Jumaat, 25 April 2014

dollah yankee

dollah yankee


Lepas Obama balik, mesti jumpa!

Posted: 25 Apr 2014 06:36 AM PDT



23 APRIL 2014


MH370 : Skrip Baru Sedang Dirangka?

Bhai/DeeDee semua...

Artikel ini pendek jer...

Sekadar nak highlightkan cerita dimana skrip MH370 nih nampaknyer nak ditukar dan diubah lagi...
Sebab agak tak tally dengan ketidakjumpaan wreckage/debris/kulit manggis/lampin pakai buang dan kotak hitam di
Lautan Hindi Selatan...
Hahaha... Kini diorang nak citer yang pesawat MH370 tue berjaya mendarat ngan selamat kat.....
Hahaha






RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar tanya Obama, kebebasan dan demokrasi apa...

Posted: 25 Apr 2014 08:42 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan diakhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .
Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.

Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.

Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Utusan Malaysia ramal Azmin pertahan jawatan timbalan presiden PKR

Posted: 25 Apr 2014 08:40 PM PDT



Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar yakin Azmin Ali tidak akan menemui masalah dalam mempertahankan jawatannya, memandangkan beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar yakin Azmin Ali tidak akan menemui masalah dalam mempertahankan jawatannya, memandangkan beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini meramalkan tidak ada masalah bagi penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatannya ekoran daripada sokongan kuat yang diterima daripada peringkat akar umbi berbanding calon lain, termasuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar mendakwa Azmin cukup popular di peringkat akar umbi seluruh negara dan kedudukan itu berbeza dengan Khalid yang hanya mendapat sokongan di Selangor manakala Saifuddin dilihat sekadar calon 'kacau daun'.
"Bagaimanapun, penulis diberitahu oleh sumber rapat dengan parti itu, biar apa pun cabaran dan taktik politik yang cuba digunakan musuh politik Azmin, ahli Parlimen Gombak itu dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan jawatannya," katanya dalam Utusan Malaysia hari ini.
Katanya, penyokong Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Khalid dan Saifuddin mahu melihat pemilihan PKR sebagai detik mengugurkan karier politik Azmin dalam parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Tidak perlu persetujuan PKR, DAP, cukup PAS pusat, kata timbalan MB Kelantan.!!

Posted: 25 Apr 2014 08:40 PM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan dengan PKR dan DAP mengenai penolakan mereka dengan hudud, namun apa yang paling penting ialah persetujuan daripada PAS pusat. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih belum ada perbincangan yang dibuat kerajaan negeri bersama PKR dan DAP mengenai penolakan dua parti pak‎atan itu untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Mohd Amar, bagi kerajaan negeri, paling diutamakan adalah persetujuan daripada PAS pusat.
"Kita belum berbincang apa-apa lagi, dia (PKR, DAP) hendak bercakap, cakaplah lagipun kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum kita bincangkan apa-apa lagi.
"‎Paling penting kita jumpa PAS pusat dan mereka sudah bersetuju, itu sudah cukup," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.
‎Beliau juga berkata tiada perpecahan yang boleh berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PKR dan DAP bijak mengambil pendirian mengenai isu hudud.
"Jika sebaliknya berlaku, ia akan membawa kepada keretakan hubungan, kita berharap PKR dan DAP bertindak bijaksana.
"Sebagai sebuah parti, kita tidak tahu apa respons mereka dan kita akan meminta pimpinan PAS pusat bawa perkara itu kepada pimpinan PKR," katanya.
Berikutan daripada hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen, ia mendapat tentangan daripada PKR dan DAP.
Kerana kritikan keras yang dikeluarkan parti PR, terutamanya DAP, ia menimbulkan khabar angin bahawa isu tersebut bakal membawa perpecahan kepada tiga parti gabungan tersebut.
Menurut Mohd Amar, kerajaan negeri juga sudah bertindak berjumpa dengan pemimpin PR sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi berbincang mengenai pelaksanaan hududd.
Read More / Baca Lagi >>

HUDUD: Umno dan Najib bersandiwara dan main wayang lagi ?

Posted: 25 Apr 2014 04:17 PM PDT

Semua orang tahu Umno dan Najib bermain wayang. Jika mantan presiden PAS Ust Fadzil Noor, perkara macam ini dianggap sebagai 'sandiwara Umno'. Ini adalah gara-gara penerimaan Umno dan kerajaan dalam perlaksanaan hukum Hudud di negara ini, khasnya bagi negeri Kelantan.
Kelantangan dan kepura-puraan Umno dalam hal ini dan menjadikan Islam sebagai barang permainan dalam politik adalah sudah dijangkakan.Terlalu banyak alasan dan helah yang diberikan. Pada kali ini kata Najib dan Umno . Mereka mahu melihat 'dulu apa cadangan PAS' dan apa isi Hudud PAS yang cuba dibentangkan kepada Umno. Begitulah UMno dan kerajaan Umno serta Najib dalam melayan hukum Allah ini.
Persepsi dan bagi Umno Hukum Hudud ada 2. Satu adalah kehendak AL Quran yang macam Umno sedangkan tangguhkan, satu lagi hukum Hudud adalah hasil rekayasa oleh PAS. Hukum Hudud ala PAS yang dilihat extream dan amat menakutkan terlalu konsevertif dan ortodok saja lagak dan gayanya yang mana amat mengerikan serta mengerunkan semua pihak dan manusia di bumi Malaysia ini.
Hudud Umno adalah hudud yang simple , liberal dan tidak menakutkan masyarakat bukan Islam. Inilah bentk pemikiran Najib 1Malaysia.

 Umno Mahu Tahu Hudud PAS - Najib
KUALA LUMPUR: Umno terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai cadangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Kita memerlukan politik baru sebelum terlambat

Posted: 25 Apr 2014 04:05 PM PDT

DAP meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika masih bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kerana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat yang menggabungkan 3 buah parti termasuk PAS. Selain dari DAP banyak parti-parti lain seperti MCA dan beberapa buah parti di Sabah dan Sarawak juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud itu.
DAP berpendapat PAS tidak seharusnya berpendirian untuk mendapatkan semua kehendaknya, disamping mendapat sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat tetapi tidak bersetuju dengan pendirian PR dalam isu hudud. Kata Pengerusi Organisasi DAP, dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Itu benar kerana politik itu hidup dan selalu berubah-ubah keadaan dan situasinya.
Semasa berdebatan diantara Setiausaha Agong DAP dengan Chuah Soi Lek beberapa ketika dahulu, DAP telah mempertahankan perhubungannya dengan PAS kerana isu hudud itu menjadi isu hangat yang dipermainkan oleh MCA. Lim Guan Eng dengan jelas memberitahu hadirin dan masyarakat awam yang DAP menghormati perjuangan bangsa dan agama lain dan itu pun sebabnya ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam keadaan akhir-akhir ini DAP nampaknya sangat keras menentang apa yang hendak dilakukan oleh PAS dan janjinya untuk menghormati perjuanmgan bangsa dan agama lain sudah jelas bukanya janji yang mudah dikotakan oleh parti yang dikuasai oleh kaum Cina itu. Jadi betullah kata pemimpin DAP itu yang dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia digesa berdemonstrasi secara aman tanpa takut

Posted: 25 Apr 2014 04:03 PM PDT


Dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, Malaysia dikatakan buat pertama kali mempertahankan kebebasan berhimpun. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014.  
Dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, Malaysia dikatakan buat pertama kali mempertahankan kebebasan berhimpun. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. Orang ramai kini boleh berdemonstrasi secara aman tanpa takut berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, menurut peguam hak asasi manusia dan penggubal undang-undang.
Mereka berkata keputusan sebulat suara panel tiga hakim selaras dengan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak untuk berhimpun secara aman.
Ini bermakna perhimpunan anti-GST pada 1 Mei tidak boleh dikatakan "haram" dan orang ramai tidak perlu bimbang sebarang tindakan diambil terhadap mereka melainkan mereka memusnahkan harta awam atau melakukan jenayah.
Para peguam turut menghormati keputusan para hakim kerana bersedia mempertahankan undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak asasi bagi semua rakyat Malaysia.
Penghakiman juga mengatakan mereka yang menggangu ketenteraman awam hanya boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan, Akta Pengangkutan Jalan atau undang-undang kerajaan tempatan.
Dalam mengisytiharkan hukuman mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman (PAA) tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan hak berhimpun secara aman, mahkamah juga membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.
Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, menghadapi risiko didenda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 9 (5) PAA 2012, serta kemungkinan hilang kelayakan daripada semua jawatan awam dipegangnya.
Perhimpunan itu diadakan untuk membantah dakwaan penipuan besar-besaran dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) yang menyaksikan pemerintah Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan kesan penghakiman tersebut adalah peruntukan lain dalam PAA untuk menghukum pesalah dan adalah tidak berperlembagaan.
"Mereka yang didakwa mengikut peruntukan lain kemungkinan besar akan dibebaskan kerana prinsip penghakiman itu adalah kerajaan tidak boleh menghukum sesiapa menggunakan PAA," katanya.
Naib Presiden PKR, N Surendran dalam memuji penghakiman tersebut sebagai bersejarah mengatakan buat pertama kali selepas negara merdeka selama 57 tahun, kebebasan berhimpun dipertahankan di Malaysia.
"Ini merupakan satu sejarah dan kegelapan bagi autoritarianisme.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: Nombor 2 Cerminan Bakal Presiden PKR

Posted: 25 Apr 2014 03:54 PM PDT

'KUASA ketiga' yang cuba diwujudkan oleh calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini dilihat seolah-olah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya.
Malah beliau sendiri bagaikan hanyut dalam drama pertembungan kuasa menentang Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan nombor dua tertinggi dalam parti.

Buktinya sejak awal berkempen, Saifuddin mengambil pendekatan untuk menyerang dua lawan utamanya iaitu Mohamed Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi media arus perdana, malah serangan itu terutama terhadap Mohamed Azmin semakin lantang apabila beliau secara sinis mempersoalkan kesetiaan penyandang jawatan Timbalan Presiden itu terhadap parti.

Sejak dari itu, ramai pengikut setia PKR mula meragui dan mempersoalkan mengenai idea kuasa ketiga yang cuba diketengahkan Saifuddin.

"Kuasa ketiga sepatutnya lebih neutral, lebih cool daripada yang lain. Tapi nampaknya ia berbeza dengan apa yang ditunjukkan Saifuddin.

"Beliau kelihatan lebih agresif menyerang Khalid dan Azmin. Nampaknya Saifuddin gagal menzahirkan imej cool dan bersahajanya...apatah lagi ketika berhadapan kempen licik kem Azmin," kata seorang pemimpin PKR dari Selangor.

Ramalan awal bahawa kononnya pemilihan kali ini hanya berkisar soal pertembungan kepentingan politik antara Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Abdul Khalid yang menduduki takhta Menteri Besar Selangor sebenarnya tidak berlaku.

Aura Presiden

Berbanding ketika pertama kali menang jawatan Timbalan Presiden pada 2010, Mohamed Azmin sebenarnya berhadapan ujian paling kritikal dalam pemilihan kali ini.

Selain soal maruah khususnya bagi membuktikan beliau masih releven dan diperlukan dalam parti, kemenangan ini juga sebenarnya akan membuka laluan kepadanya dalam PKR untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Maksudnya, pemilihan jawatan Timbalan Presiden pada tahun ini merupakan cerminan atau bayangan awal kepada calon bakal presiden baru PKR selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: Ramachandran Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden PKR

Posted: 25 Apr 2014 03:52 PM PDT

Ramachandran NEWPETALING JAYA: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk K. Ramachandran pada Jumaat menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul.
Beliau berkata, JPP menerima surat bertarikh 25 April 2014 daripada Ramachandran berhubung penarikan diri itu.
"JPP telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan akhirnya menerima penarikan diri calon tersebut.
"Oleh itu, dengan ini mengumumkan bahawa Datuk K. Ramachandran telah menarik diri dan tidak lagi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Johari berkata, para petugas JPP yang mengendalikan proses pengundian pada Sabtu akan diberi arahan untuk membatalkan nama Ramachandran dalam buku calon di semua pusat mengundi.
Penarikan diri Ramachandran sebagai calon dalam pemilihan parti menyaksikan beliau kehilangan wang deposit pencalonan RM5,000.
Perebutan jawatan Timbalan Presiden kini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, yang akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Laporan awal MH370 hanya data awal, tiada ‘apa-apa menarik’, kata Hishammuddin

Posted: 25 Apr 2014 03:46 PM PDT


Laporan awal kehilangan pesawat MH370 sudah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Gambar fail The Malaysian Insider.Laporan awal kehilangan pesawat MH370 sudah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Gambar fail The Malaysian Insider.Hasil laporan awal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dijangka dikeluarkan minggu depan dan hanya mengandungi data awal dan tiada "apa-apa menarik", kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, laporan itu diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.
"Tetapi bagaimanapun saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Kerajaan akan keluarkan laporan awal minggu depan, kata Najib

Posted: 25 Apr 2014 03:46 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac mengumumkan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac mengumumkan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.Dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya, hari ini.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara laut China selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

Posted: 25 Apr 2014 03:44 PM PDT


Anggota polis berkawal di depan Kedutaan Malaysia di Beijing berikutan ahli keluarga penumpang MH370 mengadakan protes, hari ini. Gambar Reuters.Anggota polis berkawal di depan Kedutaan Malaysia di Beijing berikutan ahli keluarga penumpang MH370 mengadakan protes, hari ini. Gambar Reuters.Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh ahli keluarga penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.
Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.
"Seramai 10 kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 ahli keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.
"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S Kalaichelven diserang seorang ahli keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.
Read More / Baca Lagi >>

Tim Taylor on the latest in the search for Flt. 370

Posted: 25 Apr 2014 03:34 PM PDT

Protests in Philippines, Malaysia ahead of Obama's visit

Posted: 25 Apr 2014 03:33 PM PDT

Why didn't the MH370 emergency beacons send signals?

Posted: 25 Apr 2014 03:32 PM PDT

Skandal geran MOSTI: PM & Menteri wajar buat akuan bersumpah

Posted: 25 Apr 2014 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 APR: Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri dan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi membuat akuan bersumpah bahawa surat sokongan pemberian dana kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd adalah palsu.
Rafizi dalam kenyataannya semalam berkata, penafian Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah tidak wajar kerana senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010.
"Sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.
"Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010," kata Rafizi.
Abu Bakar sebelum ini mempersoalkan kesahihan surat dan dokumen yang didedahkan Rafizi melibatkan MOSTI, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.
Rafizi turut memberikan pautan laman web NSE Resources Corporation, dengan rekod menyebut bahawa syarikat itu mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

MAS staff detained by angry relatives in China, says airline

Posted: 25 Apr 2014 07:19 AM PDT


Family members (front) of passengers aboard missing Malaysia Airlines flight MH370 gather for a sit-in protest as security personnel stand guard outside the Malaysian embassy in Beijing, early today. MAS has confirmed that angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing. – Reuters pic, April 25, 2014. 
Family members (front) of passengers aboard missing Malaysia Airlines flight MH370 gather for a sit-in protest as security personnel stand guard outside the Malaysian embassy in Beijing, early today. MAS has confirmed that angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing. – Reuters pic, April 25, 2014.Angry relatives of people missing on Malaysia Airline flight MH370 held some members of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing, the airline said today.
The jetliner vanished on March 8 with 239 people on board while on a flight from Kuala Lumpur to Beijing. Many of the passengers were from China and their relatives have grown increasingly frustrated with the failure of a multinational search to find any trace of the plane.
More than 200 family members held 10 Malaysian Airline staff after a briefing at a Beijing hotel, only releasing them early today, the airline said.
"Malaysia Airlines confirms that its staff were held at the Lido Hotel ballroom in Beijing by the family members of MH370 as the families expressed dissatisfaction in obtaining details of the missing aircraft," the airline said.
Read More / Baca Lagi >>

Australia plans to widen fruitless MH370 search

Posted: 25 Apr 2014 07:18 AM PDT


The Phoenix International Autonomous Underwater Vehicle (AUV) Artemis, also known as the Bluefin-21, is prepared for deployment from the Australian Defence Vessel Ocean Shield in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 in the Southern Indian Ocean in this undated picture released on April 21, 2014 by the Australian Defence Force. – Reuters pic, April 25, 2014. 
The Phoenix International Autonomous Underwater Vehicle (AUV) Artemis, also known as the Bluefin-21, is prepared for deployment from the Australian Defence Vessel Ocean Shield in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 in the Southern Indian Ocean in this undated picture released on April 21, 2014 by the Australian Defence Force. – Reuters pic, April 25, 2014.Australian authorities said today they would widen the underwater hunt for missing flight MH370, as the deep-sea search for wreckage at the suspected crash site neared completion with no results.
Mini-submarine Bluefin-21 has scanned 95% of its initial search area in the Indian Ocean, far off western Australia, without making any "contacts of interest" the Perth-based search coordination centre said today.
"If no contacts of interest are made, Bluefin-21 will continue to examine the areas adjacent" to the current search zone, the statement said.
The unmanned Bluefin's current search area covers a 10-kilometre radius around the point where a signal consistent with those from an airplane black box was detected, the statement added.
"We are currently consulting very closely with our international partners on the best way to continue the search into the future," it said.
The Beijing-bound Malaysia Airlines flight with 239 people aboard disappeared shortly after take-off from Kuala Lumpur on March 8.
Based on satellite data analysis, it is believed to have veered far off course and crashed into a remote area of the southern Indian Ocean.
Many family members, especially those in China – two-thirds of the passengers were Chinese – have for weeks bitterly accused Malaysia of a secretive and incompetent MH370 response.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Radar Tentera Kesan Pesawat Pada Malam Kejadian Akui Najib

Posted: 25 Apr 2014 06:53 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RazakPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RazakKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata radar tentera ada mengesan pesawat terbang merentas
Semenanjung Malaysia pada malam kehilangan pesawat MH370, "tetapi tafsiran dilakukan selepas kejadian itu".
Dalam temubual bersama CNN semalam, Najib berkata ketika itu tidak diketahui sama ada ia MH370 dan tiada pesawat dihantar untuk menyiasat "kerana ia dianggap bukan ancaman" dan "bergerak seperti penerbangan komersial lain yang mengikuti laluan penerbangan biasa".
Katanya, kehilangan pesawat MH370 adalah "amat, amat berbeza" daripada nahas pesawat SilkAir pada 1997 dan pesawat Air France pada 2009.
"Ini belum pernah berlaku," katanya.
Perdana Menteri berkata, hanya ada isyarat "ping" dan "handshakes" dengan satelit sebagai petunjuk.
"Itu sudah kita kaji secara mendalam. Itu saja yang kita ada," katanya.

MH370: Manggis Dan Lithium ion Itu Siapa Yang Punya?

Posted: 25 Apr 2014 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat.

"Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

"Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan

Posted: 25 Apr 2014 06:49 AM PDT


Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar...

Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis.

Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu.

Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu.

Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini.

Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni.

Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.

Read More / Baca Lagi >>

MMA cadang PAS Kelantan guna penjual daging potong tangan pesalah hudud

Posted: 25 Apr 2014 06:44 AM PDT


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata persatuan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk laksana hudud pada sidang media di pejabat MMA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 April, 2014.Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat  pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.
Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.
"Prosedur (potong tangan) sangat rumit.
"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.
"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Kelantan Sudah Masuk Jerat? UMNO tersenyum lebar..!!

Posted: 25 Apr 2014 06:41 AM PDT

Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kenyataan itu satu perkembangan yang amat positif dan akan memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk melaksanakan hukum tersebut.    
Beliau berharap dengan kenyataan Perdana Menteri semalam akan memudahkan kerajaan negeri Kelantan membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.  
Kenyataan itu juga boleh memberi satu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno, akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Ilmu di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Banggol Judah di sini, hari ini.    
Read More / Baca Lagi >>

Suhakam mahu dibenar buat lawatan mengejut ke tempat tahanan

Posted: 25 Apr 2014 06:38 AM PDT


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda Akta Suhakam 1999 bagi membolehkan mereka menjalankan 'lawatan mengejut' ke tempat tahanan secara berkala.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar), berkata cadangan itu merupakan antara sembilan pindaan yang disyorkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata, buat masa ini mereka perlu memberi notis kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sekiranya ingin membuat sebarang lawatan ke tempat tahanan.
"Kadang-kadang ada masanya notis tidak sempat diberikan kerana aduan diterima lebih awal daripada keluarga tahanan. 
"Kita berharap agar perkara itu dapat dibincangkan supaya memudahkan kita menjalankan tugas dengan melakukan lawatan mengejut," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Suhakam 2013 di Kuala Lumpur, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: Hampir 500 ribu ahli PKR mengundi mulai esok

Posted: 25 Apr 2014 06:00 AM PDT

Semua jawatan ditandingi kecuali jawatan Presiden yang dimenangi oleh Dr Wan Azizah apabila suaminya menarik diri

johari abdul

KUALA LUMPUR:   Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengundi mulai esok untuk memilih barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Jawatankuasa Cabang parti bagi penggal 2014-2017.
Pengundian yang diadakan mengikut zon negeri itu akan memilih Timbalan Presiden, empat Naib Presiden, 20 anggota MPP serta kepimpinan di peringkat sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan.
Jawatan Presiden PKR dimenangi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menang tanpa bertanding, selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu, Selasa lepas.
Seramai 247 calon sah bertanding merebut pelbagai jawatan parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Datuk Johari Abdul (gambar)  dipetik sebagai berkata seramai 496,923 anggota parti layak mengundi barisan kepimpinan parti yang diadakan secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei ini.
Daripada 222 cabang seluruh negara, anggota PKR di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak menjadi negeri terawal yang akan mengundi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, empat calon menawarkan diri merebut jawatan itu termasuk penyandangnya Mohamed Azmin Ali. Tiga calon lain ialah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota cabang Hulu Selangor Datuk K. Ramachandran.
Perebutan bagi jawatan nombor dua parti dilihat sengit antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.
Siapakah yang bakal mengisi kerusi timbalan presiden, dilihat sangat penting bagi menyokong dan membantu presiden dalam menjayakan misi serta visi parti, yang sudah 15 tahun berada dalam arus perdana politik sejak ditubuhkan pada 1999.
Bagi jawatan Naib Presiden, 14 calon layak bertanding termasuk penyandangnya Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Tian Chua dan Datuk Dr Mansor Othman.
Diisi
Jawatan naib presiden yang memperuntukkan secara keseluruhannya tujuh kerusi, empat kerusi diisi oleh mereka yang dipilih menerusi proses pemilihan manakala tiga lagi secara lantikan oleh presiden parti.
Read More / Baca Lagi >>

Pelajar mahu kenyataan rasmi pembatalan penutupan AiU

Posted: 25 Apr 2014 05:58 AM PDT

Kira-kira 200 pelajar bimbang perkara sama akan berulang selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak universiti. 

ALOR SETAR: Para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini mahu pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan rasmi
berhubung pembatalan penutupan universiti itu.
AIUWakil pelajar Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi berkata kira-kira 200 pelajar yang masih meneruskan pengajian di universiti itu bimbang perkara sama
(langkah penutupan) akan berulang selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak universiti.
Beliau yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer berkata  Naib Canselor Interim AiU, Prof Nor Adnan Yahya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu kepada mereka.
"Kami bimbang perkara seumpama ini berlaku semula terhadap baki pelajar yang ada di universiti itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda Umno Kedah hari ini.
Semalam Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan pihak pengurusan AiU menarik semula penutupan operasinya dengan menghantar sepucuk surat kepada kementeriannya dua hari lalu.
AiU mahu teruskan operasi
   
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN

Posted: 25 Apr 2014 03:29 PM PDT

BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN

JIKA TS Khalid berjanji di Kuantan bahawa sekiranya beliau menang Kerusi Timbalan Presiden PKR, beliau akan pastikan di dalam PRU 14 akan datang tiada lagi masalah calon "payung terjun".  Ertikata lain, suara akar umbi akan didengar.  Maknanya, sedikit betul apa yang aku selalu sebut bahawa isu calon "payung terjun" ini lah yang menjatuhkan markah Azmin sekarang.
Jika TS Khalid berjanji sedemikian, sebenarnya itulah yang lebih awal dijanjikan oleh Saifuddin Nasution salah seorang calon yang menawarkan diri merebut Kerusi Timbalan Presiden.  Saifuddin teramat arif tentang isu calon "payung terjun" ini kerana beliau bertugas di Ibu Pejabat parti selaku Setiausaha Agung.  Terbukti, dua calon yang menjadi saingan Azmin sekarang mengaku bahawa isu calon "payung terjun" membuatkan ramai yang marah, berkecil hati bahkan ada yang keluar dari parti.
Prestasi TS Khalid selaku MB Selangor memang baik, lebih baik dari Khir Toyo tentunya.  Bagaimana pula dengan PKR di Selangor di era TS Khalid?  Kita masih ingat kisah seawal pentadbiran TS Khalid di Selangor, ada pejabat Cabang yang hampir disita kerana tidak membayar sewa pejabat.  Ada pejabat yang diputuskan bekalan api kerana tidak membayar bil.  Pelik, PKR di negeri kaya ini boleh berlaku sedemikian.  
Siapa boleh nafikan masih ada lagi kontraktor-kontraktor yang berjiwa Umno berlakun menyokong PR hanya kerana mahu kontrak di Selangor?  Lemahnya TS Khalid adalah bacaan politiknya, terutama strategi politik dari musuh iaitu Umno.  Beliau mula memasuki pejabat MB Selangor, kita dikejutkan dengan kisah kamera tersembunyi di dalam pejabat beliau.  Mungkin TS Khalid tidak kisah semua ini kerana baginya tidak perlu takut kepada kamera tersembunyi kerana beliau tidak lakukan apa-apa yang tidak betul di dalam pejabatnya.  Sehingga kini kes itu senyap.  Ertinya, tiada kepekaan langsung.  Bukan masalah beliau lakukan atau tidak perkara tidak baik di dalam pejabatnya, tetapi kita harus ingat bahawa sudah ada 'orang dalam' yang ingin sabotaj atau menjadi pengintip beliau.  TS Khalid mungkin tidak membaca semua ini.
 
Kita ingat lagi kisah JAIS serbu Gereja kononnya ada aktiviti memurtadkan orang Islam di Selangor.  Peliknya, MB Selangor tidak tahu ada serbuan dilakukan kecuali setelah ianya berlaku dan kecuh.  Exco pun tiada yang tahu peristiwa serbuan itu, sedangkan JAIS adalah di bawah pentadbiran Negeri Selangor.  Maka, peristiwa serbuan itu menjadi kontroversi yang hebat.  Bukan sekali, berlaku lagi di mana sekali lagi JAIS serbu gereja untuk merampas Kitab Bibble yang dikatakan terkandung Kalimah Allah.  Peliknya, kitab Bibble itu ada cop KDN yang meluluskan percetakannya.  Pedulikan tentang cop itu, tapi jelas JAIS sekali lagi membelakangkan MB Selangor dan Kerajaan Negeri.  Maka, kontroversi berlaku lagi.  Lemahnya TS Khalid berdepan dengan JAIS ini.
 
Isu pemecatan Azmin di dalam kemelut PKNS.  Pening sungguh memikirkannya.  Pihak PKNS kata dapat kebenaran TS Khalid, manakala TS Khalid kata beliau tidak tandatangan pun surat pecat Azmin.  Habis, mengapa dibiarkan saja jika sungguh beliau tidak pecat Azmin?  Mengapa bila kumpulan Azmin sudah kecuh baru TS Khalid bersuara dan meng'kambing hitam'kan beberapa pegawai di dalam PKNS?  Kemelut PKNS gagal ditangani oleh TS Khalid dengan bijak.  Sebab apa gagal, sebabnya beliau dan Azmin tidak pernah tidak 'berkelahi'.  Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
 
MOu berkaitan air di Selangor ternyata sesuatu yang memalukan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.  Bayangkan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkan sedikit pun kepada Anwar sebelum beliau tandatangan MOu berkenaan.  Ini ditegur secara penuh hikmah oleh Anwar.  Sebelum ini pun banyak kali Anwar tegur TS Khalid di dalam konvensyen atau kongres parti.  Anwar ada menyatakan TS Khalid seorang yang setia mendengar tetapi lambat bertindak.  Anwar mahu kepentingan parti diseimbangkan dengan kepentingan negeri kerana parti lah yang mengangkat TS Khalid di Kerusi MB Selangor itu.  Jangan buat PKR di Selangor seperti peminta sedekah.
 
Mungkin ramai yang tidak setuju bila ada yang kata TS Khalid ini 'kedekut".  Tambah pula selepas beberapa negeri mengadakan jamuan makan di hotel bersama beliau sepanjang kempen pemilihan ini.  Jika kedekut, tidak merasa makan di hotel.  Aku tidak tahu pasal kedekut ini, cuma yang aku tahu Selangor di bawah TS Khalid umpama sebuah syarikat.  Satu sen di minta oleh parti, mesti mahu kertas kerja.  Aku tidak pasti samada jamuan di hotel ini pun telah buat kertas kerja terlebih dahulu.  Mungkin Faekah boleh jawab isu ini. 
Mudah saja.  Azmin dan TS Khalid memakan masa untuk berbaik samada salah seorang di antara mereka menang atau kalah.  Jadi, usah pening kepala maka kita pilih yang tidak bercakaran iaitu Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.  Biarkan Azmin dan TS Khalid berbalah di luar sana.

Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

Posted: 25 Apr 2014 07:14 AM PDT

Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

25 April 2014

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA


bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak
buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran

  • Minggu ini  akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.
  • Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri  pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.
serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama


  • Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.
  • Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.

contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik
ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut
  • Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.
Ramai tidak lupa ketika rakyat 'all out' untuk kempen melawan penipuan PRU
 'Blackput 505' , Azmin sanggup mencurah air ke api kebangkitan rakyat hanya kerana kecewa selepas
PRU kononya Anwar tidak tunai janji mengenai jawatan MB
  • Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.
  • Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.
adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB


  • Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat. 

Azmin mengamalkan politik matang? Lihat sahaja bagaimana dia berbalas masej di media sosial secara terbuka dengan 'budak - budak' nya. Tanpa susah meneka andartu yang dimaksudkan ialah Faekah dan orang tua yang suka andartu itu ialah Khalid Ibrahim.



  •  Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. (klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.
  • Sampai bila parti  yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.
  • Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.
  • Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. 

Sekian.

tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan

Posted: 25 Apr 2014 04:07 AM PDT



Menteri Besar 2014 Gugur
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap "agak panas" dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi….
Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti "cacing kepanasan" apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..?
Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.

Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?

  1. Menteri Besar Johor (Khaled Nordin)
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan)
  3. Menteri Besar Perak (Zambry Kadir)
  4. Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said)
  5. Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob)
  6. Menteri Besar Perlis (Azlan Man)
  7. Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir)
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya "beranikah" Datuk Seri Najib Razak  mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku…
Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu
  • Kem Mat Said
  • Kem Idris Jusoh yang tidak disenangi Sultan Terengganu
Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan "jawatan baru"…..

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?

  • "Geng Idris Jusoh" menemplak tindakan kem Ahmad Said yang telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat.
  • Kem Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
  • Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat
  • Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan.
Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan "think out of the box".
Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai "musuh dalam berselimut" yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan "sisa-sisa kotor" terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan.
P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini!
PP/S : Berdasarkan pemerhatian anda, mana satu baik Ketua Menteri mahupun menteri besar di Malaysia yang berjaya mencatatkan prestasi membanggakan setakat ini? Mengapa? Buktinya?

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

Posted: 25 Apr 2014 04:00 AM PDT

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

(Azuan Ab Rahman)
rafizi_pkrHQ_MostiPETALING JAYA 21 APR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan projek komersial.
Menurut Rafizi, hasil kajian dibuat menunjukkan pemberian geran kepada syarikat NSE Resources Corporaton (M) Sdn Bhd
Tindakan itu kata Rafizi bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI.
"Setelah kaji, kita dapati ianya diberikan tanpa patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Lebih dari itu pemberian geran kepada Syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.
"Selalunya kalau nak buat projek komersial, pembiayaan selalunya datang dalam bentuk pinjaman mudah.
"Bukan dengan penganugerahan geran penyelidikan," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Pada sidang media tersebut juga, Rafizi mengedarkan salinan surat rasmi kementerian tersebut yang menyatakan persetujuan kepada permohonan syarikat tersebut untuk permohonan geran pembangunan.
Najib_Arah_Bagi_Geran_RM100jTambahnya, oleh kerana jumlah pembiayaan tersebut diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat terbabit berkemungkinan tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan.
Pendedahan tersebut menunjukkan bagaimana berlakunya campur tangan dan arahan bagi menyalahgunakan dana awam dari peruntukan geran R&D MOSTI bernilai RM1.1 bilion.
"Kita menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC yang bukan bersifat geran pun tidak dibayar balik kepada kerajaan.
"Apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan dalam bentuk geran.