Jumaat, 10 Oktober 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PADAN MUKA !

Posted: 10 Oct 2014 06:30 PM PDT











KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan lebih tegas untuk mengutip semula pinjaman dengan menyenaraikan peminjamnya dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Menerusi sistem itu yang diwujudkan Bank Negara Malaysia (BNM), peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko tidak mendapat kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

KAH KAH KAH

padan muka
sokong lagi
parti ketuanan melayu
padan muka
undi lagi
gerombolan ketuanan melayu

KAH KAH KAH


------------

TAHUN KANAK KANAK

Posted: 10 Oct 2014 07:00 AM PDT





TAHNIAH

malala termuda
dalam sejarah hadiah nobel
baru berumur 17 tahun
juga kailash pejuang
hak kanak-kanak



Malala Yousafzai and Kailash 

Satyarthi named as winners of 2014 Nobel Peace Prize


Malala Yousafzai, the Pakistani teenage education campaigner shot on school bus in 2012 by a Taliban gunman, has won the 2014 Nobel peace prize.
Malala won along with Kailash Satyarthi, an Indian children's rights activist.
The two were named winner of the £690,000 (8m kronor or $1.11m) prize by the chairman of the Nobel committee - Norway's former prime minister Thorbjoern Jagland - on Friday morning.


KAH KAH KAH

di malaysia
berita ini
menakutkan
rahim tambi kecik
dan
rais yatim
kah kah kah


------

HUTANG HUTANG HUTANG

Posted: 10 Oct 2014 06:00 AM PDT







KUTIP HUTANG PTPTN MENGGUNAKAN CCRIS TIDAK BERMORAL

Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat "U-turn" dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.

Pada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang. Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.

YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:


1.      Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?

2.      Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?

3.      Pampasan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional seperti pampasan tol dan subsidi gas kepada penjana bebas?

Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam-peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini.

 Oleh yang demikian, saya menyeru supaya YB Saudara Khairy Jamaluddin kekal dengan pendirian awal iaitu menentang tindakan menyenarai hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS kerana ada cara-cara lain yang lebih berhemah seperti berikut:

1.      PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja (disposable income) yang mengasingkan di antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar, dari peminjam yang betul-betul tidak mampu.

Contohnya, peminjam-peminjam PTPTN wanita yang surirumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang.

 

2.      Daripada senarai ini (yang telah mengasingkan peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar), saya cadangkan PTPTN menghubungi mereka dan merundingkan jadual bayaran. PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar.

Cara ini sudah pun digunakan oleh badan-badan biasiswa seperti PETRONAS, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan. Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan.

  
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

10 Oktober 2014

---------

TOK IS CHIP

Posted: 09 Oct 2014 10:52 PM PDT






Gabungan siswa mahu 

'GANYANG' Akta Hasutan

Sekumpulan 17 organisasi siswa membentuk satu gabungan baru bagi menggembleng kumpulan pelajar untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan.

Kumpulan digelar Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) itu melibatkan gabungan kumpulan siswa dari 11 universiti swasta dan awam dari seluruh negara.

"Bawah Akta Hasutan, hampir apa saja yang dituturkan atau diterbitkan yang sedikit kontroversi boleh dianggap menghasut. Ia mengekang kebebasan akademik.



KAH KAH KAH

tok no yus
tok is chip
kum to strit
KAH KAH KAH


---------

ADA KONSPIRASI

Posted: 09 Oct 2014 08:32 PM PDT







KERALA
Hairan sungguh madey beria ria nak lagakan pas dan pkr dan dap... apa sebab muslihat kerala ini ? Adakah kerana tidak tenteram adakah kerana tidak cukup tidur atau memang dah nyanyuk ? Kah kah kah... apapun muslihat musang dan kerala zaman sudah berubah... rakyat tak anggap madey relevan lagi... kah kah kah semua tak.betul... anwar tak betul... musa de hitam.tak betul .. ghafar baba tak.betul... pak lah tak.betul... najib tak betul... khairy tak betul....semua tak.

betul kecuali madey seorang yang betul semua.. kalau negara ini menuju kehancuran... sebab utama madey pegang kuasa selama 22 tahun.... semua sedar hakikat ini..madey berjaya pecah perintah semua sekali....siapa tak sebulu terus ditumbang kah kah kah... siapa yang angkat madey terus diangkat jadi jutawan... sindrom ini berterusan sehingga kini... para pembodek semakin ketara sekeliling pinggang kah kah kah... budaya biasa lah kah kah kah on KONSPIRASI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/10/14
MENGOLAH PERSETUJUAN
letupan bom di bukit bintang tu adakah mengolah persetujuan supaya akta hasutan dan ISA dikekalkan oleh mat mongol? kah kah kah kantoi lagi ... on KONSPIRASI
Suku Samdol
on 10/10/14
UTANG PTPTN
kahkahkah ,lepas ni mesti ada ops tangkap bebudak utang ptptn kot ? lepas satu satu bala atau rezeki rakyat marhaen mesia dok mai ! mesia bole & rakyat didahulukan, ABU ! on KONSPIRASI
Amuraria
on 10/10/14
MUSUH KELILING
Musuh jib dok keliling dia saja....tak payah lah amerika yahudi mai serang....ni sebelah.menyebelah yang dok nak jatuhkan.jib....tapi kena sedar kenapa nak jatuhkan jib ? Sebab.jib banyak.kelemahan....banyak sangat sampai rakyat naik.meluat...walaupun semua dok kutuk madey kerala tapi selama madey perintah....rakyat tak.susah macam.sekarang... kerala pandai main politik...pecah perintah...tapi.


zaman sudah berubah....la.ni ada internet...walau madey dihentam saban hari....kerala tu tak ambik pot kah kah kah...harta yang dikumpul.selama ini bawa pi kubur tak? Entahlah saban hari kutuk yahudi saban kutuk amerika tapi perangai sendiri.lagi teruk dari mereka.. Yahudi dan.amerika buat.keganasan terhadap orang lain.demi jaga rakyat sendiri.....sini bezanya rakyat sendiri ditindas untuk.kepentingan diri dan.keluarga. ..kah kah kah Maaaaaaaaappppppooooossssss on KONSPIRASI
Anonymous
on 10/10/14
HEIDI
Heidi...eh,dah mcm nm pompuan?haa..chicken dick.baru mcm din ayam on KONSPIRASI
Anonymous
on 10/10/14
FREE LOADER
Mongolia tak pernah susah... tak pernah banting tulang... tak pernah bawa basikal ke sekolah... pernah jalan ke pasar ? Apa tau pasal rakyat susah pulak ? Tangan pun lembut macam amoi cina doll kah kah kah... jadi yang mangsa seluruh rakyat kerana dipimpin.oleh seorang spesis yang senang lenang....naik jet naik kereta ada pemandu... tak pernah untuk.

apa sekali pun walau makan dan minum... semuanya percuma... jadi golongan free loader sejak.berzaman... mana mungkin dia tau kesusahan rakyat yang bergaji bawah rm 1 ribu....memanglah pandai berucap ucap... sebab teks ucapan disediakan oleh tukang jaga ketuanan... begitulah.kisah negara ini...ditambah dengan.pelbagai.kesusahan dan keperitan.hidup... sepatutnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat menjaga kebajikan rakyat... ini.tidak... semua pakat pakat kaut apa saja yang boleh utk penuh karung sendiri kah kah kah... nasib nasib beb.... kak kah kah kak on KONSPIRASI
Anonymous
on 10/10/14

HARD
Hadi?! Hardy!? on KONSPIRASI
Anonymous
on 10/10/14









---------

SEMUA SETUJU SOKONG

Posted: 09 Oct 2014 07:39 PM PDT





"Siapa yang menghalalkan Oktoberfest adalah kafir'
 | October 8, 2014
Kerajaan seharusnya tidak boleh menghalalkan program sedemikian kerana ia merupakan satu perbuatan yang haram.

PETALING JAYA : "Apa-apa program yang melibatkan arak adalah haram," tegas Mufti Perak,  Harussani Zakaria ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata, pihak-pihak yang menghalalkan penganjuran program tersebut dikategorikan sebagai kafir.
Katanya, kerajaan seharusnya tidak boleh menghalalkan program sedemikian kerana ia merupakan satu perbuatan yang haram.
"Kerajaan dan PBT tidak sepatutnya memberikan kelulusan kepada penganjur," katanya ketika diminta mengulas mengenai penganjuran pesta arak Oktoberfest di Selangor.

KAH KAH KAH

setuju
sokong 100 peratus
bila dah jadi kapir
tak payahlah ganggu mereka
mereka nak minum arak
nak ngentot perempuan
tak nak puasa
tak nak bayar zakat
mereka nak murtad ke
nak masuk kristian ke
tak perlu tangkap mereka
kerana mereka dah jadi 
kapir

KAH KAH KAH

-----------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut..

Posted: 10 Oct 2014 01:26 PM PDT

SAYA kata Umno pembuli Pas sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam Umno selepas boleh kuasa. Buli. Anda pula kata Nik Abduh tuduh Pas sentiasa kena buli dalam PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Bukti yang amat jelas kat bawah ni...masih tak nak ngaku?

 
 Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden Pas. Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran Umno-Pas?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...


2.29 ~ Dan sebenarnya Unity Government kita bincang dalam, dalam  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang dalam semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah Unity Government.Ini juga menjadi perbincangan. Termasuklah aspek Undi Tak Percaya.
2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP!
2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP!  KLIK UNTUK TRANSKRIP PENUH
 Kenyataan 2.29 / 2.47 / 2.57 Adalah amat jelas pembohohongan besar. PAS sendiri tidak pernah mendapat penjelasan mengenai UG lontaran idea Hj Hadi.

PKR dan DAP tidak pernah di rundingi mengenainya dan tidak pernah menyatakan bersetuju dengan idea UG Hj Hadi ini. Bukti-buktinya seperti berikut :
Boleh ikuti beritanya di sini

10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan

Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen. 

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Baca lagi di sini
Saya kata 2 Adun itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas. Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Kalau benar 2 Adun itu pengkhianat parti, apasal sampai sekarang mereka ini masih tidak diambil tindakan yang sewajarnya?



Nik Abduh, kamu adalah umpama melontar batu sembunyi tangan....
 Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau Presiden Pas dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama Pas. Ahli Pas harus ada kesedaran yang tinggi. Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Ramai yang kata kamu tu mengarut dan tidak berasas kerana kamu tidak sertakan apa-apa bukti. Salah satu komen di Malaysian Insider mengenai konspirasi yg Nik Abduh sebut :
Pakngah Rock: Semakin banyak kenyataan Nik Abduh maka semakin beliau dilihat tidak cerdik. Peribahasa Inggeris kata "seseorang itu dilihat kebodohannya apabila membuka mulut". Sebagai seorang ulama muda beliau seharus mengemukakan bukti2 yg kukuh dahulu sebelum membuat kenyataan. Saya takut nanti ada orang kata beliau mengidap sindom Skizoferinia ialah penyakit jiwa yang membayangkan ada orang lain yang mengganggu dirinya. Sedangkan perkara itu hanya ilusi sahaja. Harap2 Nik Abduh dapat pergi ke mana2 darul syifak untuk mendapatkan terapi.
Apakah kerana Hj Hadi dan MSU menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, maka ia didalangi negara luar? Baca lagi di sini
 Anda kata, saya tak kata pun. Anda salah. Saya pula anda salahkan.Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang. 

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

 Orang PAS Pasir Mas sendiri pun dah tahu maka suruh dia berundur ......



Korang jangan jadi macam Nik Abduh yang semakin kuat mengarut.Dia ingat korang ni ayam ke apa? Kah! Kah! Kah!
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul AzizAhli Parlimen Pasir MAS, AJK Pas Pusat SUMBER

Kenapa dokumen perjanjian air Selangor perlu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

Posted: 09 Oct 2014 10:00 PM PDT

Perjanjian air Selangor terancam, 
Putrajaya perlu muktamadkan segera 
OLEH MOHD FARHAN DARWIS Published: 9 October 2014 -

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bimbang kerana 
terdapat perkembangan baru yang mungkin menyebabkan perjanjian 
penstrukturan air dengan Selangor tidak dapat dilaksanakan.
 – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014. 

Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

 Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

 "Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.

 "Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.

 "Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.

 Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.

 Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).9 "Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.

 "Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.

 Azmin pada 2 Oktober dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat tentang proses tersebut.

 Azmin berkata, taklimat itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan. Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.

 Kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

 Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut. –  Oktober, 2014. SUMBER

Kodok berkahwin? Bio betui....

