Jumaat, 11 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar pada 8 Ogos

Posted: 11 Jul 2014 06:52 PM PDT


kes liwat 2 anwar

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana meliwat.


Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.

Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.

Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan.

Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.

"Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini," katanya.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan

beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. – Bernama / Foto Malaysian Insider

Perbuatan Bung Mokhtar memalukan

Posted: 11 Jul 2014 06:26 PM PDT

Dalam Parlimen pun lihat la macamana kelaku dia menjawab dan berbahas.Macam ini saja kah standard yang Umno Bn nak kekalkan lagi.

KUALA LUMPUR 10 JULAI – Datuk Bung Mokhtar Radin menonjolkan kebodohan sendiri apabila memuji fahaman Nazi ketika perlawanan Jerman dan Brazil Selasa lalu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja memalukan, bahkan boleh mengeruhkan hubungan antara Jerman dan Malaysia.

"Kenyataan Bung Mokhtar itu tidak berapa bijak. Kita boleh nampak pemerintahan Najib Razak ini lemah apabila ahli parlimen, atau menteri membuat perkara yang memalukan dan tidak sepatutnya," ujar Fahmi.
Ahli Parlimen Kinabantangan itu baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendoakan pemimpin diktator Jerman yang telah mati, Adolf Hitler 'panjang umur' di laman Twitternya.

Ia susulan kemenangan pasukan Jerman yang membelasah pasukan tuan rumah, Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Selasa lalu.

Menurut Fahmi, tindakan serius perlu diambil terhadap perilaku buruk Bung Mokhtar supaya hubungan antara kedua-dua negara tidak terjejas.

Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama Bung Mokhtar mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak berakal seperti itu dan ia turut dilakukan di dalam parlimen.

"Beliau mempunyai kekebalan kerana banyak buat kenyataan sebelum ini, tetapi tindakan disiplin tidak pernah diambil terhadapnya,"

"Dia juga seorang "attention seeker" dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya memberi beliau terlalu banyak perhatian sebab orang macam ini tidak sedar (perbuatannya)," katanya.

Najib atau Khalid yang terdesak? – Shahbudin Husin

Posted: 11 Jul 2014 06:17 PM PDT


Kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Umno Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya.

Walaupun ada yang berhujah bahawa kehadiran itu adalah perkara biasa, mungkin kerana adanya jemputan daripada Majlis Tindakan Negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Noh Omar atau daripada Najib sendiri.


Malah dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah minum teh tarik bersama Perdana Menteri sebelum ini, tetapi kehadiran Khalid ini tentulah berbeza sama-sekali.
  Ini kerana Khalid hadir di majlis berbuka puasa itu di ketika kedudukannya sedang tergugat dan kepimpinannya semakin ditolak oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), tetapi ketika kedudukannya tidak dipertikaikan, tidak pula beliau mahu hadir di majlis-majlis seumpama itu.

Apakah Khalid sekarang ingin menunjukkan beliau sudah ada tauke baru sebagai tempat pergantungannya? Apakah Khalid begitu terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya?

Di sisi yang lain, Umno memang mengetahui kedudukan Khalid sedang terancam sejak wujudnya apa yang dipanggil "Kajang Move" lagi.

Dengan serangan, kecaman dan desakan bertali arus agar Khalid segera diundurkan serta Khalid pula enggan mengalah, mungkinkah Umno sekarang cuba menunjuk baik dengan menghukurkan dahan untuk bergantung kepadanya?

Sekali imbas, kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa itu sambil bergurau senda dan gelak ketawa dengan lain-lain para pemimpin Umno yang tahun-tahun sebelumnya mengutuk dan mencercanya, manakala pemimpin Umno yang berada di situ juga seakan terlupa mereka pernah mengata macam-macam kepadanya, ianya seolah-olah mereka sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Mungkin dengan berbaik dengan Umno, Khalid dapat bertahan lebih lama lagi di kerusi empuk Menteri Besarnya.

Khalid juga mungkin beranggapan dengan menunjuk beliau boleh berbaik-baik dengan Umno dan Najib, serangan dan kecaman terhadapnya bakal berkurangan kerana ia memberi gambaran jika beliau ditukarkan, tentulah beliau akan bekerjasama dengan Umno dan menelanjangkan semua kepincangan PR selama ini.
Kiranya PR bimbang dengan kemungkinan itu, tidak mustahil Khalid akan dikekalkan sehingga pilihan raya akan datang.

Dan jika itu yang berkaku, maka tercapailah hasrat Khalid untuk kekal menjadi Menteri Besar sehingga habis penggal ini sebagaimana yang selalu disebutnya selama ini.

Selain itu, hubungan Khalid dengan Sultan Selangor juga secara tidak langsung menjadi lebih kukuh apabila beliau mula berbaik-baik dengan Umno dan Najib.

Ada kemungkinan juga akhirnya Sultan Selangor akan menolak sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar yang mahu dicadangkan oleh PR, sebaliknya mahukan Khalid terus kekal sehingga akhir penggalnya.
Umno pula, dengan hanya 12 kerusi yang dimilikinya, ia tentulah sedar peralihan Menteri Besar daripada PR kepada BN mustahil boleh berlaku.

Walaupun PKR mempunyai 14 kerusi, tetapi berapa sangatlah yang boleh ditarik oleh Khalid jika beliau memutuskan untuk menjadi Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN) kerana kuasa politik parti itu di Selangor lebih ditentukan oleh pengaruh Anwar dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR negeri.

Untuk menukar Menteri Besar pula, kerusi PAS dan DAP yang berjumlah 30 adalah halangan paling besar.
Oleh itu, berbaik-baik dengan Khalid yang hatinya sudah tiada lagi dengan PR, adalah satu-satunya jalan yang menguntungkannya Umno. Bagi Umno, biarlah Khalid terus kekal asalkan hatinya sudah berada dalam genggaman Putrajaya.

Melalui berbaik-baik dengan Khalid, Umno dapatlah menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa mereka adalah parti yang baik dan budiman serta sedia berbaik dengan sesiapa saja, tidak seperti PR yang sentiasa bergolak dan berbalah.

Jika pengundi Selangor melihat ini sebagai suatu kelebihan, ia mungkin memberi lebih peluang kepada BN untuk menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi dengan berjaya Khalid kekal sehingga habis penggal ini, yang pasti untung ialah Umno dan kerajaan pusat.

Jika sebelum ini ia sudah pun berjaya memujuk Khalid untuk bersetuju dslam isu air dan peneruskan projek Langat 2 serta pembinaan Lebuh Raya Kidex yang dianggap projek kepada kroni Umno, dengan kekalnya lebih lama Khalid sebagai Menteri Besar tentulah lebih banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh Umno dan kerajaan pusat.

Sebab itu, tidak menghairankan apabila Najib sendiri dilihat amat berbesar hati dengan kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa semalam dah mengatakan, walaupun mereka berbeza dari segi politik tetapi boleh menjalinkan kerjasama dalam banyak segi.

Tidak mustahil selepas ini, dengan hubungan Khalid yang semakin renggang dengan rakan-rakan dalam PR sendiri, beliau akan terus dipergunakan, bukan saja untuk melaksanakan beberapa projek yang memberi keuntungan dan nilai tambah kepada Umno tetapi juga untuk memberi gambaran bahawa PR bukanlah sebuah parti yang boleh mentadbir negeri dan negara dengan sebaik-baiknya.

Jika pun Umno terdesak untuk berbaik-baik dengan Khalid, hanya itulah tujuannya.

Dengan Khalid sudah menunjukkan secara terbuka warna dirinya sekarang ini, jalan terbaik bagi PR ialah segera menukarkan beliau tetapi mestilah dengan cara yang paling berhemah dan berhati-hati.

Menyimpan Khalid lebih lama mendatangkan lebih bahaya kepada cita-cita untuk kekal di Selangor dan juga membawa perubahan kepada negara. – shahbudindotcom.blogspot.com, 12 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Jangan ulangi peristiwa 1977 menimpa Kelantan di Selangor - MSO

Posted: 11 Jul 2014 02:51 PM PDT

MENYELAMI SEJARAH                                                                  

Entah azimat dan takar apa yang Abdul Khalid Ibrahim pakai untuk mengemaskan kedudukannya sebagai MB Selangor tidak diketahui. Mungkin takar Jawa atau Banjar? Tampaknya beliau liat dan leet macam "tahi beruk" untuk berundur walaupun ada tekanan berterusan. Bahkan dia kelihatan confident dengan sokongan yang diterimanya. Mungkin juga ada sokongan atau kata-kata jaminan secara senyap daripada pihak lebih berkuasa?

Khalid dalam satu majlis dengan Umno.
Dengan cara yang diambil sekarang oleh mereka yang mahu menurunkannya tidak mungkin Khalid bermurah hati untuk meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz. Kerusi MB bukan banyak, hanya 13 buah sahaja, termasuk kerusi Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Jadi adalah "kuliha"nya untuk Khalid merasa sayang dan terus berbulan madu dengan kerusi berkenaan tanpa mempedulikan hiruk pikok di luar. Jawatan MB juga boleh menjadi pelindung atau insuran kepada hutangnya sebanyak RM70 juta?



Tekanan dalaman baik secara terbuka dan dalam mesyuarat sudah tidak didengar langsung. Khalid semacam sudah berikrar dengan diri dan tekad bersama penyokongnya untuk tidak berundur. Slogan Anwar Ibrahim, "lawan tetap lawan" telah dirampas dan digunakan sepenuhnya.

Jadi apakah pilihan yang ada kini bagi memastikan beliau turun daripada kerusi MB. Hanya ada dua sahaja, pertama keberanian Anwar Ibrahim untuk meminta Khalid meletak jawatan secara diplomasi, kedua dengan mengadakan undi tidak percaya. Cara pertama adalah lebih lendik dan teratur kerana ia tidak membabitkan pihak lain.

Walaupun selama ini Anwar sudah memberi isyarat kepada Khalid agar berundur, tetapi ia tidak dipedulikan Khalid. Mungkin Anwar perlu bertegas. Anwar perlu bertanggungjawab untuk memecat Khalid kalau dia sudah tidak layak kerana Anwar bertanggungjawab mengambilnya untuk jadi MB. Khalid jadi MB adalah kerana Anwar.

Mohammad Nasir
Tetapi apakah Khalid akan akur? Dalam politik orang sanggup bukan sahaja setakat baling kerusi, bertumbuk sampai pecah pipi dan patah hidung tetapi berbunuhan pun orang sedia dan tergamak. Tidak ada yang tidak sampai hati dalam politik. Kalau diambil sifir itu, maka tidak mudah untuk Khalid berundur kandati dipaksa macam mana sekali pun. Diplomasi sudah tak berhasil.

Dalam politik juga nilai dan erti sahabat tidak berpanjangan, ia berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Begitu juga dengan budi dan jasa, atau pengorbanan bukan nilaian mutlak. Selalu yang menang dalam politik mereka yang tidak ada air muka dan membuang moral sebagai manusia normal. Yang tutup mata, pekuk telinga dan pecet hidung.

Makanya jalan kedua lebih berkesan, iaitu usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor. Tetapi cara ini berisiko besar berbanding dengan cara pertama tadi. Kalau jalan kedua ini hendak diambil PKR atau Anwar kena yakinkan rakan-rakan dalam PKR terutamanya Pas. Tanpa mendapat persetujuan hitam putih dan bertulis daripada Pas, jangan sesekali cuba hendak bawa usul undi tidak percaya. Pas boleh tungging belakang begitu sahaja, yang malu dan rugi PKR juga.

PKR terutamanya Anwar sudah banyak pengalaman dengan Pas sebelum ini, yang mana tidak manis kalau disebut di sini nanti ada orang marah. Pa walaupun parti Islam tetapi ada segelintir pemimpinnya bermulut manis jubur masam.

Jalan kedua itu juga tidak mudah. Sudah ada belang yang Pas tidak akan bersetuju dengan pelan berkenaan. Kenyataan daripada pemimpin Pas soal MB adalah keputusan rakyat nyata bagaikan dibaris. Penolakan Pas terhadap pelan Kajang Move menjelaskan apa yang akan berlaku. Pas juga adalah rakan politik kepada PR atau Anwar Ibrahim. Sebagai sifat rakan politik Pas tidak dapat memastikan dia jujur dan ikhlas.

Sebagai parti yang menganuti sama fahaman sekular Machiavellianisme Pas bukan rakan yang boleh dipercayai seperti juga DAP. Demikian sebaliknya.

Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.

Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.

Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.

Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.

Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.

Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.

Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.

NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".

Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali. [wm.kl.2:22 pm 11/07/14]

Anwar Ibrahim: For Selangor, We Have Come To A Stage Where We Have To Give A Final Decision

Posted: 11 Jul 2014 02:42 PM PDT


YA KA NAJIB...DULU MAT SAID PUN CAKAP CAM TU JUGA....

Posted: 11 Jul 2014 02:22 PM PDT

Saya tidak pelawa Khalid Ibrahim masuk Umno, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan khabar angin beliau menawarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai Umno semasa majlis berbuka puasa semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan khabar angin beliau menawarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai Umno semasa majlis berbuka puasa semalam. – Gambar 
 fail The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014.


Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

"Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.


"Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn hari ini.
  Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik.
Menurut laporan media, Najib berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan

Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, petang semalam.
Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.
Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.

"Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah," katanya berseloroh kepada wartawan.
Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat "Langkah Kajang" yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. – 11 Julai, 2014.


Selangor kritikal, hanya kesudian kerjasama Khalid jalan penyelesaian

Posted: 11 Jul 2014 05:27 AM PDT


Kemelut menyelubungi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan selesai jika beliau letak jawatan secara sukarela atau tukar cara pentadbiran. Gambar fail The Malaysian Insider.Kemelut menyelubungi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan selesai jika beliau letak jawatan secara sukarela atau tukar cara pentadbiran. Gambar fail The Malaysian Insider.
























Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang menghadapi tempoh yang sangat kritikal dan jika tidak diuruskan dengan baik bakal jatuh dan hilang terus daripada genggaman tiga parti komponennya.
Masalahnya sekarang ialah Pakatan Rakyat memerlukan kerjasama daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, sama ada beliau berundur dengan sukarela atau menukar gaya pentadbirannya.

Ini berikutan keputusan ramai pemimpinnya yang berhasrat menamatkan Khalid sebagai menteri besar sedangkan Istana Selangor dilihat memberikan sokongan penuh kepadanya.


Kekecohan bermula secara rasmi melalui Langkah Kajang yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim namun gagal mencapai sasaran apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada Anwar.
  "Ada seseorang di dalam PAS yang mampu memujuk Tan Sri sekarang untuk berundur dengan baik dan digantikan calon lain," kata satu sumber yang sangat rapat dengan pucuk pimpinan Pakatan.
Ketika ditanya siapakah orang itu, sumber berkata dia adalah antara pemimpin tertinggi parti yang paling dihormati Khalid.

Ini kerana, jika Khalid berkeras tidak mahu berundur, beliau boleh membuat pelbagai perkara menggunakan sokongan istana.

Khalid juga boleh menasihatkan istana agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membolehkan satu pilihan raya semula diadakan di negeri ini.

"Berdasarkan pengalaman kita, jika ini berlaku Pakatan akan kehilangan Selangor," kata sumber itu.
Usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor terhadap Khalid juga bakal menyukarkan lagi keadaan kerana apabila mahu melantik MB baru, pihak berkepentingan boleh mengambil kesempatan memecahkan Pakatan, sesuatu yang sangat dikehendaki musuh mereka, Umno yang mentadbir Putrajaya.

"Katakanlah usul ini berjaya, istana akan meminta calon nama MB baru untuk dilantik. Kalau kita hantar satu, mungkin istana minta dua untuk pilihan, sebagaimana yang banyak berlaku sebelum ini.

"Bagaimana kalau nama pertama ditolak, nama kedua dipilih. Semua perkara perlu diambil kira," kata sumber itu ketika ada khabar angin kononnya istana tidak mahu mencatatkan sejarah di negeri itu apabila MBnya seorang wanita.

Ini berikutan nama Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disebut-sebut dipilih sebagai pengganti Khalid.

Semalam, Khalid mengalu-alukan usul undi tidak percaya dikemukakan kepadanya.

Khalid tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid berkata, tindakan itu juga dibenarkan mengikut peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.
"Tak apa, itu dah ada peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.

"Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Subang Jaya, semalam, mengulas mengenai spekulasi berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi jika ada Adun yang akan memberikan sokongan secara terbuka supaya usul itu dibentang dalam DUN.

Spekulasi timbul apabila Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang terdiri daripada semua Adun PR di Selangor mengadakan mesyuarat tergempar di Dewan Annexe di Shah Alam, pagi kelmarin untuk membawa cadangan supaya usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibawa ke persidangan DUN akan datang.

Namun tidak seorang pun daripada 15 Adun PAS menyertai pertemuan yang diaturkan oleh Adun Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali itu. Ia hanya disertai oleh Adun PKR dan DAP.

PAS Selangor tetap dengan keputusan sebelum ini Khalid adalah MB Selangor.

"Sehinggalah keputusan baru dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan kita akan tukar MB, kita akan tetap dengan keputusan sebelum ini," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan belum ada sebarang perbincangan rasmi di kalangan pimpinan Pakatan tentang kedudukan Khalid.

Pejabat MB Selangor ketika dihubungi pula menegaskan Khalid akan menghabiskan penggalnya sebagai MB Selangor.

"Tan Sri Khalid akan kekal sehingga habis penggal, insya-Allah," kata pegawai pejabat MB Selangor kepada The Malaysian Insider.

Minggu lalu, seluruh ahli Perhubungan PAS Selangor bertemu dengan Ahli Dewan Harian PAS Pusat bagi membincangkan isu Selangor namun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyertainya kerana masih berehat di Terengganu.

Mesyuarat yang disertai oleh semua yang dipertua PAS kawasan seluruh Selangor itu dipengerusikan oleh Mohamad Sabu selaku timbalan presiden.

Dewan Harian PAS adalah badan pengurusan parti tertinggi dalam PAS. Ia terdiri daripada pucuk pimpinan utama PAS iaitu presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, ketua dewan, setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya.

Mesyuarat itu bertujuan mendengar pandangan semua pemimpin PAS Selangor berkaitan dengan kedudukan Khalid selaku MB, namun tidak ada sebarang keputusan diambil.

Dewan Harian PAS memberikan taklimat kepada Hadi yang masih uzur mengenainya. Menurut sumber, perkara itu akan dibincangkan lagi di mesyuarat PAS pusat yang dijadualkan Sabtu ini.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan berdasarkan sumber, Hadi adalah penghalang kepada penukaran Khalid selaku MB di Selangor.

"Sebenarnya dia bukan penghalang cuma beliau tidak nampak siapa calon pengganti yang sesuai yang boleh diterima semua pihak termasuk istana dan tidak memberikan nama buruk kepada Pakatan di mata umum,"  kata satu sumber yang rapat dengan Hadi.

Pimpinan PAS juga berkongsi pandangan calon MB Selangor yang baru tidak boleh daripada PAS kerana ia akan merosakkan persepsi umum kepada parti Islam itu.

"Calon itu tidak boleh daripada PAS kerana ia akan memberikan nama buruk kepada PAS walaupun PAS ada kerusi yang lebih banyak berbanding PKR. Ini kerana PAS akan dilihat sebagai tamak selepas mempunyai kerajaan di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu pertemuan dengannya tidak lama dulu.

Sebelum ini, bekas Pesuruhajaya PAS Selangor Dr Rani Osman pernah berkata, Khalid akan mencalonkan MB daripada PAS jika dia terpaksa meletakkan jawatan.
 

Selepas pertemuan dengan PAS Selangor baru-baru ini, pucuk pimpinan PAS nampaknya tidak ada jalan lain melainkan berusaha menyelesaikan isu Khalid dan menghentikan segala kekecohan dengan baik.
Kini tugas berat itu terletak di atas bahu PAS Pusat, untuk mencari penyelesaian terbaik untuk Selangor dengan syarat Khalid sudi bekerjasama dengan keputusan yang dibawa bersama PAS, PKR dan DAP. – 11 Julai, 2014.

SENDIKET CURI KERETA NI..TENGOK VIDEO NI

Posted: 11 Jul 2014 03:35 AM PDT



LIHAT VIDEO INI

Posted: 11 Jul 2014 03:26 AM PDT



AWAT KHALID TAK AJAK HANG IKUT SAMA NIK

Posted: 11 Jul 2014 02:42 AM PDT

Anwar juga pernah minum teh tarik dengan Najib, kata Nik Nazmi

 1. Baguih la boleh ke program umno soqang soqang.Mcamana tak boleh nak bekerjasama bila dah lulus Langat 2.

2. Baguih juga bila ada cerita penyelesaian hutang dengan bank Islam

3. Banyak la tauke tauke Umno yang dapat projek sampaikan projek lupus sampah pun dapat pada orang Umno.Orang Pakatan tak ada ka?

4. Selain kidex ada lagi yang menunggu untuk rakyat Selangor bayar tol...

5. Selama ini banyak kontraktor orang orang Pakatan banyak yang kantoi tak dapat nak cari makan.

6. Tak kan lah Nik Nazmi tak tahu keadaan di Selangor.

 

 


Perkara biasa untuk mereka yang berbeza parti politik minum dan menghadiri majlis yang sama, kata Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.Perkara biasa untuk mereka yang berbeza parti politik minum dan menghadiri majlis yang sama, kata Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.
























Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bersikap terbuka dengan sokongan moral yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, sokongan Najib kepada Khalid itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka berdua sering bertemu dalam majlis rasmi.

"Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti. Kalau Majlis Raja-Raja pun, perdana menteri hadir bersama Agong dan menteri besar hadir bersama Sultan.


"Dulu, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas angkat sumpah pun pernah minum teh tarik dengan  Najib.
  "Jadi, saya tidak nampak apa-apa isu yang besar, saya pun baik dengan kawan-kawan Umno juga," katanya kepada pemberita di Dewan Annexe di Shah Alam, hari ini.

Najib pada majlis berbuka puasa di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam secara terbuka mengakui boleh bekerjasama dengan Khalid dalam pelbagai isu walaupun berbeza politik.

Khalid yang kini menerima tekanan dalaman daripada Pakatan Rakyat supaya berundur dari kedudukannya semalam dilihat hadir ke majlis anjuran Pembangunan Persekutuan Selangor - sebuah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) - seorang diri tanpa ditemani exco Selangor atau pemimpin Pakatan lain.

Duduk makan semeja dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin Umno lain, kehadiran Khalid disambut baik Najib dan menganggapnya sebagai satu petanda baik.

Sementara itu, Nik Nazmi menafikan cadangan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibangkitkan Adun dalam mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan Selangor pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, katanya, tidak salah jika isu itu dibangkitkan kerana ia wujud dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

"Di mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia ini termasuk Parlimen, semua prosedur itu memang ada. Atau di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, peruntukan itu ada.

"Jadi, bagi saya isu mengenai undang-undang undi tidak percaya ini bukan perkara yang baru timbul," katanya.

Spekulasi pengunduran Khalid bertiup kencang pada Isnin lalu apabila SMS palsu menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor di Istana Shah Alam untuk menyerahkan surat peletakan jawatan dan akan digantikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

Khalid bagaimanapun menafikan menerima tekanan sebaliknya berkata, masih menjalankan tugasnya seperti biasa. – 11 Julai, 2014.



dollah yankee

dollah yankee


Kita kena makan 'kang-kung' hari-hari nampak gaya nya

Posted: 11 Jul 2014 06:47 AM PDT



Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 25 mata asas kepada 3.25 peratus.
Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari.
Perubahan ke atas OPR itu antara lainnya akan menjejaskan kadar pinjaman asas dan kadar faedah jangka pendek. Ia termasuk kadar faedah untuk pinjaman perumahan.


Gurkah-gurkah politik di'port' kata ini ada lah cara terbaru kerajaan Najib mahu rembat duit kita. Kadar faedah yang tinggi akan membuatkan industri bank akan memperolehi lebih banyak keuntungan dan hasil. Kerajaan juga akan mendapat hasil cukai yang tinggi dari bank-bank yang buat untung yang tinggi ini. 

Impaknya? tentulah kita semua yang kenaaaaaaaaaaa ... nampak gaya nya kerajaan Najib memang terdesak untuk gasak duit kita.

Kita dipaksa bayar cukai yang lebih dan tinggi, kenaikan harga barangan keperluan, GST lagi ...

Dalam kes ini gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang kita patut jumpa Hassan Malik untuk tolong 'settle' kan masalah kita sebab dia ada pengalaman bagi kawan dia pinjam berpuluh juta tanpa dikenakan sebarang faedah. Dan bila Chairman bank yang nak bagi pinjam duit itu bantah, chairman tu kena 'tendang'. Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
'Kang-Kung' kalau kena GST pun masih lagi murah


Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAT MONGOL KENA TIBAI LAGI

Posted: 11 Jul 2014 07:00 PM PDT






Pemimpin kuat jika tidak tunduk tekanan asing, TPP

SHAH ALAM - Kekuatan seseorang pemimpin itu hanya diakui kehebatannya  sekiranya mampu berhadapan dan bertahan dengan ujian termasuk tidak tunduk terhadap tekanan kuasa asing dalam perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP)

Mengulas lanjut, Mahathir menambah, jika seseorang pemimpin itu kuat, dia perlu menolak perjanjian TPP kerana ia tidak memberi manfaat dan tidak menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

"Sejak merdeka banyak usaha untuk kuasai kita semua, TPP pun ada tujuan sama, kita tidak dapat untung tapi mereka boleh masuk pasaran terbuka," katanya lagi.


KAH KAH KAH
woit
depan belakang
mat mongol kena tibai
terok mat mongol ni
hari hari kena pelekeh
madey pelekeh
kadir jasin pelekeh
zam pelekeh
hinggakan tok heng
brahim ali pun pelekeh 
dalam rumah tak payah cakap
kulu kilir dianyam rosmah
kesian mat mongol
azwan din pun dah berani
pelekeh mat mongol

KAH KAH KAH






---------

ZAKAT KEPADA DAPUR JALANAN

Posted: 11 Jul 2014 02:30 PM PDT




FACE BOOK


kempen : bayar zakat terus kepada orang miskin. Bukan melalui lembaga atau jin zakat...




ZAKAT DAPUR JALANAN
bila dengar cakap ustaz cool
maka inilah hasilnya
kepada anak anak muda
kepada yang baik hati
kepada sesiapa sahaja 
yang mahu berzakat
boleh berzakat kepada dapur jalanan


SUMBANGKAN ZAKAT 
DAPUR JALANAN
ke cimb bank
(spkl collective)
800 172 784 9







--------------

TAIK KUCINGLAAA

Posted: 11 Jul 2014 07:00 AM PDT


 ZIONIS  ISRAEL
RUNTUH RUMAH


KOMENTAR
kenapa tak 
heboh dengan
kelakuan dan tindak tanduk
zionis tempatan

berapa banyak india mati dalam penjara
berapa banyak mati ditembak polis
teoh beng hock
aminulrashid
kugan

berapa banyak kampong kena roboh
tasek utara
chu badak
berembang
pelenntong

pasal apa senyap
bila zionis tempatan
buat kezaliman macam
zionis israel

ZIONIS TEMPATAN
RUNTUH RUMAH



Mapim gesa mobilisasi dunia digerakkan
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa satu mobilisasi di seluruh dunia digerakkan dalam apa jua bentuk bagi menyokong pertahanan Gaza, Palestin.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menyeru agar kempen Boikot, Alih Pelaburan, Sekatan (BDS) dilancarkan terhadap Israel secara intensif oleh masyarakat di seluruh dunia.
SHAH ALAM 10 Julai - Malaysia akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ini kerana selagi Palestin belum...

SHAH ALAM 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Tabung Prihatin Gaza bagi membantu penduduk Palestin yang kini menderita akibat serangan tentera Israel. Tabung berkenaan... 
REMBAU 10 Julai - Pemuda UMNO akan menghantar nota bantahan mengenai serangan tidak berhati perut rejim Israel pada Ramadan ini ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza kepada sekutu kuatnya, Amerika...

KAH KAH KAH

woit
tak payah laaa
gaza gaza
nak muntah dengar

nak lawan zionis israel
zionis tempatan yang
pecah kan rumah
di kg chu badak
ngapa tak heboh

KAH KAH KAH



-----------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 11 Jul 2014 04:16 AM PDT






JUMAAT
sabtu dan ahad
cukup dua minggu puasa
hari berjalan cepat

hari ini cuaca aman damai
sejuk
petang lepas jam satu
alam pecah 
hujan turun


TERBACA
gaza di serang
heboh heboh
gaza di serang oleh zionis israel
kalau buat heboh bagus juga

tapi 
kampong berembang
kampong chui badak'
kampong railway
kampong annda dalam
kampong kerinchi

di roboh
diambil oleh zionis tempatan
tak heboh pulak

apa bezanya
tanah palestin di rampas zionis
dengan tanah chu badak di rampas zionis ytl
tak ada beza


ZIONIS ADA TIGA BENTUK

pertama
 zionis israel 
berbangsa yahudi

kedua 
zionis antarabangsa
ini pelbagai bangsar
duduk dipelbagai negara

ketiga
zionis tempatan
duduk bersama kita
mereka menyamar sebagai manusia
sebenarnya inilah zionis tempatan
kadang kala lebih ganas
dari
zionis israel
KELMARIN
pulang dari buat lawak
berhenti di jalan thambpillai
beli dua kepeping roti canai untuk sahur

tapi
diwaktu sahur
hanya makan satu
masih ada satu keping lagi
telah keras tapi boleh dipanaskan

TAHUN INI
masih belum pasti
akan beraya dimana
mungkin tak pulang ke kampong
mungkin berhari raya 
bersama mat bangla
bersama mat indon

dua puluh tahun dahulu
ketika aku berkelana
aku beraya  banyak tempat
tapi biasanya
sendirian
musafir yang berkelana
mencari makna hidup

kali ini
aku juga akan berkelana sekali lagi
meneruskan perjalanan 
mencari makna hidup


BAZAR RAMADAN
aku belum pun
masuk mana  mana
belum melihat mana mana
bazar ramadan

bagaimana agaknya 
tahun ini?

SELAMAT BERBUKA


ta





-----

TANDA SUDAH SAMPAI

Posted: 11 Jul 2014 02:05 AM PDT





TANDA

jangan buat tak faham
banyak road block
tanda  raya nak sampai


RAPI RAPI
abang tt road blok semakin menjadi jadi asyik tahan motor je setiap malam di tempat tempat gelap mat polis ramai ramai pulak tu saja saja tahan check ic check tayar botak check cermin tepi check lampu bagi rm 50 lepas je

 dulu kalau jumpa mat polis boleh tolak basikal dah tak check sekarang nie semua check tahniah kepada mat polis masa masa ke masjid dikorbankan demi menjaga keamanan selepas buka puasa terus buat road blok kah kah kah allah wa alam semua kerja berfaedah khalas wa puji mat polis on BIAR BETUL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/11/14


KAH KAH KAH
----------

APA SUDAH JADI

Posted: 10 Jul 2014 10:38 PM PDT






KOMENTAR

pelik tetapi benar
tidak ada kempen bersepadu
untuk bentras pelacur dan mesin judi





tapi ada ops qaseh
operasi bersepadu
tim dadah
tim imigrisen
tim jabatan kebajikan
untuk benteras
apa yang mereka panggil gelandangan

untuk judi
untuk pelacur
taraaaaaaaaak

ini bukti pengaruh
towkay lendir
pengaruh towkay judi
amat amat amat kuat
buka saje beli polis
bukan saje beli menteri
negara malaysia ini juga akan dibeli


ALOR SETAR 10 Julai - Sebanyak 15 orang termasuk seorang pemilik premis perjudian ditahan dalam satu operasi membanteras perjudian haram di sekitar Simpang Kuala di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kota...


KAH KAH KAH
woit
betul tak
tukar tiub cakap
kempen ini hanya
hot hot chicken shit
hangat hangat
telor najib
KAH KAH KAH





---------

JEMPUTAN FORUM

Posted: 10 Jul 2014 10:05 PM PDT




JEMPUTAN FORUM
jangan risau
tukar tiub 
akan 
 gunakan bahasa melayu

jumaat depan
 18 julai 2014
jam 8:30 malam
dewan cina
kuala lumpur

lepas berbuka
sebelum sahur



-----------

APA YANG BERLAKU DI SELANGOR

Posted: 10 Jul 2014 09:10 PM PDT







KOMENTAR

harus disedari oleh ahli pkr
oleh warga selangor
oleh rakyat malaysia

apa disebalik semua berita 
tentang politik selangor
tentang politik pkr
tentang politk pakatan

apa disebalik wayang ini

maka:
pergaduhan dalam pemilihan pkr
adalah manifestasi dari apa 
yang berlaku dalam kelambau pkr

sejarahnya:
khalid ibrahim ini dijadikan mb
kerana ada malaon 
yang pandai kuntau
bernama azmin ali 
azmin ali  sentiasa
menunggu dipintu rumah mb

azmin memang telah memasang kaki
untuk melancarkan serangan
dalam projek rembat selangor

maka khalid ibrahim menjadi tembok
menghalang projek rembat selangor
azmin ali dari berjaya

ini kejayaan besar 
kejayaan cemerlang
khalid ibrahim  dari segi parti

kejayaan khalid dari segi rakyat
dari segi tak ambil duit
memang ada

sedar:
khalid ibrahim wajib sedar
fakta  malaon azminlah
yang menjadikan dia dilantik 
sekali lagi sebagi mb

jelas untuk pengetahuan umum
khalid ibrahim dilantik
kerana azmin ali
tak ada azmim ali
tak ada khalid ibrahim

tetapi:
kalau azmin ali terlibat
dalam kes pj sentral

khalid ibrahim pula 
terlibat dengan hutang berjuta

hutang khalid ratusan juta
dengan guthrie ertinya telor lanjut 
khalid ibrahim sedang dipegang najib

justeru:
langkah kajang diambil
untuk menyelamatkan selangor
dari dua ekor malaoan
nak selamatkan selangor dari azmin ali
nak selamatkan selangor dari khalid

kerana itu daim zainuddin
mula bangun dari kubur
kerana itu khalid ibrahim
terbang dengan projek ke kelantan
kerana itu hutang khalid
yang beratus juta tetiba kurreeeeng


kerana itu
apabila dikatakan
anwar jadi calon kajang
madey zam daim bangun menghalang

najib tak sedar makna kajang
yang sedar adalah geng lama anwar

maka di cepatkan kes anwar
maka dipastikan anwar kalah
dijatuhkan hukuman semaksimum
untuk memastikan anwar 
tidak menjadi calon dun kajang

wan azizah:
muncul dengan penuh tanggung jawab
dengan penuh kesedaran
dengan penuh empati
wan azizah menerima pencalonan

justeru:
heboh heboh hari ini
ialah untuk meneruskan
langkah kajang 

wan azizah adalah calon
menteri besar selangor
yang baru



NOTA KAKI:

maka:
najib jemput khalid 
kenduri berbuka puasa




maka: 
khalid datang berbuka
sama najib

maka: 
najib kata boleh kerja 
dengan khalid ibrahim

BAGAIMANA DENGAN PAS
sediakah sokong wan azizah
sila tanya din ayam
dia kerja apa?
berapa gaji dia?
apa kelulusan din ayam?



BAGAIMAN DENGAN DAP 
dap dah jelas
akan sokong wan azizzh
dari dulu sedar akan 
kerenah azmin
sedar akan hutang khalid





Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang menghadapi tempoh yang sangat kritikal dan jika tidak diuruskan dengan baik bakal jatuh dan hilang terus daripada genggaman tiga parti komponennya.

Masalahnya sekarang ialah Pakatan Rakyat memerlukan kerjasama daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, sama ada beliau berundur dengan sukarela atau menukar gaya pentadbirannya.



HANYA
 TUKAR TIUB 
BERANI LAPOR 
JELAS 
DAN
 TEPAT




-----------