Sabtu, 9 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERITA SEMASA MINGGU INI

Posted: 09 Aug 2014 04:26 AM PDT








Khalid Ibrahim dipecat

Posted: 09 Aug 2014 03:48 AM PDT

Khalid Ibrahim dipecat

  • Abdul Khalid Ibrahim  
  • Abdul Khalid Ibrahim
1 / 2
PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat  PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu serta merta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi memutuskan bahawa Tan Sri Khalid di pecat daripada PKR.

"Beliau bukan lagi ahli PKR," katanya di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Menurutnya, pemecatan itu dibuat setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat  PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

KHALID DIPECAT DARI PARTI-DARI UMNO DIA DATANG ..KEPADA UMNO DIA KEMBALI

Posted: 09 Aug 2014 03:10 AM PDT

PKR singkir Khalid dari parti

 

  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pecat-khalid-ibrahim-kerana-enggan-beri-laluan-kepada-wan-azizah

 

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Perkara itu diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor

Posted: 08 Aug 2014 10:27 PM PDT

Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor

 

Hebat ganfingan UG dlm PAS rupanya.
Patutlah keputusan Majlis Syura sering selari dgn pendirian UMNO.Timbalan Mursidul Am rupanya geng baik dgn pengkhianat dan UMNO- Pendedahan Tulang Besi



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berkata beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berkata beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan beliau tidak terlibat dalam keputusan Majlis Syura parti itu untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, menyukarkan lagi untuk memahami pendirian parti Islam itu dalam kemelut ini.

Bekas menteri besar Kelantan itu mengatakan beliau meninggalkan mesyuarat itu selepas 30 minit ia bermula kerana berasa tidak sihat.
"Saya hadir sekejap sahaja. Belum sampai keputusan, saya keluar. Setiausaha Majlis Syura datang ke rumah saya selepas Maghrib terangkan keputusannya," kata Nik Aziz kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PAS Kota Baru pada Khamis, memberikan indikasi beliau tidak terlibat memberikan pandangannya berhubung isu ini dalam mesyuarat tersebut.


Secara kebetulan, komen Nik Aziz ini pada hari sama Majlis Syura mengeluarkan kenyataan pada Khamis, tetapi pandangannya tentang isu ini terlepas pandang oleh media.
  Bagaimanapun, klip audio percakapan Nik Aziz dalam isu ini tersebar dalam laman sosial YouTube dan beberapa blog termasuk http://www.malaysiawaves.net/.

Nik Aziz menambah, beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR).

"Politik Selangor itu, saya sebut sudah hari itu, Kelantan lagi saya beri pada orang lain usahkan hendak ganggu Selangor pula. Kelantan yang saya buat macam anak sendiri, Kelantan saya jaga macam jaga anak pun saya beri pada orang lain. Ini hendak jaga Selangor buat apa. Orang Selangor pandailah hendak jaga Selangor," beliau dipetik sebagai berkata pada Khamis.

Oleh kerana kenyataan Majlis Syura dikeluarkan pada masa sama, ramai beranggapan beliau bersetuju dengan keputusan badan itu.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan PKR tidak terikat dengan keputusan Majlis Syura PAS dan mengatakan mereka tidak mempunyai fakta sebenar mengenai isu itu.

"PAS tidak boleh buat keputusan bagi pihak PKR. Sebagai solidariti dengan Pakatan Rakyat, kita hormat keputusan mereka," kata Anwar kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
PKR sebelum ini mengatakan mereka mahu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar, tetapi pemimpin kanan PAS menyokong Khalid secara terbuka.

PAS kini menangguhkan mesyuaratnya pada 17 Ogos untuk menentukan sama ada menyokong atau tidak Dr Wan Azizah menggantikan Khalid, seminggu selepas tarikh asal untuk membincangkan perkara itu.

Pimpinan PKR akan bertemu hari ini mengenai perkembangan terbaru isu itu sementara DAP akan bermesyuarat esok berhubung isu ini, sebelum mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Ahad.
PKR juga sepatutnya mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin dengan Khalid petang ini, tetapi menteri besar Selangor itu meminta agar mesyuarat ditangguhkan kepada 15 Ogos untuk memberi penjelasan mengapa beliau harus kekal sehingga pilihan raya akan datang.

Gabungan PR mempunyai 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP dan PAS mempunyai 15 dan PKR 14.

12 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno secara mengejutkan mahu Khalid kekal mentadbir negeri terkaya itu. – 9 Ogos, 2014.


PEJUANG KENA SAMAN

Posted: 08 Aug 2014 10:17 PM PDT

Tiada permohonan maaf, Guan Eng saman Nasruddin



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.

 Selepas tiada kata maaf diterima, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin selepas pada Khamis memberinya 24 jam untuk menarik balik "penipuan" yang dibuatnya dan membuat permohonan maaf kepadanya.

Notis tuntutan saman itu dikeluarkan oleh peguam Lim di Mureli Navaratnam Advocates and Solicitors berhubung posting berunsur fitnah yang didakwa dibuat Nasruddin di Facebook bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?' pada Rabu lepas.


"Dia tidak jawab tuntutan saya untuk dia meminta maaf, jadi peguam saya mengeluarkan notis semalam. Kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang," Lim memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini.
  Pada Khamis, Lim berkata Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

"Penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro-Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Nasruddin dalam postingnya mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Katanya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Menurut tuntutan yang dikeluarkan itu, "Kandungan posting itu melemparkan fitnah yang teruk terhadap karekter dan reputasi Lim dan menimbulkan kebencian awam terhadapnya sebagai ahli politik kanan, negarawan dan ketua menteri Pulau Pinang."

Nasruddin juga didakwa bertindak melulu dan berniat jahat bertujuan memalukan Lim dan menjejaskan reputasinya, menyebabkan Lim dicemuh berikutan posting Facebook itu.

Lim memintanya menarik balik kenyataannya itu dengan menyiarkan permohonan maafnya di laman sosial miliknya dan dua akhbar nasional yang sudah ditentukan.

Dia juga mahu Nasruddin membuang postingnya dalam masa 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu dan memaklumkan peguam Lim berapa jumlah yang sanggup dibayarnya kepada Lim sebagai ganti rugi bagi kecederaan, malu, mudarat dan kesusahan yang ditanggungnya dalam masa 7 hari.
Semalam, dalam satu post Facebook bertajuk 'Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah,'

Nasruddin mempertahankan kenyataan terdahulunya mengatakan ia dari dapatan dan data awam dan dakwaan dia melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas. – 9 Ogos, 2014.


dollah yankee

dollah yankee


Khalid Ibrahim dan pasal apa

Posted: 09 Aug 2014 06:00 PM PDT


Pasal apa kemungkinan negeri Selangor akan ada lagi satu pilihanraya negeri?
1)Sebabnya negeri Selangor ada lah lebih demokratik daripada lain-lain negeri dalam Malaysia. Kerana rakyat mereka tak perlu nak tunggu selama 5 tahun untuk mengundi sekali lagi.

Pasal apa Khalid Ibrahim perlu diganti?
1) Sebabnya dia pun macam ahli-ahli politik yang lain-lain yang ada masalah intergeriti.
2)Sebab dia tak ambik 'pot' pendapat-pendapat rakyat/umum.
3)Sebab dia tak ambik 'pot' pendapat-pendapat dari parti dia sendiri.
4)Sebab dia ada 6 dosa-dosa besar DI-SINI .
5)Sebab dia tak mau dengar nasihat parti dia dimana mereka nak ganti dia dengan Wan Azizah, jadi lubang 6 dosa besar Khalid Ibrahim pun di pecahkan.

Pasal apa Khalid Ibrahim tak mahu 'resign'?
1)Sebab dia rasa dia tak buat apa-apa salah.
2)Mungkin juga parti dia (PKR) tidak mahu dia 'resign' secara terhormat kot?
3)Mungkin juga dia terikut-ikut 'boss' dia Anwar Ibrahim yang tak mau 'resign' masa Anwar jadi TPM dulu.. Kah..Kah..Kah.
4)Sebab Najib dah cakap dia boleh kerjasama dengan Khalid Ibrahim.
5)Mungkin sebab nak tunggu anak pompuan dia kawin dulu kot, baru dia nak 'resign'... (ooppps! sorry!..ini kes Mat Said Terengganu daa..)

Last sekali .. pasal apa ada kebaikan untuk rakyat Selangor bila Khalid Ibrahim diganti?
1)Air tak akan ada masalah lagi. Tidak ada lagi catuan air.
2)Isu sampah akan selesai, jadi bila isu sampah dah selesai, denggi pun tak akan ada.
3)Projek lebuhraya KIDEX dan DASH akan dibatalkan.


dollah yankee -
Pasal apa PAS beria-ria menyokong Khalid Ibrahim? Sebabnya parti PAS telah membuat satu transformasi daripada sebuah parti yang mementingkan intergeriti kepada sebuah parti yang dah tak berapa nak ambik 'pot' pasai intergeriti..  Kah..Kah..Kah.. 
P/S: namun aku dan gurkah-gurkah politik di'port' yang lain tetap percaya kepada dasar-dasar parti PAS.



Khalid Ibrahim pecat parti PKR

Posted: 09 Aug 2014 06:14 AM PDT



Sebenar nya bukan lah parti PKR telah memecat ahlinya Khalid Ibrahim, tetapi Khalid Ibrahim lah yang telah memecat partinya iaitu parti PKR ..

Macam mana lah gurkah-gurkah politik di'port' tak kata yang Khalid Ibrahim yang pecat parti nya PKR, tengok lah 'kelakunya' yang macam-macam sejak jawatan kuasa pusat parti PKR mengilhamkan 'Langkah Kajang'.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..





Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERITA TERKINI

Posted: 09 Aug 2014 12:18 PM PDT






BERITA

 TER NOW

petrang kelmarin khalid ibrahim
telah dibuang dari
parti keadilan rakyat
ertinya khalid tidak
lagi mewakili sesiapa pun

dari sumber dalaman yang dipercayai
berita pembuangan khalid 
telah memuculkan lima pekara:

1- pakatan rakyat TIDAK akan pecah

2 - pandangan presiden pas
terhadap khalid telah berubah
kerana khalid tidak lagi
mewakili apa apa parti

3 - presiden pas tidak lagi
berkeras mempertahankan khalid


4 - wujud satu lagi nama
calon mb selain dari wan azizah

5 - nama  calon ini bukan azmin ali


-----------

CADANGAN AMAT MOLEK

Posted: 09 Aug 2014 08:00 AM PDT




KOMENTAR

mengalu-alukan
cadangan ini
terbaik!





Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
SHABERY: Penutupan Facebook adalah satu pendekatan radikal - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.


KAH KAH KAH

woit

kah kah kah
setuju untuk ditutup
fb dah jadi
laman fitnah
dah jadi 
laman tohmah
sila tutup
kah kah kah
di mesir bila mubarak tutup
lagi ramai anak muda
turun ke jalan raya

KAH KAH KAH



------------

HOT HOT TERNOW

Posted: 09 Aug 2014 06:41 AM PDT







KAH KAH KAH


khalid ibrahim ditendang

khalid ibrahim dizalami 

khalid ibrahim kena cari

tian chua

khalid ibrahim kena cari

hishamuddin rais

mulakan

reformasi 3.0

KAH KAH KAH




---------

KEMPEN ANTI MEK DOGAL DI TERUSKAN

Posted: 09 Aug 2014 05:30 AM PDT




KOMENTAR
jalan terbaik
jalan terpilih
tak perlu banyak cakap
lakukan
demo disana sini


ALOR STAR


SANDAKAN


SEGAMAT


AMPANG



-----------

MEK DOGAL PENYOKONG ISRAEL

Posted: 09 Aug 2014 01:30 AM PDT







  • Boycott Israel Campaign - Boycott McDonald\'s

    www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php
    Jul 29, 2009 - McDonald's is the largest and best-known global food service .... and others a wide variety of travel options; the Israel Commission of the ...
  • Boycott Israel Campaign 2012 - Innovative Minds

    www.inminds.com/boycott-brands.html
    Jun 4, 2012 - Israels Keter Group is one of the world's leading manufacturers and marketers .... McDonald's Corporation is a major corporate partner of the Jewish .... are targeted wherever possible rather than wide boycotts of whole stores.

  • 'Pelanggan Melayu sudah tidak datang'

    SHAH ALAM - Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald's yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

    Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

    Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald's mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

    "Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald's ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang," katanya.

    Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar
    .



    i've nothing to say
    my lord
    i rest my case


    -----------

    INGAT CARA BACA UTUSAN

    Posted: 09 Aug 2014 12:39 AM PDT





    KOMENTAR
    ingat cara baca utusan
    sesiapa di puji utsan
    ertinya itu orang jahat

    sesiapa di tibai utusan
    ertinay itu orang baik

    pandangan hahahahahaha

    Khalid tidak boleh digugurkan
    KUALA LUMPUR 7 Ogos - Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk tetap mempertahankan  Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan oleh sebuah majlis yang dianggap tertinggi di dalam...

    MAKNANYA

    khalid wajib dibuang

    PKR kurang bijak - Mohd. Amar
    KOTA BHARU 7 Ogos - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat mengamalkan politik kotor dengan mendedahkan kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mencapai cita-cita mereka untuk menggantikan...
    MAKNANYA
    tindakan pkr
    satu tindakan bijak

    Pemuda Pas Dungun desak pecat Hanipa Maidin, Khalid Samad
    KUALA TERENGGANU 7 Ogos - Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti berhubung krisis kedudukan...



    MAKNANYA

    hanipah dan khalid
    orang betul
    orang baik

    i rest my case
    my lord

    KAH KAH KAH


    ----------

    MARI KITA BERPANTUN

    Posted: 08 Aug 2014 11:00 PM PDT





    PANTUN 

    MELAYU

    pisang emas dibawa 
    belayar
    masak sebiji dia tas peti
    hutang bank islam 
    selesai dibayar
    tanah ecoworld 
    hadiah saguhati

    -----------

    KEMPEN ANTI MEK DOGAL BERJAYA

    Posted: 08 Aug 2014 10:00 PM PDT





    FACE BOOK


    McDonald LTA Kuching Lengang malam ini. Saya bertanya kepada seorang pekerjanya, dengan senyum beliau berkata, itu hak pengguna, apa boleh buat. Dia memberitahu saya, semua bahan yang digunakan untuk buat McD adalah bahan tempatan. Saya bertanya di dalam hati, sampai bila boikot ini akan berakhir— apakah akan terus menerus sehingga McD tutup atau selepas tercapai matlamat boikot, orang ramai akan berduyun-duyun berkunjung semula ke McD termasuk yang memboikotnya. Saya harap rakan facebook saya tak marah kerana setahu saya boikot ini bukan hukum agama. Saya marah Regim Zionis tetapi saya kesian kepada pekerja McD


    KEMPEN DI KUCING

    LENGANG DAN KOSONG






















    ---------

    APA NAK AZIZ CAKAP

    Posted: 08 Aug 2014 08:48 PM PDT




    Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor


    Mursyidul Am PAS  Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan beliau tidak terlibat dalam keputusan Majlis Syura parti itu untuk mengekalkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, menyukarkan lagi untuk memahami pendirian parti Islam itu dalam kemelut ini.

    Bekas menteri besar Kelantan itu mengatakan beliau meninggalkan mesyuarat itu selepas 30 minit ia bermula kerana berasa tidak sihat.

    "Saya hadir sekejap sahaja. Belum sampai keputusan, saya keluar. Setiausaha Majlis Syura datang ke rumah saya selepas Maghrib terangkan keputusannya," kata Nik Aziz kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PAS Kota Baru pada Khamis, memberikan indikasi beliau tidak terlibat memberikan pandangannya berhubung isu ini dalam mesyuarat tersebut.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-tidak-sokong-keputusan-ulama-pas-kekalkan-khalid-sebagai-mb-selang#sthash.9KDspHiF.dpuf



    JANGAN TERLUPA



    'Ahli Pas jangan cakap tak tentu fasal'

    Nik Aziz ketika ditanya mengenai pendirian perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu turut berkata, perkara itu perlulah diselesaikan pihak berkenaan dengan cara berhemah tanpa penglibatan orang lain.

    "Kelantan ini yang saya jaga macam anak sendiri pun saya beri pada orang lain. Tentang Selangor, biarlah mereka selesaikan nanti," katanya.


    KAH KAH KAH
    yang ni jelas
    ambo dah royak
    mu jangan campur
    hal orang lain

    KAH KAH KAH


    ---------

    KEMPEN ANTI MEK DOGAL DI TERUSKAN

    Posted: 08 Aug 2014 08:08 PM PDT







    TERUSKAN BOIKOT
    setuju sangat dengan desakan supaya kerajaan SEGERA mengumumkan senarai barangan/ jenama yang datang dari israel, atau dimiliki oleh orang/firma yang membantu kewangan israel.

     ada 2 kemungkinan:

     1-kerajaan akur, lalu memudahkan rakyat membuat boikot yang lebih berkesan lagi mujarab tanpa was-was atau segan-silu dalam membantu palestin,

     2-kerajaan taknak, lalu memudahkan rakyat membuat boikot yang lebih berkesan lagi mujarab tanpa was-was atau segan-silu dalam membantu pakatan di pilihanraya akan datang on IKUTI WARGA DUNGUN
    Publish | Delete | Spam
    Anonymous
    on 8/8/14



    ---------