Selasa, 9 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Apa cerita kotak hitam MH17?

Posted: 09 Sep 2014 07:40 AM PDT

Dalam kes MH17 Kotak Hitam telah diserahkan kepada Malaysia oleh kumpulan Pemisah Donetsk. Malah berita penyerahan ini menjadi berita dunia. Sama ada Najib membayar duit atau tidak kepada kumpulan pemisah ini satu persoalan lain. Yang penting Kotak Hitam ini kembali ke tangan yang hak – Malaysia.

Tetapi apa Malaysia lakukan? Malaysia dengan bangga menyerahkan Kotak Hitam ini kepada British. Kenapa berikan Kotak Hitam ini kepada Britsh? Apa rasionalnya? Apakah rakyat Malaysia TAK ADA TELINGA untuk mendengar rakaman Kotak Hitam. Adakah jurutera kelahiran Malaysia ini haprak tidak tahu apa itu Kotak Hitam. Semua ini kabur dan TIDAK diterangkan kepada anak semua bangsa. Tidak diterangkan kepada kauam keluarga yang gugur.

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.Tidak sampai dua jam kemudian MH17 meledak musnah. Ertinya dalam Kotak Hitam itu hanya ada dua jam perbualan yang telah dirakamkan. Mengapa mengambil masa berbulan-bulan? Kenapa warga dunia bagitu susah hendak tahu apa yang terakam dalam Kotak Hitam. Apa yang hendak disorokkan dari pengetahuan dunia?

Ingat tidak dalam kes MH370 – walau pun Kotak Hitam tidak ditemui hingga ke hari ini tetapi kita telah diberitahui suara juru terbang mengucapkan '...selamat malam Malaysia..' Ini ucapan akhir yang dirakam dibumi.Tetapi dalam kes MH17 – Kotak Hitam telah ditemui tapi haram jadah satu perkataan pun tidak kita ketahui. Malah kita dan dunia TIDAK diberitahu oleh Pegawal Bumi di Kiev tentang apa-apa rakaman dengan juruterbang MH17.

dollah yankee -
Teruskan bacaan tentang MH17 ini  DI-SINI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pro UG PAS berusaha keras tentang profesional

Posted: 09 Sep 2014 04:40 AM PDT

OLEH: Amirulmukminin


Pemimpin PAS Khalid Samad memberi amaran hari ini mengenai munculnya 'golongan baru' dalam parti itu yang mahu ia meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan mewujudkan jenama Islam yang lebih 'eksklusif' dan fahaman 'chauvanis-Islam'.

Melalui blognya, ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, berdasarkan pengalaman berada dalam PAS lebih 30 tahun, beliau melihat PAS sedang berdepan "masalah dalaman yang agak kronik yang  tidak pernah dihadapi sebelum ini".

Katanya, kumpulan itu dipercayai muncul lewat 1990-an dan awal 2000 dan kemungkinan di kalangan pegawai cawangan khas (SB) yang menyusup dalam PAS sejak 1980-an.

"Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka merupakan orang yang mahu merungkai kembali segala yang dibina PAS selama ini.

"Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman," katanya.

Beliau kemudiannya memberitahu The Malaysian Insider, kumpulan ini lebih chauvanis daripada kumpulan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

"Mereka mahu tukarkan parti ini menjadi lebih eksklusif dan mahu menyisihkan golongan profesional dalam PAS," katanya.

Dalam tulisannya, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata matlamat di sebalik strategi yang sedang dilaksanakan golongan baru itu ialah menukar pendekatan inklusif yang diguna pakai PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama dengan "pendekatan yang lebih syadid dan tertutup".

Katanya, bagi mencapai matlamat itu, beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka yang beliau namakan strategi 'Langgar Golongan Profesional'.

Beliau menyenaraikan 3 langkah yang diambil golongan itu, pertama menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang tafsirannya terpesong daripada kefahaman asal; kedua menyerang pimpinan lama yang khususnya golongan profesional yang pro-PR; dan ketiga menyerang rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP.

Katanya, matlamat asal penubuhan Majlis Syura Ulama ialah memantau perjalanan parti bagi menentukan ia tidak terkeluar landasan syariat, tetapi golongan baru itu membawa fahaman yang lebih mirip pendekatan 'Theocracy Barat'.

"Yang bergelar ulama (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka.

"Ia menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogankata 'gandingan ulama dan profesional' sudah lama tidak kedengaran," katanya merujuk fahaman yang dibawa golongan baru itu.

Khalid berkata, pada masa yang sama, kumpulan itu juga mahu merosakkan hubungan rapat antara profesional dan ulama dalam parti dengan memasukkan "jarum syak" di kalangan ulama terhadap profesional.

"Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS," katanya.

Golongan ini melabel pimpinan sasaran mereka ini liberal, tidak wala' pada presiden, menentang ulama dan lebih wala' pada PR/PKR, katanya.

"Pimpinan sasaran mereka terdiri daripada golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahalluf siyaasi dan kerjasama melalui PR," katanya.

Khalid mendakwa, dengan menyerang PKR dan DAP, mereka kelihatan lebih lunak dan mesra terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kumpulan ini berselindung di sebalik slogan seperti 'cintakan presiden, cintakan ulama'.

Khalid berkata, objektif mereka ialah memastikan PAS tinggalkan PR, tetapi beliau tidak pasti sama ada mereka mahu PAS bersama dengan Umno atau bersendirian.

"Apa yang jelas, mereka ingin PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, Umno/BN akan kembali bernafas lega.

"Igauan Umno selama ini akan berakhir. Ini kerana yang mampu mengalahkan Umno/BN setakat ini hanya PR. Oleh itu sesiapa saja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu Umno/BN," katanya.

Ahli PAS dilarang sertai PasMa tapi Isma boleh?

Posted: 09 Sep 2014 04:38 AM PDT

Amaran Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli PAS tidak boleh menyertai Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menggambarkan ketidakyakinan PAS sebagai parti yang telah berusia lebih 50 tahun dalam menghadapi cabaran.

oleh: amirulmukminin

Tuan Ibrahim semalam berkata ahli PAS yang menyertai PasMa perlulah keluar dari parti itu terlebih dahulu.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti," katanya dipetik Malaysiakini.

PasMa hanyalah NGO dan bukannya parti politik. Namun peliknya, PAS membenarkan ahlinya menyertai NGO Isma. Isma banyak kali melalui presidennya, Abdullah Zaik menyerang Pakatan Rakyat termasuk PAS. Isma menolak tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan dan dalam sesetengah komen Abdullah seolah-olah menganggap PAS sebagai musuh.

Tetapi sedarkah Tuan Ibrahim separuh daripada ahli Isma adalah ahli PAS. Malah pemimpin PAS berjawatan di peringkat kawasan dan cawangan adalah ahli aktif Isma. Segelintir ahli PAS juga merupakan  penyumbang dana untuk Isma. Adakah Tuan Ibrahim menyokong Isma yang selari dengan perjuangan asabiyah Umno tetapi menentang sahabat yang masih tulen semangat Islamnya dalam PasMa.

Sewajarnya PAS mengeluarkan deklarasi melarang ahlinya menyertai Isma jika parti itu berhasrat melarang ahlinya menyertai PasMa. NGO PasMa bertujuan untuk merapatkan saf Pakatan Rakyat sesuai dengan ketetapan Muktamar PAS.

Ahli PAS tidak sepatutnya dikepung pemikiran mereka.  PasMa wujud kerana sikap kepimpinan tertinggi PAS yang tidak mahu berbincang dengan pemimpin bawahan. Malah sikap Hadi yang menghentam keluarga Anwar dan menyerang parti komponen Pakatan seolah-olah ingin membawa PAS ke arah perjuangan yang berlainan, tentunya mendesak ahli menubuhkan satu persatuan untuk membincangkan masa depan mereka dalam Pakatan.

PAS juga mengunakan Majlis Syura Ulama sewenang-wenangnya. Sebelum ini majlis syura hanya bekerja menapis calon pilihan raya tetapi kini semua perkara dalam PAS ditentukan oleh syura. Mengikut dakwaan sumber PAS, majlis yang mempunyai 16 anggota itu bersidang tidak sampai pun separuh keanggotaannya untuk memutuskan calon MB Selangor tempoh hari.

Ketua Syura adalah Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Pada hari syura memutuskan calon MB Selangor bukan Dr Wan Azizah atau Azmin Ali, Astro Awani menemubual Nik Aziz di Kelantan. Mursyidul Am PAS itu memberi komen jawatan MB Selangor diputuskan oleh AJK PAS Pusat. Beliau bersetuju dengan siapa sahaja yang diputuskan.

Bagaimanakah pengerusi majlis syura tidak tahu-menahu majlis itu telah bersidang dan menggugurkan keputusan AJK PAS pusat pada hari yang sama di Kuala Lumpur.

Perkara inilah yang sewajarnya dijelaskan oleh Tuan Ibrahim. Adakah ulama dibenar mempunyai percanggahan pendapat sedangkan ahli biasa PAS tidak dibenar sama sekali. Adakah perlembagaan PAS membenarkan mesyuarat majlis syura dibuat tanpa memaklumkannya kepada Mursyidul Am.

Prosedur yang tak diikuti dalam PAS menyebabkan ahlinya semakin tidak yakin dengan kepimpinan ulama. Janganlah ulama membaca ayat dan hadis untuk menguatkan hujah sedangkan pengurusan diabaikan.

Banyak gerakan Islam di dunia hari ini hanya tinggal nama sahaja akibat kelemahan pengurusan dan ulama-ulama yang mengasaskannya tidak dipercayai masyarakat. Rakyat lebih rela bersama parti sekular yang baik menguruskan parti.

Islam mengajarkan jemaah taat dan berdisiplin. Taat yang pertama adalah kepada peraturan yang dibuat. Berbeza dengan pandangan majlis syura, taat kepada presiden diutamakan.

Setakat ini dua peraturan asas sudah dilanggar PAS, iaitu keketapan Muktamar mengukuhkan keerjasama dengan Pakatan dan ketetapan dalam berorganisasi.

Bagi ulama PAS, mungkin inilah peluang terbaik untuk menyingkirkan golongan profesional dalam parti dan menyekat percambahan pelbagai pemikiran selain pemikiran ulama. Namun bagi rakyat inilah masa untuk mereka menilai semula sokongan kepada PAS.

PAS sudah lama berjuang berlandaskan agama dan tidak terbuka kepada politik semasa. Pengaruhnya kecil di kawasan pantai timur dan utara semenanjung. Kini mungkin ulama PAS berpendapat pengaruh yang kecil lebih baik untuk mereka.

PasMa perlu ‘melangkah walak’

Posted: 09 Sep 2014 04:36 AM PDT


Forum pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi tidak membariskan panel yang ditunggu-tunggu.


oleh: amirulmukminin

Husam Musa yang diharap mewakili kelompok Naib Presiden PAS menarik diri manakala ustaz Ahmad Awang mewakili kelompok ulama berada di luar negara. Panel yang hadir ialah Ir Phahrolradzi, Dr Aziz Bari dan Mujahid Yusof Rawa.

Sedikit kekecewaan apabila Phahrolradzi yang sepatutnya berucap lebih keras sebagai presiden PasMa tidak melakukannya. PasMa diharapkan kritikal terhadap komen-komen Hadi Awang yang keras menghentam presiden PKR Dr Wan Azizah sehingga ke tahap penghinaan.

Sebaliknya Phahrol lebih menekankan usaha penerangan kepada ahli PAS mengenai konflik semasa. Pada umumnya ahli PAS telah maklum mengenai konflik dan mahu melihat jalan penyelesaian. Menerangkan konflik tidak membantu apa-apa.

Kepala yang membuat konflik ialah Presiden Hadi Awang. PasMa harus muncul dengan kata dua kepada puak-puak unity government (UG) dalam PAS. Hadi juga perlu diingatkan agar mematuhi keputusan Muktamar yang lalu, mahukan pengukuhan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Tindakan Hadi kebelakangan ini seolah-olah mahu Pakatan memecat PAS. Serangan yang dilakukannya tidak ubah seperti seorang ulama Umno menghina PKR. Memang ahli PAS tidak mahu meninggalkan Pakatan tetapi jika HADI dan kelompok ustaz muda yang menasihatinya mengambil keputusan keluar Pakatan maka tentulah seluruh ahli PAS akan keluar kerana walak.

Jawapan Phahrol bahawa beliau akan bertemu presiden jika diberi peluang bukanlah sesuatu yang mahu didengar hadirin. Usaha itu sama sahaja dengan cadangan pertemuan ketua-ketua pemuda Pakatan bersama Hadi, Anwar dan Guan Eng. Hanya Anwar dan Guan Eng yang akan melayan idea itu, sebaliknya tidak akan disambut Hadi.

Ia sama seperti idea seorang hadirin forum yang inginkan pertemuan empat mata Hadi-Anwar. Pertemuan itu sudah pun berlaku di hotel Kuala Ibai pada 4 Ogos lalu. Dalam pertemuan selama setengah jam tersebut Anwar hampir tidak diberi peluang untuk bercakap.

Hadi menghentam Anwar sebagai punca kekacauan di Malaysia, penyebab Melayu berpecah dan sebagainya. Selepas 20 minit pertemuan itu berakhir dan disambung dengan perbualan biasa Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution dan Mustafa Ali sebelum bersurai.

Hadi benci kepada Anwar sehingga ke tahap beliau tidak mahu bertentang muka dengan Anwar dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan. Hanya Mat Sabu diwakilkan untuk berbincang yang kemudiannya semua keputusan disetujui, diveto Hadi.

Dalam keadaan ini, jika PasMa jujur ingin menyelamatkan PAS daripada meninggalkan Pakatan maka usaha perlu digerakkan bagi merehatkan kepimpinan Hadi. Hadi mesti didesak pencen segera sebelum pilihan raya umum ke 14. Jawatannya boleh dipangku oleh Mat Sabu.

Jika Hadi tidak lagi memimpin maka sekutunya seperti Mustafa Ali, Dr Zuhdi, Tantawi boleh ditertibkan. Mereka boleh diindoktrinasi agar menjadi pro Pakatan. Bukankah almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu melakukan tindakan sama.

Pada 1999, dalam muktamar PAS, kumpulan ulama diketuai almarhum Haron Taib begitu bersungguh-sungguh menolak Anwar. Namun Fadzil tetap dengan pendirian bertahaluf siyasi bersama Anwar dan DAP.

Golongan yang menentang diindoktrinasikan. Suara mereka semakin perlahan apabila ulama-ulama yang menentang itu kemudiannya menjadi exco Terengganu. Malah boleh ditunjuk hari ini, barisan pemimpin yang menentang itu telah berada di kedudukan tinggi dalam PAS hasil kejayaan kerjasama Pakatan.

PasMa tidak mempunyai pilihan lain selain berusaha merehatkan kepimpinan Hadi sebelum tuan guru itu mengisytiharkan PAS keluar Pakatan. Bagaimanakah Hadi ingin terus memimpin PAS dalam Pakatan jika beliau tidak akan berceramah sepentas bersama Anwar selepas ini dan tidak akan menghadiri mesyuarat bersama pemimpin Pakatan?

Inilah realiti yang perlu ditangani. Sekiranya jawapan Mujahid terhadap pertanyaan seorang peserta, bagaimanakah ingin menyatukan semula puak UG dan puak pro Pakatan, lalu dijawab Mujahid UG adalah penyatuan politik dengan BN dalam bentuk kerjasama ekonomi, menyelesaikan masalah negara dll, maka PasMa tidak akan ke mana-mana.

UG memang wujud dan bukan mainan seperti difahami Mujahid. Keinginkan Hadi membawa PAS keluar Pakatan juga realiti bukannya fantasi seperti yang diterangkan Phahrolradzi.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MH17 DI TEMBAK JATUH

Posted: 09 Sep 2014 07:00 PM PDT





KOMENTAR
ditembusi oleh banyak objek kelajuan tinggi
banyak banyak banyak
perkataan banyak ialah kunci 

kalau ditembak oleh peluru berpandu
hanya ledakan bukan banyak tembusan

kalau banyak tembusan
ertinya banyak tembakan




gambar gambar awal
menunjukkan banyak tembakan didinding


kalau tembakan ertinya
saheh berita dari kicauan carlos
yang berkata: ada dua jet pejuang ukraine
mengekori mh17
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Laporan awal siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, menunjukkan pesawat itu ditembusi banyak 'objek berkelajuan tinggi' semasa... 16:09:55











---------

HORMAT PADA SULTAN

Posted: 09 Sep 2014 06:30 PM PDT




SOALAN
HAKIKI
KURUN INI
dari mana sultan ini datang?
siapa beri sultan ini makan?
kenapa kita perlu ada sultan?
kalau sultan ini kaki mabuk
kalau sultan kaki betina
bagaimana sultan sabagini
 menjadi kepala agama





Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat ...

May 9, 2014 - Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang ...


YA AMPOOOON

------------

ILMU MENGENAL MUSUH

Posted: 09 Sep 2014 06:00 PM PDT





ILMU MENGENAL DIRI
 
"To learn who rules over you, simply find out who you are not allowed to criticize." - Voltaire - [François Marie Arouet] (1694-1778)
 
 jika kamu nak tahu siapa yang menguasai kamu - cukup senang -  kenali siapa yang tak boleh kamu kritik - VOLTAIRE




------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 09 Sep 2014 10:44 AM PDT









USTAZ WAN JI DITANGKAP

bila berita ini ditulis
ustaz wan ji sedang ditahan
di rumah pasong bandar baru sungai buluh

peguam razlan jalal peguam lawyer for liberty
akan datang ke rumah pasong untuk membantu wan ji



wan ji beritahu
polis mahu dia tido dalam lokap malam ini


esok jam 8 pagi
ustaz wan ji akan didakwa
di mahkamah shah alam
atas tuduhan akta hasutan

NOTA
jam 1:50 ustaz wan ji
masih dalam kereta polis
menuju ke  rumah pasong shah alam

NOTA
ustaz wan ji telah dinobatkan
sebagai ustaz paling cool oleh tukar tiub



-------------

APA MAKNA PERKATAAN INI

Posted: 09 Sep 2014 07:00 AM PDT






دينالدجاج



Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

دينالدجاج


KAH KAH KAH


woit
satu persoalan
faham ke hadi ini
apa itu perlembagaan

i rest may case

KAH KAH KAH


----------

CADANGAN CUKUP JELAS

Posted: 09 Sep 2014 06:00 AM PDT



DI  JEMPUT DATANG
BUAT RAMAI


Pihak pembangkang perlu beri cadangan untuk gantikan Akta Hasutan

 | September 9, 2014
Sekiranya Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat (PR), apakah penyelesaian yang akan digunakan PR untuk menangani masalah ini?
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao membidas hasrat pembangkang untuk menghapuskan Akta Hasutan, baru-baru ini.
"Jika kita tengok apa sahaja yang diusahakan oleh kerajaan, semuanya mereka minta untuk dihapuskan.
"Persoalannya di sini, dalam kita menangani fitnah, penipuan dan hasutan, apakah akta terbaik yang mereka boleh cadangkan?


KAH KAH KAH
woit
pertama:
ngo bukan pro pembangkang
ngo hanya anti kerajaan

kedua:
ngo ada dua jenis
ngo kaki bodek
ngo anti kerajaan

ketiga:
apa yang dituntut oleh ngo
amat jelas dan terangs
tak perlu oook eeek
hapuskan akta hasutan
khalas!





---------

APA TERJADI PADA MH17

Posted: 08 Sep 2014 09:38 PM PDT







TEMBAKAN  SENAPANG
BUKAN 
 PELURU BERPANDU

MH17 – PELIK TETAPI BENAR

Pesawat MH17 meledak pada 17 Julai 2014 diruang udara Ukraine. Ketika saya menulis ini telah hampir dua bulan trajedi ini berlaku tetapi semuanya masih kabur. Tulisan ini ingin membawa pencerahan tentang apa sebenarnya telah berlaku kepada pesawat MH17. Pencerahan ini bertujuan untuk menghilangkan kabur. Juga untuk menerangkan mengapa trajidi MH17 ini sengaja dikaburkan. Dan apa tujuan pengkaburan ini.

Dunia difahamkan tidak berapa lama lagi laporan awal tentang MH17 ini awal akan diumumkan. Sebelum laporan awal ini muncul adalah menjadi tangungjawab saya untuk memberi pencerahan. Pencerahan ini juga bertujuan untuk mendewasakan kefahaman kita tentang politik dunia.

Awal wahid kita wajib mengetahui latarbelakang negara yang bernama Ukraine. Negara ini berkongsi sempadan dengan Rusia. Semenjak zaman berzaman ramai bangsa Rusia yang berada dalam wilayah Ukraine. Ukraine adalah sebahagian dari wilayah USSR pada satu ketika dahulu. Ukraine ini samlah saperti Orang Melayu di Patani, Narathiwat atau Yala. Mereka Melayu tetapi dalam jajahan Siam. Wilayah Donetsk warganya berbangsa Rusia tetapi dalam wilayah Ukraine.

Satelah USSR dimansuhkan (1991) Ukraine terus berkerjasama dengan Rusia. Ini kerana ikatan bangsa, budaya dan ikatan ekonomi dua negara ini amat rapat. Gas dan bahan bakar petrolium untuk Ukraine datang dari Rusia. Malah paip gas dari Rusia ke Eropah Barat melintasi Ukraine. Dalam masa yang sama Ukraine juga mengekspot bahan makanan untuk Rusia.

Hubungan dua negara ini tidak ada masalah sahingga masuk hantu yang bernama Amerika Syarikat. Amerika datang  dengan membawa NATO - North Atlantiv Treaty Organisation - perjanjian pertahanan dan persenjatan.

Ketika Rusia dibawah Boris Yeltsin (1991-99) Rusia dilihat sebagai 'macai'. Ini kerana Presiden Yeltsin amat lembik dan boleh disuruh arah oleh Amerika. Apabila Vladimir Putin muncul memimpin Rusia semuanya berubah. Nasionalisma Rusia mengembang bangga. Dibawah keruntuhan USSR, Rusia yang dipimpin oleh Putin bangun sekali lagi dari segi ekonomi dan politik. Dasar luar Rusia terus bebas.

Rusia hari ini bersama China menjadi dua negara penting yang boleh mengenepi dan menangkis kuasa hegemoni imperialis Amerika. Dalam masa yang sama Rusia bersama Brazil, India, China dan Afrika Selatan telah menubuhkan kesatuan yang kenali sebagai BRIC. Lima negara ini sedang menjadi tunggak ekonomi dunia yang bersaing dengan kuasa imperial Amerika.

Justeru – kerana semua ini – sekali lagi Amerika melihat Rusia – negara nuklear – yang berpotensi mencabar hegemoni Amerika. Kuasa imperialis Amerika sedar Rusia dan China boleh mengalahkan Amerika dari segi ekonomi.

Dalam bulan Julai yang lalu satu Persidangan negara BRIC di Brazil telah bersetuju untuk menubuhkan Bank Bric selari dengan Bank Dunia. Negara BRIC juga akan mendirikan satu lembaga ekonomi baru yang berupaya menandingi International Monetary Fund.

Paling terbaru ialah dasar ekonomi Rusia dan China dan negara BRIC untuk mengenepikan dolar dalam urusan perniagaan. BRIC kini akan menggunakan tukaran mata wang mereka sendiri – samada Rubel, Yuan, Rand atau Rupee. Malah ketika tulisan ini digarap - jual beli petrolium dan gas dengan Rusia TIDAK lagi menggunakan dolar. Kertas hijau bernama dolar telah diketepikan.

Apakah pembaca ingat bagimana pada akhir tahun 2001 Presiden Saddam Hussein juga telah mengenepikan dolar dalam urus jual minyak. Saddam memilih Euro. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.

Apakah pembaca ingat bagaimana pada tahun 2011 Muamar Gaddafi telah bercadang untuk meninggalkan dolar dan mengajukan dinar dan emas dalam hal jual beli bahan bakar petrolium. Presiden Libya ini juga telah mengeluarkan dana untuk menubuhkan Bank Afrika yang boleh membebaskan negara Afrika dari berhutang degan IMF. Lihat apa terjadi kepada Gadaffi


Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah Presiden Putin sedang dilihat sebagai musuh besar oleh kaum pemodal antarabangsa. Justeru Putin wajib dilupuskan. Justeru Rusia wajib dimusnahkan. Justeru 'regime change' wajib dilakukan keatas Rusia.

Apa pula hubungan Putin, Amerika dengan ledakan pesawat MH17?

Disini saya ingin membuktikan bahawa ledakan MH17 itu adalah sebahagian dari apa yang selalu saya nyatakan – projek mengolah persetujuan.


Apakah pembaca terlupa dengan Drama Telok Tonkin yang berlalu pada Ogos 1964? Dikatakan tentera laut Vietnam telah datang menyerang USS Maddox – kapal perang Amerika. Berita dua kali serangan ini menjadi berita dunia dan akhirnya Kongress Amerika bersetuju untuk membenarkan Presiden Johnson menghatar bala tentera ke Vietnam. 

Hari ini sejarah membuktikkan serangan tentera laut Vietnam keatas USS Maddox TIDAK pernah berlaku. Drama serangan ini bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Kongress bersetuju untuk menghatar bala tentera ke Vietnam Selatan.

Apakah pembaca terlupa tentang WMDweapons of mass destruction atau senjata pemusnah yang dimiliki oleh Saddam Hussein? Apakah pembaca terlupa bagaimana Setiausaha Negara Collin Powell telah berucap di Bangsa Bangsa Bersatu pada 5 Febuari 2003 untuk membuktikan bahawa Saddam memiliki pelbagai bentuk senjata pemusnah. Ucapan Powell ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia bahawa Saddam Hussein wajib dilipuskan.
Sepuluh tahun kemudian diakui oleh Collin Powell sendiri bahawa fakta yang disampaikan ketika berucap di PBB adalah bohong dan rekaaan. Semuanya bertujuan untuk mengolah persetujuan dunia agar Iraq diserang.

Mungkin Teluk Tonkin jauh dari ingatan. Mungkin Collin Powell orang Amerika – jauh dari rumah kita. Maka mari kita rapat ke rumah sendiri. Sila baca Meniti Lautan Gelora memoir Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu. Pak Said telah menulis tentang Setiausaha Politik Tunku Yap Chin Kwee.

Mengikut surah Yap, Tunku telah menolak rancangan British untuk mengebom kapal mereka sendiri di Selat Melaka. British ingin melakukan 'kerja jahat' sebagai strateji untuk menuduh 'kerja jahat' ini dilakukan oleh Bung Karno. Rancangan British ini ditelorkan dizaman Konfrontasi tetapi gagal menetas. Jelas - rancangan jahat ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar Indonesaia diserang dan Bung Karno dijatuhkan.

Justeru untuk saya MH17 adalah projek Amerika untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar Putin dijatuhkan dan Rusia diserang. Apakah yang saya tulis ini keterlaluan? Mana buktinya?

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam – dua jam kemudian pesawat ini meledak. Maka yang dicari sebagai bahan bukti ialah Kotak Hitam yang mengandungi perbualan juruterbang dengan Pengawal Dibumi – sama ada di Kiev atau di Amsterdam atau apa sahaja perbualan yang berlaku dalam ketika pesawat itu diudara.

Dalm kes MH370 – Malaysia macam nak gila cuba mencari Kotak Hitam. Tergolek terbantil meraung melolong mencari Kotak Hitam. Malah mendabik dada mengumum pada dunia Kotak Hitam pesawat MH370 adalah milik Malaysia. Orang lain jangan usik.

Dalam kes MH17 ini Kotak Hitam telah diserahkan kepada Malaysia oleh kumpulan Pemisah Donetsk. Malah berita penyerahan ini menjadi berita dunia. Sama ada Najib membayar duit atau tidak kepada kumpulan pemisah ini satu persoalan lain. Yang penting Kotak Hitam ini kembali ke tangan yang hak – Malaysia.

Tetapi apa Malaysia lakukan? Malaysia dengan bangga menyerahkan Kotak Hitam ini kepada British. Kenapa berikan Kotak Hitam ini kepada Britsh? Apa rasionalnya? Apakah rakyat Malaysia TAK ADA TELINGA untuk mendengar rakaman Kotak Hitam. Adakah jurutera kelahiran Malaysia ini haprak tidak tahu apa itu Kotak Hitam. Semua ini kabur dan TIDAK diterangkan kepada anak semua bangsa. Tidak diterangkan kepada kauam keluarga yang gugur.

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.Tidak sampai dua jam kemudian MH17 meledak musnah. Ertinya dalam Kotak Hitam itu hanya ada dua jam perbualan yang telah dirakamkan. Mengapa mengambil masa berbulan-bulan? Kenapa warga dunia bagitu susah hendak tahu apa yang terakam dalam Kotak Hitam. Apa yang hendak disorokkan dari pengetahuan dunia?

Ingat tidak dalam kes MH370 – walau pun Kotak Hitam tidak ditemui hingga ke hari ini tetapi kita telah diberitahui suara juru terbang mengucapkan '...selamat malam Malaysia..' Ini ucapan akhir yang dirakam dibumi.

Tetapi dalam kes MH17 – Kotak Hitam telah ditemui tapi haram jadah satu perkataan pun tidak kita ketahui. Malah kita dan dunia TIDAK diberitahu oleh Pegawal Bumi di Kiev tentang apa-apa rakaman dengan juruterbang MH17. Malah kita tidak mendengar langsung 'rakaman curi' yang pasti telah dilakukan oleh Amerika dan Britain. Justeru saya yakin memang ada bangkai gajah yang hendak disorokkan.

Adakah pembaca sedar dua bulan sebelum MH17 meledak Presiden Obama telah mengadakan sekatan ekonomi keatas Rusia. Sekatan ini dijalankan bertujuan untuk 'merotan' Rusia kerana pada 17 March 2014 sebanyak 96.77% warga Crimea telah mengundi untuk meninggalkan Ukraine dan menjadi wilayah Rusia. Saranan sekatan ekonomi ini gagal kerana Negara Kesatuan Eropah (EU) tidak ambil pot.

Sehari sesudah MH17 meledak – tanpa bukti kukuh- Presiden Obama telah menuduh Rusia bertanggung jawab diatas ledakan ini. Mengikut hujah Inche Obama pihak pemisah telah diberi senjata BUK ( senjata peluru berpandu dari bumi ke udara) untuk menembak jatuh MH17. Cerita dongeng Obama ini saperti biasa disambut hangat oleh David Cameron Perdana Menteri Britain.

Dua minggu kemudian satu lagi sekatan ekonomi yang lebih ketat akan dilakukan oleh Amerika dan Kesatuan Eropah. Kali ini untuk memastikan Rusia tercekik mati tanpa makanan. Apakah sekatan baru ini berjaya menjerat Rusia? Apakah projek mengolah persetujuan yang dipentas oleh kuasa imperial Anglo-Amerika akan berjaya?

Ketika MH17 diudara Ukraine ada seorang hamba Allah bernama Carlos sedang bertugas di Pusat Kawalan Bumi Lapangan Terbang Kiev. Si Carlos ini telah berkicau dan memberi tahu dunia bahawa ketika MH17 diudara pesawat ini telah diekori oleh dua buah jet pejuang Ukraine. Hari ini siapa si Carlos ini masih menjadi tanda tanya. Carlos telah lenyap hilang. Tetapi apa yang dikicaukan oleh Carlos semakin menjadi kenyataan. Kita tunggu dan nanti. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
 akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45













--------------

INGATI CARA BACA UTUSAN

Posted: 08 Sep 2014 09:05 PM PDT




KOMENTAR
jangan kita lupa
cara membaca utusan
cara kita mendengar radio
cara kita menonton tv

semua media dimiliki musuh
mustahil musuh akan beri ruang media
jika kamu jelas menentang musuh

musuh beri ruang media
bila kamu bersama musuh
atau selari dengan ajenda musuh




KAH KAH KAH


woit
ingat macam 
mana baca utusan
bila utusan tibai
ertinya 
itu sosok yang baik
sosok yang jujur berjuang

tapi

bila utusan puji
ertinya
itu sosok jahat
ertinya sama jahat
dengan tuan empunya
syarikat utusan


----------

PAS TOLAK NAMA DARI SULTAN

Posted: 08 Sep 2014 08:30 PM PDT






KOMENTAR

pkr hantar satu nama saje
di katakan tak hormat sultan
pas tak mahu terima nama ahli pas
yang dinamakan oleh sultan

persoalan sekarang
malaysia ada pilihan raya
ada proses mengundi
ada pemilihan
kenapa pulak 
sultan yang memilih


PAS tidak akan menerima jawatan MB daripada Sultan

 | September 9, 2014
PAS tetap tegas tidak akan sesekali bergabung dengan Umno
PASMAKUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan PAS telah memutuskan untuk menolak sebarang jawatan MB sekiranya ditawarkan oleh Sultan Selangor.
Mujahid juga ingin memperbetulkan kenyataan daripada media bahawa tidak wujudnya dua jawapan yang bercanggah mengenai penerimaan jawatan MB oleh Sultan Selangor.
Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata pihak luar boleh mengandaikan apa-apa sahaja mengenai PAS, namun PAS telah nyatakan pendirian bahawa tidak akan menerima jawatan MB seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR).



KAH KAH KAH


ini dulaka 
atau buah nangka
atau dol dari melaka

KAH KAH KAH


-------------

JANGAN LUPA BAWA DEDAK

Posted: 08 Sep 2014 07:43 PM PDT




ANCAMAN DIPAKSA

Hello TT...
Wajib ko sebarkan advert ini...
WAJIB...

Kot ko tak sebarkan...
Ko memang HASSAN MALEK!

Dia datang tompek memancut ko ni...

agak-agak ko sapa yang datang nanti?!!

jeng..jeng..jeng...

Displaying 10329710_658914027539194_7950888536265850880_o.jpg


KAH KAH KAH

roti ko malaon ni
cakap soh seh 
soh seeeh
jangan lupo
bawak dodak
kah kah kah

----------

HANYA SAEKOR LEBAI KAMPONG

Posted: 08 Sep 2014 07:04 PM PDT





JEMPUTAN 
ISNIN 15 HARI BULAN 
PELANCARAN GHAH
DEWAN CHINA
JAM 8:30 MALAM
sila datang buat ramai

PAS LUNGKUP DI KEDAH  DAN TERENGGANU
Ulamak PAS sudah banyak melakukan kerosakan. Agak mustahil kemelut sebegini akan sembuh begitu saja. Look at the damaged done bila org2 melayu ulamak lagi buat kerja haramjadah begini. Luka menikam rakan sebegini, hanya boleh diubati dgn keluarnya Ulamak2 PAS dari PR sahaja sebagai penyembuhnya. Kes MB ini amat menonjol peranan ulamak yg jelas kurang cerdik dlm menangani isu sekecil tukar MB saja.

No wonder PAS terlungkup di Kedah dan Terengganu. Media PAS jelasnya LEMBAM. Hanya org2 melayu yang telah di bodohkan saja sanggup bermati2an berjuang dlm PAS setelah dibonsaikan dgn ayat-ayat agama. Yang nak melingkup Melayu pun, bukannya orang lain. Orang Melayu jugak. Yang merasakan diri mereka alim tawaduk dan bertaqwa lebih dari orang lain. Memang sungguh sakit hati kita tahu sebegini. Kesian ulamak2 dipergunakan. PAS mmg terbukti survive. Tapi terbukti nak tukar pemerintahan negara? Hampeh la... on BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
Anonymous
on 9/9/14

SEORANG DOKTOR BUKAN BOMOH JIN
study medicine at the Royal College of Surgeons in Ireland where she was awarded a gold medal 'MacNoughton-Jones Gold Medal' in obstetrics and gynecology and she later graduated as a qualified ophthalmologist. Dr. Wan Azizah served as a government doctor for 14 years before deciding to focus on volunteering work, when her husband, Anwar Ibrahim was appointed the Deputy Prime Minister of Malaysia in 1993. Anyway aku respect this family mcm aku respect TGNA. Semoga semua dlm sihat sejahtera dan dilindungi sepanjang masa. on BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
Anonymous
on 9/9/14
KELAYAKAN AMAT TINGGI
Sebenarnya puak.puak.malu dengan wan.azizah. kalau banding depa dengan wan azizah amat jauh kelayakan. Depa ini ada kelayakan apa ? Pakai kopiah ? Atau ada kemuliaan tersendiri ? Belakang tirai lagi kotor dari manusia biasa. Tak percaya mereka ini layak. Kalau layak tak lah kedah jauh... tak lah ganu jatuh... puak.ni pakat jual jual beli beli atas nama.ketuanan. paparan ilmiah.agama.sebagai.wayang.kulit.

 semua sandiwara luaran.stopa main.perempuan murahan. Apa pun hasrat bee end.utk retak kan.gabungan.sudah berlaku. Bila masa susah.kita akan tau sapa kawan baik.dan.kawan.masa gumbira. Kah kah kah Memang depa tak.layak.banding dgn wan.azzia Hadi ada ijazah apa ? Ijazah tangkap ikan Kah kah kah Ini lah sebab kita mundur Masih guna agama.bangsa ketuanan Utk terus perbodohkan anak.bangsa Sengaja dibonsaikan bodoh Kah kah kah on BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
Anonymous
on 9/9/14


PIL KUDA LAGI
TT.cuba kao nyanyi lagu nie. Oooh Ibuuuu!!! Pasti mendayu2 suara kao tuh. Keh keh keh keh. Ibu yg ni blom ada rekod 1.mkn suap. 2.temberang. 3.kutuk kengkawan dlm ceramah. 4.sebagai mb. 5.mb sepenggal. 6.kona baring punya statement. 7.tuduh pil kuda 8.tuduh komeneh. 9.sign watikah pencalonan sorang2. 10.ceramah berapi sampai tercampak microfon. 11.yg pasti x ade rekod terpikat dgn TT kah kah kah. on BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
air gunung
on 9/8/14
MAKLUMAT AM
Senarai terkini ahli parlimen Melayu Singapura 1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London) 2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura) 3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign) 5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology) 6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, on BERBAHAGIALAH HENDAKNYA
Anonymous
on 9/8/14
LEBAI KAMPONG
Aku yang usia melewati setengah abad ini pun berasa risau dek kerana menjadi penyokong PAS dari zaman Lebai Kampong lagi. Tak pernah aku tengok begitu ramai cenderung kepada PAS semasa Ust Fadzil Noor (Allahyarham) menjadi Presiden dengan pendekatan beliau mengambil golongan profesional dan berfahaman liberal masuk beramai-ramai ke dalam PAS. Anwar pula selepas itu (keluar penjara) bertindak menarik sokongan kaum Cina dan India terhadap PAS dan PR.

 Tapi kini semuanya akan hancur dan musnah dek kerana Tuang Presideng Hadi Awe bersama menantu, anak dan puak UG-nya. Berpolitik bukankah untuk merebut kuasa? Kemanakah arah tuju PAS tanpa adanya kuasa? Sesungguhnya Selangor telah menjadi batu nisan buat PAS..... Golongan pengundi atas pagar, pengundi yang mula berjinak dengan PAS, belia-belia yang celik politik dan layak mengundi, kaum Cina dan India serta mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi (Anwar Ibrahim) akan berasa marah, benci dan terlalu prejudis terhadap golongan yang on BERITA BARU MASUK
1Crony



--------------