PRK TELOK INTAN RUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN Posted: 17 May 2014 02:54 AM PDT - YAB Sdr Lim Guan Eng menamakan anak muda Dyana Sofya sebagai calon DAP Parlimen Telok Intan.
- Tamparan paling hebat buat BN terutamanya UMNO.
- Mengikut komposisi kaum Telok Intan terbahagi kepada 42% Cina, 38% Melayu selebihnya masyarakat India dan lain lain.
- Meletakkan calon berbangsa Melayu dikawasan majoriti Cina adalah agak asing buat BN, tetapi DAP mampu melakukannya.
- UMNO yang menjadi tunjang BN pun tak mampu melakukannya, walaupun mereka sedar peluang calon dari Gerakan untuk menang semakin malap.
- BN sebenarnya sudah tidak punya upaya melawan seperti zaman Mahathir. Bukit Gelugor BN tewas sebelum berlawan.
- BN tidak sedia kalah dan sudah malas berlawan untuk kalah seperti dikerusi Bukit Gelugor.
- Telok Intan juga memberi tamparan hebat buat BN.
- DAP memecah tembok perkauman, sedangkan BN masih ditakuk lama.
- Bukan setakat itu, calon remaja DAP menunjukkan parti itu membuka ruang seluas luasnya kepada orang muda.
- Syabas buat DAP dan tahniah buat Dyana Sofya. Tekad beliau memecah tembok politik perkauman terus menjadi aspirasi rakyat Malaysia.
- Di Malaysia, sekiranya tembok perkauman itu runtuh, UMNO turut runtuh!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan