Sabtu, 30 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APA KATA QARDAWI KEPADA ANWAR

Posted: 30 Aug 2014 03:51 PM PDT

Antara ulama yg menjadi sahabat baik serta mendukung perjuangan DSAI adalah Sheikh Yussof Al-Qaradwi. Setiap kali Qaradawi berkunjung ke Malaysia pasti Qaradawi akan bermalam di rumah Dsai di bukit segambut KL.

Dalam isu Dr. Wan Azizah menjadi MB ini, telah dirujuk lantas Qaradawi meletakkan hukumnya adalah HARUS jika Dr. Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor kerana atas Kapasitinya sebagai golongan yang berilmu, juga kerana selain dari Ibu org yg paling dipercayai oleh seorang lelaki dalam hidupnya adalah isteri...

Hukumnya akan jatuh Haram jika dibelakang Dr. Wan Azizah adalah lelaki Bukan Muhrim dan ianya menjadi HARUS kerana di belakang Dr. Azizah Wan adalah suaminya sendiri yg akan membimbing beliau sepanjang masa sebagai MB Selangor..

Note :

ADMIN nak tanya apakah hukumnya MUSLIMAH PAS menjadi Exco, Addun dan Ahli Parlimen?
Jika Dr. Wan Azizah menjadi MB Selangor yg akan membantu serta berada di belakang adalah suaminya Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Yang membantu serta berada di belakang Nurul Izzah juga Muhrimnya Datok Seri Anwar Ibrahim..
PERSOALANNYA ::

Siapa pula yg membantu serta berada di belakang EXCO, ADUN dan Ahli Parliment dari kalangan Muslimah PAS sepanjang masa?

Sila senaraikan nama ke semua Exco, Adun dan Ahli Parlimen dari Muslimah PAS yang dibantu oleh suami atau Muhrim masing-masing sepanjang masa..

Apa lagi Hujah serta alasan kamu wahai Haji UG...??

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

WAJAH AWAL PROGRAM HJ HADI SUDAH DI PULAU

Posted: 30 Aug 2014 07:00 AM PDT

Semalam exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.

Semalam exco hjh halimah dgn yb bn buat program di unisel hari ni presiden plak buat program di unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan unisel ni.

KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson  merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.

 Pendedahan dan amaran kepada  PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.

Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.


PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.

Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.

Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.

Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:

Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.

Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.

Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak? 

Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.

Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.

Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?

Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?

Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?

Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?

Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.


Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?

Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.

Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.


Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat


ADAKAH PAS LEBIH ARIF DARI MAT TAIB DI SELANGOR?

Posted: 30 Aug 2014 05:36 AM PDT



Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014. 
 Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.


 Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.


"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
  PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.

Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.

"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.

"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.

Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.

"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.

"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


KIBARKAN SANG SAKA

Posted: 30 Aug 2014 06:00 PM PDT






SANG SAKA

RAKYAT




BENDERA 

MALAYSIA




MALAPETAK-NAKBA

Posted: 30 Aug 2014 10:38 AM PDT





31 ogos 

hari nakba

15 mei 

hari malapetaka 


PROGRAM TUAN HAJI HADI DI UNISEL

Posted: 30 Aug 2014 06:30 AM PDT




ILMU 

SEMIOTIK

ialah ilmu membaca
tanda dan makna dari imej
gambar ialah imej
imej saperti karangan
memiliki nahu
justeru
imej atau gambar boleh dibaca
sama saperti membaca karangan

NOTA
gambar dibawah ini
ialah gambar
tuan haji hadi wang
di program mahasiswa
di unisel batang berjuntai
hari ini sabtu 30 ogos 2014
Displaying .facebook_1409387674093.jpg

mi rest mi case

mi lord

kah kah kah

--------

TAHNIAH PARA KARTONIS

Posted: 30 Aug 2014 06:00 AM PDT






FACE BOOK



TAHNIAH semua kartunis-kartunis KKI dan ahli2 KKI+ kerana telah berhasil mengadakan majlis pelancaran buku yang begitu berjaya pagi tadi di Brickfields. Terima kasih juga kepada peminat dan penyokong yang datang memberi sokongan. KKI baru menerbitkan buku "Showcase" yang mengandungi profil dan karya ahli2 KKI. Perbelanjaan untuk mencetak buku ini ditanggung oleh ahli2 sendiri. Tahniah sekali lagi!. FotoPak Malek Baretta
 — with Haili KkiBryan Adam 




-------------

AWAS ! AZMIN ALI PADANG TEMBAGA

Posted: 30 Aug 2014 01:00 AM PDT




AWAS!

AZMIN ALI

PADANG 

TEMBAGA





ADUN-ADUN KEADILAN SELANGOR WAJAR BERI SOKONGAN PENUH KEPADA DATO' SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL DAN MENARIK DIRI DARI PENCALONAN

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang menyatakan secara terbuka sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Saudara Nik Nazmi juga dengan itu menarik diri dari sebarang pencalonan bagi jawatan itu seperti yang disyorkan oleh Saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS.

KEADILAN dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Saudara Nik Nazmi.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya ADUN-ADUN KEADILAN Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara KEADILAN yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN KEADILAN di Selangor yang menyokong pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno/Barisan Nasional.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

29 Ogos 2014





----------

DARI LIDAH PENGARANG

Posted: 30 Aug 2014 01:00 AM PDT








LIDAH 

PENGARANG

krisis selangor masih belum selesai
apa yang jelas 
khalid ibrahim telah dipecat
khalid ibrahim bukan lagi mb selangor

pkr dan dap
telah bersetuju menamakan
dr wan azizah presiden pkr
sebagai mb selangor yang baru

lalu timbul persoalan

kenapa satu nama sahaja
bagaimana dengan cadangan pas
yang ingin menamakan azmin ali

persoalan ini perlu pencerahan

justeru
untuk menerangkan duduk pekara
mari kita fahami kembali
kenapa khalid ibrahim dipecat

fakta membuktikan
khalid ada berhutang 70 juta ringgit
ini hutang khalid dengan bank islam 
hutang ini telah digunakan
untuk dijadikan senjata peras ugut

khalid akhirnya bersetuju
dengan  projek kidek
bersetuju dengan langat dua
bersetuju jual tanah selangor
kepada adik vincent tan
semua ini kerana ugutan hutang

kalau azmin ali dijadikan mb selangor
semua akan berulang sekali lagi
peras ugut akan bermula kembali

umum mengetahui bahawa
azmin ali yang terlibat 
dalam kes projek pj sentral
kes projek pj sentral ini
macam hutang khalid 
akan juga dijadikan senjata peras ugut

dokumen tentang projek pj sentral
ini jelas menunjukkan bagaimana
sehinnga bulan mei tahun ini
azmin ali masih mengelak dari
memberi jawapan penglibatan dirinya
dalam projek pj sentral

berulang-ulang  kali
pihak berwajib kerajaan selangor
meminta azmin menerangkan bagaimana
saham 30% milik pkns lesap bagitu sahaja

kenapa azmin diminta memberi penerangan?
kerana azmin  ahli lembaga pengarah pkns

hingga ke hari ini
azmin ali masih gagal menerangkan
apa yang telah terjadi hingga saham
pkns dalam projek pj sentral lupus

pj sentral ini hanya satu kes
yang boleh dijadikan senjata peras ugut

bagaimana pula duit duit yang dipungut
oleh azmin sebelum pru 13
azmin ketika itu ialah
pengarah pilihan raya pkr
berapa jumlah duit ini?
kemana ianya lesap?
mana laporannya?

ini juga senjata peras ugut
yang akan digunakan oleh
united malays national organisation

justeru pkr wajib memberitahu
parti pas tentang 
siapa dia azmin ali ini

ketika pkr mahu memecat khalid ibrahim
tuan guru nik aziz telah meminta
pkr melalui setiausaha agong pkr
untuk menerangkan sebab musabab kenapa
khalid ibrahim wajib ditolak

maka penerangan yang sama 
sebab musabab kenapa azmin ditolak
wajib juga diberi tahu kepada pas dan dap

parti pas dan dap
wajib diberi pencerahan

warga selangor
rakyat malaysia juga
wajib menerima pncerahan

NOTA
cabut punat bisul
sebelum meledak









---------

HELAH SEORANG PEROGOL

Posted: 29 Aug 2014 11:00 PM PDT





BERITA ROGOL INTERNET INDONESIA



KOMENTAR

rais yatim ada kes rogol
rais diberitakan telah merogol
seorang amah
amah ini berasal dari indonesia

berita rais rogol amah
mucul dalam laman web 
berita rais rogol amah
mucul dalam laman sosial

internet heboh kes
rais yatim rogol amah

justeru

tidak hairan jika
rais mencadangkan 
laman sosial di kawal
tidak hairan jika 
internet di kaweal

mengawal laman sosial
mengawal internet
sama ertinya saperti membebaskan
rais yatim dari tuduhan rogol


Rais: K'jaan perlu kuasa sekat laman sosial

9:51AM Aug 30
Malaysia juga boleh wujudkan laman sosial 'Facebook' sendiri seperti yang diperkenalkan China untuk rakyatnya.




KAH KAH KAH


lu boleh caya ke
cakap seorang
perogol

KAH KAH KAH


---------

LAWAK POLITIK KAH KAH KAH

Posted: 29 Aug 2014 10:00 PM PDT






JEMPUTAN





KAH KAH KAH

tukar tiub
 buat kah kah kah
isnin - 1 september 2014
jam 8:30 malam
crack house
taman tun

Displaying 10548930_1623906664502419_4186504413407728024_o.jpg







------------


TAHNIAH

Posted: 29 Aug 2014 07:30 PM PDT






KAH KAH KAH

tahniah
pergi lanchowlaaa

KAH KAH KAH





---------