Jumaat, 23 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


1 sejuk, 1 panassss ...

Posted: 23 May 2014 06:00 PM PDT

Ada dua pilihanraya kecil. Satu sejuk,aman dan damai. Satu lagi pulak panas dan ada kacau-kacau. Sejuk di Bukit Gelugor,panas di Teluk Intan.

Bukit Gelugor dengan calun nya Ram Karpal anak Karpal Singh yang tidak boleh digugat sehinggakan MCA terpaksa 'surrender' angkat bendera putih.

Huan Cheng Guan presiden PCM (Parti Cinta Malaysia) yang juga  bekas pegawai khas Ibrahim Saad 10% (mantan timbalan ketua menteri pulau pinang). Seorang peguam Abu Backer dan seorang lagi calun Mohammad Nabi yang tidak tahu pun datang dari arah mana.



Tanya lah sesiapa pun yang waras otaknya, mereka akan berkata tiada sesiapa dari tiga calun ini yang akan menentang Ram Karpal boleh menang.

Sebab itu lah pilihanraya kecil Bukit Gelugor ini rasa sejuk kerana PRU lepas Karpal Singh telah menang dengan majoriti lebih dari 40 ribu dan top 5 majoriti tertinggi. Sesiapa juga yang cuba menentang anak Karpal ini akan dipukul habis-habisan sehinggakan Huan Cheng Guan terpaksa minta doa di tokong, bukan doa supaya menang tipis pun jadi lah, tapi doa agar wang deposit tidak hilang ... kah kah kah ...

Kalau dah tahu tak boleh menang kenapa masih 'gatai pungkok' mencari bala bertanding di Bukit Gelugor? sehinggakan seorang lagi calun iaitu Abu Backer terpaksa menangis nangis minta simpati dan terpaksa mencari stail kempen lain dari yang lain dan publisiti yang lebih dengan cara melanggar kereta Guan Eng dan membaringkan dirinya dibawah kereta itu hanya kerana mahu mendapatkan undi simpati dan mahu dikenali olih pengundi-pengundi parlimen Bukit Gelugor.




dollah yankee -
Abu Backer ini guna lambang kuda. Dalam kempennya lepas jumaat tadi di Masjid Air Hitam dia bawa kuda. Kah Kah Kah ..

Panda akan ketawa melihat ragam manusia

Posted: 23 May 2014 04:47 AM PDT



Tiket nak masuk saja harganya 30 ringgit. Tapi kalau nak juga nak tengok panda yang di bawa masuk dari China tu hujung bulan ini, pengunjung-pengunjung terpaksa membayar 'ekstra'. Banyak mana nak kena bayar 'ekstra' masih belum tahu lagi. Pihak-pihak yang terlibat kini tengah pecah kepala memerah otak mereka dan sedang mengira-ngira campur,tolak,bahagi dan darab.. rumah untuk panda 25 juta,1.5 juta untuk makan dan penyelenggaraan, 3.5 juta pula akan dibayar kepada kerajaan negeri China pada tiap-tiap tahun untuk selama 10 tahun.

Berapa pula mereka nak 'pekena' rakyat kita yang nak tengok sangat panda dari China itu? Harga 'ekstra' itu yang tidak termasuk harga tiket masuk 30 ringgit seorang hanya akan diumumkan bila panda itu sampai di zoo negara nanti.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. manusia akan ketawa melihat telatah si panda atau si panda yang akan ketawa melihat ragam manusia?

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Ceramah Mega Anwar di Bukit Gelugor malam ini, 23 Mei

Posted: 23 May 2014 04:14 AM PDT

Ceramah Mega Anwar di Bukit Gelugor malam ini, 23 Mei

BUKIT GELUGOR 23 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggegarkan pentas Ceramah Mega Pakatan Rakyat pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor malam ini.
BG1Ceramah yang bakal berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Jalan Lim Lean Teng, Air Itam itu turut dibarisi pemimpin negeri antaranya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan calon DAP, Ram Karpal.
Turut serta menyampaikan ceramah yang bermula 8.30 malam nanti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Parit buntar, Mujahid Yusof Rawa.
Ram Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut Ahad ini.
PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

[LIVE TERTUNDA ] 220514 BM15 - Ustaz Hafizal Abu Hassan Al-Jaraqi

Posted: 23 May 2014 04:02 AM PDT


[LIVE TERTUNDA ][220414][BM2] - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad - TUHAN MAHA PENGAMPUN

Posted: 22 May 2014 09:33 PM PDT


Tukar Tiub

Tukar Tiub


KENA KELENTONG KAH KAH KAH

Posted: 23 May 2014 07:00 AM PDT







Najib mungkir janji, kata NGO Bantah TPPA


Najib Razak didakwa memungkiri janji apabila mengatakan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan penghujung tahun ini, kata Pengerusi Bantah TPPA Nizam Mashar (gambar).
Nizam dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, kerajaan menerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebelum ini berjanji TPPA hanya akan dimuktamadkan apabila kesemua 75 bahagian Garis Merah yang diketengahkan Bantah TPPA mendapat perhatian sepenuhnya.
Laporan agensi berita nasional Bernama pada 23 Mei yang menyatakan Najib mengumumkan TPPA perlu dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini


KAH KAH KAH

woit kah kah kah
padan muka
baru sedar

kena kelentong
kah kah kah

tu pasal mat mongol
berani cakap dengan mat ninja
tak berani caka dengan
ketuanan melayu
kah kah kah

woit susunlaaa demo
udah kena tipu


KAH KAH KAH

---------

BRAHENG

Posted: 23 May 2014 05:00 AM PDT




'Pendidikan Cina 'goodwill', bukan hak istimewa'

 | May 23, 2014
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyanggah pendapat Menteri Komunikasi dan Multi Media, Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan sekolah Cina dianggap hak istimewa kaum minoriti di Malaysia.
Katanya, ini boleh mengelirukan dan membawa salah tafsiran
"Ianya tidak boleh sebut hak istimewa (tiada dalam perlembagaan), seolah-olah sama dengan Hak Istimewa Orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Fasal 153," katanya mengulas kenyataan Ahmad Shabery semalam dalam posting Facebooknya.

KAH KAH KAH

woit

tok heng cakap betul

tok heng wajib ganti mat buih

tok heng hebat

tok heng nak 
tutup sekolah cina

tapi sebelum tutup

tok heng kena 
minta kebenaran


vincent tan dulu 


KAH KAH KAH

---------

MALIKUL SEMBAB LAMBAT

Posted: 23 May 2014 01:38 AM PDT






Tindakan Rayer tidak beradab, memalukan: Muhyiddin

TELUK INTAN: Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan 'celaka UMNO' dalam Dewan Undangan .

SAHEH INI MUKA SAEKOR EEE


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... MALIKUL SEMBAB INI GI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah..PASAL APA LAMBAT... kah kah kah....

kah kah kah... KETUNAN MELAYU  DAH JADI CILAKA 3 HARI... kah kjah kah..

woit... KETUANAN MELAYU PENANG DAH MINTA MAAAF.... kah kah kah..

kah kah kah..MANA MELAYU INI PERGI.... kah kah kah..

woit.. KALAU NAK JADI HERO MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah..KENA CARGAS MACAM TOK HENG... kah kah kah

NOTA
diwartakan muhyiddin yassin
telah meletakkan jawatan
betul ke?
kah kah kah

-------

APA ITU BODOH

Posted: 22 May 2014 11:38 PM PDT






FACE BOOK


Saya bukanlah bodoh sangat...Cuma bebal dan dungu?...Kata2 hikmah dr Pak Pandir alaf baru...Pepatah bodoh spt lembu sudah tidak sesuai lg kerana lembu sudah tinggal d kondo....Apakah pepatah bodoh spt Ahmad Maslan sesuai d gunakan?
























KAH KAH KAH

bodoh

ialah penyakit

tanpa kuman

bangang ialah

abang bodoh

bahlul

ialah adik

bodoh

ngok ialah

sepupu bangang

namanya

ahmad mazlan

kah kah kah




--------

TEORI MEMBACA UTUSAN

Posted: 22 May 2014 09:20 PM PDT





KOMENTAR
jelas bagaimana membaca utusan
siapa yang disokong oleh utusan
ialah orang jahat

siapa yang diserang oleh utusan
ialah orang baik

apa yang utusan suka
kita jangan buat
itu salah

apa yang utusan tak suka
itu wajib kita buat
itu betul

contoh:
utusan tak suka demo
maka adalah tepat jika
kita turun berdemo

contoh:
utusan tak suka pakatan rakyat
maka pakatan rakayat adalah betul

INGATAN
jika musuh menyerang
itu tanda baik
jika musuh tak menyerang 
itu tanda tak baik

kalau musuh tak menyerang
ertinya diri kamu
dasar kamu
politik kamu
dan kamu telah disukai musuh


Pendakwa mohon mahkamah tolak permohonan Tian Chua

KUALA LUMPUR 22 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa permohonan Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; aktivis propembangkang, Hishamuddin Md. Rais; dan bekas pelajar, Adam Adli Abdul Halim untuk membatalkan pertuduhan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 perlu ditolak berdasarkan doktrin res judicata.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas berkata, ini adalah permohonan yang kedua setelah pada 18 Februari lalu mahkamah yang sama menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu pramatang dan tidak bermerit.

Beliau berhujah, berdasarkan doktrin undang-undang itu, sesuatu perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah adalah muktamad dan dianggap benar.

Permohonan yang sama sebelum ini dibuat di hadapan Hakim Mohd. Azman Husin yang kemudiannya membatalkannya pada 18 Februari lalu.

"Tiada apa yang beza, cuma kali ini pemohon cuba membatalkan pertuduhan secara ansuran. Isu undang-undang yang dibangkitkan pada permohonan ini seharusnya disentuh dalam permohonan mereka sebelum ini lagi, memandangkan mereka mempunyai peluang yang banyak pada permohonan pertama itu," katanya.


KAH KAH KAH

woit

isham rais

bukan aktivis

yang pro

pembangkang


isham  rais

anti kerajaan

--------

KENAPA CAKAP DI JEPUN

Posted: 22 May 2014 08:31 PM PDT







KOMENTAR
dalam negara yang adil
perjanjian  yang penting
saperti tppa ini wajib
dibicangkan dalam parlimen

najib bukan sahaja TIDAK bincangkan
dalam parlimen
malah dalam parti ketuanan melayu pun
agenda tppa ini tidak dibicangkan
jauh sekali dengan kuncu-kuncu yang lain

ini bukti bahawa najib
telah di pau bukan sahaja oleh lee kuan yew
untuk jual tanah ktm murah
malah amerika pun pau najib
kerana terlibat kes bunuh altantuya




Malaysia tidak perlu tertekan laksana TPPA

TOKYO 22 Mei - Isteri Rosmah Najib  Razak hari ini menegaskan bahawa negara komited untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetapi tidak perlu tertekan untuk segera menandatanganinya.

Isteri Rosmah berkata, apa yang penting bukan terburu-buru untuk mematuhi tarikh akhir tetapi bersetuju dengan kandungannya setelah mengambil kira kepentingan negara dan sensitiviti rakyat.

Sebab itulah menurut Isteri Rosmah, pada sidang Asia Timur di Bali, Indonesia tidak lama dahulu, beliau telah menegaskan bahawa Malaysia tidak mungkin akan melaksanakan perjanjian itu dalam tempoh terdekat kerana masih banyak perkara perlu dikaji terlebih dulu.




KAH KAH KAH

woit kenapa 

mat mogol

cakap pada

mat konga ninja

kenapa

tak cakap

pada geng

ketuanan 

melayu

pelik pelik









---------

TEORI TER BAIK TER NOWW

Posted: 22 May 2014 07:46 PM PDT






DARI TWITTER



Kalau ikut teori , calon yg disokong oleh Utusan Malaysia adalah musuh Pakatan Rakyat.













KAH KAH KAH

teori ter solid

utusan sudah

putar nak bagi

calon dia

menang

siapa calon

utusan ?

kah kah kah



---------

Biaqpila

Biaqpila


SEKELIP MATA 5 BERADIK JADI YATIM PIATU,IBU DAN BAPA MAUT DIGILIS LORI

Posted: 23 May 2014 07:30 AM PDT




KUALA LUMPUR: Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.




"Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori," kata Mohan.

Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Bantuan dan sumbangan anda amat diperlukan..

Susulan kes kemalangan maut pasangan suami isteri yang digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew pagi tadi. Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak berumur diantara 3 hingga 15 tahun.




Alamat rumah : 3-2-18 blok 3, jalan 7/154d, taman desa cheras, cheras kuala lumpur.

Kami sepakat admin2 page memberikan amanah kepada pemilik akaun ini untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa..

No akaun : 164593088136 (Maybank)
Nama pemegang akaun : Ramlah Jais

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz32Y8w0qsX

sedakasejahtera


ADAKAH SUAMI ISTERI AKAN KEKAL SEBAGAI SUAMI DAN ISTERI DI AKHIRAT KELAK?

Posted: 22 May 2014 09:00 PM PDT



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Sumber





RUMAH PANDA VS RUMAH MACAI

Posted: 22 May 2014 08:34 PM PDT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hamper untuk warga estet, Kulasegaran mohon BN henti sogok pengundi

Posted: 23 May 2014 08:28 AM PDT

photo (3)


Roketkini.com


TELUK INTAN – Barisan Nasional terus menyalahgunakan media, wang dan jentera kerajaan untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.

Kali ini perbuatan tersebut disaksikan sendiri oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran, ketika pasukan perayu undi yang diketuainya melawat estet Nova Scotia.

"Sambil kami berkempen, kami nampak banyak kereta diletakkan berhampiran sebuah dewan. Ketika kami mendekati dewan tersebut, kami lihat orang ramai sedang keluar dengan membawa hamper yang bernilai lebih kurang RM150 setiap satu," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Kami diberitahu bahawa majlis tersebut ditaja oleh penyokong BN, dan hamper diberikan kepada orang tempatan yang juga pengundi kawasan Teluk Intan," tambah beliau.

Menurutnya lagi, sebelum itu kumpulannya dihalang daripada memasuki kawasan estet. Namun setelah berhujah bahawa rakan-rakan BN sudah pun masuk ke estet tersebut, mereka dibenarkan masuk.

"Di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, sebarang perbuatan sogokan untuk membeli undi adalah satu kesalahan," ujar Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Namun katanya pihak penguatkuasa jarang-jarang sekali menggunakan undang-undang terbabit bagi mendakwa mereka yang melanggarnya.

"Saya pasti perbuatan sogokan begini memang banyak berlaku. Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan," tambah beliau lagi.

Kula justeru menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan juru kempen BN supaya bersaing secara adil, dalam pilihanraya yang bersih dan bebas.

Undi Dyana, Mah akan dilantik menteri

Tempoh kempen PRK Teluk Intan masuk hari kelima dengan keseluruhan jentera kempen BN kini ditempatkan di sana setelah parti tersebut enggan bertanding dalam PRK Bukit Gelugor yang bakal selesai dua hari lagi.

Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya berhadapan presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Mah pernah menjadi wakil rakyat kawasan terbabit selama dua penggal sebelum tewas dalam dua pilihanraya berturut-turut pada 2008 dan 2013.

Bagi Kula, PRK kali ini memberi implikasi dan makna yang besar terhadap politik tanah air, demi memecahkan politk perkauman BN selain menjadi referendum mini terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Walaupun Mah enggan mengaku, hakikatnya jelas. Kalau dia kalah PRK ini, Mah pastinya akan dilantik sebagai Senator dan kemudian dijadikan menteri," ulas Kula.

"Dalam senario ini, warga Teluk Intan patut mengundi Dyana sebagai wakil rakyat Muslim wanita DAP yang pertama dan memberi laluan pintu belakang untuk seorang menteri dari gerakan," ujarnya.

PRK Teluk Intan diadakan setelah wakil rakyat sebelum ini, mendiang Seah Leong Peng yang juga daripada DAP meninggal dunia akibat barah. Rakyat Teluk Intan akan mengundi pada 31 Mei ini. – Roketkini.com

Tindakan Tidak Bijaksana Pemuda UMNO 'Membunuh' Calon BN Di Teluk Intan

Posted: 23 May 2014 07:49 AM PDT

shahbudindotcom


Ekoran tindakan ADUN DAP Seri Delima, R.S.N Rayer yang menggelarkan "UMNO celaka", Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pada hari semalam telah mengadakan demonstrasi yang agak ganas di hadapan ibu pejabat DAP sebagai tanda bantahan. Kumpulan ini bukan saja membawa sepanduk yang mengecam DAP dan Rayer tetapi juga bertindak merosakkan papan tanda besar berlambangkan roket kepunyaan parti itu.

Lebih dari itu, mereka juga mengugut mahu membakar-hanguskan ibu pejabat DAP jika perkara yang sama berulang lagi di masa hadapan.

Selain mengadakan aksi demonstrasi dengan membawa imej marah, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafi yang mengetuai kumpulan itu turut bertemu dengan wakil DAP untuk menyatakan bantahan mereka dan menyerahkan memorandum. Bagaimanapun, memorandum yang mahu diserahkan itu kemudiannya dikoyakkan dan dicampakkan ke lantai.

Dengan kemarahan yang masih belum reda, dalam pertemuan dengan wakil DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming itu, Mohd Razlan juga terus meluahkan kemarahan dan maki hamunnya tanpa membenarkan wakil DAP itu menjawab atau memberi apa-apa penjelasan. Ong Kian Ming hanya diminta diam dan mendengar saja bebelannya.

Tetapi, walaupun Ong Kian Ming adalah seorang Ahli Parlimen, beliau kelihatan tenang dan senyum saja.

Tindakan Pemuda Wilayah Persekutuan itu menimbulkan perdebatan di mana ada yang memuji keberanian dan kelantanganya dan ada pula yang menyifatkannya keterlaluan. Keterlaluan bukan saja melalui tindakan merosakkan papan tanda dan membebel tanpa membenarkan orang lain menjawab, berhujah dan memberi penjelasan tetapi juga kerana mengoyakkan memorandum itu.

Buat apa menyiapkan dan membawa memorandum jika akhirnya hanya dikoyakkan?

Secara umumnya, kalau pun mahu dikatakan tindakan itu suatu bentuk keberanian, ia bolehlah juga dianggap demikian. Tetapi ia mungkin keberanian tahap empat saja kerana dipenuhi emosi dan tidak disertai dengan kebijaksanaan. Politik bukanlah seni yang memerlukan keberanian semata-mata tetapi akal dan kebijaksanaanlah yang selalu meletakkan seseorang itu di depan.

Ada ahli politik yang kelihatan diam, tetapi oleh kerana dia bijaksana maka dia sering mendapat tempat, kedudukan dan disanjung. Mereka ini bertindak hanya di ketika kebijaksanaannya dapat ditonjolkan saja. Ada pula pemimpin yang berani dan bijaksana, dan golongan ini sentiasa mendapat tempat, kedudukan dan pujian. Tetapi pemimpin yang hanya berani dan tidak bijaksana, selalunya hanya umpama daun kari saja. Ia hanya untuk perhiasan dan hampir dalam semua keadaan akan diketepikan akhirnya.

Tidaklah salah mengadakan demonstasi dan meluahkan kemarahan kerana ia memang lumrah dan dibenarkan oleh undang-undang tetapi bukankah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri selalu berkata, politik adalah berkaitan dengan kekuatan ilmu dan berhujah?

Setelah berdemo dan meluahkan kemarahan, kenapa pula tidak berani berhujah dan hanya mahu wakil DAP itu diam saja? Kenapa juga memorandum itu tidak diserahkan dengan baik?

Kalau yakin dengan kebenaran, kenapa pula takut dengan jawapan?

Dalam banyak demonstrasi sebelum ini, baik di hadapan Kedutaan Amerika, Australia, Great Britain dan sebagainya yang diketuai oleh KJ sebelum ini, walaupun beliau juga beraksi dengan gaya marah dan darah yang sedang meluap-luap, tetapi memorandum tidak pernah dikoyak atau dicampakkan. Ini kerana memorandum adalah isi hati yang mengandungi hujah dan fakta yang menggambarkan ketinggian akal fikiran seseorang atau sesebuah parti dalam isu yang diperjuangkan.

Bagaimana perasaan kita mahu dibaca dan difahami oleh pihak lain jika memorandum pun dikoyakkan yang seolah-olah ianya tidak mahu dibaca?

Dalam masa yang sama, aksi demonstrasi ini juga diadakan ketika suasana kempen pilihanraya di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Sudah tentulah aksi tersebut memberi gambaran yang kurang baik mengenai UMNO kepada pengundi Cina, pengundi Melayu serta juga pengundi muda di kedua-dua kawasan itu, lebih-lebih lagi dalam masa yang sama juga memperlihatkan wakil DAP dan Cina yang menyambut aksi demonstasi itu hanya senyum dan tenang saja.

Oleh kerana DAP bertanding di kedua-dua kawasan itu,wajah tenang dan senyum wakil DAP sementara wakil Pemuda UMNO pula kelihatan ganas dan takut berhujah, Pemuda UMNO seperti sedang membunuh calon partinya sendiri dan mahu DAP memenangi pilihanraya itu.

Selain itu, keberanian Mohd Razlan dan Pemuda Wilayah Persekutuan ini juga sudah terlewat sebenarnya, lantaran sebelum ini Pemuda UMNO Pulau Pinang telah pun mengadakan aksi yang cukup tidak bertamadun dengan merempuh pagar, menceroboh tempat persidangan DUN Pulau Pinang serta memijak meja yang dikhaskan untuk Speaker untuk meluahkan kemarahan terhadap kenyataan "UMNO celaka" oleh Rayer itu.

Tempat bersidang wakil-wakil rakyat sama ada di DUN mahupun Parlimen adalah tempat yang mulia dan dimuliakan. Disitulah undang-undang, akta dan peraturan dalam bernegera dibentuk serta diluluskan. Jika wakil rakyat yang bertindak kurang sopan atau mengeluarkan perkataan kesat pun dilarang di dalam dewan yang mulia itu, sudah tentulah perbuatan menceroboh dan memijak meja Speaker lebih besar lagi dosa dan salahnya.

Dengan ini, sudahlah perbuatan di DUN Pulau Pinang itu tidak boleh diterima, menutup kesilapan itu dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, nyata lebih menghodohkan wajah UMNO dan sayap Pemudanya.

Pemuda UMNO dilihat cuba menutup kesilapan dengan perbuatan yang silap juga. Dalam masa yang sama, saranan berulangkali kali KJ bahawa pendekatan hujah, akal fikiran dan kebijaksanaan hendaklah dimartabatkan dalam perjuangan dunia baru yang makin mencabar ini seolah-olah tidak difahami oleh peringkat bawahannya sendiri.

Kecualilah jika Pemuda UMNO hanya selesa menjadi daun kari saja.

DAP nasihatkan ahli bertenang hadapi provokasi

Posted: 23 May 2014 07:39 AM PDT

SALMIYAH HARUN 



 


KUALA LUMPUR: DAP menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak membuat sebarang provokasi ekoran tindakan biadap sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang mengancam membakar ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng percaya ancaman pemuda Umno itu bertujuan untuk mengacau perjalanan kempen DAP bagi dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kita tahu ini bertujuan untuk mengacau PRK kita, sehingga Dyana Sofya pun diugut.

"Kita lihat dari Pulau Pinang, Teluk Intan sampai ke Kuala Lumpur. Umno sekarang banyak samseng. Mereka berkelakuan begitu biadap sekali," katanya dalam sidang media sejurus berakhirnya sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Guan Eng menyifatkan tindakan pemuda Umno itu satu perbuatan yang sangat bahaya dan mendesak pihak polis menghadapkan mereka ke mahkamah.

"Kita amat terkejut dengan ugutan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan datang ke ibu pejabat DAP dan bertindak begitu biadap. Apabila datang hantar memorandum boleh cucuk hidung salah seorang ahli DAP.

"Kemudian koyakkan memorandum dan baling kepada MP Serdang yang datang untuk menerima memorandum itu. Ada laungan di kalangan ahli-ahli Umno untuk membunuh mereka yang ada dalam ibu pejabat DAP. Saya rasa ini sudah keterlaluan. Saya pun tak faham adakah ini pendekatan dasar baru Umno?" tegasnya.

Guan Eng yakin tindakan ganas pemuda Umno itu didorong oleh kegusaran hakisan sokongan rakyat kepada BN dalam PRK Teluk Intan.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mendisiplinkan para anggotanya.

"Inilah muka liberal Umno sekarang.  Kalau inilah caranya, tidak ada harapan untuk Umno menjadi kerajaan dan pemimpin rakyat bagi memerintah negara ini," katanya.

Semalam kira-kira 50 pemuda Umno telah bertindak ganas di hadapan ibu pejabat DAP di Pudu dengan merempuh halangan polis dan merosakkan papan tanda parti itu.

Mereka menuntut DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Adun DAP RSN Rayer yang melabelkan tiga pemimpin Umno negeri sebagai 'celaka' kerana cuba menghidupkan sentimen 13 Mei.

PRK Teluk Intan: Petugas DHPP ditahan reman

Posted: 23 May 2014 07:37 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


TELUK INTAN: Seorang petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditahan polis berhubung insiden merampas bendera membabitkannya dengan ahli parti Makkal Sakhti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Suria Narayanan, bekas Naib Ketua DHPP Pusat ditahan malam tadi mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan atas dakwaan mengugut ahli parti Makkal Sakti selepas ada dari kalangan mereka mencabut bendera DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, menurut maklumat, penahanan ini akan dilanjutkan selama dua hari dan kemungkinan esok akan dilepaskan bergantung kepada siasatan.

Beliau mendapat pengesahan tersebut daripada Balai Polis Hilir Perak, Teluk Intan.

Linangan air mata pemimpin Ikhwan sambut bantuan PAS

Posted: 23 May 2014 07:35 AM PDT

HARAKAHDAILY 



Salahuddin (kanan) menyampaikan sumbangan PAS kepada Dr Jamal sambil diiringi Dr Syed Azman (kiri) dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nasaei Ismail.


KUALA LUMPUR: Air mata mengalir deras di pipi pemimpin Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Jamal Abdul El-Sattar ketika menerima sumbangan PAS untuk saudara se-Islam yang kini ditindas regim tentera Mesir.

Sumbangan yang disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub itu diharap dapat membantu membeli ubat-ubatan, pakaian, makanan, membiayai anak-anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.

"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi telah banyak membantu kami di waktu senang dan susah.

"Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS kepada Ikhwan.

Kami akan terus  membuktikan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian," kata Dr Jamal dalam kunjungan singkatnya di ibu negara, semalam.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir itu menyifatkan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi PAS kepada Ikhwan telah memberi semangat yang kuat kepada sahabat-sahabat di Mesir bagi meneruskan agenda perubaha secara aman walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian yang amat berat.

Menurut beliau, ramai di kalangan pemimpin Ikhwan yang dibunuh secara kejam dan ribuan  kini ditahan di penjara seluruh Mesir sebaik selepas rampasan kuasa (kudeta) tentera yang menggulingkan Presidan Mohamad Morsi.

Beliau juga mengharapkan ahli PAS sentiasa mendoakan kesabaran kepada anggota Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian.

"Kami sudah biasa di penjara dan diseksa dengan kejam oleh rejim yang ganas. Hanya kesabaran dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT menjadi senjata kami.

"Kami yakin dengan janji-janji Allah SWT, detik-detik kemenangan akan pasti datang dengan kesabaran dalam ujian yang amat mencabar ini. Doakan kesabaran kami dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau.

Sementara itu, Salahuddin sekali lagi mengulangi penegasan PAS untuk berdiri teguh bersama Ikhwan Muslimin bagi memperjuangkan masyarakat Islam yang adil dan saksama secara demokratik dan aman.

"Sumbangan yang kecil ini adalah sedikit rasa perkongsian kesedihan dan tangisan umat Islam seluruh dunia terhadap ujian besar yang dihadapi oleh rakyat Mesir selain doa dan munajat yang dipanjatkan setiap hari untuk kesejahteraan mereka di sana," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad, mengharapkan setiap ahli PAS serta rakyat Malaysia terus membantu rakyat Mesir serta mendoakan kesabaran kepada Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian yang amat berat.

"PAS tidak akan sekali-kali meninggalkan tanggung jawab membantu sahabat-sahabat di Mesir di waktu mereka sedang di uji dengan ujian yang amat mencabar ini," katanya.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Mesir boleh disalurkan ke akaun Maybank 5640 7070 3248 atas nama Parti Islam Se-Malaysia.

Muhyiddin kini penaung samseng, kata Kit Siang

Posted: 23 May 2014 07:29 AM PDT

OLEH Anisah Shukry


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin penaung samseng. Gambar fail The Malaysian Insider.Penasihat DAP, Lim Kit Siang dakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin penaung samseng. Gambar fail The Malaysian Insider.Justifikasi Timbalan

























Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin susulan ancaman Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP menunjukkan beliau adalah seorang penaung samseng, kata penasihat DAP Lim Kit Siang, hari ini.

"Adalah salah untuk ancam membakar mana-mana bangunan. Adakah Muhyiddin mengakui dia seorang penaung samseng? Jawapan beliau menunjukkan kita kehilangan seni bersetuju untuk tidak bersetuju," kata Lim pada sidang media di Teluk Intan, hari ini.

"Adakah  mengancam serangan sudah menjadi kebebasan untuk bersuara? Kebebasan seseorang untuk bersuara berakhir apabila anda mengancam keselamatan orang lain," katanya.

Awal hari ini, Muhyiddin menyifatkan bantahan Pemuda Umno sebagai "tindak balas spontan" ekoran imej parti mereka dicemar.

"Ini hanya reaksi spontan, mereka berasa terpanggil untuk mempertahankan maruah parti apabila seseorang berkata parti mereka celaka," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini.

Timbalan presiden Umno itu enggan menjawab soalan pemberita apabila ditanya adakah tidak salah untuk Pemuda Umno mengugut untuk membakar bangunan.

Dengan membawa sepanduk, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membuat bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew di Kuala Lumpur semalam sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang yang juga strategis DAP, Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengugut untuk membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa perusuh itu memusnahkan papan tanda parti.

"Jika Muhyiddin kata mereka hanya mnmyampaikan perasaan mereka, adakah DAP juga boleh menyampaikan perasaan mereka dengan mengugut membakar bangunan Umno? Adakah beliau kata betul untuk DAP, PKR dan DAP pergi ke PWTC dan mengugut membakar bangunan Umno?" soal Lim.

Tetapi beliau menegaskan, DAP tidak akan berbuat demikian dan mengekalkan pendiriannya bahawa ugutan sebegitu tidak boleh diterima.

"Kami akan tunjukkan kami berbeza. Tujuan pilihan raya kecil ini adalah untuk membuktikan majoriti pengundi di sini menolak kelakuan sebegitu."

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalib Ibrahim yang turut menyertai sidang media itu meminta Muhyiddin agar mengajak kepada ketemadunan bukan berdiam diri dengan tindakan samseng.

"Untuk usaha profesional, anda sepatutnya mempromosi ketamadunan. Anda tidak sepatutnya bersama mereka menerima cara yang kreatif dalam menunjukkan pandangan itu," kata Khalid yang datang membantu kempen Dyna Sofya Mohd Daud.

Sementara itu, Lim juga mengecam calon BN Datuk Mah Siew Keong yang meminta pengundi tidak dipengaruhi anak mereka yang mungkin memberitahu mereka agar mengundi pembangkang.

"Ini adalah kali pertama calon mengajar perpecahan dalam keluarga. Saya fikir ini nasihat yang mengejutkan kerana ia boleh memecah-belahkan keluarga. Keharmonian keluarga adalah sebahagian nilai dan tradisi penduduk Asia.

"Ini satu lagi tanda yang menunjukkan BN sudah terlalu menggelabah," kata Lim.

Berhati-hati beri pendapat mengenai hudud, bimbang akidah terjejas

Posted: 23 May 2014 07:24 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.

Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (gambar) berkata seseorang Islam tidak boleh berkata beliau menolak hudud atau pelaksanaannya kerana hudud merupakan undang-undang Allah yang wajib dilaksanakan.

"Jika dia berkata dia tidak menolak hudud tetapi menolak pelaksanaan hudud sekali pun, ia tidak boleh. Sebaliknya katakanlah bahawa hudud itu akan dilaksana tetapi dengan ruang-ruang dan perbincangan antara sekutu sehingga ia boleh dilaksanakan dengan persetujuan semua.

"Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum ini, hudud itu dikatakan tidak sejajar dengan perlembagaan tetapi ia perlu jua dilaksanakan apabila ada ruang persetujuan antara pihak berkenaan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Shukri berkata hukuman hudud bagi orang Islam adalah wajib seperti solat, haji dan puasa, namun katanya atas sebab-sebab tertentu ada juga yang tidak mengamalkan solat, puasa atau haji.

"Ada juga orang Islam yang tak solat, tetapi dia tak tolak solat. Ada yang tak buat haji walaupun dia mampu tapi dia tak tolak haji.

"Begitu juga hudud, pelaksanaannya juga tidak boleh ditolak sebaliknya terus dibincang sehingga boleh dilaksanakan," katanya.

Mohamad Shukri juga menasihatkan agar umat Islam negara ini berhati-hati ketika membincangkan tentang hudud sama ada di laman sosial atau sebagainya untuk mengelak akidah terkena 'virus' atau menjejas syahadah.

"'Virus' itu maksudnya kita semacam termakan apa yang orang kata tentang hudud kononnya zalim dan sebagainya sedangkan mereka tidak faham apa itu hudud. Manakala syahadah pula pendirian kita terhadap Islam dengan lafaz dua kalimah syahadah, itu perlu dijaga jangan sampai terjejas," katanya.

Katanya perbincangan tentang hudud sepatutnya diserahkan kepada pihak yang pakar mengenainya dalam usaha memberikan pemahaman terutama kepada orang bukan Islam.

"Kalau sakit jantung, biar pakar jantung yang rawat, begitu juga persoalan hudud, tidak usah kita sama-sama bincang, bimbang akidah terjejas, biar yang pakar selesaikan" katanya.

Mohamad Shukri turut meminta anggota-anggota politik termasuk calon pilihan raya mengelak menggunakan isu hudud sebagai bahan untuk kempen mereka.

Katanya agama dan politik adalah dua perkara yang tidak seharusnya dicampur adukkan apatah lagi sebagai bahan kempen.

"Bawalah apa sahaja bahan, tetapi bukan agama, bukan hudud. Bila dah cakap banyak pasal, ada yang mungkin tidak sedar akidah terjejas.

"Kita faham, kalau bukan Islam hudud memang mereka tolak, tetapi jika yang bercakap itu orang Islam, dia atas tiket politik, mereka perlu berhati-hati, elakkan," katanya. – Bernama

Najib mungkir janji, kata NGO Bantah TPPA

Posted: 23 May 2014 07:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa memungkiri janji apabila mengatakan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan penghujung tahun ini, kata Pengerusi Bantah TPPA Nizam Mashar (gambar).

Nizam dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, kerajaan menerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebelum ini berjanji TPPA hanya akan dimuktamadkan apabila kesemua 75 bahagian Garis Merah yang diketengahkan Bantah TPPA mendapat perhatian sepenuhnya.

Laporan agensi berita nasional Bernama pada 23 Mei yang menyatakan Najib mengumumkan TPPA perlu dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

"Kami menganggap pengumuman itu sebagai mungkir janji," kata Nizam dalam kenyataan itu.

Beliau turut berkata, Bantah TPPA ingin mengingatkan Najib akan janji beliau sebelum ini yang berkata, TPPA hanya akan termeterai menurut terma yang ditentukan oleh Malaysia.

"Panggilan untuk menyelesaikan rundingan yang melibatkan 12 negara dalam tempoh 12 bulan tanpa memikirkan langsung kepastian maklum balas, penglibatan aktif dan ketelusan yang sepatutnya bagi orang awam dan pihak berkepentingan yang berkaitan jelas menunjukkan Najib tunduk menyerah kepada tuntutan-tuntutan pihak lain tanpa menghirau hak-hak kebenaran rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

Nizam berkata, Najib perlu bersedia untuk menarik diri daripada rundingan TPPA kerana ia hanya membuang masa untuk meneruskan perjanjian yang tidak menjamin kedaulatan negara.

Bantah TPPA juga katanya meminta perdana menteri itu  untuk tidak sentiasa menyebut perjanjian ini mempunyai lebih banyak faedah berbanding dengan kos pelaksanaannya di Malaysia.

"Kami meminta perkara ini kerana perdana menteri dan kerajaan Malaysia masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh, dan oleh itu mampu dianggap sebagai khabar angin," katanya.

Nizam berkata, MITI sebelum ini berjanji seawal Ogos 2013 untuk menghasilkan satu laporan interim Analisis Kos-Faedah (CBA) dan juga laporan Penilaian Kepentingan Negara (NIA) dalam tempoh dua bulan di mana mereka terus-menerus berkata sedang diusahakan dan bakal menjadi asas keputusan kerajaan untuk TPPA .

"Jika ya, bagaimana pula Najib menjanjikan 'faedah melebihi kos' apabila dokumen-dokumen kajian yang menentukan sedemikian masih belum lagi disiapkan atau diedar kepada umum?" soalnya.

"Kata-kata mengelirukan tanpa fakta sebeginilah yang menjadikan rakyat dan pihak berkepentingan teragak-agak di dalam urusan kerajaan sepanjang rundingan perjanjian ini," katanya.

Malaysia juga kata Nizam bukan satu-satunya negara yang mempunyai keraguan terhadap TPPA.

Mengambil contoh Australia, Nizam berkata, negara itu masih berpegang teguh menentang pelaksanaan penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) dan rakyat New Zealand pula membantah sekerasnya syarikat-syarikat pertanian yang melanggar hak sempadan mereka.

"Tambahan, Bantah TPPA juga mempersoalkan kenyataan terkini Mustapa untuk lebih telus di dalam rundingan TPPA seperti dilaporkan Bernama pada 20 Mei.

"Bolehkah beliau akur untuk telus dan pada masa yang sama menekan perjanjian ini semata-mata untuk memenuhi tarikh akhir yang diumumkan secara mengejut oleh perdana menteri kita?" katanya.
Jelasnya lagi, masyarakat sivil masih tidak diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam rundingan TPPA untuk memastikan kehendak mereka dipenuhi dan bukan diancam sebaliknya.

"Bantah TPPA ingin mengetahui perincian perjanjian itu, bukan sekadar diberi gambaran kasar yang hanya menunjukkan permukaannya sahaja di dalam sesi-sesi pertemuan yang selalu dijalankan MITI sehingga hari ini.

"Apa yang kita lihat setakat ini dalam berinteraksi dengan kerajaan adalah kekerapan janji untuk mempertimbangkan 75 Garis Merah yang kami tekankan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tanpa kebenaran untuk berbincang secara terperinci bagi setiap bab-bab yang hampir siap, pihaknya tidak boleh jamin dan juga tidak dapat membuktikan MITI berpegang kepada janji.

"Kami masih belum mendapat kepastian tentang apa yang Mustapa janjikan dan – dalam sesetengah perkara – kami dimaklumkan wujud percanggahan pendapat dari sumber dalaman kementerian itu khususnya isu perubatan dan harta intelek," katanya.

Tambah Nizam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam satu ucapan membantah TPPA mengingatkan rakyat Malaysia apabila kerajaan kita menyertai perjanjian antarabangsa, kita mempunyai kecenderungan untuk rugi.

"Oleh itu, ia satu keperluan rundingan TPPA mendapat pendedahan kepada orang awam dan membenarkan maklum balas membina daripada pihak berkepentingan untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripadanya," katanya lagi.

Penggunaan cermin gelap dikaji semula

Posted: 23 May 2014 07:15 AM PDT

 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan, kata pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata bahawa MOT sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.

"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa kini, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus.

Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan seterusnya boleh didenda RM1,000 atau penjara maksimum sebulan.

Menerangkan lebih lanjut mengenai bengkel khas itu, Hishammuddin berkata, ia telah dijadualkan pada 2 dan 3 Jun ini, bertempat di Hotel Holiday Inn Glenmarie Shah Alam, dan akan dibahagikan kepada lima sesi.

"Antara pengisian bengkel ini ialah melihat kembali standard ketelusan cahaya cermin gelap kenderaan berdasarkan peraturan antarabangsa sedia ada seperti 'United Nation Vehicle Regulation R43 (Safety Glassing)'.

Bengkel ini juga akan memperhalusi usaha memastikan pengguna dapat diupayakan dari segi maklumat dan kefahaman mengenai penggunaan cermin gelap," kata Hishammuddin.

Bengkel pertama dipengerusikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membincangkan peraturan sedia ada, bengkel kedua oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi mengkaji amalan penggunaan cermin gelap oleh negara-negara luar, manakala bengkel ketiga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji peraturan cerman gelap dari perspektif keselamatan dan jenayah.

Bengkel keempat pula akan dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membincangkan penguatkuasaan dan kawal selia penjualan cermin gelap di premis aksesori kenderaan dan yang terakhir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membincangkan pengimportan kereta bercermin gelap dengan permit import (AP). – Bernama

Ceroboh Dun: Ramkarpal gesa KJ umum tindakan

Posted: 23 May 2014 07:11 AM PDT

Ramkarpal


GEORGETOWN - Calon DAP bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo menggesa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap ahli pergerakan itu yang merempuh ke dalam bangunan Dun Pulau Pinang, Rabu lepas.

"Tindakan perlu diambil. Permohonan maaf daripada (Ketua Pembangkang di Dun Pulau Pinang) Jahara (Hamid) sahaja tidak mencukupi kerana saya tidak fikir beliau mempunyai pengaruh terhadap mereka.

"Oleh itu, saya menyeru Khairy Jamaluddin menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil terhadap orang berkenaan memandangkan identiti mereka sudah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP mengutuk cubaan mana-mana pihak untuk bertindak seperti kumpulan manusia ganas.

Kira-kira 100 lelaki yang mendakwa mereka daripada Umno dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pintu utama bangunan itu dan memasuki biliknya, dikatakan untuk mencari Adun Seri Delima RSN Rayer, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno pada Selasa.

Rayer dikatakan mengeluarkan kata-kata itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno negeri cuba menimbulkan ketakutan rakyat melalui demonstrasi yang membangkitkan sentimen pergaduhan kaum 13 Mei 1969. - Bernama

Apa Hukuman Di Bawah Hukum Hudud Terhadap Si Penconteng Ini?

Posted: 23 May 2014 07:05 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Teluk Intan: Satu lagi provokasi dicetuskan, kali ini pacuan empat roda Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi sasaran.

Kenderaan itu menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.

Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.

Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.

"Lawanlah dengan hujah, bukannya bertindak seperti politik zaman purba. Sekarang politik ibarat langit yang terbuka.

"Biarlah Allah membalas kerja mereka. Mungkin mereka dapat upah kenyang sampai 100 tahun," katanya kesal.

Jelas beliau, apa yang berlaku itu adalah asam garam dalam perjuangan yang perlu dilalui.

Ekoran insiden itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengharapkan petugas PAS dan Pakatan Rakyat meningkatkan tahap keselamatan terutama menghampiri hari pembuangan undi nanti.

Beliau turut mengharapkan pihak polis meningkatkan lagi keselamatan di sepanjang kempen.

"Jangan biarkan orang-orang yang tidak bertamadun ini bertindak mengikut selera masing-masing.

"Biarlah pengundi tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jangan wujudkan budaya samseng," jelasnya lagi.

ULASAN GB

Konon hendak sangat hudud. Tahukah si penconteng itu apa hukumannya terhadap tangan orang yang menconteng sesuka hati terhadap harta milik orang lain?

Biar hakim mahkamah syariah yang menjalankan hukum Islam menetapkan hukumannya dan golongan yang beriya-iya hendakkan hudud itu benar-benar merasai hukumannya terlebih dahulu daripada orang lain.

Jika tidak, biar Allah sendiri menjalankan hukumanNya ke atas penconteng tersebut. Dan, insyaAllah, Allah tidak akan persia-siakan "permintaan" sipenconteng itu. Dia akan mendapatnya terlebih dahulu.

MAS nafi abaikan waris MH370, maklumat terbatas kerana perundangan

Posted: 23 May 2014 07:03 AM PDT

OLEH MD IZWAN

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menafikan mengabaikan kebajikan waris anak kapal MH370, sebaliknya mendakwa penyaluran maklumat terbatas kerana faktor undang-undang.

MAS berkata proses undang-undang yang berjalan menyebabkan mereka terikat kepada profesionalisme, khususnya selepas firma undang-undang, Ribbeck Law Chartered mengesahkan pelantikan mereka selaku wakil kepada waris MH370.

"Bagaimanapun pada 3 Mei 2014, firma undang-undang Ribbeck Law Chartered memberitahu peguam MAS mereka dilantik sebagai wakil perundangna kepada beberapa waris anak kapal dan membekalkan bukti yang mereka sedang dapatkan daripada keluarga ini," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran pelantikan itu, MAS berkata mereka perlu menghormati proses undang-undang dan bukan mengabaikan mana-mana waris MH370.

"Sebaik wakil perundangan dilantik, etika profesionalisme dan peraturan perlu dipatuhi dan sebarang perhubungan perlu dilakukan menerusi peguam mereka," kata MAS.

MAS juga mengesahkan peguam mereka mengadakan perbincangan dengan peguam Amerika Syarikat bagi membolehkan berhubung secara langsung dengan waris anak kapal MH370.

MAS baru-baru ini dikecam kerana mengabaikan kebajikan waris anak kapal penerbangan MH370 biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan.

Waris anak kapal MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu mendakwa MAS "mengabaikan" mereka hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing untuk mendapatkan bantuan guaman.

Waris mendakwa, syarikat penerbangan negara itu menghantar e-mel dua hari lalu meminta mereka mengarahkan peguam berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat itu bagi semua permintaan berkaitan pesawat yang masih belum ditemui itu.

Mereka juga tidak lagi berhubungan dengan penjaga yang merupakan wakil MAS untuk memberi maklumat terkini kepada ahli keluarga berkenaan.

Rayer nikmati kekebalan, mengapa minta didakwa kerana menghasut, soal peguam

Posted: 23 May 2014 06:57 AM PDT

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Sekumpulan peguam sepakat menentang gesaan Datuk Seri Shahidan Kassim agar Peguam Negara mendakwa seorang wakil DAP terhadap kata-kata kontroversi "Umno celaka" di bawah Akta Hasutan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal minggu ini.

Mereka berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer menikmati imuniti kerana beliau tidak mempersoalkan hak Raja-Raja Melayu dan orang Melayu atau menggalakkan perasaan permusuhan di kalangan antara kaum yang berbeza.

Para peguam mempersoalkan mengapa Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri, mengheret Tan Sri Abdul Gani Patail ke dalam perdebatan ini kerana kenyataan Rayer disasarkan kepada Umno, sebuah parti politik yang tidak mewakili orang Melayu semata-mata.

Mereka berkata, tiada hasutan kerana Umno bukan entiti khas yang dilindungi di bawah Akta Hasutan kerana ada juga orang Melayu yang merupakan ahli parti politik lain dalam gabungan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang.

Malah, mereka mengingatkan Shahidan bahawa keahlian Umno di Sabah juga terdiri daripada Bumiputera pelbagai etnik.

Para peguam mengulas gesaan Shahidan kepada Gani untuk mendakwa Rayer kerana menggunakan perkataan menghina "Umno celaka" semasa persidangan pada Selasa.

Shahidan sebelum ini berkata kenyataan Rayer bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga penghinaan kepada orang Melayu amnya.

Peguam Syahredzan Johan (gambar) mempersoalkan mengapa Peguam Negara mesti masuk campur berkenaan hal peribadi mengenai kenyataan dibuat terhadap Umno.

Beliau berkata para pemimpin Umno boleh memilih cara aman untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap Rayer di dalam Dewan Undangan Negeri yang dikawal Barisan Nasional.

"Mereka boleh menggunakan media tradisional dan sosial untuk mempengaruhi orang ramai," kata beliau sambil menambah ahli Umno juga boleh berhimpun secara aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Rayer.

Shahredzan berkata beliau juga bingung dengan gesaan Shahidan kepada Peguam Negara agar menggunakan undang-undang hasutan apabila ketuanya, Datuk Seri Najib Razak, berjanji memansuhkannya.

"Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Shahidan tidak sehaluan dengan perdana menteri mengenai perkara ini," katanya.

Peguam bagi Pengarah Eksekutif Liberty, Eric Paulsen (gambar) berkata, tindakan Shahidan adalah tidak logik kerana Rayer tidak menghina bangsa Melayu amnya dan Umno tidak perlu tersinggung.

"Garis antara Umno dan orang Melayu tidak boleh kabur sebagai parti politik tidak menikmati sokongan menggalakkan daripada masyarakat," katanya.

Paulsen berkata Peguam Negara harus lebih prihatin dengan mereka yang menceroboh Dewan Undangan Negeri dan mendakwa pesalah supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Beliau berkata, 33 orang didakwa menyebabkan gangguan awam apabila mereka menceroboh Parlimen tahun lalu untuk membentangkan satu memorandum bagi menggesa pemecatan terhadap para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kerana kegagalan mereka mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil pada pilihan raya umum lalu.

"Pihak polis dan Peguam Negara bertindak cepat ketika itu dan saya berharap mereka menunjukkan semangat yang sama apabila berurusan dengan mereka yang menceroboh Dewan Negeri ini," katanya.

Peguam Abd Shukor Ahmad berkata, gesaan Shahidan untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap Rayer tidak boleh disokong oleh undang-undang.

"Shahidan dan pemimpin Umno yang lain salah mentafsirkan bahawa kritikan terhadap parti mereka juga merupakan serangan terhadap orang Melayu," katanya.

Shukor berkata pengamal undang-undang dan masyarakat sivil menentang penggunaan Akta Hasutan terhadap pengkritik kerajaan dalam sistem demokrasi seperti Malaysia.

"Apatah lagi apabila menteri kini menggesa Peguam Negara menggunakan undang-undang yang sama hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan parti," kata beliau.

Rayer membuat kenyataan "Umno celaka" pada Selasa apabila beliau merujuk kepada insiden perhimpunan di Seberang Jaya pada 18 Januari, di mana penunjuk perasaan mengadakan membawa kain rentang tertulis "Kerana mulut pemimpin DAP 13 Mei 1969 berlaku...Ingin lagi ke?"

Perhimpunan itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Machang Bubuk Lee Khai Loon kerana flashmob "Saya suka Kangkung" beberapa hari sebelumnya.

Flashmob itu menyaksikan patung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disuap dengan kangkung, yang bertujuan menyindir pemimpin itu kerana komennya berkenaan penurunan harga sayur itu.

Pada Rabu sekumpulan 30 orang menyerbu DUN Pulau Pinang menuntut untuk berjumpa Rayer.
Mereka menceroboh dan menganggu persidangan tetapi diiring keluar 10 minit kemudian.

Jika saya masih Pemuda, harus kami bakar bangunan DAP, kata Veteran Umno

Posted: 23 May 2014 06:52 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Veteran Umno menyokong tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan  dan Pulau Pinang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai tindakan wajar bagi menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2014. Veteran Umno menyokong tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai tindakan wajar bagi menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Veteran Umno hari ini menyokong tindakan sayap pemuda parti Wilayah Persekutuan yang mencetuskan kekecohan dan mengugut mahu membakar Ibu Pejabat DAP.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub berkata, jika beliau masih berada dalam sayap Pemuda, bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat parti tersebut benar-benar akan dibakar.

"Kalau zaman saya pemuda Umno lebih teruk daripada itu lagi. Harus kami bakar bangunan itu. Nasib baiklah mereka tidak bertindak seagresif itu. Bukan masalah tidak sopan atau melanggar undang-undang tetapi sebagai bukti menunjukkan kemarahan.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub berucap di hadapan 70 ahli sayap di Dewan Kampung Bahagia, Teluk Intan hari ini. Beliau berkata bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat DAP benar-benar akan dibakar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 23 Mei, 2014.Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub berucap di hadapan 70 ahli sayap di Dewan Kampung Bahagia, Teluk Intan hari ini. Beliau berkata bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat DAP benar-benar akan dibakar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik."‎Jika orang kata rasis, kita duduk senyap, orang hina Melayu dan raja kita senyap, sebab itulah mereka berani kata macam-macam kepada kita," katanya kepada The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah kepada veteran Umno di Kampung Bahagia di Teluk Intan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata pihaknya bersedia menanggung kerugian yang ditanggung DAP akibat tindakan ganas Pemuda Umno Wilayah Persekutuan semalam.
Katanya, satu permohonan maaf secara peribadi dikemukakan kepada Dr Ong Kian Ming, bagaimanapun ahli parlimen Serdang itu enggan menerimanya, lapor portal berita.

Mustapha tidak bersetuju jika apa yang dilakukan pemuda Umno itu disifatkan sebagai mencetuskan huru-hara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang memulakannya.
Katanya, apa yang dikatakan Rayer sangat kurang ajar dan tidak dapat diterima oleh orang Melayu.

"Pemuda Umno berhak menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer yang melabelkan 'Umno celaka'. Ini satu perkataan sangat kurang ajar yang dilahirkan oleh seorang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu.

"Tindakan pemuda Umno di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang adalah tepat untuk menyatakan kita tidak lagi boleh berdiam diri atau berkompromi terlalu banyak dalam isu menyentuh bangsa dan agama," katanya.

Beliau berkata kemarahan yang ditunjukkan Pemuda Umno sememangnya wajar kerana Rayer tidak akan sekali-kali memohon maaf.

Katanya, Umno tidak boleh dipersalahkan 100% kerana pihak pembangkang juga sebelum ini kerap mengadakan perhimpunan yang mencetuskan kekecohan.

"‎Saya tidak fikir ini perbuatan melampau kerana pembangkang buat Bersih 1, 2, 3 dan Bantah GST dengan jumlah yang lebih ramai. Itu lagi melampau. Kita Melayu berhak tunjukkan kita ada maruah dengan cara begitu.

"Tak cukup dengan permohonan maaf. Puak begini mana reti mintak maaf. Kita kena tunjuk dalam bentuk tindakan," katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Mustapha berkata rupa paras calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan mampu menawan hati pengundi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang lebih berpengalaman.

"Saya tak fikir orang Teluk Intan sanggup memberi kepercayaan kepada calon muda yang mungkin cantik, manis dan menawan tetapi tiada pengalaman berbanding calon yang berumur dan ada pengalaman serta rekod anak tempatan.

"Saya fikir kali ini orang Cina akan berfikir dua kali sebelum memilih DAP," katanya.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Mustapha berkata peluang BN memenangi PRK itu adalah 50% dan apa yang perlu dilakukan jentera adalah meningkatkan usaha supaya Mah dapat memenangi pilihan raya kali ini.

Umno-BN guna sekolah berkempen, tindakan bongkak dan lupa diri

Posted: 23 May 2014 12:43 AM PDT

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Pemimpin Umno-BN bongkak dan keliru apabila berterusan menggunakan aset kerajaan untuk dipergunakan dalam kempen politik mereka sewenang-wenangnya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan sekolah sebagai lokasi berkempen.

Dr Halimah"Itu masalahnya sebab mereka lupa yang membina sekolah itu adalah dari wang rakyat.

"Wang rakyat itu maksudnya duit dari penyokong BN mahupun pembangkang.

"Jadi apabila terlalu lama memerintah membuatkan BN lupa dan keliru apa itu politik," katanya kepada ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Halimah berkata sekolah mahupun institut pengajian tidak sesuai dijadikan lokasi berkempen politik kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.

"Sekolah itu untuk anak-anak belajar. Mereka tidak mengundi pun. Kalau sekadar ceramah untuk bagaimana mereka menjadi lebih kreatif itu bagus.

"Tetapi kalau bawa hal politik itu tidak sesuai kerana akan menimbulkan pergaduhan dan tidak sensitif kepada penyokong-penyokong lain," katanya.EZY

Lagi laporan rasuah Taib Mahmud, mana SPRM?

Posted: 23 May 2014 12:36 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Tindakan Ketua Pendakwaraya sebuah agensi rasmi penentang jenayah Norway, Økokrim menghantar laporan dakwaan rasuah melibatkan firma milik Kerajaan Negeri Sarawak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini sama sekali tidak akan memberi kesan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh, suruhanjaya itu sendiri bertindak seolah-olah penyelamat kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

Taib lagiIa terbukti apabila badan pencegahan jenayah itu gagal melakukan sebarang pendakwaan terhadap Taib yang terpalit dengan isu rasuah walaupun diketahui umum sebagai tidak bersih."SPRM sendiri melindungi Taib, mereka menggunakan tangan ghaib untuk menutup setiap kes rasuah melibatkan Taib.

"Jika SPRM benar-benar telus dan berintergriti, sudah pasti mereka tidak akan biarkan Taib terlepas begitu saja," tegas Zulhaidah ketika dihubungi.

Beliau juga tidak menolak bahawa pegawai penguatkuasa telah diugut atau dijanjikan habuan supaya tidak menyiasat Taib.

Bruno Manser Fund (BMF) dalam kenyataan media dilapor berkata, Ketua Pendakwaraya dari Økokrim menemui SPRM bagi menyerahkan laporan berhubung kes melibatkan Sarawak Energy Bhd yang dikaitkan dengan Taib dan Ketua Pengarah Eksekutif Norway, Datuk Torstein Dale Sjøtveit.

BMF memfailkan aduan kepada Økokrim November lalu berikutan Sjøtveit menganugerahkan kontrak bernilai lebih US$200 juta (RM642 juta) kepada syarikat yang dikaitkan dengan Taib.

Ketua Pendakwaraya Jenayah Ekonomi Normay bagaimanapun berkata kepada BMF, beliau tidak mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap Sjøtveit kerana dakwaan salah laku jenayah itu berlaku di Malaysia.

Dengan perkembangan ini, BMF menyeru SPRM supaya bertindak terhadap Sarawak Energy dan menghapuskan amalan rasuah dalam syarikat itu.

Namun Zulhaidah percaya, Taib akan terus kebal dari sebarang tindakan SPRM selagi Barisan Nasional mentadbir Malaysia.

"Selagi BN memerintah, tiada siasatan akan dijalankan terhadap Taib.

"Kalau kita mahu tahu apa sebenarnya terjadi dan melihat beliau dihukum, satu perkara yang perlu kita buat adalah dengan menumbangkan BN terlebih dahulu," kata Zulhaidah.

BMF merupakan pengkritik Taib terhadap dakwaan rasuah sebelum ini mendakwa keluarga Taib mempunyai anggaran aset bernilai US$20 bilion (RM66.7 bilion) dan turut mempunyai hartanah di Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Laporan pada Februari lalu bagaimanapun mendapati, SPRM gagal menemui bukti salah guna kuasa dalam siasatan mereka.

Kertas siasatan SPRM terhadap Taib dibuka sejak lima tahun lalu ketika Taib masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri.

Ceramah Mega Anwar di Bukit Gelugor malam ini, 23 Mei

Posted: 23 May 2014 12:32 AM PDT

KEADILAN DAILY


BUKIT GELUGOR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggegarkan pentas Ceramah Mega Pakatan Rakyat pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor malam ini.

BG1Ceramah yang bakal berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Jalan Lim Lean Teng, Air Itam itu turut dibarisi pemimpin negeri antaranya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan calon DAP, Ram Karpal.

Turut serta menyampaikan ceramah yang bermula 8.30 malam nanti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Parit buntar, Mujahid Yusof Rawa.

Ram Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut Ahad ini.

PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu

5 peguam menang kes saman polis isu penahanan tidak sah

Posted: 23 May 2014 12:30 AM PDT

 menang

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Lima peguam hari ini menang kes saman ke atas polis berikutan penahanan tidak sah pada 2009.

Keputusan itu dibacakan Hakim John Louis O Hara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Mereka adalah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhaliwall.

Mereka ditahan polis ketika berada berdekatan Balai Polis Brickfields bagi mewakili 14 orang yang ditangkap semasa candlelight vigil diadakan di hadapan balai tersebut.

Semua mereka ditangkap ketika menjalankan tugas dan terpaksa tidur di dalam lokap semalaman.

Mahkamah memerintahkan mereka dibayar gantirugi am RM15,000, gantirugi teruk dan teladan RM60,000 tiap seorang.

Keseluruhan kos untuk kelima-lima mereka adalah RM375,000. Peguam mewakili mereka adalah R Sivarasa

Bukit Gelugor PRK Paling Aman - KPN

Posted: 23 May 2014 12:17 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor antara yang aman dalam sejarah PRK di negara ini.

Ini berikutan tiada kes jenayah serius dilaporkan sejak hari penamaan calon pada 12 Mei lalu sehingga hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya 15 laporan diterima setakat ini.
"Daripada 15 laporan itu, hanya empat kertas siasatan dibuka dan ianya membabitkan kesalahan kecil di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan. Nampaknya, ini tempoh berkempan paling aman... tak ada banyak masalah," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat persiapan PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Jumaat.

Ketika ditanya mengenai persiapan menghadapi PRK pada 25 Mei ini, Khalid berkata, segalanya berada dalam keadaan  baik dan terancang.

"Persiapan rapi dibuat dan kekuatan anggota bertugas mencukupi bagi memastikan kelancaran PRK ini," katanya.

Malah, beliau berkata, pihaknya turut bersedia menghadapi sebarang insiden yang mungkin timbul semasa hari pengundian, Ahad ini.

"Kita sedia hadapi apa jua kemungkinan. Saya juga amat yakin PRK ini akan berjalan lancar tanpa dicemari insiden tidak diingini," katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan calon yang bertanding supaya tidak mengeluarkan ucapan dan kenyataan yang dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Sebelum berucap tu fikir dulu apa yang ingin dicakap... kerana takut ia akan menggugat keselamatan awam," katanya.

Rekod lampau taruhan Mah tawan Teluk Intan

Posted: 23 May 2014 12:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


ANALISIS Calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong bukan orang asing buat pengundi di kawasan ini dengan rekod khidmatnya selama lebih 19 tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Teluk Intan - dan enam tahun kebelakangan ini, selaku anggota politik tanpa sebarang jawatan.

Sejak diumumkan sebagai calon, presiden Gerakan yang berusia 53 tahun ini nampaknya memilih untuk berkempen secara sederhana dalam pilihan raya ini.

Pasukan beliau misalnya, mengambil masa tiga hari untuk menyelaras dan memaklumkan jadual kempennya kepada media.

Pada hari-hari biasa, jadual kempen bekas timbalan menteri ini kadang kala lebih padat berbanding lawannya, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun, yang menghiasi tajuk-tajuk berita sejak pencalonannya diumumkan.

Tidak sekadar menumpukan kepada ceramah semata-mata, beliau turut bertemu kumpulan-kumpulan kecil penduduk setempat menerusi acara yang diatur parti-parti komponen BN.

Dan ke mana-mana tempat yang dijelajahnya, Mah kelihatan cekal dan tabah namun sayangnya, kempen beliau kurang rancak.

"Anda semua kenal saya, saya pernah datang ke sini, dan saya pernah berkhidmat di sini.

"Saya cukup kenal dengan kawasan ini," kata Mah ringkas kepada sekumpulan kecil orang India pada satu majlis taklimat ringkas di tadika di Taman Aman Desa - satu kawasan perumahan dengan majoriti orang India.

Beliau tidak menyebut nama Dyana walaupun sekali, sebaliknya mengingatkan orang ramai yang beliau pernah berkhidmat di Teluk Intan sebagai MP di antara tahun 1999 sehingga 2008.

Calon bebas Abu Backer maafkan Guan Eng

Posted: 23 May 2014 12:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas kecederaan dirinya.

Katanya, beliau masih menghormati Guan Eng sebagai ketua menterinya dan mahu bekerjasama dengannya bagi menyelesaikan masalah rakyat di Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beliau tidak jadi menyaman Guan Eng dan mahu berjumpa dengannya walau hanya untuk dua minit.

"Ketika itu saya marah. Tetapi selepas berfikir balik, saya ingat Nabi Muhammad itu pemaaf. Jadi saya maafkan beliau dan menghormati beliau sebagai ketua menteri saya," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Selasa lalu, Backer yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12.30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Menceritakan kembali pengalaman beliau, Backer menafikan beliau sengaja mahu menendang dan melanggar kereta Mercedez Benz setiausaha agung DAP itu.

"Saya ingat nak lompat dan panjat kereta itu tapi tersalah langkah sebab kereta itu mengundur.

"Yang kata saya langgar tu, sebenarnya saya terpelecok dan jatuh ke arah kereta. Kebetulan kereta itu sedang bergerak sikit ke hadapan jadi saya jatuh. Kena rusuk saya dan saya terbaring di jalan," kata beliau.

Backer berkata dalam keadaan kurang sedar selepas itu kerana masalah kekejangan otot dan kesakitan di pinggang dan rusuk ketika dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau mendakwa hospital itu mahu membedahnya kerana mendapati tulang rusuknya patah dan mempunyai keretakan pada pinggulnya.

"Doktor di situ kata kalau tak bedah tulang yang patah itu boleh menjangkiti paru-paru. Jadi saya mahu dipindahkan ke hospital swasta untuk mendapatkan pendapat kedua," jelas beliau lagi.

Backer ditukarkan ke Hospital Loh Guan Lye pada pagi Rabu lalu dan menjalani semula ujian MRI dan CT Scan.

Beliau berkata doktor di situ mendapati tulang beliau tidak patah sebaliknya hanya bengkak dan lebam.

Peguam itu turut bertegas bahawa beliau tidak berlakon untuk mendapat publisiti, namun melakukan perkara itu hanya untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi negeri itu.

"Buat apa saya nak berlakon. Takkan saya nak terus bagi orang hina saya sahaja.

"Saya nak jumpa Guan Eng. Apa salahnya dia berjumpa saya? Saya seorang saja. Takkan tak berani nak jumpa?" tambahnya.

Kawal ahli kamu, kata MCA pada Khairy

Posted: 23 May 2014 12:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda MCA hari ini menegur rakan sejawatnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP semalam.

"Pemuda MCA mengutuk keras ancaman oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan untuk membakar ibu pejabat DAP, tindakan yang boleh mencederakan dan memakan korban nyawa.

"Kami gesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk kawal dan tenangkan anggotanya," kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana tidak puas hati dengan tindakan wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka.

Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.

Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.

Dalam kenyataannya hari ini, Chong berkata, walaupun MCA dan DAP masing-masing bermusuh secara politik, "perlindungan terhadap demokrasi dan kestabilan mesti diutamakan".

Katanya, mereka juga tidak setuju dengan kegagalan DAP memaksa Rayer menarik balik "penghinaannya" tetapi ia mestilah menggunakan peti undi dan bukannya melalui gangguan, kekasaran, kemusnahan harta benda dan ancaman keganasan.

DAP: Pemuda Umno serlahkan kelemahan Najib

Posted: 22 May 2014 11:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tindakan anggota Pemuda Umno yang mengancam untuk membakar pejabat DAP semalam didakwa mencerminkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, aksi keganasan itu menjadi peringatan tegas terhadap politik Umno dan kelemahan Najib yang gagal menunaikan janji-janji pembaharuan.

"Saya tuntut beliau sebagai pengerusi BN, sebagai pemimpin Umno untuk menjawab.

"Kita perlu tahu apa pandangannya terhadap apa yang berlaku semalam.

"Sebagai pemimpin, beliau mesti pikul tanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku," tambahnya.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai pula turut menyalahkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ekoran insiden itu.

"Bukan hanya Khairy, tetapi seluruh Umno, (dan) presiden Umno sendiri.

"Sebabnya, insiden sebegini bukan kami pertama, Pemuda Umno berlagak macam samseng dalam banyak acara," katanya. [Baca berita penuh]

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Jalan Pudu kerana tidak puas hati dengan tindakan seorang anggota DUN Pulau Pinang daripada parti itu yang menggelar pemimpin Umno celaka.

Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.


Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda DAP Tan Hong Pin (kiri) berkata, pencerobohan terhadap DUN dan perhimpunan di depan pejabat DAP semalam melanggar prinsip dan amalan demokrasi serta Akta Perhimpunan Aman 2013.

"Kami akui bahawa setiap warganegara mempunyai hak bersuara dan hak berhimpun seperti mana yang kami senantiasa perjuangkan.

"Bagaimanapun kami berpendapat bahawa setiap hak ini ada asas dan batasnya," katanya yang juga ADUN Mengkibol.

SPR nafi dakwaan enggan sah Borang 14

Posted: 22 May 2014 11:49 PM PDT


PRK Teluk Intan  
PRK Teluk Intan


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa pihaknya enggan mengesahkan Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi iaitu Borang 14 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tidak timbul soal SPR tidak mengesahkan Borang 14 memandangkan ia akan diperaku dan ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi selepas selesai proses pengiraan undi.

"Borang 14 akan diperaku dan ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi berdasarkan Peraturan 25 (1 ) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Penjalanan Pilihan Raya ) 1981 selepas selesai proses pengiraan undi di setiap saluran mengundi.

"Ejen mengira undi yang hadir dan berhasrat untuk menandatangani penyata pengundian tersebut boleh berbuat demikian. Satu salinan diserahkan kepada setiap ejen mengira yang hadir. Oleh itu tidak timbul soal SPR tidak mengesahkan Borang 14," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan DAP mempertikaikan tindakan SPR yang didakwa tidak mahu mengesahkan Borang 14 pada PRK Teluk Intan.

Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang juga ejen calon berkata, perkara itu dimaklumkan melalui taklimat bersama pegawai SPR dan ejen calon Isnin lalu.

"Pegawai SPR itu menyatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.

"Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain?," dakwanya.

Undi Dyana, perkasakan wanita – Dr Sharifah Halimah

Posted: 22 May 2014 11:12 PM PDT


dyana paper

Roketkini.com


TELUK INTAN: Persatuan Wanita Perak menyatakan sokongan penuh kepada Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Presidennya, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, Dyana adalah calon terbaik kerana beliau boleh membawa kepentingan wanita di Parlimen.

"Sekarang ini tidak ada sebarang input untuk membela wanita. Dengan adanya Dyana di Parlimen ia akan membawa penambahan idea baru serta semak dan imbang berkesan kepada wanita.

"Saya berharap para pengundi tidak memilih beliau berdasarkan rupa paras tetapi kebolehannya.

"Pemilihan Dyana mewakili suara generasi muda nantinya turut memberikan mesej untuk memperkasakan lagi para wanita di seluruh negara," katanya yang juga alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk serangan berbentuk perkauman dan seksis terhadap Dyana dari pelbagai pihak.

Mengalukan sokongan Sharifah, Dyana juga menyeru para wanita supaya bangkit dan tidak ketinggalan dengan lelaki dalam apa jua bidang.

"Wanita harus tahu mereka punya keupayaan untuk melakukan sesuatu.

"Ambil risiko. Jangan berada di belakang. Keluar dan bersuaralah," katanya.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, memperkasakan wanita merupakan antara agenda utama yang akan diperjuangkan beliau jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. -Roketkini.com