Sabtu, 9 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERITA SEMASA MINGGU INI

Posted: 09 Aug 2014 04:26 AM PDT








Khalid Ibrahim dipecat

Posted: 09 Aug 2014 03:48 AM PDT

Khalid Ibrahim dipecat

  • Abdul Khalid Ibrahim  
  • Abdul Khalid Ibrahim
1 / 2
PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat  PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu serta merta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi memutuskan bahawa Tan Sri Khalid di pecat daripada PKR.

"Beliau bukan lagi ahli PKR," katanya di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Menurutnya, pemecatan itu dibuat setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat  PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

KHALID DIPECAT DARI PARTI-DARI UMNO DIA DATANG ..KEPADA UMNO DIA KEMBALI

Posted: 09 Aug 2014 03:10 AM PDT

PKR singkir Khalid dari parti

 

  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pecat-khalid-ibrahim-kerana-enggan-beri-laluan-kepada-wan-azizah

 

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Perkara itu diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor

Posted: 08 Aug 2014 10:27 PM PDT

Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor

 

Hebat ganfingan UG dlm PAS rupanya.
Patutlah keputusan Majlis Syura sering selari dgn pendirian UMNO.Timbalan Mursidul Am rupanya geng baik dgn pengkhianat dan UMNO- Pendedahan Tulang Besi



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berkata beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berkata beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan beliau tidak terlibat dalam keputusan Majlis Syura parti itu untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, menyukarkan lagi untuk memahami pendirian parti Islam itu dalam kemelut ini.

Bekas menteri besar Kelantan itu mengatakan beliau meninggalkan mesyuarat itu selepas 30 minit ia bermula kerana berasa tidak sihat.
"Saya hadir sekejap sahaja. Belum sampai keputusan, saya keluar. Setiausaha Majlis Syura datang ke rumah saya selepas Maghrib terangkan keputusannya," kata Nik Aziz kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PAS Kota Baru pada Khamis, memberikan indikasi beliau tidak terlibat memberikan pandangannya berhubung isu ini dalam mesyuarat tersebut.


Secara kebetulan, komen Nik Aziz ini pada hari sama Majlis Syura mengeluarkan kenyataan pada Khamis, tetapi pandangannya tentang isu ini terlepas pandang oleh media.
  Bagaimanapun, klip audio percakapan Nik Aziz dalam isu ini tersebar dalam laman sosial YouTube dan beberapa blog termasuk http://www.malaysiawaves.net/.

Nik Aziz menambah, beliau tidak mahu campur dalam pergolakan politik Selangor yang dilihat mampu memecahkan gabungan Pakatan Rakyat (PR).

"Politik Selangor itu, saya sebut sudah hari itu, Kelantan lagi saya beri pada orang lain usahkan hendak ganggu Selangor pula. Kelantan yang saya buat macam anak sendiri, Kelantan saya jaga macam jaga anak pun saya beri pada orang lain. Ini hendak jaga Selangor buat apa. Orang Selangor pandailah hendak jaga Selangor," beliau dipetik sebagai berkata pada Khamis.

Oleh kerana kenyataan Majlis Syura dikeluarkan pada masa sama, ramai beranggapan beliau bersetuju dengan keputusan badan itu.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan PKR tidak terikat dengan keputusan Majlis Syura PAS dan mengatakan mereka tidak mempunyai fakta sebenar mengenai isu itu.

"PAS tidak boleh buat keputusan bagi pihak PKR. Sebagai solidariti dengan Pakatan Rakyat, kita hormat keputusan mereka," kata Anwar kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
PKR sebelum ini mengatakan mereka mahu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar, tetapi pemimpin kanan PAS menyokong Khalid secara terbuka.

PAS kini menangguhkan mesyuaratnya pada 17 Ogos untuk menentukan sama ada menyokong atau tidak Dr Wan Azizah menggantikan Khalid, seminggu selepas tarikh asal untuk membincangkan perkara itu.

Pimpinan PKR akan bertemu hari ini mengenai perkembangan terbaru isu itu sementara DAP akan bermesyuarat esok berhubung isu ini, sebelum mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Ahad.
PKR juga sepatutnya mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin dengan Khalid petang ini, tetapi menteri besar Selangor itu meminta agar mesyuarat ditangguhkan kepada 15 Ogos untuk memberi penjelasan mengapa beliau harus kekal sehingga pilihan raya akan datang.

Gabungan PR mempunyai 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP dan PAS mempunyai 15 dan PKR 14.

12 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno secara mengejutkan mahu Khalid kekal mentadbir negeri terkaya itu. – 9 Ogos, 2014.


PEJUANG KENA SAMAN

Posted: 08 Aug 2014 10:17 PM PDT

Tiada permohonan maaf, Guan Eng saman Nasruddin



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.

 Selepas tiada kata maaf diterima, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin selepas pada Khamis memberinya 24 jam untuk menarik balik "penipuan" yang dibuatnya dan membuat permohonan maaf kepadanya.

Notis tuntutan saman itu dikeluarkan oleh peguam Lim di Mureli Navaratnam Advocates and Solicitors berhubung posting berunsur fitnah yang didakwa dibuat Nasruddin di Facebook bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?' pada Rabu lepas.


"Dia tidak jawab tuntutan saya untuk dia meminta maaf, jadi peguam saya mengeluarkan notis semalam. Kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang," Lim memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini.
  Pada Khamis, Lim berkata Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

"Penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro-Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Nasruddin dalam postingnya mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Katanya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Menurut tuntutan yang dikeluarkan itu, "Kandungan posting itu melemparkan fitnah yang teruk terhadap karekter dan reputasi Lim dan menimbulkan kebencian awam terhadapnya sebagai ahli politik kanan, negarawan dan ketua menteri Pulau Pinang."

Nasruddin juga didakwa bertindak melulu dan berniat jahat bertujuan memalukan Lim dan menjejaskan reputasinya, menyebabkan Lim dicemuh berikutan posting Facebook itu.

Lim memintanya menarik balik kenyataannya itu dengan menyiarkan permohonan maafnya di laman sosial miliknya dan dua akhbar nasional yang sudah ditentukan.

Dia juga mahu Nasruddin membuang postingnya dalam masa 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu dan memaklumkan peguam Lim berapa jumlah yang sanggup dibayarnya kepada Lim sebagai ganti rugi bagi kecederaan, malu, mudarat dan kesusahan yang ditanggungnya dalam masa 7 hari.
Semalam, dalam satu post Facebook bertajuk 'Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah,'

Nasruddin mempertahankan kenyataan terdahulunya mengatakan ia dari dapatan dan data awam dan dakwaan dia melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas. – 9 Ogos, 2014.


Tiada ulasan: