Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE] 100614 - Ustaz Khairul Asfani ~ Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Posted: 11 Jun 2014 04:06 PM PDT


[LIVE] 110614 - Ustaz Nur Salam Al-Hafiz

Posted: 11 Jun 2014 08:41 AM PDT



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


TANDA TANDA AKHIR ZAMAN

Posted: 11 Jun 2014 07:48 PM PDT





KOMENTAR
ini hanya tanda tanda
ini hanya rintik rintik
semuanya telah retak

yang berilmu jadi penyamun
yang mencari ilmu
menjadi pemadat

pembunuh mejadi menteri
perasuah jaga agama
hakim makan rasuah
yang jual agama terus jual agama

yang jujur dan lurus
di tangkap di bicarakan
untuk di penjara

semua ini tanda tanda
mengarah ke daulah gagal
mengarah ke daulah runtuh


TELOK KEMANG 11 Jun - Seramai 20 orang pelajar institusi pengajian awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta lapan pekerja swasta hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson dekat sini secara berasingan...
KUALA LUMPUR 11 Jun - Dua bekas pengarah syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM180,000 serta penjara 10 tahun dan denda RM1.6 juta selepas didapati...

'Skrol untuk dijual' di UM, kata siswa

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim "skrol untuk dijual
".

KAH KAH KAH

kah kah kah

tanda tanda

akhir zaman

kah kah kah




------------

BANI KETUANAN MELAYU KENA TIPU

Posted: 11 Jun 2014 07:18 PM PDT







TUKAR TIUB TEPAT

dari awal lagi

tukar tiub

tidak yakin akan

kemelayuan india ini

ini bukti saheh

mesyuarat mic

kah kah kah




KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL

Posted: 11 Jun 2014 06:51 PM PDT





MALAM KELMARIN
KELAS MEMBINCANGKAN
padangan
rasionalis ibnu rushd  
dengan tafsiran aristotle 
pandangan yang 
memecah ruyung pencerahan eropah

seramai 25 anak muda
 bersama di studio
seramai 238 mendengar kuliah
melalui radio bangsar

MINGGU DEPAN
melihat pengaruh ibu rushd
dalam 
pemikiran thomas aquinas
 (1225–1274)


PINTU IJTIHAD
Kawan Isham yang baik hati. Surah Isra' ayat 14 : "Bacalah kitabmu,cukuplah dirimu sendiri hari ini JADI PENGHITUNG dosa pahalamu" Telah bergema dan berkumandang mengatakan pintu ijtihad(kaji,selidik,pendapat,tafsir ikut fikiran sendiri)telah ditutup oleh Imam Ghazali. Bersumber dari mana maklumat menyatakan beliau menutup pintu Ijtihad tidaklah di ketahui hujung pangkalnya. 

Telah seabad lamanya terpacul dari mulut busuk pendusta dan si angan-angan mengatakan mereka telah hadam akan kitab Ihya Ulumiddin.Namun hakikatnya adalah mereka hadam ilmu tahi kambing yang mereka telan lalu berahi mencari akan maksud hakikat dan makrifat. Mukadimah Ihya Ulumiddin pun tak paham. Tidakkah sampai di telinga atau terpampang di depan mata, Imam Ghazali membatalkan semua kitab karangan beliau kecuali kitab Ihya Ulumiddin? 

Bukankah beliau juga yang memancung beratus-ratus mazhab sesat yang muncul sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan matinya para sahabat ? Bukankah beliau juga yang meninggalkan on MALAM INI - KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Sudin
on 6/10/14

BAB FEKAH WOW
(sambungan) Apakah dengan ilmu yang tidak berdiri dengan sendiri(Falsafah) dapat ditelanjang(bogel) zat Allah s.w.t pada umum ? 

Bukankah jalan ini telah dibuka oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin ? Adalah menjadi tragedi sedih kepada beliau dan kita pada hari ini akan kisah Mansur Hussin AL-HALAJ.Adakah beliau menempelak apa yang diisytiharkan(ucapkan) oleh AL-HALAJ ?

 Tidak...! Siapa AL-HALAJ DAN IMAM GHAZALI...? Mereka adalah wali-wali Allah. Siapa kita untuk menyebut sewenang-wenangnya apa yang diucapkan oleh Al-Halaj dan Imam Ghazali...?Sedangkan kita masih lagi makan-minum,tidur-bangun, berak-kenching,beranak bebini,berangan-angan.....! Agar tak lupa....untuk memahami Ihya Ulumiddin(Jiwa/Nyawa Agama) adalah dengan jalan Tauhid.Berlapis-lapis taraf pembaca.

Kalau bab fekah wow..! suka sangat ustad-ustad setan hari ini ?Dengan wirid dan doa yang lengkap berhabis umur menghafal.Tetapi hakikat dan makrifat tak jumpa. Apakah kita tidak faham akan maksud utusan Allah? "Berbuat on MALAM INI - KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Sudin
on 6/10/14


.

------------

SUSUN DAN TURUN

Posted: 11 Jun 2014 06:00 PM PDT






SKANDAL GERAN MOSTI:
PERDANA MENTERI & MENTERI ENGGAN JAWAB DI PARLIMEN, SAHKAN KESAHIHAN SURAT

Sebelum ini, saya telah mendedahkan bagaimana geran di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang sepatutnya digunakan untuk memacu aktiviti R&D telah disalahgunakan untuk membiayai projek komersil yang tidak pasti nilai R&Dnya.

Ini berikutan satu surat yang diminitkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada Menteri MOSTI, Datuk Dr Ewon Ebin yang memberi sokongan agar dana sebanyak RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Oleh kerana Perdana Menteri enggan memberi sebarang maklum balas seperti lazimnya, saya pernah menggesa supaya kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI membuat akuan bersumpah bahawa surat-surat itu adalah palsu, seperti berikut:

1.      Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;

2.      Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

Seperti lazimnya juga, kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklumbalas kepada desakan saya itu.

Oleh sebab itu, saya telah mengajukan dua soalan mengenai perkara ini untuk mengesahkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri MOSTI ada menandatangani kedua-dua surat yang saya dedahkan sebelum ini yang membongkarkan skandal geran MOSTI ini.

Saya menerima jawapan dari Setiausaha Dewan semalam bahawa soalan-soalan itu ditolak atas alasan seperti yang diberikan di dalam surat dari Setiausaha Dewan seperti yang dilampirkan bersama.

Saya merumuskan bahawa ini mengesahkan bahawa kedua-dua surat itu adalah sahih dan memang betul Perdana Menteri memberi sokongan agar dana RM100 juta dari geran MOSTI diberikan kepada sebuah syarikat yang mengusahakan projek komersil yang tidak mendapat sokongan institusi kewangan.

Keengganan Dato' Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah dan enggan menjawab di Dewan Rakyat menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan selama ini adalah benar dan sahih.

Dalam tempoh sidang Parlimen minggu ini dan minggu depan, saya akan terus mendedahkan beberapa dokumen lain yang mengesahkan bagaimana syarikat ini tidak layak untuk menerima geran sebanyak RM100 juta dan menguatkan lagi kenyataan saya bahawa berlaku salahguna di dalam pentadbiran pemberian geran apabila geran-geran diberikan kepada syarikat atau projek yang tiada nilai tambah R&D.

Malah, saya berpendapat bahawa penyelewengan geran seperti ini selama ini tidak disiasat dan dihalusi oleh rakyat sehingga telah berlaku ketirisan yang wajar disiasat secepat mungkin.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

11 Jun 2014


MUSTAHIL BARISAN NASIONAL BELUM MEMUTUSKAN MENGENAKAN GST KE ATAS PETROL DAN DIESEL

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata Barisan Nasional masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel. Beliau membayangkan perkara itu hanya akan diumumkan bersama-sama keputusan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang dijadualkan September ini.

Saya telah menunjukkan bagaimana kutipan GST dari petrol dan diesel ini sekurang-kurangnya akan mencecah RM3 bilion setiap tahun, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan. Jawapan-jawapan kerajaan di Dewan Rakyat setakat ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional mensasarkan kutipan di antara RM21 bilion hingga RM26 bilion setahu apabila GST dilaksanakan kelak.

Ini bermakna kutipan GST dari petrol dan diesel adalah di antara 12% hingga 14% dari jumlah kutipan tahunan yang disasarkan oleh Barisan Nasional. Saya berpendapat kutipan pada 12% hingga 14% dari jumlah keseluruhan GST menjadikan kutipan GST dari petrol dan diesel adalah kutipan paling besar berbanding dengan barang dan perkhidmatan lain.

Sebab itu, saya merasakan mustahil Dato' Seri Najib Tun Razak dan kabinet beliau tidak mengambil kira kesan kepada kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel kerana itu mungkin menyebabkan kutipan yang tidak mencukupi bagi menampung defisit belanjawan.

Telahan saya ialah Dato' Seri Najib ingin mengelakkan bantahan awal daripada rakyat dan mengumumkan GST ke atas petrol dan diesel ini bersama-sama pengumuman rombakan subsidi petrol dan diesel yang dirancang secara senyap-senyap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyedarkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel bersama-sama dengan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

Tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat.

Saya berpendapat bahawa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik.

Pendirian saya juga adalah tegas bahawa sebarang rombakan sistem subsidi petrol dan diesel hanya boleh dilaksanakan selepas pelbagai perjanjian berat sebelah yang membebankan rakyat dan ketirisan perbelanjaan negara dihentikan dahulu kerana ini akan menyumbang merendahkan kos sara hidup rakyat. Selepas itu, barulah usaha merombak sistem subsidi boleh dikaji dengan lebih mendalam untuk dilaksanakan.

Keengganan Barisan Nasional mengesahkan sama ada GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel sebenarnya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel melalui cukai GST dan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

11 Jun 2014






-------------

BUKAN SDATU PEKARAN BARU

Posted: 11 Jun 2014 07:00 AM PDT




KOMENTAR
tak perlu main wayang 
tak perlu anak muda berhutang banyak

selamatkan masa
selamatkan wang ringgit
cetak dan jual ijazah

IJAZAH KOSONG
isi apa sahaja
BA-Hons
MBBS
MA
Phd
apa sahaja
asalkan boleh bayar
tak caya tanya
abdeel azeeez
tabung haji



'Skrol untuk dijual' di UM, kata siswa

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim "skrol untuk dijual".

Setiausaha Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Joycelyn Chu berkata, universiti memutuskan memulakan perkara itu pada Ju
lai.


KAH KAH KAH
alang alang selok pekasam
biar sampai ke batang hidung

alang alang dituduh jual ijazah
baik jual betul betul
boleh dapat duit terang terang

KAH KAH KAH



--------------

SAHEH MAT MONGOL TAK TAHU

Posted: 11 Jun 2014 06:00 AM PDT





KOMENTAR
kalau najib tak tahu
siapa yang tahu?
adakah mah gerakan
kena tipu?





KAH KAH KAH

betul

anggapan

orang ramai

hanya bik mama

yang tahu

kah kah kah


-----------

MENGENAL SEJARAH BANGSA

Posted: 10 Jun 2014 09:08 PM PDT





PEJUANG BANGSA


SEBELUM ORANG LAIN SAMPAI
Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia mengubah peta dunia. Untuk pertama kalinya dunia melihat kemungkinan kelas Feudal, kelas Tuan Tanah dan kelas Elit Politik dihumban dari kuasa. Rusia beralih dari sistem feudal masuk ke era zaman moden.
Ketika Lenin menjatuhkan Czar Nicholas dan kaum kerabatnya – tidak ramai Anak Melayu yang pandai membaca atau menulis. Sekolah Umum dan Sekolah Kebangsaan belum wujud. Yang ada hanya belajar Agama.
Seratus dua tahun sebelum Revolusi Bolshevik – pada tahun 1819 Pulau Singapura telah dijual oleh Sultan Husin kepada East India Company. Pada tahun 1824 Perjanjian Anglo-Dutch ditanda tangani. Maka terpisahlah bumi Melayu. Satu menjadi Indonesia dan satu menjadi Tanah Melayu. Pada tahun 1906 Anglo-Thai Treaty pula ditandatangai - empat wilayah Melayu di Selatan Siam diserah kapda Siam. Yang tinggal hanya Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Pada tahun 1874 secara resmi Tanah Melayu menjadi jajahan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor.
Apa perlunya saya paparkan data sejarah ini? Untuk saya sejarah amat penting. Bangsa yang tidak tahu sejarah bangsanya adalah bangsa yang paling bangsat. Sosok yang tidak tahu sejarah asal usulnya adalah sosok bangsat. Jika
seseorang tidak tahu dari mana asal usul pasti sosok ini tidak akan tahu kenapa keadaan sekarang berlaku saperti ini. Dan mereka pasti TIDAKtahu dari SINI mereka hendak kemana. Sejarah adalah rujukan yang tidak pernah berubah. Sejarah TIDAK akan berbohong.
British membawa masuk Orang Cina dan Orang India ke Tanah Melayu bukan kerana cintakan Orang Melayu atau mahu membantu Orang Cina dan India yang miskin. Tujuan British membawa masuk India dan China ke tanah Melayu ialah untuk menjadi kuli. Untuk menjadi buruh di ladang getah dan di lombong bijeh.
Jelas menunjukakn bahawa kemasukan Orang Cina dan Orang India ini kerana kepentingan kaum pemodal. Lalu timbul persoalan – apakah Orang Melayu tidak ada ketika Cina dan India dibawa masuk? Jawabnya Orang Melayu dan Orang Asal ada wujud. Mereka telah menduduki Bumi Melayu ini semenjak ribuan tahun. Bumi ini adalah tanah tumpah darah mereka.
Apa yang menjadi masalah kepada penjajah British ialah Orang Melayu dan Orang Asal amat selesa dengan cara hidup mereka. Orang Asal dengan teknik Bakar dan Tanam. Berhuma untuk beras dan berladang untuk jagong dan keledek. Babi untuk menjadi asas protein. Manakala Orang Melayu di kampong selesa dengan kehidupan kampong – bersawah dan berpadi. Atau yang ditepi laut – berIkan ke laut.
Dari pandangan sistem ekonomi kapitalis – Orang Melayu dan Orang Asal melanggar hukum dan nilai-nilai kapitalis. Orang Melayu tidak ada niat untuk mengumpul harta. Orang Melayu tidak ada niat untuk menjual tenaga mereka. Justeru Orang Melayu dalam sistem kapitalis ditakrif sebagai mereka yang tidak ada keupayan membeli. Orang Melayu tidak ada duit. Dalam sistem ekonomi kapitalis sesiapa yang TIDAK berduit adalah sampah.

Tidak BERDUIT adalah haram dalam ajaran rukun iman sistem ekonomi kapitalis. Tidak berduit bermakna tidak dapat membeli. Kalau tidak berduit – tidak membeli - maka sistem ekonomi kapitalis tidak dapat begerak. Sesiapa yang TIDAK BERDUIT dalam sistem ekonomi kapitalis dianggap tidak berguna.
Orang Melayu dizaman Raffles tidak memerlukan wang untuk hidup. Ini tidak bermakna mereka tidak memburuh dan tidak bekerja. Mereka kesawah untuk cukup makan. Mereka ke sungai untuk cukup ikan. Mereka ke hutan untuk rusa dan kijang. Orang Melayu ada ayam, itik , lembu dan kambing. Hidup Manusia Melayu ketika itu tidak diperangkap atau terjerat dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru Manusia Melayu bebas dari ikatan kolonial.
Ini tidak bermakna Orang Melayu tidak bekerja. Mereka juga memburuh dan membanting tulang. Mereka meneroka hutan dara. Kampong dan jalan diteroka. Mereka menjadikan paya dan lembah kawasan sawah yang subur.

Tanpa duit bolehkah semua ini dilakukan? Jawabnay boleh. Ketika ini Orang Melayu menggunakan sistem ekonomi GOTONG ROYONG – BERSERAYA- Mereka memberi tenaga bukan kerana upah atau gaji tapi dengan niat tolong menolong. Parit dan anak sungai dibersihkan bersama. Rumah didirikan bergotong royong. Sawah diairi bersama. Ke darat mencari rotan ke sungai mencari ikan. Berat sama dipikul-ringan sama dikepit. Bulat air kerana pemetong- bulat manusia kerana mufakat.
Ertinya ekonomi Orang Melayu dan Orang Asal pada zaman Raffles tidak menggunakan ringgit dan dolar. Ini amat bahaya kepada sistem ekonomi kapitalis.

Sikap Melayu yang TIDAK ambil pot terhadap ringgit dan dolar ini mengancam kuasa Raffles dan East India Company. Mereka datang dari negara Atas Angin untuk berjual beli. Jika sampai ke Jelebu atau ke Jemapoh semua Orang Kampong tidak ada duit maka Kapitalis Inggeris ini akan mati kering.
Justeru Orang China dan Orang India dibawa masuk adalah strateji sistem kapitalis. Sebagai buruh dan kuli- mereka dijanjikan upah. Kuli-kuli ini tidak memiliki tanah saperti Orang Melayu. Mereka tidak memiliki 'kebebasan ekonomi' untuk hidup. Mereka terikat dan bergantung tidak saperti Orang Melayu yang bebas.


Maka untuk hidup Pendatang Baru ini wajib menjual tenaga kepada British untuk mendapat upah dan gaji. Dengan duit upah dan gaji kuli-kuli ini memiliki kuasa membeli. Kuasa membeli ini amat penting dalam lingkaran sistem ekonomi kapitalis. Membeli barangan adalah alat pelincir untuk menjalankan sisitem ekonomi kapitalis.
Justeru dari segi sejarah - buruh China dan buruh India yang datang ke Tanah Melayu dizaman British adalah pemula sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu. Mereka mengenal dan bergerak dalam sistem ekonomi kapitalis seratus tahun lebih awal dari Orang Melayu
Harus disedari bahawa dizaman ini hubungan antara Melayu dengan Cina atau antara Cina dengan Melayu amatlah minimal. Orang Melayu tinggal dikampong dan tidak ada keperluan untuk berurus atau berkenal dengan China atau India. Malah jika ada Cina atau India yang datang ke kampong Melayu atau menjadi sahabat Melayu – ini diberi penghormatan. Ini kerana pekara sademikian terlalu 'rare' atau amat jarang berlaku.
Orang Cina pula secara natural tinggal di pekan dan kota. Dari ratusan orang menjadi puluhan orang yang datang berhijrah. Dari puluhan menjadi ribuan. Akhirnya ratus ribuan yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Pedatang Baru ini walau pun dari kampong dan desa kini tinggal dipekan dan bandar. Justeru kerana inilah Kuala Lumpur, Ipoh , Pulau Pinang malah semua pekan di barat Semenanjung diduduki oleh Orang China.
Pada tahun 1906 Malay College Kuala Kangsar didirikan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College lahir di Tanjung Malim. Apakah lembaga ilmu ini lahir kerana cinta dan kaseh sayang British terhadap petai dan tempoyak? Jawabnya TIDAK.
British memerlukan kaki tangan yang setia untuk memastikan kepentingan kaum pemodal British terjaga. Pada ketika ini ladang getah dan lombong bijeh British telah mengeluarkan hasil. Maknanya selain dari keperluan tenaga buruh - kuasa kolonial British juga memerlukan guru, kerani, jaga dan mandor.
Hakikatnya - British memerlukan 'budak suruhan' yang setia. British memerlukan tenaga kerja – aparacik – untuk menjalankan pentabiran. Hanya anak tempatan yang boleh memahami hati dan sanubari warga tempatan. Nilai dan budaya tempatan hanya difahami oleh anak tempatan.
Kuasa British sebagai kuasa penjajah cukup licik. Sebuah negara yang kecil berjaya menakloki lebih dari tiga suku dunia ini. Sebanyak 53 buah negara dalam dunia ini adalah bekas Tanah Jajahan British – Negara-Negara Commonwealth. Bagaimana ini boleh berlaku?
Kuasa British datang sesudah kuasa Portugis, Belanda, Peranchis menjajah Amerika Latin, Afrika dan Asia. British telah melihat pengalaman kuasa kolonial yang terdahulu. Penjajah British telah mengumpul pengalaman dan memperbaiki cara dan teknik untuk menjajah. Harus diingati Inggeris telah menjajah Wales, Scotland dan Irealand – hinggakan kesemua warga negara ini hilang bahasa ibunda mereka.
Justeru di Tanah Melayu, British secara licik menjalankan dasar Pecah/Perintah. Dasar ini dicampurkan pula dengan dasar Adu/Domba. Tanah Melayu berjaya dipisahkan dari Sumatra dan Jawa. Selangor digaduhkan dengan Aceh dan Johor. Manakala di Perak ditabalkan 'barua' yang setia. Penentang British dituduh sebagai 'anti-nasional' – dihalau atau dibuang negeri. Siapa berani melawan British akan diserang untuk dibunuh.
Anak-anak feudal yang terdidik dalam Malay College kini menjadi 'budak suruhan' yang amat setia untuk British. Dari Malay College mereka dihantar ke Old Mother England untuk belajar. Mereka menjadi tulang belakang dalam sistem pentabiran British. Manakala anak kaum tani dan nelayan di hantar ke SITC untuk menjadi guru.


Sesudah Revolusi Bolshevik 1917 – semuanya berubah. Eropah bergolak. Idea, pemikiran dan falsafah baru muncul. Sistem penjajah mula dipersoalkan. Salah benar penjajah mula ditanya. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya muncul di Kuala Pilah. Pada tahun 1938 Kesatuan Melayu Muda lahir dari Kampong Baru Kuala Lumpur. Semenjak itu kelahiran dua parti politik ini – Tanah Melayu hingga ke Malaysia hari ini – terus bergolak. (TT)


BANGUN MELAWAN
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN



-----------

DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


FARHAN MENIPU-ABBY

Posted: 11 Jun 2014 07:30 AM PDT

btmmari.blogspot.com


 
Hari ini gempar mengenai kes Farhan membuat laporan bahawa dirinya didera oleh Abby Abadi. Sekarang Abby Abadi tampil untuk menjelaskan kembali apa yang berlaku. Iyalah kan, takkan la kita nak dengar sebelah pihak je kan? Jom dengar apa respons Abby Abadi di bawah ini :

Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan. Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental. Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.

(Menurut Farhan, laporan polis itu dilakukan sekiranya terdapat kesusahan dalam proses memohon penceraian dan sekiranya hakim memerlukan bukti. Namun Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya membuat penjelasan panjang lebar mengenai kontroversi ini. Tulis Abby:-

Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.

Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya 'cerita rekaan' ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… 
ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai 'ujian' utk Sy. Wat lek Wat Peace je k) SUMBER

[ASTAGHFIRULLAH] Murid Darjah 6 Dicekup Bersetubuh Didalam Bilik Di Segamat

Posted: 11 Jun 2014 06:53 AM PDT

KELAB GREENBOC



Segamat - Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

"Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik," katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

"Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.

"Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis.

ULASAN GB

Sudah sampai ke peringkat kritikal masalah akhlak pelajar sekolah sehingga pelajar darjah 6 sudah terlibat di dalam kes persetubuhan haram.

GB pernah mengulas sebelum ini bahawa "apabila sistem pendidikan negara telah jauh daripada roh pendidikan sebenar dengan tidak menitikberatkan aspek pendidikan rohaniah maka itulah kesannya."

Pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu dinilai semua dan Menteri Pelajaran perlubertangungjawab sepenuhnya untuk sebuah penggubalan dasar pendidikan yang menitikberatkan nilai-nilai akhlak dan disiplin - bukan terhad semata-mata kepada penilaian kognitif dan lulus periksa.

Jika tidak, maka kita akan dapat melihat lagi kejadian-jeadian di atas, malah dengan adegan dan senario yang lebih mengerikan!

Muflis: Raja Baharin timbang saman penyebar fitnah

Posted: 11 Jun 2014 06:02 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL



 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terenggau Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang mendakwa beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu.

Jelasnya, peguamnya juga telah membuat semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah dan mendapati tidak ada sebarang keputusan atau kes mahkamah yang dibicarakan membabitkan beliau.

"Saya mana ada hutang besar, yang ada cuma hutang kereta. Jadi bagaimana saya boleh diisytiharkan muflis.

"Kalau betul tuduhan yang dibuat sila nyatakan kes apa, bank mana serta berapa jumlah pinjaman saya. Saya tidak terima apa-apa surat saman dari peguam, jadi macam mana nak isytihar muflis," jelasnya pada sidang media di parlimen pagi ini.

Beliau yang yakin, PAS Pusat telah membuat siasatan teliti mengenai kedudukan beliau dari sudut kewangan dan perundangan terutama sebagai individu yang bebas dari muflis sebelum diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum lalu.

"Saya tidak tahu apa motif utama penyebaran fitnah ini.

"Cuma saya boleh buat sedikit kesimpulan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati tindakan saya dalam ketengahkan isu cukai pintu di Kuala Terengganu sebelum ini, mereka ingin menjatuhkan saya dengan penyebaran fitnah sedemikian," katanya lagi.

Sejak penyebaran fitnah itu semalam, beliau banyak menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas tentang dari pelbagai pihak termasuk pengundi di Kuala Terengganu bagi mengetahui berita tersebut.

"Hari ini saya akan balik untuk bertemu pengundi bagi menjelaskan perkara sebenar, saya hanya wakil rakyat biasa dan tidak ada apa-apa jawatan besar dalam parti.

"Penyebaran fitnah ini tidak pernah mengugat perjuangan saya untuk membela rakyat, kalau nak jatuhkan saya lakukan secara demokrasi bukannya melalui fitnah" katanya.

Kg Chubadak: Mana NGO Melayu – Mazlan

Posted: 11 Jun 2014 05:54 AM PDT



HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: "Mana suara-suara NGO yang kononnya jaga Melayu dan Islam," tanya Mazlan seperti yang ditulis dalam Facebook beliau semalam. 
(Gambar : Rumah dirobohkan ketika penghuni masih ada di dalam rumah)

Ulasan itu rentetan dua buah rumah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dalam suatu operasi semalam.

Kawasan ini menjadi pertelingkahan apabila pemaju mahu penduduk berpindah ke kawasan lain kerana mahu memajukan kawasan ini.

Lokasi Kampung ini yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya.

Kawasan ini telah diteroka sejak tahun 1980-an lagi dan penduduk dikatakan telah memperoleh pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 - yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka bandar dan mereka perlu dibayar ganti rugi sekiranya kawasan ini ingin dimajukan.

 (Gambar : Salah seorang penduduk mencari sisa barangan yang boleh digunakan)

Pertelingkahan mula timbul pada tahun 1996, apabila DBKL membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Sejak itu, sedikit demi sedikit penduduk kampung ini dikeluarkan dan yang terbaharu membabitkan dua buah rumah.

"Kerajaan yang dipimpin oleh manusia seagama dan sebangsa tega bertindak zalim," ulas Mazlan lagi.

Yang menyedihkan, dalam keadaan Ramadan makin hampir nasib mereka masih samar-samar di sebuah negara yang pemimpinnya Melayu dan beragama Islam.

Cermin gelap: Hasil bengkel hanya 'berakhir' di Glenmarie?

Posted: 11 Jun 2014 05:51 AM PDT

ZULHAZMI SHARIFF





PINDAAN KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (LARANGAN MENGENAI JENIS-JENIS KACA TERTENTU) 1991 - DI MANA BERAKHIR?


Pada 15 MEI 2014, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman PDRM SAC Mohd Fuad Abd Latif memaklumkan bahawa suatu operasi besar-besaran berkaitan penggunaan cermin gelap akan mula dilakukan pada 16 JUN 2014.

Beliau seterusnya memberikan amaran kepada pemilik-pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang membenarkan kegelapan cermin hadapan kenderaan 30% dan cermin selainnya 50% yang mana kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan.

Ekoran dari itu timbul pelbagai reaksi daripada pengguna dan persatuan-persatuan yang berkepentingan. Mengambil langkah pro-aktif, Kementerian Pengangkutan mengadakan suatu bengkel yang disertai agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan berkepentingan dan Ahli-ahli Parlimen. Bengkel tersebut telah dijalankan selama dua (2) hari di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam pada 2 dan 3 JUN 2014.

Pelbagai cadangan, respon, reaksi dan bantahan telah dikemukakan semasa bengkel berlangsung. Pada penghujung bengkel Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi memaklumkan bahawa semua cadangan dan maklum balas akan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan untuk diambil tindakan.

Hasil bengkel tersebut antaranya mengesyorkan supaya kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus berbanding VLT asal sebanyak 50 peratus manakala ketelusan cermin hadapan kekal 70%.

Carian di portal rasmi E-Warta Persekutuan masih tidak kelihatan pewartaan apa-apa kaedah baru yang bermaksud hasil kajian bengkel yang dijalankan baru-baru ini masih di awang-awangan.

Hari ini 11 JUN 2014 bermakna masih ada empat (4) hari sebelum operasi besar-besaran oleh pihak PDRM dijalankan. Pengguna dan pemilik kenderaan masih menunggu apakah keputusan kerajaan. Di mana ianya akan berakhir?

Adakah kaedah lama terpakai atau kaedah baru hasil perbincangan bengkel akan dilaksana sedangkan PDRM sudah tidak sabar-sabar hendak menjalankan operasi? Jika ada pindaan atau kaedah baru, bilakah akan diwartakan?

Kenapa mengambil masa terlalu lama sedangkan Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa semua hasil bengkel akan terus dipanjangkan kepada Menteri untuk perhatian dan jika dipersetujui akan dilaksanakan serta-merta.

Tindakan kerajaan melengah-lengahkan pengumuman dan pewartaan kaedah baru ini memberikan kesan kepada pengguna khususnya pemilik kenderaan. Jika kerajaan umumkan dalam masa yang hampir tarikh perlaksanaan operasi oleh PDRM, maka pengguna akan bersesak-sesak ke kedai aksesori.

Adakah hasil bengkel ini hanya berakhir di Glenmarie? Sama-sama kita tunggu.

*Penulis adalah Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) merangkap Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Malaysia.

Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam

Posted: 11 Jun 2014 05:48 AM PDT

 


harga internet malaysia


Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal : Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?
Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.

caj internet malaysia

 

Caj Internet di Malaysia 1 Mpbs VS Singapore 150Mpbs (RM119)

Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.

caj internet malaysia

Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.

Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati?

Pemuda PAS solat hajat, solidariti buat Mejar Zaidi

Posted: 11 Jun 2014 05:42 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melalui Jabatan Amal semalam menganjurkan Majlis Solidariti bersama Mejar Zaidi Ahmad, pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dihadap ke mahkamah tentera.

Pada majlis yang diadakan di Darul Amal, Taman Maluri, Kuala Lumpur itu, mereka turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin agar Mejar Zaidi terus diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah dalam berhadapan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin dan Mejar Zaidi sendiri.

Khairil dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily berkata pihaknya bertekad untuk terus menyatakan solidariti dan penghargaan kepada Mejar Zaidi atas keberanian beliau bercakap benar dan tidak tunduk kepada pihak yang berbuat zalim.

"Mejar Zaidi yang menyatakan kebenaran dikenakan tindakan sedangkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menguruskan dakwat kekal yang tidak kekal itu masih tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Adakah ini dikatakan keadilan," soal Khairil.

Mejar Zaidi dihadap ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

Pada perbicaraan di Mahkamah TUDM Sungai Besi semalam, beliau telah dikenakan semula lima pertuduhan yang dipinda yang sebelum diketepikan.

Kes Mejar Zaidi: Saksi mengaku diarah padam video

Posted: 11 Jun 2014 05:41 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad hari ini meyaksikan seorang saksi, Sarjan Mohd Khairul Nizam Ishak mengaku diarah untuk memadamkan rakaman sidang akhbar yang dibuat Zaidi di dalam telefon bimbitnya.

Mohd Khairul berkata, beliau bertindak memadam rakaman sidang akhbar Zaidi berhubung dakwat kekal itu selepas diarahkan berbuat demikian oleh Pengarah Jabatan Marsyal Provos TUDM, Leftenan Kolonel Mohammad Rosli Yaakob.

Menjawab soalan peguam bela Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Khairul bagaimanapun tidak bersetuju tindakannya memadamkan bukti rakaman itu adalah satu kesalahan.

Beliau berkata tindakannya itu sebagai mengikut arahan pihak atasan agar ianya tidak tersebar.

Mohd Khairul juga memaklumkan bahawa beliau dengan seorang lagi rakan Mohd Zuradi Muchtar diarah untuk mengekori Zaidi pada 1 Mei tahun lalu itu.

Beliau turut memaklumkan telah mengekori Zaidi membuat laporan polis di balai polis IPD Kepala Batas hari sama.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, ketika disoal balas, Mohd Khairul juga mengaku isu dakwat kekal tidak berada dalam bidang kuasa pasukan tentera atau mana-mana agensinya.

Beliau juga bersetuju dengan Mohamed Hanipa bahawa tugasan yang diberikan kepadanya pada 1 Mei untuk memerhati Zaidi bukan tugasan rasmi.

Mohd Khairul bersetuju laporan polis dan sidang akhbar yang dibuat oleh Zaidi dan isu dakwat kekal tidak berkait dengan tugas serta tanggungjawab tertuduh di TUDM.

Perbicaran dibuat di hadapan lima hakim diketuai Kolonel Saadon Ahmad.

Zaidi dihadap ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin.

Mahkamah akan bersambung semula esok.

Zahid ulangi ugut tampar Teresa bukan jenayah

Posted: 11 Jun 2014 05:39 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan insiden yang membabitkan sebuah NGO yang mengeluarkan ugutan untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukan satu jenayah.

Beliau menjelaskan demikian melalaui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa yang bertanya sama ada kerajaan akan mendakwa NGO yang mengeluarkan ugutan tersebut, juga kepada Datuk Yong Teck Lee yang turut memberi tawaran menampar Menteri Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan prinsip undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu perbuatan (actus reus) dan niat jahat (mens rea).

Menurut Zahid lagi, perbuatan tawaran tersebut tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip-prinsip undang-undang.

Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara Halal Oleh Pelabur Asing! Rakyat Johor Bakal Dihalau Dari Kawasan Elit @ Bandar Johor?

Posted: 11 Jun 2014 05:31 AM PDT

 


Jual Tanah di Johor


Hartanah di Johor Terus "Dirogol" Secara Halal Oleh Pelabur Asing : Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang.

Nah inilah ini bait-bait lagu Warisan "Anak kecil Main Api" yang mengingatkan nasib & suatu peringatan rakyat Malaysia andai jika kedaulatan dan rezab tanah yang pernah ditinggalkan oleh penjajah British kepada pemerintah.

Datuk Syed Al-Attas pernah melabel rakyat negeri Johor miskin sebenarnya (SEPERTI DI SINI) dibandingkan dengan rakyat negeri lain termasuk rakyat Kelantan.

Harga tanah yang begitu mahal di negara sendiri, disamping kuasa beli yang besar telah menarik minat rakyat Singapura untuk memiliki tanah di Johor secara tidak terkawal sehingga menutup peluang rakyat Johor sendiri untuk memiliki tanah.
  1. Tanah KTMB di Singapura pun sudah dijual…
  2. Batu putih sudah pun diserahkan dengan mudah kepada Singapura (SEPERTI DI SINI PUNCANYA)
  3. Bekal air ke Singapura dengan harga yang hampir sekali tidak masuk akal (KLIK SINI)
  4. Puluhan ekar dan ratus ekar tanah di negeri Johor berjaya dimiliki oleh pelabur Asing (KLIK SINI)
Harga Rumah di Johor

 

Hartanah di Johor : Nasihat & Peringatan Tun Dr Mahathir?

Bagi Berita Semasa rakyat Johor perlukan pemimpin & pemerintah yang lebih 'jati diri" bagi mentadbir negeri Johor. Mampu pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luar dan tidak goyang atas nama kuasa dan apabila dihidangkan dengan "lambakan duit" daripada kapitalis dari luar sana.Kira-kira 2 tahun lalu, ketika bandar Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura. Amaran Tun Dr Mahathir Mohamad hilang ditelan keghairahan 'pembangunan' dan publisiti menarik 'pelaburan asing'.

Menjual dan 'menganugerahkan' tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun – samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi semata. Sekali sekala, elok juga dibaca dengan semangat untuk terus mempertahankan tanah yang di negeri anda. Sepatutnya, kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia kepada pemerintah. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan."

Hartanah di KL
  • Ya…benar, kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor – dari negara mana sekali pun
  • Tetapi…..ada tetapinya, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing
  • Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat & terlibat dengan transaksi tersebut
  • Akhirnya apa jadi? Rakyat Johor sedikit demi sedikit terpaksa berhijarah ibarat dihalau ke luar dari kawasan bandar dan elit di negeri Johor sedangkan pelabur asing terus berkmapung dan memonopoli kawasan bandar di negeri Johor
  • Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!
Dalam kerancakan pihak pemerintah membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, harapan Berita Semasa yang kami pasti senada dengan rakyat negeri Johor agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pemerintah tidak akan merelakan mana-mana pihak, menitiskan air mata."

Hartanah di Johor Malaysia : Tuan @ Penumpang di Tanah Air Sendiri?

 

Harga Rumah Danga BayContohnya, Berita Semasa sendiri terkejut, tatkala calon heavyweight daripada Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang berjaya menumbangkan tokoh besar UMNO di Bandar Diraja, Johor Bahru yang Berita Semasa jangkakan hampir sama sekali Ghani Othman suatu figura politik yang sukar rebah kepada Lim Kit Siang? Apa sebabnya? Pernah terfikir dan cuba untuk musabah diri sendiri?
Berita Semasa yakin dan percaya jika apa yang dikehendaki rakyat Johor dituruti pemerintah, Pakatan Rakyat tidak mampu "cari makan" di sana.
Cukupkah sekadar melaungkan 'Hidup Melayu, Hidup Melayu, 1Malaysia", rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu terus terbuai dengan laungan seperti itu? Apa yang rakyat Johor mahukan adalah kata-kata yang disertakan tindakan yang berpihak kepada mereka sebagai rakyat marhaen. Apa yang rakyat Johor mahukan adalah :
  1. tanah mereka tereka terus terpelihara supaya tidak terus dirogol oleh pelabur asing
  2. lebih banyak rumah mampu milik
  3. itu belum disentuh lagi, bebanan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi
Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Ratus juta sana, pelaburan berbilion sini. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.

Rumah di Johor

Berita Semasa tidak mahu 'rakyat Malaysia, khususnya di bumi Johor menitiskan air mata', menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota. Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.

P/S : Usahlah! Cukuplah! Buat duit mudah dengan cara menyerahkan tanah Johor kepada pelabur asing. Belajarlah dengan negara Jerman, cara bagaimana kerajaan Jerman menjaga pasaran hartanah di sana sehingga rakyat Jerman tidak terbeban. Insyaallah, Berita Semasa akan kupas untuk rujukan kita pada masa akan datang. Nantikan!

PP/S : Kita sedang ghairah dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan pelancongan, dan megah dengan sanjungan dunia. Pendatang asing pun sudah menguasai kita. Kita leka dan terus berebut wang dan kuasa – sesama kita.

Politik Wang: Azmin Dakwa Jadi Mangsa, Cabar Chegubard Kemuka Bukti

Posted: 11 Jun 2014 05:25 AM PDT

Azmin
 


PETALING JAYA: Pemimpin kontroversi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mencabar Badrul Hisham Shaharin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan pembabitannya dalam politik wang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.


Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard itu, calon Timbalan Presiden parti itu juga pada masa sama mengakui dirinya menjadi mangsa 'politik iri hati' oleh sebilangan kecil ahli parti.

"Buat masa ini tidak ada sebarang tuduhan (rasuah) terhadap saya.

"Yang ada hanyalah dakwaan yang semata-mata dakwaan. Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan, anda juga bebas untuk buat dakwaan terhadap saya jika tak suka saya," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Malahan, Azmin turut mempersolkan kredibiliti pemimpin akar umbi seperti Chegubard yang berterusan membuat dakwaan namun gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini sebuah parti reformasi dan sudah pasti kita ingin lihat setiap tindakan yang diambil mestilah telus dan jelas.

"Jika ada bantahan atau dakwaan, kemukakanlah bukti kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan lanjut...ikut saluran yang betul," katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Chegubard menerusi aduan bertulisnya kepada Lembaga Disiplin PKR bahawa seorang anggota dari kem Azmin cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Chegubard yang digantung keahliannya mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan beliau mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk amalan rasuah, khususnya bagi membeli undi semata-mata untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

"Saya menolak keras amalan rasuah dalam parti dan sistem pentadbirannya. Perkara ini menjadi dukungan parti ini dan saya sendiri," katanya.

Ditanya mengapa beliau seringkali menjadi mangsa pelbagai dakwaan liar pada pemilihan kali ini, Azmin berkata: "Ini membuktikan saya masih berkesan...masih memberi impak sama ada di dalam parti mahupun di luar.

"Sudah 15 tahun saya difitnah dengan pelbagai cara. Ini bukan perkara baharu bagi saya," katanya.

Adik Perempuan MP Mersing Maut Kemalangan

Posted: 11 Jun 2014 05:21 AM PDT

 
MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Adik perempuan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad maut dalam kemalangan di Jalan Bahau-Keratong, berhampiran Jempol awal pagi Rabu.

Turut terkorban adalah suami mangsa.

Laporan awal mendapati Shamsiah Ahmad, 45, dan Ismail Atan, 52, yang terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi Rabu maut ditempat kejadian akibat cederah parah di kepala dan badan.

Kedua-dua mangsa yang menaiki lori satu tan itu dikatakan dalam perjalanan dari Mersing, Johor, ke Bangi, Selangor.

Malaysia Mula Dilanda Suhu Panas

Posted: 11 Jun 2014 05:19 AM PDT



Jurujual, Nazatul Akma menikmati aiskrim ketika cuaca panas di luar KLCC. -RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
 

PETALING JAYA: Fenomena suhu panas yang berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gambaran awal mengenai keadaan cuaca yang akan dirasai untuk beberapa bulan akan datang.

Walaupun dijangkakan terdapat hujan dan ribut petir untuk tempoh tiga bulan akan datang, Jabatan Meteorologi berkata suhu purata boleh mencecah sehingga 36°C.

Pada Ahad dikatakan stesen meteorologi di Felda Belera, Terengganu, and Daro, Sarawak, merekodkan bacaan suhu sehingga 37°C.

Selain suhu panas dan cuaca kering, lebih banyak kebakaran hutan dijangka berlaku pada masa akan datang.

Jabatan itu berkata Malaysia kini memasuki musim monsun barat daya dan di negara ini akan mengalami suhu purata maksimum sehingga 33.1°C setiap hari sehingga September.

"Kami menjangka untuk melihat lebih banyak hari tanpa hujan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walaupun dalam suhu panas, jabatan itu berkata masih terdapat hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan pedalaman di barat Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.

Di bahagian tengah dan utara semenanjung dijangka mencatat purata suhu harian tertinggi antara 33°C dan 34°C dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Mengenai keadaan jerubu tebal yang dijangka berlaku, jabatan itu berkata ia akan membahayakan kesihatan dan memberi kesan kepada sektor pertanian, penerbangan dan pelancongan.

Malek Hussein Tutup Mulut Dakwaan Disogok

Posted: 11 Jun 2014 05:16 AM PDT

Abdul Malek Hussein.
 
 
 
PETALING JAYA:Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Malek Hussein berdolak-dalik mengenai dakwaan beliau menolak rasuah yang diberikan seorang calon dari kem Mohamed Azmin Ali.


Beliau yang enggan menjawab pertanyaan mengenai dakwaan tersebut sebaliknya berkata, terlalu banyak isu bantahan seperti itu yang dipetik daripada blog.

"Yang mana? Ada banyak isu bantahan, ada juga isu-isu seperti ini yang dipetik daripada blog," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terdahulu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard membuat aduan bertulis kepada Lembaga Disiplin mengenai dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberikan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya' selepas beliau digantung keahliannya.

Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem 'Keadilan Raya' yang diketuai  Azmin.

Ketika ditanya mengenai aduan bertulis tersebut, Abdul Malek berkata, panel bantahan masih belum dimaklumkan mengenai isi kandungan surat berkenaan.


"Kami difahamkan aduan tersebut telah diserahkan kepada Lembaga Disiplin tapi kami belum dimaklumkan mengenainya sehingga hari ini," katanya.

Justeru, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga membaca sendiri aduan bertulis berkenaan.

"Kami akan meneliti aduan tersebut selepas dimaklumkan mengenainya. Selepas itu baharulah kami akan membuat tindakan susulan," katanya.

GST minyak: Mustahil belum ada kata putus

Posted: 11 Jun 2014 12:26 AM PDT


Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki


KUALA LUMPUR - PKR hari ini mendakwa bahawa kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel pada bulan September bagi mengelak bantahan awal rakyat.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata adalah mustahil kerajaan masih belum memutuskan untuk mengenakan GST terhadap dua bahan api tersebut,
memandangkan kerajaan mempunyai masa yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Saya telah menunjukkan bagaimana kutipan GST dari petrol dan diesel ini sekurang-kurangnya akan mencecah RM3 bilion setiap tahun, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan.

"Jawapan-jawapan kerajaan di Dewan Rakyat setakat ini mengesahkan bahawa kerajaan BN mensasarkan kutipan di antara RM21 bilion hingga RM26 bilion setahun apabila GST dilaksanakan kelak.

"Ini bermakna kutipan GST dari petrol dan diesel adalah di antara 12 peratus hingga 14 peratus dari jumlah kutipan tahunan yang disasarkan oleh BN," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, berdasarkan kiraan yang dibuat, pihaknya menjangkakan kutipan ke atas GST petrol dan diesel adalah kutipan yang tertinggi berbanding barang lain. 

"Sebab itu, saya merasakan mustahil Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Kabinetnya tidak mengambil kira kesan kepada kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel," dakwanya.

Jumaat lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel.

Peluang Pakatan muhasabah diri

Posted: 11 Jun 2014 12:17 AM PDT

 WARTA UTARA

 
Kekalahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Teluk Intan tempoh hari memang agak mengejutkan, memandangkan Pakatan telah memenangi kerusi parlimen itu dengan selesa dalam dua pilihan raya umum yang lepas.
 
Mungkin ada yang mula menyangka yang tsunami yang bermula pada pilihan raya umum yang lalu telah berakhir di Teluk Intan, dan memberi petanda kurang baik tentang Pilihan Raya Umum ke-14

Tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, dan kekalahan di Teluk Intan tempoh hari wajar diambil pelajaran berguna daripadanya, dan bukan menyalahkan parti  lawan yang turut sama menyumbang tenaga

Kekalahan di Teluk Intan, dalam pilihan raya kecil yang sepatutnya berperanan sebagai satu tolakan yang boleh menguatkan momentum menuju PRU 14 seeloknya diperhalusi oleh semua parti terlibat, untuk melihat di mana ruang yang boleh diperbaiki.

Faktor-faktor seperti pengundi luar tidak pulang mengundi, kempen (dan juga calon) Barisan Nasional yang lebih cekap dan berkesan, faktor isu-isu yang menjejaskan kerjasama sesama anggota Pakatan dan banyak lagi perlu disiasat dan dinilai dengan jujur.

Dalam keadaan PRU 14 masih jauh, masih banyak masa yang boleh digunakan untuk berhenti sebentar dan mengambil masa untuk menyusun dan mengukuhkan semula kekuatan dalaman parti masing-masing dan kerjasama serta persefahaman sesama parti Pakatan.

Selain Teluk Intan, sejak beberapa bulan lalu, banyak isu sama ada dalaman atau melibatkan serangan dari luar melanda parti- parti Pakatan.

Pilihan raya parti Keadilan, isu kerajaan negeri Selangor, hudud yang menyentuh sensitiviti PAS dan DAP antaranya telah memberikan peluang kepada parti lawan Umno dan BN meningkatkan serangan terhadap Pakatan di media.

Isu hudud menyaksikan kedua-dua PAS dan DAP bertindak dengan cara yang mudah dibaca lawan, dengan berbalas kenyataan di media.

Semua ini cabaran dan tribulasi yang sukar kepada Pakatan, tetapi mendedahkan Pakatan dengan pengalaman baharu untuk dipelajari

Hal ini juga wajar dinilai secara bersama dan dibina kesepakatan untuk diuruskan dengan cara yang lebih berkesan dan bukan secara sembarangan dan bersendirian, lebih-lebih lagi dalam isu yang melibatkan keutuhan dan perpaduan Pakatan.

Selepas dua pilihan raya kecil parlimen dilalui Pakatan, seharusnya pada masa selepas setahun PRU 13, banyak yang telah dilalui yang perlu dimuhasabah dan dikongsi untuk penilaian dan pelajaran bersama, termasuk melibatkan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri.

Pakatan perlu mengambil peluang muhasabah ini untuk membina kesepakatan dan kerjasama yang lebih rapat dan kukuh.

Puncak Niaga terima tawaran kerajaan Selangor

Posted: 10 Jun 2014 11:37 PM PDT


Puncak Niaga  
Puncak Niaga


SHAH ALAM - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd hari ini bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih 100 peratus pegangan saham syarikat rawatan air itu dan 70 peratus pula saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan pengambilalihan itu dimaklumkan kepada anak syarikat kerajaan negeri Selangor, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun lalu.

Menurut kenyataan media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, KDEB membalas surat Puncak Niaga itu dan bersetuju dengan prinsip tawaran tersebut.

"Kedua-dua pihak telah menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100 peratus pegangan saham dalam PNSB dan 70 peratus dalam Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta.

"Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, KDEB akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan Syabas termasuk semua aset dan liabiliti yang berkaitan industri air sahaja," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga juga telah membuat pengumuman tentang hasratnya itu kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini.

Bagaimanapun tawaran itu masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh PNSB dalam masa terdekat.

Penerimaan tawaran pengambilalihan itu susulan rayuan Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaharu itu dan mengucapkan tahniah kerana usaha mengembalikan hak air kepada rakyat sudah di peringkat akhir.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.

Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, kerajaan negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang dimeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.

Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.

Hudud: Selangor tak seperti Kelantan, kata exco

Posted: 10 Jun 2014 11:24 PM PDT


Sallehen Mukhyi  
Sallehen Mukhyi
 

PERANCANGAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

"15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

 "Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana," katanya.

Menurut Sallehen,  bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

 "Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

"Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih  dahulu," katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

"Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan.

Abby Abadi sah cerai talak satu

Posted: 10 Jun 2014 11:19 PM PDT


Abby Abadi  
Abby Abadi
 

PELAKON Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.

Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

[BERITA] Seorang Doktor Ditemui Mati Tanpa Pakaian Di Tandas Hospital

Posted: 10 Jun 2014 11:16 PM PDT

KELAB GREENBOC

Alor Gajah: Seorang doktor lelaki atas panggilan (on call) di Hospital Alor Gajah telah ditemui mati di dalam tandas bilik doktor di sini, pagi ini.

Difahamkan badan doktor berusia 29 tahun yang berasal dari Petaling Jaya itu telah ditemui pada kira-kira jam 9:00 pagi oleh kakitangan hospital selepas mereka terpaksa membuka pintu tandas yang dikunci dari dalam.

Menurut sumber hospital, doktor tersebut ditemui terbaring tanpa seurat benang di atas lantai bilik air di dalam bangunan itu.

Doktor tersebut mula bekerja di Hospital Alor Gajah kira-kira dua bulan lalu. Dia berada di atas pangglan malam tadi hingga awal pagi ini.

"Difahamkan bahawa pada kira-kira 6:30 pagi, doktor berkenaan telah menerima panggilan kecemasan dari wad pediatrik dan dia telah pergi untuk menyelesaikan kes berkenaan sebelum kembali semula ke bilik doktor untuk berehat.

Pada jam 8:30 pagi, terdapat satu lagi panggilan untuknya tetapi dia tidak dapat ditemui dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Pegawai hospital kemudian memaklumkan kepada Pengarah Hospital Alor Gajah, Dr Suraidah Karim.

Kakitangan hospital kemudian memeriksa tandas di dalam bilik doktor di atas panggilan dan mendapati bahawa bilik air itu terkunci dari dalam, kata sumber itu.

Kakitangan hospital telah memecahkan pintu bilik air tersebut dan mendapati mangsa yang berbaring kaku tanpa seurat benang di atas lantai.

Kakitangan hospital telah cuba memberi pertolongan kecemasan kepada mangsa tetapi dia telah diisytiharkan mati di tempat kejadian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Alor Gajah, Penguasa Mohamad Laham berkata mangsa dipercayai terjatuh dari mangkuk tandas.

Kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika dia memasuki bilik panggilan doktor oleh kakitangan hospital pada jam 6:45 pagi," katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat.

"Mahkamah Makanan" - Rasa Nak Koyak Kain Rentang Tu!

Posted: 10 Jun 2014 11:11 PM PDT

KELAB GREENBOC 


 

Terkebil-kebil seketika selepas saya membaca ayat ringkas yang tertera di sehelai kain rentang baru-baru ini.

Jelas ia adalah iklan daripada pengusaha sebuah medan selera baharu dibuka yang dipasang untuk menarik pelanggan.

Geram tidak terkira. Tidak semena-mena, rasa macam mahu sahaja saya koyak-koyak kain rentang itu. Mujurlah saya tidak tahu di mana kain rentang itu dipasang kerana yang saya lihat adalah paparan di telefon bimbit.

Barangkali pembaca budiman ingat perasaan marah saya timbul kerana yang ditulis di kain rentang itu bahasa kesat, biadab, berunsur seks, rasis atau tidak patriotik.

Bagi yang tidak ambil pusing hal penggunaan bahasa, perkataan begitu mungkin biasa-biasa sahaja.

Bagi mereka yang mahu fikirkannya dari sudut kelucuan, ayat itu memang menggelikan hati, tetapi bagi yang mahu martabatkan bahasa Melayu sebagai 'bahasa jiwa bangsa', ayat itu adalah apa yang boleh kita anggap sebagai penghinaan kepada kecerdasan.

Sebelum pembaca budiman terus pening memikirkan apakah yang ditulis di kain rentang itu yang membuat saya terkesima dan meluahkan perasaan marah, bahkan hingga sanggup mengoyaknya, biar saya umumkan sekarang; ayatnya ialah 'MAHKAMAH MAKANAN KAMI SUDAH DIBUKA'. Tidakkah anda terpinga-pinga seketika selepas membaca ayat itu?

Lucah? Kesat? Biadab? tentu sekali tidak. Tetapi ayat itu ketara menunjukkan masih ada manusia di bumi yang dikenali sebagai Malaysia ini tidak mampu, secara paling minima, berbahasa Melayu seperti selayaknya.

Mana datangnya mahkamah makanan? Yang ada mahkamah tinggi, mahkamah sesyen, mahkamah rayuan, mahkamah persekutuan, mahkamah syariah dan sebagainya.

Setelah terkelip-kelip seketika, baru saya faham rupanya apa yang pencipta perkataan pada kain rentang tadi ingin beritahu orang ramai ialah 'medan selera kami sudah dibuka'. Masalahnya, dia terjemah terus daripada kamus yang menyebut food sebagai 'makanan' dan court sebagai 'mahkamah'.

Berpandukan kamus, dia anggap court itu tiada lain melainkan 'mahkamah'. Maka terciptalah 'mahkamah makanan', sedangkan yang betul ialah 'medan selera'. 'restoran' atau 'kedai makan' pun boleh diterima lagi, tapi 'mahkamah makanan'?

Bayangkan apa akan jadi kalau perkhidmatan penasihat yang sama digunakan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti badminton court, tennis court, hold court dan court danger...

Pembaca budiman tentu faham maksud 'sokong bawa rebah'. Untuk mudah faham lagi, guna sahaja perumpamaan 'tikus baiki labu'. Perumpamaan begini memang sesuai untuk menggambarkan penasihat seperti itu.

Dalam hampir separuh penulisan saya ini, saya baharu rujuk kepada satu kesilapan sahaja, iaitu 'mahkamah makanan'. Maka jelaslah ini hanyalah the tip of the iceberg (sebahagian kecil daripada yang lebih besar). Setuju?

Rajin-rajinlah baca papan iklan, papan tanda dan yang seumpamanya. Anda akan lihat pelbagai 'keajaiban' lagi; 'kedai katok bodi', 'jalan lencun'; 'kedai jahit wanita', 'pusat ulut', 'kedai besi buruh' dan banyak lagi. Mahu ketawa atau menangis selepas membacanya, terpulanglah!

Disebabkan kekalutan seperti inilah, maka sementara saya rasa bangga apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika di Beijing baru-baru ini, menyatakan bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur, saya juga rasa mahu menangis.

Minat terhadap pengajian Melayu dikatakan bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan menjadi agenda pendidikan hampir di serata dunia.

Menurut Sasterawan Negara, Profesor Dr Muhammad Salleh dua tahun lalu, berdasarkan kajian sebuah universiti di kota London, dalam sekitar 20 tahun akan datang, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa keempat terbesar dunia selepas Mandarin, Sepanyol dan Inggeris.

Marilah kita semua berharap dan berdoa agar apa yang diramalkan itu menjadi kenyataan.

Tetapi liku-liku ke arah itu tidak begitu mudah. Untuk menjaga dan memartabatkan bahasa Melayu, semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan wajib bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencipta sesuatu, istilah, perkataan atau singkatan.

Kalau kita sendiri tidak tahu bezakan 'terperosok' dengan 'tersorok'; bersekongkol dengan 'setongkol'; 'komited' dengan 'kemetot'; lebih berminat sibukkan diri kaji hal peribadi orang daripada membaca untuk menambah ilmu dan tingkatkan mutu bahasa, apa yang dimimpikan akan kekal sebagai mimpi. Wallahualam! -SH

Pulau syubhat untuk galakkan industri halal

Posted: 10 Jun 2014 11:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?

Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu.

Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi'yyah dan Hanabilah (Hanbali).

Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-'Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain.

Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabitkan isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alkohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan:

Fatwa (34)

Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?

A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.

Second: compounds of vegetal origin
.

Third: compounds of animal origin.

Fourth: compounds dissolved in alcohol.

The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:

The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.

Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut:

Profesor Yusuf Al-Qaradawi, Presiden ECFR (Mesir, Qatar)
Yang Arif Sheikh Faisal Maulawi, naib presiden (Lebanon)
Sheikh Hussein Mohammed Halawa, setiausaha agung (Ireland)
Sheikh Dr Ahmad Jaballah (Perancis)
Sheikh Dr Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
Ustaz Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
Sheikh Ounis Qurqah (Perancis)
Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
Sheikh Dr Abdullah Ibn Bayya (Arab Saudi)
Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Sepamyol)
Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
Sheikh Abdullah Yusuf Al-Judai (UK)
Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
Sheikh Abdullah Sulayman Al-Manee' (Arab Saudi)
Sheikh Dr Abdul Sattar Abu Ghudda (Arab Saudi)
Sheikh Dr Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (Perancis)
Sheikh Dr Issam Al-Bashir (Sudan)
Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
Sheikh Dr Suhaib Hasan Ahmed (UK)
Sheikh Tahir Mahdi (Perancis)
Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
Sheikh Muhammed Siddique (Jerman)
Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
Sheikh Dr Muhammed Al-Hawari (Jerman)
Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
Sheikh Dr Mustafa Ciric (Bosnia)
Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Jerman)
Sheikh Dr Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Arab Saudi)
Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)

Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak.

Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masa kini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka.

Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah.

Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya.

Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah.

Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industri halal.

Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.

Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasanya bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.



DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

PAS: Hudud di S'gor hanya helah Umno

Posted: 10 Jun 2014 11:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas pesuruhjaya PAS Dr Abdul Rani Osman berkata Umno hanya bermain helah politik melalui usul berhubung pelaksanaan hudud di Selangor.

Katanya, ia menujukkan Umno dan BN "cakap tak serupa bikin" kerana parti berkenaan sebelum ini menolak apabila usul serupa dibentangkan di Terengganu.

"Jika Umno jujur, kerajaan Umno Terengganu sepatutnya membenarkan perbahasan ke atas usul untuk menyokong hudud. Bagaimanapun, mereka menolak usul seperti itu baru-baru ini (bulan lalu).

"Umno juga menguasai Johor dan ia sepatutnya menyokong hudud dilaksanakan di situ, tapi mereka tidak berbuat demikian.

"Bagi saya, ini hanya satu helah," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu meletakkan PAS, Pakatan Rakyat dan juga rakan kongsi BN lain dalam keadaan sukar.

Bagaimanapun, BN hanya diwakili ADUN dari Umno di Selangor, dengan 12 orang wakil rakyat.

Pakatan Rakyat menguasai Selangor dengan 44 orang ADUN (15 dari PAS, 15 dari DAP dan 14 dari PKR).

Abdul Rani, yang juga ADUN Meru, berkata mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menasihatkan anggota parti itu supaya berhati-hati menangani isu hudud.

Oleh yang demikian, PAS Selangor akan mengambil pendekatan sama dalam menyatakan pendirian dalam hal ini.

Abdul Rani berkata keutamaan dalam pelaksanaan hudud bukan di negeri Selangor, yang tidak menggubal apa-apa enakmen hudud, tetapi di Kelantan yang meluluskan undang-undang itu pada tahun 1994.

"Kita lihat dahulu kejujuran Umno dalam menyokong di Kelantan, itu keutamaannya. Umno perlu lihat situasi di sana dan menyokong pelaksanaannya, di mana majoritnya adalah orang Islam," katanya.

Dewan tak benar MP soal isu radar MH370

Posted: 10 Jun 2014 10:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP Bukit Mertajam Steven Sim berkata beliau kecewa kerana Dewan Rakyat menolak soalannya berhubung radar tentera yang mengesan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac sebelum kapal terbang itu hilang.

MP DAP itu berkata setiausaha Dewan Datuk Roosme Hamzah menolak soalan tersebut dengan alasan, soalan MP tidak boleh ditumpukan pada perkara "rahsia".

Katanya, soalan itu meminta Kementerian Pertahanan menyatakan nama pengkalan tentera laut dan pegawai yang bertanggungjawab mengesan pesawat tersebut di radar.

Beliau turut meminta penjelasan berhubung pembekal radar berkenaan, katanya yang mempersoalkan alasan Roosme kerana tidak membenarkan soalannya disenaraikan dalam aturan mesyuarat.

"MH370 bukan lagi satu rahsia. Ia kini menjadi krisis antarabangsa," kata Sim dalam sidang media di bangunan Parlimen.

Parlimen tolak soalan MOSTI Rafizi

Posted: 10 Jun 2014 10:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan mendedahkan lebih banyak lagi berhubung isu geran RM100 juta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) setelah Parlimen menolak soalannya.

Anggota Parlimen Pandan itu bertanya menteri bertanggungjawab Datuk Ewon Ebin dan perdana menteri sama ada mereka berdua sedia menandatangani akuan berkanun yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah palsu.

Antara dokumen itu adalah surat didakwa daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Ewon dengan lampiran minit mesyuarat perdana menteri dengan pegawai daripada sebuah syarikat NSE Resources Sdn Bhd.

Kedua-dua soalan ditolak oleh setiausaha parlimen Roosme Hamzah yang berkata soalan itu mengandungi hasil fikiran sendiri dan tidak berdasarkan fakta.

Rafizi justeru berkata, beliau menganggap dokumen itu asli kerana perdana menteri tetap berdiam diri berhubung perkara itu dan enggan menjawabnya di parlimen.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT