Selasa, 13 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Apapunya turr,macam ni pun tak formal lagi..

Posted: 13 May 2014 01:06 AM PDT




He said that PAS's move to request for a special state legislative assembly sitting for a no-confidence vote against the BN state government cannot be fulfilled as long as Ahmad Said does not make a formal announcement about quitting Umno.
"Before they can call for a special sitting, there must be confirmation first that Ahmad Said is leaving the party, but until now, he has not come forward to make a formal announcement," the source added.

dollah yankee-
Apa cerita pemuda umno yang nak mogok lapar selama satu minggu? Tengahari ni dah makan belum? KahKahKahKah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BACA DI BAWAH NI.RAMAI DAH MULA KUTUK MAT SAID....KAN AKU DAH CAKAP.......

Posted: 13 May 2014 02:31 PM PDT

Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu






Dengan Umno ni tak payah setia la....kalau bekas Timbalan Perdana Menteri dulu pun diorang puja bagai.... ni kan pula menteri besar.....mampoih kau Umno satu hari nanti sumpah dek bangsa Melayu.Yang penyokong seumur hidup sokong buta tuli banyak sekolah tak tinggi mana pun...noreh pun banyak....yang cerdik... sapu semua keliling pinggang.... nasibkau la Mat Said...masa inilah kau nakkenal sahabat handai , rakan taulan, saudara mara..... 
KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
  
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
  
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
  
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
  
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
  
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
  
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.
  
"Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu.
  
Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri.
  
Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
  
Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga.

Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
  
Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri.
  
"Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
"Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu.
  
"Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya.

Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi.
  
"Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya.
  
Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.
  
"Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya.
  
Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu.
  
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. - Bernama

KRISIS TERENGGANU: TIADA MAJORITI MANTAP. BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK

Posted: 13 May 2014 09:42 AM PDT


  • Terengganu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pembangkang mencadangkan pilihan raya baru negeri diadakan bagi menyelesai kemelut politik di Terengganu sekarang.
  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata langkah itu berikutan ketiadaan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mantap dalam Dun.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berkongsi pandangan itu dilapor sebuah portal berita hari ini, bahawa beliau mahu rakyat Terengganu diberikan mandat penuh memilih kerajaan negeri yang baru.

"Bubar Dun adalah satu opsyen, tetapi buat masa ini kita lihat suasana dahulu," kata Ketua Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin parti itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan yang berlaku dari semua aspek, termasuk dari aspek moral dan integriti.

Pada awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib diikuti Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan itu meletakkan BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu), dan Bebas (tiga).

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun menarik perhatian bahawa speaker Dun juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah, justeru ini menjadikan kedudukan kerusi 15:15:3.

Dengan kedudukan ini, Azhar berkata BN kekal memerintah Terengganu memandangkan BN merupakan kerajaan memerintah Terengganu selepas PRU13.

Bagaimanapun bagi mengelak sebarang kekeliruan, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu krisis berkenaan diselesaikan segera supaya tiada sebarang masalah timbul kepada rakyat akibat ketidakseimbangan politik.

"Jika boleh kita mahu penyelesaian mudah, kita bagi ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah dalaman dan kita harap yang terbaik bagi rakyat," katanya. 


Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu berkata pimpinan Pas pusat belum membuat sebarang keputusan, namun sedang meneliti secara dekat perkembangan terkini. - Bernama





AKHIRNYA KENYATAAN AKU MENJADI JUGA.DAH ADA YANG TINGGALKAN MAT SAID

Posted: 13 May 2014 09:36 AM PDT

Cerdik la hang...buat bodo sepat....cepat jadi kaya...Kesian Mat Said.Keseorangan. Mana penyokong Mat Said???? Orang Kemaman di mana?Yellek poccik..kan aku dah cakap siang tadi>

Adun Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar Umno . Tengok drama kat bawah.Cuba tanya Hishammuddin Tun Hussein, bagaimana dia dianggkat menjadi ketua pemuda,mungkin Azmin dan Saifuddin boleh cerita......



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - sumber

DSAI DAN WAN AZIZAH KEMALANGAN

Posted: 13 May 2014 09:27 AM PDT

[Gambar] DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam kemalangan

195ae4a47a69d62064ec6ecc7b691b63

Anwar, isteri terlibat kemalangan  
DS Anwar Ibrahim ketika mendapatkan rawatan.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

VIDEO :HARAP MAT SAID JANGAN JADI CAM SAM DOL NI

Posted: 13 May 2014 06:32 AM PDT




MASA DIA MENGAMUK PROJEK DIA SANGKUT






MASA Umno DAH TOLONG DIA....MUKA CAM SARDIN



VIDEO: KEKECEWAAN AHMAD SAID ANAK NAK KAHWIN PUN TAK BOLEH TANGGUH DAH....ANWAR DULU 3 HARI DIPECAT POTONG LETRIK AIR.....ZALIM

Posted: 13 May 2014 06:02 AM PDT







KAYU BURUK KENA BUANG....RAMAI KUNJUNG LUBOK BARU...TU LA Umno




ADAKAH ADUN YANG LAIN BERANI ATAU HANYA HANGAT-HANGAT SAHAJA.

Posted: 13 May 2014 04:09 AM PDT


 
Beberapa komen dalam FB lamanreformasi laman rakyat menunjukkan ramai yang kuranh yakin dengan apa yang sedang berlaku ini sebagai satu sandiwara kerana semua maklum bahawa isu ini hanya akan menjadi normal apabila adanya habuan dan pujukan sendiri.

Misalnya Tilang Besi menyatakan pandangan beliau seperti berikut:

Umum pula mengetahui bahawa Umno bukanlah parti perjuangan kecuali dipenuhi oleh para pembodek dan kaki sapu serta penakut nak mampus untuk membela pemimpin mereka.

"Dalam hati Tulang Besi, Mat Said & gang akan patah balik pada UMNO dan tarik surat2 mereka.Krisis yang ada di Terengganu sekarang ni sekadar sementara dan tidak ada natijah. Keadaan akan kembali seperti biasa.
Berani ke Mat Said& gang lawan SB, SPRM, PDRM, Jabatan Hasil dsbnya?"












Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.Roslee (kanan) yang juga exco kemajuan luar bandar negeri dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata:

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Awal hari ini, bekas menteri besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.



"Jika dilihat kepada kenyataan seolah-olah dah tak berani sesiapa lagi pun mengumumkan keluar Umno. Semua ini telah berlaku kepada Anwar Ibrahim sehingga di pukul.Berani Ahmad Said kena pukul?" demikian dakwa laman reformasilaman rakyat lagi.


sementara Bob Manolan pula menyatakan seperti berikut:

Jangan bagi alasan yg menampakan kebodohan dan kejahatan. Skrang ini bukan hantar surat dgn burung merpati. Awk boleh ckap sampai PRU14 pun tak dpt surat lagi.



[LIVE] MALAM INI 130514 BM20 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 13 May 2014 03:55 AM PDT

LIVE MALAM NI USTAZ SHAMSURI




KRONOLOGI JATUHNYA AHMAD SAID.

Posted: 13 May 2014 02:14 AM PDT

http://www.malaysiakini.com/news/262643

Kronologi krisis politik Terengganu.Adakah berani yang lainnya keluar Umno?

Berikut kronologi krisis politik Terengganu:

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

- Bernama
 

APA SANGAT JIKA DIMALUKAN HANYA KERANA PERKAHWINAN ANAK?

Posted: 13 May 2014 01:44 AM PDT


JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DIAIBKAN DAN DIMALUKAN , APA LAH SANGAT AHMAD SAID YANG MALU AKIBAT MENGEDARKAN KAD KAHWIN ANAKNYA SEPERTI DIATAS? 

JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DISEPAK DITELANGJANG APA LAH SANGAT DENGAN UNDANGAN PERKAHWINAN ANAK AHMAD SAID? 
CUMA BEZANYA, ANWAR PUNYA PENGIKUT YANG SETIA DAN BERANI...NAMUN AHMAD SAID TIDAK PUNYA PENGIKUT SEPERTI ANWAR......BYE..BYE AHMAD SAID.



Semoga pengajaran seperti ini menjadikan rakyat Kemaman dan Terengganu merasainya sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu. Bezanya Anwar seorang Timbalan Perdana Menteri, manakala Ahmad Said merupakan Menteri Besar Terenganu.Suasana dan keadaannya hampir sama sahaja. Telah beberapa lama sejak sebulan lalu angin bertiup kencang bahawa Ahmad Said akan bertukar jawatan sebagai Menteri Besar .Namun Najib yang terkenal dengan sikap dan sifat pembohongnya menafikan semalamnya.Tiba-tiba keadaan seperti yang dijangkakan berlaku.
Berbezanya Anwar ialah beliau diaibkan dengan pertuduhan liwat sehingakan liwat kedua kerana melawan. Kuasa disebalik semua ini adalah  Mahathir,  Daim,Ku Nan dan semua yang terlibat mahu melihat kerjaya politik Anwar tumbang.Namun Anwar melawan dan beliau seorang pejuang yang berani .Nasib yang diterima beliau amat malang sekali dalam politik tanahair.

Kini Ahmad Said akan menangis sendirian.Jika beliau melawan nasib beliau juga akan menjadi seperti Anwar.Namun jarang dan tidak mungkin akan ada seperti Anwar yang berani melawan dan sekurang kurangnya baik kawan atau lawan yang mengutuk melihat beliau seorang pejuang yang berani.Jatuh bangun dalam politik dan keberanian jarang ada dalam ahli politik Malaysia terutamanya dalam Umno.Dalam parti pembangkang setahun dua adalah perkara biasa, jauh sekali 7 tahun dalam penjara dan akan masuk untuk kali keduanya.Beranikah Ahmad Said melakukan seperti Anwar? Beliau juga dimalukan dan diaibkan.

Apa yang dirasai oleh rakyat Terenganu? sudah semestinya ianya tidak membawa apa-apa perubahan. Ahli Umno yang memang dungu akan berkata "biarlah..Perdana Menteri tahu apa yang beliau lakukan." "Tak mengapa kita ikut pimpinan" ,Begitulah bendulnya ahli Umno dan betapa kuranya berfikirnya ahli Umno apabila berlaku sedemikian rupa kepada pimpinan mereka yang mereka sanjung selama ini.Sejauh itu sahaja lah sama seperti apa yang Mahathir jangkakan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar. Namun semuanya meleset.Anwar bangun dan Ahmad Said???? Tunggu penduduk Kemaman bangun dan membela beliau.Kita lihat apa akan berlaku kepada penduduk Kemaman yang sayangkan Ahmad Said.

Sejarah telah membuktikan bahawa selama ini tokoh Perdana Menteri yang ada semuanya telah meninggalkan Umno kecuali Abdullah yang kekal sebagai bekas perdana menteri yang kekal dalam Umno.Yang lainya meningalkan Umno dan meningal dunia bukan sebagai ahli  Umno.

Berbalik kepada nasib Ahmad Said sayugia diingatkan kepada penduduk Kemaman bahawa tidak akan ada pergerakan sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Jika Anwar kesayangan penduduk Permatang Pauh, maka Ahmad Said kesayangan penduduk Kemaman, Namun tidak sama dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh. Jika Anwar ke 3 ADUN nya dibawah Umno tumbang dan kini dibawah Pakatan ,  Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.Tak malukah ahli Umno Kemaman apabila Menteri Besar mereka di tempat mereka Kemaman di aibkan dan dilucutkan jawatan? Apa hangpa dok garu teloq?
Jika 3 DUN ini tidak membela Ahmad Said dan penduduk Kemaman yang rata-ratanya Umno, maka Ahmad Said sebenarnya didokongi oleh penyokong yang sememangnya penakut, dan tak punya keberanian dan kebijaksanaan  kerana membiarkan Ahmad Said keseorangan.Tidak seperti Permatang Pauh, Umno gagal selepas Anwar di humban ke penjara. Umno kehilangan semua dunnya kini.Tidak ada pun kebangkitan Umno di Permatang Pauh selepas Anwar disingkirkan. Jika ini tidak terjadi di Kemaman, maka malang sunguh Ahmad Said. Kemaman hanya tingal kenangan buat Ahmad Said dan pendokong Umno kekal disitu dengan kedungguanya mereka.Alang alang menyeluk pekasam,Ahmad Said juga boleh malukan Umno dengan menyertai Pakatan di Terengganu dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.Itu harga maruah yang patut Ahmad Said lakukan.

WRLR

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KALAU TAK SOGOK BUKAN GEROMBOLAN

Posted: 13 May 2014 07:38 PM PDT




KOMENTAR

kes ini cukup senang
terbangkan adun yang degil
tunjukkan fail kes rasuah
tunjukkan gambar bini no 7
tunjukkan gambar girlfriend siam
tunjukkan kes anak kena feed
tunjukkan kes tipu undi pru13

lambakkan muka agong atas meja

kes selesai
semua kembali ke asal usul
hidup melayu
hidup islam


Krisis politik T'ganu: Umno jangan gertak atau sogok



KUALA LUMPUR: Umno BN diingatkan agar jangan sekali-kali menggunakan tindakan yang tidak demokratik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Terengganu sekarang, seperti intimidasi atau perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak atau sogokan.

Sebaliknya, Umno BN perlu bertindak 'gentleman' untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan melakukan tindakan yang menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita


KAH KAH 

KAH

woit... KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah...PELIK CIK GU TOK PA NI.... kah kah kah...

kah kah..KALAU BUKAN GERTAK BUKAN KETUANAN MELAYU...  kah..

kah ..KALAU TAK SOGOK... BUKAN GEROMBOLAN...  kah







---------

PROGRAM MELAWAN SANA SINI

Posted: 13 May 2014 07:00 PM PDT




FORUM MALAM INI
DEWAN CHINA
KUALA LUMPUR

radio bangsar akan
buat liputan langsung
untuk warga malaysia  di mana saje
mereka berada



FORUM AHAD INI


PENGUMUMAN

KELAS FALSAFAH
jam 9:00 malam
rabu malam
21 mei 2014
universiti bangsar utama




----------


ZIANA ZAIN DAN ALTANTUYA

Posted: 13 May 2014 06:30 PM PDT







Umat Islam diancam fahaman mengagungkan nafsu manusia semata-mata, kata Najib
Agama Islam dan umatnya kini diuji dengan satu bentuk ancaman dan serangan baharu yang agresif iaitu fahaman humanrightisme yang mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata.
Najib Razak (gambar) berkata fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.
"Ia bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila. Mereka lakukan ini kononnya atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.



KAH KAH

 KAH

woit...PANDAI CAKAP...kah kah kah..

kah kah kah.. PROJEK  DENGAN ALTANTUYA BUKAN NAFSU... kah kah kah...

kah kah kah.. PROJEK DENGAN ZIANA ZAIN BUKAN NAFSU.. kah kah kah..

woit... NAJIB CAKAP HAL UMAT ISLAM?.... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM  VINCENT TAN JADI IMAM... kah kah kah

ANAK RAZAK
atau
CUCU RAZAK

-----------

POLITIK KETUANAN MELAYU

Posted: 13 May 2014 06:00 PM PDT





INI POLITIK 
KETUANAN MELAYU


NAJIB MEMANG SUWEY
Tak tahu apanya suey/sial/tahi yang menimpa Najib kini. Rakyat dah naik meloya dan lelal melihat kaliber mangkuknya mengurustadbir 52% rakyat majoriti bagaikan kerja jijiknya di Perak itu memukulnya. Lambat dia nak minta DUN Terengganu dibubarkan kerana peguam Profesor Kang Kung/penasihat Kang Kungnya percaya bahawa UMNO masih boleh memerintah Terengganu walaupun keadaan kini tegang 15 : 15.

Najib kau pekak badak seperti Puan Nona Rosmah harus cerdik sedikit dan berani mengundur secara hormat serahkan pentadbiran negara kepada PR. Najib kau dah gagal pada realitinya dan jangan duk fikir UMNO tu masih keramat kerana banyak penunjuk yang UMNO dah mampos, tunggu apa lagi. Madey pun tak boleh selamatkan lagi tali hayat UMNO, kita menanti pentadbiran kang kung bertukar kepada pentadbiran berkualiti yang akan dibawa oleh PR. on DARI MEJA PENGARANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/13/14

Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan

 Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu. Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada... 


KAH KAH 

KAH

betul tak?


---------

BILA AZMIN ALI KALAH

Posted: 13 May 2014 06:00 AM PDT




20140512_170511
Dakwaan terdapat cubaan menjatuhkan kem Azmin Ali dalam pemilihan kali ini disifatkan sebagai mitos oleh CheguBard. More ››



----------

RAKYAT SIMPATI PADA MAT SAID

Posted: 13 May 2014 01:02 AM PDT





KOMENTAR

orang ramai makin simpati
dengan bekas mb

orang terengganu lihat
najib tak ada hati perut
berilah mat said selesaikan
kenduri kahwin anaknya

jemputan dah dihantar
tempat telah ditempah

memang ini hal pribadai
tapi tak kan sampai
tak ada hati perut


SATU REKOD
BERTUNANG PALING LAMA


SIMPATI RAKYAT
Kesian bro... mat said dah plan nak kenduri kat rumah Menteri Besar.. alih2 kena halau oleh Najib...lu tak kesian keee....isk isk... on PERANGAI KETUANAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:42 PM

RAKYAT SOKONG MAT SAID
Najib pun salah juga berilah peluang kat Mad Said tu buat kenduri dulu lpas tu suruhla dia berambus , kalau buat kenduri masih jadi MB ampau banyak dan besar grend lagi pun para tetamu yang akan dijemput pun mungkin bukan sembarangan setidak-tidaknya Tuanku Sultan, ha la nie dia dah tak jadi MB dalam kad jemputan dah dicetak nama MB malulah dia , Najib najib apa la hang nie tak guna otak langsung. on PERANGAI KETUANAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/13/14


ANAK NAJIB 
BILA NAK KAWIN


---------

GERAKAN ANTI AZMIN ALI

Posted: 13 May 2014 12:00 AM PDT






FACE BOOK


Alhamdulillah, selesai pengiraan tadi dimaklumkan TSKI lead beberapa ratus vote... Patut la ada kartel yg mengamuk sakan... — with che'GuBard Sammand Tukar Tiub.




-----------

DARI MEJA PENGARANG

Posted: 12 May 2014 09:18 PM PDT







INGATI

 SEJARAH

apakah akan berlaku perubahan di terengganu?

apa yang jelas 
jumlah yb dalam parti ketuanan melayu 
telah berkurang
tiga ahli dun telah meninggalkan
united malays  national ornagisation
dikatakan ramai lagi akan keluar

hakikatnya kerajaan ketuanan melayu
terengganu runtuh

waspada

ingat kepada apa yang terjadi kepada
 kerajaan selangor
ingat apa yang terjadi kepada 
datuk harun idris pada tahun 1977/78
datuk harun mendapat 
sokong majoriti untuk terus jadi mb
tapi apa alkhirnya  apa terjadi?

ingat kesah helikopter
yang membawa semua ahli dun
ke bukit cameron

kemudian semua ahli dun 
yang sokong datuk harun 
pusing haluan

waspada

ingat dan sedar 
akan peranan sprm

bukan semua adun yang meninggalkan parti ketuanan melayu bersih
sprm akan masuk
dan semua akan berubah
sejarah datuk harun idris
 akan berulang


KETUANAN MELAYU RUNTUH

Posted: 12 May 2014 08:49 PM PDT







KOMENTAR

jelas kerajaan terengganu tumbang
kerajaan united malays national organisation runtuh

tidak ada jalan lain
dewan wajib bersidang
para wakil wajib datang
undi diambil kira
kumpulan mana yang ramai
akan tubuh kerajaan

jelas pada ketika ini
parti ketuanan melayu tidak cukup majoriti

justeru ada pilihan
pas dan pakatan rakyat tubuh kerajaan
atau
adalah pilihan raya negeri


Empat lagi Adun dijangka sertai Ahmad Said, kata Adun PAS

Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu dijangka menyertai bekas Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Said untuk keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.
Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, beliau difahamkan ada lagi Adun Umno yang akan keluar parti itu, ketika tiga Adun di negeri itu sudah mengesahkan keluar Umno untuk menjadi wakil rakyat Bebas, susulan tindakan Putrajaya menggugurkan Ahmad daripada jawatan menteri besar.


--------