Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Dia boleh sambut aidil fitri diatas bulan pun ...

Posted: 28 Jul 2014 08:49 AM PDT


Baca dulu DI-SINI
Kalau dia sambut aidil fitri diatas bulan pun gurkah-gurkah politik di'port' tak heran sebab dia pun rembat banyak lah juga, dan sekarang ada lah masa untuk ber'joli ... DI-SINI 

dollah yankee -
Bukan harta yang berkoyan-koyan yang aku cari ...? Kah..Kah..Kah..
Dollah Badawi kaki temberang!



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PERBUALAN BERKAITAN DENGAN PAS DI SELANGOR.. SIRI3

Posted: 28 Jul 2014 05:35 PM PDT

Ada yang masih keliru dengan keyataan HjHadi, Mat Sabu dan TokGuru....mana mana la....tak kan nak jadi lalang memanjang................


·
Selepas PRU yang lepas, pelakon Leftenan Adnan telah membuat rayuan supaya beliau diberikan kerja kerana beliau sudah hilang mata pencarian akibat sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat secara terbuka.


Sepatutnya orang mcm Khalid Ibrahim lah yang turun membantu beliau namun Khalid takkan sokong orang2 yang memerangi UMNO.
Khalid adalah kawan UMNO yang sejati

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734272839965940&set=a.289165464476682.68743.100001496924440&t https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734272839965940&




DIA TIDAK KHIANAT UNTUK BERGABUNG WALAU DI TAWARKAN 5 JAWATAN TIMBALAN DALAM KABINET BERSAMA RUNDINGAN DENGAN NAJIB...


PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, TELAH DIUJI, BERKARISMA DIKAGUMI DUNIA ANTARABANGSA, ...DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI SOSOK YANG MAMPU MEMACU KEGEMILANGAN BANGSA....TAK SUDAH-SUDAH DIZALIMI SEJAK 1998.
KALAU ADA ORANG MENGANGGAP BAHAWA FITNAH , ADU DOMBA ,PENJARA DAN BERBAGAI BENTUK SABOTAJ BOLEH MEMADAM DAN MEMBUNUH KARIER POLITIK SOSOK PEMIMPIN INI...MEREKA ADALAH SILAP.....HANYA KEHINAAN SAHAJA YANG AKAN MENIMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM, RAKUS DAN KORUP........BELAJARLAH DARI SEJARAH...
PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, TELAH DIUJI, BERKARISMA DIKAGUMI DUNIA ANTARABANGSA, ...DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI SOSOK YANG MAMPU MEMACU KEGEMILANGAN BANGSA....TAK SUDAH-SUDAH DIZALIMI SEJAK 1998.  KALAU ADA ORANG MENGANGGAP BAHAWA FITNAH , ADU DOMBA ,PENJARA DAN BERBAGAI BENTUK SABOTAJ BOLEH MEMADAM DAN MEMBUNUH KARIER POLITIK SOSOK PEMIMPIN INI...MEREKA ADALAH SILAP.....HANYA KEHINAAN SAHAJA YANG AKAN MENIMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM, RAKUS DAN KORUP........BELAJARLAH DARI SEJARAH...



PAS BELOT DI SELANGOR? SIRI 2 PERBUALAN WASSAPP DI DEDAHKAN???

Posted: 28 Jul 2014 04:58 PM PDT

ADAKAH INI PERBINCANGAN 10 ORANG KUAT PAS UNTUK UG BERSAMA UMNO DI SELANGOR???

 SILA LIHAT LINK INI .BEBERAPA LINK YANG BOLEH DI BACA DI FB


INI POSTING DARI TULANG BESI YANG TELAH MENDEDAHKAN BEBERAPA  PERBUALAN  ORANG ORANG KUAT PAS PUSAT? AKU TAK KENAL PAS PUSAT. TAPI DIDALAM FB AKU lamanreformasi lamanrakyat... telah tersebar sejak 3 hari lepas lagi...




BANG MAT SABU?????   ELOK ELOK BANG MAT....DULU DAH PERNAH BAGI WARNING KAN....???? HANGPA BINCANG ELOK ELOK????    KAN DAH CAKAP DALAM CERAMAH? BEBERAPA TAHUN LEPAS...

Nama je Dr Zuhdi Marzuki tapi English pun broken.
Bukan "will be ending" la, ngong.
"...will end".
Kelakar nya tengok puak2 UG ni. Ngong teruk sangat


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203660580707436&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1


Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.
Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.





Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.  Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.




PAS BELOT DEMI KUASA DI SELANGOR??? KAN AKU DAH TULIS SEMALAM? siri 1

Posted: 28 Jul 2014 04:39 PM PDT

Mesej PAS bocor: Kerjasama dengan Umno di S'gor



 Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulisan Mohd Zuhdi dalam Facebooknya dipetik.


ADAKAH INI PERBINCANGAN 10 ORANG KUAT PAS UNTUK UG BERSAMA UMNO DI SELANGOR???

 SILA LIHAT LINK INI .BEBERAPA LINK YANG BOLEH DI BACA DI FB


INI POSTING DARI TULANG BESI YANG TELAH MENDEDAHKAN BEBERAPA  PERBUALAN  ORANG ORANG KUAT PAS PUSAT? AKU TAK KENAL PAS PUSAT. TAPI DIDALAM FB AKU lamanreformasi lamanrakyat... telah tersebar sejak 3 hari lepas lagi...




BANG MAT SABU?????   ELOK ELOK BANG MAT....DULU DAH PERNAH BAGI WARNING KAN....???? HANGPA BINCANG ELOK ELOK????    KAN DAH CAKAP DALAM CERAMAH? BEBERAPA TAHUN LEPAS...

Nama je Dr Zuhdi Marzuki tapi English pun broken.
Bukan "will be ending" la, ngong.
"...will end".
Kelakar nya tengok puak2 UG ni. Ngong teruk sangat


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203660580707436&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1


Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.
Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.








Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.  Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.
T












NGO desak Khalid ikut arahan parti

Posted: 28 Jul 2014 05:11 AM PDT


Bukan sahaja NGO desak ditebalkan muka nya.?....Syed Hussein nak berjumpa pun tidak dilayan.? Malahan Anwar sendiri pun nak bersembag dengan beliau , tidak di endahkannya.? Ini lah Khalid dalam keadaan sekarang ini.?  ORANG INI TIDAK BERHAK BERADA DI DALAM PARTI JIKA MENGAMALKAN SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH PADA ARAHAN PARTI.????

 
Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah.
khalid ibrahim



PETALING JAYA: Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) menuntut agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela hati untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Pengerusi PRIHATIN Datuk Mat Ghazali Abd Rakim gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana Khalid merupakan anggotanya, serta keputusan parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Maka berdasarkan keputusan ini  PRIHATIN mengesa agar Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan PR," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Dalam pada masa yang sama, PRIHATIN memohon agar Khalid tidak mengheret rakyat dalam kancah politik dalaman parti politik.

Selain itu amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk mengundi dan memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan.

"Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Khalid menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bila nama beliau dicadangkan oleh PR, seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB.

"Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah," ujarnya.

Sewajarnya Khalid dengan aman dan rela hati berundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah.

"Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan Khalid sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat.

"PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan individu sebagai MB atau PM," jelasnya.

Mat Ghazali turut menjelaskan bahawa PRIHATIN berpegang teguh kepada prinsip di mana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan tataetika badan pertubuhan, dimana setiap  NGO, parti politik mempunyai jawatankuasa,  dan keputusan jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli.

"Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan ahli jawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu melihat Khalid mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam seperti MB Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan  Datuk Seri Khir Toyo.

"PRIHATIN juga sependapat dengan keputusan PKR dan PR untuk menukar Khalid kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya isu  air yang berterusan, isu kenaikan caj fee perniagaan yang melambung hingga 500 peratus, isu kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan Kuis, isu kegagalan menyelesaikan ribuan hak milik tanah," katanya yang juga merupakan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor).


Selain itu, berkenaan isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai, isu kegagalan membina rumah mampu milik yang ditunggu-tunggu rakyat, isu kegagalan membuka peluang pekerjaan kepada anak muda, isu kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan, isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan turut menjadi punca.


"Isu senggaraan dan baik pulih jalan dan longkang, isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi , isu KIDEX, isu kegagalan meningkatkan pendapatan golongan petani dan nelayan," tambah beliau.




Isu MB Selangor: Rakyat marah PAS, risau BN kuasai semula negeri

Posted: 28 Jul 2014 04:56 AM PDT

Isu MB Selangor: Rakyat marah PAS, risau BN kuasai semula negeri

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.























 Berikutan keengganan pimpinan PAS menerima keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ramai rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka terhadap parti Islam itu di Internet dan memintanya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sebahagian pula mengkritik pakatan yang longgar itu atas "keserabutan" yang berlaku di Selangor, sambil berkata negeri terkaya di Malaysia itu berpotensi dirampas semula Barisan Nasional jika masalah dalam Pakatan tidak diselesaikan segera.

"Ini mungkin hikmahnya – membersihkan Pakatan daripada mereka yang mempunyai visi terlalu kecil yang tidak termasuk Putrajaya," kata seorang pengguna Internet, menggunakan nama @MengoYee di Twitter, merujuk kepada PAS.


@kcwai berkata: "Jadi, Hadi sanggup untuk hilang Selangor kepada BN dalam PRU14, walaupun ada seruan menukar Khalid sebagai MB, sama seperti PAS hilang Kedah?"

Beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan keengganannya menukar menteri besar itu.

"Sebaliknya, PAS perlu keluar (dari Pakatan). Dengan itu, pihak yang sederhana boleh terus memastikan Pakatan boleh berjaya. Cukup-cukuplah lawak geng pro-Umno," kata @kcwai lagi.

Pengguna Twitter @oonyeoh bersetuju, katanya: "Tak mengapa. Saya bersedia nak tengok PAS
kembali ke zaman dulu sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya boleh memenangi Kelantan."

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum ini keengganan PAS menghormati dan mematuhi pandangan yang disetujui ramai di dalam Pakatan boleh memecahkan gabungan itu.
Sementara itu, @lawofmalaysia memberi amaran: "kalau ini yang terjadi, PAS akan hilang sokongan semua bukan Melayu di Selangor!"

"Ini hanya akan membuatkan Pakatan kalah, bukan BN menanng," kata @SharaadKuttan.
Yang lain pula mengatakan sokongan kepada Pakatan akan jatuh berikutan perbezaan pendapat antara parti komponennya.

"Paras air di empangan-empangan di Selangor mungkin sama rendah dengan paras sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan. aku rasa la," kata @norman__g.

@askaychan menambah: "Permainan politik di Selangor berkaitan jawatan menteri besar, di tengah-tengah tragedi MH370, MH17 dan Gaza amat menjijikkan."

@ahmadridzalman juga berkata: "setuju 100%.. memang padan muka kalau hilang kuasa disebabkan isu ini."

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan. – 28 Julai, 2014.

ANWAR MASIH YAKIN PADA PAS?

Posted: 27 Jul 2014 10:17 PM PDT

 

Anwar percaya 'muafakat' Pakatan kekal walau timbul kemelut MB Selangor


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya "semangat‎ muafakat" dalam Pakatan Rakyat (PR) akan kekal walaupun terdapat pergeseren di antara parti komponen dalam isu melibatkan penukaran menteri besar Selangor.

Kenyataan Anwar dilihat sebagai langkah untuk meredakan ketegangan PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan disingkirkan.

"Saya percaya semangat muafakat dalam PR akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada lewat petang hari ini.

"Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu."
Anwar turut mempertahankan keputusan PKR menggantikan Khalid dengan isterinya Dr Wan Azizah sebagai kesinambungan kepada "Langkah Kajang".‎

Keputusan PKR mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor mendapat kritikan pelbagai pihak tetapi dipersetujui DAP.

Meskipun dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR, Anwar mengumumkan DAP dan PAS bersetuju dengan penyingkiran Khalid, Hadi membuat kejutan dengan menyatakan sokongan terbuka agar menteri besar Selangor dikekalkan.







Hadi berkata, Khalid patut dikekalkan sebagai menteri besar sekurang-kurangnya sehingga penggal ini kerana konsep amanah yang diamalkan oleh pemimpin itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksinya hari ini mengenai kemelut dalaman PKR juga meminta semua ahli PAS menghormati pendirian Hadi.

Manakala DAP dalam perutusan Aidilfitri, membayangkan kemungkinan PR akan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berdasarkan keputusan yang dicapai secara bersama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
Kenyataan Lim itu merujuk kepada kenyataan Hadi yang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR pada Rabu untuk menyingkirkan Khalid.


Biarpun diasak dengan hebat untuk Khalid meletakkan jawatan namun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu tetap dengan pendirian untuk tidak berundur.


Khalid dalam kenyataannya hari ini melahirkan penghargaan terhadap pemimpin tertinggi PAS atas sokongan parti Islam itu.


Katanya dengan sokongan itu, Khalid bertekad untuk mentadbir Selangor dengan lebih baik sehingga habis mandat. -TMI





PAS KUAT? MAKA PAS AKAN KELUAR PR...KERJASAMA DENGAN UMNO DI SELANGOR DAN PAS AKAN KEKAL DOMINAN DI KELANTAN.

Posted: 27 Jul 2014 09:54 PM PDT

Pakatan mungkin berpecah selepas Aidilfitri, kata pemimpin PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.


"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur. Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.

"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.

"Syair Arab ada berkata 'kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan'.
"Kita sedang dalam 'self-destruct mode'. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.

"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.

"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.

"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.
DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.

Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.
"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.

Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.


"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. – 28 Julai, 2014






Hj Hadi adalah pimpinan yang mewakili ulama dan konservatif dalam berbagai isu.Di bawah pimpinan beliau , PAS  tidak dapat mempertahankan Terengganu dan tewas kepada Umno di Kedah .Perak juga tewas kerana adanya "syaitan " yang mengganggu.





Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


UCAPAN DARI DAPUR JALANAN

Posted: 28 Jul 2014 06:30 PM PDT





SELAMAT 

HARI RAYA


dari tim
dapur jalanan




Bulan Ramadhan telah menjadi medan ujian untuk warga miskin kota berhadapan dengan pemerintah & aparatusnya. Dari awal Ramadhan dengan karenah pak menteri sehingga ke penghujung ramadhan - dengan hadiah palang besi, warga miskin kota tidak henti-henti menjadi mangsa penindasan. 

Setiap sisi ditekan, setiap sudut diinjak, dengan baki tenaga yang terus diperah, ditinggalkan hanya lelah buat peneman malam. Bulan ramadhan telah benar-benar mengajar jerih payah menjadi warga yang tinggal di kota dalam keadaan tidak berwang, berumah, berkot segak, mahupun berkereta besar. 

Harapan pagi Syawal ini semoga ia membawa satu semangat baru untuk miskin kota yang tertindas, yang tidak henti-henti ditekan, walau di mana pun anda berada (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, hatta Palestine) untuk kembali bangun dengan semangat melawan, dan semangat perubahan.
 
Kami turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan simpati, diiringi dengan ucapan takziah dan doa kepada ahli keluarga serta sahabat handai mangsa tragedi MH370 dan MH17. Semoga kalian terus tabah menghadapi dugaan yang hadir tanpa diduga. 

Duka anda, duka kita bersama! 
Akhir kata,selamat Hari Raya Aidilfitri
dari keluarga besar Dapur Jalanan Kuala Lumpur. 


*Makanan adalah hak anak semua bangsa*
1 Syawal 1435; 28 Julai 2014





-------------

SIAPA ITU KHALID IBRAHIM

Posted: 27 Jul 2014 10:00 PM PDT



KAH KAH KAH

bila musuh tibai kamu
ertiny kamu baik
bila musuh puji kamu
ertiny kamu dah musuh

KAH KAH KAH




---------

BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU

Posted: 27 Jul 2014 09:11 PM PDT



 




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air jeram gunung toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi


bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat akan pembelotan
lalu aku teringat akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang telah terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang arafat dan habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal

kepada  kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 






-----------

PERUTUSAN KHAS

Posted: 27 Jul 2014 07:38 PM PDT





SELAMAT

BERAYA 

BANGLA

berayalah kamu 
sebelum kamu
tak dapat
beraya



KHAS
untuk yang tak ada 
kampong
yang kampong tergadai
yang kampong 
dah jadi hiway
yang kampong 
dah tenggelam
yang dah kena cerai bini
yang dsah kenba cerau laki
beraya lah kamu
sebelum kamu
tak dapat
beraya


---------

DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


Isu MB: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN

Posted: 27 Jul 2014 10:56 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.

Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.

"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.

"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya.

Cuti Raya Penghuni Pengasih Tanpa Paksaan

Posted: 27 Jul 2014 10:54 PM PDT

Yunus Pathi
Yunus Pathi. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / THE STAR
 
 
 
KUALA LUMPUR: Rumah rawatan dan perlindungan untuk bekas penagih dadah yang dikendalikan  Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) meluluskan sebanyak 60 peratus permohonan penghuninya beragama Islam untuk bercuti sempena Aidilfitri. 

Pada masa ini, terdapat 350 penghuni beragama Islam daripada 500 penghuni di lapan rumah Pengasih seluruh negara.

Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi berkata, cuti sempena hari raya perlu dimohon dan mendapatkan persetujuan bersama antara penghuni dan keluarga.

"Jika ada persetujuan bersama untuk penghuni pulang berhari raya dan penghuni boleh memberikan komitmen untuk memanfaatkan cuti maka kita akan benarkan.

"Kelulusan bergantung kepada sesi temuramah dan penilaian kelakuan pemohon. Ini termasuk kelayakan pemohon menghuni rumah Pengasih, sekurang-kurangnya selama tiga bulan," katanya kepada mStar Online di rumah Pengasih di sini, baru-baru ini.

Permohonan cuti raya dilakukan lebih awal sebelum Ramadan dan ditutup pada minggu pertama Ramadan, manakala kelulusan dapat diketahui pada minggu ketiga.

Proses permohonan akan melibatkan sesi temuramah pemohon dan mengkaji aspek keselamatan dan pengaruh penghuni serta siapa akan bersama mereka sepanjang tempoh bercuti.

Yunus berkata, apa yang lebih penting ialah sejauh mana pemohon sudah bersedia dan kesungguhannya untuk bercuti sempena hari raya.

"Bersedia bukan dalam konteks hendak berseronok-seronok bercuti tetapi persediaannya berhadapan dengan cabaran dunia luar ketika bercuti.

"Walaupun musim perayaan seperti hari raya mempunyai elemen positif seperti ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan tetapi tidak terkecuali menjadi ruang kepada bekas penagih dipengaruhi melakukan aktiviti negatif seperti berjudi dan mengambil minuman keras selain mengambil dadah," tambahnya.

pengasih
Sebahagian penghuni pengasih sedang mengikuti sesi taklimat bersama penasihat di rumah Pengasih.
 
Beliau bagaimanapun berkata, terdapat segelintir penghuni Pengasih yang tidak mahu pulang berhari raya bersama keluarga kerana bimbang dengan cabaran dan pengaruh dunia luar.

"Dalam aspek ini, kita di Pengasih sangat demokratik dengan memfokuskan kepentingan penghuni termasuk hak-hak mereka.Kalau mereka tak nak balik kerana masih belum bersedia dan takut terpengaruh kepada perkara tidak baik, kita tidak boleh paksa mereka," katanya.

Dalam tempoh proses permohonan, penghuni tidak boleh melakukan kesalahan-kesalahan seperti tidak berpuasa, atau insiden yang boleh mencetuskan emosi dan tidak menghadirkan diri dalam program tertentu yang disediakan Pengasih seperti solat berjemaah dan solat terawih.

Permohonan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon dan keluarganya akan dipanggil untuk diberikan taklimat sebelum penghuni dibenarkan pulang bercuti.

"Dalam taklimat itu, kita menasihatkan keluarga mengenai pengawasan pergerakan penghuni seperti waktu keluar dan tidur dan menasihatkan agar tidak memberikan wang tunai terlalu banyak, jangan beri kad kredit, ada batasan dari segi penggunaan telefon," katanya.

Mengenai cuti hari raya, tempoh bercuti yang diberikan ialah sehingga seminggu dan mereka mula dibenarkan pulang berhari raya pada minggu terakhir Ramadan.

Menurut Yunus, tempoh bercuti itu juga dilihat sebagai proses penilaian 'pasca-rawatan' penghuni mengenai sejauh mana perubahan dan kawalan dirinya.

"Kita akan lihat sekiranya penghuni berjaya melakukan perubahan positif. Tidak semestinya kejayaan pertama akan menghasilkan kejayaan seterusnya.

"Tetapi sekurang-sekurangnya ia sebagai permulaan mereka berhadapan dunia luar. Pengasih akan membantu penghuni terus melakukan perubahan positif dalam menjalani kehidupan baharu," katanya.

Pesakit HIV Rela Berduka Demi Keluarga Di Aidilfitri

Posted: 27 Jul 2014 10:52 PM PDT

Sebahagian daripada penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah sedang mengikuti sesi soal jawab agama dan kelas kerohanian yang disampaikan oleh kakitangan Mais.
 
 
 
INSAN terpilih ini sangat mengerti dan faham tentang persepsi masyarakat terhadap diri mereka.

Namun apakan daya, mereka tidak dapat lari daripada persepsi itu walaupun naluri untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang meronta-ronta di sanubari.

Bukan pakaian baharu atau mahal yang mereka pinta, cukuplah sekadar dapat mencium tangan dan dahi insan tersayang di pagi 1 Syawal.

Itulah sebenarnya rasa yang terpendam di dalam hati penghuni-penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, menurut pengurusnya, Khairul Azmy.

"Masing-masing punya keinginan untuk bersama keluarga, tetapi apakan daya jika kehadiran mereka pada pagi mulia dipandang 'sepi' oleh keluarga sendiri.

"Mungkin ada keluarga yang reda dan dapat menerima takdir bahawa ahli keluarga mereka menghidap HIV, namun sejauh mana penerimaan itu, hanya empunya diri yang lebih tahu," katanya kepada mStar Online, ketika rumah perlindungan yang terletak di Puchong itu dikunjungi baru-baru ini.

Menurut Khairul, rumah perlindungan HIV ini adalah di bawah kelolaan Yayasan al-Ijabah dan mendapat sokongan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Sebelum ini, ia beroperasi di Petaling Jaya sebelum berpindah ke Puchong pada Mac 2011.

Khairul berkata, sempena Aidilfitri, kesemua 34 orang penghuni di sini diberi cuti seminggu, namun tidak semua yang gembira dengan peluang yang diberikan.

"Stigma masyarakat terhadap golongan ini masih perlu diperbaiki.

"Saya berharap ahli keluarga dan masyarakat lebih terbuka dan dapat menerima mereka sebagai manusia normal. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan," katanya.

Tidak Ambil Hati



 
Khairul (bukan nama sebenar), 39, gembira untuk bertemu ayahnya yang sudah tua di kampung halamannya di Kelantan, Aidilfitri tahun ini.

Dia yang disahkan dijangkiti HIV pada 2008 berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, hatinya meronta-ronta untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak-saudara di kampung.

Walaupun sedar kehadirannya 'kurang disenangi', namun dia menganggap perkara itu sebagai ujian untuk dirinya yang selama ini telah banyak melakukan dosa dan perkara terkutuk.

"Sebelum saya sakit, hubungan kami sesama keluarga amat mesra tapi sekarang saya dapat rasakan perbezaannya.

"Tapi tak apa, saya tak ambil hati dengan mereka. Saya boleh terima apa yang berlaku. Apa-apa pun mereka tetap keluarga saya," katanya yang ditemui lima hari sebelum pulang ke kampung.

Dia berkata, walaupun merancang untuk berhari raya di kampung, namun dia belum pasti sama ada mahu pulang bersama abangnya yang tinggal di Kuala Lumpur atau menaiki bas.

"Tengoklah, kalau abang saya OK, saya balik dengan dia, kalau sebaliknya, saya pulang naik bas saja," katanya penuh makna.

Khairul yang gemar makan nasi himpit dan kuah kacang pada pagi raya berkata, walaupun menerima layanan dingin, dia amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ahli keluarganya masih menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga.

"Saya selalu berdoa semakin hari mereka dapat menerima keadaan saya.

"Apa yang paling penting, saya dapat bersalam-salaman dengan mereka di Aidilfitri," katanya.

Tidak Mahu Susahkan Keluarga




Cerita Roslan (bukan nama sebenar), 49, pula berbeza sama sekali dengan cerita Khairul.
Roslan yang sudah tujuh tahun di rumah perlindungan ini mengambil keputusan untuk tidak balik beraya demi kepentingan dirinya sendiri dan untuk kebaikan anak perempuannya.

"Balik pun banyak 'benda' yang tak elok. Kawan-kawan banyak yang hisap dadah, saya bimbang tak mampu kawal diri.

"Lagipun anak perempuan saya baru saja berkahwin, saya tak mahu ganggu kegembiraan mereka sekeluarga," katanya yang disahkan menghidap HIV pada 1998.

Menurut Roslan, anaknya yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berjanji untuk datang melawatnya selepas mereka pulang dari beraya di kampung di Melaka.

"Sedih jugaklah sebab tak beraya bersama keluarga, tapi saya yang pilih untuk beraya di sini.

"Rasa lebih tenang dan tidak menyusahkan sesiapa," katanya yang telah bercerai dengan isterinya pada 1996.

Roslan berkata, sebelum ini dia telah berpengalaman menyambut Aidilfitri di merata-rata tempat termasuklah di penjara dan di pusat pemulihan dadah.

Katanya, rumah perlindungan yang didiaminya sekarang adalah tempat terbaik untuk dirinya menyambut Aidilfitri kerana di situ dia diberi pendekatan kerohanian dan memperoleh ketenangan.

Bapa Saudara Tempat Mengadu




Lokman (bukan nama sebenar), 45, hanya mempunyai seorang bapa saudara untuk dia meluahkan isi hati tentang takdir hidupnya.

Justeru, rumah bapa saudaranya itulah satu-satunya tempat yang akan dituju setiap kali Aidilfitri tiba.

"Saya akan bersama pakcik saya dan keluarganya setiap kali hari raya. Pernah juga kami bercuti sama-sama.

"Tapi isteri dan anak-anaknya tak tahu tentang penyakit saya. Pakcik kata buat masa ini biarlah dirahsiakan dulu, takut mereka terkejut dan tak dapat terima saya pula," katanya yang pernah berkerja di sebuah butik pakaian terkenal dan sebagai sebagai perancang perkahwinan tidak lama dulu.

Lokman berkata, dia adalah anak yatim piatu sejak kecil dan mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik.

Detik hitam dalam hidupnya bermula selepas dia bercerai dengan isterinya dan berhijrah dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia sudah 16 tahun memeluk Islam dan menyambut Aidilfitri, tetapi tidak pernah berpuasa.

"Saya tak pernah solat dan puasa tetapi saya menyambut hari raya macam umat Islam yang lain.

"Sejak peluk Islam, tahun inilah kali pertama saya berpuasa sejak memeluk dan saya mula tahu nikmat dan hikmah semua ini berlaku ke atas diri saya," katanya.

MB: 4 juta rakyat terima manfaat MES

Posted: 27 Jul 2014 10:25 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Sekitar empat juta daripada lebih 5.7 juta penduduk Selangor menerima manfaat daripada sekurang-kurangnya satu program atau skim dalam Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan adalah bantuan yang dinikmati oleh semua lapisan penduduk di rumah kediaman yang bermeter individu.

mesKatanya, golongan berpendapatan di bawah RM5 ribu sebulan juga menikmati pelbagai bantuan lagi yang disediakan.

"Misalnya, mereka layak memohon membeli rumah mampu milik yang sedang dibina di beberapa daerah.

"Bantuan dalam bentuk latihan dan kemahiran pula diberikan kepada golongan belia menganggur, ibu tunggal, orang kurang upaya, pesara dan orang Asal bagi membolehkan mereka berniaga secara kecilan atau memohon pekerjaan yang sesuai," kata Abdul Khalid dalam Perutusan Aidilfitri.

Abdul Khalid berkata, usaha dan tindakan ini dilakukan disebabkan golongan ini terus terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang masih gagal disekat oleh pihak yang berwajib.

Mulai 2014 ini, beberapa program baharu dilancarkan. Antaranya, program memperkasa pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru.

"Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan pendapatan per kapita penduduk luar bandar agar setanding dengan pendapatan penduduk di bandar-bandar.

"Tambahan pula kajian kami mendapati program pembangunan luar bandar oleh Kerajaan Pusat gagal meningkatkan pendapatan rakyat kampung atau desa," kata Abdul Khalid.-EZY

Jangan buat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin

Posted: 27 Jul 2014 08:37 PM PDT

ABD SHUKUR HARUN 


TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan 'Kerajaan Perpaduan', iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid.

Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti 'pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas'. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya.

Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya.

Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan.

Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan.

Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya.

"Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu.

Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber.

Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya.

Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor.

Selamat menyambut Idul-Fitri, maaf zahir batin kepada para pembaca.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT