Ahad, 3 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


'To defend Selangor, Khalid must go'

Posted: 03 Aug 2014 01:59 AM PDT


Pakatan Rakyat kekal utuh - Majlis Presiden

Posted: 03 Aug 2014 01:46 AM PDT

Pakatan Rakyat kekal utuh - Majlis Presiden

Menyedari bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

Memahami bahawa suara dan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

Mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

Maka, Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

Posted: 03 Aug 2014 01:39 AM PDT

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

greenboc 

PKR Selayang senarai sebab mengapa Khalid tidak layak jadi MB

Ketua PKR cabang Selayang, William Leong Jee Keen hari ini berkata, pihaknya bersama 28 Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat khas cabang selama 40 minit malam tadi bersepakat mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

William Leong turut meminta kerjasama Khalid supaya akur menerima keputusan yang telah dicapai Majlis Kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu serta disahkan semula pada mesyuarat 23 Julai lalu di mana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih.

"Jawatan MB bukan hak peribadi Khalid dan tiada terma yang mengatakan beliau akan kekal sebagai MB sepenuh penggal kerana dalam politik parti mesti mengambil kira dari semasa ke semasa apa jua pandangan dan sokongan rakyat.

"Jika seseorang pemimpin didapati hilang kelayakan atau kepercayaan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab parti menukar pemimpin, tak perlu tunggu penggal tamat.

"Sebab itu kita minta Khalid memikirkan lebih mendalam dan minta nasihat orang lebih layak untuk mengambil keputusan dan berundur.

"Lagipun ramai mendakwa bahawa Anwar gila kuasa kerana tak dapat jadi MB lantik isterinya Wan Azizah, itu sebenarnya tak benar, PKR yang mempunyai 219 cabang dengan hampir 500,000 ahli bukan dipengaruhi satu individu, ini keputusan majlis perwakilan pusat PR," katanya pada sidang akhbar berhubung konflik politik di Taman Selayang Jaya di sini.

Menurut beliau, sebenarnya parti membuat keputusan kerana Khalid gagal melaksanakan manifesto PR yang dipersetujui malah menafikan ia sebagai janji rakyat.

Malah katanya, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) bila ditanya rakyat, Khalid tanpa rasa bersalah memberi jawapan ia adalah manifesto pembangkang yang tiada kena mengena dengan negeri.

Selain itu katanya lagi, Khalid didakwa membuat keputusan sesuka hati tanpa mempedulikan manifesto PR untuk negeri menaikkan premium cukai tanah dan cukai pintu melambung sehingga 400 peratus menyusahkan rakyat sehingga pakatan tidak boleh menjawab di Parlimen.

"Kita soal kerajaan BN pusat kenapa naikkan tol dan cukai tetapi kerajaan negeri Selangor PKR buat begitu dan menyusahkan parti, selain geran tanah dengan kadar premium tinggi, sampah melimpah dan wabak denggi diluar kawalan yang mana turut dikecam rakyat.

"Bukan sekadar itu, mesyuarat biro politik pun dia tak pernah datang selain kurang menyertai Majlis Kepimpinan Pusat setiap bulan sehingga parti PKR tak dapat tahu apa Khalid buat.


"Kita lantik Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri pada 2009 sebagai inisiatif untuk mengadakan satu saluran membincangkan polisi antara parti dan Khalid melibatkan ekonomi negeri, kebajikan rakyat dan polisi parti.

"Ini semua tidak dapat dilaksanakan disebabkan Khalid tidak mahu menerima cadangan atau idea Anwar sambil mengatakan dia bukan pak urut yang mendengar 100 peratus semua cadangannya.

"Malah prestasi Khalid tidak begitu memuaskan, Khalid tak ikut polisi parti, menafikan dan tidak mengikut juga manifesto dan janji kepada rakyat negeri.

"Selepas Mesyuarat Majlis Pepimpinan Pusat dah buat keputusan, kini sudah 7 bulan berlalu dan ini bukan perkara (tukar MB) dibuat secara tiba-tiba. Kajang Move menerusi PRK Kajang satu langkah awal Khalid perlu berundur," tegasnya.

Lagipun katanya, tidak wajar seorang presiden PKR (Wan Azizah) berfungsi sebagai ADUN biasa di bawah seorang MB (Khalid) yang tiada jawatan dalam parti di negeri.

Dalam pada itu beliau turut berharap komponen PR iaitu Pas supaya menimbangkan dengan teliti keputusan pakatan rakyat kerana adalah penting untuk gabungan pembangkang menjadi lebih kuat memenuhi harapan rakyat.

"Kita sedia memberi penjelasan penuh jika terdapat perkara yang kurang mereka ketahui dalam soal pertukaran MB," katanya. -MG



Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.

Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.



Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.


Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.
- astroawani


TAMRIN MAKSUDKAN PAS PERNAH BELOT

Posted: 03 Aug 2014 12:19 AM PDT

Silap PKR umum pengganti Khalid sebelum masanya, kata anak bekas TPM

 

Kah..kah ..kah   kalau Tamrin orang luar setahun jagung masuk Pas komen Pas , aku tabik, sebab beliau bukan sahaja lama dalam perjuangan bangsa  Umno , tetapi melihat bahawa Pas ini pernah menjadi sebuah parti yang boleh belot pada Pakatan Rakyat demi sevival beberapa ahli yang nak pada dunia.

Apa yang didengar dan dikatakan oleh orang ramai ialah "Kalau Arwah Dato Hj Fadzil Noor ada, benda ini tak akan berlaku.Benda nak bincang dengan Umno,Benda nak pakat dengan Umno, benda nak bagi negeri yang dipegang terlepas pada Umno. Bukan sebuah negeri 2 buah negeri terlepas"

Ramai juga yang kata Allahyarham tidak mendengar membuta tuli, tetapi  banyak membaca, menelaah bukan sahaja kitab agama, tetapi isu semasa dalam negara demi kebaikan parti. Beliau tidak mengharapkan orang memberi nasihat yang membawa rebah, mengharap orang mencetak kertas untuk dibaca, mendengar anak menantu memberi kata nasihat. itu Allahyarham Fadzil Noor. 

Apa pandangan bangsa Cina dan India yang selama ini menganggap bahawa Pas ada sebuah parti orang beragama,boleh dipercayai, baik,malah melebihi parti mereka sendiri iaitu Mca,Gerakan hatta DAP.

Kajian Tony Pua , Jika pilihanraya di adakan di Selangor, Pas akan kehilangan sebahagian besar kerusi yang dimenangi mereka kerana kehilangan pengundi Cina melebihi 35% hingga 55% yang mana meletakkan calon Pas. 

 

Situasi 1.

" Isu hudud ni Majlis Kerja Tertinggi UMNO tak pernah bincang jauh sekali bersetuju.
Yg pemimpin2 PAS Kelantan terhegeh-hegeh nak sambut pelawaan Jamil Khir tu apasal?
Mana maruah korang?" Tulang besi MalaysiaWaves

 Situasi 2.

Kalo berjaya projek tukar Khalid Ibrahim kpd Kak Wan, inshaalah, projek seterusnya adalah tukar TMB Kelantan kepada Husam Musa

 Situasi 3.

Punya Lama Sejak Mac Lagi Bekalan Air Di Selangor Sudah Di Sabotaj... Semalam Baru Perasan Ke... Dari Dulu Kini Selamanya Keje Sabotaj Nie Akan Berlaku Selagi Syabas Di Bawah Kroni Umno Yang Punya... Mau Jadi MB Bukan Pandai Simpan Duit Je... Kene Gak Pandai Baca Permainan Politik Pihak Lawan Yang Cuba Menjatuhkan Pakatan Rakyat... Maklumlah... Rakyat Kata Beliau Hebat.. Kalau Hebat Takkan Biarkan Rakyat Menderita Dah Beberapa Bulan Air Di Catu... Sampai Lani Baru Perasan Kene Sabotaj... ...kikik

 situasi 4.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=784765384901814&set=a.581587838552904.1073741826.100001050809013&type=1




Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar (paling kanan) berkata mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya adalah kesilapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2014.  


Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar (paling kanan) berkata mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya adalah kesilapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2014. 


 Usaha PKR untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kata Tamrin Ghafar.
Beliau yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba melihat kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya.

"MB Selangor daripada PKR, bukan daripada PAS, tetapi yang mulai retak ialah PAS dan Pakatan. Aneh dan ajaib.


"Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan.
  "Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid bagi jawatan menteri besar Selangor.

Anwar berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.
Bagaimanapun, Tamrin tidak meletakkan kesalahan 100% kepada PKR, dengan melihat PAS juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Tanpa menyebut kelemahan PAS secara spesifik, beliau merujuk tingkah laku PAS yang dikatakan memungkiri janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin kalau itu dikatakan kelemahan, PAS juga ada kelemahannya. Cuba kita renung kembali apa yang berlaku semasa PRU13 yang lepas.

"Memungkir janji persetujuan yang dicapai itu bagi saya kelemahan yang susah hendak dilupakan. Selepas (kewafatan) Rasulullah, tidak ada siapa pun yang maksum," katanya.

Sehubungan itu, Tamrin menggesa pemimpin parti mengambil kesempatan kemuliaan Syawal untuk saling bermaaf-maafan sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Katanya, perawakan yang selama ini dijaja oleh Umno perlu segera dielakkan dan tidak harus dibawa ke dalam PR.

"Di hari dan bulan yang mulia ini, sebaik-baik amalan kita ialah bermaaf-maafaan. Yang lebih baik lagi kita memaafkan sebelum dipinta. Musuh sedang menunggu retak menjadi belah.

"Jangan disebabkan Khalid seorang, rumah yang dibina sejak berzaman lamanya boleh rebah ke bumi.
"Jangan biarkan, malah menggalakkan amalan membisu dan mengampu yang ada pada Umno menular ke dalam parti kita. Yang penting ialah perjuangan parti bukan pemimpin," katanya. – 3 Ogos, 2014.



Tukar Tiub

Tukar Tiub


MUSUH SUDAH SOKONG

Posted: 03 Aug 2014 07:08 PM PDT






Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG - Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan kerajaan ipersekutuan berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu...

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar berkata, walaupun Abdul Khalid terus diberi tekanan hebat pemimpin Pakatan Rakyat (PR), namun tindakan tersebut memperlihatkan kesedaran beliau untuk mendahulukan rakyat.

"Abdul Khalid kini sudah berani untuk tandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan, namun apa yang kita minta beliau juga perlu berani dedahkan mengapa pemimpin PR masih berkeras mahu menjatuhkannya," katanya..




KAH KAH KAH

ini namanya
sokongan bawa rebah
ini namanya
tibai khalid dari belakang
ini namanya 
buka pintu kiri
masuk pintu kanan

tahniah!
makin ramai
rakyat benci pada khalid

KAH KAH KAH



--------

PARTI CUKONG KENA TIBAI

Posted: 03 Aug 2014 06:00 PM PDT





JENTIK JANGAN TAK JENTIK




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Abdul Aziz menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia apabila parti itu mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang masak asing.
 
Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA kata kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".

KAH KAH KAH
syabas!
tibai parti cukong
memang tak relevant
parti tak ada rakyat
parti tak dapat sokongan

gaduh jangan tak gaduh
tibai jangan tak tibai
terajang sampai padam

KAH KAH KAH


---------

SATU INGATAN 55 TAHUN

Posted: 03 Aug 2014 04:00 PM PDT




FACE BOOK




Bukan setakat puak UG saja... Anwar ibrahim pun kalau ada hati nak bergabung dgn umno kita wajib lawan!
 — with Lan XCassanovaEdy Noor Reduan SammTulang Besi MalaysiawavesTukar Tiub,Nasoruddin Shah MatAmir Haji GhazaliHaji Abu AlHafiz and I.
LikeLike ·  · Stop Notifications · Share





-----------

LAGU NEGARA KU DI CIPLAK

Posted: 03 Aug 2014 06:30 AM PDT



INI JUGA

CIPLAK

dari memula moon
jadi terang bulan
diciplak  untuk jadi
lagu kebangsaaan 
negara ku
betul tak ada kelas
inilah hasil kerja seni
baru inggeris



KIBARKAN SANG SAKA

Posted: 03 Aug 2014 05:30 AM PDT






KIBARKAN

SANG SAKA
pengganti  
jalur temberang
bendera yang di ciplak 
dari bendera amerika



-----------

CAKAP SERUPA BIKIN

Posted: 02 Aug 2014 09:47 PM PDT





KOMENTAR





tak perlu heboh heboh
jangan makan di mek didogal
syrikat ini memberi 
dana untuk israel
jangan makan di kfc
syarikat ini memberi 
dana untuk israel

mulakan dengan dua ini dahulu
tak perlu melaung laung
allah  hu akbar
tak perlu takbir takbir




KUALA LUMPUR - Bukan hanya rakyat Malaysia, pelancong dan warga negara asing turut melaungkan sokongan dan pembelaan terhadap penduduk di Palestin.




KAH KAH KAH

woit
siapa beri bantuan
minyak sawit pada israel
cakap berdekah dekah

KAH KAH KAH
----------

HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID

Posted: 02 Aug 2014 09:08 PM PDT



KOMENTAR

khalid ibrahim ini mewakili siapa?

partinya - PKR - telah menolak
parti sahabat - DAP - telah menolak
parti yang dulu sokong - PAS - kini menolak
siapa yang di wakili oleh maloan ini?



khalid ibrahim TIDAK lagi
dipercayai oleh  PKR kerana:

1 - kes hutang dengan bank islam
2 - kes lebuh raya kidex
3 - kes loji air langat
4 - kes anugerah tanah pada adik vincent tan

ahli pkr telah lama muak dengan khalid
kemudian pandangan ini disambut oleh dap
kini pas juga melihat pekara yang sama

kes kes ini akan diterangkan
sajelas mungkin bukan sahaja
kepada pemimpin parti malah
kepada  orang ramai- sabar

senang sahaja:
hang ada hutang bank 10.000 ringgit
tetiba bank kata 
hang perlu bayar 100 ringgit sahaja
macam mana ini boleh berlaku?

kes hutang khalid bukan 10,000 ringgit
tapi 56 juta BUKAN ringgit 
tapi dolar amerika
nilai tukaran hari ini
179.886 juta ringgit
duit ini untuk beli saham

tetiba hutang telah dipotong
dipotong oleh bank?
kenapa dipotong?

kerana khalid ibrahim ada tugas baru
apa tugas baru khalid?

khalid wajib buat kidex
hancur 3000 rumah -ini projek kroni
khalid wajib setuju air langat
kroni dah lama menunggu
khalid wajib duduk
gagalkan rancangan pkr 
untuk jadikan selangor negeri contoh


Selepas PKR dan DAP, giliran 

PAS  Selangor tolak Khalid 


Ibrahim 


Abdul Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP untuk menolaknya ekoran tindakan beliau yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya itu.

Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.

"Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.

Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pkr-dan-dap-giliran-pas-selangor-tolak-khalid-ibrahim#sthash.py23ISkl.dpuf


MAT MONGOL
SAYANG
SAHAK  GAGAP

KAH KAH KAH
woit 
patutlah mat mongol
sayang pada sahak gagap

KAH KAH KAH

----------

MH17 - LAPORAN BBC DARI UKRAINE

Posted: 02 Aug 2014 08:30 PM PDT




LAPORAN AWAL BBC
laporan awal dari bbc
jelas menunjukkan bahawa
ada jet pejuang berhampiran mh17

malah orang kampong yang melihat
kejadian menyatakan adanya
jet pejuang tersebut

laporan berita ini
hanya keluar sekali dari bbc russia
kemudian dilupuskan
tetapi masih tersimpan 
dalam google





 WhyDid BBC Delete This Report?
"Ukrainian Fighter Jet Shot Down MHI7″, Donetsk Eyewitnesses
By Gleb Bazov
Is it because every eyewitness interviewed by the BBC team specifically indicated the presence of Ukrainian military aircraft right beside the Malaysian Airlines Boeing MH17 at the time that it was shot down?

Original BBC Video Report: Preserved by Google Web-cache.




Eyewitness #1: There were two explosions in the air. And this is how it broke apart. And [the fragments] blew apart like this, to the sides. And when …
Eyewitness #2: … And there was another aircraft, a military one, beside it. Everybody saw it.
Eyewitness #1: Yes, yes. It was flying under it, because it could be seen. It was proceeding underneath, below the civilian one.
Eyewitness #3: There were sounds of an explosion. But they were in the sky. They came from the sky. Then this plane made a sharp turn-around like this. It changed its trajectory and headed in that direction [indicating the direction with her hands].

BILA MUSUH MEMUJI

Posted: 02 Aug 2014 07:38 PM PDT

 1 0 0 1

Khalid perlu diberi peluang- Dr. Mah

 | August 1, 2014
Selangor perlu mengadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat menentukan siapa yang layak memegang jawatan sebagai Menteri Besar.
Mah-Siew-Keong
Katanya parti itu melihat Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai menteri besar Selangor bagi meneruskan usaha yang dibuat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk Selangor.



KAH KAH KAH

woit
ini sudah lebih
ingat apa kata
ustaz fadil noor

KAH KAH KAH














---------