Sabtu, 30 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APA KATA QARDAWI KEPADA ANWAR

Posted: 30 Aug 2014 03:51 PM PDT

Antara ulama yg menjadi sahabat baik serta mendukung perjuangan DSAI adalah Sheikh Yussof Al-Qaradwi. Setiap kali Qaradawi berkunjung ke Malaysia pasti Qaradawi akan bermalam di rumah Dsai di bukit segambut KL.

Dalam isu Dr. Wan Azizah menjadi MB ini, telah dirujuk lantas Qaradawi meletakkan hukumnya adalah HARUS jika Dr. Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor kerana atas Kapasitinya sebagai golongan yang berilmu, juga kerana selain dari Ibu org yg paling dipercayai oleh seorang lelaki dalam hidupnya adalah isteri...

Hukumnya akan jatuh Haram jika dibelakang Dr. Wan Azizah adalah lelaki Bukan Muhrim dan ianya menjadi HARUS kerana di belakang Dr. Azizah Wan adalah suaminya sendiri yg akan membimbing beliau sepanjang masa sebagai MB Selangor..

Note :

ADMIN nak tanya apakah hukumnya MUSLIMAH PAS menjadi Exco, Addun dan Ahli Parlimen?
Jika Dr. Wan Azizah menjadi MB Selangor yg akan membantu serta berada di belakang adalah suaminya Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Yang membantu serta berada di belakang Nurul Izzah juga Muhrimnya Datok Seri Anwar Ibrahim..
PERSOALANNYA ::

Siapa pula yg membantu serta berada di belakang EXCO, ADUN dan Ahli Parliment dari kalangan Muslimah PAS sepanjang masa?

Sila senaraikan nama ke semua Exco, Adun dan Ahli Parlimen dari Muslimah PAS yang dibantu oleh suami atau Muhrim masing-masing sepanjang masa..

Apa lagi Hujah serta alasan kamu wahai Haji UG...??

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

WAJAH AWAL PROGRAM HJ HADI SUDAH DI PULAU

Posted: 30 Aug 2014 07:00 AM PDT

Semalam exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.

Semalam exco hjh halimah dgn yb bn buat program di unisel hari ni presiden plak buat program di unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan unisel ni.

KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson  merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.

 Pendedahan dan amaran kepada  PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.

Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.


PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.

Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.

Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.

Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:

Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.

Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.

Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak? 

Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.

Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.

Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?

Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?

Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?

Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?

Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.


Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?

Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.

Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.


Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat


ADAKAH PAS LEBIH ARIF DARI MAT TAIB DI SELANGOR?

Posted: 30 Aug 2014 05:36 AM PDT



Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014. 
 Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.


 Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.


"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
  PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.

Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.

"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.

"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.

Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.

"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.

"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014.


Tiada ulasan: