Khamis, 17 Julai 2014

dollah yankee

dollah yankee


Naik lagiii !!!

Posted: 17 Jul 2014 06:51 AM PDT

Sebelum raya tahun lepas Anwar Ibrahim telah  berjanji nak bagi turun harga minyak, ptptn lupus, tol akan dikaji, sediakan peluang perniagaan dan pekerjaan. kos sara hidup lebih rendah. pasal itu 52 % rakyat malaysia sokong PR. tapi apa jadi ?
kalau 70 % rakyat msia undi PR pun, kerajaan tetap dipegang BN.... kah kah kah
inilah hakikat yang kita semua terpaksa terima. jangan dok merungut selalu. bayar bayar semua yang ada supaya golongan bangsawan dan politik terus mewah. sebab kita sebagai rakyat yang akan membayar segala kemewahan mereka tu... kah kah kah.
pastikan kita terus sokong polisi ketuanan dan keutuhan umah agar terus berdepan sebagai rakyat miskin.dan terima bantuan subsidi dan BRIM pada masa akan datang. Hidup Melayu...
kah kah kah


Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal
Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda.


SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.

Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? 

Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan.

SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. 

Sekian

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang

dollah yankee -
KahKahKah..undi lagi BN!!!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video)

Posted: 17 Jul 2014 02:52 AM PDT


Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?

Posted: 17 Jul 2014 02:34 AM PDT

Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?

Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?
Saya amat bimbang apabila Malaysiakini terus mengetengahkan spekulasi perjanjian air di sebalik perkembangan di Kajang tetapi menutup mata terhadap salah sebuah tindakan yang paling kontroversi iaitu penyelesaian luar mahkamah antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam.

Setakat ini, hanya sedikit sahaja laman-laman web telah melaporkan isu itu. Namun begitu, ia tidak membuat pendedahan yang mendalam terhadap penyelesaian luar mahkamah itu memandangkan implikasinya yang agak besar.
 
Potongan RM80 JUTA?
Dipendekkan cerita, The Edge Financial Daily telah menyoal Khalid Ibrahim berkaitan terma-terma penyelesaian di luar mahkamah kerana khabar angin mengatakan bahawa Bank Islam telah menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor dalam pertukaran potongan menjangkau nilai RM80 juta.

Khalid Ibrahim pernah meminjam RM60 juta daripada Bank Islam untuk membeli saham dan apabila harga saham jatuh, dia akhirnya terpaksa membayar sebanyak jumlah itu(ditambah pula dengan faedah) kepada Bank Islam.

Mereka yang berada dalam bidang perbankan mengetahui bahawa penyelesaian di luar mahkamah diketuai oleh Rashid Manaf yang juga dikenali sebagai bekas peguam Daim yang juga kroni Umno melalui Renong dan transaksi - transaksi lain.

Apa yang mungkin tidak diketahui ialah Khalid Ibrahim telah menyembunyikan semua perbincangan mengenai penyelesaian itu dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu menahu walau sedikit pun.
Potongan muktamad selepas Khalid setuju serah aset air
Ini berlaku pada masa yang paling sesuai - setelah Selangor mengumumkan bahawa ia bersedia untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan persekutuan dan sikap berdiam diri Khalid Ibrahim dalam menangani isu-isu agama dan kaum yang bermula di Selangor.

Kepada rakyat Malaysia yang biasanya bersifat ingin tahu, siri perkembangan ini boleh dikatakan sangat mencurigakan dan amat wajar jika penelitian lebih dekat dilakukan terutamanya  di pihak Khalid Ibrahim, sekurang-kurangnya demi ketelusan dan integrity beliau.

Apabila The Edge Financial Daily menanyakan soalan ini kepada Khalid Ibrahim, beliau dipetik seperti cuba mengelakkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah transaksi peribadinya yang tiada kaitan dengan kerajaan mahupun parti.

Apabila Haris Ibrahim mula menerbitkan isu ini di blog , saya merasa bertanggungjawab untuk menulis kepada laman-laman web kerana demi ketelusan dan integriti, Khalid Ibrahim dan Bank Islam perlu menjelaskan apakah asas dan terma-terma penyelesaian .

Biar rakyat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada terdapat mana-mana perjanjian yang terlibat kerana ia adalah perlu untuk membersihkan nama mereka dengan segera. Jika tidak, khabar angin bahawa perkembangan di Kajang bermula kerana Khalid Ibrahim berada dalam situasi yang agak sukar akan terus menjadi buah mulut.

Oleh sebab itulah saya fikir ianya adil jika laman-laman web seperti Malaysiakini dan yang lain untuk melaporkan perkara ini dengan lebih bersungguh-sungguh daripada mengejar spekulasi yang membayangi perjanjian air.

Saya faham bahawa imej Khalid Ibrahim begitu baik di mata orang ramai. Untuk mempertahankan imej itu, beliau tertakluk kepada penelitian awam untuk memberi penjelasan terutamanya apabila broker yang ada kaitan dengan Umno seperti Rashid Manaf juga terlibat.

Saya kini menunggu untuk melihat sama ada Malaysiakini , The Malaysian Insider , The Malaymail Online, Malaysia Chronicle, fz.com , The Heat, FreeMalaysiaToday dan yang lain-lain akan mendedahkan cerita ini.

Jika tidak (dan saya tidak hairan), mungkin masalah yang lebih besar masih lagi media yang berat sebelah, hanya melaporkan berita untuk siapa yang mereka sokong. - Rakyat Prihatin - MELBAG


Dari MB wanita pertama ke PM wanita pertama

Posted: 17 Jul 2014 02:28 AM PDT


Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan


Tanggal 15 Julai 2014, masyarakat Malaysia, khususnya golongan wanita amat tersinggung dengan kenyataan peguam Umno Mohd Hafarizam Harun bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar (MB) atas sebab 'keuzuran sharie' seseorang wanita.

Kenyataannya yang berunsur diskriminasi terhadap wanita dikecam sekuat-kuatnya oleh masyarakat sivil dan juga pemimpin Pakatan Rakyat, malahan rakan sekerjanya dalam BN dan Umno pun tidak berpihak dengan kenyataan 'cauvinis lelaki' sebegini.

Sesungguhnya, nama peguam Umno tersebut pun dikenali sebelum mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat wanita, kerana dialah pengarah syarikat dan juga pengerusi masing-masing dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Construction and Engineering Sdn Bhd yang memiliki Kidex Sdn Bhd.
Seperti yang umum sedia maklum, pembinaan lebuh raya Kidex sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion yang menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat kebelakangan ini telah pun dianugerahkan kepada konsortium Kidex pada akhir tahun lalu.

Alangkah tidak langsung memeranjatkan sekali pun Mohd Hafarizam Harun tiba-tiba tampil untuk menghalang Dr Wan Azizah, yang terkenal dengan nama Kak Wan, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menerajui negeri Selangor.

(Dakwaan itu turut dibangkitkan Rafizi Ramli kelmarin dan ditolak Hafarizam atas alasan, ulasannya hanya sebuah tafsiran undang-undang dan dakwaan pengarah strategi PKR itu "tidak relevan, tidak berkaitan dan menyimpang". - Editor )

Bagaimanapun, kenyataannya secara tidak langsung menyalakan cahaya harapan bahawa masyarakat Selangor berkemungkinan bakal menyambut kelahiran seorang MB wanita pertama yang sudah tentu akan mencorakkan arena politik negara ini.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin menyarankan kepada pihak pimpinan Pakatan, agar tidak mengabaikan kemungkinan MB wanita pertama ini turut bakal membuka lembaran baru dalam sejarah dengan menerajui tampuk pemerintahan Putrajaya sebagai Perdana Menteri (PM wanita pertama di Malaysia, sekiranya Pakatan berjaya dalam perjuangannya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).









Jantina bukan halangan

MB wanita pertama ini bukan sahaja satu wawasan di mana jantina bukan lagi suatu halangan bagi mana-mana individu berwibawa untuk terus mara ke hadapan, khususnya dalam sebuah masyarakat yang mana kuasa pimpinan secara konvensyennya didominasi oleh lelaki.

Malahan, ia merupakan satu fenomena baru dalam arena politik Malaysia yang membawa impian dan imaginasi baru kepada rakyat jelata.

Sesungguhnya, Kak Wan pada tahun 2008 telah pun muncul sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen Malaysia dalam sejarah mengetuai gerakan menuju Putrajaya versi 1.0.

Pada ketika itu, setiausaha agung DAP sedang memimpin pembangunan Pulau Pinang sebagai ketua menteri sejak tahun 2008; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah menyandang jawatan sebagai MB Terengganu, manakan pengerusi PKR tidak berpeluang memegang tampuk pemerintah di negeri Selangor?

KPRU dalam artikelnya bertajuk "'Kajang Move' kickstarts PAKATAN's Road to Putrajaya 2.0" sebelum ini pernah menyatakan bahawa perencanaan Kajang merupakan langkah strategik yang diambil oleh PAKATAN atau secara khusus PKR, dengan mencatur strategi tersendiri dan muncul sebagai 'game master' tanpa diduga Umno dan BN.

Ia bagaimanapun tidak berkesampaian akibat ketetapan Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi terlebih dahulunya dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.






Namun, strategi Putrajaya versi 2.0 tidak wajar berhenti begitu sahaja, dan kini, isu sama ada wanita sesuai untuk menyandang jawatan MB negeri Selangor sekali lagi memberi peluang kepada Pakatan untuk memecahkan peraturan tidak bertulis – yang mana hanya lelaki dilantik sebagai pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negeri.


KPRU berpendapat, keberanian Pakatan dalam menggerakkan pembaharuan ini dengan melantik seorang MB wanita bagi memimpin negeri Selangor bakal menjana kuasa baharu yang terus membangkitkan perjuangannya sehingga menawan Putrajaya.


Marilah rakyat Malaysia bersama-sama menaruhkan harapan bahawa negara ini bakal menyaksikan kelahiran perdana menteri wanita pertama yang akan mengisi impian rakyat jelata ekoran keberanian Pakatan pada hari ini. -M'kini



Hadi penghalang utama Pakatan singkir Khalid?Selangor bakal tumbang jika tidak ditukar Khalid Ibrahim....

Posted: 17 Jul 2014 02:11 AM PDT

Hadi penghalang utama Pakatan singkir Khalid?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan penghalang Langkah Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 17 Julai, 2014.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan penghalang Langkah Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 17 Julai, 2014.























Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.


Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.
  Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.

"Kalau Datuk Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar," kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.

"Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
"Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang," katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.

Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.

Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.

Bagaimanapun Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara, Dr Ooi Kee Beng percaya Anwar akan tetap menggantikan Khalid apabila tiba masanya.

"Saya percaya jika sudah terdesak, Anwar akan meneruskan rancangannya (menggantikan Khalid) kerana akan kelihatan gila jika Pakatan tidak boleh menyingkirkan seorang yang tidak mengikut agenda bersama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ooi berkata, Selangor merupakan mahkota kepada PKR dan parti reformasi itu tidak akan membiarkan ia hilang begitu saja.

"PKR tidak boleh kehilangan Selangor dan saya tidak fikir ia akan pergi sejauh itu," kata Ooi apabila ditanya apakah krisis menteri besar Selangor akan menyebabkan PR berpecah.

Ooi berkata, PAS sedang cuba melakukan sesuatu di luar kekuatan mereka dan akhirnya terpaksa bersetuju perubahan akan berlaku dan menteri besar Selangor yang baharu bukan daripada parti Islam itu.

Katanya, peranan Sultan Selangor dalam isu pelantikan menteri besar lebih kepada formaliti dan tidak mempunyai kuasa politik untuk campur tangan.

"Saya tidak fikir baginda boleh menghentikan penyingkiran seseorang (menteri besar). Persoalannya apakah baginda akan terima calon (menteri besar) baru.

"Tetapi baginda perlu mempunyai alasan kukuh mengapa tidak terima," katanya merujuk kepada Sultan Selangor.

Semalam, Anwar mengulangi kenyataannya sesuatu jawatan bukan hak milik kekal individu dan tertakluk kepada perubahan.

Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco petang semalam berkata enggan berundur sehingga hujung penggal pentadbirannya.

Anwar bagaimanapun berkata, keputusan untuk mana-mana pemimpin meneruskan tanggungjawab mereka terletak kepada PR.

"Saya anggap dalam konteks pimpinan parti dan Khalid faham kita ada cara berbincang dengan baik," katanya.

Isnin lalu Sekretariat Majlis Setiausaha Agung PR, Datuk Mustafa Ali berkata, nasib menteri besar Selangor itu mungkin akan ditentukan dalam majlis presiden PR yang dijangka akan bermesyuarat sebelum Aidilfitri hujung bulan ini.

Setiausaha agung PAS itu berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat, antara agendanya ialah kemungkinan membincangkan isu menteri besar Selangor.

"Saya mengharapkan mungkin sebelum raya ada mesyuarat sebab sudah lama majlis presiden tidak berbincang.

"Mungkin akan termasuk isu menteri besar," katanya dipetik sebagai berkata. – 17 Julai, 2014.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAK SELAMATKAN BUJET

Posted: 17 Jul 2014 07:09 PM PDT







KOMENTAR
berita masuk
pelbagai sudut
ada yang mengatakan
kemungkinan salah bendera
kerana pihak pemisah
menjangkkan ini
star spangled banner
bandera musuh ketat mereka
bendera amerika
yang serupa macam
bendera yang terlekap
pada badan mh17

ini mungkin tidak tepat
kerana
mh17 terbang tinggi

ada pula yang melaporkan
pemandu pesawat tersalah masuk
dikatakan
mh17 telah masuk ke kawasan larangan
kawasan ini wilayah perang

kawasan ini
dikatakan
telah diumumkan sebagai
kawasan larangan

ada pula yang melaporkan
ini jalan pintas 
untuk ke kuala lumpur
tapi
10,000 meter meter di udara
bukan terlalu rendah


SALAH BENDERA
Image from vk.com

MH17 was flying only 300m above 

restricted  airspace, say reports: 

Malaysia Airlines Flight MH17 was flying 300m above restricted airspace when it was shot down over Ukraine, the Guardian reported today. There were 298 people on board the Boeing 777-200. 


Citing the European air traffic control body – Eurocontrol – the British paper said the Ukrainian authorities had barred aircraft from ground level to 9,700m but MH17 was cruising at 10,000m when it was hit by a ground-to-air missile in the Ukraine.
All flights in eastern Ukraine have now been barred from the area, Eurocontrol said.

"The aircraft was flying at Flight Level 330 (about 10,000m or 33,000 feet) when it disappeared from the radar," Eurocontrol was quoted as saying

The Daily Mail said it was believed the MAS pilots had ignored several warnings to avoid the airspace over Ukraine because it was a shorter route and flying over the Ukraine instead of diverting north or south would save fuel. 

KAH KAH KAH

woit  ini nak 

selamatkan bujet 

kah kah kah

---------

PESAWAT MH17 TEWAS

Posted: 17 Jul 2014 12:13 PM PDT





TERKINI
pesawat mh17
telah ditembak dengan misile
pesawat ini telah meledah
jatuh berkecai

bangkai dan serpihan pesawat
sedang  ditemui di kawasan grabovo
di wilayah donetsk
timur ukraine

PETA KAWASAN

BEG PAKAIAN PENUMPANG
malaysia ukraine mh17 crash

MASIH TERBAKAR
Flames amongst the wreckages of MH17. malaysia ukraine

MASIH TERBAKAR
Eyewitness photo
FACE BOOK
 DAN ASAP TERBAKAR
A site from a VKontakte page attributed to Igor Girkin, known as Strelkov.


Eyewitness photo
Eyewitness photo

Eyewitness photo
-----------

GAMBAR TERKINI

Posted: 17 Jul 2014 11:35 AM PDT



GAMBAR 

TERKINI

jam 2:24 pagi 
jumaat 18 julai 2014
bangkai pesawat mh17





Site of MH17 plane crash

mh17

mh17

A man stands next to the wreckage of MH17. Ukraine

----------

TENGAH MALAM YANG SEDIH

Posted: 17 Jul 2014 09:34 AM PDT


 
 
 
SEDANG MENONTON BERITA
KEMALANGAN
PESAWAT MH17




-----

ALFATIHAH -MH17

Posted: 17 Jul 2014 09:16 AM PDT




AL-FATIHAH



kapal terbang MH17 dari Amsterdam ke kuala lupur
telah ditembak jatuh di Ukraine timur

mengikut kata intefax - ajensi rusia - pesawat  ini telah
ditembak jatuh oleh kumpulan  pemisah Ukraine dengan
misile dari bumi ke udara

menteri dalam negeri Ukraine telah sahkan kemalangan ini
kesemua 295 penumpang dan ank kapal telah gugur

al-fatihah

-------------

DUIT DAN HARTA DI BELAKANG INI

Posted: 17 Jul 2014 08:00 AM PDT



KOMENTAR

jelas yang menghalang
perubahan selangor 
ialah hadi

telah sampai masanya
penyokong pakatan rakyat
kaum kerabat pas
penyokong dan aktivis pas
wajib bertanya
sudahkah ada kaji selidik
kenapa terengganu kalah

sudahkah dikumpul pengalaman
kenapa kedah lingkup

selama satu penggal di kedah
apa yang telah dicapai

hadi sedar dia tidak tahu
bahasa inggeris
hadi  sedar politik antara bangsa
bukan kubang dia selesa  berenang

hadi yang faseh berbahasa arab
memiliki keilmuan di bidang agama
seharuskan boleh memimpin politik islam
bukan hanya di malaysia 
tapi kancah antarabangsa
dan 
tidak bermain politik kampong pil kuda


justeru
hadi gagal untuk dilihat
sebagai pemimpin islam antarabangsa

maka
apa yang diperlihat oleh hadi
hari ini adalah kepimpinan sekterian
kepimpinan  kampongan 
yang tidak memahami realpolitik
dimana anak anak muda
sedang mengombak untuk
mengubah dunia

NOTA
jangan lupa
kepentingan duit
untuk din ayam
kah kah kah



Hadi penghalang utama Pakatan singkir 

Khalid?


Kenyataan Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.
Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.
Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.
"Kalau Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar," kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.
"Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
"Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang," katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.
Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.

KAH KAH KAH
i rest my case
my lord oppps..
nanti tak faham
... ini saje kes saya
yang arif... kah kah kah












--------

SIAPA MALAON INI?

Posted: 17 Jul 2014 07:30 AM PDT




INI MUKA

MAT FRAUD




--------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 17 Jul 2014 03:49 AM PDT




SELAMAT 

BERBUKA


aku dah lupa 
entah ari ke berapa
dah tak kira lagi

lalu 
teringat zaman kanak kanak
menunggu raya sampai
menunggu hari beralih
menunggu malam jadi siang
menunggu bedok  berbunyi
cukup lambat

detik masa
dizaman kanak kanak
amat lambat
sama lambatnya
macam aku 
dalam dewan perpereksaan
yang tak tahu 
apa nak dijawab

PETANG INI
panas berbahang berjerebu
suhu dunia semakin panas
kota london diserang matahari
jumaat esok hingga 32 celsius
setahap dengan kuala lumpur

sayangnya
masih ada lagi yang tidak percaya
masih ada lagi yang tidak yakin
bahawa
suhu dunia sedang mencanak naik

Add caption
PETANG KELMARIN
berbuka di pejabat dap
makanan biasa biasa biasa saja
tapi ada 
lim guan eng

dia bercerita tentang
tukang masak tempatan
aku sokong bukan
kerana dia orang pakatan
tapi
kerna aku tahu hal makanan
aku tahu rasa tempatan

kalau aku ke bangla
aku nak makan masakan bangla
bukan nak makan masakan minah slaeh
kalau aku ke brussels
aku nak makan
yuangh dimasak oleh
mat wallon
bukan oleh mat bangla

apa pagi cerita lim guang eng
pasti ada
kah kah kah
bukan sekarang boleh
ditulis
kah kah kah
PETANG INI
nak berbuka di jalan alor
sarang masakan cina
bukan terbaik
tapi terokay


SELAMAT

BERBUKA




-----------

JEMPUTAN FORUM MALAM ESOK

Posted: 16 Jul 2014 10:53 PM PDT





MALAM ESOK
lepas berbuka
dewan cina
kuala lumpur



SEMUA  

DI JEMPUT

datang

buat ramai
--------

DR. ASRI: JIWA FEUDAL MELAYU

Posted: 16 Jul 2014 10:10 PM PDT




KOMENTAR

dari mana raja 
dari mana  sultan 
muncul dan datang
apa asal usul mereka
macam mana
bagaimana
sultan dan raja
menjadi ketua agama
kenapa sultan dan raja
tak boleh dikritik

semua ini adalah
soalan soalan 
yang sedang mencari jawapan

dibawah ini satu klip video
satu pandangan
untuk membuka
wacana sultan dan raja



SOLAT PADA MOHOR BESAR

Posted: 16 Jul 2014 09:21 PM PDT








Wanita boleh jadi pemimpin, tidak wajib solat sebelah Sultan, kata pengkritik



Kenyataan peguam Umno Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan 'keuzuran' sebagai halangan seorang wanita menjadi menteri besar disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita, kata pengkritik, sambil menegaskan bukan syarat wajib pemimpin menunaikan solat di sebelah Sultan.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyelar Hafarizam sebagai seorang yang dangkal dan merendahkan martabat wanita.
"Kenyataan peguam itu yang wanita tidak layak menjadi menteri besar bukan saja tidak berasas daripada segi perundangan, malah berbau diskriminasi gender serta terlalu dangkal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Asri berkata, kenyataan Hafarizam sebagai tidak wajar, bahkan tiada syarat mengatakan seorang pemimpin itu wajib bersembahyang di sebelah Sultan.

"Perkara begini bukan satu masalah untuk jadi pemimpin. Bukan syarat menteri itu kena sembahyang tepi Sultan.
"Kemuliaan bukan syarat dalam Islam. Sultan datang sembahyang, menteri kena datang sembahyang," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Malah, Asri juga menyelar tindakan Hafarizam menggunakan isu haid sebagai alasan seorang wanita tidak boleh dilantik jadi pemimpin.

PENYIMPAN  MOHOR
BOTOL BESAR

KAH KAH KAH
solat sebelah penyimpan
mohor botol besar
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

-----------

YA AMPOOOOOON!

Posted: 16 Jul 2014 08:00 PM PDT




PEMEGANG 

MOHOR

BOTOL

 BESAR


FACE BOOK




Siapa yang biadap sebenarnya?
Khalid Samad ke Mamat kat bawah ni..
Cer tengok leklok sape kah gerangannya Mamat nihh..???

# Tegur anak sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain..... See More
LikeLike ·  · Share


---------