Posted: 09 Oct 2014 05:30 PM PDT

Aku tertarik dengan tajuk berita ini ~ Ini Alasan Kodok Menikahi Peri meski Tak Pernah Melihat Wujudnya. Kodok berkahwin? Tersentap hotak aku ...aku rasa korang pun tentu minat untuk membacanya. Silakan...



YOGYAKARTA, KOMPAS.com — Sejak pertama bertemu dalam mimpi hingga saat ini, Kodok Ibnu Sukodok (63) mengaku belum pernah melihat wujud Peri Roro Setyowati. Walau demikian, ia tetap ingin menikahinya. 

 Bagus menceritakan, sekitar lima tahun lalu, dirinya datang ke hutan Ketangga di daerah Paron, Ngawi, Jawa Timur. Sesampainya di lokasi, ia merasa ingin buang air besar. Kebetulan, ia melihat sungai dan memutuskan buang air besar di sana. 

 "Saya memang sudah tidak tahan, ya di sungai itu saya buang air besar," ujar Kodok saat ditemui di lokasi pernikahan di Desa Sekalaras, Kecamatan Widodaren, Ngawai, Jawa Timur, Rabu (8/10/2014). 

 Beberapa hari kemudian, Kodok mimpi bertemu dengan seorang perempuan yang mengenakan pakaian adat Jawa dan berparas biasa. 

 "Cantik tidak, jelek juga tidak. Ya, normal-lah. Namanya Roro Setyowati," ucapnya. 

 Selama ia mengenal peri itu, pria yang akrab disapa Eko ini mengaku tak pernah melihat Roro Setyowati menampakkan diri. Sang peri, menurut dia, hanya membisiki dan menyenggol dirinya.

 "Awalnya takut, bau wangi, mendengar suara, tetapi lama-lama biasa," kata Eko.

 Menurut dia, selama ini bisikan-bisikan Roro Setyowati berisi hal-hal yang positif. Apa yang dikatakan selalu memacu dirinya untuk lebih baik. Terutama sebagai seniman, Kodok dinasihati untuk terus menghasilkan karya. 

 Kodok mengaku pernah ditemui seorang temannya yang berprofesi sebagai paranormal. Dia menawarkan akan mengupayakan agar dirinya bisa melihat Roro Setyowati. Saat itu, Kodok diberikan mantra dan dipijat untuk membuka indra keenamnya. Namun, setelah beberapa kali mencoba dan selalu gagal, Kodok pun memutuskan untuk menghentikan ritualnya. 

 "Diberi mantra, terus dipijit untuk membuka indra ke-6. Namun, setelah baca mantra berulang kali, suatu saat tubuh saya gemetar sangat kencang. Karena takut, saya putuskan tidak lanjutkan," ucapnya. 

 Kodok mengungkapkan, sampai saat ini dirinya tidak pernah melihat wujud Roro Setyowati. Ia hanya bisa berdialog dan merasakan kehadiran makhluk halus itu. 

 "Saya kalau bicara sama dia seperti orang gila paling, ya. Akan tetapi, memang ada," katanya. 

 Seperti diberitakan, Rabu (8/10/2014), seorang pria bernama Kodok Ibnu Sukodok (63) meresmikan hubunganya dengan "perempuan" idamannya yang disebut merupakan makhluk halus yang kemudian disebut dengan "peri" bernama Roro Setyowati. Pernikahan antara Kodok dan Peri Roro Setyowati dari hutan Ketonggo ini digelar di rumah tua milik seniman Bramantyo Prijosusilo di Desa Sekaralas, Kecamatan Widodaren, Ngawi. [Baca: Di Ngawi, Ada Pernikahan Manusia dengan Peri]. 

 Bramantyo, sang konseptor pernikahan itu, mengatakan bahwa daup (pernikahan) antara Bagus Kodok dan Peri Roro Setyowati bukan guyonan. Prosesi ini adalah sebuah peristiwa sakral yang dikemas dalam bentuk happening art. Layaknya sebuah pernikahan biasa antar-manusia, perhelatan ini dihadiri tamu, mulai dari seniman, warga, hingga pejabat desa setempat. [Baca: Pernikahan Manusia dengan Peri Disaksikan Warga dan Pejabat Desa ]

Biaqpila

Biaqpila


BOLEHKAH MURTAD KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM?

Posted: 09 Oct 2014 09:00 PM PDT



Murtad yang diertikan dengan menukar agama Islam kepada bukan Islam, atau menyimpang dari akidah Islam kepada akidah kufur. Murtad adalah suatu dosa yang sangat besar, bahkan paling besar antara dosa-dosa besar, namun jika seseorang murtad dengan rela hati ingin kembali semula kepada Islam, maka pintu taubat sentiasa terbuka. Dalam sebuah hadis Qudsi, yang diriwayat Muslim, bilangan 2760 menyatakan: "Sesungguhnya Allah melebarkan tangan-Nya pada waktu malam, supaya pelaku-pelaku dosa pada siang hari bertaubat pada waktu malam, Dia melebarkan tangan-Nya pada waktu siang, supaya pelaku-pelaku dosa pada waktu malam bertaubat pada waktu siang."

Antara pelaku dosa itu, termasuklah dosa murtad yang belum dihukum ke atasnya menurut undang-undang Islam. Jika telah dihukum, maka hukuman itu sendiri bertindak sebagai pembersih dosanya di Akhirat. Mustahak juga diketahui, murtad adalah penyakit spiritual, ia mempunyai beberapa persamaan dengan penyakit fizikal. Jika penyakit fizikal ada yang masih boleh diubati, dan ada yang terpaksa dipotong anggota, maka penyakit murtad juga begitu, ada yang masih boleh dipulihkan dengan taubat, dan ada yang terpaksa dihukum bunuh.

Sesetengah ulama Islam berpendapat, dosa murtad tidak diampun Allah, kerana menurut mereka, jika dosa syirik tidak diampuni, maka dosa murtad lebih keji daripada syirik. Pendapat ini diperkukuhkan dengan bewberapa firman Allah, antaranya ayat al-Nisa': [4:48] yang membawa terjemahan:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutuka-Nya, dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya."

Mengenai murtad pula Allah berfirman dalam surah Muhammad [47: 25] yang membawa terjemahan:

"Sesungguhnya orang-orang murtad sesudah terang kepada mereka pertunjuk, syaitanlah yang memperdayakan mereka."

Menurut tafsiran ulama dua ayat ini merupakan amaran keras terhadap mereka yang memeluk Islam, kemudian meninggalkanya. Soal sama ada dosa murtad mereka boleh bertaubat atau tidak. Ulama berpendapat, jika pihak-pihak berkenaan ingin bertaubat dengan suci hati serta menyesali kesalahannya yang lalu, serta berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan serupa, nescaya diterima taubatnya, Allah akan meredai kesalahannya yang terdahulu.

Ulama juga membincang, sama ada amal kebajikan yang dikerjakan sebelum murtad, masih kekal atau rosak binasa. Sebilangan ulama, termasuk imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat rosak atau terhapus, berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah [2: 217] yang membawa terjemahan:

"... dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, lalu dia mati dalam keadaan kafir kafir, maka merekalah orang yang sia-sia amal kebajikannya di dunia dan di Akhirat."
Namun begitu, segolongan ulama, termasuk Imam Syafie berpendapat: Ayat ini difahamkan keperitan azab yang dijanjikan terhadap orang murtad itu, bergantug kepada syarat khas, iaitu jika dia terus menerus murtad dan mati dalam kemurtadannya, tetapi jika dia bertaubat dengan taubat yang sempurna sebelum meninggal dunia, serta ikhlas dengan taubatnya, maka dia terselamat daripada azab yang pedih itu. [Tafsir al-Qurtubi, 3/48]

Justeru murtad boleh bertaubat, para ulama Fiqh menyatakan jika terdapat seseorang yang murtad, hendaklah diminta supaya bertaubat segera, kerana dibimbangi ada kuman-kuman jahatnya akan menjangkiti orang lain yang masih sihat.

Sebagai kesimpulan, murtad boleh bertaubat dan akan diterima taubatnya jika cukup syarat-syarat yang dikehendaki. Sebaik-baiknya, perbaikilah segala kerosakan yang dilakukan semasa murtad, sebagai bukti dia dengan sesungguhnya telah menyesal atas ketelanjurannya pada masa-masa silam.

dakwah

STESEN MINYAK KANTOI MENIPU

Posted: 09 Oct 2014 04:43 PM PDT

Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.


IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

"Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

"Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

"Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

SH