WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN
- Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata
- Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan
- Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil
BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN Posted: 25 Apr 2014 03:29 PM PDT BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDINJIKA TS Khalid berjanji di Kuantan bahawa sekiranya beliau menang Kerusi Timbalan Presiden PKR, beliau akan pastikan di dalam PRU 14 akan datang tiada lagi masalah calon "payung terjun". Ertikata lain, suara akar umbi akan didengar. Maknanya, sedikit betul apa yang aku selalu sebut bahawa isu calon "payung terjun" ini lah yang menjatuhkan markah Azmin sekarang. Jika TS Khalid berjanji sedemikian, sebenarnya itulah yang lebih awal dijanjikan oleh Saifuddin Nasution salah seorang calon yang menawarkan diri merebut Kerusi Timbalan Presiden. Saifuddin teramat arif tentang isu calon "payung terjun" ini kerana beliau bertugas di Ibu Pejabat parti selaku Setiausaha Agung. Terbukti, dua calon yang menjadi saingan Azmin sekarang mengaku bahawa isu calon "payung terjun" membuatkan ramai yang marah, berkecil hati bahkan ada yang keluar dari parti. Prestasi TS Khalid selaku MB Selangor memang baik, lebih baik dari Khir Toyo tentunya. Bagaimana pula dengan PKR di Selangor di era TS Khalid? Kita masih ingat kisah seawal pentadbiran TS Khalid di Selangor, ada pejabat Cabang yang hampir disita kerana tidak membayar sewa pejabat. Ada pejabat yang diputuskan bekalan api kerana tidak membayar bil. Pelik, PKR di negeri kaya ini boleh berlaku sedemikian. Siapa boleh nafikan masih ada lagi kontraktor-kontraktor yang berjiwa Umno berlakun menyokong PR hanya kerana mahu kontrak di Selangor? Lemahnya TS Khalid adalah bacaan politiknya, terutama strategi politik dari musuh iaitu Umno. Beliau mula memasuki pejabat MB Selangor, kita dikejutkan dengan kisah kamera tersembunyi di dalam pejabat beliau. Mungkin TS Khalid tidak kisah semua ini kerana baginya tidak perlu takut kepada kamera tersembunyi kerana beliau tidak lakukan apa-apa yang tidak betul di dalam pejabatnya. Sehingga kini kes itu senyap. Ertinya, tiada kepekaan langsung. Bukan masalah beliau lakukan atau tidak perkara tidak baik di dalam pejabatnya, tetapi kita harus ingat bahawa sudah ada 'orang dalam' yang ingin sabotaj atau menjadi pengintip beliau. TS Khalid mungkin tidak membaca semua ini. Kita ingat lagi kisah JAIS serbu Gereja kononnya ada aktiviti memurtadkan orang Islam di Selangor. Peliknya, MB Selangor tidak tahu ada serbuan dilakukan kecuali setelah ianya berlaku dan kecuh. Exco pun tiada yang tahu peristiwa serbuan itu, sedangkan JAIS adalah di bawah pentadbiran Negeri Selangor. Maka, peristiwa serbuan itu menjadi kontroversi yang hebat. Bukan sekali, berlaku lagi di mana sekali lagi JAIS serbu gereja untuk merampas Kitab Bibble yang dikatakan terkandung Kalimah Allah. Peliknya, kitab Bibble itu ada cop KDN yang meluluskan percetakannya. Pedulikan tentang cop itu, tapi jelas JAIS sekali lagi membelakangkan MB Selangor dan Kerajaan Negeri. Maka, kontroversi berlaku lagi. Lemahnya TS Khalid berdepan dengan JAIS ini. Isu pemecatan Azmin di dalam kemelut PKNS. Pening sungguh memikirkannya. Pihak PKNS kata dapat kebenaran TS Khalid, manakala TS Khalid kata beliau tidak tandatangan pun surat pecat Azmin. Habis, mengapa dibiarkan saja jika sungguh beliau tidak pecat Azmin? Mengapa bila kumpulan Azmin sudah kecuh baru TS Khalid bersuara dan meng'kambing hitam'kan beberapa pegawai di dalam PKNS? Kemelut PKNS gagal ditangani oleh TS Khalid dengan bijak. Sebab apa gagal, sebabnya beliau dan Azmin tidak pernah tidak 'berkelahi'. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. MOu berkaitan air di Selangor ternyata sesuatu yang memalukan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim. Bayangkan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkan sedikit pun kepada Anwar sebelum beliau tandatangan MOu berkenaan. Ini ditegur secara penuh hikmah oleh Anwar. Sebelum ini pun banyak kali Anwar tegur TS Khalid di dalam konvensyen atau kongres parti. Anwar ada menyatakan TS Khalid seorang yang setia mendengar tetapi lambat bertindak. Anwar mahu kepentingan parti diseimbangkan dengan kepentingan negeri kerana parti lah yang mengangkat TS Khalid di Kerusi MB Selangor itu. Jangan buat PKR di Selangor seperti peminta sedekah. Mungkin ramai yang tidak setuju bila ada yang kata TS Khalid ini 'kedekut". Tambah pula selepas beberapa negeri mengadakan jamuan makan di hotel bersama beliau sepanjang kempen pemilihan ini. Jika kedekut, tidak merasa makan di hotel. Aku tidak tahu pasal kedekut ini, cuma yang aku tahu Selangor di bawah TS Khalid umpama sebuah syarikat. Satu sen di minta oleh parti, mesti mahu kertas kerja. Aku tidak pasti samada jamuan di hotel ini pun telah buat kertas kerja terlebih dahulu. Mungkin Faekah boleh jawab isu ini. Mudah saja. Azmin dan TS Khalid memakan masa untuk berbaik samada salah seorang di antara mereka menang atau kalah. Jadi, usah pening kepala maka kita pilih yang tidak bercakaran iaitu Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru. Biarkan Azmin dan TS Khalid berbalah di luar sana. | ||||||||||||
Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata Posted: 25 Apr 2014 07:14 AM PDT Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mataPEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA
Sekian. tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat) | ||||||||||||
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan Posted: 25 Apr 2014 04:07 AM PDT Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini. Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap "agak panas" dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi…. Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti "cacing kepanasan" apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..? Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri. Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya "beranikah" Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku… Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan "jawatan baru"….. Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan. Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan "think out of the box". Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai "musuh dalam berselimut" yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan "sisa-sisa kotor" terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan. P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini! PP/S : Berdasarkan pemerhatian anda, mana satu baik Ketua Menteri mahupun menteri besar di Malaysia yang berjaya mencatatkan prestasi membanggakan setakat ini? Mengapa? Buktinya? | ||||||||||||
Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil Posted: 25 Apr 2014 04:00 AM PDT Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil(Azuan Ab Rahman)PETALING JAYA 21 APR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan projek komersial. Menurut Rafizi, hasil kajian dibuat menunjukkan pemberian geran kepada syarikat NSE Resources Corporaton (M) Sdn Bhd Tindakan itu kata Rafizi bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI. "Setelah kaji, kita dapati ianya diberikan tanpa patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Lebih dari itu pemberian geran kepada Syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta. "Selalunya kalau nak buat projek komersial, pembiayaan selalunya datang dalam bentuk pinjaman mudah. "Bukan dengan penganugerahan geran penyelidikan," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Pada sidang media tersebut juga, Rafizi mengedarkan salinan surat rasmi kementerian tersebut yang menyatakan persetujuan kepada permohonan syarikat tersebut untuk permohonan geran pembangunan. Tambahnya, oleh kerana jumlah pembiayaan tersebut diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat terbabit berkemungkinan tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan. Pendedahan tersebut menunjukkan bagaimana berlakunya campur tangan dan arahan bagi menyalahgunakan dana awam dari peruntukan geran R&D MOSTI bernilai RM1.1 bilion. "Kita menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC yang bukan bersifat geran pun tidak dibayar balik kepada kerajaan. "Apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan dalam bentuk geran. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan