Selasa, 29 Julai 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Haji Hadi Awang bukan seorang yang tegas

Posted: 28 Jul 2014 07:39 PM PDT

Penulis tidak ada niat untuk memburuk buruk para pemimpin PAS, lebih lebih lagi yrthadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bukan seorang yang tegas berbanding Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.

Penulis tidak boleh terima dengan lebal Presiden PAS tegas kerana menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Mengapa penulis kata demikian? Lihat kata katanya yang berbunyi:  "ianya bergantung pada kehendak sultan".

Bermakna pasal tukar menteri besar Selangor yang  hebuh di perkatakan kini bukan duduk atas sokongan Haji Hadi, tetapi ianya terserah kepada Al Sultan  Selangor.

Jika sultan Selangor mahu menteri besar Selangor ditukar dengan menteri besar baru, maka sokongan Haji Hadi terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim gugur secara automatic.Itulah naktahnya.

Sokongan Haji Hadi pada Tan Sri Khalid Ibrahim bukan suatu ketegasan atau dengan kata lain ianya bukan tindakan tegas yang dianggap oleh sesetengah kepimpinan lain.

Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS bukan seorang yang tegas berbanding dengan Datuk Fadzil Noor yang mana siqah para pemimpin kekal sampai padan hayatnya.

Sekarang ini "siqah" terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah hilang sehingga tergamak para pemimpin yang duduk dibawahnya menghina.

Ini menunjukkan beliau seorang yang tidak tegas. Seseorang yang tegas pasti "siqah" para pemimpin lain terhadapnya tidak akan hilang. Lebih lebih lagi jauh sekali untuk menghinanya.

Seseorang yang tegas akan dihormati sepanjang hayatnya. Kini nampaknya sudah ada yang tidak hormat dengan keputusan yang diambilnya.

Bukan senang untuk membuat keputusan muktamad. Lebib lebih lagi berkaitan dengan politik tiga penjuru yang berlainan pegangan agama.

Atau dengan kata lain ada kafir didalam kapal yang dilayari dilautan yang penuh bergelora itu. Apatah lagi sebuah kapal pasti dikelola oleh satu nahkoda sahaja.

Jika tiga tiga mahu jadi nahkoda sudah barang tentu tunggu masa untuk pecah dan tenggelam sepertimana yang akan berlaku pada negeri Selangor kini.


  

Tiada ulasan: