Khamis, 1 Mei 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TAHNIAH KEPADA MUNKEE

Posted: 01 May 2014 06:30 PM PDT






Kerajaan tetap laksana GST - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad berkata, penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


KAH KAH KAH

woit... SYABAS... kah kah kah 

kah kah kah...TAHNIAH.....kah kah kah

kah kah kah....TERBAIK... kah kah kah...

woit...MUNKEE NI CAKAP  TERBAIK... kah kah kah

kah kah kah... BOLEH BUAT DEMO LAGI... kah kah kah

NOTA

kita demo lagi 

buat lagi ramai 


----------

KHALID NAK SAMBUNG KAH KAH KAH

Posted: 01 May 2014 06:00 PM PDT






NOTA
ingat macam mana
baca akhbar gerombolan


Khalid berhasrat lepas jawatan MB

SHAH ALAM 30 April - Selepas dua penggal menjadi Menteri Besar sejak 2008,  Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka melahirkan hasrat untuk melepaskan jawatannya pada penggal akan datang.

Abdul Khalid menerusi laman sosial Twitter berkata, penggal ini merupakan tempoh terakhir beliau sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga tetapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini," katanya menerusi status dalam laman sosial berkenaan hari ini.

Tambah Abdul Khalid, selain berundur sebagai Menteri Besar, beliau juga mahu dikenang sebagai seorang pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat



KAH KAH
khalid nak selamatkan diri
nak satu penggal lagi
sorilaa
langkah kajang
akan diteruskan

justeru
utusan sengaja buat berita ini
nak bagi tahu
untuk selamatkan khalis

kah kah kah
ingat macam mana
baca akhbar gerombolan


 
----------

RANCANGAN JAHAT YAHUDI

Posted: 01 May 2014 01:00 AM PDT




Universiti di Malaysia tidak termasuk dalam senarai institusi 'muda' terbaik

Sekali lagi universiti awam di Malaysia gagal mencapai piawaian antarabangsa bagi institut pengajian tinggi dunia, kali ini tertinggal jauh dalam ranking terbaru tahunan bagi universiti berusia di bawah 50 tahun Times Higher Education Top 100 Universities.
Empat universiti Asia yang berjaya masuk dalam senarai 10 universiti "muda" terbaik dunia termasuk Pohang University of Science and Technology Korea Selatan yang mendapat tempat teratas, Hong Kong University of Science and Technology (4) dan Nanyang Technological University, Singapore (5).
Bagaimanapun, Malaysia gagal untuk tersenarai bagi tahun kedua. Dalam ranking pertama pada 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di tempat ke-98.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.....INI  SEMUA BFITNAH .... kah kah kah..

kah kah kah...TIMES HIGHER EDUCATION  ANTI MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah...INI KAJIAN ANTI BUMIPUTERA... kah kah kah..

kah kah kah..TIMES HIGER EDUCATION ANTI ISLAM... kah kah kah..

woit..TAK CAYA?..... kah kah kah..

kah kah kah..TANYA PRESIDEN ISMA.... kah kah kah..

kah kah kah..TANYA PAK HENG PERKASA.... kah kah kah..

kah kah kah..TANYA PUKIPM  PUKIDA PUKIBIM.... kah kah kah..

kah kah kah..INI SEMUA RANCANGAN ISRAEL.... kah kah kah..

kah kah kah... BARAT CEMBURU KITA ADA PROTON... kah kah kah



----------

MAKLUMAT TERKINI

Posted: 30 Apr 2014 07:45 PM PDT






MAKLUMAT

TERKINI

semua 

berhimpun 

ke dataran 

merdeka 



NOTA

dari sogo
dari masjid negara
dari dataran may bank
himpun jam 2:00
kemudian gerak
 menuju
dataran merrdeka


----------

AL-FATIHAH

Posted: 30 Apr 2014 07:36 PM PDT




AL-FATIHAH 


Seah Leong Peng
IPOH - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

NAJIB 

MEMANG 

SUWEY

jelutung akan kalah
telok intan akan kalah
kah kah kah



----------

HARI RAYA KAUM BURUH

Posted: 30 Apr 2014 07:30 PM PDT





BERSATULAH

SELAMAT 

MENYAMBUT 

HARI BURUH 

SEDUNIA

8 jam kerja
8 jam rehat
8 jam hak masa sendiri
cuti mingguan wajib
gaji minima wajib

SALUT kepada perjuangan
sejarah kaum buruh

SALUT kepada sejarah buruh di haymarket chicago pada 4 mei 1886  

SALUT UNTUK SEMUA YANG BERANI



----------

Komentar Kini

Komentar Kini


Tahniah, terimakasih Datuk Bandar

Posted: 01 May 2014 02:35 AM PDT

Pendek kata kebanyakan penduduk Kuala Terengganu merungut dan membantah kenaikan cukai pintu sebanyak tujuh ratus peratus, dulu RM130.00 satu tahun kini RM 840.00 satu tahun

Mereka mengadu "terlalu mahal" dan "teramat mahal" dan tidak masuk akal dengan kadar baru cukai pintu rumah kediaman Bandar Kuala Terengganu itu.

Bercakap pasal cukai pintu mahal dan termahal ini teringat akan kata kata ssalah seorang pakar ekonomi Negara yang berbunyi: " jika kerajaan benar benar mahu membela rakyat".

Mungkin kebanyakan kita tahu makna perkataan tersebut. Oleh itu tak payahlah penulis nak sebut maknanya yang tersurat dan tersirat itu.

Atas sebab itulah penulis ucapkan tahniah dan terimakasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, kerana cukai pintu baru itu teramat murah dan tidak mahal.

Dan tidak lupa juga penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said menteri besar yang sangat perihatin dengan rakyat atau berjiwa rakyat itu.

Penulkis sokong jutaan peratus dengan kadar cukai baru ini, kerana boleh membahgiakan rakyat jelata. Atau dengan kata lain kadar cukai baru ini boleh menolong rakyat dalam serba serbi kehidupan.



Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Syabas Kepada Semua Himpinan Bantah GST

Posted: 01 May 2014 03:59 AM PDT



Tahniah buat semua, kita sebenarnya boleh bersatu dalam pelbagai hal yang melibatkan rakyat dan negara serta agama.

Terima kasih kepada unit amal PAS, korang memang banyak membantu kami semua.

Yang sengaja cari masalah dengan unit amal, mereka ni lah nak buat kepala huru hara dan nak merosakkan program ni.

Sekali lagi syabas kepada semua.

Himpunan 1 Mei: Lebih 25,000 bangkit bantah GST

Posted: 01 May 2014 01:54 AM PDT



May 1 2014 / Fazallah Pit

KUALA LUMPUR 1 MEI: Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapannya berkata, wanita yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang kerana golongan itu yang banyak membeli barang di pasar.

Himpunan 1 Mei yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini adalah untuk menunjukkan kuasa rakyat dan memberi amaran kepada Umno Barisan Nasional supaya membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kerajaan minoriti Umno BN gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum lalu apabila tetap berkeras menerukan cukai yang membenankan rakyat.

"Rakyat Malaysia sangat kecewa apabila kerajaan ambil langkah membebankan rakyat dengan cukai GST.

Anwar 1"Kita harus sedar apakah kesannya kepada keadaan ekonomi kita jika cukai GST dilaksanakan."

"Sebab itu hari ini kita berhimpun untuk tunjuk kuasa rakyat dan bantah pelaksanaan cukai tersebut," jelas Tian Chua di hadapan peserta himpunan di hadapan Dataran Maybank.

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.

Sementara itu Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.

KL merahKumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysa (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.

Manakala di Masjid Negara, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor.

KL1MEI3Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.

EZY

Ahli Parlimen Teluk Intan Dari DAP Meninggal Dunia

Posted: 30 Apr 2014 06:59 PM PDT



[BREAKING NEWS] Teluk Intan MP Seah Leong Peng passed away earlier this morning at UMMC.

Risalah Hina Hudud Tersebar Sekitar KL

Posted: 30 Apr 2014 05:05 PM PDT





DAP tak setuju hudud bukan sampai nak buat risalah macam ni. Kepada mereka yang jadi batu api, sila berhenti segera. Kalau tidak balasan dan azab allah akan menimpa.

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


100,000 Rakyat Sertai Himpunan Bantah GST

Posted: 01 May 2014 06:21 AM PDT






[HD] KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

Laporan Langsung

4.30 PM: Penganjur mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Johor yang juga Adun Puteri Wangsa Ust Abdullah Husin. Peserta dinasihatkan bersurai secara aman.

4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin.

"Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya.

"Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya

"Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.



Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai bila-bila.

"Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi," kata Anwar.

