Isnin, 19 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Doa seantero bumi untuk Kelantan

Posted: 19 Jan 2015 06:49 AM PST

 Pagi ini, tanpa dugaan saya, saya dikunjungi oleh puteranya Kiyai Jejen dari Suka Bumi, Jawa Barat. Beliau sendiri seorang Kiyai - Kiyai Abdullah dengan timangan Ang Ang.

 Masih muda. Beliau dikirim ayahandanya untuk mengkhabarkan santri/murid dan pengikut ayahandanya telah melakukan munajat khas ketika banjir Kelantan memuncak, 25 Disember Khamis malam Jumaat. Sekitar 25,000 orang bermunajat bersama.

 Dalam solat hajat persendiriannya Kiyai Jejen sendiri telah sujud hampir tiga jam dengan teriak tangis.

 Katanya kepada muridnya, 'Kelantan itu saudara saya. Satu-satunya negeri yang menerima saya dengan diri saya ialah Kelantan....' Pesannya kepada puteranya, 'Saya tetap selamanya muram sehingga kamu menziarahi dan menyampaikan salam ayah kepada keluarga kita di Kelantan....'

 Kerana itu puteranya tercegat di pintu rumah saya pagi ini.

 Sungguh pun saya telah berkawan dengan Kiyai Jejen dan mengunjungi pesantrennya, saya belum mengenali Ang Ang selama ini.

 Rupanya, polisi mereka berdua, jika bapa berkelana untuk berdakwah, si anak di pesantren dan sebaliknya.

 Dalam perbualan kami, baru saya mengetahui bahawa pesantren Kiyai Jejen melalui ABRI, melatih santrinya untuk menjadi serba boleh dan lasak. Falsafah Jejen adalah 'Kiyai mesti jadi petugas Allah, bukan tuan-tuanan untuk diraikan....'

 Semasa tsunami Acheh, ratusan santri dihantar ke Acheh untuk gerakan menyelamat selain pengukuhan aqidah.

 Mereka diturunkan ke medan dengan payung terjun termasuk Ang Ang. Dari khemah payung terjun, mereka membina penempatan dan seterusnya beroperasi di celah mayat-mayat selama empat puluh hari!

 Beliau membawakan rakaman video majlis munajat di Suka Bumi itu. Nanti akan di angkat muat.

 Pak Jejen seorang pemimpin lapangan selain berkeahlian dalam kepimpinan Islami. Beliau adalah antara lain, penggubah lagu rasmi Suka Bumi.

 Saya lebih terkejut, pada tanggal 25 hb beliau sudah merasakan kecemasan kami, ketika banyak pihak masih belum mendengar siren amaran.... Pada hal, pegawai tinggi JPS telah ber wasap memberikan amaran banjir kali ini akan lebih besar dari banjir 1967 seawal 23hb lagi.

 Saya malu dengan Obama.....

 Petang ini, InsyaAllah Kiyai Ang Ang akan bersama saya untuk ke Aring Dua, Gua Musang. Kami akan bermalam di sana.

 Pagi ini, dua ekor kambing saya disembelih untuk makan malam ini, selepas majlis tazkirah, maulid dan qasidah.

 Difahamkan, hanya sebuah rumah separuh selamat dari 31 buah rumah. Bekalan air sampai hari ini belum pulih.

 Kami akan membawa sepuluh beg simen untuk membina tandak dari bukit di sini. Bagaimana sebuah kampung kecil belum boleh diberikan bekalan air bersih selepas hampir sebulan bah melanda?

 Mungkin kerana pihak tertentu ketiadaan maklumat? Siapa mengumpul dan menyelaras maklumat?

 Ketika PM kita mahir ber golf dengan Obama, Malaysia masih seperti kura-kura menguruskan kecemasan ini? Pada hal, sungguh pun banjir 2014 adalah mega, tetapi bukanlah langsung di luar keupayaan Malaysia menguruskan sebuah krisis seperti ini. Jika kampung sekecil ini hanya berharap kepada sukarelawan untuk pulih selepas sebulan, bagaimana Malaysia mampu berhadapan dengan krisis yang lebih besar? 

 Sukarelawan juga ada pasang surutnya. Selepas sukarelawan pulang, apakah saudara mara kita hanya ditemani gelap malam??? Saya akan membincangkan hal ini di kesempatan yang lain.

Sampaikan salam saya kepada Obama, Aring Dua belum dipulihkan. Air dan segalanya.

 Tentang rumah, saya berkongsi sentimen dengan TS Anuar Musa dalam komennya tetapi nota tambahan kita bicarakan semula..

3:36pm 19/01/2015

Benarkah blogger Milo Suam yang cetus huru hara di Sabah?

Posted: 19 Jan 2015 02:58 AM PST

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah mendapati blogger Yusuf al-Siddique Suratman - lebih dikenali sebagai Milosuam - bersalah menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai semasa pencerobohan Sulu di Sabah tahun lepas, walaupun  peguamnya  membantah mengatakan perbicaraannya tidak adil sejak bermula, kerana dia tidak boleh diwakili oleh peguam yang dia mahukan. 

 Yusuf telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun, iaitu hukuman maksimum, tetapi telah diberi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

  Dia didakwa pada bulan Jun tahun lepas di bawah Seksyen 505 di bawah Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan rasa takut di kalangan rakyat melalui posting di blog mengenai langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan semasa serangan oleh tentera lelaki Sulu di Lahad Datu di pantai timur Sabah, yang  terdedah kepada penculikan oleh militan di selatan Filipina.

 Blogger itu telah menyiarkan, pada blognya (milosuam.blogspot.com), sebuah dokumen bertajuk "Borang Utusan Polis" dalam posting "Maklumat Sulit: pendatang Asing Telpon Paus Huru-Hara di Sabah". Posting ini dibuat pada 6 Mac 2013 dan Yusuf telah ditahan di Kuala Lumpur 2 bulan kemudian.- Baca lebih lanjut di sini

Apakah rakyat hanya berasa takut bila membaca pendedahan blogger Milo Suam? Waima berita pencerobohan itu telah sebulan lebih awal didedahkan iaitu pada 16 Februari, 2014  di sini.

Tiada ulasan: