Jumaat, 2 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


YA LA...JADI BETUL AKU SOKONG..KALAU NAK AMBIK KELANTAN..PAS KENA TIPU.

Posted: 02 May 2014 04:58 PM PDT


Anwar isytihar demo 1 Mei berjaya, lebih 50 ribu hadir

Posted: 02 May 2014 02:34 AM PDT



Perjuangan belum selesai, kata Mat Sabu 

 

 


Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam! KALAU TAK KENA TIPU?

Posted: 02 May 2014 02:31 AM PDT

Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam!

Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Kakitangan Awam : Terbaru menjelangnya Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada 2 Mei 2014 Hari Khamis ini, Presiden Cuepacs dan Datuk Seri Najib ada bertemu mengadakan perbincangan empat mata melibatkan nasib dan kepentingan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.
Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014

  1. Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
  2. Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
  3. Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol banyak kali naik
  4. Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
  5. Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5 tahun  akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma.
  6. Kajian semula terhadap tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat terlalu lama yang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon pinjaman bank, dan membeli rumah
  7. Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.
  8. Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
  9. Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah. "Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
  10. Mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
  11. Membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.
Apa responbalas 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia senarai senarai semakan Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 kali ini?//(berita semasa)

dollah yankee

dollah yankee


Kalau Anwar berkuasa,awal lagi dah jumpa!

Posted: 02 May 2014 05:53 AM PDT


semasa MH370 dikesan radar tentera sedang buat pusingan 'U' ini lah satu saat yang dimaksudkan olih Anwar Ibrahim.

MH370 : BOLEH JUMPA DALAM SATU SAAT | Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan yang beliau mampu menyelesaikan masalah MH370 hanya dalam masa 1 saat jika diberi kuasa. 

Ramai yang kata kenyataan Anwar ini macam orang tak betul, gila ...

Menurut Nanyang Siang Pau pada 05/04/14 yang telah menyiarkan artikel mengenai wawancara DSAI dengan majalah Southern Weekly Dimiliki Southern Media Group cina baru-baru ini dengan bertajuk Satu Saat dan ditanya kepada DSAI mengenai cara beliau mencari MH370. Soalan itu dijawab dengan "saya hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan masalah ini".

Tetapi apa yang di maksudkan dengan satu saat olih Anwar itu ialah sebab ini ...

" Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa kerajaan lewat mengaktifkan misi mencari dan mengelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Katanya, lewat atau cepat tidak patut dipertikaikan kerana sesuatu tindakan ketika berhadapan dengan situasi itu bergantung kepada keadaan ketika itu". 
https://my.news.yahoo.com/video/mh370-hisham-nafi-malaysia-lewat-121021742.html

Bagi PM Najib pula,selepas dia paham apa yang dimaksudkan dengan satu saat olih Anwar itu, dan untuk melindungi dirinya yang 'bangang' itu, beliau mula pukul canang mengatakan bahawa kenyataan Anwar itu amat mengarut dan boleh dikira sebagai mengganggu pertimbangan akal waras rakyat negara ini.

dollah yankee -
Lambat ambil tindakan SAR sebab nak kena 
meeting dulu beb ...! 
KahKahKah

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TIPU TIPU TIPU KELENTONG

Posted: 02 May 2014 06:38 PM PDT




FACE BOOK  


why are we not surprised?
"Audio recordings of the final conversations between pilots of the missing Malaysian jet and teams of air traffic controllers on the ground were "edited" before they were made public, voice experts say.
The tapes also appear to be recorded by at least two different audio sources, one of which may have been a digital recorder held up to a speaker, they said."



KAH KAH KAH  

Missing Jet Recordings May Have Been 'Edited': Experts

Audio recordings of the final conversations between pilots of the missing Malaysian jet and teams of air traffic controllers on the ground were "edited" before they were made public, voice experts say.
The tapes also appear to be recorded by at least two different audio sources, one of which may have been a digital recorder held up to a speaker, they said.
Analysts who listened to the recordings for NBC News did not know why they were edited, but discovered at least four clear breaks in the audio that indicated edits.
"It's very strange," said audio-video forensic expert and registered investigator Ed Primeau of Primeau Forensics, who has analyzed hundreds of audio recordings. He said the beginning and end of the recording are high-quality with a low noise floor, meaning ambient background noise is almost silent, unlike the middle.
"At approximately 1:14 (a minute, 14 seconds into the audio, which can be heard here), the tone of the recording change to where to me, it sounds like someone is holding a digital recorder up to a speaker, so it's a microphone-to-speaker transfer of that information. That's a pretty big deal because it raises the first red flag about there possibly being some editing," he said.
KELENTONG

TIPU

LEBONG

PEMBONGAK  


---------

WAJIB TURUN KE JALAN RAYA

Posted: 02 May 2014 06:00 PM PDT



Kenyataan Media: 2hb Mei, 2014

BANKRAP IDEA AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012, MEKANISMA BARU DIPERKENALKAN UNTUK HALANG HAK DAN KEBEBASAN RAKYAT BERHIMPUN?

Pasukan urgent arrest May Day mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam (hack) telefon anggota kami yang bertugas menghubungi peguam dalam kes-kes tangkapan para peserta demonstrasi.

Sejak pagi 1 Mei 2014 sehingga hari ini, anggota pasukan tidak henti-henti menerima panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai yang menerima SMS kecemasan kononnya daripada anggota pasukan meminta mereka menghubungi anggota pasukan dengan segera. Dianggarkan ratusan SMS dan ribuan panggilan telefon telah diterima sehinggakan anggota pasukan terpaksa mematikan telefon bimbit mereka pada hari tersebut.

Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh orang awam dan peserta demonstrasi May Day akibat perbuatan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Kami percaya pihak tidak bertanggungjawab ini berniat untuk menghalang tugas anggota pasukan dalam usaha koordinasi khidmat peguam untuk sesiapa yang ditahan oleh pihak polis. Kami melihat tindakan ini sebagai cara baru oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengganggu amalan hak dan kebebasan berhimpun rakyat setelah Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 melanggar Perlembagaan Malaysia.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini berniat jahat dan mala fide. Ia menidakkan hak dan kepentingan peserta untuk diwakili oleh peguam ketika ditahan dan disiasat polis. Ini seterusnya mendedahkan peserta kepada risiko penahanan tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Kami syak pihak tidak bertanggungjawab ini memancing nombor telefon persendirian orang awam daripada databasesyarikat telekomunikasi. Sekiranya benar, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang melanggar privasi dan menggunakan data peribadi orang awam secara tidak sah dan salah.

Kami seterusnya menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat siasatan menyeluruh dalam masa 48 jam dari masa terbitan kenyataan ini ke atas insiden ini. Jika pihak polis dan SKMM gagal berbuat demikian, dan tidak memberi penjelasan yang rasional, kami anggap pihak polis dan SKMM berat-sebelah dan tidak independen. Mulalah membela nasib rakyat dan berhenti menjadi suruhan kerajaan dengan serta-merta!

Dikeluarkan oleh,

Anggota pasukan urgent arrest May Day Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


---------

PILIHAN JALAN RAYA

Posted: 02 May 2014 07:00 AM PDT







KOMENTAR
kenyataan macam ini
memang baik
lagi banyak lagi baik

lagi banyak penjawat awam kena siasat
lagi besar kabilah anti kerajaan

lagi ramai yang akan bocorkan rahsia


GST: Melaka siasat penjawat awam terlibat perhimpunan

MELAKA 2 Mei - Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, semalam.

Ketua Menteri,  Idris Haron berkata, tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan GST demi menjana ekonomi negara pada masa depan.

Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, hari ini. - TIEWNAMA

CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi. MARANG 24 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa semua penjawat awam supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dianjurkan pakatan pembangkang.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penglibatan 

Protes GST: Tindakan tegas termasuk dipecat

Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara  Ali Hamsa.
    
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
    
Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.



----------

SELIDIK TIPU

Posted: 02 May 2014 06:00 AM PDT






KOMENTAR
diharapkan gst diteruskan
jadi peluru untuk hasut
rakyat benci kerajaan
kalau tak ada gst
susah nak ajak 
orang ramai turun ke jalan  raya

  
 HASUT

62% rakyat Malaysia tidak menyokong GST, kata Merdeka Center

Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.
Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... MERDEKA CENTER INI TAK BETUL... kah  kah kah..

kah kah kah..INI AJEN YAHUDI... kah kah kah..

kah kah kah..85% RAKYAT SUKA KENA CUKAI... kah kah kah..

kah kah kah..HANYA 15% TAK SUKA  CUKAI... kah kah kah..

kah kah kah..INI KAJIAN PUSAT AL-ISMA ISMALIAH WAL DUKUL... kah kah..

woit... TAK CAYA?.... kah kah kah..

kah kah kah..TANYA UTUSAN MELOYO... kah kah kahah




--------

FORUM MALAM INSIN INI

Posted: 02 May 2014 02:18 AM PDT





JEMPUTAN  


ISNIN -5 Mei 2014, 

Dewan Perhimpunan Cina KL

-Selangor. 8.30 pm — 




---------

ZUL BISUL KENA TENDANG

Posted: 01 May 2014 10:54 PM PDT






KOMENTAR

bila zul nordin
nak bayar hutang
puan ainon muhamad? 


Zulkiflli Noordin lepaskan jawatan naib presiden Perkasa bantu Umno menang PRU14

Zulkiflli Noordin menafikan beliau meninggalkan kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) namun sekadar melepaskan jawatan naib presiden bagi mengukuhkan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, dengan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggantikan tempatnya, lebih mudah bagi Perkasa membantu Umno menjelang pilihan raya akan datang.
"Saya masih ahli cuma tidak mahu pegang jawatan. Kita dah berbincang untuk beri laluan kepada Abdul Rashid sebagai naib presiden untuk tumpu PRU14.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BETUL KE BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah..SAHEH KE MAKLUMAT INI?.... kah kah kah..

kah kah kah... CERITA  ZUL BISUL DAH LAMA TERSEBAR.... kah kah kah..

kah kah kah..TOK HENG TAK SUKA  ZUL BISUL... kah kah kah...

kah kah kah... TOK HENG DAH TENDANG ZUL BISUL... kah kah kah

kah kah kah... BISUL BUAT KENYATAAN TENTANG KARPAL... kah kah kah

kah kah kah..TOK HENG HANGAT HATI.... kah kah kah

kah kah kah..BAGI MALU PUKISA... kah kah kah

kah kah kah....TERUS  TOK HENG TAK NGAKU UMAT... kah kah kah...






--------

BARU SEKARANG NAK BUAT

Posted: 01 May 2014 09:32 PM PDT





KOMENTAR

orang nogori kato
ni kojo orang manai



KAH KAH KAH

tergolek dog 

ketawa

baru sekarang

nak buat

kah kah kah 


--------

LAGI BESAR AKAN KELUAR

Posted: 01 May 2014 07:51 PM PDT






 SILA TUNNGU
kita akan keluar lagi ramai

Bantah GST alasan untuk berhimpun jatuhkan kerajaan-Tun M

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pembangkang didakwa berselindung di sebalik isu bantahan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini.

Mahathir Mohamad berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tujuannya untuk mengganggu kerajaan, seboleh-bolehnya untuk menjatuhkan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Reka di sini hari ini. - 
UTUSAN MELOYO ONLINE




KAH 

KAH 
KAH
woit.. TAK KAN SEKARANG BARU SEDAR..kah kah kah

kah kah kah... MEMANG NAK JATUHKAN KERJAAN.. kah kah

woit... HANG INGAT DEMO NI BUAT APA?... kah kah kah..

k kah kah..HANG INGAT PAKATAN RAKYAT NAK APA?... kah kah kah..

kah kah kah..MESATI NAK JATUHKAN KERJAAAN LAAA... kah kah..

kah kah kah..BUKAN NAK SOKONG KERAJAAN..kah kah kah..

woit... SELANGOR DAH JATUH... KELANTAN DAH JATUH... kah kah kah..

kah kah kah...NI TUNGGU NAK JATUHKAN YANG LIAN... kah kah kah..

kah kah..DEMO NI NAK KASI RAKYAT BENCI KERAJAAN... kah kah kah..

NOTA
tunggu lagi besaq
tunggu lagi ramai
kah kah kah



----------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Peserta Demo Bantah GST Bawa Pistol?

Posted: 02 May 2014 03:51 AM PDT



Pakai baju merah, masuk.dalam kumpulan demo, dengan harapan nak menyamar.

Puuiii! Macam kita tak kenal kan.

Najib Bagi Cek Tamat Tempoh Kepada NGO

Posted: 01 May 2014 09:32 PM PDT



Mungkin tersalah tulis tarikh kot. Tapi ni kira memalukan la.

Kesian dengan pihak pengurusan majlis.

Tak Sangka Sejahil Ni Admin FB Mahathir

Posted: 01 May 2014 09:19 PM PDT



Tak sangka.

Ustaz Azhar Bersama Rakan Selepas Majlis Haflah Kota Bharu

Posted: 01 May 2014 04:41 PM PDT



Gelagat uai dan rakan-rakan selepas majlis malam semalam. Alhamdulillah, meriah dan bermakna.

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kit Siang dakwa laporan MH370 bercanggah, Putrajaya rahsiakan pencarian di Selat Melaka

Posted: 02 May 2014 08:05 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Lim Kit Siang berkata Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat yang diberikan dalam laporan awal kehilangan MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mei, 2014. 
Lim Kit Siang berkata Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat yang diberikan dalam laporan awal kehilangan MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam laporan kehilangan penerbangan MH370 yang disifatkannya bercanggah dan mendakwa Putajaya merahsiakan operasi mencari dan menyelamat di Selat Melaka.

Lim mendakwa laporan awal, yang dikeluarkan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam, tidak selari dengan laporan awal pada 9 April.

"Kawasan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) daripada awal pagi kehilangan Boeing 777 diperluaskan dari Laut Cina Selatan ke Selat Melaka tidak terdapat dalam laporan awal Hishammuddin bertarikh 9 April tetapi didedahkan dalam kenyataan bertarikh 2 Mei 2014," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim mempersoal mengapa baru semalam operasi SAR didedahkan diperluaskan ke Selat Melaka.

"Mengapa Hishammuddin tidak mengumumkannya pada awal, sebaliknya menunggu 55 hari sehingga semalam mengeluarkan kenyataan bersama-sama dengan laporan awal kehilangan MH370?" tanya Lim.

"Kedua-dua kenyataan laporan awal oleh Hishammuddin hanya menimbulkan lebih banyak persoalan."

Lim menyifatkan laporan yang dikeluarkan semalam tidak memuaskan dan tidak lengkap, berbeza dengan laporan insiden pesawat lain sebelum ini, seperti Air France 447 dan insiden letupan enjin pesawat di Singapura pada 2010.

Menurut Lim, laporan kehilangan pesawat Air France 447 mempunyai 128 muka surat dan laporan awal letupan enjin di Singapura mempunyai 40 muka surat, lebih lengkap dengan diagram dan carta.

"Dalam laporan awal, kerajaan Malaysia hanya membuat satu cadangan keselamatan iaitu memasang sistem penjejak masa nyata dalam semua pesawat komersil," kata Lim.

Lim juga mendesak supaya Hishammuddin memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat yang diberikan dalam laporan awal kehilangan MH370 yang dikeluarkan semalam.

"Melainkan Hishammuddin boleh memberikan penjelasan memuaskan ke atas percanggahan terbaru ini, beliau dan kerajaan harus memikul tanggungjawab dan dipersalahkan," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, sebelum ia hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut Cina Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Laporan awal yang didedahkan semalam menyatakan Pusat Penyelarasan Menyelamat Kuala Lumpur diaktifkan pada 5:30 pagi pada 8 Mac, selepas semua usaha untuk berkomunikasi dan mengesan pesawat gagal.

Menurut laporan, pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh bertanya kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) mengenai kedudukan MH370 pada 1:38 pagi.

KLATCC kemudian menggerakkan usaha membabitkan Pusat Operasi MAS, Markas Tempur Udara Singapura (ACC), ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan kedudukan MH370.

"Unit-unit ATC tidak dapat membuat apa-apa komunikasi dan oleh itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) digerakkan pada 05:30," menurut laporan itu

62% rakyat Malaysia tidak sokong GST, kata Merdeka Center

Posted: 02 May 2014 07:53 AM PDT

OLEH MD IZWAN





Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.

Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎
 "62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.

Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.

"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.

Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.

Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi  adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.

Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami.

Responden juga ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil dan 40% memberi jawapan negatif.

Kaji selidik itu juga melibatkan jumlah responden yang sama rata antara lelaki dan wanita dari kawasan pedalaman dan bandar mendapati 45% mengatakan GST tidak adil.

Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020, sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kaji selidik mendedahkan responden kaum Cina juga tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya untuk memacu ekonomi negara.

Sebanyak 73% daripada responden kaum Cina dan 45% responden Melayu mempersoalkan cara Putrajaya mengendalikan ekonomi Malaysia.

Walaupun dengan pengenalan GST tahun depan, 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.

Hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Najib dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.

Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun, seperti yang disasarkan oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, 41% responden berpendapat negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Dakwaan bergaduh, Unit Amal beri penjelasan

Posted: 02 May 2014 05:23 AM PDT

HARAKAHDAILY 

 
 
KUALA LUMPUR: Selepas tersebarnya berita kekecohan sewaktu himpunan membantah GST semalam, Unit Amal hari ini tampil memberi penjelasan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor), Khairil Anuar Ismail berkata kejadian berlaku disebabkan cubaan memasuki kawasan padang oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising oleh kumpulan sama.

Beliau berkata Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan GST semalam.

"Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Mengulas gambar peserta yang didakwa luka akibat kekecohan itu, Khairil Anuar berkata ia mungkin akibat tolak menolak yang berlaku sewaktu cuba menyuraikan mereka.

"Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat," soalnya?

Dalam pada itu beliau turut menafikan pasukan Unit Amal terlibat dalam satu lagi insiden pada sebelah malam selepas himpunan berlangsung.

Katanya, tiada anggota Unit Amal bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa terlibat dalam insiden tersebut.

"Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau, logik ke?

"Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini," jelasnya.

Katanya, anggota Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit  Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh.

"Bahkan ketika bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini.

"Apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru," ujarnya. -

Boeing ingin tahu misteri di sebalik MH370

Posted: 02 May 2014 05:14 AM PDT

MH370


KUALA LUMPUR - Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines  Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan dan mengapa.

Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin.

Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.

"Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang," kata Boeing.

Boeing berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.

"Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita," kata Boeing.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat.   

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21. - Bernama

PRK Teluk Intan: Gerakan mesyuarat dua minggu lagi

Posted: 02 May 2014 05:11 AM PDT

Mah Siew Keong  
Mah Siew Keong


KUALA LUMPUR - Gerakan akan bermesyuarat dua minggu lagi untuk membincangkan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, sama ada akan bertanding bagi kerusi itu dan calonnya, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

"Bagi parti Gerakan, kami belum membuat keputusan tentang perkara itu memandangkan penyandang kerusi, Seah Leong Peng (daripada DAP) baru meninggal dunia semalam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mah tidak mengulas lanjut tentang tarikh dan masa mesyuarat itu akan diadakan.
Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira 7.30 pagi semalam.

Berikutan itu, pilihan raya kecil keenam bakal diadakan sejak pilihan raya umum berlangsung pada 5 Mei 2013.

Dalam pilihan raya umum itu, Seah mengalahkan Mah dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama

Akhbar M'sia kekal tak bebas

Posted: 02 May 2014 05:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Malaysia terus dikategorikan sebagai "tidak bebas" dalam Laporan Kebebasan Akhbar oleh Freedom House untuk tahun 2013.

Negara ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan dalam ranking dunia.

Menurut laporan itu, Malaysia menerima "trend penurunan" ekoran "penipuan pilihan raya berleluasa dan rintangan struktur bagi menghalang pembangkang mengambil alih tampuk kekuasaan".

Malaysia kini di kedudukan 141 dalam ranking dunia berbanding 146 pada 2012 dan mendapat 64 daripada 100 mata, sama seperti tahun sebelumnya.

Mata lebih kecil menunjukkan menunjukkan lebih bebas manakala mata lebih tinggi pula kurang bebas.

Laporan itu menunjukkan keadaan tidak banyak berubah untuk Malaysia sejak 2005, dengan mata antara 63 hingga 65.

Laporan itu turut mengutip keputusan mahkamah yang tidak membenarkan penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dan "prasangka yang memburuk" terhadap masyarakat lesbia, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

[BONGKAR] Siapa Sebenarnya Yang Bertopeng Dan Berbaju Hitam Itu? Ini Jawapannya..

Posted: 02 May 2014 04:16 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media.

Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap.

Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral.


TINDAKAN liar kumpulan yang menggelar diri mereka Antifa menimbulkan kekecohan dengan membakar suar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang.

Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi. -HM




LIHAT VIDEO DI SINI


ULASAN GB

Mereka adalah sekumpulan pemuda yang bertopeng, memakai baju hitam menyamar sebagai ahli SAMM. Mereke menyamar sebagai "Anak Muda" menumpang di celah-celah demonstrasi aman untuk mencapai tujuan dan hasrat mereka.

Mereka adalah dari kumpulan yang menolak sistem demokrasi. Mereka menolak sistem politik kepartian. Mereka tolak sistem pilihanraya. Mereka berjuang dengan cara mereka. Mereka kononnya percaya kepada sistem khalifah. Mereka menolak dan menghina sistem beraja. Kumpulan puak UMNO menggunakan perbuatan mereka semalam untuk menyerang dan memburukkan PAS dan PR. Perhatikan video dibawah ini:

LIHAT VIDEO DI SINI


Kumpulan ini sebenarnya kumpulan yang penakut, takut untuk menjelaskan kaedah perjuangan mereka iaitu perjuangan melalui kekerasan!

Mereka menolak demokrasi tetapi menyempilkan diri di celah-celah demokrasi. Gambar ini sebagai bukti:


Lihat di atas, mereka mengaku mereka kumpulan "anak muda", marah kepada PAS kerana Unit Amal merampas banner mereka dan menghalang mereka masuk ke barisan hadapan di dataran Merdeka. Ini banner mereka:


Marah kerana kononnya PAS tak amalkan demokrasi kerana kononnya "melayan mereka macam musuh", sedang merekalah kumpulan yang telah awal-awal menolak sistem demokrasi di dalam perjuangan mereka.


Mereka memproklamirkan misi perjuangan mereka melalaui laman sosial. Mereka mencerca ulamak-ulamak di Malaysia terutama ulamak-ulamak PAS kononnya bersokongkol di dalam sistem demokrasi.

Persoalannya siapa mereka. GB menemui jawapannya kerana yang berjuang dengan kaedah sedemikian rupa tidak lain selain dari Hizbut Tahrir!

Pihak berkuasa KDN perlu mengambil tindakan segera ke atas mereka!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

MH370: Najib komited kepada keterbukaan

Posted: 02 May 2014 04:00 AM PDT

Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.

Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

"Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan," katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.

Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.

Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Antara penumpangnya adalah tiga warga Amerika.

Operasi pencarian pesawat Boeing 777-200ER melibatkan pelbagai negara di perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan Dalam Air Autonomi Bluefin-21, dilengkapi sonar, daripada Tentera Laut Amerika. - Bernama

Ibrahim Ali: Syukur Anwar akan masuk penjara balik

Posted: 02 May 2014 03:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden NGO pendesak Melayu, PERKASA mendoakan agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cepat-cepat dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya.

Dakwa Ibrahim, ia baik kerana Anwar telah banyak menyusahkan "pihak keselamatan negara".

"Saya bersyukur dan gembira Anwar akan ke penjara atas kesalahannya. Lagi cepat dia masuk penjara lagi baik.

"Ia baik untuk rakyat dan negara, baik juga untuk pihak keselamatan kerana pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ibrahim lagi, beliau ada bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Anwar dipenjarakan nanti.
 
Tambahnya, perkara itu pasti menjadi kenyataan memandangkan Anwar sendiri sudah menghebahkan dalam ceramah-ceramahnya yang beliau tetap akan dipenjarakan.
 
"Saya berdoa, cepatlah dia ke penjara, seperti yang dia sendiri uar-uarkan. 
 
"Sayalah orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara," katanya lagi.
 
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
 
Anwar dan peguamnya kini sedang merayu keputusan tersebut.

K'jaan pusat, K'tan tubuh JK teknikal bincang hudud

Posted: 02 May 2014 03:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan pusat hari ini mengadakan pertemuan dan perbincangan rasmi dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam (hudud) dinegeri itu.

Kerajaan diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, manakala Kelantan diwakili Timbalan Menteri Besarnya Datuk Nik Amar Abdullah.

Pertemuan selama lebih dua jam itu antara lain bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat yang dianggotai wakil daripada kerajaan negeri Kelantan, kerajaan persekutuan dan PAS.

"Jawatankuasa ini untuk menghadam peruntukan (undang-undang) yang sedia, langkah-langkah untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan dengan mengambil kira dari sudut kebijaksanaan dan keadilan kepada umat Islam.

"Dan mengambil kira tuntutan perlembagaan dan masyarakat bukan Islam di Malaysia supaya keindahan undang-undang jenayah Islam dapat dititik permulaan yang baik, bukan jadi tohmahan," katanya dalam sidang media di ibunegara petang ini.

Ditanya mengenai keseriusan kerajaan persekutuan untuk menyokong rang undang-undang persendirian daripada kerajaan negeri Kelantan, Jamil berkata:

"Saya tak tahulah kalau (perbincangan) ini tidak dilihat sebagai serius," katanya.

Ditanya mengenai sokongan MP Umno terhadap rang undang-undang itu, Jamil berkata:

"Jawatankuasa teknikal itu akan mengambil kira semua itu. Bila kita sebut sedia bersama, inilah tanda keseriusan dan tanda untuk mengambil langkah-langkah berikutnta seperti penerangan (mengenainya) kepada ahli-ahli parlimen dan perkembangannya kepada masyarakat.

"Bagi masa kepada jawatankuasa ini termasuk syor-syor, nasihat dan pandangan termasuk menyampaikan apa yang sepatutnya dan apa sebenarnya yang dikatakan undang-undang jenayah Islam," katanya.

Jamil yang juga ahli Parlimen Jerai berkata setakat ini jawatankuasa itu masih belum diberi nama tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilantik sebagai urusetia dan kerajaan negeri dan PAS pusat akan mencadangkan anggota mereka dalam jawatankuasa itu.

"Kalau boleh kita nak orang (pakar) teknikal sendiri. Kalau masuk orang politik, nanti buah fikiran lebih menjurus kepada soal politik semata-mata.

"Selepas ini ia akan dibawa kepada jawatankuasa pusat yang dianggotai oleh orang politik untuk memberi pandangan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas tindakan MCA yang mahu menghalang PAS membentang rang undang-undang itu di Parlimen.

"Tak apalah, kamu (wartawan) jangan negatif sangat. Kita dah buat jawatankuasa. Kita serius," katanya.

Sementara itu, menyifatkan perbincangan dengan kerajaan pusat sebagai "positif" Nik Amar yang turut hadir dalam sidang media itu berkata kehadirannya hari ini untuk menyatakan secara rasmi hasrat dan cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan undang-undang jenayah itu.

"Kerajaan pusat berhasrat untuk mewujudkan jawatankuasa teknikal di peringkat kebangsaan maka kami menyambut baik dan mudah-mudahan ia dapat membantu pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan," katanya.

Nik Amar juga berkata pihaknya juga telah menjelaskan hasrat mereka kepada rakan komponen Pakatan Rakyat PKR dan DAP dan parti Islam itu berpuashati dengan penjelasan mereka.

DAP tuntut penjelasan subsidi hijau di Sabah

Posted: 02 May 2014 03:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen DAP Ong Kian Meng menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan kenapa mereka menjanjikan jutaan subsidi bagi mendukung syarikat tenaga hijau yang dikaitkannya dengan Umno.

Wakil rakyat Serdang itu berkata, penganugerahan kuota 30MW sistem tarif galakan (FiT) syarikat berpangkalan di Sabah untuk membina loji geoterma pertama Malaysia tahun lalu dibuat melalui jalan pintas berbanding proses biasa.

Sejak penubuhannya pada 2011, pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) menyiarkan kesemua 2,700 permohonan FiT di atas talian.

Bagaimanapun, penganugerahan ini hanya disahkan syarikat melalui laman web dan jawapan bertulis ketua menteri Sabah kepada pertahanan anggota dewan undangan negeri DAP.

"Saya mahu menteri dan CEO syarikat itu menjawabnya... kerana ia menimbulkan banyak perkara bermasalah," Ong memberitahu pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.

"Loji itu menelan belanja RM500 juta untuk dibina dan pulangannya pasti lebih besar daripada itu."

PAS pasrah jika Parlimen tolak hudud

Posted: 02 May 2014 03:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS sedia menerima kemungkinan pelaksanaan hudud di Kelantan ditolak oleh Parlimen, jika mereka diberikan peluang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian tentang hukum itu di Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, PAS mahu "melalui ruang demokrasi" dalam memastikan cita-cita melaksanakan hukum itu tercapai.

"Kita demokratik, kita mendukung demokrasi di negara kita.

"Sebab itu kita minta orang berikan ruang kepada Kelantan untuk bentangkan rang undang-undang ini.

"Mana siapa yang tidak bersetuju mereka boleh mengundi untuk menolak.

"PAS menerima apa-apa sahaja keputusan (jika) PAS sudah diberikan ruang demokrasi," katanya pada sidang media di ibu negara, pagi ini.

PAS sebelum ini bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menariknya kali ini beberapa anggota Parlimen BN dari Umno menyatakan kesedian untuk menyokongnya.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak membantah hasrat PAS itu.

Mahfuz dalam sidang medianya pagi ini turut menggesa Najib agar memberikan ruang kepada PAS untuk muncul di televisyen bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang hudud.

"Kalau beliau (Najib) jujur untuk beri ruang dan peluang untuk beri penerangan kepada masyarakat, cukup untuk beliau sediakan ruang di RTM atau media elektronik arus perdana.

"Jemput ulama PAS khususnya presiden PAS sendiri untuk beri penerangan dan penjelasan tentang hudud atau wakil kerajaan Kelantan untuk beri penerangan," katanya.

'Umno jangan jadi pondan'


Malah, Mahfuz pagi ini turut mencabar Najib dan Umno untuk membentangkan rang undang-undang itu jika mereka benar-benar serius mahu melihat ia dilaksanakan.

"Kalau dia bukan 'pondan', dia bawalah bil ini ke Parlimen.

"Dia bawa dan dia kena pastikan bil itu menang dan MP (Umno) kena hadir," katanya.

Sementara itu, Mahfuz turut menolak gesaan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya masih bertegas mahu melihat hudud dilaksanakan.

Menurutnya, MCA dan parti komponen BN yang lain juga kekal dalam perikatan itu walaupun mereka membantah hudud tetapi sebahagian MP Umno sudah mula menyokongnya.

Menurutnya, beliau mahu melihat Umno 'menendang keluar' MCA dari BN terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenai pendirian hudud PAS dalam Pakatan Rakyat dibuat.

"Saya masih menunggu bila Umno hendak terajang MCA keluar dari BN," katanya.

Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun?

Posted: 01 May 2014 08:23 PM PDT


Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun? Anwar Ibrahim berucap pada himpunan bantah GST di Kuala Lumpur hari ini. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - "Menteri-menteri apa kau ingat aku takut," ungkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan bantah GST di ibu negara, hari ini.

Mendakwa ada cubaan untuk memenjarakannya oleh beberapa menteri, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu langsung tidak menggusarkannya.

"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?

"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat," katanya kepada ribuan peserta himpunan bantah GST.

Mengambil peluang berucap sempena himpunan membantah GST , Anwar turut membayangkan bahawa dirinya mungkin akan dipenjara lebih 10 tahun.

"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.

"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi  saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.

"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya lagi.

Kenyataan terbaru menteri berkaitan MH370

Posted: 01 May 2014 08:19 PM PDT

Hishammuddin Tun Hussein Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tentang kehilangan MH370 di sini, hari ini.
  
1. Pengeluaran maklumat berkaitan MH370
  
"Minggu lepas, Perdana Menteri telah melantik satu pasukan dalaman terdiri daripada pakar untuk meneliti semua maklumat yang diperolehi Kerajaan Malaysia berkaitan MH370, bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak maklumat yang mungkin kepada orang awam.
  
Perdana Menteri telah menetapkan, sebagai prinsip garis panduan, peraturannya bahawa selagi pengeluaran sebarang maklumat tertentu tidak menjejaskan penyiasatan atau operasi pencarian, demi kepentingan keterbukaan dan ketelusan, maklumat patut diumumkan.
  
Pasukan dalaman telah merumuskan penelitiannya. Hasilnya, berikut dikeluarkan maklumat berkaitan MH370:
  
a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur
b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April.
c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang telah diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac.
d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370.
e. Senarai kargo MH370.
f. Pelan tempat duduk MH370.

2. Pengesanan pihak tentera berkaitan MH370

Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.  

Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.
  
Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira jam 08:30 8 Mac. Maklumat itu telah dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira jam 09:00.
  
Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada kira-kira jam 10:30 tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.
  
Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama.
  
Pada masa sama, KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia sudahpun berada di Selat Melaka bagi menjalankan tugas rondaan.
  
Kedua-dua kapal segera ditugaskan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal di Selat Melaka pada jam 10:54 untuk mencari MH370. - Bernama

Bukan Islam tak perlu takut hudud

Posted: 01 May 2014 08:16 PM PDT


Bukan Islam tak perlu takut hudud Vincent Lee dan Phan g Chaw


KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam dinasihatkan untuk tidak perlu risau dengan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan memberi peluang kepada kerajaan Pas Kelantan untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaannya.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP), Vincent Lee berkata, pelaksanaan hukum itu juga bukan sesuatu yang baru dibincangkan dalam Pas dan seharusnya ahli-ahli DHPP bersabar dan memberi peluang kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk memberikan penjelasan tentang pelaksanaannya.

"Selama ini ahli DHPP telah sampaikan kerisauan dan pandangan serta kebimbangan tentang perkara ini dan kini isu tersebut timbul kembali, namun kita dapat lihat sekarang kepimpinan negeri dan pusat sedang mempelbagaikan cara penerangan tentang hudud.

Cuma salah satu sebab kerisauan mereka itu ialah kesan salah anggap yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli mengadu perlu hafal 78 nombor calon

Posted: 01 May 2014 08:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ada di kalangan ahli PKR yang mengadu berkaitan dengan kertas undi serta pengundi perlu menghafal sehingga 78 nombor calon bagi pemilihan kepimpinan pusat.

"Sebagai contoh, untuk jawatan timbalan presiden, terdapat tempat kosong bersebelahannya dan kita perlu mengisi nombor calon," kata ahli PKR Cabang  Johor Bahru, Yusuf Rahmat, yang mengundi untuk kali pertama, ketika dihubungi.

Katanya, risalah diedarkan yang mengandungi nombor calon dari kem-kem masing-masing,.

Para ahli, kata Yusuf, akhirnya hanya menyalin nombor-nombor tersebut tetapi risalah tidak mengenal pasti nombor calon mana.

"Jadi main 'tikam- tikam'," katanya.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa satu aduan telah dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan pemilihan dan penjumlahan undi di Cabang Batang Sadong.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam aduan yang panjang lebar dengan disertai testimoni saksi dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan dan dilihat oleh Malaysiakini.

Aduan tersebut termasuk dakwaan peti undi ditinggalkan begitu sahaja selepas pengundian tamat; peti undi diganggu sebelum penjumlahan undi bermula ; dan jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan pengundi.

Pemilihan PKR bermula dari 26 April hingga 11 Mei dan keputusannya akan diumumkan pada 13 Mei.

Jadual mengundi mengikut negeri adalah seperti berikut:

26 April - Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang

27 April - Sarawak, Johor dan Melaka

3 Mei - Sabah, Kedah dan Perlis

4 Mei - Sabah, Perak dan Pulau Pinang

10 Mei - wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan

11 Mei - Selangor

Polis: Tiada peserta perhimpunan anti-GST cedera ditikam

Posted: 01 May 2014 08:12 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.'
   
Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.
  
Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.
  
Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.
  
"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya..
   
Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.
   
"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.
   
Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.- Bernama

K'jaan keluarkan laporan awal, senarai kargo

Posted: 01 May 2014 08:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Malaysia mengeluarkan salinan laporan awal mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang ia dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal bulan lepas.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pertahanan yang yang pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan untuk mengeluarkan laporan itu, yang bertarikh 9 April, telah dibuat selepas pasukan pakar dalaman selesai menyemak dokumen tersebut.

Bersama laporan itu, kerajaan juga mengeluarkan rakaman
audio komunikasi antara kokpit dan kawalan trafik udara pada 8 Mac sebelum pesawat terputus hubungan, peta beberapa kemungkinan laluan penerbangan tersebut dan juga pelan tempat duduk pesawat dan senarai kargo.

Katanya, mereka juga mengeluarkan maklumat tambahan yang memperincikan tindakan-tindakan yang telah diambil antara jam 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac.

Menurut Hishammudin, minggu lepas, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak ) melantik pasukan pakar dalaman untuk menyemak semua maklumat yang kerajaan Malaysia ada mengenai MH370, dengan tujuan untuk mendedahkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang ramai .

Katanya, laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan perdana menteri - bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian - atas nama keterbukaan dan ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.

Syor - pengesanan masa nyata

Laporan Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan telah membuat satu syor mengenai kemungkinan melaksanakan pengesanan masa nyata bagi penerbangan komersial.

Menurutnya, terdapat dua kejadian dalam tempoh lima tahun lepas apabila pesawat pengangkutan udara komersial bersaiz besar telah hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui secara tepat.
  
"Ketidakpastian itu telah menimbulkan kesukaran untuk mengesan pesawat itu secara tepat pada masanya," katanya.

Oleh itu, tambahnya, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Malaysia membuat cadangan kepada ICAO supaya meneliti faedah-faedah keselamatan dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

ICAO itu dijangka membincangkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat pada 12 dan 13 Mei.

Bagaimanapun, laporan awal itu, gagal memperincikan tindakan segera tentera Malaysia pada waktu selepas kehilangan pesawat itu, selain daripasa sebutan ringkas bahawa carian telah "diperluaskan ke Selat Melaka ".

Kerajaan Malaysia berdepan dengan penelitian hebat media asing dan keluarga penumpang MH370 dalam penerbangan Beijing, kebanyakan mereka adalah warga China, kerana kegagalannya untuk mendedahkan senarai kargo dan laporan awal kepada ICAO.

Sebelum itu, kerajaan hanya mendedahkan transkrip komunikasi akhir dengan pusat kawalan trafik udara. [Baca berita penuh]

Bahagian 1: Tindakan yang diambil antara 1:38am dan 6:14am

Bahagian 2: Tindakan yang diambil antara 1.38am dan 6.14am

Susunan tempat duduk penumpang

Audio: Komunikasi antara MH370 dan kawalan trafik udara

Sementara itu Bernama melaporkan Hishammuddin berkata pasukan dalaman itu telahpun memuktamadkan semakan semula, dan berikutan itu maklumat berkaitan MH370
dikeluarkan yang turut mengandungi rakaman audio dan laluan penerbangan.
  
Beliau berkata radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.
  
"Pesawat itu dikategorikan oleh operator radar sebagai tidak membahayakan, oleh itu tiada tindakan lanjut diambil pada masa itu," katanya.
  
Beliau berkata data radar disemak semula secara 'playback' kira-kira 8.30 pagi hari sama dan maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara kira-kira 9 pagi.
  
Hasil perbincangan lanjut dengan pegawai peringkat tertinggi, Hishammuddin menerima maklumat daripada pihak tentera kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.
  
Beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada perdana menteri yang segera mengarahkan operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan di Selat Melaka, bersekali dengan operasi di Laut China Selatan.

Hishammuddin berkata KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia, telahpun bersedia di Selat Melaka untuk melakukan tugas rondaan.
  
"Mereka segera dipertanggungjawab untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal itu di Selat Melaka pada 10.54 pagi dalam misi pencarian MH370," katanya.
  
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama..

Hari Buruh, Phil Ochs, Billy Bragg, Dylan dan kita

Posted: 01 May 2014 08:03 PM PDT



Oleh Meor Yusof Aziddin


1 Mei atau Mayday adalah Hari Buruh atau Hari Pekerja, hari di mana golongan marhaen atau golongan 'working class' diraikan. Setiap kali datangnya Hari Buruh biasanya saya akan kembali kepada 'roots' muzik saya, folk.

Muzik folk dekat dengan masyarakat biasa kerana kita adalah sebahagian daripada kehidupan yang penuh dengan elemen 'survival'. Kita adalah golongan pekerja yang perlu bekerja untuk terus hidup dan mencapai bahagia.

Lagu-lagu folk menceritakan tentang kehidupan yang biasa. Jarang terdapat lagu folk bercerita tentang orang kaya yang sukses menjana kejayaannya dan dipuji lantaran kekayaan mereka.
Melainkan jika kita bercerita tentang mereka, ia penuh dengan mesej yang sinis dan provokatif.

Saya akan kembali mendengar lagu-lagu eperti Phil Ochs, Dylan, Billy Bragg dan Woody Guthrie.

Yang agak berkesan dan penuh dengan elemen punk dan politikal, Billy Bragg. Pun yang paling menarik daripada segi idea dan karangan lagu tentunya Phil Ochs.

Bragg amat mengkagumi karya Phil Ochs, kerana katanya jika dibandingkan dengan Dylan, beliau lebih menghormati karya Phil Ochs.

Bagi Bragg, Phil Ochs lebih pure manakala Dylan pula berjaya mengecap kemasyuran sebagai penyanyi folk yang melalui zaman penuh gemilang.

Tabiknya pada Phil Ochs, hinggakan terdapat sebuah lagu yang berjudul ' I Dreamed I Saw Phil Ochs Last Night' di dalam albumnya The Internationale, didedikasikan untuk mentornya itu.

Saya agak berkecuali dalam menilai mana yang lebih bagus, sebab masing-masing, Dylan mahupun Ochs, ada kelebihan. Mereka muncul dalam era yang sama, pertengahan zaman 1960-an. Bragg pula hanya muncul di era 1980-an.

Secara umumnya tidak dapat dinafikan Dylan lebih menonjol. Banyak faktor, antaranya Dylan lebih berkarisma, kacak, bijak manakala lagu dan liriknya tidak terlalu serius, mudah diterima, variasi sifatnya dan beliau adalah fenomena di zamannya.

Sepanjang kariernya, Ochs menghasilkan 8 album iaitu All the News Thats Fit to sing (1964), I Aint Marching Anymore (1965), Phil Ochs in Concert  (1966), Pleasures of the Harbour (1967), Tape From California (1968), Rehearsals From Retirement (1969), Greatest Hits (1970) dan Gunfight at Carnegie Hall (1975).

Lagu-lagu beliau tidak pernah menduduki carta 100 lagu terbaik Amerika, cuma penyanyi folk Joan Baez pernah mempopularkan lagu beliau yang berjudul There but for Fortune dan menduduki carta 10 lagu terbaik di United Kingdom.

Agak malang nasib Ochs tidak secerah Dylan. Ia mengingatkan saya pada era Jimi Hendrix, banyak gitaris hebat yang lain tenggelam nama dan kehebatan mereka dek karisma Hendrix yang mendahului zamannya. Salah seorang gitaris/penyanyi hebat yang tidak bernasib baik ialah Rory Gallagher.

Apa boleh buat, Hendrix muncul dengan pakej yang sempurna sebagai seorang gitaris yang berkarisma.

Di sini memang tidak dapat kita nafikan Ochs tenggelam kerana kehebatan Dylan, Sawong Jabo tenggelam dengan karisma dan populariti Iwan Fals. Takdir lebih menyebelahi mereka.

Dylan dan Ochs, hero mereka adalah Woody Guthrie, legenda penyanyi folk sosialis yang namanya akan terus dikenang sepanjang zaman. 1963, nama Phil Ochs semakin dikenali.

Beliau mula mendapat tempat untuk membuat persembahan di majlis yang dianjurkan oleh pertubuhan pelajar mahupun parti politik, di Carnegie Hall dan Town Hall contohnya, juga di pentas ceramah anti perang dan protes.

Dylan bahkan menganggap Ochs sebagai saingannya mungkin sebab mereka waktu itu di bawah pengurus yang sama, Albert Grossman.

Dalam waktu yang sama mereka adalah kawan seperjuangan yang boleh dikatakan akrab. Bila peminat Dylan tidak menyukai dia bermain gitar elektrik, Ochsmengkagumi Dylan di atas keberaniannya dalam membuat perubahan dalam muziknya.

Bagi saya lagu-lagu Ochs sangat bermutu daripada segi proses penciptaan mahupun lirik-liriknya. Unik dan menarik. Cuma tema dalam lagunya serius walau ada unsur humor yang sarkastik, perang dan protes.

Cuba dengar lagu Highwayman, Power and Glory, I aint Marching Anymore dan War Is Over. Walaupun beliau mengkagumi Woody Guthrie sebagai mentor, namun daripada segi penciptaan lagu bagi saya Ochs lebih menarik, Woody pula agak tradisional dan straight forward.

Nasib penyanyi folk selalunya berakhir dengan cerita sedih dan tragis. Nick Drake mati di kerusi malas, depresi, murung dan putus asa dalam hidup. Victor Jara, legenda penyanyi folk Chile yang juga rakan akrab Ochs mati dibunuh.

John Lennon yang juga kawan baik Ochs mati dibunuh oleh peminatnya sendiri, Ochs juga mengalami nasib yang sama, murung, sakit mental, kecewa, dadah, arak dan mati.

Kematiannya dikatakan ada sangkut paut dengan keterlibatan pihak daripada CIA dan FBI kerana bagi mereka pengaruh yang ada pada Ochs sangat bahaya dan pembabitannya dalam konsert protes, politik dan lagu-lagunya tidak disenangi.

Joekidd memperkenalkan muzik Billy Bragg kepada saya di awal 1990-an dulu melalui album pertamanya Life's a Riot with Spy Vs Spy yang diterbitkan pada 1983.

Siapa sangka album yang agak rabak dan tidak cukup sempurna itu meletup di pasaran UK dan menduduki tangga ke-30 dalam Carta album UK. Life's a Riot penuh dengan elemen punk, dengan iringan gitar elektrik yang raw dan vocal Bragg yang jujur.

Itu kali pertama saya mendengar album yang hanya dengan hanya iringan sebuah gitar elektrik. Melodi yang catchy dengan teknik power chords yang sinonim dengan lagu-lagu punk menjadikan album ini unik dan patut dimiliki oleh semua mat punk khususnya.

Seterusnya saya mengikuti perkembangan album-album Bragg seperti album Talking with the Tax Man about Poetry (1986) dan The Internationale (1990).

Bragg berjaya menghasilkan 21 album sejak album pertamanya yang diterbitkan pada 1983 hinggalah album Tooth&Nail (2013).

Bragg, Phil Ochs, Dylan, Iwan Fals, Kembara, Gombloh, Fanky Sahilatua mahupun band rock legenda Indonesia Godbless antaranya, lagu-lagu mereka banyak bercerita tentang kehidupan yang realisitk sifatnya.

Tentang ketidakadilan antara sesama manusia, tentang Tuhan dalam konteks yang lebih matang dan terbuka, tentang dunia yang semakin kejam dan tidak berperi kemanusiaan, tentang alam yang semakin reput, tentang rakusnya golongan atas menindas yang bawah demi kuasa yang mereka miliki kononnya.

Ini semua sepatutnya mereka (anak-anak muda) perlu ambil tahu dan tanamkan minat untuk lagu yang ada kena mengena dengan kehidupan kita.

Untuk apa kita yang katanya 'working class' ini masih asyik melayan lagu-lagu cinta bodoh artis yang tahap mereka hanya seperti burung belatuk, yang hanya pandai menyanyi dengan iringan muzik minus one sahaja? –

Gempa bumi: Gegaran dirasa di Perak dan S'gor

Posted: 01 May 2014 08:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.
  
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68km dari timur laut Kepulauan Nias, kira-kira  408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul 10.35 malam.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu.  - Bernama

Suhakam puji polis dan penganjur perhimpunan aman anti-GST

Posted: 01 May 2014 07:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji pengendalian aman bagi himpunan anti-GST di sekitar jalan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam.

"Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa," kata Pengerusi Suhakam, . Tan Sri Hasmy Agam.

Suruhanjaya turut memuji pihak polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang telah diadakan sebelum perhimpunan yang membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak dalam beberapa aspek utama yang berkaitan dengan perhimpunan, terutamanya persetujuan polis untuk penganjar menggunakan jalan raya berhampiran Dataran Merdeka walaupun Dataran  tersebut ditutup untuk kerja naik taraf.
  

Suruhanjaya berbesar hati memerhatikan bahawa tiada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan semasa perhimpunan tersebut dan jalan-jalan utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.

"Pihak polis, dengan bantuan marshal penganjur, telah berjaya memudahcarakan kawalan lalulintas dan pergerakan orang ramai sepajang perhimpunan tersebut bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan semalam.

Demikian juga, Suruhanjaya memuji penganjur dan peserta atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.

"Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun
dapat dipelihara sepenuhnya pada setiap masa," tambahnya.

Deklerasi 1 Mei, bantah sampai tumbang

Posted: 01 May 2014 07:51 PM PDT










 

 DETIK DAILY


KERAJAAN BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kalimembantah perlaksanaan Cukai GST ini.

Di Malaysia hanya 15 peratus rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38 peratus rakyat masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan iaitu RM860, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilema.

Malah, menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83 peratus daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67 peratus dan Hong Kong 58 peratus.

Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan? Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga.

Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST.

Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya. Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99 peratus akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini.

Kerajaan yang pro korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40 peratus pada tahun 1980-an kepada 26 peratus sekarang tetapi sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.

Berikut adalah deklerasi rakyat sempena Himpunan 1 Mei:

1. Menolak dan batalkan GST yang memiskinkan lagi rakyat.

2. Hentikan rundingan TPPA. Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan mendapat pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.

3.Menguatkuasakan pelaksanaan 100 oeratus polisi gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah gaji minimum ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1,500 Gaji Minimum dilaksanakan.

4. Hak kesatuan sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.

5. Hak pekerja wanita, hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

6. Hak pekerja migran: Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi.

Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

7. Hak Pembelaan pekerja migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.

8. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh kerajaan.

9. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

10. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.

11. Hak pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

12. Hak Orang Asal – Iktiraf hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal. 13. Alam sekitar – Hen

tikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan laini-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

14. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar.
Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya (Langkahlangkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), dan Akta Pertubuhan

>>Deklarasi ini disokong oleh 92 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik