertambahan 11 orang lagi dan termasuklah Tun Musa Hitam dan Ku Li.

Namun Najib adalah Najib.

Mengapa Najib kelihatan tidak ikhlas dalam mempelopori gagasan idea kesederhanaan? Najib berterusan gagal untuk mengambil tindakan terhadap kelompok ekstremis ini. Lebih teruk, Najib dilihat termakan umpan kelompok ekstremis apabila menarik semula rancangan untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Keengganan Najib ini sebenarnya mempunyai perkiraan politik. Najib bimbang jika tindakan diambil ke atas kumpulan ekstremis pro-Mahathir, sokongan dari dalam UMNO dan kumpulan Ultra Melayu akan menyusut. Yang mana mungkin akan membuatkan kedudukannya semakin parah. Najib juga seorang penagih kuasa.

Dari perspektif lain pula, Najib senang enak dibuai dengan imej kesederhanaan dan kemunculan kumpulan Melayu Professional ini. Sedikit sebanyak ia mampu melunakkan wajah pentadbiran Najib yang semakin terbeban dengan masalah. Desakan demi desakan daripada kumpulan 25+11 ini telah memerangkap imaginasi ramai warga termasuk juga daripada gabungan Pembangkang. Ramai yang alpa akan perseteruan Najib-Mahathir ini.

Adakah Melayu sekarang ini perlukan pertembungan faham politik begini?

Tidak. Itu bukan keutamaannya ketika ini. Seperti rakyat yang lain, orang Melayu juga sebenarnya membicarakan soal ekonomi rumahtangga yang semakin menekan, soal perumahan mampu tengok, soal alam sekitar, soal GST dan banyak lagi persoalan cabaran hidup.

Ini cabaran pokok yang perlu dibela. Dasar Ekonomi Baru, Dasar Bumiputera dan segala macam dasar dirangka tetapi majoriti Melayu tidak mendapat laba. Hanya segelintir yang rapat dengan puncak kuasa yang terus bertransformasi menjadi kelompok maha kaya. Melayu perlu sedar dan tidak terus diperangkap dengan polemik dan permainan sentimen yang tidak berkesudahan.

Hakikat yang perlu difahami adalah pertembungan dua kelompok di dalam UMNO. Demi mempertahankan kuasa, segala jalan digunakan walaupun ia berpotensi menghakis kestabilan dan keharmonian negara ini.

Negara kita sebenarnya sedang dilanda penyakit ketagihan kuasa. Kedua-dua kumpulan ini sedang takut untuk kehilangan kuasa.

(*)  Ahmad Anwar Asyraf Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Muar

Perompak dipukul dengan batang besi, diikat

Posted: 10 Jan 2015 12:33 AM PST


Empat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPA Empat perompak yang ditangkap dan dibelasah penduduk sebuah kampung di Mexico. Foto oleh EPA
 
 
PUEBLA - MEXICO. Bosan akibat asyik dirompak, penduduk sebuah kampung dikatakan bertindak membelasah empat perompak yang berjaya ditangkap, mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut.
 
Empat perompak berkenaan merupakan dua orang lelaki dewasa, seorang remaja lelaki dan seorang wanita.
 
Perompak wanita yang diberitahu sedang mengandung, hanya 'dipukul di bahagian muka'.
 
Keempat-empat mereka dipukul dengan kayu dan batang besi sebelum diikat pada sebatang pokok.
 
Salah seorang perompak tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas serangan bertalu-talu.
 
Polis tempatan cuba menenangkan keadaan tersebut namun diusir, memaksa pihak polis dari ibu negara untuk datang mengawal keadaan. 
 
Ketiga-tiga perompak berkenaan diberikan rawatan kecemasan selepas kejadian berkenaan.

MB ke Manek Urai bantu pembersihan pasca banjir, hulur bantuan

Posted: 10 Jan 2015 12:28 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


KUALA KRAI: Selepas menempuh perjalanan lebih satu jam, Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan lawatan kerja ke Kelantan dengan mengunjungi bilik operasi banjir Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) di Kuala Krai.

Sejurus tiba, Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra dan melihat sendiri persediaan makanan yang dilakukan petugas Pantas.

PANTASDifahamkan pasukan Pantas menyediakan makanan untuk penduduk kawasan Manek Urai, Taman Orked dan Taman Berkat Jaya.

Rombongan Dato' Menteri Besar bergerak ke Manek Urai pada jam 11.05 pagi menaiki pacuan empat roda.

Mohamed Azmin sebelum itu selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi lawatan kerja sehari pasca banjir di Negeri Kelantan.
MB KRAI12

Rombongan Kerajaan Selangor yang diketuai Mohamed Azmin menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

Lawatan kerja sehari ini akan bergerak ke Kuala Krai dan Manek Urai bagi membantu dan melihat kawasan banjir untuk kerja-kerja pembersihan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipertenggungjawabkan untuk bertugas di dua kawasan berkenaan.EZY

Hudud perlu dilihat dari perspektif keperluan yang mana K'tan sudah bersedia - PAS T'ganu

Posted: 10 Jan 2015 12:12 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KLANG: Seorang pemimpin PAS akar umbi menyifatkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu dilihat dari perspektif masa dan tempat dengan berpandukan keperluan pentadbiran kerajaan negeri untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. 
 
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani berkata adalah tidak adil sekiranya penolakan pelaksanaan hukum hudud itu dibuat dengan menyempitkan tafsiran sistem perundangan tersebut.
 
Beliau juga menganggap usaha untuk membawa undang-undang hudud ke Dewan Rakyat tahun lalu disifatkan 'terlalu lambat' memandangkan kerajaan PAS Kelantan telah menggubal Enakmen Jenayah Syariah sejak 1993.
 
"Sepatutnya perkara ini bukan berlaku sekarang, ia patutnya dah lama sebab dah lebih daripada 20 tahun.
 
"Sepatutnya perkara yang begitu mustahak dan penting ini tidak dilengahkan seperti mana enakmen lain begitu cepat naik di Parlimen dan diluluskan atau sebagainya," katanya kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun Azman Shapawi meletakkan harapan tinggi supaya ahli Parlimen beragama Islam memberikan sokongan kepada rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.
 
"Cuma harapan saya terutamanya kepada Ahli Parlimen Islam daripada Umno, PKR dan juga PAS wajib mereka menyokong undang-undang ini jika ia dibawa ke Parlimen.
 
"Kerana jelas undang-undang ini adalah satu undang-undang terbaik dan bukan untuk dilaksanakan di Malaysia tapi hanya untuk di Kelantan.
 
"Yang dibawa ini orang Islam yang terlibat dan orang bukan Islam tidak terlibat dengan perkara ini," katanya.
 
Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan akan membawa rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud  ke Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang, satu lagi usaha PAS untuk melaksanakannya di negeri itu.
 
Selain itu, kerajaan pusat juga tidak mempunyai sebarang halangan terhadap keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk membentangkan perkara berkaitan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini di Parlimen tahun depan.
 
Kerajaan Kelantan dijangka mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud selepas bencana banjir yang berlaku di negeri itu ditangani serta diselesaikan.
 
Persidangan itu sepatutnya diadakan pada 29 Disember lalu namun ditangguhkan atas sebab bencana banjir yang berlaku.
 
Tiada halangan laksana hudud tapi perlu penuhi mekanisme undang-undang
 
Jelas bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini lagi, secara umumnya tiada halangan untuk kerajaan negeri Kelantan melaksanakan undang-undang Islam namun ia perlu melalui proses dari sudut pindaan perlembagaan serta mekanisme pelaksanaannya.
 
"Jadi perkara ini tidak ada satu halangan untuk kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang yang mereka luluskan di peringkat negeri mereka.
 
"...dan masyarakat luar boleh memerhati dan membuat komen selepas pelaksanaan, adalah tidak adil saya nampak kalau sekiranya perkara ini tak dilaksanakan lagi atau tak buat apa-apa tapi tiba-tiba kita kata perkara ini tak betul atau tak bagus," katanya.
 
Antara  mekanisme pentadbiran undang-undang yang dipersoalkan umum termasuklah pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa mahkamah yang terhad, tiada panduan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum serta prosedur yang tidak lengkap.
 
Selain itu, pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan perintah, tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa dan lain-lain turut menjadi persoalan sama ada Kelantan memenuhi aspek berkenaan.
 
"Sedangkan kita belum cuba dan belum tengok pelaksanaan undang-undang ini yang belum pernah dibuat sebelum daripada ini," tambah Azman Shapawi lagi.
 
Katanya, meskipun berdepan kesukaran menyebarkan maklumat mengenai hudud namun ia tetap dilakukan melalui sayap-sayap dewan PAS. 
 
"Kita masih meneruskan kerja tak pernah berhenti cerita bab hudud ini  cuma kita bagi pihak pembangkang kita tidak mempunyai media yang cukup untuk menjelaskan kepada masyarakat.
 
"Mungkin bagi keadaan Kelantan kita boleh sebab jadi kerajaan.
 
"Tapi untuk negeri-negeri lain untuk beri kefahaman yang betul mungkin kita tak sempat sebab jumlah yang ramai, masa yang terbatas, tenaga yang kurang dan kemudahan yang terbatas," katanya.
 
Selain kekangan media, pendakwah bebas ini juga berkata PAS turut berdepan dengan kumpulan yang memperlekehkan hukum hudud dengan memberi gambaran negatif pelaksanaannya kepada umum.
 
"Sukar untuk kita memberitahu kepada umum, dalam masa yang sama timbul kumpulan-kumpulan yang memperlekehkan undang-undang ini.
 
"Jadi perkara itu menjadi satu polemik untuk kami meneruskan kerja tapi kerja ini tetap berjalan," katanya.
 

Sayur RM10 sekilogram di Lembah Klang

Posted: 10 Jan 2015 12:10 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLANG: Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini, kini mencecah RM10 sekilogram di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.
 
Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor Yusof Bakar.
 
Katanya kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.
 
Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini, hari ini.

Mangsa banjir di Johor meningkat, empat lagi negeri menurun

Posted: 10 Jan 2015 12:08 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 145 orang setakat 9 pagi ini dengan lima pusat pemindahan dibuka berbanding 130 orang malam tadi.
 
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan Perak terus menurun manakala di Terengganu jumlahnya kekal, menjadikan keseluruhan mangsa di pusat pemindahan di negeri-negeri dilanda banjir menurun kepada 16,187 orang daripada 17,719 orang malam tadi.
 
Di JOHOR, sebanyak 32 orang penduduk Mukim Gemerah dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Badak dan 91 orang dari Mukim Labis dipindahkan ke Balai Raya Kampung Segamat Kecil.
 
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, lima penduduk dari Mukim Buloh Kasap ditempatkan di Balai Raya Kampung Spang Loi dan dua orang dari Mukim Buloh Kasap dipindahkan ke Balai Raya Kampung Mensudut Lama.
 
Selain itu, 15 orang dari Pagoh juga telah dipindahkan ke Kompleks Penghulu Pagoh.
 
Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat turut terputus hubungan, menurut pusat kawalan berkenaan.
 
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun kepada 10,837 berbanding 11,697 orang yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan orang malam tadi.
 
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan menempatkan mangsa paling ramai sebanyak 6,387 orang diikuti Maran (2,354 orang), Kuantan (1,005 orang), Temerloh (572 orang), Rompin (472 orang) dan Bera (47 orang).
 
Di KELANTAN, bilangan mangsa juga menurun kepada 2,372 berbanding 2,440 orang seperti yang direkodkan malam tadi iaitu melibatkan 512 buah keluarga yang ditempatkan di 27 buah pusat pemindahan.
 
Berdasarkan statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, jajahan Gua Musang mencatatkan 1,157 orang, Kuala Krai (1,022), Machang (100) dan Tanah Merah (93).
 
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 2,805 mangsa daripada 3,424 orang, sementara kesemua pusat pemindahan di Kuala Kangsar ditutup.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata sehingga kini hanya 15 pusat masih dibuka iaitu di Hulu Perak, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.
 
Jumlah mangsa banjir di Hulu Perak seramai 117, Perak Tengah (2,053), Manjung (155) dan Hilir Perak (480).
 
Di TERENGGANU, bilangan mangsa kekal 28 orang seperti direkodkan malam tadi dan kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Batu 14 Kuala Tayor dan Masjid Kampung Batu 14 Kuala Tayor.
 
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah tersebut melibatkan tujuh buah keluarga yang berada di dua pusat pemindahan itu.
 
Dalam pada itu, paras air sungai-sungai utama di Terengganu berada pada paras normal pagi ini.

Tambah 11 kerusi DUN Sarawak, taktik kotor SPR bermula

Posted: 09 Jan 2015 09:24 PM PST

Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak jelas bermotifkan politik, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, cadangan penambahan kerusi DUN tanpa peningkatan bilangan kerusi Parlimen merupakan petunjuk bagaimana SPR sekali lagi bertindak membelakangi prinsip demokrasi demi kepentingan pihak tertentu.

"Apakah rasional untuk menambah 11 kerusi DUN tetapi tidak menambah langsung kerusi Parlimen?"

"Jika peningkatan bilangan pengundi digunakan sebagai alasan untuk mewajarkannya, mengapa hujah tersebut tak terpakai bagi kerusi Parlimen?"

"Ini bukti jelas bahawa SPR tidak mematuhi prinsip­prinsip demokrasi tetapi tunduk kepada kepentingan politik untuk meratakan persempadanan semula Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri tahun depan (2016)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, dengan tindakan terbaru ini, SPR sekali lagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah sebuah badan yang bebas, adil dan telus untuk melakukan persempadanan semula.

Pada 5 Januari lalu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh menyatakan pihaknya mengesyorkan jumlah DUN Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi.

Beliau mendakwa, syor itu dibuat selaras pindaan undang­undang dalam Perlembagaan Negeri yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember tahun lalu.

Tambahnya Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian­Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak juga akan dipaparkan kepada awam di tempat­tempat seperti dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula bermula 5 Januari hingga 4 Februari 2015.

Mengulas lanjut, Kian Ming menegaskan sebab utama mengapa kerusi Parlimen tidak ditambah berikutan ia memerlukan pindaan perlembagaan di peringkat Parlimen, di mana BN tidak memiliki majoriti dua pertiga.

"Jika kerusi Parlimen baru dicadangkan, maka persempadanan semula seluruh Sarawak bakal tertangguh kerana ia mungkin tersekat di peringkat Parlimen," tegas Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu. – ­Roketkini.com

Harga minyak menjunam, bila Najib nak turunkan tarif elektrik?

Posted: 09 Jan 2015 09:19 PM PST

elektrik_L3

 Roketkini.com

 
BATU PAHAT: DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN untuk memastikan tarif elektrik dikurangkan dengan segera.

Pengarah Dasar DAP Johor Wong Shu Qi berkata, tidak ada alasan lagi untuk Najib tidak menurunkannya memandangkan harga bahan api telah menjunam dengan ketara sejak enam bulan lalu.

"Walaupun TNB menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak mengurangkan tarif elektrik, Najib perlu bertanggungjawab.

"Jika tidak, Najib harus mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk menerangkan kepada orang ramai mengapa tarif elektrik tidak boleh diturunkan.

"Beliau harus mengemukakan sebab yang kukuh dan bukannya omong kosong kerana seluruh rakyat Malaysia mengetahui harga minyak mentah telah menurun," katanya.

Pada Disember 2013, DAP telah membantah tindakan kerajaan meluluskan kenaikan tarif elekrik dan mendesak Suruhanjaya Tenaga menjelaskan kepada orang ramai mengenai Pelepasan Kos
Ketidakseimbangan (ICPT) serta menerangkan mekanisme rasionalisasi subsidi untuk mewajarkan kenaikan tersebut.

Atas sebab itu, Shu Qi yang juga Adun Senai memohon Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya memaklumkan kepada orang ramai apakah formula ICPT masih diguna pakai dalam menentukan tarif elektrik.

"Jika jawapannya adalah ya, maka Suruhanjaya Tenaga perlu menjelaskan bagaimana tarif semasa ditetapkan," katanya.

Menurut Shu Qi, TNB mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan terakhir pada Ogos 2014.

Ujarnya, wang tunai yang dijana daripada operasi syarikat itu sendiri berjumlah RM10.334 bilion untuk Tahun Fiskal 2014, dengan margin keuntungan kira-kira 15 peratus.

"Sebagai sebuah entiti perniagan monopoli, risiko perniagaan mereka adalah rendah sebab rakyat akan terus menggunakan tenaga elektrik dari TNB.

"Oleh itu, TNB akan menikmati keuntungan tidak berkesudahan sementara rakyat terus membayar tarif yang tidak adil," katanya. – Roketkini.com

MyEG: Bayaran RM38 Meliputi Pelbagai Tanggungjawab

Posted: 09 Jan 2015 09:11 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Sekumpulan majikan mendaftarkan pekerja mereka di kaunter sementara MyEG di luar Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Butterworth.
 
 
 
PETALING JAYA: Yuran RM38 yang dikenakan oleh MyEG untuk memperbaharui permit pekerja asing menerusi dalam talian meliputi 'pelbagai tanggungjawab' termasuk pengesahan biometrik.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, MyEG berkata pembaharuan itu dilaksanakan dengan dua objektif utama.

"Objektif utama adalah untuk mengenal pasti pekerja-pekerja asing yang sah di negara ini dan majikan yang sengaja atau tidak sengaja menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati)," katanya.

Objektif lain adalah untuk menyediakan cara yang lebih mudah dan cekap untuk menjalankan proses pembaharuan permit.

"Yuran (meliputi pelbagai) tanggungjawab termasuk untuk menyerahkan permit baharu ke rumah atau pejabat pengguna dengan pengesahan biometrik, " katanya.

Selain pembaharuan permit, MyEG berkata ia ditugaskan untuk menyusun, mengesahkan, mengekalkan, mengemaskini dan menganalisis pangkalan data pekerja asing di negara ini.

Pangkalan data itu termasuk rekod bagi pekerja yang sah dan menyalahi undang-undang, majikan mereka dan bagi mereka yang mempunyai pekerja asing yang direkodkan atas nama mereka tanpa disedari.

Apabila butir pekerja dan majikan direkodkan dalam pangkalan data MyEG, pengesanan pendatang tanpa izin akan menjadi lebih mudah.

Selain itu MyEG berkata pihaknya akan menanggung kos penghantaran pulang Pati ditahan.

Tiada ulasan: