Rabu, 25 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAKYAT PERLUKAN TANAH, SELANGOR NAK RAMPAS TANAH KERANA PEMBAKARAN.

Posted: 25 Jun 2014 05:27 AM PDT

Selangor rampas tanah pemilik lakukan pembakaran terbuka, kata MB.Lagi tindakan yang kurang wajar.Di ketika rakyat perlukan tanah kerajaan negeri mahu merampas tanah.Sedangkan denda kesalahan dari asap kilang tidak dikuatkuasa dengan ketat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Selangor bertindak tegas menghalang pembakaran terbuka termasuk merampas tanah daripada pemilik jika didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka secara berterusan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mula mengeluarkan surat rampasan tanah kepada beberapa pemilik tanah di sekitar kawasan Klang dan Hulu Langat.

"Jika didapati pembakaran terbuka berleluasa dan sentiasa berlaku di tempat tertentu, proses kerajaan negeri akan lakukan ialah rampas tanah tersebut dan proses rampas tanah sedang berjalan.

"Borang perampasan tanah dah dikeluarkan. Senarainya saya akan keluarkan melalui kenyataan media nanti," katanya pada satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.
  Namun katanya, beberapa syarat dan peringkat perlu dipatuhi kerajaan negeri termasuk mengeluarkan surat amaran sebelum bertindak merampas tanah.

"Ini kerana tuan tanah adalah mereka yang bertanggungjawab menjaga tanah mereka," katanya.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini mencatatkan Pelabuhan Klang dan Putrajaya berada di paras paling tinggi setakat jam 5 pagi tadi iaitu 113.

Menurut laporan daripada laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang mencapai tahap IPU tidak sihat adalah Banting, 112; Shah Alam, 106; dan Petaling Jaya, 104.
Manakala di Kuala Lumpur, bacaan IPU pada tahap tidak sihat dicatatkan di Cheras, 107 dan Batu Muda Kuala Lumpur, 101.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 19 Jun lalu mengisytiharkan Selangor, Melaka dan Johor, sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan berkata, larangan itu dibuat mengikut Seksyen 29 A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling, pindaan 2001.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala mereka yang terlibat juga boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Namun, larangan itu tidak melibatkan upacara pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar. – 25 Jun, 2014.



Tukar Tiub

Tukar Tiub


KABINET BARU MAT MONGOL

Posted: 25 Jun 2014 06:48 PM PDT








FACE BOOK

Keputusan Najib hari ini mungkin menyebabkan BN kalah dalam PRU14. Beliau sepatutnya memasukkan dua ekor panda ke dalam kabinet, dan kemudian masukkan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong ke zoo dan namakan mereka "Tiong Tiong & Siong Siong".
LikeLike ·  · 




---------

KE MAHKAMAH LAGI

Posted: 25 Jun 2014 06:30 PM PDT






KAH KAH KAH

punya nasib

pagi pagi

pergi mahkamah

kali ini jadi

saksi pulak

kes saman

dbkl 

bersih 3

KAH KAH KAH







------------

KEMPEN KELUAR MALAYSIA MEREBAK

Posted: 25 Jun 2014 06:18 PM PDT





Kempen keluar Malaysia didalangi pembangkang

 | June 25, 2014
BN sentiasa berpegang kepada polisi untuk memastikan rakyat akan menikmati keamanan dan keharmonian antara kaum.
SarawakKUCHING: Tindakan "tidak bertanggungjawab" segelintir badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai didalangi oleh parti pembangkang memainkan sentimen kenegerian menghasut Sarawak keluar dari Malaysia "menjurus negara ini ke arah kehancuran".
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Awangku Jamuddin Pengiran Kon berkata "isu perkauman dan tuntutan hak sering menjadi modal utama parti pembangkang sejak kebelakangan ini".


KAH KAH KAH

woit
dayak iban kadazan
sarawak dan sabah
nak keluar malaysia
bukan kerana pembangkang
mereka nak keluar
kerana perangai perkasa
kerana dasar isma
kerana tak boleh 
sebut allah
parti pembangkan
hanya mengumpul
sokongan

KAH KAH KAH






----------

LAGI PROJEK KAYAKAN KRONI

Posted: 25 Jun 2014 05:30 PM PDT






PEMEGANG KONSESI UiTM KOTA SAMARAHAN JUGA DIANUGERAHKAN KONSESI LEBUHRAYA
 
Pemegang konsesi penswastaan UiTM yang terakhir mengikut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya ialah Rekajaya Projek Sdn Bhd yang dianugerahkan konsesi penswastaan UiTM Kota Samarahan. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat ini dikuasai oleh pasangan ahli perniagaan bernama Dato' Mohamed Raffe b K. Chekku dan isterinya Datin Nilufar Yusupova melalui Rafulin Holdings Sdn Bhd. (Sila semak carian SSM bagi Rekajaya Projek Sdn Bhd dan Rafulin Holdings Sdn Bhd)

Sementara saya tidak mempersoalkan kebebasan ahli-ahli perniagaan seperti Dato' Mohamed Raffe untuk menjalankan perniagaan masing-masing, kaedah rundingan terus yang digunakan oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak dengan berselindung di sebalik alasan pendekatan "private finance initiatives" (PFI) begitu mudah disalahgunakan atau dipengaruhi yang membuka ruang kepada rasuah yang merugikan rakyat.

Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat.

Selain konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Kota Samarahan, syarikat yang dikawal oleh Dato' Mohamed Raffe juga dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (atau LATAR) melalui satu konsortium Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway Berhad. Konsesi lebuhraya LATAR ini adalah selama 40 tahun.

Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Dato' Mohamed Raffe boleh diibaratkan sebagai pakar perunding konsesi yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan konsesi-konsesi sebegini sementara pembinaannya diberikan kepada syarikat bukan Bumiputra sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.

Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan bumiputra yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur.
Semakan ke atas carian syarikat SSM dan laman web syarikat-syarikat terbabit menunjukkan bahawa kos pembinaan kedua-dua konsesi yang dianugerahkan kepada syarikat Dato' Mohamed Raffe dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan.

Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat; atas pertimbangan berikut:

1.      Kontraktor akhir yang membina kampus-kampus ini atau lebuhraya adalah syarikat pembinaan sedia ada seperti Binapuri Holdings. Syarikat-syarikat ini boleh sahaja turut serta dalam satu tender terbuka pembinaan kampus tanpa perlu melalui syarikat konsesi seperti sekarang. Akhirnya projek dikendalikan kontraktor bukan bumiputra walaupun Umno memberi alasan ia perlu dianugerahkan melalui konsesi untuk memberi peluang kepada kontraktor Bumiputra
2.      Projek sebenarnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Bank Pembangunan milik penuh Kerajaan Persekutuan. Sekiranya kampus-kampus ini dibina sendiri tanpa diswastakan, Kerajaan Persekutuan boleh sahaja meminjam dari Bank Pembangunan tetapi kos yang ditanggung rakyat adalah jauh lebih murah

Siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputra disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno. Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak.

Saya juga sertakan jawapan bertulis Perdana Menteri yang mengesahkan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah konsesi penswastaan UiTM ini sebagai bukti fakta sepanjang pendedahan.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

25 Jun 2014


---------

YA AMPOOOON

Posted: 25 Jun 2014 07:30 AM PDT






Pemimpin Umno mahu 

jadi raja, selar Zam

Bekas menteri  Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysiayang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.



KAH KAH KAH
woit
bagi peluang laaa
bagi chan laaa
semua nak jadi 
raja melayu
kalau atan boleh jadi raja
semua boleh jadi raja

KAH KAH KAH

DUA EKOR

RAJA BARU



---------

NAKBA DAN MALAPETAKA

Posted: 25 Jun 2014 06:30 AM PDT







SELAGI ITU
Nakba sebenar ialah pemikiran rakyat malaysia sekarang... selagi selesa dengan penipuan... selagi selesa dengan kejahilan... selagi selesa dengan pembodohan... selagi selesa dengan GST... selagi selesa dengan TPPA...

selagi selesa dengan Lynas... selagi selesa dengan free loader... selagi selesa dengan ketidakadilan... selagi selesa dengan subsidi... selagi selesa dengan BRIM... selagi selesa dengan Broom... kah kah kah nakba di minda setiap manusia

... yang ijazah... yang master... yang phD... yang cerdik... yang matang... sama sama membodohkan orang... kah kah kah selagi agama bangsa jadi pedoman hidup selagi hidup demi kepentingan diri... selagi itu nasib kamu tidak berubah kah kah kah on HARI NAKBA AKAN SAMPAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/24/14




--------

MALAM ESOK KITA KAH KAH KAH

Posted: 25 Jun 2014 05:30 AM PDT







MALAM  

ESOK

26 JUN 2014

tukar tiub buat lawak berdiri
di pj live arts
seksen 17 pj one
semua di jemput
untuk
KAH KAH KAH



------

LAGI BERITA BAIK

Posted: 25 Jun 2014 01:05 AM PDT





KOMENTAR

ini berita baik
ini berita ngam

semenjak tenaga 
diswastakan
harga leterik terus naik
dulu tenaga bakar arang 
dulu ntenaga bakar petrol 
dulu tenaga bakar gas 
dari proses pembakaran ini
keluar tenaga leterik
yang disalur 
ke seluruh negara

tetiba datang
anak lelaki iskandar kutty
tenaga tidak lagi 
bakar  arang  minyak
dan gas sendiri


semua  wajib beli 
dari syarikat sawasta
cucu iskandar kutty
ada loji bakar arang
cukong ytl ada loji
syed mokhtar ada loji

dulu leterik  tak ada 
orang tengah 
kini  ada orang tengah
cekik darah

ini lah sebab harga 
leterik naik
nak kayakan 
cucu iskandar kutty
nak kayakan cukong ytl
nak kayakan syed mokhtar

bila agaknya bani melayu
nak sedar
kalau ini pun 
tak sedar sedar
mapoooslaah negara ini






Tarif elektrik naik lagi?

25 Jun — Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu. MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan…



KAH KAH KAH

peluang baik

untuk hasut

kah kah kah





----------

MANA BAU KARIPAP ROSMAH

Posted: 24 Jun 2014 10:30 PM PDT






         DAPAT BAU
   KARIPAP ROSMAH



Rombakan Kabinet, Hassan Malek dan Jamil Khir antara digugurkan, kata sumber

25 Jun — Pengumuman rombakan Kabinet   Najib Razak hari ini dijangka menyaksikan tiga menteri digugurkan, antaranya  Jamil Khir Baharom dan Hasan Malek. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, 


KAH KAH KAH

sedih sedih sedih
pilu pilu pilu
pedih pedih pedih

apa akan jadi
kepada dedak
terkumpul berguni guni
siapa nak makan?

cium bau karipap 
kena buang juga

ciissss
baik keluar parti

KAH KAH KAH



----------

TONGGENG LAGI BAIK

Posted: 24 Jun 2014 09:44 PM PDT






FACE BOOK


Ulang tampal:

APABILA abang yang perkasa mahu pancung leher sesiapa yang perkotak-katik agama dan memperlekeh sultan, gua teringat satu pakcik, lama dahulu ada bilang hukum hudud akan bikin orang yang mencuri kena potong tangan dan akan banyak orang yang akan kudung tangan, otak gua yang jahat pun terbayang akan banyaklah orang yang perkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan kudung kepala dipancung abang yang perkasa. Gua yang jahiliah ini cuma mahu bertanya: Mana yang sewajibnya kita laksanakan iaitu mendidik si jahat, si bahlol, si bangang dengan ajaran yang tuhan Allah perturunkan atau tidak fasal-fasal anut ajaran abang yang perkasa, pancung putus kepala manusia sampai mampos?

BAIK PUNYA BARANG

--------

HARI HARI AKHIR SAEKOR SEMBAB

Posted: 24 Jun 2014 09:08 PM PDT







BERITA UTAMA

PM beri bayangan rombakan kabinet, lagi petunjuk Muhyiddin bakal disingkir

KUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin diyakini ekoran petunjuk baru daripada Perdana Menteri. Ini dikuatkan lagi…
Jun 24 2014 /  / Read More »





KAH KAH KAH

apa akan jadi
pada malikul sembab?
kenapa malikul di tendang?
malikul masih muda

rancangan siapa ini?
rancangan mahafiruan?
rancangan bik mana?
atau
rancangan ezam mat nor

KAH KAH KAH



---------

TERIMA KASEH HARAKAH

Posted: 24 Jun 2014 08:08 PM PDT





tengok betul betul
camkan
jangan termakan
daun kenduduk
kah kah kah


20% pelajar menengah di Perlis ketagih ketum


KANGAR:Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum.
    
Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum.
    
KAH KAH KAH

woit
20% gian air ketum
kah kah kah

banyak sungguh 
daun ketum di perlis

ingatkan perlis hanya
terkenal dengan laksa belut
tak tahu ada  cafe ketum

kah kah kah


nota
terima kaseh harakah
kerana keluarkan gambar
kalau tidak hanya dengar nama
muka tak pernah lihat

----------