4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN.

"Kerana sikap pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.

Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim.

4.10 PM: AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak Sampai Tertunggeng". 

"Najib kata, mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu.

"Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.


4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno tumbang.

4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim. 

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu selaku penganjur di atas kejayaan himpunan kali ini.

Beliau turut menggelarkan Mohamad Sabu sebagai "Imam jalan raya".

3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".

"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan kepada Anwar.


3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".

Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.

"Himpunan ini adalah jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".

"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Lanjut di sini, di sini.


ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hudud jangan jadi Hudoh

Posted: 01 May 2014 07:42 AM PDT


Yakinlah Pakatan Rakyat tidak berpecah
Oleh Subky Latif.

 Gara-gara isu hudud meledak semula seperti yang berlaku awal 1990-an, hampir hendak hancur Pakatan Rakyat oleh bahangnya.

 PAS berhajat benar hendak melaksanakannya di Kelantan. Apa jadi pun rang undang-undang persendirian bakal dibentangkan di Parlimen tahun ini juga. PKR tidak tertarik dengan perkembangan itu. DAP seperti yang diwasiatkan oleh mendiang Karpal Singh tidak akan menyokong usul itu.

 PAS mahu juga ia dibentangkan. Maka DAP melalui Setiausaha Organisasinya, Antony Loke cabar PAS keluar PR. PAS tidak mahu keluar PR tetapi hudud hendak dilaksanakan juga di Kelantan.

 Macam PR hendak berpecah gara-garanya. Siapa yang seronok? Tentulah Umno dan Barisan Nasional melihat kerabat PR beramok sama sendiri. Seronokkah Umno bila PR macam hendak berpecah.

 Seronoknya cuma beberapa hari saja kerana PAS tidak akan keluar Pakatan dan DAP serta PKR tidak akan membiarkan PAS keluar kerana isu itu. Mereka berkelahi saja tetapi tidak pecahkan bahtera yang mereka bina.

 Berkelahi tidak elok, tetapi mungkin ada elok juga berkelahi sekali sekala supaya masing-masing lebih kenal budi dan hati antara satu sama lain. Atas perkelahian itulah mereka akan membangunkan muafakat yang lebih kuat.

 Awal 1990-an ketika Pilihan Raya Kecil Bukit Payong, Terengganu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cabar PAS supaya laksanakan hudud di Kelantan setelah Angkatan Perpaduan Ummah menang semua kerusi di Kelantan.


Surat cinta Mahathir kpd Nik Aziz….

 Mungkin cabaran Dr Mahathir hendak menjauhkan bukan Melayu daripada PAS kerana politik Tengku Razaleigh Hamzah melalui Parti S46 boleh jadi jambatan yang boleh mendekatkan PAS dan DAP jika dibiarkan.

 PAS sahut cabaran itu lalu meluluskan Enakmen Jenayah Syariah 2 di Kelantan. Bila hendak dilaksana, Dr Mahathir hantar surat kepada kerajaan Kelantan, kalau laksana dia akan bertindak. Mungkin Dr Mahathir menyesal mencabarnya dulu kerana puak pro hudud ini tidak boleh dicabar.

 PAS tawakuf pelaksanaan itu. Tetapi hudud itu tidak menghalang DAP bermuafakat dengan PAS melalui Barisan Alternatif. Mereka berpecah sekejap. Tetapi atas perpecahan sekejap itu mereka bangkit dengan perantaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegakkan Pakatan Rakyat.

 Apabila Brunei Darussalam mengumumkan mendaulatkan syariat setahun sebelum Malaysia menguatkuasakan Cukai Barangan dan Perkhidmata (GST), Kelantan tidak mahu ketinggalan dengan hududnya. Umno pula cabar PAS bawa ia ke Parlimen nescaya ia akan mereka sokong. PAS pun terima positif atas cabaran itu.

 Puak yang tidak boleh dicabar tentang hudud ini lemparkan cadangan untuk bentangkan ia ke Parlimen.

Baca berita sepenuhnya di sini

 DAP melenting tetapi buat masa ini DAP bukan musuh PAS dan PAS bukan musuh DAP. Mereka berbalah tetapi mereka tidak berecah.

 Sama ada Umno/BN sokong usul PAS itu di Parlimen, Umno adalah musuh yang kekal setakat ini buat semua kerabat Pakatan Rakyat. Umno boleh sokong hudud tetapi Umno tetap musuh PAS. DAP dan PAS mungkin berkelahi sekejap tetapi musuh kedua-duanya ialah Umno.

 Baguslah kalau Umno sudah dapat hidayah tentang hudud. Hidayah itu masih teka teki. DAP masih takutkan hudud. PKR tunggu dan lihat.

 Takut DAP tentang hudud itu seperti ia takutkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seolah-olah DEB itu untuk Melayu saja. Tetapi yang banyak untung atas DEB ialah bukan Melayu. Majoriti Melayu dapat kuah. Beberapa kerat Umno dan bukan Melayu dapat isi DEB.

 Hudud itu akan menguntungkan bukan Melayu seperti bukan Melayu mengaut keuntungan DEB. Baiknya hudud nanti ia menguntungkan Melayu dan bukan Melayu. Kalau usul PAS itu kalah kita tidak dapat buktikan bukan Islam untung dengannya kerana ia tidak dilaksanakan. Tunggulah untungnya daripada pelaksanaan hukum itu di Bandar Seri Begawan. – 1 Mei, 2014.Sumber

Biaqpila

Biaqpila


LIVE HIMPUNAN BANTAH GST

Posted: 01 May 2014 12:37 AM PDT

UNTUK LIVE MOBTV SILA KLIK DI SINI

















LAPORAN LANGSUNG


4.12pm NGO hak asasi Lawyers for Liberty mengucapkan tahniah kepada PDRM yang membantu kelancaran perhimpunan hari ini.

NGO tersebut menyiarkan gambar di Twitter menunjukkan anggota polis trafik mengawal lalulintas.

"Begitu jarang sekali. PDRM menghentikan lalu lintas demi rakyat. Syabas kerana membantu hak berhimpun," tulisnya.

4.02pm Dataran Merdeka - Guruh bergema di kawasan perhimpunan manakala awan gelap menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.

4.12pmTimbalan presiden PAS kembali ke pentas untuk meminta peserta agar tidak berganjak. Acara akan berakhir sebelum waktu solat Asar, jam 4.31 petang.

"Hujan ini hanya gimik. Kita rasa panas jadi hujan ini akan sejukkan badan kita," katanya dengan bergurau.

3.45pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berucap tidak lama lagi.

3.30pm Dataran Merdeka - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya membangkitkan bahawa kerajaan melaksana GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.

Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini.

"Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang.

"Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia," katanya.


3.10pm Dataran Merdeka - Sekumpulan pemuda Cina yang secara terbuka mengaku homoseksual turut menyertai perhimpunan.



Mereka membawa plakad dengan tulisan dalam bahasa Cina yang membawa slogan "Kami homoseksual, kami tentang GST" dan "Tidak kira saya tidur dengan siapa, saya tentang GST".



2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.



2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.



Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.



2:30pm Dataran Merdeka - Kedua-dua kumpulan, dari Jalan TAR dan Masjid Negara bergabung di Jalan Raja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.



Mereka mengibar bendera dan petugas yang membawa pembesar suara tidak putus-putus melaungkan "Merdeka" dan "Tolak GST" dengan disambut orang ramai.



2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.



Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".



Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.



Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.



2.16pm Masjid Negara - Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor untuk berarak ke Dataran Merdeka.



Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.



Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak serta di Dataran Maybank, kini mencecah 10,000 orang.



2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack.



Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa.



Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah.



1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak.



Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain.



1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".



Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur.



"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu.



Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".



Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.



Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.



"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.



1.16pm Jalan Ampang dekat KLCC - Seorang individu yang sebelum ini didakwa di mahkamah berhubung kes National Feedlot Corporation Datuk Shamsubahrin Ismail dilihat mengawal lalu lintas untuk teksi.



Menurutnya, beliau kebetulan berada di kawasan ini kerana meninjau perjalanan operasi kereta sewa miliknya di hadapan KLCC.



"Himpunan ini objektifnya bagus dan setakat ini saya lihat himpunan ini aman," katanya kepada Malaysiakini.



1pm Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.



Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.



Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang.



Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.



1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah.



12.37pm Dataran Merdeka - Dua orang pelancong China ketika ditemui berkata mereka tidak bimbang dengan kehadiran lebih 100 orang anggota polis yang mengelilingi Dataran Merdeka.



Seorang daripadanya yang enggan dikenali berkata perhimpunan tersebut menunjukkan kerajaan sedia mendengar suara rakyat.



"Kami tidak terkejut mahupun bimbang," katanya yang menambah suasana seperti itu amat jarang berlaku di China.



Walaupun kawasan padang itu ditutup, polis tetap membenarkan pelancong melepasi sekatan untuk bergambar di kawasan tersebut



12 tengahari Pulau Pinang - Perhimpunan berakhir selepas beberapa jurucakap membangkitkan isu hak pekerja di atas pentas dan juga ucapan penganjur, yang menyatakan penghargaan kepada 300 orang peserta.



Dataran Maybank, KL - Seramai 200 orang berhimpun dengan membawa kain rentang dengan slogan 'GST bebankan rakyat' dan 'Derita Derita Derita'.



Seramai kira-kira 50 orang anggota Unit Amal PAS sudahpun mengambil tempat namun pemimpin parti politik masih belum kelihatan.



KLCC - Kelihatan sekumpulan lima orang lelaki berpakaian baju-T merah dipercayai peserta himpunan hari ini berlegar-legar di kawasan air pancut Taman KLCC.



Empat orang polis berpakaian seragam tanpa lencara dilihat berkawal kira-kira lima meter dari kumpulan terbabit.



11.50am Sogo - Seramai 500 orang memenuhi di hadapan pintu masuk kompleks tersebut.



Ramai di kalangan peserta berkenaan mengambil peluang dengan dua pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin di ruang tersebut.



Selain itu, para peserta juga mengambil kesempatan untuk bersarapan di kedai roti mewah The Loaf, di perkarangan kompleks berkenaan sambil melihat-lihat kumpulan orang ramai.



11.30am: Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka - Kawasan ini ditutup dengan hadangan bongkah plastik dan kelihatan petugas DBKL beruniform berkawal di sekeliling Dataran DBKL.



11.30am Masjid Negara - Ketua Penerangan PAS Kedah Mohamad Sanusi Mohd Noor yang ditemui Malaysiakini menggesa kerajaan mengambil kira suara rakyat yang bimbang dengan peningkatan kos sara hidup.



"Kerajaan jangan buat pekak telinga. Kerajaan perlu mendengar bantahan rakyat mengenai GST.



"Banatahan seumpama akan berterusan jika kerajaan enggan mendengar... Isu sara hidup jadi isu nasional dengan getah sekerap mencecah RM1.70 sekilogram di Baling, Ikan kembung di Kedah, RM15 sekilo.



"Peningkatan yang luar biasa. Rakyat tak tahan tapi depa datang jugak tunjuk bantahan," katanya.



Menurutnya lagi, terdapat peserta yang tiba seawal malam tadi atau sebelum subuh untuk menyertai perhimpunan ini.



11.15am Sogo – Seramai kira-kira 200 orang peserta mengambil tempat di di hadapan kompleks membeli belah, manakala beberapa individu cuba mengambil kesempatan menjual barangan seperti  ikat kepala, baju-T dan topeng muka dan juga vuvuzela.



Topeng dengan corak tengkorak itu dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15. Penjualnya berkata, ia berguna bagi peserta demonstrasi yang tidak ingin dikenali.



11am Masjid Negara - Jalan masuk ke Masjid Negara ditutup kepada lalulintas. Tiga orang anggota polis trafik dilihat berkawal di pintu masuk manakala peserta perhimpunan mula berhimpun di luar masjid.



10.40am Pulau Pinang - pengerusi MTUC negeri S Ravindran menyalahkan akhbar tempatan yang didakwa memberi imej negatif ke atas perhimpunan hari ini sehingga menyebabkan tidak ramai menyertainya.



10:40am: Para peserta yang berpakaian warna merah mula berhimpun di perkarangan kompleks membeli belah Sogo. Beberapa orang anggota penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di pintu masuk utama bangunan tersebut, selain enam petugas keselamatan Sogo.



10.25am Pulau Pinang - seramai 300 orang berhimpun di persimpangan Jalan Siram dan Jalan Telaga Air, Butterworth. Mereka membawa plakad dan bendera MTUC dan melaungkan slogan 'Hidup Pekerja'.



10.20am Masjid Negara Suasana di sini meriah dengan kehadiran para peserta perhimpunan sejam jam 5 pagi. Beberapa individu dilihat membuka gerai menjual barangan dengan slogan anti-GST, termasuk baju-T berwarna merah.

MK

HIMPUNAN BANTAH GST

Posted: 30 Apr 2014 06:53 PM PDT