Khamis, 14 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

Posted: 14 Aug 2014 03:18 PM PDT

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita', TETAPI.... disebabkan ianya ada kaitan dengan Anwar?...ALASANNYA....mudah......kalau UG pun ia...kalau KULI pun nak dijadikan PM?.....rasanya....fikir sendiri lah...

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUK tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan.

Video penjelasan Saari Sunggip Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum -MSO

Posted: 14 Aug 2014 06:23 AM PDT

 

 

 

 

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               
Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.
Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.
Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?
Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 
Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.
Dan sekiranya Pas mahu menenangkan keadaan parti itu, soal Khalid menyertai Pas janganlah dibangkitkan malam ini.
Selain kedudukan Khalid, isu yang akan dibincangkan ialah mengenai Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sudah mendapat majoriti daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor apabila dua ahli Pas Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mengatakan sokongan kepada Azizah. 
Dengan kedudukan itu Pas secara praktiknya tidak lagi boleh mempertahankan Khalid atas alasan hendak menyelamatkan kerajaan Selangor. Sekiranya dari kalangan Ahli jawatankuasa Pas arif dan maklum dengan matemetik mereka harus akur yang Khalid sudah tertolak. 
Sehubungan itu juga Pas tentu membincangkan tindakan Saari dan Hasnul itu. Apakah mereka dianggap sebagai tidak mempedulikan seruan Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa agar semua 15 orang Adun Pas Selangor menyokong Khalid. Sekiranya Pas beranggapan seruan Nik Amar itu sebagai rasmi sudah tentu tindakan kedua-dua Adun Pas kawasan Hulu Kelang dan Morib itu menyokong Azizah dianggap sebagai membelakangkan arahan Nik Amar? 
Kenapa begitu, sebab parti tidak membuat arahan rasmi agar semua Adun menyokong Khalid. Apa yang ada ialah arahan kepada empat Exco Pas bersama Khalid.
Berdasarkan kepada hakikat itu, tidak ada sebab untuk Pas mengambil apa-apa tindakan ke atas Saari dan Hasnul malam ini sebab mereka relatif tidak melanggar mana-mana disiplin parti. Lagipun seperti kata Saari, beliau mengambil pendirian itu sebagai menyahut seruan parti agar mempertahankan Pakatan Rakyat sesuai juga dengan pendirian Mursyidul Am Pas.
Tindakan ke atas kedua-dua Adun itu akan menggeruhkan lagi keadaan dan ia mengundang permasalahan baru dalam Pas. Pas tidak sepatutnya menambahkan kerumitan dan masalah dengan apa yang berlaku kini. 
Mesyuarat malam ini juga menjadi tumpuan kerana pemerhati akan menilai sejauh manakah wibawa Pas sebagai parti politik menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan. Selain itu ia akan menjawab apakah Pas berpegang kepada syura, keputusan bersama atau pun kena wala' atau pun taat membuta tuli kepada kehendak peribadi mana-mana pemimpin.
Diharap lujnah politik Pas akan bermesyuarat dengan penuh terbuka, tawaduk serta berfikiran lapang dengan penuh ukhwah keagmaan yang sering dilaung-laungkan. Setiap daripada mereka yang hadir hendaklah memberi pandangan yang datang hati yang tulus atas semangat perjuangan sebenarnya dan bukan kerana hasad dan dengki. [wm.kl.5:05 pm 14/08/14]

Reben Hitam untuk Khalid undur

Posted: 14 Aug 2014 06:21 AM PDT

Reben Hitam untuk Khalid undur

(Oleh Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 14 OGOS : Gabungan beberapa Agensi Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor melancarkan kempen "Reben Hitam" bagi menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Jurucakap Kempen Kembalikan Selangorku, Faisal Mustaffa mendakwa, Khalid mengamalkan amalan tidak demokrasi dengan mengenepikan suara rakyat yang telah memilih kerajaan Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang lalu.
42111-single-face-satin-black-ribbon"Tindakan Khalid jelas menunjukkan beliau tidak menghormati pengundi di Selangor yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.
"Justeru, keputusan ini  adalah suatu tindakan tidak demokrasi dan betul-betul menghina rakyat Selangor," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Khalid memecat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) KEADILAN dan DAP  di negeri itu 12 Ogos lalu.

Faisal yang juga koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Khalid mengembalikan Selangor kepada rakyat selepas memberhentikan Exco negeri itu.

Justeru Faisal memaklumkan,  'Kembalikan Selangorku' adalah sebuah kempen 'Riben Hitam' yang menentang tindakan Khalid apabila beliau mendapat sokongan daripada  parti PAS dan BN bagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya,  kempen itu akan dijalankan bermula 15 Ogos – 17 Ogos sebagai desakan kepada Khalid supaya berundur.

"Kempen ini akan dijalankan pada 15 Ogos ini di Pusat Khidmat Adun Pelabuhan Klang dan SUK Selangor, 16 Ogos di Pusat Khidmat Adun Cempaka dan 17 Ogos di Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut jam 11 pagi," jelasnya.

Dalam pada itu, Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal di setiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat.

WAJIB BACA: DAP calonkan Wan Azizah

Posted: 14 Aug 2014 02:06 AM PDT

DAP calonkan Wan Azizah

Langkah Kajang adalah satu strategi menukar MB Selangor secara tertib. Tuduhan pemimpin aliran keras PAS kononnya Anwar melakukan nepotisme dengan melantik isteri sendiri tidak berasas sama sekali.

Langkah Kajang memenuhi tuntutan Adun PAS Selangor yang muak dengan gaya pentadbiran seorang diri Khalid dibantu dua penasihat wanitanya, dibuat dengan tanpa mengecilkan hati beberapa pihak yang terlibat.

Pada awalnya, Anwar Ibrahim sendiri mengambil tanggungjawab menggantikan MB Khalid. Tujuannya bagi meletakkan pemimpin yang jauh lebih popular di tempat Khalid agar rakyat Selangor  tidak tertanya-tanya kredibiliti dan keupayaan pemimpin tersebut.

Dalam parti Khalid bermusuhan dengan Azmin Ali. Azmin mempunyai ghairah untuk menduduki kerusi MB. Sekiranya Azmin dilantik maka penyokong Khalid akan melakukan tindakan yang kurang baik kepada parti. Begitu juga Azmin tidak akan menentang sekiranya Anwar yang diseganinya menggantikan Khalid.

Oleh kerana Anwar digagalkan bertanding oleh Umno maka PRK kajang kemudiannya dimenangi Dr Wan Azizah. Azizah kemudiannya dicalonkan sebagai MB baharu.

Bagaimanapun, tidak seperti dakwaan PAS Anwar melantik isteri sendiri, nama calon lain juga telah diperbincangkan bersama DAP. Namun DAP tidak bersetuju kecuali Azizah menggantikan Khalid. Di peringkat PKR pula nama Azmin disenaraikan tetapi ditolak oleh Biro Politik dan Azizah disaran untuk menjadi MB baru.

Pemimpin garis keras PAS wajar menghentikan tuduhan memburuk-burukkan PKR dan Azizah jika mereka benar-benar mengamalkan politik Islam. Pencalonan Azizah walaupun PAS tidak menyukainya telah dibuat secara bersama oleh DAP dan PKR.

Dalam politik demokrasi suara majoriti mengatasi minioriti. PAS hanya minioriti dan sewajarnya bersetuju dengan pilihan dua rakan gabungannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin aliran keras PAS kini hanya membuka aib mereka sendiri.

Penolakan Azizah membuktikan mereka tidak demokratik dan tidak mengamalkan politik Islam dengan mengutamakan pilihan yang dipersetujui oleh jumlah terbesar.

WAJIB BACA: Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!

Posted: 14 Aug 2014 02:03 AM PDT



Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!

OLEH : Amirulmukminin


Perselisihan pendapat dalam PAS antara golongan ulama dan profesional tiba di kemuncaknya apabila beberapa pemimpin Dewan Ulama dan pemimpin tertinggi PAS didakwa berkeras menyokong Khalid Ibrahim yang tidak lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat.




Sokongan bagi mempertahankan kerusi MB Khalid di Selangor itu menyebabkan PAS Selangor terpaksa bekerjasama bersama Umno buat pertama kali dalam sejarah selepas Khalid memecat exco PKR dan DAP.

Pujukan gagal

Anwar pada 11 Ogos lalu bergegas ke Terengganu menaiki helikopter bertemu Presiden PAS Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Ibai. Pertemuan yang pada awalnya dilihat bakal membuahkan hasil positif selepas Umno Selangor mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid, berakhir dengan ketidaktentuan berterusan. Hadi yang sepatutnya membuat pengumuman pada malam itu menarik balik sokongan kepada Khalid tidak berkata apa-apa ketika diasak oleh media.

Hadi dilaporkan tidak banyak berganjak daripada pendirian asal walaupun  mengetahui Khalid memaksa PAS dan Umno bekerjasama di Selangor bagi mempertahankan kerusi MB yang disandangnya.  Hadi mungkin akan membuat keputusan yang sukar diterima ahli biasa PAS dalam menyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos ini. Bagaimanapun sejarah telah tercatat, mulai 11 Ogos lalu PAS yang memusuhi Umno telah bekerjasama dengan parti sekular itu memerintah Selangor.

PAS menghampakan perjuangan rakyat menuntut perubahan sejak 10 tahun lalu. Hal itu terjadi kerana tiada pemimpin yang berani menyanggah Hadi walaupun presiden tersesat jalan. Jika situasi sama berlaku dalam PKR atau DAP maka ahli bawahan akan menghentam kepemimpinan atasan. Sebaliknya, budaya PAS yang mengutamakan walak atau 'setia tidak berbelah bahagi' kepada pemimpin menyebabkan tiada siapa berani menegur pemimpin atasan.

Sekiranya situasi ini dibiar berlarutan maka PAS akan mengulangi krisis kepimpinan pada 1970an lalu. Ketika itu Yang Dipertua PAS Asri Muda mentadbir parti mengikut kehendak sendiri. Ahli dan pemimpin bawahan tidak menegur dengan tegas. PAS diheret bekerjasama dengan Umno tetapi ditikam Umno dari belakang sehingga PAS pecah dua akibat krisis MB Kelantan.

Ketegasan sahabat

Ahli PAS tentu maklum peristiwa ketegasan sahabat dalam menegur khalifah. Ketika saidina Umar al Khattab bertanya kepada para sahabat apakah yang akan dilakukan jika beliau menyeleweng dalam pemerintahan, seorang sahabat bangun dan berkata akan 'mengajar' Umar dengan pedang beliau. Umar bersyukur di atas ketegasan para sahabat.

Dalam kemelut ini, ahli dan pemimpin rendah PAS bertanggungjawab menegur pemimpin atasan apabila kesilapan telah berlaku. Sewajarnya PAS cawangan dan kawasan memanggil mesyuarat tergempar. Satu usul yang tegas perlu dibahaskan oleh PAS cawangan dan kawasan di Selangor. Mereka perlu meluluskan usul menolak berkerjasama dengan Umno.

Usul akar umbi akan menghentikan pemimpin atasan bergerak lebih jauh. Mana-mana parti dalam dunia wujud kerana mempunyai cawangan dan ahli akar umbi. Jika akar umbi menolak bermakna parti tidak memperolehi sokongan teras dan pada dasarnya keputusan atasan tidak akan dilaksanakan jika melibatkan ahli bawahan.

Mesyuarat tergempar membahaskan usul seperti itu tidak boleh disekat oleh Setiausaha Agung PAS kerana tidak bercanggah dengan polisi PAS menentang Umno sejak sekian lama. Usul menolak Umno mempunyai taraf yang sama dengan usul menyokong kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tiada lagi syurga

Hanya dengan cara itu sahaja para pemimpin PAS akan berfikir dua kali sebelum mengumumkan kerjasama dengan Umno mempertahankan pemerintahan di Selangor. Seandainya usul seperti itu gagal dibuat maka besar kemungkinan PAS akan melakukan kerjasama rasmi dengan Umno buat kali kedua selepas peristiwa di Kelantan pada 1971 – 1978.

Ahli bawahan yang dijanjikan syurga berjuang bersama PAS pasti tidak lagi dapat membayangkan syurga sebaik sahaja parti itu bersekongkol dengan parti yang sedang merompak duit rakyat Selangor melalui perjanjian air dan pembinaan loji Langat 2.

Begitu juga projek-projek besar di Selangor akan dikurniakan kepada kroni Umno selepas ini. Dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkemungkinan besar akan dipotong untuk membiayai projek kroni. Tidak perlu ulama PAS membuat fatwa baharu kerana penyokong PAS telah faham kebusukan Umno dan tiada lagi kesucian bersama jemaah yang menyokong penyelewengan.

Inilah detik paling genting buat PAS. Ketika pemimpin tidak mampu membuat keputusan betul maka ahli bawahan PAS perlu memberi peringatan, kekuatan dan semangat agar istiqomah dilandasan yang betul dan tidak terjerumus melakukan maksiat bersama Umno!


WAJIB BACA: Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

Posted: 14 Aug 2014 01:57 AM PDT

Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

 OLEH: Amirulmukminin

Pemimpin aliran keras PAS mencaci PKR kononnya ingin menghuru-harakan negara dengan strategi Langkah Kajang.
















Namun menurut Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada MB Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Menyedari PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai MB sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi perangai angkuh beliau pada penggal pertama. PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai MB.


Khalid berjanji

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan; bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Kedua-dua parti berpuas hati dengan janji Khalid. Oleh itu, apabila Khalid mengulangi perangani buruknya dalam beberapa isu maka PAS Selangor membuat aduan 67 perkara kepada PAS pusat.

Jadi, penjelasan Khalid kononnya parti memaksa beliau meletak jawatan adalah bohong. Situasi Khalid sama seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said yang hanya diberi muka oleh Umno untuk memerintah Terengganu untuk satu tahun sebelum digantikan. Dan Mat Said digantikan pada pertengahan tahun 2014.

PAS jangan tipu


Umno tidak sewajarnya mengambil kesempatan dalam krisis di Selangor dengan menyokong Khalid kerana Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian ketika krisis penukaran MB Terengganu. Sokongan Umno dalam krisis penukaran MB Selangor ini jelas mmpunyai matlamat yang lebih besar dan telah dirancang sejak sekian lama.

Oleh itu, pemimpin PAS janganlah menipu diri sendiri kononnya mereka dibuli oleh Anwar Ibrahim dan PKR. PKR terbukti melaksakan apa yang telah dimulakan oleh PAS dan DAP. Langkah Kajang untuk menggantikan MB secara tertib didahului kata dua PAS dan DAP.


WAJIB BACA : Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh

Posted: 14 Aug 2014 01:47 AM PDT

Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh 

Khamis,  

OLEH :     Amirulmukminin

Puak aliran keras PAS mendakwa Rafizi adalah dalang di sebalik Langkah Kajang. Mereka menabur fitnah di kalangan pemimpin PAS kononnya Anwar mengarahkan Rafizi untuk melakukan grand design Langkah Kajang. Sasaran terakhir adalah menjatuhkan Hadi Awang dalam PAS.



Tidak dipastikan kenapa sasaran akhir adalah presiden PAS sedangkan penukaran MB Selangor adalah hak PKR. Bagaimanapun dakwaan itu telah cuba dipantahkan ke dalam minda pemimpin dan ahli PAS.

Puak ini mengkaji secara semberono mengaitkan pengarah strategi PKR, Rafizi merancang semua itu dengan mengemukan dua artikel interview The Malaysian Insider (THI) terhadap Rafizi ketika Langkah Kajang terhenti beberapa bulan.




Hidup Langkah Kajang


Interview yang dilakukan oleh seorang wartawan terhadap Rafizi itu mencetuskan semula polemik pertukaran MB apabila Rafizi berkata rancangan tersebut masih berjalan.

Puak strategis PAS terlupa siapakah di belakang THI, iaitu akhbar The Edge yang telah membeli THI pada hujung 2013. Mereka terlupa The Edge telah menyerang Khalid sejak dua tahun lalu. Akhbar itu telah mendedahkan urusniaga Khalid dan Bank Islam. The Edge juga mendedahkan urusniaga dalam Eco World.

Namun strategis PAS yang malas melakukan homework ini terus menabur tuduhan kononnya Rafizi menghidupkan semula Langkah Kajang. Hujah itu disampaikan kepada Hadi. Penyampainya didakwa dilakukan oleh orang yang paling dekat dengan Hadi dan bekerja di GLC Selangor.Mereka mendakwa bahawa Din Ayam dan seorang strategis Pas yang bernama Zuhdi.

Seorang pemimpin PAS yang terpalit kontroversi WhatsApp meninggalkan PR baru-baru ini juga aktif menyebarkan dakwaan serupa. Malah beliau bertindak mengirim WhatsApp kepada Rafizi dengan kata-kata kesat kononnya Rafizi adalah master mind disebalik apa yang berlaku.

Betapa dangkalnya ahli politik PAS yang mengelilingi Hadi. Menuduh Rafizi dan Anwar berdasarkan dua artikel dalam THI. Mereka ini jugalah yang bertanggungjawab menghasut Hadi dan Dewan Ulama membenci Anwar.


Singkir UG


Kumpulan unity government (UG) ini telah bertindak terlalu jauh dengan mengepung minda Hadi dan kini Nik Aziz menggunakan teori bodoh mereka. Sehingga ulama PAS berbincang jika sedemikian busuknya Anwar dan PKR dalam permainan politik maka wajarlah PAS menarik diri daripada PR.

Strategis PAS yang busuk hati ini akan dirakam sejarah sebagai pengkhianat sekiranya PAS benar-benar meninggalkan PR. Mereka sebelum ini bertanggungjawab menyebabkan Hadi disaman oleh seorang calon PRU dari PKR Terengganu kerana memfitnah individu itu menjual pil kuda.

Kini, mereka menghasut Hadi memusuhi Anwar. Sekiranya pemimpin aliran sederhana PAS sayangkan PR maka maka mereka perlu menyingkirkan beberapa pertualang dari kelompok UG.

Termasuk yang perlu direhatkan adalah Hadi sendiri kerana pemimpin itu tidak bijak menilai situasi dan sering terpengaruh oleh hasutan individu yang dekat dengan beliau.


dollah yankee

dollah yankee


Cina,hindu dah tak percaya PAS

Posted: 14 Aug 2014 07:54 AM PDT


Kenyataan beberapa orang pemimpin-pemimpin besar dalam parti PAS umpama 'kecik tapak tangan,padang bola mereka nak tadah' pada Khalid dalam mengalu-alukan hasrat Khalid Ibrahim nak 'join' parti itu telah menyebabkan gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mereka ini ada agenda rahsia dan tersembunyi untuk merampas kerusi MB dan mengawal negeri yang paling maju dan kaya itu. (Nak rampas kerusi MB dan nak kawal negeri paling kaya? Sudah-sudah lah..bagi dekat hangpa Terengganu,Terengganu lingkup!,bagi dekat hangpa Kedah,Kedah lingkup! ni nak pelingkup Selangor pulak)

Bila saja Khalid 'join' PAS, parti itu akan ada 16 adun dalam DUN Selangor dan mereka bolehlah ber'kerjasama dengan  umno (sepertimana Najib yang ber'kerjasama dengan Khalid Ibrahim) untuk membentuk kerajaan negeri yang baru dengan 'simple majority'. Jika ada mana-mana atau seorang-dua wakil rakyat dari PKR yang bersekutu dengan Khalid Ibrahim yang akan melompat katak', maka itu akan menambah kuatkan 'kerjasama' yang baru ini.

Walaupun Khalid Ibrahim 'musibat' ni tak mahu 'join' PAS, tapi dia boleh jadi kawan mereka dengan menjadi adun bebas yang mesra PAS dan dia boleh terus jadi MB (MB pas). Dan maka boleh lah Khalid gula-gulakan adun-adun PAS yang ada untuk meneruskan hasrat mereka yang cuba mahu menjadikan bandar Shah Alam sebagai sebuah bandar islamik / 'islamic city'. Hanya inilah caranya jika Khalid masih nak terus duduk di kerusi MB sampai pilihanraya depan (maka sempat lah juga jika dia nak rembat apa yang patut dirembat!).

Dalam perkara MB Selangor ini, PAS telah terbahagi kepada dua grup. Satu grup 'old-school' yang diwakili olih ulamak-ulamak yang tetap mahu menadahkan 'padang bola' kepada Khalid dan menerimanya kedalam parti  dan kekal MB, dan satu lagi ialah grup 'new-school' yang terdiri dari yang muda-muda, yang bercita-cita tinggi yang menyebelahi dan senang ber'kerjasama dengan PKR dan DAP.

Dalam perkara ini bukan sahaja Pakatan Rakyat akan lingkup, tetapi juga cina-cina dan hindu tak akan undi PAS lagi pada PRU depan.

dollah yankee -
Khalid 'musibat' ni ,walau gagap tapi 'champion' juga dia!








Penyokong PR 'cool' sikit sebab Mat Sabu!

Posted: 13 Aug 2014 08:02 AM PDT


'Bagaimana PAS sokong MB yang disingkir PKR?'

 Beberapa pemimpin sederhana dalam PAS meluahkan harapan mereka melihat parti itu bersama Pakatan Rakyat, walaupun kepimpinan tertinggi enggan menyatakan pendirian mereka berhubung krisis menteri besar Selangor yang semakin meruncing.

 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?".

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.


dollah yankee -
Tok bomoh tengok 'ayaq' dan dia kata semua akan okey selepas 17 haribulan.Khalid akan dipenerajang dan Wan Azizah MB baru. 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PROGRAM PENCERAHAN DISANA SINI

Posted: 14 Aug 2014 07:00 PM PDT






  MALAM 

INI

DI IPOH


 RADIO BANGSAR
akan membuat siaran langsung
untuk warga dimana saja berada


AHAD MALAM

DEWAN CHINA


TIAP MALAM 

DI MALAYSIA




----------

KHALID PULAK KENA LIWAT

Posted: 14 Aug 2014 06:00 PM PDT







PERKASA gesa MB sumpah macam 
Saiful Bukhari2:35PM Aug 14
Tuduhan itu harus dijawab kerana seorang pemimpin 
mesti berani kerana benar.

Presiden PERKASA  Ibrahim Ali meminta Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menjelaskan isu rundingan penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam yang bernilai RM70 juta dengan segera.

Ibrahim berkata, Khalid perlu membersihkan namanya segera dan tidak menunggu sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan.

Ibrahim turut mencadangkan supaya Khalid bersumpah menjunjung al-Quran seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah, memegang al-Quran).



KAH KAH KAH
woit
kalau macam ni
tak perlu disiasat
tak perlu bukti
tak perlu saksi

pakai sumpah sumpit
semua beres

semua akan bersunpah
apa ada pasal
70 juta $$$$ sekarang
kiamat lambat lagi

NOTA

persoalan hari ini:
buntut khalid koyak ke?
ada bukti dalam plastik ke?

KAH KAH KAH



-------------

AMARAN TELAH DIBERI

Posted: 14 Aug 2014 06:38 AM PDT



KOMENTAR

betul atau tidak
amaran dari tukar tiub
amaran itu bukan rasisma
tapi berasaskan pengalaman
bahawa warga nigeria ini
banyak menyamar dan 
menyuludup pakai
paspot negara lain


- See more at: http://www.straitstimes.com/news/singapore/health/story/first-suspected-ebola-case-singapore-20140814#sthash.mbClqfxz.dpuf









--------

RADIO BANGSAR AKAN BUAT SIARAN

Posted: 14 Aug 2014 06:04 AM PDT





AHAD MALAM
dewan china
kuala lumpur
jam 8:30 malam
radio bangsar
akan buat siaran langsung
untuk warga di mana berada


FACE BOOK

Mohamad Lothfi 

buat siaran live kat radi0 bangsar utama bro

2 mins · Edited · Like


----------

LAWAK BERDIRI MALAM INI

Posted: 14 Aug 2014 03:00 AM PDT





MALAM

 INI DI PJ


tukar tiub buat 
kah kah kah
di pj lives arts
pj one seksyen 17
14 ogos 2014
jam 9 malam

lawak berdiri
tidak di taja
oleh mek donal
tidak di taja
oleh air badak
semua jemput
buat bising

KAH KAH KAH











---------

INI BUKTI SECARA RESMI

Posted: 13 Aug 2014 11:46 PM PDT





SOKONGAN MAJORITI 

30 AHLI DEWAN 

 NEGERI SELANGOR

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan pentadbiran Kerajaan Selangor dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa 30 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (termasuk saya) seperti tersenarai di dalam lampiran telah menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar. Mereka juga telah menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambilalih tugas sebagai Dato' Menteri Selangor yang baru.

Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADN selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan itu.

Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari UMNO dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus satu surat kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 1130 pagi ini untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.

Saya menasihati YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti. Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Menteri Besar.

Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri.

YB  DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ahli Dewan Negeri Kajang


AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR YANG MENYOKONG PENCALONAN YB DATO' SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR
1. Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kawasan: ADN N4 Kawasan Sekinchan
2. Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kawasan : ADN N6 Kuala Kubu Baharu
3. Y.B. Tuan Idris Bin Ahmad
Kawasan : ADN N11 Ijok
4. Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kawasan : ADN N14 Rawang
5. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kawasan : ADN N16 Batu Caves
6. Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kawasan : ADN N18 Hulu Klang
7. Y.B. Tuan Mohamad Azmin Bin Ali
Kawasan : ADN N19 Bukit Antarabangsa
8. Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kawasan : ADN N22 Teratai
9. Y.B. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Kawasan : ADN N25 Kajang
10. Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kawasan : ADN N27 Balakong
11. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kawasan : ADN N28 Seri Kembangan
12. Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kawasan : ADN N30 Kinrara
13. Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kawasan : ADN N31 Subang Jaya
14. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kawasan : ADN N32 Seri Setia
15. Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kawasan : ADN N33 Taman Medan
16. Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran
Kawasan : ADN N34 Bukit Gasing
17. Y.B. Tuan Lau Weng San
Kawasan : ADN N35 Kampung Tunku
18. Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kawasan : ADN N36 Damansara Utama
19. Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kawasan : ADN N37 Bukit Lanjan
20. Y.B. Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Kawasan : ADN N40 Kota Anggerik
21. Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kawasan : ADN N41 Batu Tiga
22. Y.B. Dr. Puan Daroyah Binti Alwi
Kawasan : ADN N43 Sementa
23. Y.B. Dato` Teng Chang Khim
Kawasan : ADN N44 Sungai Pinang
24. Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kawasan : ADN N47 Pandamaran
25. Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Kawasan : ADN N48 Kota Alam Shah
26. Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Kawasan : ADN N49 Seri Andalas
27. Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADN N50 Sri Muda
28. Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kawasan : ADN N52 Teluk Datok
29. Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kawasan : ADN N53 Morib
30. Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kawasan : ADN N56 Sungai Pelek




---------------

INI BUKTI SOKONGAN

Posted: 13 Aug 2014 10:55 PM PDT







TAHNIAH!

ini buktinya
30 adun selangor
 menyokong dr wan azizah


tukar tiub ucap tahniah
kepada pak abu a.k.a  shaari sungip
kawan satu sel di kamunting
no 2506

tahniah juga
kepada amir shaari
ucapan syabas 
 kepada azmin ali

jelas dalam hal salah benar
dalam hal selangor
kita semua dalam satu kancah
dalam satu saf
kita sangkutkan perbedaan
kita satukan pakatan




Gambar 30 adun yg menyokong wan azizah sbg MB termasuk YB PAS Shaari Sungip dan YB Hasnol Morib
TAKBIR!!!!!






------------

BUKTI ADAN DI UMUMNKAN

Posted: 13 Aug 2014 10:11 PM PDT



JENG JENG 

JENG

bukti sampai
kah kah kah 

FACE BOOK

Assalamualaikum dan salam hormat,
YB  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap ADUN Kajang akan mengadakan sidang media untuk mempersembahkan sokongan majoriti untuk beliau menjadi Dato' Menteri Besar Selangor pada
Tarikh: 14 Ogos 2014 (KHAMIS)
Waktu: 12 tengah hari
Tempat: Throne 1 & 2, Tingkat 2, Empire Hotel Subang, Jalan SS16/1, Subang Jaya
Wartawan dan jurugambar dijemput membuat liputan.
Sekian, terima kasih.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ini bukti
khaqlid tipu sultan

adakah ini derhaka
adakah ini hina raja
adakah ini hina melayu
adakah ini hina islam
adakah ini hina kavita singah

KAH KAH KAH
--------

KHALID TIPU SULTAN?

Posted: 13 Aug 2014 09:09 PM PDT







KOMENTAR

khalid beri tahu sultan
dia ada sokongan majoriti

kalau pakatan buktikan
khalid tak ada sokongan?

apakah ini maknanya:
khalid bodoh?
khalid tipu sultan?

kita tunggu dan nanti
apa bukti pakatan

Sultan perkenan Khalid jadi MB

Menurut Abdul Khalid, dalam mesyuarat itu, Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau ketika menghadap baginda mengenai statusnya yang ketika ini masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walaupun menjadi wakil rakyat Bebas.

KAH KAH KAH
woit
hang kena ingat
bangang bangang pun
khalid sudah rembat 
tanah rakyat selangor 
300++ekar lebih
buat deal dengan
danny tan
lalu selesai utang 
dengan bank islam

hang boleh buat

KAH KAH KAH 

--------

TAK AKAN MASUK TONG TAIK

Posted: 13 Aug 2014 08:18 PM PDT




DARI MEJA 

PENGARNG

walau apa pun dibaca tentang pas 
apa pun  kita dengar tentang pas
hakikatnya:
pas adalah sebuah parti politk
parti politik yang terbesar di malaysia
parti yang tersusun
parti yang telah lama teruji

sebagai sebuah parti politik
ianya memiliki ahli yang ampoh
memiliki struktur yang tersusun
parti ini dipasak oleh amalan demokrasi
ertinya: keputusan melalui suara ramai

pada ketika ini 
dalam kes selangor
pelbagai suara sedang didengar
hampir keseluruha suara ini
mahu meneruskan garis politik demokrasi
mahu meneruskan suara ramai
mahu terus bersama pakatan rakyat

suara bersama pakatan ini lantang
suara bersama pakatan ini ampoh
suara bersama pakatan ini didengar
disana sini

ada lagi satu suara:
suara yang dikatakan mahu bersama
parti ketuanan melayu

garis mahu bersama 
parti ketauanan melayu ini
tidak terbuka keluar bersuara
muka yang mahu pas bersama
gerombolan ketuanan melayu 
tidak muncul muncul 

warga hanya mendengar surah
haji desas bin lebai desus
tidak ada kenyataan resmi 
muka tok aji ini tak nampak nampak

apa maknanya ini?

kenapa
muka haji desas bin lebai desus tak dilihat
ini kerana tok aji ini malu
tok aji ini tak nak tunjuk muka
kerana tok aji ini sedar
bahawa  majoriti ahli pas 
tidak akan mahu
tidak akan menerima
parti wadah perjuangan mereka
sekali lagi bersubahat dengan
united malaya national organisation

pengalaman bersubahat pada tahun 1974
dengan
united malays national organisation
telah memberi pengajaran
ahli pas tidak mahu
masuk ke dalam tong taik
sekali lagi

justeru
ini juga bermakna
suara ramai dalam pas
sedar dan yakin masa depan pas
adalah bersama pakatan rakyat

sayugia diberi ingatan:
disetiap muktamar pas satelah 2009
sebagai amalan demokrasi
diakhir persidangan 
akan muncul
ketetapan - satu resolusi
dari dalam dewan untuk memperkukuh pakatan
inilah petanda kedewasaan ahli-ahli pas
inilah petanda suara ramai suara keramat

Sekiranya mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan memerlukan proses panjang termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama dan juga muktamar khas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014.

14 Aug — PAS tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di bawah i Abdul Khalid Ibrahim, kata seorang pemimpin kanan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada Ahad ini. Beliau juga menolak sebarang kemungkinan mesyuarat penting ini akan menyaksikan…

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan mesyuarat penting ini akan menyaksikan pemimpin PAS menyeru penubuhan kerajaan perpaduan, walaupun ahlinya mahu bersama menteri besar Selangor itu.

Bercakap dengan syarat tidak dinamakan, beliau berkata, walaupun mesyuarat itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan memerlukan proses panjang termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama dan juga muktamar khas.


----------

KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI

Posted: 13 Aug 2014 07:48 PM PDT




KOMENTAR
tahniah yb
yab baru pulang 
dari luar negara
akhirnya sedar
pencerahan sampai
bahawa undi 
yang memenangkan yb
datang dari penyokong pakatan rakyat



Rodziah bersama keputusan PKR dalam isu MB Selangor


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan  Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

KAH KAH KAH
pencerahan sampai
undi di batu 3
datang dari penyokong
pakatan rakyat
bukan dari peminat
din ayam

KAH KAH KAH


-------------

KES HUTANG KHALID IBRAHIM

Posted: 13 Aug 2014 06:30 PM PDT








HADI JANGAN JADI SEMBAB
dari segala segi, PAS dibawah presiden Hadi mmg lembab buat keputusan. Kedah kalahpun sebab lambat dan lembab utk selesaikan hal dalaman parti dan Hadi juga penyebab. Arwah Ust Zizan pun mesti nak kena tunggu keputusan Hadi, bila dah caca marba, habis runtuh punah ranah kerajaan PAS negeri Kedah.

krisis Selangor semakin meruncing sebab abah mertua lembab jugak. kenapa nak tunggu 17hb Ogos baru buat keputusan? Cuba sekali sekala longgarkan sikit ikatan serban tu, kasi oksigen sampai ke otak secukupnya, baru laa akal ligat berfikir utk buat keputusan. Hadi tolong jgn jadi mcm Mat Sembab. on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 8/13/14
HUTANG 59.6 JUTA
Sesiapa yang hendak lihat bagaimana seseorang penghutang yang berserabut/kalut lalu bertindak bagaikan orang tak siuman sosok Khalid Ibrahim adalah contoh sempurna. Khalid Ibrahim masih beragama Islam lalu nak ambil nyawa sendiri agak suli, kalu orang lain mungkin dah bunuh diri kerana hebat stres nak langsaikan RM 59.6 juta ooooi! 

Lalu dia rela dipergunakan oleh UMNO konon percaya itu caranya terbaik tak kisahlah jika tindakan dan perilakunya menjadi bahan lawak mega. Hoi apa jadahnya Khalid Ibrahim sanggup mengambil hutang begitu banyak untuk objektif apa?

 Lagi kau nak kejarkan ilusi hidup kaya raya lagi dekat kau rasa yang hayat kau akan dipanggil. Khalid adalah contoh insan yang tersilap kira mengejar cita-cita kejayaan palsu alau hilang stabilitinya dan kasi ramai orang benggong dengan tingkah laku sewel yang kini segalanya yang dia buat adalah restu suci dari sultan, hadi awang, haron din, nik aziz dan mustapa ali. Manusia edan, serabut dan kalut bagi Selangor!Satu lawak on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/13/14
PIL KUDA
Kisah Khalid ini bagai membaju kan Kuda dengan Keldai.... Selangor akan ada Padang Lumba Kuda ter besar di Asia di Bestari Jays , anak anak Melayu akan belajar bagaimana pil pil kuda membuat Unta Umta ber lari selaju Keldai Keldai mengatasi Tok Guru Tok Guru. My Botol , I Rest My Case !!!!!! on HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 8/13/14


---------