Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tapi Hadi yang mula nya: Hentikan perbincangan isu MB di luar mesyuarat - Mustafa

Posted: 28 Jul 2014 09:57 PM PDT

Tapi Hadi yang mula nya: Hentikan perbincangan isu MB di luar mesyuarat - Mustaffa. Pandangan Hj Hadi  adalah pendapat individu beliau.Baling batu sembunyi tangan...

KUALA TERENGGANU - Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

"Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti," ujarnya kepada Harakahdaily di sini.

Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.

"Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah," ujar beliau lagi.

Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

"Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu," jelasnya.

Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.


"Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut," kata beliau. - HARAKAHDAILY


PAS KHIANATI PAKATAN?

Posted: 28 Jul 2014 09:49 PM PDT










Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  

TELAH BEBERAPA KALI PAS MENGKHIANATI RAKANNYA DALAM PR? ANDA MUNGKIN DAPAT MENILAINYA DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI.MALAH BERCITA CITA UNTUK BERGABUNG DENGAN MUSUH YANG PERNAH BELIAU KAFIRKAN SUATU KETIKA DAHULU.

BUKAN ITU SAHAJA, MALAHAN HJ HADI MENJADI  LIABILITI KEPADA PAS SEJAK AKHIR AKHIR INI ANGKARA  INGIN MENDAPATKAN KUASA. JIKA PAS MENGANGGAP BAHAWA UMNO BERSETUJU HUDUD DI KELANTAN, MAKA PAS HARUS BERHATI HATI.

MUNGKIN SUATU HARI NANTI HJ HADI AKAN MENGELUARKAN FATWA BAHAWA LEBIH BAIK BERSATU BERSAMA UMNO KERANA UMNO MAHU KEPADA HUDUD BERBANDING PAKATAN RAKYAT.



AMANAT INI SUATU KETIKA DAHULU MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERPECAHAN. NAMUN DIKETIKA ITU PAS BERSENDIRIAN MENENTANG UMNO SEBELUM GELOMBANG REFORMASI ANWAR MEMBERI LABA KEPADA PERJUANGAN PAS.




Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR


Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR

Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.

 Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.

Rafizi berkata, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.


"Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari Perkasa dan Isma memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, walaupun PAS mendapat laba (keuntungan) besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini. – 29 Julai, 2014.
 
 
  MENYUSUL LAGI




Komentar Kini

0
sumber :-

Komentar Kini


Haji Hadi Awang bukan seorang yang tegas

Posted: 28 Jul 2014 07:39 PM PDT

Penulis tidak ada niat untuk memburuk buruk para pemimpin PAS, lebih lebih lagi yrthadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bukan seorang yang tegas berbanding Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.

Penulis tidak boleh terima dengan lebal Presiden PAS tegas kerana menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Mengapa penulis kata demikian? Lihat kata katanya yang berbunyi:  "ianya bergantung pada kehendak sultan".

Bermakna pasal tukar menteri besar Selangor yang  hebuh di perkatakan kini bukan duduk atas sokongan Haji Hadi, tetapi ianya terserah kepada Al Sultan  Selangor.

Jika sultan Selangor mahu menteri besar Selangor ditukar dengan menteri besar baru, maka sokongan Haji Hadi terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim gugur secara automatic.Itulah naktahnya.

Sokongan Haji Hadi pada Tan Sri Khalid Ibrahim bukan suatu ketegasan atau dengan kata lain ianya bukan tindakan tegas yang dianggap oleh sesetengah kepimpinan lain.

Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS bukan seorang yang tegas berbanding dengan Datuk Fadzil Noor yang mana siqah para pemimpin kekal sampai padan hayatnya.

Sekarang ini "siqah" terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah hilang sehingga tergamak para pemimpin yang duduk dibawahnya menghina.

Ini menunjukkan beliau seorang yang tidak tegas. Seseorang yang tegas pasti "siqah" para pemimpin lain terhadapnya tidak akan hilang. Lebih lebih lagi jauh sekali untuk menghinanya.

Seseorang yang tegas akan dihormati sepanjang hayatnya. Kini nampaknya sudah ada yang tidak hormat dengan keputusan yang diambilnya.

Bukan senang untuk membuat keputusan muktamad. Lebib lebih lagi berkaitan dengan politik tiga penjuru yang berlainan pegangan agama.

Atau dengan kata lain ada kafir didalam kapal yang dilayari dilautan yang penuh bergelora itu. Apatah lagi sebuah kapal pasti dikelola oleh satu nahkoda sahaja.

Jika tiga tiga mahu jadi nahkoda sudah barang tentu tunggu masa untuk pecah dan tenggelam sepertimana yang akan berlaku pada negeri Selangor kini.


  

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


BACA DAN HAYATI

Posted: 29 Jul 2014 05:00 AM PDT



 




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air jeram gunung toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi


bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat akan pembelotan
lalu aku teringat akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang telah terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang arafat dan habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal

kepada  kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 





------------

MULA TERAJANG KHALID

Posted: 29 Jul 2014 03:30 AM PDT






ANGKAT KAKI LAMBUNG KHALID
Maka bermusuhlah aku dengan sikhalid.....pakcik makcik felda sebulat suara siapa perintah siapa pun sama saja katanya........inilah kemuncak fakta tersendiri...kalau makcik pakcik felda pun setuju sikhalid kekal...maka...inilah musuh yang harus di kalaniskhovkan......inilah statement yang harus dipandang serius.....khalidah tempat mu dihatiku telah ku alihkan ....sewa suah naik...so anda harus keluar dari ini rumah sewa...penyewa baru yang berkualiti mau masuk....tak reti reti cari rumah sewa lain.....dimana nak cari....ni telunjuk ni...tengok mana dia tuding........KELUBANG HIDUNG LERRRRR..............kalau umno pukimak...sebelum lu lun lekat pukimak...baik lu belah....IKAN KELI IKAN KEMBUNG...ANGKAT KAKI LAMBUNG LAH KHALID...... on SIAPA ITU KHALID IBRAHIM
DIDI KOTA BELUD
on 7/29/14

KHALID WIRA BERAS JATI
Selepas PRU Ke 13 Malaysia tahu sukar menang BN Walaupun beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang Ianya tidak menjadi masalah kerana negara masih dinaungan kuasa pusat PR macam main tak sampai air keluar Kah kah kah Sayugia selepas itu kita lihat Pergolakan.demi pergoalakan Samada wujud dengan sendiri

Atau diwujudkan oleh daulah gelap Kita boleh agak.agak Pasti.kesemua ini mencorakkan senario Politik.ekonomi.dan sosial.negara NGO tumbuh macam cendawan selepas hujan Samada.ianya.bercorak fundamental atau.tidak kurang pasti Hakikatnya.NGO nie.lantang.bersuara Lantang berteriak lantang berdemo Lantang membakar semangat Kekitaan.atau kekuasaan Kah kah kah BerbagaI isu berbagai sengeta

Kerana mulut badan.binasa Semakin terang berlampu Semakin cerah matlamat Selepas perak dan.kedah Sasaran.kita semua terhadap selangor Kenapa.Khalid.yanh ditentang dahulu sedang diwira wirakan.oleh. pejuang.beras Jati Musuh.bersama.dengan matlamat bersama Kesemuanya menaguk.di.air keruh Atau.sengaja on SIAPA ITU KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 7/28/14


--------

BUKAN MUSTAHIL

Posted: 28 Jul 2014 10:26 PM PDT




DARI MEJA 

 PENGARANG
bukan 
satu yang mustahil
pas merancang untuk besubahat dengan
united malays national organisation
tidak memeranjatkan
tidak menghairankan

ini perjalanan sejarah

saperti telah dikatakan
dalam pas ada melayu melayu
dalam dap ada cina china
dalam pkr ada melayu melayu
ini kerana parti terbuka
bukan parti kader

ini kerana semau parti 
berkerja 
merebut suara majoriti

juga 
bukan satu yang mustahil
pas juga akan retak
bukan juga satu yang mustahil 
pkr juga akan retak
bukan satu yang mustahil
dap juga akan retak

retak kerana muculnya jenerasi baru
yang bukan melayu melayu
dan yang bukan cina china
ini hakikat
ini perjalanan sejarah 

POLITIK ITU EKONOMI
sekali lagi dinyatakan
bahawa politik itu ialah ekonomi
agama bangsa bahasa
hanya pendekatan 
untuk mengolah persetujuan
dalam usaha untuk 
merebut kuasa politik 
untuk merebut punca ekonomi

semua ini terbukti
dihadapan mata

hadi ada kepentingan ekonomi
menantunya tanda bukti
khalid ada hutang besar
ini tanda bukti

perjalanan dunia
ialah perebutan ekonomi
amerika serang iraq kerana minyak
minyak itu ekonomi

malaysia mahu sabah dan sarawak
kerana ada  bumi 
ada hutan balak 
ada  minyak

pilipina mahu sabah
kerana ada bumi balak  minyak

bumi balak minyak ialah ekonomi


Mesej PAS bocor: Kerjasama dengan Umno di S'gor

Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.


----------

HARI RAYA KE DUA

Posted: 28 Jul 2014 08:41 PM PDT





RAYA  

KE DUA

kelmarin hari raya pertama
gwa telah berjalan nak pergi melaka
saje nak rayakan raya bangla
ciiss
sebelum sampai ke nilai
telah berlaku jam yang maha sangat
rancangan nak makan sedap di melaka
nak makan masakan nyonya
cisss 
gagal
berhenti diseremban dua
makan restoran hakka
okay aje - jangan tak mati
tapi ada spesial masakan hakka
ayam dengan tapai


KE MELAKA
lalu ngelencong jalan lama
ciss
jam juga
tapi semua kekecewaan
akhirnya membawa
kegumbiraan
beberapa batu sebelum sampai ke rembau
ada warung jual petai
pucuk dicita ulam mendatang
lalu membeli 
satu kumpulan petai
mata besar bukan untuk ulam
tapi untuk disimpan dalam
minyak zaiton
supply gwa dah kureeng


PAK CIK WARUNG
gwa tanya pak  cik warung
tak raya ke?
dia cakap pagi tadi lepas sembahyang
jumpa keluarga terus
buka warung
wow
kerja kuat
raya pertama pun niaga
kerana tahu ramai
yang lalu lintas

WILAYAH PETAI
di wilayah ini gwa memang 
selalu dapat pertai
jamin terbaik

MELAKA
singgah di pinggir kota
ini rumah tumpangan baba
milik  mak saudara alex
jadi kami okay
tak ada gangguan
untuk jai dan ezi 
kencing dan berak
budak dua ekor ini
dah sampai melaka
dah berak dan dah kecing
di melaka

TEPI SUNGAI
duduk berharimau
dalam cafe tepi tebing sungai melaka
oppsss... ramainya
pelancung domestik
dan
ramai yang minat dengan jai
muka jai yang comot
dilihat kiut miut
dan 
ada juga yang takut 


RESTORAN NYONYA
restoran yang di rancang tutup
ciis kecewa lagi
banyak kedai makan
penuh dan wajib berator
cisss
akhirnya makan chow kueh tiow
lawatan paling gagal
nasib baik ada petai

MORAL CERITA INI
kita dah gila
kita silap besar
kereta telah terlalu banyak
perjalanan makin lambat
idea manusia dengan kereta
jadi kantoi
bayangkan 
kalau semua malaysia ini melayu
atau semuanya china
atau semuanya india
lagi jam gila
nasib baik
tak kongsi raya
tak kongsi dewali
mampoos

MORAL
trend raya bangla akan berterusan
kerana tak tahan dengan jam
tak tahan berbuka dalam kereta
tah tahan beraya dalam kereta


GWA
masih jalan kaki
masih menapak
masik okay

-----------

Biaqpila

0
sumber :-

Biaqpila


MESEJ WHATSAPP PAS BOCOR: KERJASAMA DENGAN UMNO DI SELANGOR

Posted: 28 Jul 2014 10:01 PM PDT


Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulisan Mohd Zuhdi dalam Facebooknya dipetik.

Malaysiakini




BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT