Khamis, 15 Mei 2014

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Mahathir: Anwar Tidak Ada Hak Menyampaikan Kuliah Agama

Posted: 15 May 2014 06:24 PM PDT

'Dr M, jadilah orang tua yang segera bertaubat' - Saif

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir.

Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.

Dr Mahathirlah yang mereka (tuduhan) fitnah liwat terhadap Anwar.

Mangsa fitnah



Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang.

Apakah Dr Mahathir berhasil "membunuh" Anwar? Tidak sama sekali!

Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/ BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita.

Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya.

Saya pernah berpergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar?

Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.

Kupas topik Islam

Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya pada 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.

Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar.

Pesantren, universiti, badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra.

Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori maqasid syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat.

Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Bunuh karekter

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya "berhasil" di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua.

Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia!

Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80-an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.

Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenci-Nya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.


Sumber:  Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE] 140514 BM21 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad -KISAH MELAWAN PEMERINTAH YANG ZALIM

Posted: 15 May 2014 04:47 AM PDT


Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

Posted: 15 May 2014 04:41 AM PDT

Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil "membunuh" Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya "berhasil" di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.


Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.




Krisis Umno Terengganu: Babak kedua baharu bermula – Azan

Posted: 15 May 2014 04:38 AM PDT

Krisis Umno Terengganu: Babak kedua baharu bermula – Azan

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.
"Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun).

"Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.
"Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya," ujar Azan.

Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.
Selain itu, katanya, Umno kini bimbang jika pihak tertentu membawa kes itu ke mahkamah berikutan keputusan Ahmad Said bersama tiga lagi Adun mengisyitiharkan diri mereka sebagai Adun bebas baru-baru ini.

"Dari segi perundangan, BN tidak punya hak memerintah Terengganu kerana beberapa Adun menjadi bebas dan mereka hilang kuasa majoriti. Mereka bimbang jika ada pihak tertentu usul ke peringkat mahkamah dan menjadikan isu ini isu perundangan. Kerajaan negeri yang ada tak boleh bertahan lama selagi tidak mendapat fresh mandate daripada rakyat," ujarnya.

Azan yang juga Adun Bandar berkata, episod di Terengganu kini dilihat menjadi lebih parah apabila terdapat pegawai kerajaan negeri ditukar kerana dilabel pengikut setia Ahmad Said.

"Mereka ini dilabelkan sesetengahnya masih bersama bekas menteri besar. Pertukaran pimpinan adalah perkara biasa, tetapi pertukaran dan pemecatan pegawai kerajaan tidak ubah seperti mengulangi kesilapan pertama dengan menukar Ahmad Said sebagai MB serta merta," katanya menganggap keputusan itu politik balas dendam oleh menteri besar yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.

Beliau merujuk tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar yang ditukar berkuatkuasa 14 Mei lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang ditukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.
"Sekarang banyak pihak beranggapan, isu ini telah reda. Sebenarnya ini baru tamat babak pertama kerana babak kedua baru saja bermula," kata Azan.


Katanya suasana politik di Terengganu ini menyebabkan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri masih kabur dan tidak jelas, sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran.
"Terdapat politiking dalam jabatan kerajaan atau perkhidmatan pentadbiran negeri. Ada fail dilapor hilang, surat yang dibatalkan atau tidak sah.


"Tambahan exco yang ada tidak pasti kedudukan dan nasib masing-masing. Maka berlaku suasana seperti keretapi yang terputus kepala, huru hara dan kelicinan pentadbiran tidak berlaku," ujar Azan.
"Saya melihat bahawa ujian sangat getir jelas diletak kepada menteri besar yang baru yang tidak mempunyai pengalaman dan hanya dua penggal sebagai Adun. Dia kini diberi tanggungjawab sebagai MB dan memasuki pejabat MB dalam suasana yang genting dalam krisis sebegini," ujarnya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HANYA DI MALAYSIA INI TERJADI

Posted: 15 May 2014 07:01 PM PDT





PELIK PELIK PELIK

Polis dedah gambar suspek pukul wartawan

Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.


PELIK 

TETAPI

 BENAR

lihat gambar diatas
yang pakai topi keledar itu
dikatakan wartawan yang dikatakan
 telah kena pukul

persoalan hakiki
persoalan yang
semakin ramai  rakyat bertanya
ialah
kepala bana wartawan apa pakai topi keledar?

ini wartawan ada niat jahat
pasal apa buat kerja nak sorok muka
pakai topi keledar
nampak
niat jahat wartawan ini

dalam dunia wartawan mana pernah ternampak
semasa kerja pakai topi keledar
di baghdad ketika saddam di serang
wartawan cnn hanya pakai baju kalis peluru
muka masih dilihat jelas

di somalia 
ketika perang saudara
wartawan aljazeera hanya
pakai baju kalis peluru
tak pakai topi keledar

wartawan aljazeera yang mati
terbunuh di baghdad
mamakai topi
tapi bukan topi keledar
topi  
yang sama dipakai oleh soldadu

AL- FATIHAH


-----------

PENYAMUN BANGANG

Posted: 15 May 2014 06:48 PM PDT




Serangan ke atas biara Seremban tiada unsur jenayah kebencian, kata polis

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Polis menolak dakwaan mengatakan serangan ke atas dua biara di gereja Seremban sebagai jenayah... SELANJUTNYA


KAH KAH 

KAH

pelik tetapi

benar

ini kes pencuri

paling

 bangang

biara mana 

ada duit

kah kah kah
---------

BETUL KE INI?

Posted: 15 May 2014 06:00 PM PDT






KOMENTAR
kempen ini dah selalu dengar
dah banyak kali ada berita
tapi taiko
tokan
samseng
naik mercedes
naik jaguar
cermin gelap
polis hanya berani
dengan kancil dan proton  saga
yang sering dipau dan di saman mat rempit

mustahil
polis berani tahan jaguar cermin gelap


Operasi cermin gelap bermula 16 Jun

Operasi cermin gelap bermula 16 JunPihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar... SELANJUTNYA



KAH KAH

 KAH

kita tunggu

 dan lihat

betul atau 

nak paau

kah kah kah



----------

PATUT LAH NAK TUKAR REFREE

Posted: 15 May 2014 07:08 AM PDT


1 ShareLike ·  · 

Abdul Khalid mula pintas Azmin 59 undi?

Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 15 MEI: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan mula memintas penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dengan kelebihan 59 undi.
Menurut sumber Selangor Kini, jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian.


Steady TSKI...diharap keputusan rasmi menyusul dengan telus...kita perlukan genius ekonomi untuk digandingkan dengan politikus tulen...politikus sekadar beretorik & sering gagal mengurus & mentadbir dengan baik...


KAH KAH 

KAH

patut laa 

nak tukar

refreee

kah kah kah


===========

TAHUN DEPAN LEBIH BESAR

Posted: 15 May 2014 06:00 AM PDT





GULINGKAN  
KETUANAN MELAYU



KOMENTAR
tahun hadapan
perlu satu lagi 
demo anti gst

cukai zalim ini 
dipakasa pada rakyat
pada bulan april
lepas kena seksa dengan cukai
lagi ramai turun jalan raya


Ahmad Maslan: Orang tolak GST kerana jahil

Timbalan Menteri Kewangan  Ahmad Maslan mengumpamakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan seperti hukum hudud yang menurutnya perlu diperjelas sebelum boleh diterima umum.

Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha menerangkan GST dengan program melibatkan dana RM250 juta.

"Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik," kata Ahmad kepada pemberita.



KAH KAH

 KAH

woit... BANGANG MEMANG BANGANG.. kah kah 

kah kah kah... DUIT NEGARA HABIS DI REMBAT..kah kah

kah kah kah..TAK CUKUP DUIT..KENAKAN CUKAI.. kah kah

kah .. 1 KILO METER  TARMAC  KLIA  HARGA 100 JUTA..kah..

kah kah kah..PATUT DUIT HABIS.... kah kah kah..

kah kah..KAPAL SELAM TIAP TAHUN TELAN 1 BILION... kah..

kah kah kah...  BILION BILION HANGUS... kah kah kah..

kah kah kah,...KEMUDIAN TUDUH RAKYAT JAHIL... kah kah kah


-----------

JELAS DAN TEPAT

Posted: 15 May 2014 03:30 AM PDT





 139 1 0 140

'Islam gives leeway to human rights'

 | May 15, 2014
Political activists call Prime Minister Najib Tun Razak a hypocrite for changing his stand far too often to please the crowd before him.
Najib Hisyam RaisPETALING JAYA: No religion on Earth is against human rights and Islam gives a lot of emphasis to civil liberties, political activist Hishamuddin Rais said today.
"Three quarters of the al-Quran touches about people's welfare and helping the poor," he said, commenting on Prime Minister Najib Tun Razak's statement on Tuesday that 'human rightism' was fast appearing to become a threat to Islam.
Najib, who is also Umno president, said this opening the National Quran Recital Competition.
He also said human rights movements were centralised on the principles of human.....

BACA DISINI

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/05/15/islam-gives-leeway-to-human-rights/


---------

OBAMA MEMPASAK NAJIB

Posted: 14 May 2014 09:41 PM PDT



 BENDERA 
MALAYSIA BARU

OBAMA PASAK ASIA

Obama baru selesai melawat Asia. Dia melawat Jepun, Korea Selatan, Pilipina dan singgah di Kuala Lumpur. Apa tujuan Barack Hussein Obama ini datang kesini? Apa yang Obama mahu? Presiden Amerika bukan 'loh leh ' datang bershopping di Tokyo. Justeru pasti ada perancangan dalaman yang sedang diatur ketika melawat Asia.

Apa yang jelas - lawatan ini adalah sebahagian dari rancangan mewar-warkan dasar pertahanan baru kuasa imperialis Amerika terhadap Asia. Dasar ini dipangil 'Pivot Asia' atau dalam Bahasa Melayu - Pasak Asia.

Hakikatnya kuasa imperialis Amerika bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Ketika tulisan ini digarap kuasa utama ekonomi dunia telah beralih dan kini dimiliki oleh China. Amerika bukan lagi negara pengeluar, bukan lagi negara pemula. Semuanya telah beralih ke Asia. China, Jepun dan Korea Selatan kini menjadi pemangkin ekonomi dunia. Justeru kuasa imperialis Amerika sedang membuat strateji baru untuk mempertahankan hegemoni kuasa imperialis Amerika.

Maka muncul Pivot Asia. Inilah latar Pasak Asia. Inilah laungan 'azan' yang memanggil Obama ke Masjid Negara. Imperialisma kini ditahap akhirnya. Obama Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal antarbangsa telah diarahkan membawa beliong untuk mempasak Asia.

Pembaca wajib mengetahui apakah itu imperialisma? Imperialisma ialah tahap tertinggi dan tahap terakhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Tuhan yang disembah oleh sistem kapitalis ialah keuntungan maksima. Sistem ekonomi kapitalis TIDAK membawa kesejahteraan umat. Justeru ekonomi kapitalis wajib terus berkembang mencari bahan mentah dan mencari pasaran untuk mendapat keuntungan maksima.

Awalnya ekonomi kapitalis berkembang dalam negara sendiri. Akhirnya untuk terus berkembang sistem ekonomi kapitalis menjangkau keluar ke negara orang lain. Sepanyol, Portugal, Belanda, British dan Itali – semua keluar dari Eropah untuk mencari bahan mentah, menaklok tanah jajahan untuk menyediakan pasaran. Keluar dari negara sendiri dan menjajah negara asing dipanggil imperialis.

Sistem ekonomi kapitalis ini TIDAK ada agama. Di Saudi Arabia sistem kapitalis memakai jubah hijau- menjadi Islam. Di negara China sistem kapitalis memakai jubah merah – menjadi Sosialis. Agama, bangsa, budaya atau bahasa TIDAK penting untuk sistem kapitalis. Tulisan Rumi atau Jawi tidak penting. Memulakan perniagaan dengan Bismillah atau tidak - juga tidak penting. Yang penting hanya keuntungan maksima.

Pembaca wajib diberitahu bahawa kuasa imperialis Amerika pada hari ini hanya mengekspot 3 benda. Pertama: filem buatan Hollywood, kedua: senjata dan ketiga: dolar. Tiga benda ini ikat mengikat untuk membantu mempertahankan kepentingan kuasa hegemoni imperialis Amerika.

Filem Hollywood menanamkan propaganda tentang kekuatan kuasa imperialis Amerika kepada mata penduduk dunia. Kuasa Amerika adalah kuasa multak dunia. Tidak cukup dengan Mat Rambo , Amerika digambarkan memiliki Mat Superman dan Mat Spideman yang akan menyelamatkan dunia. Propaganda bentuk ini amat penting. Propaganda halus ini telah berjaya mengolah pandangan warga dunia untuk berkiblat ke Amerika.

Lihat bagaimana filem-filem dibuat terlebih dahulu untuk menggambarkan Arab dan Islam jahat dan ganas. Ini sebelum Iraq dan Afghanistan dibom.

Di Amerika Latin imperialis Amerika melancarkan dasar 'war on drug ' atau Perang Melawan Dadah. Ini adalah strateji Amerika untuk memaksa pemimpin Amerika Latin membeli senjata buatan Amerika. Pembaca wajib diberitahu bahawa pengimpot dan pengedar dadah terbesar ke dalam pasaran Amerika ialah CIA sendiri. CIA menjadi tokan dadah untuk mendapatkan dana diluar apa yang telah diluluskan bujet. Duit dadah ini membolehkan CIA melakukan kerja-kerja jahat membeli maklumat atau mengupah barua untuk melakukan rusuhan saperti yang berlaku di Ukraine atau di Venuzeula sekarang.

Ekspot ketiga ialah dolar Amerika. Ekspot ini amat penting. Amerika berjaya memaksa warga dunia membeli dolar Amerika. Kong kalikong ini berjaya dijalankan kerana Amerika ada membuat perjanjian dengan keluarga Saud. Amerika berjanji akan mempertahankan keluarga Saud untuk terus berkuasa di Saudi Arabia; dengan satu sayarat. Syarat ini ialah semua jual beli minyak petrol wajib dijalankan dengan menggunakan dolar. Justeru Saudi dan negara OPEC hingga ke hari ini menjalankan dasar jual beli minyak dengan dolar.

Ini bermakna negara mana pun yang ingin membeli minyak petrol dipasaran dunia wajib ada dolar. Dimana hendak dapat dolar? Jawabnya cukup senang. Bank Amerika yang dipanggil Federal Reserve – sedia mencetak dan menjualkan kertas hijau yang dipanggil dolar. Inilah kong kalikong yang sedang berjalan.

China pembeli minyak-  manakala Rusia dan Iran pengeluar minyak. Tiga negara ini sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang dalam jual beli minyak. Negara ini sedang membuat pejanjian untuk menggunkan mata wang mereka sendiri. Bye bye dollar!

Sabar dahulu. Bukan sacepat itu untuk bye byekan dolar Amerika. Saddam dan Gadafy telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Lihat dimana mereka sekarang. Justeru Pivot Asia ini adalah perancangan licik Amerika untuk memastikan China, Rusia dan Iran TIDAK akan meninggalkan dolar.

Pasak Asia bertujuan untuk membawa bala tentera Amerika ke wilayah Asia. Singapura telah lama menjadi perlabuhan tempat kapal laut Amerika mendapat rawatan. Di Korea Selatan ada 28,500 soldadu Amerika. Di Jepun ada 50,000 soldadu Amerika. Di Pilipina sesudah kejatuhan Marcos pengkanlan tentera laut America di Subic Bay telah ditutup.

Pada April 2014 – budak Itam yang bernama Obama – budak suruhan kaum pemodal - telah berjaya mendapatkan kembali pengkalan Subic Bay. Sayugia diingatkan pengekalan tentera laut di Subic Bay ini adalah yang kedua terbesar sesudah Clark Air Base di Los Angles.

Jelas Pivot Asia ialah strateji untuk membesarkan bala tentera Amerika di Asia. Tujuan asas ialah menyediakan bala tertera laut dan darat untuk mengepong China. Dalam masa yang sama Amerika sedang memasang bala tentera diseluruh dunia. Amerika memiliki 900 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia

Justeru Selat Melaka – pengairan yang paling sibuk dalam dunia ini sedang menjadi idaman dan Mimpi Basah Amerika. Selat Melaka menjadi saluran darah China. China mengimpot minyak dari Iran, Timur Tengah dan Afrika. Semua kapal minyak wajib melintasi Selat Melaka. Jika Selat Melaka ditutup maka ekonomi China akan tercekik. Amerika mengetahui hal ini dan China sendiri sedar tentang fakta ini.


Ketika Obama di Kuala Lumpur orang ramai hanya sedar tentang TTPA. Agenda TTPA ini adalah agenda luaran dimana Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong dapat membacanya. Apa yang tidak kita ketahui ialah 'rancangan gelap' Amerika yang telah diajukan kepada Najib Rzak.

Umum mengetahui penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Mustahil Pak Duta dan CIA TIDAK memberi fakta ini kepada Obama. Mustahil Obama tidak tahu bahawa Najib bukanlah PM yang mendapat mandat rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu bahawa PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu sebelum sampai ke Kuala Lumpur bahwa Najib ditolak oleh 52% rakyat Malaysia.

Semua ini dibuktikan apabila Obama secara sedar telah menyindir Najib dengan membuat pertemuan resmi dengan Bersih. Ini bermakna Obama tahu bahawa United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Obama juga bertemu dengan beberapa NGO. Semua ini adalah tekanan untuk Najib agar bersedia untuk menanda tangani TPPA.

Apakah TPPA sahaja yang dimahukan oleh Amerika? Jawabnya TIDAK. Pasak Asia lebih dari TTPA. Menanda tangani TTPA ini hanya gula-gula untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Obama mahu meletakan bala tentera Amerika di Malaysia? Apakah ini betul? Atau hanya andaian?

Untuk memahami pekara ini sila lihat kembali apa yang berlaku sehari sebelum Obama sampai. Tup tup pecah cerita ada lanun merompak kapal minyak di Selatan Melaka. Dikatakan lima lanun bersenjata parang telah menahan sebuah kapal minyak dan berjaya memindahkan minyak ini ke kapal lanun. Lanun membuat kerja selama 8 jam.

Sebenarnya ini ' operasi salah bendera' yang sengaja dipentaskan untuk Obama. Tujuan pementasan ini ialah untuk memastikan agenda Selat Melaka akan muncul dalam perbincangan Obama dengan Najib.

Hairan bin Takjub , berita lanun ini hilang bagitu sahaja. Media milik parti Ketuanan Melayu tidak memainkan berita ini. Selalunya Utusan akan menuduh 'kerja jahat' ini dijalankan oleh 'orang' yang bersimpati dengan Pakatan atau yang cenderong kepada gerakan militan Islam. Kali ini media United Malaya National Organisation senyap menikus. Malah kita tidak tahu kemana hilangnya lanun-lanun ini. Apakah mereka sedang berehat di Bukit Aman atau sedang berehat di Jalan Ampang.



Bukti paling jelas tentang keinginan Amerika untuk membuka pengkalan di Malaysia ialah dengan menonton rapi klip sidang akhbar Obama dan Najib. Lupakan babak dimana Najib gagal menyebut – pro-li-fe-ation. Ini memang memalukan tapi demi Malaysia kita lupakan babak ini dan perhatikan dengan teliti apa isi kata Najib.

Najib telah mengakui bahawa setiap 'permintaan' Amerika telah dipenuhi oleh Malaysia. Malah Malaysia kini bersetuju untuk meresmikan perhubungan ini. Apakah pemintaan itu?

Pemintaan ini ialah untuk bersama dalam apa yang dipanggil 'war on terror' – perang menentang keganasan. Betul ke permintaan ini? Betul dan tepat. Belum pun sempat Obama memelok Michelle – Najib telah membuat tangkapan keatas apa warga yang dituduh ' pengganas'. Yang ditangkap disamakan sebagai suku sakat Osama Bin Laden. Ini cara Najib membodek Amerika.

Ada lagi yang diminta oleh Obama? Pasti ada. (TT)



`SEMUA TENAGA
MENYERANG MUSUH
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45



NOTA KAKI

Legendary Malaysian political activist Hishamuddin Rais (he identifies himself as a 'non-government individual') wrote for this report:
"Obama is trying to recreate the atmosphere of the Cold War in Asia in particular and globally...Obama's trip to Malaysia in particular is aimed at the Malaysian leadership to open up and allow access to the Malaysian market. At the same time America is keen to have a military arrangement with Malaysia, i.e. the possibility of having a base. This is a move partly to control the Southeast Asian market and also to contain what Americans term as the danger of China. Obama is trying to create a wedge between ASEAN nations and China. In Malaysia in particular, with the weak government of Najib Razak, Obama will force Najib to sign the TPPA trade agreement. It is a fact that TPPA will be destructive to the domestic market."
Published time: May 01, 2014 18:40 - Russia Today

http://rt.com/op-edge/156224-obama-visit-asia-china/


----------

LAGI LAGI FITNAH AZMIN

Posted: 14 May 2014 08:56 PM PDT





FACE BOOK

Azmin lagi...

Pada tanggal 16, 17 dan 18hb September 1998, iaitu 2 hari sebelum Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan dam dipenjarakan pada tanggal 20hb September 1998, Azmin Ali telah diberitahu bahawa KONONNYA beliau telah ditahan dan ditangkap oleh Pihak Polis. MOHON kepada Sdra Azmin Ali supaya mendedahkan SIAPAKAH yang telah menangkap beliau? Siapakah Nama Pihak Pegawai Polis Penyiasat yang telah menangkap beliau? Di Balai Polis manakah sebenarnya Azmin Ali ditahan dan dipenjarakan pada ketika itu? Apakah Nombor Kes dan Nombor Kertas Siasatan Banduan yang bernama Azmin Ali itu? MOHON Sdra Azmin Ali beri pencerahan kepada Ahli-ahli PKR. Sekiranya Sdra Azmin tidak dapat menjelaskan kepada kami, maka kami BERJANJI bahawa akan kami DEDAHKAN dimanakah Sdra Azmin pada waktu dan ketika itu. Dan kami akan dedahkan dimanakah beliau pada ketika hari-hari tersebut.



HENTIKAN

ini fitnah

ini tohmah

cari rezeki

 halal

bukan jual

kontrek

bukan jual

janji

kah kah kah


-----------

AL- FARABI DI UBU

Posted: 14 May 2014 08:08 PM PDT





KULIAH FALSAFAH 
PEMIKIRAN KRITIKAL
al-farabi 872-950

universiti bangsar utama
rabu:21/5/14
jam 9:00 malam

AL- FARABI
oit... farabi ni ada unsur2 syiah iran. nanti kena ban. mcm buku dr feisal yg kena ban sbb ada unsur2 syiah. Beloved Lady tu kan berdasarkan putri Rasulullah saw, bonda Fathimah az Zahra? on KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/15/14


----------