Jumaat, 9 Mei 2014

Biaqpila

Biaqpila


WASIAT ULAMA WALI ALLAH AL -ARIFBILLAH SYEIKH TOYYIB AL MAKKI

Posted: 08 May 2014 09:00 PM PDT



COPY PASTE DARI PAGE "JOM DAKWAH DENGAN ULAMA"

Biodata Al-Arifbillah Syeikh Toyyib Al Makki
Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
-Syeikh Hassan Masyath.. Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

Sumber





Tiada ulasan: