Khamis, 18 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KENYATAAN MEDIA DSAI

Posted: 18 Sep 2014 03:28 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
18 SEPTEMBER 2014
PENJELASAN MENGENAI AMALAN (CONVENTION)
Merujuk kenyataan Y. Bhg. Dato' Hj. Mohamad Munir Bin Bani dan Istana Selangor mengenai soal amalan (convention), ingin saya jelaskan: saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan UMNO-BN, sejak 1982 hingga 1998. Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari DYMM Sultan Selangor.
ANWAR IBRAHIM

DENGAR GANG 50 KENCING BERCABANG KENA KUTUK KAW KAW

Posted: 18 Sep 2014 03:13 PM PDT

THINK TANK KUMPULAN ILMUAN UG??? -PENDEDAHAN TULANG BESI

Posted: 18 Sep 2014 09:13 AM PDT





Kerajaan Selangor tidak kekal lama jika MB baharu daripada PAS, kata Mat Sabu

Posted: 18 Sep 2014 07:02 AM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap berpegangan kepada keputusan parti yang kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2014. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap berpegangan kepada keputusan parti yang kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 September, 2014.Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.
"Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

"Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui dalam muktamar itu.
Sultan Selangor akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.
Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).
Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor  itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika bercakap dengan The Malaysian Insider menganggap berita itu adalah benar namun pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan.
Perkara ini juga disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Sallehen Mukhyi ketika ditemui mengakui pejabatnya menerima jemputan itu, namun beliau masih belum menerima jemputan secara rasmi.
Beliau yang dimaklumkan berita itu hari ini, berkata masih lagi tidak mengetahui calon yang akan dilantik Sultan, dan menafikan dirinya akan diangkat sebagai menteri besar.
"Cuma saya tidak tahu lagi siapa menteri besar... yang penting bukan saya," katanya.
"Kita harap ini jalan penyelesaian terbaik. Kita tiada lagi ruang terbaik kecuali rakan PR terima," katanya dan menambah, berita itu diterimanya daripada seorang penghulu yang menerima jemputan berkenaan.
Terdahulu hari ini, Munir mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan konvensyen sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sehingga kini, PAS dikatakan menghantar tiga nama iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketiga-tiga mereka dikatakan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Adun Cempaka Iskandar Samad, pesuruhjaya PAS Selangor yang exco kerajaan negeri.
Tidak diketahui apakah PKR dan DAP menambah bilangan calon mereka selepas dititah murka oleh Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja sedangkan istana menitahkan dihantar lebih daripada dua nama.
PKR dan DAP sebelum ini memutuskan calon mereka hanya satu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan pelantikan menteri besar Selangor hanya akan dibuat selepas Muktamar PAS ke-60 yang bakal berakhir pada 20 September iaitu Sabtu ini. – 18 September, 2014.

Azizah, Azmin atau Iskandar?

Posted: 18 Sep 2014 03:56 AM PDT

Azizah, Azmin atau Iskandar?

 | September 18, 2014
Sekiranya pihak Istana mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Wan Azizah akan dilantik sebagai Menteri Besar.
COMMENT
selangor300Beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Negeri akan berlaku adalah satu mimpi sahaja ekoran jemputan yang telah dikeluarkan oleh pihak Istana.
Sebelum ini, banyak pihak yang meramal bahawa krisis pertukaran Menteri Besar ini tidak akan dapat diselesaikan dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon kepada pihak Istana supaya DUN dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan.
Namun kini, ia hanyalah ramalan palsu belaka.
Sebentar tadi, pihak FMT telah menerima maklumat bahawa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor akan berlangsung pada 23 September (Selasa) ini jam 10 pagi bertempat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Surat-surat jemputan sudah dihantar kepada Istana bagi menjemput wakil-wakil kerajaan dan orang-orang kenamaan.
Pihak FMT sendiri telah menghubungi wakil Istana, Encik Arfiq Farid sebentar tadi. Beliau mengesahkan perkara tersebut.
Namun demikian, nama Menteri Besar dan dari parti mana, masih belum diketahui dan hingga saat berita ini dikarang ia masih lagi menjadi misteri.
Ekoran itu, beberapa spekulasi telah beredar di laman sosial yang mengatakan bahawa tiga nama calon yang hangat dibincangkan adalah Iskandar Samad (PAS), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), dan Azmin Ali (PKR).
Ini sesuai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa Ali bahawa tiga nama yang diserahkan kepada Istana terdiri daripada dua calon daripada PKR dan seorang calon daripada PAS.
Calon PKR yang diserahkan oleh Mustafa Ali adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sedangkan nama calon PAS pula tidak didedahkan. Calon PAS yang menjadi spekulasi kini adalah Iskandar Samad.
Oleh yang demikian, pada kali ini, percaturan Anwar Ibrahim untuk menaikkan isterinya yang juga merupakan Presiden PKR mungkin tidak menjadi sebagai Menteri Besar jika Azmin atau Iskandar yang dipilih sebagai Menteri Besar, dan ini akan memberi tamparan yang besar kepada Anwar Ibrahim.
Walaubagaimanapun, sekiranya pihak Istana mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Wan Azizah akan dilantik sebagai Menteri Besar, ekoran beliau sendiri telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi Menteri Besar.
Sultan mungkin sahaja boleh untuk membuat kejutan, Wallahualam.

SURAT JEMPUTAN PERLANTIKAN MB...SIAPA?

Posted: 18 Sep 2014 02:31 AM PDT

TERKINI: WAJIB BACA ........ Ucaptama Hadi: Tiada yang baru untuk renungan ahli

Posted: 17 Sep 2014 10:51 PM PDT

Oleh:  Amirulmukminin


Ucaptama Presiden PAS Hadi Awang merasmikan Muktamar PAS ke 60 di Johor tidak mengandungi sesuatu yang baharu dan boleh dijadikan bahan renungan para ahli.

Hadi berucap di tengah-tengah kemelut krsis Selangor dan campurtangan rasmi PAS dalam perlantikan MB Selangor yang baharu. Kerusi MB yang dikhaskan buat PKR ditentukan oleh Hadi nama-nama pengganti yang sesuai, dan dipilih pula oleh kalangan pemimpin PAS yang tidak mesra Pakatan Rakyat.

Oleh itu, tidak ada apa-apa yang istimewa apabila Hadi berucap meminta ahli PAS terus beristiqamah bertahaluf siyasi bersama PR. Selama ini pun PAS telah bertahaluf tetapi tindakan Hadi yang klok klek (bahasa Terengganu untuk flip flop) tidak memaparkan semangat tahaluf itu.

Team A Team B

Sebenarnya PAS sedang menuju ke arah politik dua puak atau mungkin wujud Team A dan Team B.

Sebelum ini, dalam Muktamar Pemuda, terdapat puak yang mempertikai perwakilan tidak sah hadir mengundi dalam muktamar lalu bagi melantik Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat. Terdapat spekulasi Team A PAS mahu pemilihan semula jawatan ketua pemuda agar Nik Abduh yang tidak mesra PR dilantik sebagai ketua pemuda baru berbanding Suhaizan yang pro PR.

Kemudian terjadi u-turn oleh pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yaakob. Beliau dalam ucapan yang diedar kepada wartawan menyebut menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Namun pada sebelah petang Muktamar Dewan Ulama, selepas portal on line membesarkan berita itu, Ahmad berkata media tersalah lapor.

"Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama.

Apakah pengucapan kontroversi menjadi kebiasaan pemimpin PAS sejak kebelakangan ini? Sehingga kini, hanya Timbalan Presiden Mohammad Sabu sahaja yang tidak flip flop dalam ucapannya. Mat Sabu jelas menyokong PR dan dalam ucaptama di Muktamar Dewan Pemuda PAS, terang-terang menyokong penubuhan dan perjalanan NGO PasMa.

Mungkinkah puak ulama unity government (UG) akan melakukan serangan ke atas Mat Sabu pada perbahasan penuh bermula hari ini? Bunga-bunga telah dilihat ketika perbahasan dewan pemuda yang mempersoalkan Mat Sabu tidak sehaluan dengan Presiden dan wujudnya 'banyak' ketua dalam PAS.

Membeli masa

Malah Timbalan Mursyidul Am Haron Din yang diketahui tidak gemar kepada Anwar Ibrahim dalam ucaptamanya telah mengusul cadangan mengkaji tahaluf siyasi PAS bersama PR. Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan. Sekiranya jawatankuasa itu kelak mengusulkan PAS keluar PR maka satu muktamar khas akan dipanggil.

Malah ucapan presiden meneruskan tahaluf juga mungkin akibat tekanan dalaman PAS agar isu itu tidak mendominasi muktamar. Sedangkan umum sedar presiden mempunyai kuasa veto dan boleh membawa keluar PAS pada bila-bila masa dengan memanggil muktamar khas. Majlis Syura Ulama juga boleh membuat keputusan untuk keluar PR. Dan hampir kesemua pemimpin ulama PAS tidak lagi gemar bertahaluf, cuma mereka mungkin perlukan lebih masa untuk mentarbiyah ahli bawahan.

Ahli PAS seluruh negara sekiranya dibuat pungutan suara maka lebih 50 peratus mahu kekal dalam PR. Malah penyokong tegar PAS muak dengan konflik yang dicetus presiden. Kebanyakan mereka berpegang kepada hujah isu MB Selangor adalah masalah dalaman PKR dan PAS tidak perlu masuk campur.

Sama seperti pemecatan Hassan Ali, krisis MB Kedah dan sebagainya yang mana PKR sama sekali tidak campurtangan.

Tindakan presiden campurtangan dalam krisis di Selangor sehingga rumahtangga PAS bergolak dan hampir runtuh menjengkelkan mereka. Lebih dicemburui ialah PKR sendiri tidak bergolak dalam kemelut MB. Sepatutnya, kata mereka, PAS tenang sebagaimana DAP, bukannya berperang antara puak UG dan pro PR.

Namun tidak dapat diduga sokongan perwakilan terhadap presiden jika muktamar khas dipanggil. Sekiranya perwakilan walak maka Hadi akan mendapat undi cukup untuk membawa PAS keluar PR. Namun sekiranya Mat Sabu mempunyai keajaiban memotong walak maka puak ulama UG akan malu apabila usul tidak diluluskan.

Sekiranya kedua-dua situasi berlaku maka PAS tetap akan berpecah selepas ini. Ulama UG tidak akan membiarkan Team B pro PR berkuasa.

Rakyat undi reformis

Bagaimanapun Team B tidak perlu gusar kerana sekiranya mereka disisihkan maka mereka boleh membentuk parti baru atau bertanding atas tiket parti lain.

Iklim politik Malaysia semakin kritikal. Kelompok berparti semakin berkurangan. Banyak ahli parti tidak lagi mahu kekal sebagai ahli sebaliknya menggabung diri dalam kelompok atas pagar. Mereka kecewa dengan kedua-dua PR dan BN.

Tumpuan mereka kini hanyalah memilih gabungan mana yang lebih praktikal ideologi politik atau tawaran manifesto pilihan raya.

Bagaimanapun idea perubahan menguasai golongan atas pagar. Sekiranya, profesional PAS disingkir maka peluang mereka lebih luas untuk menang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan jika bertanding atas tiket reformis kecuali di Kelantan dan Terengganu.

PAS memang mempunyai keahlian yang besar di Pantai Barat Semenanjung tetapi separuh ahli yang masuk selepas gelombang reformasi bukan individu yang walak sangat kepada presiden. Kebanyakan mereka menyokong Anwar tetapi inginkan politik agama yang memberi pahala. Namun jika politik agama akhirnya condong kepada Umno maka tiada pahala yang akan diperolehi maka lebih baik mereka memangkah mana-mana calon pembaharuan dalam PRU.

PAS mungkin boleh belajar statistik daripada Umno yang berkeahlian 3.5 juta. Tetapi dalam pilihan raya undi yang didapat oleh Umno di kawasan-kawasan yang dimenangi PAS tidak menggambarkan jumlah keahlian Umno di kawasan itu. Jadi tentunya ahli Umno yang memangkah PAS. Maka situasi sebaliknya akan berlaku jika PAS akhirnya bersikap menolak politik baru.

PENDEDAHAN TERKINI DARI TULANG BESI.ANTARA MUKA DAN PERSONALITI PENTING UG?

Posted: 17 Sep 2014 09:15 PM PDT















Tukar Tiub

Tukar Tiub


PECAH BERITA - ADAM ADLI DIPENJARA

Posted: 18 Sep 2014 07:21 PM PDT






ADAM ADLI

dijatuhkan
hukum penjara
12 bulan

SALUT ANAK MUDA











---------

AKTA BAGINDA QUEEN 1948

Posted: 18 Sep 2014 06:45 PM PDT



SALUT

 safuan anang

adam adli


dua anak muda
meneruskan garis perjuangan

safuan anang
telah dijatuhakan hukuman
10 bulan penjara

adam adli ketika
berita ini ditulis
telah didapati bersalah
dan sendang menunggu hukuman

dua anak muda ini
telah dihadapkan ke mahkamah
dibawah akta hasutan baginda queeen 1948

dua anak muda ini
telah dituduh menghasut
dalam ucapan mereka 
di dewan china kuala lumpur
pada malam 13 mei 2013

isi ucapan mereka
yang menerangkan
bahawa pru13 
adalah penipuan


INI ADALAH  SOSOK
yang sedang menghadapi
tuduhan dibawah
akta hasutan 1948 baginda queen



----------

NAJIB JUAL MALAYSIA KEPADA AMERIKA

Posted: 18 Sep 2014 06:30 PM PDT





Adakah Malaysia Telah Bersetuju Untuk Bersama Dalam Kerangka Asia Pivot Amerika Syarikat?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengeluarkan satu kenyataan mendesak penjelasan dan respons daripada Perdana Menteri susulan kenyataan US Chief of Navy Operation berhubung penempatan pesawat risikan P8-A Poseidon di Sabah pada 12 September 2014.

Menteri Pertahanan telah menafikan kenyataan tersebut dan juga menafikan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Lanjutan daripada itu, SAMM telah melakukan sedikit kajian dan mendapati kemasukan Tentera Amerika Syarikat ke negara ini adalah lebih kerap selepas kunjungan Presiden Obama pada bulan April lepas.

Bulan Jun 2014, satu eksais yang dinamakan Cope Taufan 2014 telah dilakukan di utara semenanjung di antara Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF). Eksais ini melibatkan pesawat tempur berteknologi tinggi milik USAF iaitu F-22 Raptor.

Eksais ini adalah merupakan kali pertama F-22 datang ke Asia Tenggara walaupun Amerika Syarikat mempunyai sekutu rapat di Singapura dan Filipina. Malah, Tentera Udara Singapura juga perlu membayar kos yang tinggi untuk menyertai latihan dengan F-22 dalam eksais Red Flag Alaska.


Jadi, mengapakah USAF memilih untuk menghantar F-22 Raptor dalam latihan ketenteraan bilateral bukannya multilateral dengan negara yang bukan sekutu Amerika Syarikat?

Dari 25 Ogos sehingga 2 September 2014, satu lagi siri latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dilakukan di Kampung Tanduo, Sabah. Latihan yang dinamakan MALUS AMPHEX 2014 menggunakan aset US Marine Assault Amphibious AAV-P7 ini disertai oleh pasukan US Marines dan pasukan tentera kita.

Dan bermula 13 September hingga 26 September 2014, latihan ketenteraan Keris Strike Siri 18/2014 pula menyaksikan kehadiran tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC) di Pantai Timur Semenanjung.

Adalah sesuatu yang agak pelik kerana secara tiba-tiba Malaysia kelihatan seperti sangat mesra dengan ketenteraan Amerika Syarikat. Dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, nampaknya Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan latihan ketenteraan dengan Malaysia yang meliputi pertahanan darat, laut dan udara.

Apakah mungkin jika tiada apa-apa kelebihan atau perjanjian, Amerika Syarikat akan menawarkan peluang kepada negara bukan sekutu mereka secara bilateral untuk berlatih dengan aset-aset ketenteraan dan taktikal mereka yang serba canggih itu?

Adakah Malaysia telah mengambil peluang kehadiran Presiden Obama tempohari untuk menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dalam kerangka Asia Pivot tajaan Presiden Obama? Salah satu pilar Asia Pivot adalah hubungan perdagangan dan ketenteraan. Dan Malaysia sedang dalam rundingan TPPA, apakah mungkin juga kita akan memulakan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat?

Walaupun Menteri Pertahanan telah membuat penafian, namun seharusnya tindakan yang lebih tegas dan affirmatif perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam isu kenyataan oleh US Chief Of Naval Operation, Jonathan W. Greenert tersebut.

Dengan siri latihan ketenteraan bersama Tentera Amerika Syarikat yang meliputi darat, laut dan udara serta kenyataan tawaran Malaysia kepada Tentera Amerika Syarikat itu dikeluarkan oleh seorang Pegawai Tinggi Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga merupakan penasihat operasi ketenteraan maritim kepada Presiden Amerika Syarikat, sudah pastilah ia akan memberikan isyarat yang tidak betul kepada dunia. Maka, ia tidak harus dinafikan dengan satu kenyataan di media massa sahaja oleh Menteri Pertahanan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri untuk segera mendesak rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat agar meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan oleh US CNO tersebut.

Kegagalan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas akan memberikan isyarat yang salah kepada dunia dan berpotensi mendatangkan impak negatif bukan sahaja kepada aspek negara berkecuali malah dibimbangi akan melarat hingga aspek keselamatan negara dan hubungan perdagangan yang besar dengan negara-negara dunia yang lain.

Sempena dengan semangat ulangtahun Kemerdekaan negara, SAMM menyeru agar Kerajaan Pemerintah memastikan kedaulatan negata tidak digadai kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara NAM yang bebas tidak berpaksi kepada mana-mana kuasa besar.

Ahmad Anwar Asyraf

Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia 


----------

TUKAR TIUB PECAH BERITA

Posted: 18 Sep 2014 06:22 PM PDT




ADAM ADLI


didapati bersalah
kini dalam mahkamah
jalan duta kuala lumpur
sedang menunggu hukuman
yang belum dibuat oleh hakim


------------

MENTERI BESAR BARU

Posted: 18 Sep 2014 08:00 AM PDT






KOMENTAR


jika azmin ali diterima
ertinya dipilih tanpa sokongan parti
krisis berterusan kerana azmin ada kes rasuah

jika ahli pas diterima
undi tak percaya akan berjalan
dun dibubar untuk pemilihan baru

jika wan azizah diterima
maka semua berjalan saperti biasa

jika dr idris di terima
ini diluar jangkaan



Kerajaan Selangor tidak kekal lama jika MB baharu daripada PAS, kata Mat Sabu


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.


"Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.





--------

TEKNIK TANGKAP JIN

Posted: 18 Sep 2014 05:18 AM PDT








FACE BOOK

Bagi Tulang Besi, kenyataan Harun Din ini adalah petanda bongkak dan sombongnya "ulama" dalam PAS.
Sudah tau mereka melakukan khianat dan dengki, mahu pula berlagak seolah mereka berada di pihak yang benar.
Padahal berjuta rakyat Malaysia nampak betapa jahatnya pengkhinatan segolongan "ulama" dalam PAS.
Nasihat saya pada HArun Din, bangkai gajah takkan boleh ditutup dgn daun nyiru.
Di zaman IT dan Internet ini, pembohongan dan pengkhianatan ulama dlm PAS akan terus diingat dan dicemuh oleh jutaan manusia di Malaysia ini.

INI JIN SHAMSUDIN

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

OPERASI TANGKAP HANTU,PEKERJAAN YANG SIA-SIA

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama sependapat menyatakan perbuatan menangkap hantu atau keseronokan melihat perlakuan itu sebagai pekerjaan yang sangat sia-sia.

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, berkata tiada guna manusia menghabiskan masa semata-mata untuk menangkap hantu atau melihat perbuatan itu.

"Buat apalah tangkap hantu. Itu semua mengarut. Secara ratio atau perbandingan, jumlah jin 99 kali ganda daripada jumlah manusia. Tiada gunanya tangkap hantu," katanya..



KAH KAH 

KAH


i rest my case
my lord

----------

NASIONALISMA SABAH SARAWAK BERKEMBANG

Posted: 17 Sep 2014 10:35 PM PDT





 61 2 0 71





 
FB

'Pemisah' Sabah perjelas kempen FB

KOTA KINABALU: Doris Jones, seorang aktivis dari Sabah yang kini tinggal di United Kingdom, menjelaskan bahawa dia mewujudkan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di Facebook untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai status wilayah ini dalam Malaysia dan melaksanakan kempen pendidikan.
"Kempen kami semakin berkembang sejak empat tahun lepas terutamanya di kalangan generasi muda dan telah diinstitusikan di bawah Kesatuan Sarawak Sabah – UK," kata Doris dalam satu kenyataan.
"Warga tua juga kini mula bangkit dan kami berharap lebih ramai akan sedar bahawa Kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran daripada mereka sejak 51 tahun yang lalu."
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh polis Sabah bahawa mereka sedang memerhatikannya dan kini memburunya.
Salah satu matlamat kempennya adalah untuk bersuara menentang pencabulan hak-hak asasi manusia dengan merujuk secara khusus kepada akta drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ramai menggesa supaya dikembalikan dan Akta Hasutan.
Beliau mengalu-alukan sebarang langkah oleh Kerajaan Malaysia Untuk membawanya ke Mahkamah di United Kingdom.
"Mereka boleh mengemukakan keterangan mereka di Mahkamah dan saya akan mencabarnya," kata Doris mengesahkan bahawa tiada sesiapa menghubunginya setakat ini. "Kita tidak perlu takut pada kebenaran. Keadilan tidak boleh dinafikan."
Dalam kenyataan ringkas beliau, Doris berkata dia dilahirkan di Sabah, Borneo Utara dan pernah bekerja dengan seorang akauntan dan seorang hakim Australia.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan nama negara tempatnya bekerja.

I REST

 MY CASE

MY LORD




---------

FUKUSHIMA - SATU LEDAKAN NUKLEAR

Posted: 17 Sep 2014 08:19 PM PDT




LIHAT DAN AMATI KLIP INI
MARI BELAJAR
DARI KESILAPAN


Nuklear: Kerajaan belum ada kata putus
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kerajaan belum memutuskan sama ada untuk membina projek loji tenaga nuklear di Malaysia sejak cadangan perancangannya mula dibuat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 2010 ekoran timbul perdebatan dalam masyarakat terutama apabila berlakunya tragedi gempa bumi di Fukushima, Jepun tiga tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Program Pembangunan Teknologi dan Penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Ir. Dr. Muhd. Noor Muhd. Yunus berkata, bagaimanapun pihaknya bersama Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom telah membuat persediaan sekiranya pembinaan loji tersebut dilaksanakan.


KOMENTAR

anak muda bersedia
dunia ini akhirnya
milik kamu
jika loji didirikan
turun ke jalan raya

najib sedang dipau 
oleh pemodal peranchis
kes  kapal selam scorpene
kes bunuh altantuya 
kini di mahkamah peranchis
beli loji nuklear peranchis
kes tutup




BISNES CUKONG TAK ADA CUKAI

Posted: 17 Sep 2014 07:45 PM PDT







KUALA LUMPUR 17 Sept. - Persatuan Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat Malaysia (Pikom) berharap semua produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikecualikan daripada sebarang cukai bagi bajet 2015.

Pengerusi Pikom, Cheah Kok Hoong berkata, ia merupakan cadangan utama yang telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan sejak dua bulan lalu untuk dipertimbangkan.

Katanya, ketika ini produk ICT berkenaan sememangnya diberi cukai kadar sifar.



KAH KAH KAH

woit
ini bukti bisnes cukong
tak ada cukai
tapi rakyat 
semua kena cukai gst

mustahil tak faham
mustahil tak sedar

KAH KAH KAH




-----------