Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan satu keberanian

Posted: 17 May 2014 07:43 AM PDT


TELUK INTAN, 17 MEI: Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan.
  "Saya menentang politik perkauman dan memegang teguh pada prinsip semangat kekitaan," kata calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam sidang media yang diadakan di pusat operasi pilihanraya PRK Teluk Intan selepas diumumkan sebagai calon hari ini, Dyana menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang mendalam berbanding perbezaan-perbezaan dangkal.
"Saya ingin supaya semua rakyat lebih memahami antara satu sama lain. Tembok perkauman mesti dirobohkan, barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan.
"Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya pastinya menjulang tinggi dua unsur ini. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai kedudukan istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dipertahankan DAP," jelasnya,
Tambah graduan undang-undang UiTM itu lagi, sebagai calon generasi muda beliau juga mendukung amalan politik baru.
Beliau mengemukakan teh tarik yang digemari oleh semua kaum di Malaysia sebagai perlambangan bagi unsur-unsur yang menyatukan masyarakat.
"Marilah bersama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, orang Malaysia," ujarnya. -Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan.

"Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan.

Justeru, menurutnya jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan, begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

"Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama," tulisnya lagi.

Beliau menambah, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Ini Dyana lahh ..!!!

Posted: 17 May 2014 04:20 AM PDT



Satu undi untuk Dyana dari anda pengundi-pengundi di Teluk Intan bermakna, anda telah mengundi satu politik baru di Malaysia.

Kuatkan semangat, work hard for rakyat and you'll do fine. Gurkah-gurkah politik di'port' sentiasa mendoakan kejayaan dan kemenangan anda.

dollah yankee -
Cun,jambu,sempoiii ... sepatutnya Mat Sabu di Bukit Gelugor

AdlyZahari

0
sumber :-

AdlyZahari


PRK TELOK INTAN RUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN

Posted: 17 May 2014 02:54 AM PDT

  • YAB Sdr Lim Guan Eng menamakan anak muda Dyana Sofya sebagai calon DAP Parlimen Telok Intan.
  • Tamparan paling hebat buat BN terutamanya UMNO.
  • Mengikut komposisi kaum Telok Intan terbahagi kepada 42% Cina, 38% Melayu selebihnya masyarakat India dan lain lain.
  • Meletakkan calon berbangsa Melayu dikawasan majoriti  Cina adalah agak asing buat BN, tetapi DAP mampu melakukannya.
  • UMNO yang menjadi tunjang BN pun tak mampu melakukannya, walaupun mereka sedar peluang calon dari Gerakan untuk menang semakin malap.
  • BN sebenarnya sudah tidak punya upaya melawan seperti zaman Mahathir. Bukit Gelugor BN tewas sebelum berlawan.
  • BN tidak sedia kalah dan sudah malas berlawan untuk kalah seperti dikerusi Bukit Gelugor.
  • Telok Intan juga memberi tamparan hebat buat BN. 
  • DAP memecah tembok perkauman, sedangkan BN masih ditakuk lama.
  • Bukan setakat itu, calon remaja DAP menunjukkan parti itu membuka ruang seluas luasnya kepada orang muda.
  • Syabas buat DAP dan tahniah buat Dyana Sofya. Tekad beliau memecah tembok politik perkauman terus menjadi aspirasi rakyat Malaysia. 
  • Di Malaysia, sekiranya tembok perkauman itu runtuh, UMNO turut runtuh!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO HUJUNG MINGGU: PATUT DIA NI TAK DILANTIK JADI MENTERI

Posted: 17 May 2014 04:25 PM PDT





KHALID SAMAD TIBAI NOH OMAR


DENGAR APA KATA ALLAHYARHAM TUNKU

Posted: 17 May 2014 03:10 PM PDT


Umno BERI KERUSI KE CINA, CINA PULAK BERI KERUSI UNTUK MELAYU.SIAPA YANG MENJADI PEMBELOT BANGSA MELAYU?

Posted: 17 May 2014 03:02 PM PDT

 JANGAN UNDI PARTI RACIST Bn.
















[KENYATAAN MEDIA] Pemilihan KeADILan 2014

Posted: 17 May 2014 02:57 PM PDT

16 Mei 2014

Pimpinan KEADILAN mengamati situasi perjalanan Pemilihan parti yang telah berjalan tiga minggu berturut-turut dengan cukup serius. Seperti yang telah disebut dalam sidang media saya sebelum ini, sekiranya ada isu cacat cela dalam proses pengundian – termasuk penipuan, gangsterisme, dan disiplin – maka siasatan penuh wajib dijalankan dan tindakan disiplin harus diambil. Harus ditegaskan bahawa JPP dan Lembaga Disiplin KEADILAN telah diarah supaya tidak melindungi mana-mana anggota pun.

Semalam kita telah saksikan seramai lapan anggota KEADILAN yang telah digantung keanggotaan bagi membantu siasatan berkaitan Pemilihan parti, dan saya difahamkan Lembaga Disiplin kini bermesyuarat setiap hari bagi mempercepat proses siasatan.

Pada masa yang sama, saya telah meminta ketiga-tiga calon Timbalan Presiden KEADILAN untuk bersama saya pagi ini mewakili kesemua anggota KEADILAN memberi sokongan penuh kepada JPP untuk terus bergerak dan menambahbaik proses pemilihan parti.

Pimpinan KEADILAN amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutamanya sewaktu proses pengundian di Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, didapati terdapat elemen bukan anggota parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian. Saya juga difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk KEADILAN sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac yang lalu.

Oleh yang demikian, pimpinan KEADILAN telah mengarahkan JPP dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan disiplin yang cukup keras mesti diambil, bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang dari parti.


ANWAR IBRAHIM

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


HOTEL SENTRAL MALAM INI

Posted: 17 May 2014 06:30 PM PDT






MALAM INI

HOTEL

 SENTRAL

JAY BEE





--------

CARA MEMBACA UTUSAN

Posted: 17 May 2014 07:30 AM PDT






KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dimalukan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri apabila beliau dimaki hamun oleh seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang...




KAH KAH KAH
woit ingat
macam mana 
baca utusan
bila khalid menang
tetiba khalid kena maki
ini petanda baik


-------

LAGI EEE BUAT KERENAH

Posted: 17 May 2014 06:30 AM PDT




SOALAN HAKIKI
ini melayu
atau eee


Komen pembaca: Umno, Najib ancam saman Mkini

Peguam Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" and "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

"Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.




KAH KAH

 KAH


 parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber

adakah komen

ini salah

kah kah kah


----------

KITA TELAH BERANI

Posted: 17 May 2014 05:00 AM PDT




KITA TELAH BERANI
kita telah berjaya
menjatuhkan takut
takut selama ini mengahntui kita

jika takut telah dikalahkan
maka 
kita jadi berani



FORUM DI JAY BEE - HOTEL SENTRAL

Posted: 16 May 2014 11:00 PM PDT







FORUM

MALAM ESOK

HOTEL 

SENTRAL

JAY BEE



semua di jemput datang
boleh dapatkan buku terbaru 
adam adli
boleh dapatkan buku
hishamuddin rais
boleh dapt buku
tsunami cina


-----------

MALAYSIAKINI DI SAMAN

Posted: 16 May 2014 09:11 PM PDT






KOMENTAR

malaysiakini bukan portal
pro pembangang

jangan silap anggap
jangan silap baca

malaysiakini ialah portal
anti kerajaaan
KUALA LUMPUR 16 Mei - Portal berita propembangkang, Malaysiakini diberi notis tuntutan saman di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM rea­ping what he sows' dan 'How much...





KAH KAH KAH

ingat macam 
mana baca
utusan?

kalau diserang
ertinya baik

kalau disaman
ertinya lagi baik


------------

PROJEK AMERIKA GAGAL

Posted: 16 May 2014 09:00 PM PDT





PROJEK AMERIKA 
GAGAL


projek amerika 
dengan
kerjasama saudi 
kerjasama turkey 
kerjasama qatar
kini telah gagal



KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL

Posted: 16 May 2014 08:00 PM PDT






 MAKLUMAT

AL- FARABI
RABU 21 MEI 2014
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
JAM 9:00 MALAM

kuliah akan melihat  pandangan
al-farabi
yang juga di nobatkan sebagai
guru ke dua






SABTU 

MALAM

FORUM

SHAH ALAM



AHAD 

MALAM

JAY BEE



---------

DUNIACACAMARBA

0
sumber :-

DUNIACACAMARBA


Punca Wanita Solat di Tepi Jejambat...

Posted: 17 May 2014 06:45 AM PDT


Wanita Tanpa Pengenalan Diri Ditemui Bersolat Atas Jejambat

[AA] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.

Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -17/5/14




DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN

Posted: 17 May 2014 05:09 AM PDT

shahbudindotcom


Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama.

Laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Ini jelas berbeza dengan PR. Dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan. Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah Melayu iaitu Dr Wan Azizah yang mengambil alih tempat Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk bertanding.

Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.

Dengan komposisi pengundi Cina 42 peratus, Cina 38 peratus dan India 19 peratus serta kemenangan dalam pilihanraya lalu hanya dengan majoriti 7,313 undi serta cabaran yang bakal dihadapi pula ialah calon daripada parti kerajaan yang tentunya banyak jentera dan peruntukan kewangan bakal diturunkan, keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian.

Bilakah BN ada keberanian seperti ini?

Selain itu, keberanian DAP juga terserlah apabila memlilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun, pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang memandang ke hadapan.

Di manakah tempatnya seorang anak muda berusia 27 jika di dalam UMNO atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting saja.

Sementara para pemimppin UMNO, BN dan kerajaan menyedari nipisnya sokongan pengundi muda kepada mereka serta menyedari hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya akan datang adalah golongan muda serta 3.5 juta adalah pengundi yang pertama kali menunaikan tanggungjawab, malangnya majoriti calon BN yang ada sudah menginjak senja.

Kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa kerat yang lain, majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan berusia dan sudah senja tetapi masih mahu mendakap kuasa.

Berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.

Jika sebelum ini PR sudah ada Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut. Tetapi siapa ikon golongan muda yang ada dalam BN?

Pilihanraya kecil Teluk Intan dan keberanian DAP menonjolkan Dyana Sofya, semoganya memberi banyak kesedaran kepada UMNO dan BN jika ingin terus berkuasa lagi.

Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan

Posted: 17 May 2014 05:05 AM PDT

MSO

Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan.

Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya.

Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda.

Bagi DAP parti itu tidak meletakkan calon berdasarkan soal lama atau baru (sinioriti) tetapi lebih mengutamakan kepada keserlahan bakat kepimpinan kepada seseorang. Dyana baru menyertai DAP 2012. Keberanian DAP mempertaruhkan Dyana Soyfa ini dilihat penerusan parti itu dalam memilih bakal-bakal pemimpin masa depan.

Perletakan Dyana itu juga memberi peluang terbaik untuk orang Melayu mendapat satu lagi suara seetnik di parlimen.

Elok kalau parti-parti lain khasnya parti dominasi Melayu meniru DAP.

Pilihan raya keccil kerusi parlimen Teluk Intan diadakan ekoran Seah Leong Peng. Dalam pilihan raya 2013 Leong Peng menang dengan majoriti 7,313.

Kempen bikini burukkan Dyana hanya politik murahan, kata ahli politik, penganalisis

Posted: 17 May 2014 05:01 AM PDT

OLEH EILEEN NG


 Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud belum diumumkan secara rasmi sebagai calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, beliau sudah menjadi mangsa kempen memburuk-burukkannya. – Gambar Facebook, 17 Mei, 2014. Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud belum diumumkan secara rasmi sebagai calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, beliau sudah menjadi mangsa kempen memburuk-burukkannya. – Gambar Facebook,


Namanya masih belum disahkan secara rasmi sebagai calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei ini, tetapi Dyana Sofya Mohd Daud sudah menjadi mangsa kempen berniat jahat yang mencemarkan dirinya, termasuk gambar beliau berbikini.

Sebelum namanya diumumkan sebagai calon DAP yang berpotensi dalam PRK di Teluk Intan sekali pun, Dyana sudah menjadi mangsa kempen memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berusia 27 tahun itu diserang berasaskan kepada kaum dan kepercayaan agamanya – seorang Melayu Islam yang bertanding untuk kerusi dalam kawasan yang kebanyakannya adalah Cina.

Baru-baru ini, beberapa blog menyiarkan gambar seorang wanita memakai bikini warna merah jambu, dan menyatakan ia adalah Dyana dan mempersoalkan sikapnya sebagai seorang Islam.

Selepas gambar itu tersebar luas di Internet, ada pengguna media sosial berkata gambar itu bukan Dyana, tetapi pelakon Filipina, Pauleen Luna.

Bercakap mengenai perkara itu, Dyana terkejut dengan gelombang serangan yang diterimanya, susulan khabar angin mengenai pencalonannya dalam PRK itu.

"Butir peribadi saya disalah guna. Dan sekarang, untuk lebih mencemarkan imej saya, nampaknya ada gambar yang kononnya saya memakai bikini.

"Walaupun saya fikir pelakon Filipina itu sangat menarik, saya rasa kejadian ini benar-benar menunjukkan tahap politik murahan yang pihak lawan sanggup buat, terutama sekali terhadap wanita.

"Sila bertindak seperti orang dewasalah," kata Dyana dalam suratnya kepada The Malaysian Insider, sambil menambah episod kejadian itu menyedarkannya masyarakat Malaysia adalah pembenci wanita.

Beberapa pemimpin DAP dan penganalisis politik turut bercakap mengenai serangan itu dan membuat spekulasi mereka yang bertanggungjawab terhadap penyiaran gambar itu ialah cybertrooper Barisan Nasional (BN).

Mereka berkata, pihak di luar sana yang mengkritik Dyana tidak dapat memahami hakikat seorang Melayu mahu bersekutu dengan parti pembangkang yang majoriti ahlinya adalah Cina seperti DAP.

"Selama ini mereka beritahu orang Melayu, DAP adalah parti Cina. Mereka melakukan perkara ini untuk memberitahu komuniti mereka yang menyertai parti itu bukan Melayu 'tulen' kerana Melayu tulen tidak memakai bikini atau pakaian terdedah," kata penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin (gambar).

Penganalisis politik, Oh Ei Sun juga percaya serangan terhadap Dyana adalah kerana politik.

"Terlalu kebetulan, khabar angin itu berlaku ketika beliau dilihat sebagai calon berpotensi, baru-baru ini. Pesaingnya sudah tentu cuba menunjukkan beliau sebagai seorang Melayu yang tidak baik, yang sepatutnya pada pendapat mereka berpakaian secara konservatif," kata penganalisis dari Fakulti Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura.

Menggambarkan keseluruhan episod itu sebagai "politik murahan", ketua sayap Pemuda DAP, Teo Kok Seong berkata, mereka mungkin terancam dengan jumlah calon parti yang ramai, dan mampu memberi saingan kepada BN.

Bagaimanapun, Teo memberi amaran tindakan sedemikian tidak akan memberi kebaikan kepada BN terutama berkaitan imej dan peluang parti itu dalam PRK yang akan datang ini.

BN akan mencuba nasib mencari kemenangan di Teluk Intan menerusi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Mah menang kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 tetapi tewas kepada calon DAP, M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan masing-masing 1,470 dan 7,313 undi majoriti.

Kematian Seah akibat penyakit barah pada 1 Mei lalu menyebabkan PRK itu perlu diadakan.

Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching (gambar) berkata, ahli politik wanita nampak seperti sasaran yang mudah, dan menggesa ahli politik daripada kedua-dua pihak tidak melakukan tindakan tidak sihat.

"Mereka mensasarkan wanita untuk merendahkan maruah kami. Ini bukan jenis politik yang kita hendak lihat di Malaysia," katanya.

Teo berkata, Naib Presiden DAP, Teresa Kok sering berdepan dengan insiden seumpama itu.

Beliau turut mengecam mereka yang cuba mencemarkan nama baik Dyana dan berkata insiden itu tidak akan menghentikan wanita daripada menyertai politik.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng, semalam mengutuk tindakan itu dan berkata perbuatan itu biadap dan menghina wanita negara ini.

"Saya terkejut apabila mengetahui gambar seperti itu tersebar luas di Internet dalam usaha mencemarkan reputasi beliau. Pada pendapat saya, tindakan itu bukan saja biadap tetapi juga menghina wanita di Malaysia," katanya.

Dyana berkata, beliau tahu akibat yang perlu dihadapinya apabila menyertai DAP.

"Sudah tentu ada kesannya menyertai DAP. Saya serta merta diperhati dan dibelasah. Cerita palsu direka. Kenyataan saya diputar belit. Saya dilabel pengkhianat. Saya digelar banyak nama lain," katanya.

Tetapi katanya, semua itu mengukuhkan kepercayaannya bahawa beliau "berada di pihak yang benar dalam sejarah".

"Ibu saya dan mentor saya banyak mengajar saya. Mereka sudah beri amaran kepada saya, hari-hari yang mencabar seperti ini pasti akan berlaku.

"Jadi kepada pengkritik saya, saya ingin mengulangi lagu Katy Perry. Anda akan mendengar saya...mengaum!" katanya, meminjam ayat daripada lagu terbaru penyanyi pop terkenal itu bertajuk "Roar"

Bertanggungjawab terhadap laporan anda, kata Utusan kepada Malaysiakini

Posted: 17 May 2014 04:58 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Teguran Utusan Malaysia terhadap Malaysiakini sangat ironi kerana ia juga mempunyai sejarah disaman yang banyak dengan jumlah jutaan ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2014.Teguran Utusan Malaysia terhadap Malaysiakini sangat ironi kerana ia juga mempunyai sejarah disaman yang banyak dengan jumlah jutaan ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider


Akhbar Umno Utusan Malaysia, yang sebelum ini beberapa kali membayar saman dan menarik balik laporannya, hari ini cuba mengajar Malaysiakini mengenai kewartawanan yang bertanggungjawab, berikutan ancaman perdana menteri semalam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman berita dalam talian yang dianggap sebagai fitnah.

Awang Selamat, suara editorial harian bahasa Melayu itu menulis dalam ruangan editorialnya bahawa tidak ada kebebasan mutlak di dunia.

"Kita mesti bertanggungjawab dalam kandungan berita yang disiarkan. Ia perlu mengambil kira kepentingan negara, perpaduan kaum dan moral," katanya.

"Sebagai pengamal media, kebebasan akhbar dan ucapan juga perlu mengambilkira hak dan perasaan orang lain."

Awang Selamat berkata Malaysiakini mempunyai sejarah menerbitkan artikel berunsur fitnah tentang tokoh-tokoh Barisan Nasional (BN) yang terkenal, merujuk kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyaman Malaysiakini pada 2007 dan permohonan maaf pada 2008 kepada Khairy Jamaluddin yang ketika itu memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno kerana salah lapor.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia juga mengalami nasib yang sama dalam kes memohon maaf dan denda.

Pada bulan Oktober 2012, akhbar dan kolumnisnya, Datuk Chamil Wariya secara terbuka memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Mahkamah Tinggi.

Permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam saman fitnah RM30 juta yang difailkan pada 2008.

Mahkamah juga mengarahkan Utusan membayar kos sebanyak RM50, 000 dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar itu.

Pada bulan Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan dua artikel yang disiarkan Utusan pada Januari 2012 berkaitan dengan wawancara ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC sebagai fitnah.

Sambil menyatakan kedua-dua artikel melebihi sempadan komen yang adil, berkelayakan istimewa, dan merupakan laporan, mahkamah membenarkan tuntutan Anwar terhadap defendan, dengan mengenakan RM45, 000 untuk kos.

Mahkamah juga mendapati artikel itu kurang tanggungjawab kewartawanan dan mengambil risiko yang  tinggi ketika menyiarkannya di muka depan akhbar tanpa mengesahkan kebenaran.

Pada bulan Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengarahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung artikel memfitnah, bertajuk "Kebiadaban Guan Eng", yang diterbitkan pada 20 Disember 2011.

Pada bulan Julai 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menganugerahkan bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin RM250,000 sebagai ganti rugi dalam saman terhadap Utusan ekoran isu nombor pendaftaran kereta WWW1. Dalam pernyataan tuntutannya, Nizar berkata defendan secara tersirat mendakwa beliau cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Pada September 2013, Utusan Malaysia menerbitkan permohonan maaf kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng berikutan laporan 9 September berkaitan filem kontroversi, Tanda Putera.

Dalam permohonan maaf tiga perenggan yang dicetak pada panel atas halaman 14 itu, akhbar itu memohon maaf kepada Kit Siang dan anaknya Guan Eng ke atas "kesilapan tidak disengajakan".

"Utusan Malaysia menarik balik sepenuhnya laporan salah dan dengan ikhlas meminta maaf kepada Guan Eng dan Kit Siang untuk kesilapan yang tidak disengajakan dan bagi apa-apa kesusahan atau malu yang mungkin dialami mereka akibat kesilapan ini," tulis akhbar itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu atas penerbitan komen pembacanya berkenaan pengendalian terhadap kebuntuan politik di Terengganu.

Malaysiakini berkata, tindakan undang-undang perdana menteri telah dimulakan atas kapasiti peribadi dan bersama Umno melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Surat tuntutan dihantar dengan tangan ke portal dalam talian pada Rabu, yang menyatakan:
"Kompilasi dua artikel komen dalam ruangan pembaca 'Yoursay' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu 'Satu kes yang PM mengaut apa yang dituai' dan 'Bagaimana? Banyak mana Najib habiskan duit untuk kekalkan Terengganu', adalah fitnah

[PANAS] Najib Dicabar Saman Pengkritiknya Termasuk Facebook Yang Siarkan Komen Negatif

Posted: 17 May 2014 04:04 AM PDT

KELAB GREENBOC


PM minoriti: Samanlah setiap seorang daripada kami – Edwin Michael


Wahai perdana menteri (PM) kerajaan minoriti, terbaca berita betapa dengan angkuhnya kau dan parti regim kau mengancam hak kebebasan bersuara rakyat dengan menyaman Malaysiakini hanya kerana keegooan kau enggan menerima pandangan rakyat marhaen. Sudahlah menindas kami dengan cukai GST yang memiskinkan kami, kini hak kebebasan bersuara pun kau ragut daripada kami.

Bukankah dakwaan komen daripada tujuh pembaca dalam artikel berkaitan isu krisis Terengganu dalam Malaysiakini yang menggambarkan Umno sebagai parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber itu hakikatnya satu gambaran realiti? Sejak bila pula Umno memiliki kapasiti moral yang tinggi dan kredibiliti kepimpinan yang bersih? Sejak bila pula Umno pernah mengambil berat pada bangsa lain? Sejak bila wahai PM minoriti?

Ketika Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Perkasa menggugut mereka yang bukan Islam, menghina setiap anak bangsa bukan Islam dan waktu itu ke manakah hilangnya Umno yang kononnya mengambil berat pada bangsa lain? Menyorok seperti pengecut atau bersekongkol dengan puak pelampau ini?

Jika benar kau mahu lenyapkan bicara rakyat semata-mata untuk memastikan legasi pemerintahan regim kau terus berkuasa maka harus aku nyatakan di sini inilah percaturan politik kau yang amat dungu dan mengesahkan betapa rendahnya tahap pemikiran para penasihat PM minoriti ini!

Seorang PM seharusnya memiliki karektor yang boleh ditegur dan dikritik malah harus bersedia berdialog, berdebat, berwacana dengan rakyat marhaen. Katakan kepada kami wahai PM minoriti, apa pernah berdialog dengan rakyat marhaen? Apa pernah berdebat dengan pemimpin pembangkang? Semuanya tidak pernah tetapi mahu menyaman? Kamu ini bagaimana sebenarnya?

Kami, setiap anak bangsa Malaysia yang seharusnya memfailkan tuntutan saman ke atas Umno dan kuncu-kuncu Umno iaitu Isma dan Perkasa serta Utusan Malaysia yang saban hari menabur fitnah lalu mengapi-apikan sentimen perkauman demi survival politik. Kelakar, PM minoriti mahu berbicara tentang integriti sedangkan integriti Utusan Malaysia pun belum mampu dipertahankan!


Jika masih mahu teruskan agenda untuk menyaman media, harus ditegaskan regim kau juga seharusnya menyaman Facebook memandangkan agar sukar untuk mencari satu komen yang positif di laman Facebook PM minoriti ini. Ada berani?

Jika itupun belum cukup bagus, samanlah saya tetapi jangan anggap saya akan tunduk pada seorang diktator!
–TMI


Komen pembaca: Umno, Najib ancam saman Mkini

Datuk Seri Najib Razak dan Umno mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Dalam notis tuntutan yang diserahkan petang semalam, tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" and "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

"Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

"Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," menurut notis itu.

Najib dan Umno menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, dalam tempoh 48 jam, dari tarikh surat tuntutan tersebut, penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan yang serupa.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi untuk menghalang penerbitan yang sama kandungannya.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, pihaknya sudah menjangkanya selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan terhadap pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak untuk menjawab dan akan menawarkannya kepada Najib untuk menjawab dan menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu,

"Beliau amat dialu-alukan untuk menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan Umno itu adalah salah," kata Gan.

Katanya, perdana menteri dan Umno patut menyatakan pandangan mereka untuk disiarkan dalam Malaysiakini, daripada mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.

Terengganu sebelum ini dilanda krisis apabila bekas menteri besar dan dua ADUN keluar Umno dan menjadi wakil bebas, sekaligus menyebabkan parti itu hilang penguasaan dan menjadi kerajaan minoriti.

Ia bagaimanapun kembali seperti sedia kala selepas ketiga-tiga mereka menyertai semula Umno tidak lama selepas itu
- mk

KEADILAN akan kaji semula skim perkhidmatan dan rangsangan guru

Posted: 17 May 2014 03:58 AM PDT

Oleh Fiza Abd Halim


KUALA LUMPUR - KEADILAN akan mengkaji semula skim perkhidmatan dan menambah skim rangsangan bagi guru yang berkhidmat di pedalaman sebagai usaha untuk memartabat golongan itu dan sistem pendidikan negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN juga mahu menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

WAWI Raya"Kita akan berjuang untuk berusaha meningkatkan mutu pendidikan guru, bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

"KEADILAN dan Pakatan Rakyat juga bertekad, untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu tinggi dan menjamin peluang yang saksama kepada seluruh rakyat," katanya pada perutusan Hari Guru 2014.

Sempena sambutan itu hari ini, Wan Azizah berkata, KEADILAN mengharapkan para guru terus berperanan, berusaha mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan daya intelek.

Beliau berkata, peranan guru amat besar kepada generasi sekarang dan juga yang akan datang kerana guru adalah pendidik anak-anak selain daripada ibu bapa.

"Guru adalah insan yang mengajarkan kita dan mendedahkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan, dengan pengetahuan itulah yang membentuk kita mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam mengejar cita-cita.

"Hasil didikan guru, menjadikan seseorang itu berjaya mendapat pendidikan yang cemerlang, berjaya di dalam kerja dan menggapai kemahsyuran dalam kehidupan," ujarnya.

Tambah Wan Azizah, guru perlu dihormati dan dimuliakan kerana ilmu yang diajar oleh guru amat bernilai dan ia adalah bersesuaian dengan tuntutan Islam dan kepercayaan sejagat.

"Bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014, adalah disarankan agar, semangat ini harus kita teruskan.

"Penghormatan terhadap guru, harus kekal di sanubari kita," katanya.

Dyana mahu runtuhkan tembok perkauman

Posted: 17 May 2014 03:56 AM PDT

KEADILAN DAILY


TELUK INTAN : Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.

Dyana Sofya Mohd Daud 2013"Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.

"Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.

"Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua," kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.

Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti, lapor Harakahdaily.

Dyana, 27 ialah Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menyertai DAP pada 2012.

Lulusan sarjana muda undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), pencalonan Dyana dianggap pemerhati politik sebagai usaha DAP mengikis imej chauvinis kaum yang cuba dipalitkan lawan politik parti kerabat Pakatan Rakyat itu.

Patutlah Najib diangkat menjadi 'Hero' TNB...

Posted: 17 May 2014 03:51 AM PDT



Oleh Anak Sungai Derhaka


Patutlah tiba-tiba saja Najib diangkat menjadi hero oleh Tenaga Nasional Berhad... ada udang disebalik batu rupanya..

Ini kerana Najib yang berucap ketika menghadiri 'Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri' di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Kuala Lumpur mengatakan Kerajaan melindungi TNB.

Najib menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri juga berkata ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.

Hero laaa... Hero yang menjadikan kroni-kroni UMNO/BN yang menguasai TNB tersenyum lebar sebab walaupun TNB kini merupakan sebuah entiti perniagaan, mereka tak perlu bimbang akan mengalami kerugian.

Kerana Kerajaan BN akan terus menaikkan tarif elektrik bagi menjadikan TNB kekal menjana keuntungan yang besar..

Tapi persoalannya disini jika Najib mengatakan tarif elektrik terpaksa dinaikkan awal tahun ini bagi mengelakkan TNB rugi.. adakah TNB rugi tahun yang lalu?

Pada 31 Oktober 2013, Berita Harian melaporkan.. Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini.



Tahun kewangan 2012 pula.. TNB dilaporkan mencatat untung bersih RM3.2 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2012, berbanding RM1.3 bilion yang diraih pada tempoh sama, tahun sebelumnya.

Untung berbillion-billion RM.. masih tak cukup lagi??

Betapa beruntungnya kroni-kroni yang berkuasa dalam TNB itu..  berniaga tapi dijamin tak akan rugi..

Apa yang jelas dalam hal ini ialah Najib lebih mementingkan kroninya yang ada dalam TNB itu berbanding dengan puluhan juta rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban akibat kenaikkan tarif elektrik itu..

Biarpun begitu masih ada macai-macai yang masih bodoh memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada UMNO/BN hingga membolehkan mereka terus memerintah.. http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Hanya Ahmad Said Boleh Ajar Najib

Posted: 17 May 2014 03:47 AM PDT



Oleh Mummy Rokiah


Ahmad Said bukanlah jejaka yang hensem atau tampan sangat jika di bandingkan dengan MB-MB lain dalam negara ini. Tetapi Ahmad Said berjaya menarik perhatian politik Malaysia dan mungkin pejabat Obama apabila beliau pandai melentur besi ketika masih panas (Strike the iron while its hot).

Ahmad Said tahu di dalam politik khasnya UMNO tidak pernah ada kesetiaan dan kenang jasa kepada pemimpin mereka yang sudah tidak ada jawatan. Kerapkali berakhir menjadi kupang tembaga. Perjuangan adalah istilah ritorik semata-mata setelah pemimpinnya galak dengan mainan politik wang.

Baik dari ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin atasan. Kesetiaan ahli akar umbi juga boleh berubah pada bila-bila masa apabila mereka meluat dengan keangkuhan pemimpin mereka yang sering lupa daratan apabila berkuasa. "Ada wang semua jadi, tidak ada wang lu pi mati".

Ketika ini dan hari ini harga politik Ahmad Said tidak ada nilai nya dalam pasaran malah tidak mampu dijual beli. Jika Ahmad Said dan dua lagi rakannya berdegil mahu keluar parti tidak mustahil bakal berlaku pilihanraya kecil di Teranganu dan belanja prk bukan sedikit. Di samping itu belum tahu samada BN/UMNO akan menang atau terguling tunggang-langgang.

PRK satu hal, sebaliknya yang paling tidak ada taranya nilainya ialah harga maruah kepimpinan Najib dalam pasaran. Sanggupkah Najib berselfie dengan muka hitam legam diconteng arang oleh Ahmad Said rakan politik seanggkatan dengannya sejak dari pemuda UMNO lagi?

Jika patut diberi angpow kepada Ahmad Said ia bukan suatu tindakan yang bodoh tetapi ia adalah tindakan yang bijak malah Ahmad Said "deserved it" daripada berakhir dengan kerjaya politik menghitung syiling kupang dan tembaga. Wasallam.http://mummyrokiah.blogspot.com/

Inmarsat nafi selindung maklumat

Posted: 17 May 2014 03:30 AM PDT


MH370


SHAH ALAM – Syarikat satelit Inmarsat menolak dakwaan pihak kerajaan Malaysia bahawa pihaknya tidak menyerahkan data asal yang diperoleh kepada pasukan penyiasat yang terlibat dalam siasatan kehilangan pesawat MH370.

Naib Presiden Inmarsat United Kingdom, Chris McLaughlin berkata, semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.

"Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat."

"Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi," katanya dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.

Dalam pada itu, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 terus menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada Inmarsat supaya data itu dapat dikongsi bagi membolehkan ianya dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.
Artikel Berkaitan

Mkini nafi dakwaan enggan terima notis tuntutan PM

Posted: 17 May 2014 03:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


Malaysiakini menafikan laporan oleh media milik Umno bahawa portal berita itu enggan menerima notis tuntutan berkaitan dengan dakwaan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.
                            
Surat tuntutan itu diserahkan kepada portal berita tersebut pada hari Khamis melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berhubung komen enam pembaca Malaysiakini dalam dua artikel 'Yoursay' yang diterbitkan oleh lamanweb itu.

Wakil firma guaman itu, Raihanah Ariffin kemudiannya dipetik oleh Umno Online sebagai menuduh Malaysiakini pada mulanya berkeras tidak mahu menerima notis tuntutan itu apabila mahu diserahkan di pejabatnya di Bangsar Utama.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan (kiri) berkata  dakwaan Raihanah itu tidak benar sama sekali dan lamanweb itu telah membangkitkan perkara itu dalam jawapan rasminya kepada surat tuntutan tersebut, yang dihantar kepada firma guaman Najib semalam.

"Pengurus hal-ehwal undang-undang kami, apabila bertemu dengan Raihanah, memintanya menunggu sekejap supaya surat tuntutan itu dapat ditunjukkan kepada mereka yang dialamatkannya," kata Gan.

"Terdapat tiga pucuk surat - satu kepada Malaysiakini dan dua lagi kepada saya sebagai ketua pengarang kumpulan dan Fathi Aris Omar, sebagai ketua pengarang.

"Setelah meminta Raihanah menunggu di kaunter penyambut tetamu pejabat, pengurus halehwal undang-undang kami naik ke tingkat atas di mana bilik berita terletak, untuk memaklumkannya kepada saya dan Fathi.

"Selepas itu, beliau segera turun untuk mengesahkan penerimaan surat-surat itu. Semua ini mengambil tidak lebih dari lima minit."

Gan berkata ironinya ialah dakwaan itu datang dari firma undang-undang yang mewakili pelanggannya yang menuduh Malaysiakini menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Kenyataan fitnah Raihanah itu hari ini diterbitkan semula dalam akhbar Umno milik, Utusan Malaysia, manakala akhbar berkaitan Umno, Berita Harian menggunakan petikan yang sama, tetapi memetik Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

'Hak untuk menjawab'

Surat tuntutan itu berkaitan dengan penyiaran dua artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca mengenai cara Najib menangani krisis BN Terengganu baru-baru ini, yang bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'

Najib yang juga presiden Umno dan partinya menuntut permohonan
maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan yang serupa.

Mereka mengancam untuk mengambil tindakan mahkamah jika Malaysiakini tidak mematuhi tuntutan itu dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat tuntutan itu.

Dalam reaksi segeranya, Gan berkata, pihaknya sudah menjangkanya selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan terhadap pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak untuk menjawab dan akan menawarkannya kepada Najib untuk menjawab dan menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu.

Presiden Gerakan akan berdepan dengan Dyana

Posted: 17 May 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


TELUK INTAN BN telah menamakan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk berdepan dengan calon muka baru DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Pencalonan veteran politik itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan petang ini.

Tempat pengumuman calon BN itu dibuat tidak jauh dari lokasi di mana DAP mengumumkan pencalonan Dyana tengahari tadi.

Anak tempatan, Mah memewakili Parlimen Teluk Intan antara tahun 1999 hingga 2008 sebelum tewas kepada calon DAP M Manogaran dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis.

Mah bertanding sekali lagi kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 2013, tetapi kali ini tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

Mah mendapat 20,086 undi manakala Seah memperolehi 27,399 undi, Manakala calon tunggal Bebas hanya mendapat 279 undi.

Kerusi Parlimen itu menjadi kosong selepas Seah meninggal dunia pada 1 Mei kerana menghidap kanser.

Pilihan raya kecil Teluk Intan menyaksikan pertembungan pemimpin politik veteran - Mah yang berusia 53 tahun - manakala muka baru dari DAP Dyana, 27, yang bertanding buat kali pertama.

Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini, manakala pengundian pada 31 Mei.

Sah, Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan

Posted: 17 May 2014 03:13 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


TELUK INTAN Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik.

Dalam ucapannya, Dyana menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai umpama "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.

Katanya, teh tarik digemari semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dan identiti seumpama itulah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Dyana berkata bahawa dia tidak bimbang dengan percubaan untuk mencemarkan reputasinya yang telah pun bermula di kalangan sesetengah blogger.

"Mereka fikir kerana saya seorang wanita, maka saya akan berhenti politik. Tetapi maaflah, saya tidak akan berganjak dari sini," kata Dyana, yang mempunyai wajah seiras foto seorang wanita memakai bikini yang disiarkan dalam beberapa blog sebelum pengumuman hari ini.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya DAP untuk pilihan raya kecil Teluk Intan.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
  
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
    

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Pelumba Super Siri Malaysia maut dalam sesi latihan di Litar Sepang

Posted: 16 May 2014 05:33 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada jam 4.30 petang.

Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

SIC berkata, pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.

"SIC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin Abd Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan malang itu," katanya.

SIC berkata, laporan polis dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lalu, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan.

Sebelum itu, pada 23 Oktober, 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia. – Bernama

Guru kecewa arahan JPN Kedah

Posted: 16 May 2014 05:31 PM PDT


Guru kecewa arahan JPN Kedah  
Seorang guru menunjuk surat pekeliling yang diterima sekolah dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengenai peraturan menyambut Hari Guru di Kedah.


POKOK SENA - Arahan supaya tidak menggabungkan pelajar sesi pagi dan petang bagi sambutan Hari Guru pada 18 Mei ini, seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling mengecewakan warga guru di sini.

Beberapa guru yang ditemui berkata, arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu menyebabkan sambutan itu akan jadi kurang meriah berbanding menghimpunkan seluruh guru dari sesi pagi dan petang yang menjadi tradisi sejak dahulu lagi.

Majlis itu juga tidak dapat lagi menyatukan semua guru bagi meraikannya dengan mengadakan sukaneka atau pementasan seperti kebiasaan sekali gus menjarakkan lagi jurang antara guru bagi dua sesi.

Difahamkan, tindakan itu juga menyebabkan penganjur terpaksa membuang masa bagi menyediakan majlis tahunan itu sebanyak dua kali iaitu sesi pagi dan petang. Penyediaan dua kali bagi meraikan majlis itu juga turut memerlukan kos tinggi berbanding sebelum ini.

Menurut surat pekeliling itu juga, pada hari tersebut guru dimestikan mengikut dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sebelum masa rehat.  Arahan ini juga turut dikatakan akan membebankan guru dalam melaksanakan Hari Guru.

Jika guru terpaksa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebelum waktu rehat, sudah pasti sukaneka terutamanya yang membabitkan acara padang pada waktu pagi bersama pelajar tidak dapat dijayakan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Menurut beberapa guru, arahan ini juga sangat berbeza dengan Hari Guru di negeri lain.

Oleh itu, adalah lebih wajar Hari Guru disambut seperti sebelumnya supaya seluruh guru dan pelajar dapat bersama bagi mengeratkan lagi hubungan seperti sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Cawangan Kedah, Wang Heng Suan berkata, pengetua perlu bijaksana dalam mengarahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebelum rehat seperti yang diarahkan.

"Adalah tidak wajar pada hari itu diadakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sebelum rehat kerana selama ini mereka sudah banyak memperuntukkan masa untuk mengajar.

"Oleh itu adalah tidak salah jika mereka mahu gembira bersama pelajar bagi meraikan hari tersebut," katanya.

Bagaimanapun beliau bersetuju dengan sambutan yang diadakan bagi dua sesi kerana bagi sekolah yang kecil apabila semua pelajar dari sesi pagi dan petang dihimpunkan sudah pasti akan menimbulkan kesesakan.

Katanya, apabila seluruh pelajar dihimpunkan dalam sesebuah dewan, sudah pasti akan menimbulkan masalah terutamanya bagi sekolah yang mempunyai kemudahan terhad.

Pas: Kaji semula projek membazir

Posted: 16 May 2014 05:29 PM PDT


Satiful Bahri  
Satiful Bahri


KUALA TERENGGANU - Pas meminta Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengkaji semula beberapa projek pembangunan di negeri ini yang dilihat membazir dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tiga projek yang dianggap membazir adalah kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, fasa kedua Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman dan projek perlombongan bijih besi di Dungun.

"Selain itu, kita juga minta MB baru membatalkan atau menangguhkan kenaikan cukai pintu di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana 600 peratus itu terlalu tinggi, permintaan ini demi kepentingan rakyat," katanya, semalam.

Pada sidang media sama, Satiful Bahri turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Razif atas pelantikan beliau sebagai menteri besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, Pas Terengganu berharap Adun Seberang Takir itu dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab memimpin negeri ini dengan baik.

"Kita sebagai pembangkang akan sentiasa membuat teguran-teguran membina sama ada dalam sidang Dun atau sebagainya," katanya.

Ahmad Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada jam 9.18 malam, Isnin lalu.

Beliau yang merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.

Artifak di Pulau Nangka azimat purba

Posted: 16 May 2014 05:27 PM PDT

harta karun Dua syiling yang ditemui syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd semasa melakukan kerja-kerja mengorek batu di Pulau Nangka.


MELAKA - Dua keping artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 31 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh pihak yang bertanggungjawab, antara ciri yang menunjukkan artifak itu adalah azimat purba bukan syiling perdagangan seperti andaian banyak pihak sebelum ini, ialah terdapat jampi serapah jawa kuno tertulis di atas azimat itu.

Katanya ada kemungkinan azimat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri bagaimanapun buat masa ini kaitan itu masih belum mempunyai bukti yang nyata.

"Azimat seperti ini juga didapati di kawasan sejarah lain seperti kota lama dan tebing sungai Melaka, maka sukar untuk kaitkan secara spesifik dengan Pulau Nangka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Seminar Speaker Nasional 2014 yang dihadiri Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan speaker Dewan Undangan Negeri seluruh negara.

Dua keping artifak tembaga berbentuk medal dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang mencari harta peninggalan zaman itu di Pulau Nangka dekat sini.

Idris berkata buat masa ini syarikat itu, yang telah tamat perjanjian untuk mencari harta itu pada 31 April lepas, dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian itu buat sementara waktu. - Bernama

Pas Terengganu kemuka tiga permintaan

Posted: 16 May 2014 05:25 PM PDT


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad  
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad


KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, beliau dan Pas Terengganu akan memberikan sokongan yang penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Sambil mengucapkan tahniah, Raja Bahrin berkata, pihaknya mengharapkan menteri besar yang baharu itu berusaha keras dan meminta Kerajaan Pusat memulangkan hak royalti kepada Terengganu.

Menurutnya, antara tugas utama yang perlu Ahmad Razif lakukan ialah memperjuangkan hak royalti dengan kadar 20 peratus, seperti mana yang diminta oleh Ketua Menteri Sarawak pada 6 Mei lalu.

"MB harus ambil pendekatan sama dengan Sarawak dalam memperjuangkan hak royalti Terengganu. Saya juga mengharapkan beliau memulakan semula Tabung Warisan dari hasil minyak dan gas yang telah dimulakan pada tahun 1970-an," katanya.

Beliau yang juga Penasihat Royalti Terengganu (R) berkata, tabung itu penting untuk masa depan rakyat negeri ini.

Selain itu katanya, Ahmad Razif perlu mengurangkan kebergantungan negeri kepada hasil minyak dan gas yang merupakan hampir 90 peratus daripada bajet tahunan Terengganu sekarang dengan menambah pendapatan negeri daripada sumber lain.

Jelasnya, Ahmad Razif patut mengikut contoh ketua menteri baharu Sarawak yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan pada awal pemerintahannya.

Mohamed Nabi Bux bukan ahli Pas

Posted: 16 May 2014 05:20 PM PDT

Mustafa Ali  
Mustafa Ali
 
GEORGETOWN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah bukan ahli Pas dan tidak pernah menjadi ahli parti itu.

"Dia (Mohamed Nabi Bux) bukan ahli Pas...bukan ahli Pas sejak dari peringkat awal. Keahliannya tiada dalam rekod," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya mengenai sijil keahlian Pas yang dimiliki Mohamed Nabi Bux serta 58 anggota Pas Gombak yang mempunyai sijil sama, Mustafa berkata: "Itu semua tidak betul".

Isu kesahihan keanggotaan Mohamed Nabi Bux di dalam Pas mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020.

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux tetap bertegas bahawa beliau adalah ahli Pas Gombak yang sah dan sijil keanggotaannya bukan palsu.

Sehubungan itu, calon Bebas yang menggunakan simbol bunga itu mahu pemimpin Pas tampil dan menemuinya bagi membuktikan bahawa beliau bukan ahli parti itu yang sah.

"Mereka (pemimpin Pas Pusat) kata nama saya tidak ada dalam senarai Pas Pusat, hari ini saya nak jelaskan bahawa bahawa saya memang ahli Pas Gombak, buktinya Pas Gombak telah beri sijil yang ditandatangani oleh setiausaha parti ketika itu Ustaz Radzi Yusof.

Kalau mereka masih nak nafikan, suruh pemimpin-pemimpin tertinggi itu jumpa saya dan buktikan bahawa saya bukan ahli parti dan bagaimana pula dengan 58 ahli parti Pas di Gombak yang mempunyai sijil akuan sama seperti saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima surat pemecatan daripada Pas selepas menjadi calon Bebas pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux berkata, sehingga hari ini tiada pemimpin Pas Pusat atau bahagian Gombak  menghantar surat pemecatannya, apatah lagi menghubunginya dan mereka hanya berani bercakap kepada media.

Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini Mohamed Nabi Bux akan berhadapan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan serta seorang calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Pada PRU13, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama

Rahsia kahwin campur: Jujur bina persefahaman

Posted: 16 May 2014 04:57 PM PDT


Zurainah Musa  
Zurainah


SHAH ALAM - "Bersifat jujur, bina persefahaman dan saling menerima," itu antara tips kekal bahagia dalam perkahwinan campur.

Menurut Pengarah Eksekutif Berjaya Corp, Datuk Zurainah Musa, itu antara tips yang diamalkannya sejak beliau menjalani kehidupan rumah tangga dengan lelaki 'Mat Saleh' sejak tujuh tahun lalu.

Zarinah berkata, walaupun suaminya tersebut telah meninggal dunia, namun amalan tersebutlah yang menjadikannya kekal bahagia dengan suaminya kini.

"Saya tidak tahu sama ada orang tahu ke tidak ini merupakan perkahwinan kedua saya, perkahwinan pertama saya, arwah suami saya dari Australia, bagi saya beliau adalah segala-galanya beliau banyak membantu mendidik saya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Daripada kecil saya kagum dengan orang putih ini, mereka berani, bila kita tengok TV semua orang putih boleh buat, mungkin dari kecil saya lihat jadi serba sedikit ianya mempengaruhi saya.

"Pada mulanya arwah mak ayah tolak perkahwinan tersebut, pada zaman dahulu tidak  ramai orang kahwin dengan orang putih, sampai mak saya kata mak tidak boleh terima, saya cakap tak apa mak tidak boleh terima ,saya tidak akan lari, saya dengar cakap mak.

"Cuma yang membuatkan saya berkahwinan dengan arwah suami adalah mungkin berpunca daripada nenek saya, nenek begitu berkenan dengan arwah suami.

"Perkahwinan terbaru saya, saya  baru lima bulan yang lepas saya dirikan rumah tangga dengan sahabat karib arwah suami  iaitu orang sebelah Timur Tengah.

"Nasihat saya yang paling mustahak dalam perkahwinan campur adalah pembinaan kesefahaman antara satu sama lain.

"Jangan ubah mereka, apa yang perlu kita suaikan diri, satu pesanan daripada  mak mentua saya ialah janganlah tidur sebelum perselisihan faham dapat diselesaikan.

"Satu lagi nasihat saya ialah kita kena jujur dalam perhubungan dan jalinan  komunikasi sesama suami isteri juga amat penting," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Biarawati mangsa rompakan masih koma

Posted: 16 May 2014 04:43 PM PDT

OLEH JENNIFER GOMEZ


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat dua biarawati, mangsa serangan berhampiran gereja, Rabu lalu di Hospital Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 16 Mei, 2014.Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat dua biarawati, mangsa serangan berhampiran gereja, Rabu lalu di Hospital Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin



























Salah seorang biarawati yang diserang berhampiran sebuah gereja di Seremban awal pagi Rabu lalu masih dalam keadaan koma dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Pihak berkuasa di Hospital Seremban berkata, keadaan Juliana Lim, 68, masih tidak berubah.
Sementara itu, rakan mangsa, Mary Rose Teng, 80, yang mengalami keretakan dijangka sembuh beberapa hari lagi.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melawat dua biarawati tersebut yang diserang pada jam 6 pagi berhampiran kawasan gereja dua hari lalu.

Shahrizat cuba menenangkan adik Juliana yang menemaninya dalam wad dan melawat Marie Rose yang berada dalam wad sama.

Bercakap kepada wartawan, Shahrizat mengecam serangan kejam tersebut dan menggesa polis menyiasat serta membawa penjenayah tersebut ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Rahib daerah. Celina Wong menggesa semua pihak menghormati privasi kedua-dua biarawati dan ahli keluarga mereka.

"Walaupun insiden kejam ini mencetuskan kemarahan ramai, kami gesa semua pihak untuk menghormati privasi biarawati ini dan ahli keluarganya.

"Kami berharap semua gambar biarawati ini ditarik balik dan berikan mereka sedikit ruang," kata Celina dalam satu kenyataan.

Pihak gereja, Church of the Visitation dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan rakaman litar tertutup di gereja, kira-kira jam 6.05 pagi, sebuah motosikal kelihatan membuat pusingan-U dan terus masuk ke dalam pagar gereja.

Penyerang yang memakai topi keledar penuh dan membawa lampu suluh mengejar kedua-dua biarawati tersebut.

Pada jam 6.07 pagi, penyerang tersebut lari selepas mendapat barang yang dikehendakinya dan meninggalkan kedua-dua biarawati itu yang terbaring di depan pintu gereja.

"Malangnya, media sosial dan wartawan mensensasi dan mempolitikan insiden tragik ini.

"Dengan situasi terkini dalam negara, insiden begini akan dilihat berkait rapat dengan sentimen kaum dan agama," kata Paderi John Gnanapiragasam dalam satu kenyataan.

Selain itu, pihak gereja masih gagal mendapatkan saksi di tempat kejadian dan polis sedang meneliti setiap aspek siasatan.

Alasan Ahmad Said keluar Umno remeh, minta pilihan raya semula, kata rakyat Terengganu

Posted: 16 May 2014 04:37 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

 
Meskipun krisis politik di Terengganu berlalu dengan pantas dan Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah negeri itu, penduduk Terengganu berasa alasan yang diberikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (gambar) terlalu remeh untuk meninggalkan Umno.

Kebanyakan penduduk di kawasan Kuala Terengganu yang ditemui The Malaysian Insider berpendapat, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu agak keterlaluan berikutan risiko tindakannya itu mampu menukar kerajaan yang memerintah Terengganu.

"Kami rasakan tindakan beliau keluar Umno semata-mata salah faham tarikh perkahwinan anaknya suatu perkara yang terlalu remeh," kata Wan Mohd Nazmi, 23.

Pekerja dalam bidang carigali petroleum dan gas yang merupakan anak jati Terengganu itu berkata, alasan yang diberikan Ahmad seumpama "kanak-kanak yang merajuk."

"Risiko berlaku pertukaran kerajaan itu boleh berlaku jika krisis ini berpanjangan," katanya.

Mohd Zaki Abdullah, 32, turut berasa tindakan Ahmad bersama Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud meninggalkan Umno agak keterlaluan dengan alasan sedemikian.
"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Mohd Zaki turut menambah, beliau bagaimanapun mengharapkan akan berlaku pilihan raya negeri di Terengganu untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Krisis ini tidak akan tamat dengan mudah ... saya rasa lebih baik diadakan pilihan raya negeri semula," katanya yang juga pekerja dalam bidang carigali petroleum dan gas.

Sementara itu, pelajar berusia 21 tahun, Amir Abd Aziz berkata, meskipun Ahmad dikenali sebagai seorang yang "gopoh", dan mencetuskan isu yang menggoncang kerajaan Terengganu, anak-anak muda negeri itu berasa beliau banyak menyumbang untuk pembangunan sukan di Terengganu.

"Ahmad disukai anak-anak muda kerana beliau amat mengambil berat berkenaan sukan di sini.

"Terutamanya sukan berbasikal dan aktiviti sukan bermotor. Beliau yang membangunkan sukan-sukan ini di Terengganu," katanya.

Ahmad bersama dua Adun mengumumkan keluar Umno pada 13 Mei, sehari selepas Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah pada malam 12 Mei.

Tindakan itu mencetuskan kontroversi ekoran jumlah perbezaan kerusi yang terlalu tipis antara BN dan Pakatan Rakyat (PR) di Terengganu.

BN memiliki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PR dari PAS dan PKR masing-masing 14 dan satu kerusi.

Dengan pengisytiharan keluar parti oleh Ahmad, Ghazali, dan Roslee, sekaligus menyaksikan DUN Terengganu memiliki tiga kerusi adun Bebas dengan kedudukan genting buat BN apabila hanya memiliki 14 jumlah kerusi.

PAS juga ketika itu mendesak pilihan raya negeri dilaksanakan di Terengganu.

Ketiga-tiga anak muda itu bagaimanapun berasa sekiranya pilihan raya negeri berlaku, BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dan PAS akan mengambil alih Terengganu.

"Kita sudah tahu akan berlaku pertukaran menteri besar tetapi tidak menjangkakan keadaan sebegini yang akan terjadi," kata Amir.

Penuntut dalam bidang kejuruteraan itu berkata, khabar angin berkenaan  pertukaran Ahmad sebagai menteri besar mula tersebar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung.

Krisis politik di Terengganu bagaimanapun selesai apabila Ahmad dan dua rakan Adun  itu menarik balik surat pengisytiharan keluar Umno mereka kurang 48 jam kemudian.

"Kita sebagai rakyat melihat sahaja keputusan kepimpinan negeri," kata ahli perniagaan, Hassan Mazlan, 37.

Beliau berkata, rakyat akan menilai tindakan mana-mana pemimpin dan membuat keputusan selanjutnya berdasarkan penilaian mereka.

"Kalau 'molek' baguslah ... tapi kalau tindakan tidak molek rakyat akan nilai," katanya.

Bersependapat dengan beliau, Mariatul Mohammad, 30, yang berpendapat tindakan Ahmad agak keterlaluan jika dibandingkan dengan isu sebenar yang menjadi punca insiden tersebut.

Ketika menjelaskan alasan terhadap tindakannya, Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku disebabkan salah faham antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang berlangsung pada 17 Mei ini.

Ahmad berkata, perdana menteri itu menyangka majlis berkenaan sudah selesai pada 10 Mei, sekaligus menyaksikan Ahmad digantikan dengan Ahmad Razif sebagai menteri besar.

Perdana menteri dan Ahmad Razif dijangka akan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad itu di kediamannya di Kemaman, Terengganu.

Bekas mufti selar Isma, dakwa Kristian lebih dekat dengan Islam

Posted: 16 May 2014 04:33 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Asri Zainul Abidin menyelar NGO Muslim yang ekstremis melindungi Islam kerana ia mencemarkan imej Islam dan menjadikan umat Islam ragu terhadap ajaran Islam sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2014. 
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Asri Zainul Abidin menyelar NGO Muslim yang ekstremis melindungi Islam kerana ia mencemarkan imej Islam dan menjadikan umat Islam ragu terhadap ajaran Islam sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


Islam tidak ditindas di Malaysia dan kumpulan pendesak Islam yang berterusan memberi amaran tentang usaha Kristianisasi di negara ini hanya memalukan agama, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis itu berkata bukanlah sesuatu yang janggal jika seseorang pemimpin agama itu mahu berdakwah terhadap kepercayaan yang dianutinya kerana berasa apa yang diamalkannya tidak bercanggah sama sekali.

"Saya nak ingatkan orang Islam. Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian. Sudah tentu pemimpin agama akan berasa agama dia betul dan mengajak orang lain masuk agamanya.

"Sesetengah orang Islam terperanjat macam nak kiamat dunia ini. Setiap hari macam-macam program Islam kita ada. Bermakna orang Islam gagal untuk kempen (kepada) Islam.

"Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian," katanya kepada The Malaysian Insider.

Asri diminta mengulas seminar kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada minggu lalu.

Beberapa penceramah mengingatkan umat Islam terhadap ancaman Kristianisasi selain mendakwa Bible sebagai kisah dongeng. Di majlis itu juga, buku bertajuk "Pendedahan Agenda Kristian" diedarkan di kalangan pelajar universiti.

Pelbagai ancaman yang dilontarkan kepada Kristian menjadikan hubungan dua hubungan agama terbesar di Malaysia itu semakin longgar setelah pertikaian kalimah Allah semakin memuncak.

Populasi Kristian di Malaysia sebanyak 2.9 juta orang dengan dua pertiga daripada jumlah itu berada di Sabah dan Sarawak.

Asri berkata dalam keadaan hari ini tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana penganut agama lain tidak melancarkan serangan untuk memusnahkan Islam.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus membibitkan api provokasi agama apabila menggelar kaum Cina yang datang dari tanah besar itu sebagai pendatang selain menyifatkan "bangsa asing" dan Zionis berniat mahu menghancurkan Islam.

Kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) itu mendapat kecaman pelbagai lapisan masyarakat namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum memberikan kenyataan terhadap kebiadapan Isma itu.

Sehubungan itu, Asri menyelar NGO Muslim yang tampil secara ekstremis melindungi Islam kerana perbuatan itulah yang mencemarkan imej Islam dan menjadikan umat Islam ragu terhadap ajaran agama Islam sebenar.

"Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.

"Nampak macam Islam pula yang lemah. Islam ada hujah yang kuat membuktikannya agama yang benar. Jangan risau sangat. Kita risau sebab kita tak buat kerja," katanya.

Asri berkata Islam tidak menghalang kritikan terhadap agama lain namun ia perlu dilakukan secara ilmiah dan tidak sesekali berlandaskan kepada emosi dan permuduhan.

"Jika kita mencetuskan permusuhan dalam keadaan yang tenang akhirnya manusia akan berbalah sedangkan sebelum ini mereka (dalam keadaan) harmoni.

"Ini satu perkara yang tidak dibenarkan agama melainkan ada yang melancarkan peperangan," katanya.

PM: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak

Posted: 16 May 2014 04:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

"Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

"Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

"Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan," katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Dyana Sofya dijangka calon DAP di Teluk Intan

Posted: 16 May 2014 04:25 PM PDT

MALAYSIAKINI



Selepas pelbagai pertimbangan dan pengiraan, DAP memutuskan untuk mencalonkan muka baru Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya dalam pilihanya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa pemilihan calon, yang dianggotai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, memutuskan untuk memilih Dyana.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua, dalam satu kenyataan media petang ini, berkata parti itu akan mengumumkan calonnya pada jam 12.30 tengahari esok.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
  
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
  
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


Sejurus sebelum jawatankuasa berkenaan membuat keputusan,
bekas ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau (kiri) - yang turut tersenarai dipertimbang sebagai calon di PRK Teluk Intan -  dalam laman Facebooknya, menyatakan sokongannya kepada Dyana jika dia dipilih untuk bertanding di Teluk Intan.

Katanya, Dyana adalah setiausaha politik Kit Siang, begitu juga dengan beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha pemimpin DAP itu pada 1997.

Sambil menyifatkan mereka seperti adik-beradi, Hew yang terkenal dengan gelaran 'Superman' berkata beliau percaya dengan semangat bertolak ansur.

Menurutnya lagi, jika pemimpin parti itu percaya Dyana mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang, maka beliau bersedia untuk memberi laluan dan berjanji akan berkempen untuknya.

Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri  Muhyiddin Yassin juga dijangka mengumumkan calon BN esok dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (atas) disebut-sebut akan bertanding di situ.

[Baca berita penuh]


Dyana Sofya mungkin calon DAP Teluk Intan

GERAKAN kutuk serangan ke atas Dyana Sofya

Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT