Khamis, 1 Mei 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Syabas Kepada Semua Himpinan Bantah GST

Posted: 01 May 2014 03:59 AM PDT



Tahniah buat semua, kita sebenarnya boleh bersatu dalam pelbagai hal yang melibatkan rakyat dan negara serta agama.

Terima kasih kepada unit amal PAS, korang memang banyak membantu kami semua.

Yang sengaja cari masalah dengan unit amal, mereka ni lah nak buat kepala huru hara dan nak merosakkan program ni.

Sekali lagi syabas kepada semua.

Himpunan 1 Mei: Lebih 25,000 bangkit bantah GST

Posted: 01 May 2014 01:54 AM PDT



May 1 2014 / Fazallah Pit

KUALA LUMPUR 1 MEI: Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapannya berkata, wanita yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang kerana golongan itu yang banyak membeli barang di pasar.

Himpunan 1 Mei yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini adalah untuk menunjukkan kuasa rakyat dan memberi amaran kepada Umno Barisan Nasional supaya membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kerajaan minoriti Umno BN gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum lalu apabila tetap berkeras menerukan cukai yang membenankan rakyat.

"Rakyat Malaysia sangat kecewa apabila kerajaan ambil langkah membebankan rakyat dengan cukai GST.

Anwar 1"Kita harus sedar apakah kesannya kepada keadaan ekonomi kita jika cukai GST dilaksanakan."

"Sebab itu hari ini kita berhimpun untuk tunjuk kuasa rakyat dan bantah pelaksanaan cukai tersebut," jelas Tian Chua di hadapan peserta himpunan di hadapan Dataran Maybank.

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.

Sementara itu Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.

KL merahKumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysa (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.

Manakala di Masjid Negara, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor.

KL1MEI3Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.

EZY

Ahli Parlimen Teluk Intan Dari DAP Meninggal Dunia

Posted: 30 Apr 2014 06:59 PM PDT



[BREAKING NEWS] Teluk Intan MP Seah Leong Peng passed away earlier this morning at UMMC.

Risalah Hina Hudud Tersebar Sekitar KL

Posted: 30 Apr 2014 05:05 PM PDT





DAP tak setuju hudud bukan sampai nak buat risalah macam ni. Kepada mereka yang jadi batu api, sila berhenti segera. Kalau tidak balasan dan azab allah akan menimpa.

Tiada ulasan: