Ahad, 6 Julai 2014

dollah yankee

dollah yankee


Ber'Gencok' sakan nampak?!

Posted: 06 Jul 2014 05:29 AM PDT





dollah yankee -

Kah..Kah..Kah..lama tak gendaq ber'gencok'

Akan datang..kuliah agama di tokong dan gereja

Posted: 05 Jul 2014 08:56 PM PDT



Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.
 
"Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.  
 
"Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.
 
"Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu," katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.
 
Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.
 
Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.
 
"Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu  menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita," ujarnya.


dollah yankee -
Semakin banyak usha untuk membawa Islam ketengah masyarakat dan kehidupan, semakin jelas kepada kita parasrupa dan isihati orang yang ingin meminggirkan Islam.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina di atas bekas tanah milik Sultan Johor?

Posted: 06 Jul 2014 02:35 AM PDT

Bangunan tertinggi di Malaysia akan dibina di atas bekas tanah milik Sultan Johor?

Nasional


Enam bulan selepas mengejutkan dunia hartanah negara dengan membeli 116 ekar tanah di Johor Bharu bernilai RM4.5 bilion daripada Sultan Johor, pemaju hartanah daripada China, R&F Properties Co Ltd tidak mengambil masa yang panjang untuk membangunkan tanah bernilai tinggi itu.
 
R&F Properties yang berpengkalan di Guangzhou dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, merupakan salah sebuah pemaju hartanah terbesar di China.
 
Perancangan syarikat terbabit adalah untuk membangunkan tanah bekas milik Sultan Johor itu menjadi projek hartanah terunggul Johor,  digelar "Princess Cove" yang bakal muncul sebagai mercu tanda ikonik terbaru bandaraya selatan tanah air. 
 
Menurut sumber-sumber kepada Malaysia Gazette, projek hartanah "Princess Cove" di Tanjung Puteri itu bakal menampilkan dua buah bangunan pencakar langit, dengan salah satu daripadanya bakal dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, mengatasi Menara Berkembar Petronas.
 
"Bangunan pencakar langit yang bakal menempatkan ofis gred A bakal mempunyai ketinggian melebihi 550 meter dan akan menjadi mercu tanda ikonik terbaru bandar raya Johor Bharu, sebagaimana Menara Berkembar Petronas kepada Kuala Lumpur," kata sumber itu.
 
Sebuah lagi bangunan pencakar langit di projek hartanah "Princess Cove" itu pula akan menempatkan hotel lima bintang.
 
Kedua-dua bangunan pencakar langit itu katanya, terletak bersebelahan pintu masuk Tambak Johor dan berhadapan dengan kompleks Imigresen Singapura. 
 
"Ia (bangunan pencakar langit) itu seolah-olah sebagai mercu tanda ikonik yang akan menyambut kedatangan pengunjung ke Johor menerusi Tambak Johor," kata sumber itu lagi.
 
Selain bangunan pencakar langit yang akan menjadi mercu tanda terbaru Johor Bharu, fasa pertama projek "Princess Cove" itu akan meliputi pembinaan 3,000 kondominium mewah pelbagai saiz dan kompleks membeli-belah, yang dijangka siap 2017.
 
"Di dalam fasa pertama sahaja, akan ada 15 blok kondominium mewah menempatkan lebih 3,000 kondominium mewah yang harganya bakal mencecah jutaan ringgit," katanya sambil menambah, pembeli kondominium itu dijangka rakyat tempatan, Singapura, China dan negara luar termasuk daripada Amerika Syarikat dan Britain.
 
Lawatan Malaysia Gazette ke galeri jualan projek "Princess Cove" di Tanjung Puteri itu mendapati segala kemudahan termasuk rumah contoh telah bersedia untuk menerima pengunjung yang berminat untuk melabur bagi mendapatkannya.
 
Uniknya di galeri jualan itu adalah kesemua kakitangannya daripada pengawal keselamatan hinggalah ke tukang sapu, pembuka pintu, penjaga lanskap, pembancuh kopi, pelayan dan wakil-wakil jualan terdiri daripada warga tanah besar China. -- MALAYSIAGAZETTE

Tolak Kidex, penduduk Petaling Jaya mahu pengangkutan awam

Posted: 06 Jul 2014 02:09 AM PDT

ADA yang bagi komen aku galak dok kutuk khalid. kalau baca semua dan tahu latarbelakang peristiwa sudah tentu akan faham bagaimana Kedah jatuh, Terengganu jatuh. 

Jadi sebelum terlambat Selangor jatuh baik faham betul betul cerita kenapa khalid perlu ditukar.Blog ini tak dapat sekupang pun kalau nak bela Khalid. Jadi kalau rasa nak baca ...baca ja la...lagi pun aku kutip dari semua penulis berpengalaman yang tahu selok belok tentang kenapa Selangor perlukan MB baru.

 

Penduduk Petaling Jaya memberi sokongan kepada kempen bantah Kidex. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.Penduduk Petaling Jaya memberi sokongan kepada kempen bantah Kidex. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.





















Penduduk Petaling Jaya percaya pengangkutan awam yang mencukupi mampu menangani masalah kepadatan lalu lintas di kawasan itu, bukannya dengan membina lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 19 Petaling Jaya Tan Yew Liong berkata, hasil maklum balas mendapati majoriti penduduk mahu lebih banyak kemudahan Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT), dan Bas Aliran Deras (BRT) dibina dengan lebih cekap.

"Kami tidak mahu Kidex sebab ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah trafik malah mengganggu ketenteraman kami," katanya ketika ditemui selepas mengedarkan poster dan pelekat kereta 'No Kidex: No toll skyway over PJ' di Seksyen 17 Petaling Jaya, hari ini.

Risalah penerangan juga diberikan kepada pengunjung pasar pagi dan pemandu selain menandatangani petisyen bantahan Kidex.
  Tan berkata, selepas mengadakan beberapa siri bantahan, kumpulan Say No To Kidex (SNTK) kini mencuba usaha kempen baru dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada orang awam dengan lebih dekat.
"Kira-kira 2,000 poster dan pelekat kenderaan sudah dicetak dan selepas ini akan mengedarkannya di sekolah dan pasar malam.

"Kami akan teruskan usaha ini sehingga projek Kidex dihentikan," katanya.

Beliau bagaimanapun meluahkan rasa kesal kerana tidak ada wakil rakyat yang hadir menyokong tindakan mereka pagi tadi.

"Mereka dalam media menyokong bantahan Kidex tetapi bila kami jemput mereka tidak turun padang pun untuk memberikan sokongan," katanya.

Kira-kira 100 penduduk Petaling Jaya sekitar Jalan Harapan di Seksyen 17 dan Seksyen 19 kini digantung tidak bertali apabila kerajaan negeri sudah membekukan aset tanah kediaman mereka, namun tidak ada satu pihak pun tampil membantu apatah lagi memberikan pampasan kerana status mereka masih tidak dapat dipastikan.
"Kami sedar rumah kami sudah dibekukan penjualannya tetapi tidak ada seorang pun datang memberikan nasihat dan rundingan kepada kami.
"Tidak ada siapa tahu apa yang akan terjadi sama ada perlu berpindah keluar atau tidak. Setakat ini, kami masih belum dengar lagi isu pampasan daripada kerajaan.
"Jangankan kami, semua penduduk juga sangat marah jika dilayan sebegini," kata penduduk Seksyen 19 Jalan Harapan, Rachel Ho.
Setiausaha Jawatankuasa SNTK David Yoong pula berkata, pihaknya akan menghantar laporan mengenai kebimbangan dan alasan teknikal bantahan Kidex kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof minggu depan.
David berkata, pembentangan dilakukan dalam pertemuan antara Kementerian Kerja Raya dengan pemaju Kidex Sdn Bhd pada Khamis minggu lalu, namun Fadillah memberitahu agar kompilasi bantahan itu didokumen secara bertulis supaya ia dapat disemak secara teliti untuk dipertimbangkan.
"Sebelum itu kami mahu tunggu laporan daripada pemaju Kidex sebelum dapat menyiapkan dokumen untuk diserahkan kepada Fadillah.

"Kami bukan seperti anti-Lynas atau mana-mana kumpulan yang akan melakukan demonstrasi jalanan, sebaliknya mengambil pendekatan berbincang dengan semua pihak termasuk penduduk dan kerajaan," katanya.

Lebuh raya sepanjang 14.9 kilometer yang menelan belanja RM2.42 bilion itu akan menjejaskan lebih 3,700 bidang tanah termasuk rumah, kilang, kedai, pusat beli-belah dan sekolah.

Kidex merupakan antara enam lebuh raya bertol baru yang diluluskan pembinaanya oleh kerajaan Selangor, dan sebahagian daripada rangkaian bersepadu di sekitar Lembah Klang yang bersambung dengan Sungai Besi-Ulu Klang Expressway (SUKE), Serdang Kinrara Putrajaya Expressway  (SKIP), Eastern Klang Valley Expressway (EKVE), Lebuh raya Damansara Shah Alam (DASH), dan Lebuh raya Pantai Barat (LPB). – 6 Julai, 2014.

CIKGU BIUL

Posted: 06 Jul 2014 01:56 AM PDT

Guru Kelaku Gila Cadbury... tak jumpa abang long Kluang lagi, dia mintak surat baru hang tau..!! 

 

 

Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009.
 
Sebelum itu di sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu.
 
Guru besar sekarag adalah yang ke-3.

Guru besar sebelum ini pernah buat laporan tapi tidak sampai ke atas.
 
Ppd penah datang tapi kes senyap macam tu aje. Dulu dia langsung tidak masuk kelas. Sekarang masuk tp tak sepenuhnya. Sekarang dah start nak pukul budak. 
Via-Sukan Star
Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalau nak siasat tapi pentadbir tidak pasti.
Pentadbir itu Gb n Gpk. Ayah dia pernah buat repot pada PPD kata cikgu sekolah ni yang ganggu anak dia. Tadi guru2 sudah kumpul tandatangan untuk buat memo laporan tapi x pasti nk hantar ke sapa.
 
*nak tengok video hangpa google sendiri laa....

Tukar Tiub

Tukar Tiub


UCAPAN SELAMAT BERPESTA

Posted: 06 Jul 2014 06:30 PM PDT









TUJUH TUJUH


SAN FERMIN


pesta  lari dari lembu
selamat berpesta



---------

ADA CARANYA

Posted: 06 Jul 2014 06:00 PM PDT





KOMENTAR

jelas perrniagaan mesin judi ini
nilainya berbilion bilion dolar
dengan jaringan antara bangsa

perniagaan ini lumayan
ianya sedang membeli kuasa
bukan hanya dengan ketuanan melayu
dengan pkr pun mereka telah rapat
dengan dap pasti ada hubungan
dengan mca lagi ada hubungan

memang susah hendak dibentras
tetapi bukan musyahil

jabatan talikom putuskan semua hubungan
tanpa internet judi casino 
tak dapat berjalan
tanpa internet mesin judi
tidak ada kain sarong

kedai dan bangunan yang telah digunakan
wajib disita dan dijadikan harta kerajaan
kalau kedai dan premis di rampas
dalam masa satu tahun mesin judi akan tutup
taka percaya buat dan lihat

  • BERITA TV9 - Ketagih Mesin Judi "Raja Neraka"

    www.tv9.com.my/.../Ketagih_Mesin_Judi_Raja_Nerak...
    Translate this page
    Itu nama jolokan mesin permainan judi ekor yang semakin menjadi kegilaan kaki juditerutama di Kedah. Menyedari penularannya dan susulan aduan orang ...
  • JOM MAIN MESIN JUDI | Ping Busuk

    ping.busuk.org/old/351310/jom-main-mesin-judi.html
    Translate this page
    Salam satu blogger Tajuk kali ini tentang judi yang semakin berleluasa Iaitu mesin judidahulunya dikenali mesin kuda Kali ini tentang tajuk entri yang pernah ...
  • Sembilan sindiket kuasai mesin judi haram

    KUALA LUMPUR 5 Julai - Kegiatan perniagaan mesin judi haram di negara ini dipercayai dikuasai oleh sekurang-kurangnya sembilan sindiket yang beroperasi di ibu negara dan mempunyai rangkaian kerjasama dengan sindiket perjudian antarabangsa seperti di Hong Kong, Macau serta Taiwan.

    Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, risikan pihaknya mendapati sindiket itu berperanan membekalkan perkakasan perjudian berinternet kepada penganjur atau pengusaha premis mesin judi di seluruh negara dengan keuntungan dibahagi 60:40.

    1. main judi mesin slot kuda / pokerface hantu judi menurun jin ...

      www.youtube.com/watch?v=pGAlU7C7rxg
      Jul 15, 2010 - Uploaded by trune101
      to got this game plz visit http://gamer-fc.blogspot.com/2010/07/mesin-kuda.html.

    -----------

    MACAM MANA BACA UTUSAN?

    Posted: 06 Jul 2014 02:30 PM PDT





    SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan  Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar,  Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan..


    KAH KAH KAH

    ingat tak
    macam mana
    baca utusan

    i rest my case my lord
    SHAH ALAM 5 Julai - Dakwaan bahawa beliau enggan meletakkan jawatan Menteri Besar seperti diarahkan oleh Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu...


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Muka_Hadapan#ixzz36iNQQkgE
    © Utusan Melayu (M) Bhd 
    KAH KAH KAH
    d 

    ------------

    JANGAN SILAP LIHAT

    Posted: 06 Jul 2014 08:04 AM PDT



    INI ORANG
    BUKAN BABI
    jangan silap pandang
     
     
    Saya sendiri sumbang berkampit beras kepada gelandangan, kata Ku Nan


    Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu.

     Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang. "Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya. -


    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH


    woit...INI LEBIH SENIOR DARI FOOD NOT BOMB... kah kah kah..

    kah kah kah..TAPI TAK PERNAH DENGAR PUN.... kah kah kah..

    woit... AGAKNYA NGO NI BERGERAK BAWAH TANAH... kah kah kah..

    kah kah kah..NAMA NGO INI  PASTILAH KFBITI.... kah kah kah..

    kah kah kah...KFBIT  BUKAN KING  FOOD BEVERAGES  INTERNATIONAL... kah kah kah

    kah kah kah...KFBT IALAH KING FRAUD BAWAH TANAH... kah kah kah


    KAH KAH KAH



    ---------------

    KENAPA SEMUA SENYAP BISU

    Posted: 06 Jul 2014 06:30 AM PDT







    Perkasa gesa adakan persidangan atasi masalah judi

    PETALING JAYA: Bagi menangani masalah mesin judi haram, spa, rumah urut dan pusat-pusat hiburan yang mengancam moral dan akhlak rakyat serta ketenteraman awam, satu persidangan segera harus dilaksanakan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali.
    Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain jabatan serta agensi yang mempunyai kaitan haruslah terlibat dalam melaksanakan persidangan ini.


    KAH KAH KAH

    woit 
    kenapa senyap
    kenapa menteri senyap
    kenapa jamil khir senyap
    kenapa ku nan senyap
    kenapa mufti senyap
    kenapa tok kadi senyap
    kenapa tok imam senyap

    lebai lim sudah beli?
    haji vincen sudah beli?
    lebai ananda sudah beli?

    mana isma?
    mana pukida?
    mana pukipm?

    atau 
    malu ikut heng 

    KAH KAH KAH



    ---------

    HARI LAPAN

    Posted: 06 Jul 2014 03:15 AM PDT






    HARI LAPAN


    petang ini gwa
    keluar rumah
    mana nak pegi
    belum pasti
    cari bazar ramadan
    yang tak hot
    yang tak hit
    yang tak pop

    tunngu esok
    gwa cerita


    SELAMAT 

    BERBUKA





    ----------

    AGAMAWAN CONTOH

    Posted: 06 Jul 2014 12:12 AM PDT

     
     
     
     
     
     
    AGAMAWAN
     
    CONTOH

    ustaz wan ji
    dianggap ustaz paling cool oleh anak muda
    malam kelmarin sang ustaz ini
    telah mengepali
    anak anak muda
    anak semua bangsa
    pergi mengedar makanan
    pakaian
    kepada warga miskin kota
     
    inilah ustaz
    yang bukan kerjanya
     bukan hanya menghalal
    bukan hanya mengharam
    tetapi jadi contoh kepada anak muda
     
     
     
    
    SELAMAT
     
    BERPUASA


    ---------

    RUPA RUPA NYA PROJEK

    Posted: 05 Jul 2014 11:18 PM PDT







    gelandangan

    KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
       
    Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
       
    "Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini hari ini.


    KAH KAH KAH
    woit
    sekarang semakin jelas
    kah kah kah
    rupa rupanya semua ini projek

    nak jadikan warga miskin kota
    satu projek lumayan
    nak buat rumah perlindungan

    dulu tahu 80'an heboh
    dirikan pusat serenti
    projek masyuuuuuk

    kemudian tahu 90'an
    heboh dengan pkln
    ini juga projek masyuuk

    bayangan ada kontrek buat bangunan
    iada kontrek jual perabut

    dan yang tak putus putus
    dapat kontrek bekal makan

    sekarang dah jelas
    warga miskin kota
    akan ditangkap dan dimasukkan
    dalam anjung singgah

    ini projek baru

    tunngu dan nanti
    akan sampai masanya
    penjara pun kan di swastakan
    untuk beri kroni bumiputera buat duit

    KAH KAH KAH





    -----------

    BERITA SEDIH DAN PILOOO

    Posted: 05 Jul 2014 10:00 PM PDT





             

    SHAH ALAM - Selepas nama Menteri Wilayah Persekutuan,  Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi 'panas' ekoran kenyataannya mengenai gelandangan yang telah mencetuskan kontroversi, sekali lagi nama beliau menjadi bualan hangat.

    Terkini beliau didakwa memberi arahan kepada Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengeluarkan saman kepada pemberi sedekah seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

    Tengku Adnan dilaporkan berkata, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.

    Bagaimanapun, kenyataan tersebut disangkal oleh beliau dan menurutnya, arahan tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya

    KAH KAH KAH

    ya ampooonnn
    ya maulana
    tengku fraud
    kena fitnah
    beta titahkan
    tangkap fitnah itu
    bawa fitnah ke hadapan beta
    beta nak tengok fitnah itu
    jantan ke betina
    KAH KAH KAH

    ----------

    NASI PANGGUNG MALAM KELMARIN

    Posted: 05 Jul 2014 09:06 PM PDT



     

    NASI 

    PANGGUNG

    MALAM

     KELMARIN

    ustaz cool
    beri taklimat


    memang hebat
    memang gempaq
    memang cool

    punya banyak minah cun datang
    sampaikan
    tak cukup sim card
    nak ambil number
    balak kacak dan bergaya pun ada sama
    muka muka gagalis
    kelihatan di mana mana

    ANAK SEMUA BANGSA

    lebih dari 100 anak muda
    anak semua bangsa
    bersetia kawan
    dengan warga msikin kota

    ada yang datang bawa makanan
    ada yang datang pertama kali
    ada yang datang bawa kawan
    ada yang datang dengan harapan
    cinta cinta dapur jalanan

    DARI KELAB BANGSAR

    anak muda telah bangun
    menyatakan bantahan
    terhadap undang undang baru
    yang kan menjenayahkan 
    orang miskin

    peguam telah bercakap
    pemimpin ngo menyatakan pendirian
    ahli politik bercakap
    menyatkan pendirian
    tukar tiub bercakap
    minta ramai ramai datang
    minggu depan
    minggu akhir jatuh hokum

    PEGUAM CUN

    dari jalan panggung
    kumpulan anak muda
    tim dapur jalanan
    telah berarak
    ke pasar seni
    ke dataran bankok bank
    untuk mengedar makanan
    jawabnya
    tak cukup

    APA DIA

    menu: (mushroom soup - tim dapur)  (roti, apple,airkotak - che ah & kawan2) (bubur pulut hitam, nasi lemak - kak ogie sekeluarga)  (roti canai- tim syed syahir) (roti kentang - fuzzy ampang) (apple-intan awek cun) (pyanhabib tokey air) (fauzi tim bundle, faliq joso towkey baju) (roti john pak malek baretta) (sup ayam brader shahril) (donut qish awek cun) (air mineral, ubat gigi - amirun kawan2) (biskut & air kotak- akak nisa wilayah)

    BERARAK DI KL

    TERIMA 

    KASEH

    kepada semua
    datang lagi
    minggu depan

    ----------- --------

    INI CIK GU KE SPESIAL BRANCH

    Posted: 05 Jul 2014 08:15 PM PDT





    KAH KAH KAH

    ini cik gu ke
    soal siasat sb
    dalam bilik sulit
    jelas pakai baju batik lengan panjang

    kesian tengok
    anak sekolah
    kalau mak bapak tahu
    mati terkejut mereka

    inilah hasil negara
    ketuanan melayu
    hasil negara islam
    tunggang tunggit cium batu