Jumaat, 9 Mei 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU JEMPUTAN

Posted: 09 May 2014 07:19 PM PDT







PETANG INI


pelancaran buku

adam adli

jemput datang






---------

ROBIN HOOD AMBIL PANAH

Posted: 09 May 2014 06:21 AM PDT




Ahmad Said masih MB Terengganu, kata Umno negeri

Ahmad Said (gambar) akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti yang dimaklumkan oleh perdana menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan Umno Terengganu hari ini.
Ketua Penerangannya, Abdul Rahman Bakar mendakwa  Najib Razak memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana menteri besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).


KAH 

KAH 

KAH

woit... KAH KAH KAH..kah kah kah

kah kah kah..MASIH SELAMAT.... kah kah kah..

kah kah kah..ROBIN HOOD MASIH SELAMAT... kah kah kah

kah kah kah..MAT MONGOL SUDAH TAKUT... kah kah kah..

kah kah kah..ROBIN HOOD ANGKAT PANAH... kah kah kah




---------

PROGRAM MELAWAN

Posted: 09 May 2014 12:03 AM PDT








BESOK PETANG
BURUH KERETA API 
AKAN BERKIPET
dijemput datang 
beri sokongn
buat ramai 

PADA: 
9 MEI 2014


JAM: 
4.30 - 7.00 PETANG


LOKASI:
IBU PEJABAT KTMB
JALAN HISHAMUDDIN
KUALA LUMPUR.

PETANG

 SABTU

pelancaran buku

adam adli


--------

HUDUD BERUNEI

Posted: 08 May 2014 11:38 PM PDT






 KOMENTAR

undang-undang hudud berunei
jelas bukan dari allah
tapi dari pemikiran manusia
yang mengakui online dengan allah

betul ke?
atau fitnah?

ini buktinya
dalam fasal 84b
dinyatakan bahawa
sultan berunei  tidak termasuk
dalam undang-undang hudud 
sultan dikecuali dari undang-undang hudud
sultan tidak boleh didakwa oleh hudud
sultan tidak boleh dihudud

juteru jelas undang-undang hudud ini
tidak sangkut paut dengan agama
hudud digunakan untuk memastikan
kuasa mutlak sultan
tidak dilawan oleh rakyat

NOTA
fasal 84b ini wajib diberitahu
pada mek kelnatan
pada mak cik felda

yang boleh baca
jangan buat buat tak tahu
kah kah kah


BAKAL SULTAN HUDUD

HUDUD DI BERUNEI

Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut..

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda"





------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR SAID

Posted: 08 May 2014 08:08 PM PDT







  • Ahmad Said kesal dilabel Robin Hood - Nasional - Sinar ...

    www.sinarharian.com.my/.../ahmad-said-kesal-dilabel-...

    Translate this page
    KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kesal digelar sebagai Robin Hood berikutan tindakannya menahan dua buah lori ...
  • Ahmad Said jadi 'Robin Hood' | Free Malaysia Today

    www.freemalaysiatoday.com/.../ahmad-said-jadi-robin...

    Translate this page
    Dec 9, 2013 - KEMAMAN: Ketika Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Saidpulang dari Kuala Lumpur  ke Kemaman untuk bersama rakyat ...
  • "Saya bukan Robin Hood" - Ahmad Said | Astro Awani

    www.astroawani.com/.../saya-bukan-robin-hood-ahma...

    Translate this page
    Dec 13, 2013 - KUALA TERENGGANU: "Saya bukan Robin Hood." Demikian tegas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika merujuk gelaran ...


  • APA YANG TELAH BERLAKU
    ingt dak terengganu lambat angkat sumpah. taon lepas nama dato razif ni dah naik.. tapi buat perjanjian mat said pegang 2 taon lg... nak jadi cerita lagi, mat said bengang la.

    dato razif ni pon dh kena turun pangkat.jd exco biasa2 ja.. masa pemilihan umno hari tu pon seberang takir ni lawan 3 penjuru. gaya tu ada orang support..tapi dato razif ni tak goyang sikit pon. dalam parlimen,dun dia ni sorang ja yang menang, kekal kerusi sejak sekain lama.

     nampaknya orang seberang takir memang sayang kat sosok dato razif ni. orangnya bagus, percakapan pon lembut. kah kah kah nampaknya mat said kene tendang awal. on BERITA SEDIH UNTUK ROBIN HOOD
    Publish | Delete | Spam


    KOMENTAR
    apa yang sedang berlaku
    di terangganu adalah baik
    untuk terangganu

    jika bisul perebutan beteruskan
    rakyat akan dapat lagi banyak projek

    jika parti pas bijak
    parti pas boleh menuai keuntungan





    ----------

    PEMIKIRAN STRATEJIK

    Posted: 08 May 2014 07:43 PM PDT




    KOMENTAR
    pemikiran stratejik
    adalah politik bentuk baru
    satu ilmu baru dalam pemikiran umat manusia

    meletakkan mat sabu
    adalah contoh pemikiran stratejik

    baca sepenuhnya
    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis

    Mat Sabu di Bukit Gelugor mampu 'jernih' hubungan PAS dan DAP, kata penganalisis

    Pakatan Rakyat (PR) mampu menjernihkan hubungan antara parti komponen mereka terutamanya PAS dan DAP sekiranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diletakkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang merupakan kerusi tradisi bekas pengerusi parti itu, mendiang Karpal Singh.
    Penganalisis politik tanah air meramalkan, meletakkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan turut memberikan kesan kepada Barisan Nasional (BN) berbanding calon daripada DAP.
    "Boleh Mat Sabu bertanding. Dalam suasana sekarang memang ada polemik hebat dalam PR, seperti isu hudud.
    Cadangan meletakkan Mat Sabu sebagai calon di kerusi berkenaan pada mulanya dilontarkan oleh aktivis sosial Hishamuddin Rais dalam satu forum mengenai hudud awal minggu ini.
    Hishamuddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, langkah berkenaan juga mampu menangkis serangan negatif terhadap PAS dan DAP yang terus bertelagah dalam isu hudud.
    "Bagi saya, cadangan itu amat sesuai kerana saya rasa ia akan menyelesaikan stigma yang mengatakan DAP parti Cina dan sekali gus akan memperlihatkan politik baru dalam DAP.
    "Secara strategik, ia akan selesaikan tohmah terhadap DAP dan PAS termasuk PR, terutamanya dalam isu bersangkutan hudud," katanya.
    Hishamuddin berkata, langkah itu akan dapat memperlihatkan DAP begitu  serius menjalinkan kerjasama dalam PR.
    "Jika ini dilakukan, maka ia akan mengubah landskap politik Malaysia lebih luas.
    "Manakala dalam Pakatan tidak akan timbul konflik. Pakatan juga harus melupakan kepentingan politik sempit mereka," katanya. – 9 Mei, 2014.


    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis


    -----------

    Kerabu Bersuara ®

    Kerabu Bersuara ®


    Mahathir Solat Subuh Badan Bersinar?

    Posted: 09 May 2014 08:46 AM PDT



    Abang ni buat karangan bab mana erk? Hebat!

    Nabi Mohamad Bertanding Di Gelugor Ahli Pas?

    Posted: 09 May 2014 08:39 AM PDT



    Umno dan penipu berpusah tiada.

    Hujan lebat dan banjir kilat di Mekah

    Posted: 08 May 2014 05:36 PM PDT



    Gambar dikongsi dari sahabat yang berada di sana.

    Biaqpila

    Biaqpila


    WASIAT ULAMA WALI ALLAH AL -ARIFBILLAH SYEIKH TOYYIB AL MAKKI

    Posted: 08 May 2014 09:00 PM PDT



    COPY PASTE DARI PAGE "JOM DAKWAH DENGAN ULAMA"

    Biodata Al-Arifbillah Syeikh Toyyib Al Makki
    Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

    -Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
    -Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
    -Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
    -Syeikh Hassan Masyath.. Dll

    *Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

    -Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
    -Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
    -Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

    Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

    Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

    Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

    Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

    Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

    Wallahualam ..

    Sumber





    DUNIACACAMARBA

    DUNIACACAMARBA


    Gadis Diratah 4 Lelaki 2 Jam

    Posted: 08 May 2014 11:32 PM PDT



    [HM] Kajang: Dua jam umpama dalam neraka. Itu nasib dialami seorang gadis apabila dia diperkosa empat lelaki secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya, di sini, hanya kerana termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.

    Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an sebaliknya dijadikan tawanan dan hamba seks sebelum berjaya diselamatkan anggota polis yang menyerbu hotel berkenaan pada pagi sama.

    Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun jam 2 pagi hari kejadian.

    Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.

    "Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

    "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut suspek. Malangnya tiga lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu," katanya. Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek cuba melawan, namun gagal sebelum diperkosa keempat-empat suspek secara bergilir-gilir.

    "Sekitar jam 4 pagi, dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan terserempak tiga suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel," katanya.

    Menurut sumber, dua anggota polis itu bagaimanapun curiga apabila suspek tiba-tiba melarikan diri ketika dihampiri.

    "Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu diperkosa," katanya.

    Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap. -9/5/14


    ALHUSSEYN

    ALHUSSEYN


    Kesian dengan Mohamad Sabu....

    Posted: 09 May 2014 12:33 PM PDT

    Pesuruh Jaya PAS Pulau Penin
    Mohamed Nabi berkata beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020. Ini yang membuatkan beliau begitu bersemangat sekali untuk bertanding?

     Rupa-rupanya mamak ni adalah juga seorang ahli Umno yang telah berjaya menyelinap menjadi ahli PAS.

     Saya percaya ramai lagi yang sepertinya sedang berada dalam PAS.

     PAS perlu memantau ahli-ahlinya dan berani bertindak tegas apabila didapati melakukan kerja-kerja yang merugikan parti. PAS jangan berlengah-lengah bertindak ke atas mereka yang buat kerja-kerja sabotaj keatas jemaah dan juga yang belot dan buat kerja-kerja khianat terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat.

    PAS gagal mengambil tindakan terhadap kerja-kerja khianat macam ini
     Saya percaya Mohamad Nabi bertindak sedemikian rupa adalah sebagai susulan ke atas peristiwa PRU-13 Kota Damansara dimana TGHA telah 'bypas' PAS Selangor dalam memberikan tauliah calon untuk PAS bertanding di situ setelah beliau sendiri sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan menuduh adanya calon-calon PKR yang berfahaman kominis, jual Pil Kudha dan sebagainya….

     Inilah akibatnya, apabila tidak ada  apa-apa tindakan diambil walaupun untuk disiasat atau dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin.

    Jemaah tidak diberikan penjelasan yang kukuh terhadap kejadian tersebut dan dibiarkan terus berlalu. Post Mortem Pilihanraya yang dijanjikan itu pun tak keluar-keluar walaupun sudah hampir satu tahun, alahai Dr Zul...

     Jangan salahkan Mohamad Nabi semata-maa diatas tindakan bodohnya itu kerana kepimpinan PAS seolah-olah merestui perkara sebegini berlaku.Mohamad Nabi, sebagai ahli Umno yang berjaya menyelinap ke dalam PAS sekadar menggunakan kesempatan itu untuk membuktikan betapa baculnya kepimpinan PAS yang ada kini.

     Kita mahu lihat ketegasan PAS kali ini. Apakah PAS akan buat alasan serupa sebagaimana di Kota Damansara ? Adakah kali ini kerana DAP tidak bersetuju dengan Hudud? Kesian kat PJ PAS yang baru tu….tentu penin dibuatnya!

    Mohamad Nabi adalah AHLI UMNO CAWANGAN KAMPONG BANJAR
     DUN GOMBAK SETIA BAHAGIAN GOMBAK NEGERI SELANGOR 
    dengan nombor keahlian 02700360.

    UNSUR ZALIM, ANDAIAN ITU SYUBHAH

    Posted: 08 May 2014 09:11 PM PDT

    Hudud: Soal ikhlas urusan Allah, tegas PAS • | 4:41PM Mei 6 2014 • 
    Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendesak umat Islam tidak mempertikaikan keikhlasan pihak yang menyokong perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan. 

     "Semua pihak di kalangan umat Islam wajib menerima kewajipan melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan antara satu sama lain. 

     "Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita. "Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan di sini.
    Soalan:Apalah salah kiranya kita andaikan Umno tak tipu kita di Kelantan. Tak baik, Ustaz bersangka buruk dengan Umno dan pemimpin kita yang nak bekerjasama dengan Umno melaksana Hudud Kelantan.

     Jawapan:Bukan semua andaian atau sangkaan itu buruk, kerana Allah S.W.T sendiri berfirman yang bermaksud, "setengah dari sangkaan itu ada megandungi dosa." (al-Hujurat: 12)

     Selain sangkaan yang buruk, sangkaan tanpa asas juga adalah mendekati keburukan.

     Ulamak fiqh, memanggil sangkaan tanpa asas ini sebagai 'waham'. Ulamak fiqh turut menganggap ada sangkaan yang baik, iaitu

     1. dzon atau sangkaan berasas.

     2. ghalabatuz dzon atau sangkaan kuat yang berasas9 "(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya." (al-Baqarah: 46)9 Niat melaksanakan Shariah Kelantan adalah murni, tetapi bekerjasama dengan Umno akan meninggalkan beberapa mudarat besar:

     1. Memanjangkan kezaliman Umno atas pepecahan PR yang nyata ditubuhkan untuk menumbangkan kezaliman BN itu.

     2. Islam dan PAS akan dilihat tiada integriti atas tahalluf siyasi dengan PR, walaupun niat parti Islam itu cukup murni, etc.9 Sebab itu, Islam ajar kita jangan cenderung pada kezaliman.

     "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." [Surah Hud: 113]

     Syubhah dan kezaliman apabila Sultan dan Ahli Politik secara amalan serta perundangannya akan dilindungi, seperti di konteks Kelantan & Brunie.

     "Hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah."

     "Orang-orang sebelum kamu menjadi hancur kerana bila ada orang mulia yang mencuri mereka biarkan sahaja.Kalau orang lemah mencuri mereka tegakkan hukuman. Demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, akan saya potong tangannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

     Ini sangkaan yang kuat, bukan waham. Kaedah fiqh menyebut, da' ma yuribuka illa ma la yuribuka. Setuju?

     ZAINULFAQAR YAACOB
     +60194241583 
    zainulfaqray@gmail.com faqar.blogspot.com

    DIALOG RAKYAT

    DIALOG RAKYAT


    Apa jadi dengan siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, soal DAP

    Posted: 09 May 2014 08:18 AM PDT

    ‎OLEH DIYANA IBRAHIM


    Ahli DAP, Teresa Kok dan Ong Kian Ming bersama mangsa sindiket penyelupan kereta di Langkawi melibatkan penjawat awam semasa di sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mei, 2014. Ahli DAP, Teresa Kok dan Ong Kian Ming bersama mangsa sindiket penyelupan kereta di Langkawi melibatkan penjawat awam semasa di sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim



    Selepas setahun kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi daripada pihak polis, kata ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

    Pemimpin DAP itu berkata, sehingga kini siasatan bagi kes pembunuhan Shaharuddin yang berlaku April lepas menjadi tanda tanya seolah-olah seperti tergantung tanpa sebarang maklumat terbaru mengenai suspek pembunuhan.

    "Kita tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan kes tersebut, kerana sudah masuk setahun pihak polis hanya mendiamkan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur hari ini.

    Katanya dengan ketiadaan maklumat atau perkembangan terbaru kes pembunuhan Shaharuddin, ia jelas bertentangan dengan‎ kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar yang menyatakan pihak berkuasa tidak dapat menerima apabila terdapat pegawai tertinggi kerajaan menjadi mangsa.

    Shaharuddin ditembak mati di Putrajaya pada 26 April tahun lepas, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

    ‎Beliau yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri pada masa itu hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

    Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan dan sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam, dan diberikan jolokan "Mr Clean".

    Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

    Empat bulan selepas kematian timbalan ketua pengarah kastam, anaknya Mohd Akthar mendedahkan bahawa kematian bapanya mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

    Terdahulu pada sidang media, Ong mendedahkan terdapat ramai pembeli kereta terpakai yang menjadi mangsa kepada sindiket‎ tersebut.

    Katanya, kebanyakan mangsa tertipu dengan sindiket yang kemudiannya diberitahu kenderaan itu dari Langkawi, di mana mereka perlu membayar cukai kepada kastam untuk mendapatkan kembali kereta mereka.

    Katanya, laporan juga sudah diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sindiket tersebut, namun badan tersebut hanya mendiamkan diri.

    Tolong diam, kenyataan anda menyakiti negara, kata Dr Mahathir kepada Isma

    Posted: 09 May 2014 08:15 AM PDT

    THE MALAYSIAN INSIDER

     
    Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014. Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari


     Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.

    Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.

    Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.

    "Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990 oleh Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows hari ini.

    Dr Mahathir berkata kenyataan Isma tidak membantu mengekalkan keamanan negara, dengan menambah, kaum Cina juga adalah rakyat Malaysia dan mempunyai hak mereka sendiri.

    "Kita tidak perlukan sesiapa untuk menghasut supaya berlaku rusuhan kaum dan perkara sebegitu," katanya.

    Tentang cadangan terbaru Isma bahawa hudud perlu dikenakan bagi umat Islam dan bukan Islam, perdana menteri paling lama Malaysia itu menyuruh Isma itu supaya 'mematuhi Al-Quran'.

    "Jika dia sudah membaca Al-Quran dengan teliti, ia mengatakan Tuhan tidak menyukai mereka yang menghasut supaya berlaku huru-hara atau kekacauan.

    "Jadi dia patut mematuhi Al-Quran," kata Dr Mahathir menjawab kenyataan presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan undang-undang jenayah Islam itu patut dikenakan kepada semua rakyat Malaysia.

    Beliau juga berkata mereka yang menyebabkan ketegangan antara agama merupakan mereka tidak belajar daripada sejarah.

    "Mereka tidak belajar daripada sejarah. Tiada manfaatnya menyebabkan ketegangan, konfrontasi dan ketidakstabilan. Mengapa kita perlu bergaduh? Kita saling menyakiti satu sama lain dan akhirnya apa yang kita dapat?"

    Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak kini dalam situasi yang sukar untuk meredakan ketegangan agama yang semakin meningkat.

    "Beliau sedang cuba melakukan tugasnya dengan baik tetapi situasi ini sukar. Anda (pengundi) tidak berikannya mandat yang cukup kuat," katanya, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana kerajaan memerintah Barisan Nasional menang dengan majoriti mudah.

    "Anda mahukan liberalisasi, dan apabila kami sudah liberal, ia disalah gunakannya. Jika anda ambil tindakan, kami dituduh sebagai tidak liberal pula." tambahnya

    Bas percuma ke Perpustakaan Awam Selangor setiap Sabtu, Ahad

    Posted: 09 May 2014 08:09 AM PDT

    Oleh: LIZAWATI MADFA


    SHAH ALAM,: Warga Shah Alam kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13, di sini.

    Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata perkhidmatan yang mula beroperasi itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihaknya dalam menyediakan kemudahan buat warga kota.

    "Kita prihatin dengan keperluan pengangkutan ke PPAS, khususnya cuti sekolah atau hujung minggu.

    MBSA-Shahrin Ahmad"Pada waktu ini selalunya bilangan pengunjung bertambah, jadi perkhidmatan bas percuma pasti membantu," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

    Katanya, MBSA menyediakan bas mini jenis 'coaster' yang boleh memuatkan seramai 16 orang penumpang pada satu masa dan akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

    Bas itu akan menunggu penumpang di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18 pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang dan akan melalui beberapa lokasi tumpuan seperti Stesen Komuter, Seksyen 19, Kompleks PKNS, dan Pangsapuri Perdana, Seksysen 13.

    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2735.

    Sejak awal Mac lalu, MBSA turut menyediakan perkhidmatan bas percuma yang bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan akan melalui beberapa seksyen seperti 2, 7, 11, 16, 17 dan 18.

    Perkhidmatan itu juga beroperasi tiga kali sehari dari Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 pada jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang.-NFN-

    MCA agresif tentang hudud hasil didikan Umno

    Posted: 09 May 2014 08:07 AM PDT

    MUHAMMAD FAIZAL 
     

    KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Umno kerana berjaya mendidik rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN), MCA sehingga berani menentang Islam secara agresif.

    Beliau berkata, MCA begitu memahami apa yang diajar oleh guru mereka (Umno) sehingga parti itu dan Gerakan boleh melakukan demonstrasi menentang pelaksanaan hukum hudud.

    "Lebih 50 tahun MCA, Gerakan bersama Umno di dalam BN dan hasil terbaik mereka adalah bila rakan Umno itu berani menentang hudud secara lantang dan lebih agresif.

    "Kerja keras Umno mendidik dan boleh menjadikan Umno sebagai guru terbaik yang tidak pernah ada pada parti lain," jelasnya kepada Harakahdaily.

    Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik segera wakil MCA dan Gerakan ke dalam kabinet agar mereka lebih lantang mengkritik Islam di peringkat yang lebih tinggi.

    Sebelum itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong di dalam wacana Sinar Harian menegaskan parti itu akan meninggalkan BN jika Umno terus menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan.

    Beliau berkata MCA perlu membincangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional seandainya Umno tetap menyokong pelaksanaan hukum hudud.

    Peniaga pasar pagi Seksyen 25 bakal berpindah ke pasar moden

    Posted: 09 May 2014 07:59 AM PDT

    Oleh: LIZAWATI MADFA


    SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan sebuah pasar moden dengan pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan kepada peniaga pasar pagi di Seksyen 25, di sini.

    Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad, berkata pasar moden itu mempunyai tiga tingkat bahagian perniagaan terdiri daripada 67 unit jualan barangan basah, 72 unit jualan barangan kering dan lapan kiosk jualan.

    Beliau berkata, terdapat 28 unit gerai makanan serta tiga tingkat parkir yang boleh memuatkan 200 buah kereta dan 112 buah motosikal pada satu-satu masa.

    MBSA-Shahrin Ahmad"MBSA menegaskan bahawa pemilikan dan keutamaan hanya diberikan kepada warga tempatan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada kami serta peniaga yang berniaga di pasar sedia ada.

    "Kebenaran berniaga tidak akan diberikan kepada pihak ketiga yang bukan pemilik sebenar lesen perniagaan atau penyewa premis perniagaan.

    "Pemantauan berkala akan dilaksanakan bagi memastikan peniaga sebenar atau pemilik lesen perniagaan melaksanakan aktiviti perniagaan di premis masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Satu majlis mendatangani surat akujanji bagi tujuan pemindahan peniaga tapak pasar pagi di Seksyen 25 diadakan di Dewan Kemunting, di sini, pada 5 Mei lalu.

    Pada majlis sama, peniaga diberikan penerangan berkenaan pelan pembinaan bangunan pasar yang bakal dibina di kawasan berhampiran pasar sedia ada.

    ayam mentah pasar stok 02"Pameran pelan pembinaan pasar juga turut dipamerkan bagi memberikan gambaran sebenar kepada peniaga berkenaan pasar baru yang bakal dibina," katanya.

    Hadir sama dalam majlis itu adalah Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie.

    Pelaksanaan pembinaan pasar baru dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini dan memakan masa 18 hingga 24 bulan untuk memulakan operasi.-NFN-

    KPKK beri amaran kepada Ka Siong jangan ugut Najib

    Posted: 09 May 2014 07:55 AM PDT



    Oleh Mohd Sayuti Omar


    Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) Abdul Razak Abbas memberi ingatan dan amaran keras kepada timbalan presidedn MCA, Wee Ka Siong agar tidak menggugut Najib Razak dan Umno daripada memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk membawa undang-undang persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Syariah Jenayah II dapat dilaksanakan

    Abdul Razak presiden KPKK.
    Ketika menghubungi blog Merah Tinta, sekjaap tadi, Abdul Razak yang dikenali dengan Abang Jak, kesal atas cara politik murahan Wee Kah Siong yang cuba mengagalkan hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan menggugut Najib, kononnya MCA akan membuat pendirian semula kedudukannya dalam BN. Dalam bahasa lain, MCA akan keluar meninggalkan Umno kalau hudud dilaksanakan.

    "MSO awak bagi tahu kepada timbalan prsiden MCA itu, jangan sesekali cuba mengugut Najib. Mungkin dia tidak tahu sejarah Najib dan latar belakangnya,"

    "Najib adalah anak kepada Tun Razak, perdana menteri kedua Malaysia. Dia (Najib) memang nampak lembek tetapi dia seorang keras dan tegas? Katanya lagi sambil mendakwa dia kenal rapat dengan arwah Tun Razak semasa di dalam Umno dahulu.

    Presiden KPKK itu memberi reaksi kepada kenyataan Wee Ka Siong yang mengatakan mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno menyokong hukum hudud semasa wacana hudud, Hudud: Bersediakah Kita, di Petaling Jaya semalam. Wacana itu turut dianggotai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan Musaddad Hasbulah.

    Wee Ka Siong ketika menjawab pertanyaan moderator Dr Mazlee Malik, yang ingin tahu apakah pendirian MCA sekiranya Umno menyokong private bill yang dibawa oleh Pas di parlimen nanti ekoran sikap MCA yang keras menentang hudud.

    Kenyataan Wee Ka Siong yang mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN sekiranya Umno sokong hudud itu disifatkan oleh KPKK sebagai satu ugutan dimana ia adalah satu tektik yang tidak sepatutnya dilakukan kerana hudud adalah "premis" orang Islam dimana Umno sebagai parti Melayu - Islam wajar menyokongnya dan tidak boleh dipersoalkan pendiriannya.

    Razak juga mengingatkan agar Wee Ka Siong atau mana-mana pihak termasuk DAP supaya tidak mencampuri urusan agama Islam termasuk hudud. "Agama Islam memang mengamalkan budaya berbincang, "berjemak berkira", maka kalau ada sesuatu yang tidak faham hendaklah bertanya jangan pakai buat kenyataan atau menolak sembarangan. Mengikut para ulamak kalau belajar tanpa guru ia ibarat bejar dengan syaitan," kata Razak lagi dengan nada tegas.

    "Saya yakin banyak perkara mengenai agama Islam yang Wee Kah Siong tidak tahu. Pemahaman mengenai Islam bukan saja boleh diambil dari pembacaan atau cerita-cerita ditepi jalan, tetapi ia perlu belajar, menghadap guru untuk mendapat penjelasan yang betul."

    "Ilmu di dalam Islam juga bukan setakat syariat, tetapi ia mencakupi tariqat, hakikat dan makrifah", katanya panjang lebar. Tanpa ilmu-ilmu itu tegas Razak seseorang tidak mudah untuk memahami rahsia dan rahmat di dalam agama Islam.

    Dalam pada itu Razak juga mengatakan sekiranya Kah Siong ingin penjelasan mengenai hudud atau apa sahaja tentang Islam beliau sedia memberi tunjuk ajar.

    Katanya sekiranya Wee Kah Siong tidak boleh memahami bahasa Melayu, dia akan menyampaikan penjelasan itu dalam bahasa Cina, kerana beliau tahu bahasa Cina. "Abang Jak bersekolah Cina dan pandai berbahasa Mandrin dan Siam, jadi tidak ada masalah untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai hudud kalau mahu," katanya.

    Disebabkan Wee Ka Siong menimbul dan mempersoalkan soal keadilan tentang hudud, beliau meminta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran sedalam-dalamnya untuk mengetahui apakah hukum hudud boleh dikenakan kepada semua warga negara tanpa pilihan atau pengecualian mengikut anutan agama.

    "Saya minta kerajaan Kelantan mengkaji al Quran, apakah hukum hudud boleh dikenakan ke atas semua rakyat negara ini tanpa terhad kepada orang Islam sahaja," kata Razak penuh harapan dan sambil bertanya apakah itu yang Wee Kah Siong inginkan.http://msomelayu.blogspot.com

    Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei

    Posted: 09 May 2014 07:44 AM PDT

    Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei


    KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

    Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

    "Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata    Angkasa dalam kenyataan hari ini.

    Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

    Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

    Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaranberbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. - Bernama

    Pekerja KTMB berpiket tuntut Presiden dipecat

    Posted: 09 May 2014 07:34 AM PDT

    piket2




    KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu bagi menuntut perkhidmatan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan.

    Piket itu adalah anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (Railwaymen's Union of Malaya – RUM) – antara kesatuan pekerja yang pertama di Malaysia.

    Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan berkata, Elias mencatatkan sejarah terburuk kepimpinan KTMB dan menyebabkan prestasi badan itu semakin merosot.

    "RUM memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera campurtangan dan menamatkan khidmat Elias.

    "Penilaian kami dalam tempoh dua tahun ini, tiada sebarang pemulihan dilakukan beliau, malah (prestasi KTMB) boleh dianggap lebih teruk daripada takuk lama.

    "Gelaran yang sesuai adalah 'non-performing president'," katanya dalam kenyataan.

    Katanya lagi, Antara bukti kegagalan Elias adalah campurtangan Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad dalam urusan pengurusan di bawah tanggungjawab Elias, kegagalan 'business plan' 2014 yang kini telah pun dimansuhkan, kehilangan ramai pakar yang meletakkan jawatan dan tiada arah tuju yang jelas.

    Malah, katanya lagi, banyak tindakan Elias seolah-olah memberi ruang kepada pihak luar untuk mengambil alih GLC itu, terutama MMC Corporation.

    Justeru, katanya lagi, piket itu diharap mampu menyampaikan suara kemarahan pekerja KTMB, terutama kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan yang segera.

    "Kami meminta Perdana Menteri dengar keluhan kami. Imej KTMB tergugat teruk, pengguna hilang kepercayaan. Ini merugikan wang rakyat dan menjejaskan nama baik negara," katanya lagi.

    Piket yang bermula sekitar jam empat petang itu hanya berakhir dua jam kemudian, walau pun dalam cuaca hujan lebat dan ribut petir.

    Selain laungan 'undur Elias', peserta turut menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' dengan penuh semangat, malah diiringi ketukan drum.

    Turut hadir memberi sokongan adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan. – Roketkini.com

    Saya Cina Dan Beragama Kristian, Dan Saya Okay Dengan Hudud

    Posted: 09 May 2014 07:30 AM PDT

    Oleh Francis Paul Siah


     Apa itu hudud? Mudah – ia kanun jenayah Islam. Orang Islam tertakluk dengannya kerana kepercayaan mereka. Hudud sebahagian daripada ajaran yang perlu menjadi cara hidup. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka wajar dihukum berdasarkan hukum Islam.

    Mudah. Tetapi yang sulitnya adalah hujah berhubung hudud dan kita jangkakan respon kurang bijak daripada pelbagai pihak, terutamanya dari golongan ahli politik.

    Penggubal undang-undang, samada beragama Islam atau bukan Islam, bertanggungjawab menjadikan perkara ini satu kecelaruan. Allah tentu dukacita. (Saya orang Sarawak dan boleh menggunakan kalimah Allah, bukan?) Mengapa perlu ahli politik yang menjadikan perkara sebegini mudah menjadi sesuatu yang begitu rumit lagi sulit? Jawapannya sekali lagi, amat mudah. Ahli poltik mahu menjaga kepentingan sendiri dan berjuang bagi mendapatkannya. Kita – saya dan anda – tidak mempunyai objektif seperti mereka. Maka bagi kita, isu ini sebenarnya agak jelas.

    Saya lega kerana seorang ahli politik, atau ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof berkongsi pendapat yang sama apabila menulis di Malaysiakini baru-baru ini. Katanya, beliau perlu memberi keadilan bagi isu negara Islam serta hudud kerana terlalu banyak pihak dengan kepentingan peribadi memberi pandangan kabur tentangnya. Isu tersebut ditampilkan sebagai berunsur politik tanpa penjelasan yang sewajarnya.

    Jadi, kita ada ahli politik yang menyalahkan ahli-ahli politik yang lain – yang bertanggungjawab menyebabkan seruan Rasulallah (saw) menjadi pertelagahan politik. Ini jelas menghina agama, fikir saya.

    Isu ini lantas menjadi lebih kabur akibat persengketaan ahli politik kita.

    PAS mahukannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata "bukan sekarang". Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "Malaysia belum bersedia".

    Dari pandangan mata saya, PAS satu-satunya parti yang konsisten tentang perkara ini. Pemimpin PAS tidak berganjak, dan sebagai seorang Kristian, saya turut kagum dengan pendirian mereka. Islam merupakan asas perjuangan dan seharusnya begitu. PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Tanpa Islam, PAS wajar dibubarkan.

    Saya memberitahu rakan-rakan, sekiranya saya Melayu dan beragama Islam dan berminat di dalam arena politik, saya akan sertai PAS. Saya kurang minat parti berasaskan perjuangan bangsa sambil hanya mempergunakan Islam.


    Jelaskan pada saya, parti Melayu mana yang konsisten sebagaimana PAS di dalam memperjuangkan Islam? Jika ada, saya sanggup menjadi khadamnya.

    Jadi Najib, jika bukan sekarang, bila? Dan Mahathir, jika kita belum bersedia untuk hudud, bila agaknya kita bersedia?

    Saya terpaksa tanya soalan-soalan ini kerana saya faham kepercayaan agama; bahawa apa yang diajar perlu diikuti penganutnya.

    Sebagai penganut ajaran Katolik, saya menurut "10 Commandments" kerana jika tidak, saya berdosa. Tiada alasan "bukan sekarang" atau "saya belum bersedia".


    Selagi saya beragama Kristian dan menurut ajaran Katolik, saya perlu menurut perintah Tuhan. Saya tidak perlu ia undang-undang digubal mengikut perlembagaan bagi saya akur kepada perintah dan laranganNya.

    Jadi saya bertanya kepada saudara beragama Islam kita, mengapa perlu hudud diusul dan dibahas di Parlimen bagi kita menurut ajaran agama kita? Bukan semua penganut ajaran Islam perlu mengamalkan ajaran Islam termasuk menghukum sesiapa yang ingkar terhadap larangannya, tanpa mengira ia dikuatkuasa perlembagaan negara?

    Umat Islam yang tidak takut dengan hudud hanya kerana ia belum dikuatkuasa sebenarnya menunjukkan sikap bermuka-muka. Mengapa perlu penganut ajaran Islam atau mana-mana kepercayaan perlukan kebenaran bagi kita melaksanakan tanggungjawab kepada Yang Maha Kuasa?

    Dari apa yang saya faham, enakmen itu diperlukan bagi membolehkan umat Islam menghukum sesiapa yang ingkar dan melanggar undang-udang hudud. Bukankah Tuhan yang akan menghukum kita yang melakukan dosa?

    Namun, saya tetap salut pendirian konsisten PAS kerana pemimpinnya jelas menyatakan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang-orang bukan Islam.

    Saya percaya kepimpinan PAS kerana tidak mungkin penganut ajaran lain boleh dihukum dengan undang-undang Islam, sebagaimana orang Islam tidak boleh dipaksa menerima ajaran Kristian.

    Jadi, saya umumkan, saya orang Kristian dan tiada masalah hudud dilaksanakan. Apa yang dilakukan penganut Islam keatas saudara seagamanya tidak akan menjejaskan saya.

    Jika mereka rasakan pencuri perlu dipotong tangan, maka apa salahnya? Saya bukan penganut ajaran Islam.

    Jika mereka mengenakan hukuman bunuh – apa salahnya?Ia bagi umat Islam sahaja.

    Jika mereka kenakan hukuman rejam ke atas penzina (yang telah berkahwin), saya setuju sahaja.

    Serius, apa yang boleh saya buat? Saya bukan Islam dan hanya mungkin bersimpati terhadap pesalah. Jika saya seorang umat Islam, salahkah sekiranya saya berkata, "dia wajar menerima hukuman itu?"

    Umat Islamlah yang wajar menentukan apa yang terbaik bagi mereka. Namun, para reformis Islam berkata hukum hudud sesuai digunapakai di dalam konteks kehidupan zaman silam dan prinsip serta nilai agama perlu diterapkan melalui kaedah yang ada pada kehidupan moden ini.

    Tetapi Rasulallah (saw) sendiri bersabda: "Siapa kita hendak menentang hukum Allah?" (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab 89:6406).

    Jadi bagaimana pula seorang Cina Kristian seperti saya mampu menentangnya? Saya tiada hak.

    Dan mengapa kaum Cina bercakaran sesama sendiri di dalam isu ini? Ahli politik, maksud saya.

    Anthony Loke (DAP) menegaskan PAS wajar tinggalkan Pakatan Rakyat jika tetap dengan pendirian mereka membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen.

    Mungkin Loke perlu diperjelaskan bahawa PAS tidak wajar memilih di antara Islam dan Pakatan. Loke, jika anda Kristian, ia seperti memilih DAP atau Jesus.

    Apalah sangat Pakatan berbanding Islam? Ia agama junjungan mereka. Pakatan hanya wadah politik yang boleh diketepikan apabila ia sudah tidak berguna.

    Kemudian kita ada pelawak Cina dari MCA yang mahu bertengkar dengan DAP berkenaannya. Mengapa begitu? Kerana mahu memenangi hati pengundi Cina. Itu saja.

    Tetapi saya juga orang Cina dan saya ulangi, tiada masalah dengannya. Saya tidak terlibat dengan respon DAP terhadap niat PAS atau tindakan terdesak MCA ke atas DAP.

    Kerana saya bukan ahli politik yang menggunakan agama sebagai alat bagi kelangsungan kerjaya.

    Saya percaya Kristian dan Islam boleh hidup bersama di dalam harmoni dan aman. Saya yakin ini juga yang mahu dicapai penganut agama yang berbeza di negara kita.

    Dan yang nyata, saya tiada masalah dengan hudud kerana berpendapat, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia. Jadi apa masalahnya?
    -

    Ramesh Rao Kagum Lihat Negara Yang Laksana Hudud

    Posted: 09 May 2014 07:28 AM PDT

    KELAB GREENBOC


    Kuala Lumpur – "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia".

    Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.

    "Bagi saya, saya menyokong hudud.

    "Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.

    "Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.

    "Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud,"
    katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

    Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.

    "Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut, dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai.

    "Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.


    "Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.

    "Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi.-SH  


    ULASAN GB

    Prinsip kita:
    la tanzuru ila man qal unzuru ila maa qal ..

    "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"

    Pemuda Umno Pulau Pinang cabar MCA keluar dari BN

    Posted: 09 May 2014 07:24 AM PDT

    MCA sepatutnya menilai kekuatan diri sendiri dalam BN.
    Rafizal Abdul Rahim

    GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengecam kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Wee Ka Siong yang berbaur ugutan untuk menilai semula kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

    Menurut ketuanya, Rafizal Abdul Rahim, Pemuda Umno Pulau Pinang ingin memberi kata dua kepada beliau supaya tidak mencemarkan keharmonian yang terbina  dalam keluarga BN atau keluar saja dari BN.

    "Sepatutnya beliau perlu merujuk kepada Umno dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional dan menilai terlebih dahulu kekuatan MCA dalam BN dan perlu memberi tumpuan terhadap gerak kerja menarik kembali sokongan golongan muda Cina kepada BN," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

    Beliau juga mengutuk kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak bersetuju terhadap perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.

    "Inikah cara pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanang-canangkan??? Pihak kami ingin mencabar Mohamad bin Sabu (Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) supaya menyatakan pendirian segera terhadap isu ini termasuklah pemimpin Islam dan Melayu dalam PKR," tegasnya.

    Bagi Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, hukum hudud merupakan undang-undang terbaik yang diturunkan kepada manusia.

    "Kepada semua pihak, jangan sesekali kurang ajar dan biadap dengan memperlekeh serta menghina undang-undang tertinggi umat Islam ini dalam menjaga Maqasid Syar'iyah," katanya lagi.

    Rafizal menambah Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang bersedia menjadi orang tengah untuk memberi penerangan dan penjelasan untuk meningkatkan pehahaman mengenai intipati hukum hudud mengikut landasan Islam yang sebenarnya.

    "Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang akan menjadi benteng dan bersedia berhadapan dengan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan perlaksanaan hukum Allah ini," tegasnya lagi.

    Ikhlas dakwa pegawai Imigresen terima habuan ‘perempuan’

    Posted: 09 May 2014 01:58 AM PDT

    Presiden Ikhlas mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung pegawai imigresen bersekongkol dengan Pati di Nilai 3.
    ridzuan ikhlas

    SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa ada pegawai imigresen bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di pusat borong Nilai 3 dan menerima habuan 'perempuan' sebagai hadiah.

    Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung pegawai imigresen bersekongkol dengan Pati di Nilai 3.

    "Kita terima banyak aduan yang mendakwa ada pegawai imigresen 'runding' dengan Pati. Kalau hari ini tangkap, esok mereka akan dilepaskan.  Yang dilepaskan itu akan menyediakan seorang perempuan untuk diberikan kepada pegawai berkenaan.

    "Pihak kami mempunyai bukti termasuk laporan polis yang telah dibuat oleh pengadu bagi menunjukkan perkara ini memang berlaku dan bukan tuduhan kosong," kata Mohd Ridzuan.

    Mohd Ridzuan berkata Ikhlas mahu semua jabatan kerajaan bersikap lebih tegas dalam menangani isu pendatang asing, terutama terhadap mereka yang berniaga di negara ini.

    "Jika isu pendatang asing ini tidak diatasi, bagaimana kita mahu membantu peniaga bumiputera terutamanya di Nilai 3, yang rata-rata peniaga dan pekerja terdiri dari warga Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

    "Sebab itu saya gesa pihak berkenaan memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang menyalahi undang-undang negara ini," katanya.

    SU Ulamak Muda UMNO Perlu Nilai Wanita & Puteri UMNO Terlebih Dahulu

    Posted: 09 May 2014 01:47 AM PDT

    KELAB GREENBOC


    Ulama muda Umno enggan mohon maaf gelar wanita anti-GST 'pelacur'

    Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang turut aktif dengan Majlis Ulama Muda Umno tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

    Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya" dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.

    "Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.

    "Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

    Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

    "Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap."

    Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan kenyataan setiausaha Ilmu itu dan mengatakannya sebagai tindakan biadap.

    "Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

    "Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, baru-baru ini.

    Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

    Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.

    Bagaimanapun, Radzi berkata, kenyataannya itu diinspirasikan daripada novel Shit tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.

    "Saya terinspirasi dengan kitab suci PAS, buku Shit tulisan Shahnon Ahmad yang dipertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yang dibanggakan pengikut PAS.

    "Novel itu menceritakan pasal tahi, saya baca sejak sekolah menengah, kalau hendak saya minta maaf suruh Shahnon Ahmad minta maaf dulu ataupun Nik Aziz yang dulu pernah kata Tuhan itu samseng, suruhlah dia minta maaf," katanya.

    Radzi berkata, tindakannya itu hanyalah mencipta analogi malah dalam Islam, ia turut digunakan oleh Allah, Nabi Muhammad dan para sahabat.

    "Peribahasa dan perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu.

    "Saya memberi contoh 'saudara anjing' dan simpulan bahasa 'terlepas anjing kurap terpeluk babi gemuk' yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana itu biadap atau kurang ajar dalam sebuah metafora bergantung kepada kefahaman kita," katanya.

    Radzi juga turut mengulas mengenai dalil digunakannya mengatakan muslimah bertudung labuh yang sepatutnya menjaga aurat dan akhlak, bukan terkinja-kinja di perhimpunan tersebut.

    "Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad pernah mengatakan perempuan yang memakai minyak wangi bagi tujuan untuk dibau orang ramai itu seperti penzinaan, pelacuran," katanya.

    Sementara itu, Penasihat Eksekutif Ilmu, Fathul Bari Mat Jahya dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider berharap semua pihak memahami kenyataan Radzi itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

    "Isu membabitkan pandangan peribadi, jadi saya minta jangan kaitkan dengan jawatan kerana beliau tidak membuat kenyataan bagi pihak Ilmu dan Majlis Ulama Muda Umno baru ditubuhkan beberapa minggu lalu, strukturnya belum dirancang lagi," katanya.

    ULASAN GB

    Menuduh dan "mengumpamakan" pelacur merupakan satu penghinaan yang tiada taranya terhadap kaum muslimah sedangkan dalamasa yang sama ulamak muda UMNO itu menutup matanya terhadap mereka yang di bawah ini.



    Tindakan disiplin pelajar UiTM kritik GST, transfomasi Najib gagal

    Posted: 09 May 2014 01:36 AM PDT

    Nik NazmiKEADILAN DAILY


    Saya amat prihatin dengan laporan bahawa seorang mahasiswa UiTM Sabah, Mohd Fathihie Gadius, berhadapan tindakan disiplin di atas tulisan Facebooknya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST).

    Mohd Fathihie menerima surat bertarikh 28 April yang menuduh beliau melanggar Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah menerusi beberapa tulisan daripada Oktober 2013 – Januari 2014.

    Jika didapati bersalah, Mohd Fatihie boleh digantung daripada universiti dan dihalang masuk kampus.

    Ini satu lagi bukti betapa kurangnya kebebasan akademik di IPT-IPT Malaysia.

    Bukankah tidak lama dahulu Perdana Menteri Najib Razak berjanji meminda Akta Universiti dan Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971, dengan menyatakan bahawa pentadbirannya "yakin dengan kebolehan mahasiswa untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berfikiran matang."?

    uitm

    Malangnya insiden terbaru ini di mana seorang mahasiswa yang berfikiran bebas telah ditekan menunjukkan betapa kosongnya janji ini – seperti usaha-usaha 'transformasi' gagal Najib yang lainnya.

    Ini suatu pencabulan pemikiran yang waras dan hak asasi manusia.

    Mahasiswa-mahasiswa ini adalah rakyat Malaysia dan berhak menyuarakan pandangan mereka tentang isu-isu penting awam-termasuk GST.

    IPT-IPT kita sepatutnya bangga dengan mahasiswa seperti Mohd Fathihie, yang mampu dan tidak gentar mempersoalkan dasar-dasar dengan berani. UiTM, sebagai institusi yang diasaskan untuk menggalakkan pendidikan bagi masyarakat Bumiputera sepatutnya berbangga dengan mahasiswa-mahasiswa Bumiputera yang menunjukkan kebebasan intelektual.

    Tindakan yang dikenakan terhadapnya jelas membuktikan ada masalah besar dengan sistem pendidikan tinggi kita.

    Cubaan IPT-IPT untuk menyekat kebabasan berfikir dan bersuara menyumbang kepada kedudukan dan reputasi menyedihkan IPT-IPT kita.

    Nampaknya pihak pengurusan UiTM tiada masalah untuk kampus mereka digunakan sebagai platform politik UMNO-BN mahupun wacana perkauman tetapi tidak membenarkan mahasiswa mereka mempunyai pandangan dalam isu-isu penting membabitkan masa depan ekonomi negara.

    Apatah lagi golongan bawah 40 peratus – yang sebahagian besarnya masyarakat Melayu dan Bumiputera – yang akan terjejas paling teruk dengan cukai-cukai regresif seperti GST.

    Rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera – mestilah bertanya sama ada kepentingan mereka dan minda generasi muda kita dijaga dengan pendekatan sebegini.

    UiTM dan Kementerian Pendidikan perlu menjawab kepada rakyat Malaysia mengenai insiden mendukacitakan ini.

    NIK NAZMI NIK AHMAD
    TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

    MH370: Keluarga bersatu, gesa kerajaan keluarkan data kasar satelit

    Posted: 09 May 2014 01:32 AM PDT

    THE MALAYSIAN INSIDER


    Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 masih tidak putus asa dan gesa kerajaan tiga negara beri data kasar satelit untuk dianalisis pihak ketiga. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 masih tidak putus asa dan gesa kerajaan tiga negara beri data kasar satelit untuk dianalisis pihak ketiga. Gambar fail The Malaysian Insider.



























    Keluarga penumpang pesawat MH370 – menggelar diri mereka Voice370 – menghantar surat terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia, minta menganalisa semula dan mengeluarkan data satelit terdahulu dan sebarang maklumat, ketika misi pencarian Boeing 777-200ER itu melepas tempoh dua bulan tanpa hasil.

    Voice270 berkata, ia mewakili lebih 300 ahli keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac dan dianggap terhempas di Lautan Hindi.

    Pada 28 April, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata pencarian pesawat hilang itu memasuki "fasa baru" selepas operasi mencari bawah laut tidak menemui apa-apa.

    "Berikutan tiada bukti fizikal MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, keluarga mendesak kesimpulan, berdasarkan data analisis Inmarsat, menyatakan pesawat itu berakhir di lautan," kata Voice370, menggesa tiga kerajaan berkenaan untuk mempertimbang semula ketepatan data Inmarsat.

    Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dan kesimpulan tu dibuat berdasarkan kepada data dan analisis daripada firma satelit British, Inmarsat.

    Voice370 berkata,"jika analisis Inmarsat tidak dapat mengenepikan kemungkinan laluan pesawat lain, fakta itu perlu diambil kira".

    Pada Isnin, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertemu Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss untuk berbincang mengenai butir terperinci status pencarian MH370 dan rancangan masa depan.

    Mengulas pertemuan tiga pihak itu, Voice370 berkata kekurangan bukti mengenai apa yang berlaku kepada MH370, Putrajaya patut "kongsi dan mendedahkan data kasar ping yang diperolehi satelit Inmarsat untuk 9MMRO (setiap ping dari Jumaat, 7 Mac tengah malam hingga isyarat terakhir), bagi membolehkan analisis lebih luas dibuat oleh pakar berkenaan".

    Voice370 berkata, data Inmarsat hanya menunjukkan kemungkinan laluan penerbangan ke selatan tetapi ia tidak memberikan kesimpulan tepat.

    "Data satelit Inmarsat adalah satu-satunya petunjuk yang kita ada dan kunci untuk mengenal pasti laluan penerbangan MH370.

    "Berikutan kekurangan pengaktifan pengesan transmitter kecemasan (ELT), tiada serpihan dikesan, dan kekurangan ping yang meyakinkan, kami rasa adalah perlu data itu diberikan kepada pihak ketiga untuk disemak," kata kumpulan itu.

    Australia menubuhkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), diketuai Angus Houston dan beroperasi dari Perth, untuk mengetuai operasi mencari di Lautan Hindi dan Voice370 mendesak JACC untuk berkongsi dan memberikan data ping yang diterima daripada menara pinger pada April.

    "Ping berkenaan dicirkan sebagai turun naik pada 33.3kHz dengan setiap ping ialah berselang 1.106 saat. Ping itu tidak bersambungan dan jarak paling jauh antara lokasi ping itu ialah kira-kira 24km.

    "Rakaman ping itu adalah satu lagi bukti yang perlu disahkan, bukan saja ketepatan kiraan Inmarsat tetapi juga untuk membuktikan tranmisi itu dari perakam data pesawat," katanya.

     Sebagai sebahagian daripada tuntutan ketelusan, Voice370 berkata Institusi Oseanografi Woods Hole (WHOI) patut dilibatkan untuk memegang tanggungjawab bagi operasi mencari bawah laut dan menyelaras serta menjalankan pencarian.

    "WHOI bukan entiti komersial dan kenyaaan mengsan pesawat 447 Air France menunjukkan ia berpengalaman dan ada kepakaran untuk menjalankan misi mencari MH370 mengikut etika," katanya.

    (Pesawat 447 terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 dan kotak hitamnya ditemui, dua tahun selepas itu).

    Dalam mesyuarat pada Isnin, Australia, China dan Malaysia berjanji untuk tidak menghentikan pencarian MH370, di sebalik timbulnya persoalan mengenai bagaimana untuk meneruskan misi itu dan siapa yang akan membayar perbelanjaan yang semakin meningkat.

    Dengan operasi mencari di udara dan daratan dihentikan, fasa baru untuk mencari MH370 akan membabitkan kos A$60 juta (RM180 juta) bermula selepas data visual dan sonar dianalisis dan kontraktor mendapati ada keperluan untuk menyewa kelengkapan canggih, lapor Reuters.

    Pakar mengecilkan kawasan mencari di mana pesawat itu diandaikan terhempas ke kawasan lengkung di Lautan Hindi kira-kira 1,600km barat laut Perth.

    Pemilihan KEADILAN Neg. Sembilan & W. Persekutuan bermula esok

    Posted: 09 May 2014 01:27 AM PDT

    KEADILAN DAILY

    pemilihan 2014 
    KUALA LUMPUR: Pengundian Pemilihan KEADILAN 2014 peringkat Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan akan bermula esok (Sabtu), 10 Mei 2014.

    Manakala bagi negeri Selangor, pengundian akan dijalankan pada hari Ahad, 11 Mei 2014.
    Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN 7 Mei lalu memaklumkan 17 Cabang didapati bermasalah.

    JPP membuat keputusan bahawa 17 Cabang tersebut akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17hb Mei 2014:

    Berikut adalah kedudukan undi terkini sehingga 4 Mei 2014 bagi jawatan utama pertandingan yang dipetik dari laman rasmi Pemilihan KEADILAN 2014:

    Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Presiden:
    Mohamed Azmin Ali (9,876)
    Abd Khalid Ibrahiim (6,217 )
    Saifuddin Nasution Ismail (5,717)

    Keputusan Semasa Jawatan Naib Presiden
    Nurul Izzah Anwar (13,013 )
    Tian Chua (11,845 )
    Mohd Rafizi Ramli (10,561 )
    Baru Bian (7,210 )
    Shamsul Iskandar (7,161 )
    Dr Xavier Jayakumar (6,776 )
    Fuziah Salleh (5,955 )
    Lee Chin Cheh (4,814 )
    Mustafa Kamil Ayub (4,381 )
    N Surendran (2,533)
    Dr R Summugan (2,306)

    Keputusan Semasa Jawatan Ketua Wanita
    Zuraida Kamaruddin (3,180 )
    Rodziah Ismail (2,626)

    Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Ketua Wanita
    Haniza Talha (3,152 )
    Prof Madya Rusnah Aluai (1,997)
    Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (512)
    (Dayangku Intan)

    Keputusan Semasa Jawatan Naib Ketua Wanita
    Dr Daroyah Alwi (3,304) – Keputusan belum muktamad
    Noorsham Abu Samah (3,239 )
    Tan Poh Lai (2,682)
    Gan Pei Nei (2,652 )
    Sivamalat Genapathy (2,188)
    Johair Matlani (1,973)

    Keputusan Semasa Jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
    Amirudin Shari (1,619 )
    Nik Nazmi Nik Ahmad (1,540 )
    Mohd Nazree Yunos (1,036)

    Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
    Afif Bahardin (2,040 )
    Chang Lih Kang (1,225 )
    Mohd Serman Hassnar (803 )
    Rames Kumar Theethan (224)

    Keputusan Semasa Jawatan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
    Mohd Radzlan Jalaludin (1,793 )
    Raymond Bin Ahuar (1,733 )
    Sangheta Jayakumar (1,716 )
    Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (1,318 )
    Nor Hizwan Ahmad (1,292 )
    Ginie Lim Siew Lin (1,217 )
    Sri Sanjeevan Ramakrishnan (1,141 )
    Carol Oolmela (1,011 )
    Rajevigneswaran Maniraju (705)

    Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat walaupun laksana hudud

    Posted: 09 May 2014 01:24 AM PDT

    OLEH MD IZWAN


    Peserta demonstrasi memegang sepanduk dalam perhimpunan membantah pelaksanaan hudud oleh Sultan Brunei di depan hotel milik Sultan Brunei, Hotel Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, pada Isnin. – Gambar Reuters.Peserta demonstrasi memegang sepanduk dalam perhimpunan membantah pelaksanaan hudud oleh Sultan Brunei di depan hotel milik Sultan Brunei, Hotel Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, pada Isnin. – Gambar Reuters.



























    Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.

    Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.

    Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.

    "Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.

    Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti  Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant.

    Selain itu, adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah, juga didakwa sebagai teman akrab kepada sultan untuk berhibur dan mempunyai hampir 40 pelacur yang disimpan di hotel Dorchester, London.
    Jefri juga dikatakan seorang yang boros dan menghabiskan wangnya membeli pelbagai koleksi bernilai jutaan ringgit.

    Malah, Jefri juga sebelum ini dilaporkan oleh Reuters cuba menghalang daripada gambar "statut erotik" yang menunjukkan beliau sedang membuat hubungan kelamin didedahkan dalam satu perbicaraan mahkamah di New York.

    Daniel berkata, selebriti di Hollywood membantah pelaksanaan undang-undang Islam di negara tersebut kerama menyifatkan ia sebagai tidak adil.

    "Bukan undang-undang Islam itu yang kejam, tetapi ia tidak dilaksanakan ke atas kumpulan elitis sebaliknya rotan, rejam dan pukul hanya ke atas rakyatnya," katanya.

    Pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei menerima kritikan banyak pihak, malah selebriti Hollywood juga memprotes usaha tersebut.

    Terbaru, pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson memboikot hotel milik Sultan Brunei, termasuk The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles.

    Selain Branson, beberapa selebriti lain seperti Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan pelawak, Ellen DeGeneres juga memboikotnya.

    Kumpulan aktivis dan sivil di barat juga memprotes pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei.

    Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pada tahun lalu negara kecil itu akan melaksanakan hudud bermula April 2014. Gambar fail.Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pada tahun lalu negara kecil itu akan melaksanakan hudud bermula April 2014. Gambar fail.Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan negara itu, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah".

    Mulai April lalu, Brunei secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada pengenalan kepada Kod Penal Syariah yang baru.

    Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.

    Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada parti PAS.

    Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan Sultan Brunei itu.

    Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.

    Kerajaan negeri Kelantan juga akan membawa Usul Persendirian ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan restu untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk Hudud di Kelantan.

    Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak khususnya daripada parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA.

    DAP tuntut jawapan Putrajaya tentang sindiket seludup kereta di Langkawi

    Posted: 09 May 2014 01:20 AM PDT

    OLEH DIYANA IBRAHIM
       Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (dua dari kiri) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kiri) pada sidang media sindiket seludup kereta Langkawi, di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mei, 2014. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (dua dari kiri) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kiri) pada sidang media sindiket seludup kereta Langkawi, di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim






























    Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata kebanyakan mangsa tertipu dengan sindiket kemudiannya diberitahu kenderaan itu dari Langkawi di mana mereka perlu membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan kembali kereta mereka.

    Katanya, laporan juga sudah diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sindiket tersebut namun badan tersebut hanya mendiamkan diri.

    Beliau berkata, bukan saja SPRM, malah pihaknya juga bertindak menulis surat kepada kementerian berkaitan termasuk ‎ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, tetapi tiada maklum balas diterima.

    "Ramai yang menjadi mangsa sindiket tersebut apabila mereka tidak menyedari membeli kereta dari Langkawi kerana semasa transaksi itu pembelian berdasarkan dokumen sahih.

    "Malah, permohonan pinjaman ‎pembelian kereta juga diluluskan oleh bank melalui dokumen diberikan pengedar kereta, bagaimana selepas hampir dua tahun kastam memaklumkan kereta tersebut merupakan 'barang belum lulus kastam' dan pembeli diminta membayar duti," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini.

    Beliau berkata, aduan tersebut menimbulkan kerugian apabila kastam mendakwa kereta terpakai tersebut diklasifikasikan sebagai "barang belum lulus" walhal ia sudah dibawa keluar dari Langkawi.

    "Menurut undang-undang, ‎Langkawi merupakan pulau bebas cukai bermaksud kereta didaftarkan di pulau berkenaan tidak boleh dibawa keluar dan masuk ke kawasan utama kastam melebihi 30 hari bagi satu permohonan dan tidak lebih 90 hari dalam setahun," katanya.

    Ong mempersoalkan sekiranya kereta tersebut masih lagi menjadi "barang belum lulus kastam" ‎bagaimana dokumen permohonan pinjaman diluluskan oleh bank.

    "Ia amat mengelirukan apabila setiap kereta bermasalah tersebut diakui sah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom termasuk bank yang memberi pinjaman mengesahkan kereta tersebut sah daripada segi undang-undang.

    "Jadi bagaimana kemudiannya kastam menyatakan ia tidak sah dan meminta pembeli untuk membayar cukai, kerana itu kita tuntut SPRM menyiasat hal ini," katanya.

    Pada sidang media tersebut DAP turut menjemput mangsa mangsa penipuan sindiket penyeludupan kereta Langkawi.

    Mangsa, Ng Eng Tat yang membeli kereta terpakai jenis Mazda dua tahun lalu terkejut apabila kastam memaklumkan kepadanya kenderaannya itu disita kerana ia merupakan "barang belum lulus".

    "Tidak ada notis sebelum ini daripada kastam tiba-tiba mereka datang ke rumah saya memaklumkan akan menyita kereta saya.

    "Kastam juga memaklumkan kepada saya sekiranya saya ingin mendapatkan kembali kenderaan tersebut, saya perlu membayar 10% deposit berdasarkan harga pasaran kereta iaitu sebanyak RM13,500," kata Ng.

    Ng berkata, kerana merasakan ia tindakan tidak adil maka beliau membuat laporan polis pada 17 Mei 2013.

    Sementara itu, Ong mendakwa kes penyeludupan sindiket kereta di Langkawi  mempunyai kaitan membabitkan pegawai kerajaan.

    Beliau merujuk kepada pembunuhan kes berprofil tinggi Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April tahun lalu.

    "Melalui pendedahan media, anaknya mendakwa kematian bapanya berkait rapat dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

    "Dan selepas setahun kematian timbalan ketua pengarah kastam itu, kita tertanya-tanya apakah perkembangan kes tersebut, siapakah pembunuhnya dan polis hanya mendiamkan diri," katanya.

    Naib presiden PCM umum bertanding PRK Bukit Gelugor

    Posted: 09 May 2014 01:16 AM PDT

    THE MALAYSIAN INSIDER

     
    Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei.

    Huan, 53, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

    "Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas naib presiden Gerakan dan ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

    "Malah ketika bukan lagi bergelar ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

    Katanya, manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.

    "Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiat kempen selepas penamaan calon Isnin ini," katanya.

    PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lalu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

    Mendiang Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. – Bernama

    Pemuda Gerakan Sandakan buat laporan polis terhadap kenyataan presiden Isma

    Posted: 09 May 2014 01:12 AM PDT

    THE MALAYSIAN INSIDER


























    Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sandakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Islam Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa boleh mencetuskan isu perkauman.

    Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah, Chan Tzun Hei berkata laporan polis dibuat untuk meminta polis menahan dan menyiasat Abdullah Zaik di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

    Beliau yang juga ketua Pemuda Gerakan Bahagian Sandakan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Zaik yang dimuat naik di laman web rasmi Isma adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan orang bukan Melayu.

    "Semua masyarakat Malaysia berbangga dengan keharmonian kaum yang dinikmati sejak sekian lama dan mana-mana individu tidak patut mengungkit isu perkauman yang sensitif seperti ini," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sandakan hari ini. – Bernama

    “Bukan saja rakyat Terengganu, Umno pun tolak Mat Said”

    Posted: 08 May 2014 09:34 PM PDT

    KEADILAN DAILY

    ahmad-said

    KUALA TERENGGANU : "Bukan sahaja rakyat Terengganu mahu menggugurkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar, malah pimpinan Umno juga mahu dia lepaskan jawatan tersebut.

    Demikian reaksi Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail menjawab isu keretakan dalaman Umno Terengganu berikutan khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ahmad Said bakal digantikan Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.

    "Sebelum ini orang Umno selalu pertikaikan pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekarang pentadbiran Umno sendiri kucar-kacir dan bercelarau.

    "Umno sendiri nak buang Mat Said (Ahmad Said). Jelas bahawa Mat Said tidak disukai oleh orangnya sendiri," kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.

    Menurut Azan, isu pembaziran berterusan yang dilakukan sejak dilantik menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke -13 punca penolakan rakyat dan Umno Terengganu.

    Pada 15 Januari lepas, Ahmad Said dilaporkan mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

    Namun, Setiausaha Kerja YDSM, Mohd Azrul Ismail kemudiannya menafikan lawatan Mat Said ke Antartika adalah anjuran yayasan tersebut.

    Difahamkan, kos perjalanan minima RM1 juta bagi delegasi 20 orang termasuk penerbangan dan tempat tinggal.

    "Dulu pergi melawat Antartika. Balik tunjuk hasil dia pergi Antartika. Sekarang dia nak buat tasik untuk wanita pula.

    "Mat Said hanya buat benda yang sama sahaja. Dalam kepala dia hanya fikir untuk dirinya sahaja, bukan fikir untuk membangunkan rakyat Terengganu," ujar Azan.

    UiTM patut bangga pelajarnya berfikiran kritikal

    Posted: 08 May 2014 09:26 PM PDT

    KEADILAN DAILY

    Universiti Teknologi Mara (UiTM) 
    KUALA LUMPUR : Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewajarnya berbangga apabila pelajarnya berani mempersoalkan dasar-dasar negara yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.

    "Sebagai institusi yang diasaskan untuk menggalakkan pendidikan bagi masyarakat Bumiputera sepatutnya berbangga dengan mahasiswa bumiputera yang menunjukkan kebebasan intelektual," kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Beliau merujuk tindakan UiTM menghantar surat kepada mahasiswa UiTM Sabah, Mohd Fathihie Gadius yang berdepan tindakan disiplin kerana tulisan di Facebooknya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST).

    Tambah Nik Nazmi, tindakan itu menyekat kebebasan berfikir dan bersuara mahasiswa yang menyumbang kepada kedudukan dan reputasi menyedihkan institusi pengajian tinggi di Malaysia.
    Mohd Fathihie pada 28 April lalu menerima surat menyatakan yang beliau melanggar Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook.

    Ia dikatakan menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah menerusi beberapa tulisan daripada Oktober 2013 – Januari 2014.

    uitm

    Jika didapati bersalah, Mohd Fatihie boleh digantung daripada universiti dan dihalang masuk kampus.

    Dalam pada itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Akta Universiti dan Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

    "Malangnya insiden terbaru ini di mana mahasiswa berfikiran bebas ditekan menunjukkan betapa kosongnya janji ini, seperti usaha-usaha 'transformasi' gagal Najib yang lainnya.

    "Ini suatu pencabulan pemikiran yang waras dan hak asasi manusia.

    "Mahasiswa-mahasiswa ini adalah rakyat Malaysia dan berhak menyuarakan pandangan mereka tentang isu-isu penting awam-termasuk GST," ujar Nik Nazmi.

    Pembangkang tiada matlamat jelas membela rakyat

    Posted: 08 May 2014 09:21 PM PDT

    Tajuddin Abdul Rahman  
    Datuk Tajuddin Abdul Rahman


    BATU KAWAN - Pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor diingatkan bahawa pakatan DAP, PKR dan Pas tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan mereka, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

    Beliau berkata keadaan itu semakin nyata apabila DAP dan PKR tidak sehaluan berhubung cadangan Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

    "Pas ingin melaksanakan hukum hudud dan DAP membantah. Apa masa depan pakatan pembangkang kalau dasar sudah bercanggah antara satu sama lain yang boleh menimbulkan perbalahan serta membawa ketidakstabilan dalam politik," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Kompleks Jeruk Madu Pak Ali dan majlis pecah tanah tapak kilang baharu memproses jeruk di sini hari ini.

    Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dengan menanam pokok buah pala sebagai simbolik perasmian.

    Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata apabila wujud ketidakstabilan politik, pelabur akan berkurangan sehingga perkembangan ekonomi terbantut dan keadaan itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat berikutan tiada peluang pekerjaan.

    Sehubungan itu, beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) harus bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

    "Lawan mesti lawan...menang atau kalah adalah perkara berbeza. Kita tahu ada juga yang menyokong BN (di kawasan Bukit Gelugor) dan bukan 100 peratus menyokong DAP," katanya. - Bernama

    LCCT akhiri perkhidmatan pagi ini

    Posted: 08 May 2014 09:13 PM PDT

    LCCT akhiri perkhidmatan pagi ini


    SEPANG - Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menutup perkhidmatannya setelah lapan tahun beroperasi di sini, dengan pelepasan pesawat AirAsiaX D7 170, ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 2.35 pagi ini.

    Sebelum itu, pesawat AirAsia AK 63, melakukan penerbangan terakhir untuk malam tadi dari terminal berkenaan ke Kolkata, India pada pukul 10.30 malam.   

    Penutupan perkhidmatan LCCT pada hari ini selaras dengan pembukaan terminal baru, KLIA2 pada 2 Mei lalu memandangkan terminal penerbangan tambang murah itu tidak lagi mampu menampung jumlah penumpang yang mencecah 22 juta orang pada tahun lalu, berbanding kapasitinya sebanyak 15 juta penumpang setahun.

    AirAsia memulakan operasinya semalam di KLIA2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 3.50 petang.

    Dengan kos pembinaan dalam lingkungan RM4 bilion, terminal KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun dengan AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik KLIA2.

    Klia2 terletak 1.5 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berbanding 11 kilometer jarak antara terminal utama dan LCCT.

    Selepas penutupan LCCT, pihak Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan bahawa terminal itu akan dijadikan Terminal Kargo Udara.

    Dirasmikan oleh Perdana Menteri kelima ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Mac 2006 dengan kapasiti asal 10 juta penumpang setahun, LCCT kemudian diperbesar untuk menampung kapasati 15 juta penumpang setahun pada 2009.

    Selain syarikat kumpulan AirAsia yang terdiri daripada AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest, tiga syarikat penerbangan lain turut telah menggunakan perkhidmatan di LCCT iaitu Tiger Air, Lion Air dan Cebu Pacific.

    Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata malam terakhir di LCCT dilalui dengan perasaan sedih kerana terminal ini banyak berjasa kepada mereka dalam AirAsia.
    "Banyak kenangan manis AirAsia di LCCT sejak ia memulakan operasi pada 26 Mac 2006.

    "Bermacam-macam kenangan manis yang dilalui di sini dengan pelbagai pelancaran yang baik, laluan baharu dan banyak penyambungan penerbangan antarabangsa yang diwujudkan," katanya kepada media.

    Aireen berkata: "Kami telah menjadikan LCCT sebagai nadi lapangan penerbangan tambang murah yang terkemuka di rantau ini dan saya dapat merasakan sentuhan perasaan amat sedih kami di sini malam ini."

    Ditanya sama ada AirAsia merancang mengambil lebih banyak kakitangan selepas berpindah ke KLIA2 memandangkan dari segi kapasitinya lapangan terbang itu tiga kali ganda lebih besar daripada LCCT, beliau berkata syarikat itu akan meningkatkan proses  perkhidmatannya tanpa perlu menambah kakitangan buat masa ini.

    "Kami mahu memastikan produktiviti kakitangan terus meningkat dan mengharapkan mereka lebih cekap dan mampu melakukan pelbagai tugas pada tahap keupayaan yang tinggi," katanya.

    Aireen berkata cara ini adalah lebih baik untuk usaha pelaburan dan pertumbuhan masa depan perniagaan yang lebih sihat. - Bernama

    MCA perlu rujuk pihak mahir hukum hudud

    Posted: 08 May 2014 09:10 PM PDT


    Hudud


    MUAR – Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong disarankan terlebih dahulu merujuk kepada pihak yang mahir hukum hudud sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam BN.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, MCA boleh merujuk perkara tersebut kepada Ahli Majlis Tertinggi BN untuk mendapatkan pemahaman yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

    "Kita (Umno) belum buat keputusan (laksana hudud) tetapi sebagai orang Islam kena terima hukum tersebut.

    "Adakah dia (Ka Siong) faham tentang hukum hudud? Jadi tidak sesuai dia membuat kenyataan secara terbuka," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kelab Pesara Kanan Muar, semalam.

    Ahli Parlimen Muar itu mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pendidikan berhubung kesediaan MCA untuk membincangkan semula kedudukan parti itu dalam BN jika Umno menyokong rang undang-undang pelaksanaan hudud di Kelantan.

    Mengulas lanjut, Razali berkata, beliau tidak akan memujuk MCA jika parti itu serius mahu keluar BN.

    "Saya tidak tahu ini (membincangkan semula kedudukan parti itu dalam BN) sekadar pandangan peribadi beliau ataupun mewakili suara MCA kerana Ka Siong adalah pemimpin nombor dua parti berkenaan," katanya.

    Razali berkata, BN pada peringkat awal ditubuhkan adalah Parti Perikatan yang dianggotai tiga parti besar iaitu Umno, MCA dan MIC.

    "MCA bersama Umno menubuhkan aspirasi BN, bermakna kita (Umno) mempunyai hubungan baik antara parti komponen dalam BN," katanya.